View Full Version : buat jamak..nak tanye skit
kecepreng
16-05-02, 09:40 AM
a'kum..
aku ader sikit kemusykilan..kalau perjalanan kita tuh lebih dr 90km/ 2 marhalah..boleh buat jamak kan..so..ape yg aku kompius skang nih..
katalah aku dr umah (perak) nak balik kedah..boleh tak aku buat jamak bila aku dah sampai kat umah aku tu??sbb ade yg kata boleh..ader pulak yg kata kita kena buat jamak tu sblm sampai ke umah kita..cemana tuh??
sesape yg tau..boleh tak jelaskan skit??
wassalam
Tok Janggut
16-05-02, 04:05 PM
assalamualaikum
aku ader sikit kemusykilan..kalau perjalanan kita tuh lebih dr 90km/ 2 marhalah..boleh buat jamak kan..so..ape yg aku kompius skang nih..
Untuk perjalanan melebihi 2 marhalah menurut shafie, boleh dilakukan Jamak (menghimpunkan) dan Qasar (memendekkan). Maka zohor dan asar di himpunkan sekali dan di qasarkan menjadi 2-2. Begitu jugak Isya' dan Maghrib. Dgn kata lain, bukan boleh jamak shj, tetapi juga boleh jamak atau qasar atau jamak dan qasar sekaligus.
katalah aku dr umah (perak) nak balik kedah..boleh tak aku buat jamak bila aku dah sampai kat umah aku tu??sbb ade yg kata boleh..ader pulak yg kata kita kena buat jamak tu sblm sampai ke umah kita..cemana tuh??
sesape yg tau..boleh tak jelaskan skit??
Ulama khilaf dalam hal boleh atau tidak jamak apabila telah sampai ditempat yang dituju. Tetapi tidak khilaf dalam tidak boleh qasar. Pendapat yang pada saya paling baik ialah untuk berhenti sebelum sampai di tempat yg hendak di tuju. Tetapi kalau tidak boleh juga berhenti kerana sebab-sebab yg tidak dapat di elakkan, maka bolehlah jamak di tempat yg dituju tetapi tidak boleh qasar.
Wallahualam
TJ
assalamualaikum....
wee nak tambah 'soalan' sikit :)
misal kata kita berhenti dekat perjalanan dan melakukan jama', say, zuhur dan asar dalam waktu zohor...
boleh tak, kalau masa semayang zohor tu, kita berjemaah ikut imam setempat (misal kata imam tu tengah semayang zohor), lepas habis semayang zohor tu, kita teruskan dengan jamak Asar kita pula?
setengah orang kata boleh, setengahnya tidak...
terima kasih.
wee
Tok Janggut
19-05-02, 02:04 AM
assalamualaikum
misal kata kita berhenti dekat perjalanan dan melakukan jama', say, zuhur dan asar dalam waktu zohor...
boleh tak, kalau masa semayang zohor tu, kita berjemaah ikut imam setempat (misal kata imam tu tengah semayang zohor), lepas habis semayang zohor tu, kita teruskan dengan jamak Asar kita pula?
Jawapannya boleh. Imam tempatan boleh mengimamkan makmum yang musafir dengan syarat makmum tersebut hendaklah jamak dan bukan qasar. Ie makmum solat 4 seperti imam tetapi makmum niat jamak. Perbezaan niat di antara imam dan makmum tidak menjadi masalah.
Begitu juga imam yang sedang jamak/Qasar boleh mengimamkan makmum yang solat penuh (tempatan).
Makmum tidak boleh qasar (pendekkan jadi 2) dalam keadaan imam sedang solat penuh (solat 4 rakaat).
Kalau Imam solat penuh pula, dan kita nak jamak qasar (menggabungkan solat dan memendekkan) di bolehkan dengan kita mendahulukan solat bersama imam yang penuh (4 rakaat) , dan setelah habis solat kita solat qasar Asar 2 rakaat.
wallahualam
TJ
gitu..... :)
terima kasih.
saikodrimer
22-05-02, 10:31 PM
bagaimana pula kalau camni; ada org tgh smayang berimam and kita pi join, while kita tak tau diorang smayang qasar.
Tok Janggut
22-05-02, 10:45 PM
assalamualaikum
bagaimana pula kalau camni; ada org tgh smayang berimam and kita pi join, while kita tak tau diorang smayang qasar.
Boleh. Selesai sahaj dia habis solat qasarnya, kita habiskan solat kita. Imam qasar makmum solat peuh boleh sebaliknya tidak.
wallahualam
TJ
kuizikel
23-05-02, 02:16 PM
assalamualaikum..
satu soklan..harap boley membantu..
katakan kita belajar di KL kemudian ingin balik ke kampong kat Johor..pastu bas bertolak pukul 1.00 tgh..sampai kat johor dlm pukul 5..persoalannya..bolehker jamak di buat kat rumah (johor) ..sbb skrg kompius dgn istilah mastautin ngan bermukim..sekian terima kasih..
