PDA

View Full Version : rokok: halal ato haram??..


kaZam
16-05-02, 08:45 PM
nak tanya pendapat..

1. rokok halal ka haram??

2. kalau ko mengharamkan rokok atas diri kau, salah ker x??

3. kalau ko mengharamkan rokok atas diri kau, kemudian ko isap lepas dua tiga taun, nie dah kira dosa ka tak??..

4. patut taubat nasuha ka??..

beckhamjr
16-05-02, 09:34 PM
haram...V:: V:: V:: V::

banyak mudharat dari kebaikan..

kalau kau dapat beri 100 kebaikan baru ler bleh isap rokok...

kalendar
16-05-02, 10:04 PM
haram ker?
aku raser halal jek...lagipun ramai isap rokok...
bg aku org lain nak isap rokok..isaplah...
tp jgnlah sembur kat aku....
tapi kalo bg aku sebtg takper,sekotak pun takper...

:R :R :R

Safwan
17-05-02, 01:19 AM
Sebelum bercakap fasal rokok ni, aku nak tanya satu soalan.

Adakah kamu pasti setiap makanan yang kamu makan itu halal?...Atau pun kamu hanya mengikut ngikut orang.

Tok Janggut
17-05-02, 04:26 AM
assalamualaikum

nak tanya pendapat..

1. rokok halal ka haram??

Ulama fiqh mengambil usul dari satu hadis: " Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan" Hr Ibn Majah, Imam malik bahawa sebarang perkara yang membawa kepada kemudaratan dan kebinasaan diri, maka hukumnya haram.

Kita tanya, melalui kajian terkini dengan segala pendapat cendiakawan yang ada, adakah rokok memudaratkan? Tidak kira sama ada jangka pendek atau jangka panjang. kepada diri dan juga kepada orang sekitarnya?

Maka dari sini, kita buat jawapan sendiri akan hukum merokok.

Ada yang berhujah shafie pernah berfatwa bahwa merokok adalah makruh. Betul. Tetapi Shafie dan ulama lain banyak kali mengubah fatwa mereka setelah penemuan-penemuan terbaru timbul. Rokok pada zaman Imam shafie tidak seluas penggunaanya seperti sekarang dan kesan mudarat darinya baru diketahui melalui kajian moden. Maka sekiranya shafie hidup pada zaman sekarang saya yakin dia akan memfatwakan perkara yang sama.

Last sekali, hampir ijma' ulama terkini mengenai haramnya merokok. Malah Majlis kebangsaan Malaysia telah mengelaurkan haramnya rokok walaupun tidak pernah di wartakan oleh kerajaan (politik la nie)

Ulama mujtahid terkenal seperti Dr Yusuf Al Qaradawi juga memfatwakan haramnya rokok dari nas yang telah di sebutkan di atas. Begitu juga ulama-ulama di al azhar.

Kesimpulannya, rokok adalah HARAM. Cuma rakyat Malaysia ramai tak tahu (atau buat tak tahu) kerana banyak pendapatan negara datang dari sponsor rokok.


2. kalau ko mengharamkan rokok atas diri kau, salah ker x??


Rokok mmg dah haram. Tak perlu di haramkan pada diri sendiri lagi dah.


3. kalau ko mengharamkan rokok atas diri kau, kemudian ko isap lepas dua tiga taun, nie dah kira dosa ka tak??..

4. patut taubat nasuha ka??..


Hukum haram maksudnya kalau dilakukan akan membawa dosa. Dan sudah semestinya di wajibkan bertaubat.

haram ker?
aku raser halal jek...lagipun ramai isap rokok...


Ini pendapat yang mendokong fahaman demokrasi. Hukum Allah boleh di ubah dengan suara majoriti. Dgn kata lain, aklau majoriti rakyat kata tak wajib sembahyang, maka sembahyang tak wajib. Halal tetap halal walau semua orang mengharamkan, dan haram tetap haram walau semua manusia di dunia ini melakukannya.



Wallahualam
TJ

Ruj: Halal dan haram dalam ISlam Dr Yusuf Qaradawi.

BlueHippo
17-05-02, 04:28 PM
hari raya ditentukan oleh pentadbir.. cth nya kalau hari raya jatuh hari sabtu yang sebenarnya tapi kerajaan cakap tak nampak anak bulan maka hari raya di malaysia jatuh pada hari ahad... walaupun kita tau yang negara lain merayakan hari raya pada hari sabtu

.......................

ada orang kata rokok ni haram ada orang kata rokok halal

tanya kerajaan .. kalau kerajaan cakap haram.. maka haram la.. tapi kalau kerajaan kata halal ... halal lah...

........................

ustaz aku cakap benda yang tak bleh ditentukan halal atau haram ni ... khilaf.... kita sendiri yang menentukan nya berdasarkan dari apa yang kita pelajari dgn merujuk kepada kitab kitab ,ulama ulama .. pas tuh nilai bagi yang terbaik untuk kita

miss3
17-05-02, 07:00 PM
pada pandangan mizz semata mata...

rokok dan perokokk..
rokok akan merosakkan diri perorok..
sedangkan diri perokok diamanahkan oleh Tuhan/ Pencipta kepada perokok...

tidakkah perokok itu merasakan bhw dia telah merosakkan amanah yang Allah berikan...

Tuhan bagi elok-elok.. kita bagi tak elok-tak elok..
betapa zalimnyaaa..

p/s ; zalim = meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

beckhamjr
17-05-02, 09:50 PM
halal ker haram ker..yang penting rokok banyak beri kesan sampingan pader kiter..and semer org..org yang menghidu asap rokok lagi cepat kojol dari org yang isap rokok..kau nie kire pembunuh ler agaknyer..isap ler sampai mati..

isap jangan tak isap..aku bleh sponsor ntuk kematian korang..jgn marah kat aku cos korang mmg nak mati cepat..walaupun idup mati kat tangan Allah but korang mmg mintak mati cepat..

:firee: :R

Tok Janggut
18-05-02, 06:23 AM
assalamualaikum

hari raya ditentukan oleh pentadbir.. cth nya kalau hari raya jatuh hari sabtu yang sebenarnya tapi kerajaan cakap tak nampak anak bulan maka hari raya di malaysia jatuh pada hari ahad... walaupun kita tau yang negara lain merayakan hari raya pada hari sabtu

Dan pentadbir menentukan hari raya berdasarkan ijtihad majlis fatwanya. Pentadbir tak cakap raya atau tidak ikut suka hati dia. Dia masih terikat dengan landasan hukum melihat anak bulan.


ada orang kata rokok ni haram ada orang kata rokok halal

tanya kerajaan .. kalau kerajaan cakap haram.. maka haram la.. tapi kalau kerajaan kata halal ... halal lah...