Tok Janggut
23-05-02, 04:22 PM
assalamualaikum
Bergantunglah kepada berapa lama sdr/i tinggal di johor despite of samaada bermukim atau bermastautin. Kalau tinggal di johor tidak lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari masuk dan keluar) maka dibolehkan jamak dan qasar. Kalau lebih, tak apply jugak jamak dan qasar (Kita ambik pendapat shafie).
Bermastautin basically tempat di mana saudara/i hendak tinggal untuk jangka waktu yang lama. Tak kisahlah berapa lama tapi cukup untuk mengatakan kita menjadi penduduk tetap di kawasan tersebut. So kalau bekerja atau belajar di KL dan asal dari johor, kira bermastautin di KL dan bermukim di johor. Tetapi setelah tamat study atau kerja dll dan decide nak tinggal di johor maka telah jadi org yg bermastautin di johor.
So dalam hal tadi, bolehkah jamak di johor, jawapannya boleh dengan syarat memenuhi definisi bermusafir (niat utk tinggal kurang dari 3 hari). Kalau niat nak tinggal lebih 3 hari, tak bolehlah nak jamak/Qasar. Sebaiknya jamak/Qasar sewaktu di dalam berhenti dalam perjalanan atau kalau bas tak berhenti, jamak/Qasar dalam bas. Kalau ada kesulitan, then baru boleh jamak kat tumah di johor tapi tak boleh qasar. (nie kalau bukan musafirla)
wallahualam
TJ
saikodrimer
23-05-02, 04:45 PM
banyak diceritakan dulu nabi jamak@qasar even lebih dari 3 hari, sampai berbulan. n, benarkah dulu kalau keluar dari tempat asal tak nampak rumah pun dah boleh jamak? adakah ada barrier lain yang boleh diambilkira selain dari jarak 2 marhalah? apakah pulak kriteria2 yang membenarkan kita jamak/qasar apabila hujan lebat?
kuizikel
23-05-02, 05:28 PM
ok..tq tj..:D :D
Tok Janggut
23-05-02, 05:44 PM
assalamualaikum
banyak diceritakan dulu nabi jamak@qasar even lebih dari 3 hari, sampai berbulan. n, benarkah dulu kalau keluar dari tempat asal tak nampak rumah pun dah boleh jamak? adakah ada barrier lain yang boleh diambilkira selain dari jarak 2 marhalah? apakah pulak kriteria2 yang membenarkan kita jamak/qasar apabila hujan lebat?
Betul mmg ada. 2 Marhalah adalah ijtihad imam shafie. baca buku fiqh sunnah syed sabiq. Saya tak sertakan pendapat imam lain di sini utk elakkan dari kekeliruan org lain. Kalau saudara berminat nak kaji pendapat yg lain ini silakan.
Dalam perihal hujan lebat dibolehkan jamak (Tidak qasar) kerana ditakuti tidak dapat kemasjid. Jamaknya di masjid bukan di rumah. Ditakuti shj kesukaran utk bersolat jamaah selepas solat awal kerana hujan.
wallahualam
TJ
godekgodek
24-05-02, 09:01 AM
Memang banyak pendapat dikalangan ulamak yg menyatakan berbagai kemudahan yg ditawarkan oleh Islam untuk memudahkan umatnya menunaikan tanggungjawab kerana dalam apa keadaan sekalipun , solat tetap wajib.
Tentang jamak ni, kalau di Malaysia, ikut sahaja apa yg biasa diamalkan oleh orang Islam di sini (yg betul sajer lah). Kalau di luar negara, terutama di negara yg bukan Islam macam-macam cara orang pakai jamak ni. Tak musafir pun jamak jugak.
OK.
triple8
24-05-02, 04:06 PM
sekarang nimasjid ader maner maner so berenti lah kejap
kalau bas express tu pun mesti ader berenti tempat sembanyang nyer so aper nak risau kan ok
Posting Asal oleh kuizikel
assalamualaikum..
sbb skrg kompius dgn istilah mastautin ngan bermukim..sekian terima kasih..
waaliakumussalam w.b.t.
bole terangkan sket ak?
saikodrimer
03-06-02, 09:51 AM
dalam Fiqh Sunnah ada diceritakan pasal mazhab aisyah etc. any explaination on this?
intanazlynna
03-06-02, 10:09 AM
lagi satu intan nak tanya ToK...
kalau kita tengah bawak kereta..... boleh ke sembahyang? TENGAH BAWAK KERETA..sebab ada org buat cam Gitu...
sembahyang tu plaks sembahyang betul2 masa kita bawak keta....Niat...semua tu laaa
Tok Janggut
03-06-02, 03:42 PM
assalamualaikum
Maaf kalau ada jwpn lambat. TJ tak perasan sebelum nie.. banyak sangat posting..
Soalan 1: Ok musafir, mukim dan mastautin.
Musafir - orang yang memenuhi syarat musafir. Maksudnya cukup jarak dn masa musafir. Kalau bagi shafie menetap di satu kawasan tidak lebih 3 hari tidak masuk masa masuk dan keluar.
Mukim - orang yang memenuhi syarat musafir dari segi jarak (lebih 2 marhalah) tetapi tidak memenui syarat hari yakni dia tinggal lebih dari 3 hari di satu tempat. Tetapi dia tidaklah bermastautin ie tinggal di situ lama. Mungkin katakan kita melawat sahabt di johor sedangkan kita tinggal di perlis. Dan kita decide nak tinggal 10 hari. Kita di kira orang yg bermukim di situ.
Mastautin - orang yang tinggal tetap di satu tempat. Maka katakan si A berasa dari perlis kemudian dia ke Kl untuk kerja dan akhirnya beli rumah dan berumahtangga di KL. Maka tempat mastautinnya kini adalah KL. Samalah dengan belajar. Ie kalau dah tinggal di situ lama sangat atau macam dah nak tinggal tetap, kira bermastautin la.
Soalan 2:
Mazhab aisyah ialah mereka yang mengikut pendapat aisyah dalam permasalahan fiqh. Tidak semua sahabat/iah pakar dalam fiqh. Di antara mereka yang pakar dalam fiqh di kalangan sahabat ialah Umar, Abu Bakar dan Aisyah.
Soalan 3:
Kenapa nak sembahyang masa bawak kereta? Tak boleh berhenti ke?
Sebaiknya berhenti walaupun sebenarnya boleh. Bukan apa, tak khusyuk nanti tengah drive memandu kereta.
Sebab tu solat yang berdiri dalam keadaan sempurna itu lebih baik dan afdal. Tetapi dengan kesulitan2 dibolehkan solat walaupun dalam keadaan berbaring. Tetapi masa drive nie apa pulak kesulitan dia? Kalau kita jadi penumpang bas atau keretapi ke logiklah sebab takkan kita nak suruh driver bas/train/kapal terbang berhenti kan..
Wallahualam
TJ
so kalau dlm keretapi pulak TJ....sbb mnajem penah buat camtu..masa pegi Klantan,13 jam dlm train..hadoih..sbb ramai orang sangat ,solat duduk je..tu pun pas tanya kawan yang amik Usul Fiqh...
ulama' mana yang berpendapat sedemikian?
Pasal fiqh sunnah syed sabiq..saya ader simpanan kat umah..cuma nak baca tue, macam mane agaknya coz terjemahan(yang Arab punye payah sket ler)
nak tunggu ustaz ngajar, takde plak nampak tempatnya..
TJ tau?
nis_nim
03-06-02, 05:19 PM
assalammualaikum..
erm.. bagusnyer topik nie..
nis nak tanyer juga.. untuk kepastian nis dan rakan2 yg lain lah kan tj..
erm.. tj kater tadi bermusafir tu kalau dok 3 hari kat satu2 tempat yg melebihi 2 marhalah dari tpt kita kan.. tak termasuk hari sampai dan pulang ek?
erm.. kiranyer cam kalau keje (outstation) tu, nis dari kl ke terengganu lah kan?
kalau flight kul 2pm (kat klia or subang airport) then kita tak sure akan sampai dlm kul brapa kat destinasi kita, leh tak kalau buat jamak n qasar sblm naik flight tu? maknanyer, solat 2 rakaat zohor dan sambung 2 rakaat asar kan? leh tak?
.. kalau nis nak jamak dan qasar sepanjang 3 hari kat terengganu tu leh tak? ker boleh jamak sahaja? (jamak tu maknanya kita buat solat asar dalam waktu zohor kan atau zohor dalam waktu asar?) kalau jamak sahaja, maknanyer.. lepas nis solat 4 rakaat zohor, nis terus buat 4 rakaat asar. cam tu ker tj? atau sepanjang 3 hari kat ganu tu, nis buat jamak + qasar.. erm.. (2 rakaat zohor + 2 rakaat asar n 3 rakaat maghrib + 2 rakaat isyak)
kalau dari ganu ke kl, tak sempat solat maghrib, then sampai ke kl (tpt bermastautin) dah isyak.. so, maghrib tu kena qada' atau buat cam ner?
..satu soalan lagi.. leh tak terangkan perbezaan solat jamak takdim n takhir (kalau tak silap nis laa)
thanks..
Tok Janggut
03-06-02, 08:30 PM
assalamualaikum
so kalau dlm keretapi pulak TJ....sbb mnajem penah buat camtu..masa pegi Klantan,13 jam dlm train..hadoih..sbb ramai orang sangat ,solat duduk je..tu pun pas tanya kawan yang amik Usul Fiqh...
Boleh buat dalam keadaan solat duduk di atas kenderaan kerana kesulitan.
ulama' mana yang berpendapat sedemikian?
Tak ada ulama yang mengatakan tidak boleh.
Pasal fiqh sunnah syed sabiq..saya ader simpanan kat umah..cuma nak baca tue, macam mane agaknya coz terjemahan(yang Arab punye payah sket ler)
Boleh baca. Tapi karya syed sabiq pun banyak ulama lain mengkritik buku fiqh sunnah. Ini biasa dalam kaedah fiqh.
nak tunggu ustaz ngajar, takde plak nampak tempatnya..