Kerajaan cakap tak serupa dengan majlis fatwa cakap. Majlis fatwa dah kata haram, tapi kerajaan tak kata apa pun. Malah tak ada kenyataan rasmi dari kerajaan menyangkal kenyataan majlis fatwa bahawa rokok haram. Sebaliknya kerajaan diam kan je.

Taatilah Allah taatilah rasul dan pemimpin di kalangan kamu. Mentaati pemimpin ada hadnya selagi dia mentaati had Allah dan rasuNya. Rokok adalah haram, kerajaan tak wartakan fatwa. Samalah macam zina haram tapi kerajaan tak wartakan fatwa hukumnya sebat. Sebaliknya wartakan hukuman bayar dgn duit.


ustaz aku cakap benda yang tak bleh ditentukan halal atau haram ni ... khilaf.... kita sendiri yang menentukan nya berdasarkan dari apa yang kita pelajari dgn merujuk kepada kitab kitab ,ulama ulama .. pas tuh nilai bagi yang terbaik untuk kita

Apa yang ustaz awak cakapkan tu betul cuma penggunaan sdr dalam konteks rokok nie salah. Cuba rujuk balik kat ustaz tu dan tanya dia ttg hukum merokok. (kalau ustaz tu pun merokok takleh nak cakap apala). Apa jwpnnya?

Yang di maksudkan tak boleh ditentukan halal haram ni bila tak pasti sama ada secara nas atau secara kajiannya perkara tersebut memudaratkan atau tidak. Tetapi bukti sudah jelas dari kajian rokok adalah membahayakan. Dari Quran dan Hadis serta fiqh usul jelas bahawa membahayakan diri dan memudaratkan diri adalah haram hukumnya. Apatah lagi kalau perkara tersebut tidak memberikan manfaat malah membazir shj.

Hukum merokok sudah jelas dari kajian terkini. Cuma manusia je masih nak berdolak dalih sebab rokok tu dah macam udara bagi mereka. Tak boleh nak hidup tanpanya. Kerajaan pun dapat pendapatan negara dari rokok... :(

Ini hukum asal rokok, yakni haram. Hukumnya boleh berubah mengikut situasi. Tetapi secara asasnya ia adalah haram.

Wallahualam
TJ

NeaLogiX
18-05-02, 08:38 AM
HARAM

semak arkib solan fiqh
al-ahkam.net

Eii
18-05-02, 02:38 PM
rokok.... HARAM.. (dosa kecil)..

sebab byk mudaratnya....

aku setuju dengan pendapat TJ...

http://www.prn.usm.my/bulletin/1999/penawa27.html
Dubai 16 Jun - Kementerian Kehakiman dan Hal Ehwal Islam Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram.

Para imam umumnya menyatakan sokongan terhadap fatwa ini menerusi khutbah Jumaat,

Mereka mengemukakan dalil syarie serta bukti perubatan dan saintifik yang menunujukkan merokok adalah punca bagi sekurang-kurangnya 25 janis penyakit yang boleh menyebabkan maut, sebagai contoh penyakit kanser.

Imam menyebut firman dan hadis sebagai bukti kukuh bahawa merokok dilarang oleh syarak. Ia termasuk dalam perbuatan yang dibenci Allah.

Ini berdasarkan hakikat bahawa apa jua yang membawa kerosakan kepada diri dan harta dan kepada masyarakat dianggap maksiat oleh itu temasuk dalam perkara-perkara dilarang dalam Islam. - lina- Bernama.


=========http://www.jim.org.my/
==Tobacco atau tembakau mula dikenali oleh umat Islam pada 10 Hijrah. Maka keluarlah pelbagai fatwa dan pendapat fuqaha' serta madzhab yang setengahnya mengharamkan, ada yang memakruhkan dan ada yang mengharuskan.

Oleh kerana zaman itu ilmu perubatan belum dapat mempastikan bahayanya tembakau, maka kita tinggalkan pendapat-pendapat mereka yang pelbagai itu dan kita boleh dengan secara pasti sudah boleh mengharamkan tembakau kerana sudah diperkuat dengan penemuan dari ilmu perubatan (kedoktoran) yang secara pasti (qat'iy) telah mengesahkan bahaya akibat merokok.

Oleh kerana dalil perubatan sudah jelas, maka perokok-perokok muslim hanya berdepan dengan dua pilihan hukum sahaja: Haram dan makruh. Ia tidak mungkin makruh biasa sebab ia membahayakan kesihatan, membazir wang dan merosak kesegaran jiwa; maka ia jatuh makruh tahrim (hampir kepada haram) atau makruh tanzih (makruh yang berdosa)

Jika ia haram, maka kita mempertimbang dengan saksama beberapa keadaan:

Seseorang yang sudah terpenjara oleh rokok, tiada upaya lagi ia berhenti daripada rokok; akan lemahlah sarafnya dan fikirannya amat terganggu jika tidak merokok. Maka dalam hal ini ia dima'afkan baginya sesuai dengan niat, upaya dan kelemahannya.

Haramnya rokok tidak sama tarafnya dengan haramnya arak, zina dan mencuri; dalam Islam haram ada tingkatannya; yang ringan dan ada yang berat; haram yang berat hanya dapat ditebus dengan taubat nasuha, manakala haram yang ringan dapat dihapuskan dengan solat lima waktu.

Haram sesuatu yang tidak ijmak (sepakat di kalangan fuqaha') tidak sama dengan haram sesuatu yang ijmak di kalangan fuqaha'; maka rokok tidak sampai lagi ke tahap ijma' di kalangan fuqaha'. Implikasinya para perokok tidak boleh dituduh fasik atau murtad lantaran mereka melakukan yang haram yakni merokok.
Bagaimana ada ulamak dan ustaz yang merokok?

Mereka adalah sama dengan para doktor yang tahu bahaya merokok tetapi masih ramai doktor yang merokok, bedzanya mereka ini tahu hukum makruh tanzih atau haram. Ini semua kerana mereka telah belajar merokok sejak kecil dan tidak dapat melepaskan diri daripada ketagihan kepada rokok. Mereka juga sama tidak terlepas daripada tiga keadaan yang kita sebutkan diatas.

Eii
18-05-02, 02:41 PM
ni satu artikel lagi bab rokok utk rujukan bersama..

http://www.prn.usm.my/tobacco/newsislam.html



MUFTI OF EGYPT DECLARES SMOKING AS "HARAM"


The Mufti of Egypt, Dr.Farid Wasil, disclosed that the World Health Organization (WHO) awarded his Dar Al-Ifta for the Fatwa (religious decree) that declared smoking as ''Haram''(forbidden) in Islam because of its damaging effects to the human health.