TJ tau?
Nak belajar kena carik tempat. Depends la tempat tinggal kat mana. Saya taklah tahu semua tempat. Suggestion saya, kalau di tempat tinggal tu ada masjid atau surau, why not ajak ustaz yang belajar fiqh usul utk memberikan sedikit ilmu kaedah fiqh usul. Ala seminggu sekali apa salahnya bolehlah menambah ilmu. Kawan tu pun boleh kasi.
------------------------------------
erm.. tj kater tadi bermusafir tu kalau dok 3 hari kat satu2 tempat yg melebihi 2 marhalah dari tpt kita kan.. tak termasuk hari sampai dan pulang ek?
ya hari sampai dan pulang. Maksudnya hari masuk dan keluar kampung tersebut. Katakan kita sampai di tempat A hari khamis 1 petang, kita niat tinggal di situ hari jumaat, sabtu dan Ahad dan keluar pada hari Isnin pagi. Maka di situ boleh untuk jamak/qasar.
tapi katakan kita dari tinggal di bandar A dan hendak ke bandar B dan niat untuk tinggal di situ seminggu, menurut shafie tidak boleh jamak/qasar sebaik saja bermulanya hari Jumaat (katakan kita sampai hari khamis menurut contoh di atas).
erm.. kiranyer cam kalau keje (outstation) tu, nis dari kl ke terengganu lah kan?
kalau flight kul 2pm (kat klia or subang airport) then kita tak sure akan sampai dlm kul brapa kat destinasi kita, leh tak kalau buat jamak n qasar sblm naik flight tu? maknanyer, solat 2 rakaat zohor dan sambung 2 rakaat asar kan? leh tak?
Jamak bermaksud menyatukan atau menyekalikan solat di antara zohor/asar dan maghrib/isya. Qasar ialah memendekkan solat yang panjang seperti Zohor, Asar dan Isya dari 4 kepada 2. Subuh tidak ada jamak sementara Maghrib tidak ada qasar.
Dalam hal di atas, sekiranya boleh sampai di terengganu sebelum habis asar, baik solat jamak qasar sewaktu tiba di terengganu. Kalau katakan flight ambil masa 14 jam (umpamanya dari UK ke Malaysia) solatnya di atas kapal terbang. So dalam soalan di atas tak perlulah solat atas kapal terbang. Lainlah kalau masa sampai tu dah nak masuk maghrib, maka solatlah atas kapal terbang. Bukan tak boleh tapi kemudahan untuk sampai di terengganu tidaklah terlalu sukar.
.. kalau nis nak jamak dan qasar sepanjang 3 hari kat terengganu tu leh tak?
Bergantung kepada niat nis nak travel. Katakan nis kata ok saya akan tinggal di terengganu tidak lebih dari 3 hari. So boleh jamak dan Qasar di terengganu sebab masih lagi dalam lingkungan musafir.
ker boleh jamak sahaja? (jamak tu maknanya kita buat solat asar dalam waktu zohor kan atau zohor dalam waktu asar?)
Nis boleh Jamak sahaja, boleh qasar sahaja atau boleh Jamak dan qasar atau solat penuh itu adalah pilihan Nis. Itulah kelebihan bagi orang bermusafir.
kalau jamak sahaja, maknanyer.. lepas nis solat 4 rakaat zohor, nis terus buat 4 rakaat asar. cam tu ker tj? atau sepanjang 3 hari kat ganu tu, nis buat jamak + qasar.. erm.. (2 rakaat zohor + 2 rakaat asar n 3 rakaat maghrib + 2 rakaat isyak)
Nis keliru antara jamak, qasar dan jamak/qasar dan tamam (solat penuh). Kalau katakan nis memenuhi requirement musafir, nis dibolehkan dalam masa 3 hari tu nis nak jamak, kemudian malamnya jamak/qasar ke, lepas tu esoknya solat penuh (tamam), lepas tu lusanya jamak qasar. Itu adalah pilihan nis. Pilih suka hati nis.
kalau dari ganu ke kl, tak sempat solat maghrib, then sampai ke kl (tpt bermastautin) dah isyak.. so, maghrib tu kena qada' atau buat cam ner?
Tidak ada qadak dalam perihal solat kecuali 3. Terlupa, tertidur atau tidak sembahyang sewaktu jahil. Selain dari tu tak ada. Ini orang melayu je buat.
Kalau ada kesempatan berhenti, berhenti solat dimana-mana dan jamak/qasarkan. Kalau tidak ada kesempatan untuk berhenti, dan bila sampai je terus waktu isya' sedangkan maghrib belum solat, boleh jamak takhir di KL tetapi TIDAK boleh qasar. Kalau ada kesempatan, solat dalam kenderaan jamak dan qasar je kalau tak dapat/sulit untuk berhenti.