Dr.Wasil suggested to addict smokers struggling to quit smoking, to take medical, social and spiritual steps that would help them.


When asked about tobacco manufacturers, he replied, ''it is unlawful Islamically to produce tobacco and sell tobacco in a Muslim country, hazardous to the individual and society. ''



Source: Region: EGYPT

May 20, 2000


Islamic Republic News Agency (IRNA)
Full Text: http://tobacconews.org/?StoryID=42994 OR http://www.irna.com/newshtm/eng/31153613.htm




--------------------------------------------------------------------------------


Smoking Row Smoulders On


A SPLIT in the Islamic leadership has widened with a top Muslim scholar denouncing “self-proclaimed” religious advisers.



The row is over a move by some senior religious officials to declare smoking haram, or sinful.



The Islamic community is also at odds over a proposal to introduce compulsory HIV testing of couples planning marriage and tougher penalties for offences under Islamic law, such as adultery and khalwat, or close proximity between unmarried men and women.



Dr. Ismail Ibrahim, director-general of the Institute of Islamic Understanding, said people should stop creating their own fatwa, or binding rulings, which only confused and divided Muslims.



He said individual opinions should not be considered as fatwa, which only the National Fatwa Council was allowed to issue.



Dr. Ibrahim said the uprorar over the move to categorise smoking as haram was a blatant example of what happened when an individual issued a fatwa.


“These self-proclaimed muftis should do more research, read more, and view all opinions … and not come up with a fatwa”, he said, “Some think by coming up with a fatwa, it will be a shortcut to paradise”.



Meanwhile, the Islamic Religious Council in Kedah state is to provide insurance for its vice prevention division after a citizen who joined a khalwat raid was shot dead.



Source: South China Morning Post

January 4, 1996, pg 10




--------------------------------------------------------------------------------





Religious Leaders Dub Smoking a Major Sin


A MOVE by senior religious officials to ban Muslims from smoking by declaring the practice haram, or sinful and forbidden, has divided the Islamic leadership.



Unsurprisingly, non-smokers are the leading proponents of the ban while smokers of friends of them oppose it.



Smokers were not overly concerned when a senior official of the Johor State Islamic Council reminded Muslims in October that smoking was makruh, or a minor sin.



He did not sugget it should be outlawed but ruled that Muslims who smoked could not be witnesses to marriages.



But since then, religious organisations in the states of Kedah and Selangor have declared smoking haram.



Sheik Abdul Majid, chairman of the Kedah committee that issues religious rulings, said that in the past smoking had been considered makruh “because of its smell”.


“Now, there is proof that smoking can seriously endanger your health”, he said. But the Kedah Islamic Council said smoking would not immediately be gazetted as haram.



This would only happen after it had undertaken a campaign to educate Muslims on the dangers of smoking.



There was no such grace period for the smokers of Selangor, the state surrounding the Federal Territory of Kuala Lumpur and including some suburbs of the capital.



Ishak Baharom, chairman of the Syarak Consultative Committee of Selangor, which makes pronouncements on religious matters, announced that smoking had been gazetted as haram for Muslims with effect from December 7. He did not explain the back-dating of the decree.



Declaring the practice detrimental to people’s health, he said Muslims in the state must stop smoking immediately but did not say what penalties smokers could expect.



Deputy chairman of the State Islamic Council, Dr. Zainal Abidin Ahmad, said the state Government had no plan to penalise Muslims who smoked in Selangor.



He added that the decision announced by Mr. Baharom was unclear and needed to be clarified.



Several Islamic officials in the state echoed his call for clarification and said the matter should be discussed by the National Fatwa Council, which has the last word on religious issues.



The Imam of the Shah Alam mosque, Ahmad Shauqi, said the opposing views of the State Islamic Council and the Syarak Consultative Committee “could cause misunderstanding among Muslims”.



He said that as far as he know smoking was only considered makruh in Islam.



“In fact, many of my colleagues are smokers”, he said.



Source: South China Morning Post

December 28, 1995, pg 10




--------------------------------------------------------------------------------



V-C: Smoking among youths still a problem



Penang: There are at least 1.7 million smokers in Peninsular Malaysia and one in every five Malaysians aged 15 years and above is a smoker.



USM Vice Chancellor Datuk Professor Ishak Tambi Kechik said yesterday that in spite of the government's anti-smoking campaign, statistics show that smoking among youths remained a problem.



A study by the Ministry of Youth and Sports in 1994 on 6,000 youths show that 71 per cent had experimented with cigarettes.



He said a recent SSM study showed that 85 per cent of smokers were aged between 19 and 22 years



"The irony is that 96 per cent of these smokers are aware of the dangers and health risks but they cannot kick the habit.



"But our studies on USM undergraduates show that 82 per cent of these smokers desire to stop their habit," he said.



He was speaking at the opening of the three-day Tobacco, Health and Islam National seminar at USM which began yesterday.



The seminar, jointly organised by the Islamic Centre of USM and the National Poison Centre USM was opened by the Yang di Pertua Negri Tun Dr Haji Hamdan Sheikh Tahir.



In his opening address, Dr Hamdan said that universities played a major role in the campaign against smoking by being the role model for other organisations.



He said smoking was a form of drug abuse and must be eradicated.



Among the main speakers for these seminars are Datuk Professor Emeritus Shahnon Ahmad, National Poison Centre Professor director Dzulkifli Abdul Razak and FOMCA president Professor Hamdan Adnan.



Source: The Star

Saturday, January 4 1997




--------------------------------------------------------------------------------





Government ‘Has No Plan To Prohibit Smoking’




KUALA LUMPUR, Wed. – Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad said today the Government has no intention to prohibit smoking but will consider extending the current ban on smoking to other areas.



The Prime Minister said it would be good if smoking was banned altogether.



“But we don’t know whether we can”, he sid, adding that he was in favour of extending the ban on smoking to certain areas as the habit did not benefit anyone.



“It even poses a health risk … You won’t die if the smoke does not get into your lungs. But if it gets into your lungs, you get cancer”.



Dr. Mahathir said this when asked by reporters to comment on the move by the Selangor and Kedah fatwa committee which recently ruled that smoking was haram.



The fatwa committees of four other States – Terengganu, Perlis, Malacca and Kelantan – are studying the matter before making their decision.



Dr. Mahathir said there were also ulamak who smokes, adding the Government would like to see the people develop an attitude that resisted smoking instead of prohibiting smoking altogether.



“I don’t smoke and therefore, I have no problems if the ban is extended to other areas”.