..satu soalan lagi.. leh tak terangkan perbezaan solat jamak takdim n takhir (kalau tak silap nis laa)
Jamak takdim ialah mencampurkan 2 solat di dalam solat yang awal. Maksudnya Solat Zohor dan Asar di lakukan dalam pada waktu Zohor. dan Solat Maghrib dan Isya' di masukkan dalam pada waktu Maghrib.
Jamak Takhir pula ialah Jamak yang dilakukan pada waktu akhir. Yakni Solat Zohor dan Asar di jamakkan di dalam waktu Asar dan solat Maghrib dan Isya' di jamakkan di dalam waktu Isya'.
Harap ada manfaat.
wallahualam
TJ
nis_nim
04-06-02, 09:53 AM
'alaikummussalam..
thanks tj.. cukup jelas dan terang.. nis faham dah.. cumanyer.. yg satu nie..kan.. soalan :kalau flight kul 2pm (kat klia or subang airport) then kita tak sure akan sampai dlm kul brapa kat destinasi kita, leh tak kalau buat jamak n qasar sblm naik flight tu?
jawapan :Dalam hal di atas, sekiranya boleh sampai di terengganu sebelum habis asar, baik solat jamak qasar sewaktu tiba di terengganu. Kalau katakan flight ambil masa 14 jam (umpamanya dari UK ke Malaysia) solatnya di atas kapal terbang. So dalam soalan di atas tak perlulah solat atas kapal terbang.
erm.. maksud soalan nis tu solat kat surau klia/subang airport.. bukan solat dalam kapal terbang..
okes.. thanks ar.. nis dah paham..
Tok Janggut
05-06-02, 12:54 AM
assalamualaikum
thanks tj.. cukup jelas dan terang.. nis faham dah.. cumanyer.. yg satu nie..kan.. soalan :kalau flight kul 2pm (kat klia or subang airport) then kita tak sure akan sampai dlm kul brapa kat destinasi kita, leh tak kalau buat jamak n qasar sblm naik flight tu?
maaf saya tak terbaca, perkataan SEBELUM naik flight. Ie solat jamak qasar di airport.
Jawapannya boleh sebab sudah dikira keluar dari kawasan kampung. Lainlah kalau qariyah Nis di airpot tersebut. ie Nis tinggal kat airport. Kalau tinggal kat kawasan luar airport boleh.
wallahualam
TJ
apa maksud TJ org melayu jer buat solat qada'
adakah ini berkaitan dgn talafudz i.e tunai,makmuman,imaman,qada'an
tpt saya blajar ni banyak student yg ikut aliran salafiah(wahabiah)..kalu tanyer dieorang kang lagi ponin..ilmu lain taraf..kita ni tahap intermediate lg
pernah tanye sorang student fiqh(usul?) ..pasal qada' subuh..
dia kata solat subuh ni waktu tamat nye zuhur..
dgn kata lain dah syuruk pun masih blum tahap qada' lagi...
nak tau, ulama' mana yang berpendapat sedemikian.
adakah sarih pendapat itu?
macam mana kiter yg syafie(beraliran) ni in case nak terima pendapat ibnu qayyim atau ibnu taimiyyah dlm penjelasan hukum...
cth: mengambil pendirian syafiee dlm wudhu, ttp mempraktik ijtihad ibnu taimiyyah dlm solat ... coz kalu tak silap skali ambil pendirian kena lengkap dr(mandi junub?), wudhu' sampailah habis salam...betul ke pemahaman sy ni?
WaLlahu'alam.:confused:
Tok Janggut
05-06-02, 12:21 PM
assalamualaikum
apa maksud TJ org melayu jer buat solat qada'
adakah ini berkaitan dgn talafudz i.e tunai,makmuman,imaman,qada'an
Maksud saya bukannya tak ada konsep qada' tetapi konsep qada' yang di faham oleh orang melayu adalah lain dari pemahaman sebenar.
Qada' hanya berlaku dalam 3 keadaan seperti yg saya sudah sebutkan sblm ini. Tetapi orang melayu nie bila tengok bola waktu asar katakan lepas tu terlajak sampai ke maghrib, bila di tanya kenapa tak solat asar dia kata, ala boleh qadak. Ataupun yang tengah travel waktu asar, lepas tu tak berhenti hingga masuk waktu maghrib bila ditnaya kenapa tak berhenti solat asar, dia kata ala boleh qadak. Nie yg salahnya.