He said smoking was a total waste of money, a useless indulgence and that inhaling the smoke did not make one full or healthy.



“It was not nice … So, I feel it will be better if people do not smoke.



“But it would be hard to get people to cultivate the non-smoking habit. We have made dadah abuse an offence but then there are still people who use dadah”.



The current ban on smoking covered public areas such as air-conditioned restaurants, cinemas, hospitals and public transport.



Source: December 28, 1995






--------------------------------------------------------------------------------





Selangor puts off Gazetting of Haram Ruling


SHAH ALAM, Wed. – The Selangor State Government has postponed the gazetting of the haram ruling on smoking for Muslims in the State until the matter is clarified by the islamic Centre.



Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said although the State Syarak Consultative Committee had ruled that smoking by Muslims was haram it would not enforce it as a law.



“This is something that is very difficult to be implemented. Because of that, the ruling can only be made into a law if it is accepted by all States in the country.



“To do that, the matter has to be referred to the Islamic Centre so that it can come out with a uniform ruling”, he told reporters after closing the Second Archipelago Silat. Festival at the Mara Institute of Technology indoor stadium here today.



Muhammad, who is also the State Islamic Affairs Committee chairman, said the State Government needed to get a consensus on the matter from the Islamic Centre and the Islamic Councils of other States before deciding on the next course of action.



He, however, said although the ruling was not enforced as law, it was very clear that it was made by the State Syarak Consultative Committee and it was up to the Muslims to take heed of it.



Asked to clarify why the ruling was difficult to implement Muhammad said; “if smoking is only not allowed for Muslims in Selangor, then they can go to other States to smoke. This will defeat the whole purpose of the ruling”.



The State Syarak Law Consultative Committee chairman Datuk Ishak Baharom had said on Saturday that smoking had been gazetted as haram for Muslims in the State effective Dec. 7.



Baharom said Muslims in the State must stop smoking as it was detrimental to health and added that it was haram effective from the date in line with the provisions of section 32 of the State Islamic Law Administration Enactment 1989.



In response to Baharom’s statement, the State Islamic Council deputy chairman Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad on Sunday said the State Government had no plan to penalise Muslims who smoke in the State.



He was quoted as saying that the decision announced by Baharom was unclear and needed to be further clarified.



The differing views of Mais and the committee has prompted several imam and bilal in the State yesterday to urge the National Fatwa Council to discuss the matter in depth to prevent any misunderstanding among the Muslims.



Source: December 28, 1995




--------------------------------------------------------------------------------


Only ‘Political Fatwa’ To Be Enforced


PORT DICKSON: The Government will only enforce fatwa (religious decrees) issued by muftis (clergy) on political matters and not on moral issues.



Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Abdul Hamid Othman said this was one way to maintain harmony and stability in the country, particularly under certain political circumstances.



“We cannot digress from that because the country consists of people with various religious beliefs”, he said after giving away prizes for a Quran reading contest in Kampung Baru Jimah on Sunday.



Extremism, no matter how small, would be a danger to the nation as it would lead to confusion in the administration of Islam, he added.



As such, he said the Government would attempt to educate Muslims in dealing with issues pertaining to matters of behaviour, etiquette and morality and confine enforcement measures to political matters.



Citing the example of the Memali incident in 1984, Hamid said PAS was going around saying that those who died in the incident has mati syahid (attained martyrdom).



“If people were to believe them, then they will think that opposing the Government and dying will make them martyrs”, he said.



The Government then gazetted the fatwa saying that those who died during the incident were not martyrs.



Hamid noted that muftis always supported the Government on matters of "“political interpretation"” hence the need to gazette fatwas on such matters.



Citing the example of smoking among imams (religious leaders), he said, if muftis ruled that it was banned, it could not be enforced.



“It will be a difficult matter. We will then have to arrest imams who smoke if we gazette the fatwa”, he added.



Hamid said it might be satisfactory for some government officials to enforce, arrest and prosecute people on such matters but it would be difficult in the administration of the country as a whole.



On the 60,000 invalid marriages as reported recently. Hamid said they were being validated.



He said those found not abiding by the syariah (Islamic laws) would have to go through the process again, adding that it was an offence if they were not done according to syariah laws.



Source: The Star

October 7, 1997




--------------------------------------------------------------------------------



IPT Disaran Haramkan Merokok



PULAU PINANG 3 Jan – Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir menyarankan semua pusat pengajian tinggi tempatan mematuhi keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan perbuatan merokok dalam kampus masing-masing.



“Dasar itu perlu diperluaskan supaya pusat pengajian tinggi dapat menjadi institusi misali di samping mengwujudkan suasana pembelajaran yang bebas tembakau”, tegasnya.



Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Tembakau, Kesihatan dan Islam anjuran bersama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Racun Negara (PRN) di USM, hari ini.



Kementerian Kesihatan baru-baru ini menetapkan institusi pengajian tinggi antara 11 senarai terbaru tempat awam yang dilarang merokok di bawah Seksyen 10 Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.



Antara yang hadir di majlis tersebut ialah Naib Canselor USM, Prof. Datuk Ishak Tambi Kechik, Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dan Pengarah PRN, Prof. Dzulkifli Abdul Razak.



Dr. Hamdan juga turut mengajak golongan perokok khususnya orang Islam mengambil ikhtibar sempena bulan Ramadan bagi membuang tabiat itu untuk selama-lamanya.



Beliau berpendapat, amalan berpuasa adalah cara terbaik bagi mereka melatih diri melawan ketagihan merokok.



Katanya, tabiat itu bercanggah dengan semua agama dan disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 dengan keputusan mengharamkan tabiat merokok.



Menurut beliau, zaman juga telah berubah dengan tabiat merokok tidak lagi mendapat tempat dalam masyarakat, malah dianggap hampir sama dengan gejala ketagihan dadah.



Sementara itu, Profesor Ishak dalam ucapannya memberi jaminan USM akan menyokong keputusan Kementerian Kesihatan di samping menimbangkan cadangan lain demi kepentingan mengwujudkan masyarakat yang sihat.



Sumber: Utusan Malaysia

Sabtu, 4 Januari, 1997




--------------------------------------------------------------------------------



Majlis Fatwa Haramkan Merokok



KUALA LUMPUR, Jumaat – Merokok adalah haram mengikut fatwa Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor, yang diwartakan oleh Kerajaan negeri itu, pada 7 Disember lalu.



Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.



Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, berkata, keputusan mengharamkan rokok itu dibuat selepas berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, awal bulan lalu.



Mengikut warta itu, keputusan mengharamkan rokok mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, diputuskan pada 25 Oktober lalu.



“Keputusan ini dibuat kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan dan diakui oleh pakar perubatan. Sehubungan itu, mulai tarikh pewartaan berkenaan, umat Islam yang merokok perlu menghentikan amalan itu, selaras tuntutan enakmen dan hukum Islam”, kata Ishak ketika dihubungi, petang ini.



Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk tindakan dan hukuman yang diambil terhadap umat Islam melanggar enakmen berkenaan.



“Islam adalah satu-satunya agama yang menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan jasmani dan rohani. Setiap yang baik dan bermanfaat direstui Islam, sebaliknya apa juga memudaratkan diharam”, katanya.



Keputusan Jawatankuasa Perunding itu adalah sama dengan pandangan Syaikh Muhammad al-Aini dalam bukunya, Fatwa Syurbi al-Dukhan (Hukum Menghisap Rokok) dan Nasihah al-Insan.



Dalam buku itu dijelaskan merokok adalah haram kerana salah satu faktor berikut:



Ia memudaratkan kesihatan yang disepakati oleh doktor pakar. Menurutnya, setiap yang memudaratkan kesihatan adalah haram. Ia disepakati doktor bahawa penggunaannya boleh melesukan badan sedangkan perbuatan itu dilarang berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad yang menyebut kalimah ‘muftirun’ (yang melesukan).

Baunya yang busuk (serta beracun boleh meresap ke otak) sehingga boleh memberi kesan kepada orang lain yang tidak merokok sama ada daripada kalangan manusia mahupun malaikat. Larangan ini berpandu kepada hadis riwayat Bukhari dan Muslim tentang perintah Nabi Muhamad supaya mengeluarkan orang yang makan bawang mentah dari masjid.

Membazir tidak memberi faedah, malah memudaratkan. Pengharaman perkara melampau dan berbahaya itu selari dengan pendapat akal manusia. Al-Quran menyebut bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.



Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor Universiti al-Azhar (Mesir) dalam bukunya Al-Islam: Aqidah wa Syari’ah berkata:



“Memang pasti bahaya merokok itu, ia tiada diharuskan berdasarkan gangguan terhadap anggota petugas gerak hidup yang terdapat dalam tubuh seseorang atau biasanya mengganggu dan menimbulkan gementar”.



Dr. Muhammad Ali al-Baar yang membuat kajian khas tentang bahaya merokok mendapati kesan amalan itu boleh menimbulkan penyakit kepada alat pernafasan, hati dan lemah jantung, usus penghadaman, barah mulut dan gigi.



Bagaimanapun, bekas Mufti Mesir, Syaikh Husain Makhlur, mengatakan hukum merokok itu asalnya harus.



Sementara itu, wartawan Berita Harian di London, Karim Sulaiman melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman, berkata Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mempunyai kuasa untuk mewartakan sesuatu fatwa.



Menurut Dr. Abdul Hamid, majlis fatwa negeri-negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa tentang sesuatu perkara, termasuk merokok, selepas mengambil kira dan menimbangkan pelbagai aspek berkaitan perkara itu.



“Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan umat Islam di Selangor merokok. Pada hemat saya, fatwa itu dikeluarkan dan diwartakan selepas mengambil kira dan menimbangkan kepentingannya untuk kesejahteraan serta kebaikan umat Islam negeri itu”, katanya.



Sumber: Berita Harian

Sabtu, 23 Disember




--------------------------------------------------------------------------------



Perokok Belanja RM2j Dalam Sehari


KUALA LUMPUR, Khamis – Rakyat negera ini membelanjakan kira-kira RM2 juta sehari untuk membeli rokok tanpa menghiraukan kesan merokok itu sebagai membahayakan kesihatan.



Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu, berkata, ini bermakna rakyat membelanjakan kira-kira RM 720 juta setahun untuk membeli rokok.



Beliau berkata, tindakan perokok membelanjakan wang yang begitu banyak jelas membuktikan mereka tidak menghiraukan merokok membahayakan kesihatan.



Katanya, kebanyakan perokok tidak sedar bahaya itu, kerana amalan merokok memudahkan perokok menghidap penyakit barah yang boleh membawa maut.



“Saya harap kerajaan membuat keputusan supaya rokok diharamkan di negara ini kerana kajian pihaknya mendapati ia mendatangkan kesan penyakit terhadap perokok.



“FOMCA menyokong pengharaman merokok diperluaskan untuk menyedarkan perokok terhadap bahaya merokok.



“Kerajaan perlu mengharamkan rokok kerana wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin yang memerlukannya”, katanya keoada Berita Harian di sini, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan sukar mengharamkan rokok kerana tidak ada keseragaman keputusan ulama di dalam negara atau negara Islam lain di seluruh dunia.



Perdana Menteri berkata beliau bersetuju kalau rokok diharamkan tetapi kerajaan tidak tahu sama ada boleh dibuat atau tidak.



Menurutnya, keputusan mengharamkan rokok adalah baik tetapi ada ulama sendiri yang menghisap rokok.



Sehubungan itu, Marimuthu berkata, kerajaan perlu mempromosikan kempen larangan merokok diperluaskan untuk menyedarkan orang ramai bahaya merokok terhadap kesihatan.



“Kempen menyedarkan orang ramai mengurangkan pembaziran wang kerana merokok dapat membendung tabiat merokok”, katanya.




--------------------------------------------------------------------------------





Merokok: Imam Mahu Pusat Islam Putuskan


SHAH ALAM, Selasa – Pusat Islam diminta memutuskan segera isu merokok yang menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada umat Islam di negara ini selepas Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok sebagai haram pada 7 Disember lalu.



Beberapa imam dan bilal di negeri ini berpendapat buat masa ini umat Islam yang merokok tidak perlu gelisah dengan pengumuman mengharamkan rokok yang dibuat oleh Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom.



Mereka berpendapat, sebaiknya umat Islam yang merokok bersabar sehingga Pusat Islam membuat pengumuman kerana berlaku perselisihan pendapat antara Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).



Imam Satu Masjid Raja Uda Seksyen 16, Shah Alam, Ahmad Shauqi, berkata pengharaman merokok itu mungkin menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam yang merokok kerana sukar untuk menghentikan tabiat itu serta-merta.



Menurutnya, beliau mengakui di kalangan imam dan bilal sendiri yang merokok kerana berpendapat perbuatan itu adalah makruh.



“Walaupun saya tidak merokok, saya tidak boleh membuat komen yang memanaskan lagi keadaan. Sebaiknya kita bersabar menunggu keputusan Pusat Islam”, katanya ketika dihubungi.



Sementera itu, Imam Masjid Kolej Islam Malaya, Husin Abdul Rahman, berkata hukum merokok tidak jelas kerana ada yang berpendapat ia makruh dan tiada nas atau hadis yang mengharamkan perbuatan itu secara langsung.