Dalam contoh yg saya berikan di atas tidak boleh qadak lagi dan sekiranya dia qadak jugak dalam keadaan dia mempunyai ilmu, qadaknya tidak diterima. Apa yg boleh dilakukannya ialah bertaubat.
tpt saya blajar ni banyak student yg ikut aliran salafiah(wahabiah)..kalu tanyer dieorang kang lagi ponin..ilmu lain taraf..kita ni tahap intermediate lg
Tahu. Saya pun terdedah dgn aliran nie. Tapi saya ambik jalan pertengahan. Bagi saya setiap satu ada hujahnya. Saya tidak menerima satu maksud hadis atau ayat quran itu bulat-bulat. Kerana ilmu saya yg belum cukup ttg semua hadis dan ayat quran. Tetapi saya juga tidak terlalu taksub dengan mazhab kerana mereka juga adalah manusia biasa. Saya ambik aliran Hasan al banna. Jalan pertengahan. Mana yang kita sampai ilmu padanya kita kaji dan selidik dalil mazhab. Ini adalah seorang mukmin yg sebenar. Mana yang tidak sampai ilmu kpdnya kita bertanya kpd yg lebih arif di tempat tersebut akan hukum tanpa melihat dalil dan kita boleh bertaqlid kpdnya. Tetapi kita cuba sedaya upaya utk menggali dalil semampu kita. Mana yg tidak sampai langsung kpd kita dalilnya kita boleh bertaqlid dgn imam yg kita rasa selesa dgnnya. Tapi bukan selamanya kerana bila telah di datangkan dalil yg lebih kuat, kita mampu mengubah pendapat kita. Inilah dasar kita berpegang kepada hujah bukan syakhsiah yang di ajarkan.
Bila kita telah sampai ke tahap imam mujtahid (imam mujtahid pun ada peringkat) haram utk diri kita bertaqlid kepada imam yg lain. Bagi kita di peringkat ini, harus bagi kita bertaqlid.
Kita sentiasalah ingat bahwa setiap imam ada ijtihadnya masing-masing. Maka kalau salah ijtihad mereka, mereka dapat 1 pahala, dan kalau benar dapat 2. Allah berfirman: bertanyalah kamu kepada yang lebih mengetahui (ahlul zikr) sekiranya kamu tidak mengetahui. (Surah an nahl). Sebab tu ada dua aliran. 1 yg terlalu taksub dgn satu-satu mazhab sampai anggap pendapat dan hujah mazhab lain adalah salah dan satu lagi mereka yang baru mengenal hadis dan quran sudah pandai memberikan ijtihad sendiri hanya dengan melihat maksud hadis dan quran tanpa membuat kajian lebih mendalam dan melihat perbezaan pendapat ulama mengenainya.
pernah tanye sorang student fiqh(usul?) ..pasal qada' subuh..
dia kata solat subuh ni waktu tamat nye zuhur..
dgn kata lain dah syuruk pun masih blum tahap qada' lagi...
Solat subuh, bila kita terlajak kerana tidak sedar, maka bangunlah dan teruskan solat. Tidak perlu niat qadak. Ini berdasarkan hadis rasullulah saw yg tertidur bersama sahabat kemudian terjaga bila mana matahari sudah naik (ie habis waktu subuh) baginda terus bangkit mengambil wuduk dan solat berjamaah bersama sahabat tanpa menyuruh utk mengkadaqkan solat. Ini yg mungkin di maksudkan oleh student tersebut.
Bukannya bila waktu subuh kita dah bangun tapi tengok world cup ke sampai naik matahari (lepas syuruk) dengan aggapan subuh masih ada lagi lepas tu baru nak solat. Ini mana ada.
nak tau, ulama' mana yang berpendapat sedemikian.
adakah sarih pendapat itu?
Dah dinyatakan di atas. Semua ulama berpendapat sedemikian berdasarkan hadis rasullulah saw yg saya tunjukkan tadi.
macam mana kiter yg syafie(beraliran) ni in case nak terima pendapat ibnu qayyim atau ibnu taimiyyah dlm penjelasan hukum...
cth: mengambil pendirian syafiee dlm wudhu, ttp mempraktik ijtihad ibnu taimiyyah dlm solat ... coz kalu tak silap skali ambil pendirian kena lengkap dr(mandi junub?), wudhu' sampailah habis salam...betul ke pemahaman sy ni?
Konsep talfiq ini (mencampurkan pendapat mazhab) adalah konsep yg banyak di salah anggap oleh kebanyakan orang. Ni kena belajar dgn guru yg betul2 mahir dalam bab nie. Saya bukan orangnya. Nak recommendation org yg pkar ttg ini, boleh tanya akhi Thtl di al ahkam.net
wallahualam
TJ
The Last Jedi
06-06-02, 03:21 PM
a'kum...
saya nak tanya jugak la pasal jamaq dan qasar ni Tok Janggut.....
soalan saya yang pertama
saya berada di KL, dan kena outstation di JB selama 5 hari. ada orang kata saya boleh jamaq dan qasar solat dari hari pertama saya sampai di sana hinggalah hari ketiga... bagaimana pula hari ke 4 dan ke lima...? kena buat tunai macam biasa ke..? boleh jamaq tak..? (tanpa qasar ke? qasar ke?)
soalan saya yang kedua
saya pernah dalam perjalanan dari pulau pinang ke KL... bertolak jam 12 tengahari. saya ingat nak buat jamaq taqdim. tetiba saya sampai di rumah pukul 3 iaitu sebelum asar.. bolehkah saya nak jamaq solat zohor dan asar..? boleh diqasarkan tak..? atau jika saya sampai di rumah waktu asar.. pastu buat jamaq dan qasar asar dan zohor...
satu lagi dari jawapan yang diberi dalam forum ni... kenapa ya kita tak boleh jamaq dan qasar bila tiba di rumah..? sebab sebelum ni saya selalu buat cam gitu... sah ke solat saya dulu tu..? sebab saya biasanya balik umah dah penat.. terus jamaq dan qasar je.. iskkk.. musykil nih...
tolong ye tok....?