“Sekarang sudah ada perselisihan pendapat terhadap isu ini dan perlu ada perbincangan membabitkan Pusat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mencari keputusan muktamad”, katanya.



Timbalan Imam Masjid Ar-Rahmah, Damansara Baru, Saidin Arshad, pula berpendapat pengharaman itu agak berat untuk dilaksanakan kerana ramai umat Islam yang merokok.



“Merokok adalah tabiat biasa di kalangan umat Islam dan walaupun saya tidak merokok saya kurang bersetuju dengan pengharaman ini. Bagaimanapun, wajar jika Pusat Islam memutuskan segera perkara ini supaya tidak mengelirukan umat Islam”, katanya.



Sumber: Berita Harian

Rabu, 27 Disember




--------------------------------------------------------------------------------





Merokok: Maik Bermesyuarat Bulan Depan


ALOR STAR, Selasa – Majlis Agama Islam Kedah (Maik) akan mengadakan mesyuarat akhir Januari depan bagi membincangkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bahawa merokok adalah haram.



Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Rahman, berkata setakat ini, Maik belum membuat sebarang ketetapan berhubung keputusan jawatankuasa berkenaan walaupun ia diputuskan November lalu.



Katanya, ahli Maik akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi membuat ketetapan sama ada akan mewartakan keputusan itu atau sebaliknya.



“Pada dasarnya Maik bersetuju dengan alasan keputusan jawatankuasa berkenaan dan meminta umat Islam menghentikan amalan merokok yang membazir dan memudaratkan kesihatan”, katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di pejabatnya, di sini hari ini.



Sheikh Abdul Halim berkata, ketetapan mesyuarat itu akan diserahkan kepada Sultan Kedah yang membuat keputusan selanjutnya.



Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bahawa hukum merokok adalah haram.



Sabtu lalu, pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Sheikh Abdul Majid Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas merujuk al-Quran, hadis dan pandangan pakar perubatan.



Sumber: Berita Harian

Rabu, 27 Disember




--------------------------------------------------------------------------------





Kontroversi Merokok Haram


JUMAAT, 29 DISEMBER 1995 – KONTROVERSI berhubung hukum haram ke atas tabiat merokok timbul semula. Kali ini ekoran fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor yang mewartakan hukum tersebut pada 7 Disember lalu. Tindakan tersebut disokong oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.



Bagaimanapun, bagi pihak kerajaan Pusat, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata pihaknya tidak akan mengharamkan tabiat merokok sebaliknya bercadang memperluaskan lagi kawasan atau tempat-tempat yang dilarang merokok.



Kita berpendapat langkah tersebut lebih praktikal kerana dengan cara ini peluang dan kesempatan untuk orang ramai mengikis perlakuan tabiat merokok itu akan dapat dibendung dan dikawal.



Kita amat bersetuju dengan Dr. Mahathir bahawa amalan merokok hanya suatu perbuatan membazir sedangkan hasil dari perbuatan itu tidak memberi apa-apa pulangan berfaedah sebaliknya membahayakan kesihatan dan mencemar suasana sekeliling.



Daripada segi hukum halal haramnya pula, kita bersetuju dengan pandangan beberapa orang tokoh agama supaya Pusat Islam dapat mengeluarkan satu fatwa yang konkrit dalam menangani masalah ini.



Kita percaya Pusat Islam sebagai badan induk dalam pengurusan pentadbiran agama Islam dapat melakukan sesuatu yang positif untuk kepentingan dan perpaduan umat Islam di negara ini.



Untuk itu, Pusat Islam perlu mengadakan satu majlis muzakarah khas dengan ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga mufti-mufti negeri bagi mencari kesahihan nas, hadis atau firman jika benar-benar wujud sepanjang berhubung tabiat merokok ini dari sudut pandangan Islam. Apa yang menjadi persoalan kita ialah selama ini sudah berabad orang-orang Islam menghisap rokok malah terdapat imam dan tokoh-tokoh agama juga tidak terlepas dari tabiat ini.



Apa yang kita tahu hukum bagi amalan menghisap rokok adalah makruh iaitu perbuatan yang tidak digalakkan dalam Islam dan adalah lebih baik ditinggalkan. Namun, atas prinsip ia boleh memudaratkan kesihatan seseorang, kita ingin menarik perhatian kepada firman Tuhan supaya orang-orang yang beriman sewajarnya menghindari diri mereka dari melakukan perbuatan atau amalan yang boleh membinasakan diri sendiri.



Atas premis itu, Pusat Islam boleh mengeluarkan fatwa berhubung amalan merokok ini dan terpulanglah kepada umat Islam sama ada mereka mahu meninggalkan tabiat yang merugikan itu atau sebaliknya.



Bagi mereka yang benar-benar beriman, kita percaya sudah tentu mereka akan memberi renungan yang setimpal jika terdapat fatwa yang sahih dan konkrit.



Pusat Islam tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan fatwa kerana sama ada umat Islam mahu patuh atau sebaliknya bergantung pada tahap keimanan dan ketakwaan seseorang.



Dalam hal ini, kita melihat masih ada orang Islam yang melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan terus melakukan kemaksiatan sedangkan Islam menganjurkan amal makruf nabi mungkar.



Kita berpendapat, dalam menangani sesuatu isu yang ada kaitan dengan amalan tradisi umat Islam, cara paling berkesan adalah dengan mentarbiahkan umat Islam supaya tahap keimanan dan ketakwaan mereka dapat ditingkatkan.


Sumber: Utusan Malaysia

Jumaat, 29 Disember, 1995




--------------------------------------------------------------------------------





Kedah Juga Haramkan Merokok


KUALA LUMPUR: Kedah menjadi negeri kedua selepas Selangor yang memutuskan merokok adalah haram; manakala empat negeri lain akan membuat keputusan tentangnya selepas mengkaji dan meneliti terlebih dulu perkara itu.



Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang membuat keputusan itu bulan lalu, turut meminta umat Islam menghentikan perbuatan membazir dan memudaratkan kesihatan itu.



Pengerusinya, Datuk Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, berkata keputusan itu belum diwartakan kerana urusan berkenaan terletak dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Kedah (Maik).



“Jawatankuasa Fatwa sudah membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dan terpulang kepada Maik untuk mewartakannya”, katanya ketika dihubungi di Alor Star, semalam.



Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor yang mewartakan hukum merokok adalah haram.



Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.



Abdul Majid berkata, keputusan itu dibuat selepas merujuk al-Quran, hadis serta pandangan pakar perubatan.



Katanya, adalah jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa perbuatan yang memudarat dan membawa kebinasaan dilarang, manakala pakar perubatan berpendapat merokok menjejaskan kesihatan.



Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan akan mengemukakan cadangan kepada Maik supaya menyebarkan fatwa merokok adalah haram dalam kegiatan dakwah majlis itu.



Di KUALA TERENGGANU, Timbalan Mufti Negeri, Datuk Mohd Zubir Awang, meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyelaras keputusan memfatwakan merokok sebagai haram di semua negeri.



Zubir berkata, perbincangan dengan setiap Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak negeri perlu diadakan sebelum memutuskan perkara itu.



Beliau berkata, perkara ini sepatutnya dibahas dan dibincangkan secara mendalam sebelum boleh difatwakan sebagai haram kerana sebelum ini kebanyakan ulama menghukumnya hanya sebagai makruh.



Di KANGAR, Majlis Agama Islam Perlis (Maips) pula akan mengeluarkan fatwa tentang merokok selepas membincangkan tentang perkara itu awal tahun depan, kata Setiausahanya, Mohammad Shokri Hussin.



Katanya, pada kebiasaannya semua negeri akan menyelaras keputusan merokok mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan yang setakat ini belum memutuskan perkara itu.



Di MELAKA, Jawatankuasa Syariah Melaka pula akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa tentang merokok adalah haram, kata Mufti negeri, Datuk Sheikh Mohd Yunus Md Yatim.



Di KOTA BHARU, Jemaah Ulama Kelantan akan mengadakan perbincangan khas dengan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) berhubung keputusan kerajaan Selangor mewartakan merokok adalah haram.



Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohamad berkata perbincangan khas itu akan dipengerusikan oleh Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hasan, tidak lama lagi.



Sumber: Berita Harian

Ahad, 24 Januari




--------------------------------------------------------------------------------


Fatwa Merokok Tidak Jelas: Mais


SHAH ALAM, Ahad – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyifatkan tindakan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok sebagai haram pada 7 Disember lalu, sebagai tidak jelas.



Sehubungan itu, Mais belum bercadang mengenakan tindakan dan hukuman terhadap umat Islam di negeri ini yang merokok.



Timbalan Pengerusi Mais, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata fatwa itu dibuat secara umum oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor dan tidak ada kaitan dengan Mais.



“Fatwa itu juga tidak jelas. Oleh itu, kerajaan negeri dan Mais belum bercadang mengenakan tindakan atau hukuman terhadap umat Islam yang merokok di negeri ini”, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau berkata, banyak perkara yang perlu diambilkira terutama daripada segi kesan pengharaman merokok, lebih-lebih lagi ada imam dan bilal di negeri ini turut merokok.



Menurutnya, pengumuman Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, seperti dilaporkan akhbar ini Sabtu lalu, dibuat secara umum selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, awal bulan lalu.



“Fatwa itu diumumkan oleh mufti, bukan Mais. Setakat ini, saya tidak dapat maklumat lebih lanjut tentang Fatwa itu kerana belum ada perbincangan dibuat oleh Mais”, katanya.



Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.



Mengikut warta itu, keputusan mengharamkan rokok mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, diputuskan pada 25 Oktober lalu.



Mufti dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan dan diakui oleh pakar perubatan.



Sehubungan itu, katanya, mulai tarikh pewartaan berkenaan, umat Islam yang merokok perlu menghentikan amalan itu, selaras tuntutan enakmen dan hukum Islam.



Sumber: Berita Harian

Isnin, 25 Disember




--------------------------------------------------------------------------------


Tiada Cadangan Haramkan Merokok


KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan sukar mengharamkan rokok kerana tiada ada keseragaman keputusan ulama di dalam negara atau negara Islam lain di seluruh dunia, kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.



Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju kalau rokok diharamkan tetapi kerajaan tidak tahu sama ada boleh dibuat atau tidak.



Menurutnya, keputusan mengharamkan rokok adalah baik tetapi ada ulama sendiri yang menghisap rokok.



“Bukan saja tidak ada keseragaman di antara negeri, tetapi di seluruh dunia Islam pun ada yang menghisap oga dan ganja.



“Saya bersetuju, kalau boleh haramkan semua tetapi yang nampak benda ini (rokok) ulama pun hisap juga.



“Saya menyokong kalau boleh kawasan larangan merokok diluaskan kerana saya sendiri tidak merokok dan tidak menjadi masalah kalau rokok itu diharamkan”, katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gerak Mesra di Dataran Setia Angkasapuri, di sini hari ini.



Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok adalah haram pada 7 Disember lalu.



Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangon 1989 mendefinasikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.



Mengikut warta itu, keputusan mengharamkan rokok mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, diputuskan pada 25 Oktober lalu.



Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju semua pihak berkuasa meluaskan kawasan larangan merokok kerana perbuatan merokok itu, tidak memberi sebarang faedah.



“Adalah lebih baik orang ramai tidak menghisap rokok kerana ia tidak bermanfaat langsung … bukan boleh sihat atau kenyang.



“Tidak akan mati kalau asap tidak masuk paru-paru. Hisap asap itu pula boleh menyebabkan barah”, katanya.



Dr. Mahathir berkata, kerajaan menyambut baik kalau orang ramai dapat membentuk ketahanan diri supaya tidak menghisap rokok.



Sumber: Berita Harian

Khamis, 28 Disember

Tok Janggut
18-05-02, 03:52 PM
assalamualaikum

kadangkala bila sebut dosa besar dosa kecil nie kebanyakan org selalu berkata: ala dosa kecl je. Harus di ingat, doda besar atau kecil, kalu tidak di bersihkan dgn taubat tempatnya adalah neraka. Dimana hukuman yang paling ringan di neraka ialah di pakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otak dan pecah.. kemudian di jadikan kembali oak tersebut di lakukan proses yg sama kembali. Dosa mmg kecik, tapi tengoklah hukuman yang paling ringan... Ringan ke?

TJ

BlueHippo
18-05-02, 05:10 PM
ustaz tu hisap rokok laaa...... tuh laa pasai

kalau tanya ustaz yang merokok dia cakap halal

kalau tanya ustaz yang tak merokok dia jawab haram

blueHippo: tak tau nak cakap camne sebab ilmu tak cukup...