Tok Janggut
06-06-02, 05:19 PM
assalamualaikum
saya berada di KL, dan kena outstation di JB selama 5 hari. ada orang kata saya boleh jamaq dan qasar solat dari hari pertama saya sampai di sana hinggalah hari ketiga... bagaimana pula hari ke 4 dan ke lima...? kena buat tunai macam biasa ke..? boleh jamaq tak..? (tanpa qasar ke? qasar ke?)
Ini cara pemahaman salah orang malaysia mengenai jamak qasar. Contohnya apabila seseorang pergi musafir 1 minggu di tempat A, dia jamak qasar 3 hari lepas tu solat seperti biasa. Tak ada pemahaman macam tu dalam kitab imam shafie.
Pemahaman yg betul adalah, katakan anda hendak ke tempat A dan perjalanan mengambil masa 8 hari. Sepanjang perjalanan anda boleh jamak dan qasar. Sebelum anda bermusafir anda berniat untuk tinggal di tempat A selama katakan:
i) 3 hari
ii) 9 hari.
Bagi situasi satu, anda boleh jamak qasar di tempat A tetapi bagi situasi 2 anda tidak boleh jamak dan qasar di tempat A. Anda hanya boleh solat seperti biasa.
Ok, apa yg saya maksudkan dgn masa masuk dan masa keluar?
Katakan dalam situasi (i) di atas, pada hari ke lapan anda sampai di tempat A pada pukul 3 petang hari Jumaat. Maka anda dikatakan tinggal di tempat A 3 hari solid, bermaksud anda tinggal pada hari sabtu, ahad dan Isnin dan kemudian keluar pada hari selasa pukul, katakan, 12 tengahhari. Maka anda boleh jamak qasar (kalau kira kasar macam 5 hari, tapi kalau tidak di kira masa masuk dan keluar, which is jumaat dan selasa, ia sebenarnya 3 hari). Tetapi selebih dari itu tidak boleh jamak qasar (ini pendapat shafie. Saya tak bawakkan pendapat org lain).
So, anda kira sendiri apa yg di maksudkan sebagai berada di JB selama 5 hari. Adakah 5 har itu termasuk waktu "solid" seperti yg saya berikan tadi atau hanya 3 hari tidak termasuk waktu masuk dan keluar.
Katakan dalam contoh (ii) anda sampai di tempat A pada hari jumaat 3 petang dan berniat utk tinggal 9 hari. Anda boleh jamak qasar pada hari jumaat tersebut, yakni hari masuk tetapi kemudian solat seperti biasa pada hari berikutnya.
saya pernah dalam perjalanan dari pulau pinang ke KL... bertolak jam 12 tengahari. saya ingat nak buat jamaq taqdim. tetiba saya sampai di rumah pukul 3 iaitu sebelum asar.. bolehkah saya nak jamaq solat zohor dan asar..?
Ada imam berpendapat boleh jamak di rumah. Tidak menurut shafie. Sebaiknya jamak dan qasar di tengah perjalanan. Boleh jamak dirumah kalau ada kesulitan utk jamak qasar di tengah perjalanan.
boleh diqasarkan tak..? atau jika saya sampai di rumah waktu asar.. pastu buat jamaq dan qasar asar dan zohor...
sampai di rumah jamak sahaja tidak ada Jamak/qasar. Ini kerana status musafir sudah hilang dengan sampai di rumah.
satu lagi dari jawapan yang diberi dalam forum ni... kenapa ya kita tak boleh jamaq dan qasar bila tiba di rumah..?
Dah dijelaskan. Kita bukan lagi status musafir. qasar hanya utk musafir.
sebab sebelum ni saya selalu buat cam gitu... sah ke solat saya dulu tu..? sebab saya biasanya balik umah dah penat.. terus jamaq dan qasar je.. iskkk.. musykil nih...
Tak pe. Sah. Jangan buat lagi la since dah tahu.
Wallahualam
TJ
The Last Jedi
07-06-02, 08:11 AM
alhamdulillah.... time kasih di atas penerangan tok janggut...
hmm..let say, A ni tidur macam biasa...pastu bgn subuh lambat..dah syuruk.
Pastu dia buang air besar ke,kecik ke...mandi janabah lagi...atau mandi biasa la..coz nak hilangkan najis pd badan.
Macam ni dikira gap jauh ke..kira kalau nak solat subuh ke(apa2 waktu fardhu lah) tunai ke qada'?
Macammana kalau seseorang tu tidur lewat, ttp dgn niat usaha utk bangun awal?
Sbb biasa sy akan qada' solat(mean, x tunai) apapun keadaannya.
Macam mana keadaan tue..mcm tak yakin plak skrang ni,coz confuse ngan explaination kat atas tue......
Tok Janggut
10-06-02, 04:58 PM

Kalau pada dirinya ada najis besar yang perlu dia mandi, maka kena mandi dahulu dan kemudian solat tunai. Kalau hanya sekadar najis kecil dan cukup dgnnya membersihkan seperti biasa dan berwuduk, maka bersihkan dahulu dan kemudian solat. Still stand solatnya adalah tunai.
Macammana kalau seseorang tu tidur lewat, ttp dgn niat usaha utk bangun awal?
Samala.
Sbb biasa sy akan qada' solat(mean, x tunai) apapun keadaannya.
Macam mana keadaan tue..mcm tak yakin plak skrang ni,coz confuse ngan explaination kat atas tue......
Dah explain. Bagi solat subuh, kalau terlajak, bangun wuduk dan terus solat biasa. Kalau tertidur solat zohor katakan, sampai masuk asar, maka kena qadak. Samalah kalau solat subuh tertidur sehingga masuk waktu zohor, kena qadak. Kalau belum masuk waktu zohor lagi, solat tunai. Nasnya adalah hadis yg saya berikan sblm nie.
Selain dari pada itu qadak hanya pada diri yg terlupa, Katakan seseorang itu berkata aku dah solat asar ke belum. Sewaktu masuk maghrib dia yakin dia belum solat asar. Maka di qadakkan solatnya.
wallahualam
TJ
student
27-09-05, 12:16 AM
Saya ada sedikit kemusyikilan.
Saya merupakan pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara(united kingdom). Selalunya saya tiada masalah untuk mengerjakan zohor kerana selalunya waktu itu adalah waktu rehat tengahari(1-2) dan saya akan solat zohor di surau universiti.
Tetapi kerap kali juga saya terpaksa menghadiri kuliah di luar universiti dan selalunya waktu rehatnya adalah 12-1 dan pada waktu itu zohor belum masuk. Dan selalunya tempat tempat begitu seperti biasa...tiada tempat solat sepertidi Malaysia.
Dalam kes-kes tersebut, bolehkah saya menjamakkan zuhur dengan asar dan mengerjakan jamak takhir di asrama sebaik balik kuliah.
terima kasih saya dahulukan atas bantuan sahabat-sahabt.
salam ukhuwah
Tok Janggut
28-09-05, 12:02 AM

Ini soalan favourite pelajar-pelajar di oversea. Terutama sekiranya waktu zohor dan asar amat pendek. Pertama sekali saya lebih cenderung untuk menyuruh solat penuh. Saya tahu sebab pernah melalui zaman yang sama. Carik satu tempat yang tersembunyi sikit dan solat seperti biasa. Biasanya mat saleh tak kisah kita keluar kelas dia barang 5-10 minit. Tetapi sekiranya amat sulit, maka dibolehkan utk jamak tanpa qasar. Tetapi janganlah dijadikan kebiasaan. Sebelum sampai kesulitan tu kena usaha dulu. Kalau dah usaha tak dapat maka dibenarkan jamak.
wallahualam
TJ
:salam:
tok janggut,
tolong perjelaskan ya?
saya fly dr kch/kl/kch mlm sabtu ini sampai petang ahad kelak (30.9 - 2.10).
maknanya tak sampai 3 hari.
bolehkah neng jamak dan qasar sekaligus?
mekasih..
student
28-09-05, 04:04 AM
Ini soalan favourite pelajar-pelajar di oversea. Terutama sekiranya waktu zohor dan asar amat pendek. Pertama sekali saya lebih cenderung untuk menyuruh solat penuh. Saya tahu sebab pernah melalui zaman yang sama. Carik satu tempat yang tersembunyi sikit dan solat seperti biasa. Biasanya mat saleh tak kisah kita keluar kelas dia barang 5-10 minit. Tetapi sekiranya amat sulit, maka dibolehkan utk jamak tanpa qasar. Tetapi janganlah dijadikan kebiasaan. Sebelum sampai kesulitan tu kena usaha dulu. Kalau dah usaha tak dapat maka dibenarkan jamak.
wallahualam
TJ
terima kasih tok atas respond awal. semalam memang tak ada tempat. hari ni DIA permudahkan. usha bawah tangga yang gelap, pastu mintak permission sebab tempat ni memang masuk kategori teramatlah tinggi tahap keselamatnnya... and guess what? dia bagi space yang amat selesa untuk semayang. sejak disini...memang hairan dgn cara org luar menghormati agama anutan kita...lebih dari org bumi kita menghormatinya...jauh menung....
Tok Janggut
28-09-05, 12:10 PM

You'll be surprise how they respect our religion more than we do :) Though some time some of them tak mmg memusuhi kita
TJ
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2008, Jelsoft Enterprises Ltd.