Lang
20-05-02, 02:15 AM
:cipan: LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARIPADA KEBAIKAN.MEMBELI ROKOK UPAMA MEMBAKAR DUIT.JAWABNYA MEMBAZIR.MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN.

kaZam
20-05-02, 03:29 PM
thanks ar TJ.. lain kali kalu ada masalah, den tanya laie ar.. tq..

maasalamah wa illalliqa'

beckhamjr
20-05-02, 03:33 PM
senang citer..tak yah isap okok..nak mati cepat isap ler rokok..

kalau tak isap kan bagus..duit pun save..aper ler...buat cam aku..tak isap rokok..tul ker?

zeck
22-05-02, 09:24 PM
ntah le beckham. betul ke tak, aku tak tau. yang boleh jawab soalan engkau tu cuma engkau sendiri.

squall_hatisinga
23-05-02, 01:23 PM
aku dah kate!!!!!!!!aku dah kate!!!!!!!!!!!!!!

Eii
23-05-02, 10:12 PM
Posting Asal oleh Tok Janggut
assalamualaikum

kadangkala bila sebut dosa besar dosa kecil nie kebanyakan org selalu berkata: ala dosa kecl je. Harus di ingat, doda besar atau kecil, kalu tidak di bersihkan dgn taubat tempatnya adalah neraka. Dimana hukuman yang paling ringan di neraka ialah di pakaikan selipar dari api neraka sehingga menggelegak otak dan pecah.. kemudian di jadikan kembali oak tersebut di lakukan proses yg sama kembali. Dosa mmg kecik, tapi tengoklah hukuman yang paling ringan... Ringan ke?

TJ


Bilal ra mengatakan : "Janganlah anda melihat pada kecilnya dosa yang dilakukan, tapi lihatlah kepada kebesaran Allah yang perintah-Nya engkau langgar."

Sebenarnya dosa kecil boleh terhapus dengan kita mengamalkan ibadat-ibadat sunat... kecuali dosa besar yang perlukan kepada taubat.... tetapi dosa kecil boleh menjadi dosa besar yg memerlukan taubat juga..

Diantara sebab yang menjadikan dosa kecil menjadi besar adalah :

1.Istishgharu dzanbi (meremehkan dosa). Setiap dosa, bila dianggap besar oleh seorang hamba, maka ia menjadi kecil di sisi Allah. Dan setiap dosa dianggap kecil atau remeh oleh seorang hamba, maka ia menjadi besar di sisi Allah.
Merasakan kebesaran dosa itu menjadi sikap berpalingnya dan bencinya hati dari melakukannya. Ibnu Mas'ud ra berkata : "Sesungguhnya seorang mukmin melihat
dosanya, seolah ia berada di bawah sebuah gunung yang dikhawatirkan akan menimpanya. Dan orang yang fajir melihat dosanya seperti lalat yang hinggap dihidungnya." (HR Bukhari Muslim)

2.Rasa senang dengan dosa.
3.Menceritakan dosa yang dilakukan dihadapan orang lain
4.Dosa yang dilakukan oleh orang yang dijadikan ikutan oleh orang lain.Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang membuat suatu kebiasaan buruk dalam Islam maka ia akanmemikul dosanya dan dosa orang yang mengikutinya setelahnya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim dan Nasa'i).

Bab masuk neraka ni... tak semestinya buat dosa besar/kecil terus azab masuk neraka...... manusia terlebih dahulu dihisab/ditimbang amalannya..jika banyak kebaikan masuk syurga... jika byk dosa banding pahala masuk neraka (rujuk surah AlQariah)...

Tok Janggut
24-05-02, 12:02 AM
assalamualaikum

betul masuk neraka atau syurga di tentukan oleh Allah swt di hari akhirat. Tetapi adakah kerana kita tidak semestinya masuk neraka kerana dosa kita maka kita harus bersenang lenang dengan dosa-doa kita? Kita kata ala, dosa kecik je. Kalau tak pun mungkin pahala aku banyak lagi dari dosa. Mungkin. Tetapi berapa pasti kita sebenarnya?

Masuknya kita ke dalam syurga atau terhindarnya kita dari neraka bukan kerana pahala atau dosa kita solely. Tetapi kerana rahmat Allah swt. Tanpa rahmat Allah kita takkan dapat masuk syurga walaupun ibadah kita seribu tahun sekalipun. Nak mendapatkan rahmat dan redha Allah nie kita kenalah in the first place di dunia ni mencari redhanya. Caranya elakkan segala dosa besar dan dari melakukan dosa kecil.

Walaupun dosa kecil boleh di hapuskan dengan wuduk atau solat, tetapi solat dan wuduk yang bagaimana yg di maksudkan? Sebagaimana satu hadis: Barang siapa yang sempurna wuduknya dan khusuknya akan di ampunkan dosa baginya selama tidak di lakukan dosa-dosa besar. Maknanya kalau solat kena solat yang betul-betul khusyuk dan kalau wuduk pun wuduk yang mensucikan bukan sahaja zahiriah kita tetapi natiniah kita.

Dosa pahala bukan lah satu perkara yang kecil yang boleh di buat main-main walaupun dosa itu dosa kecil. Kerana purpose of our creation and existence ialah untuk taabud kepada Allah. Dan bagaimana kita hendak mencapai purpose ini kalau kita menjauhkan diri kita dari Allah dengan dosa-dosa ini.

Wassalam
TJ

Eii
28-05-02, 03:05 PM
Alhamdulillah... syabas jika dah berpandangan/pendapat sebegitu.. itulah yang sepatutnya.. moga dapat dipraktikkan dalam amalan seharian....

skywalker
04-06-02, 11:41 PM
Jawapan panjang lebar dengan syarah yang berjela-jela boleh dibaca dalam kitab Fatawa Muasirat karangan Syaikh Qardhawi; saya hanya menurunkan rumusannya sahaja.

Tobacco atau tembakau mula dikenali oleh umat Islam pada 10 Hijrah. Maka keluarlah pelbagai fatwa dan pendapat fuqaha' serta madzhab yang setengahnya mengharamkan, ada yang memakruhkan dan ada yang mengharuskan.

Oleh kerana zaman itu ilmu perubatan belum dapat mempastikan bahayanya tembakau, maka kita tinggalkan pendapat-pendapat mereka yang pelbagai itu dan kita boleh dengan secara pasti sudah boleh mengharamkan tembakau kerana sudah diperkuat dengan penemuan dari ilmu perubatan (kedoktoran) yang secara pasti (qat'iy) telah mengesahkan bahaya akibat merokok.

Oleh kerana dalil perubatan sudah jelas, maka perokok-perokok muslim hanya berdepan dengan dua pilihan hukum sahaja: Haram dan makruh. Ia tidak mungkin makruh biasa sebab ia membahayakan kesihatan, membazir wang dan merosak kesegaran jiwa; maka ia jatuh makruh tahrim (hampir kepada haram) atau makruh tanzih (makruh yang berdosa)

Jika ia haram, maka kita mempertimbang dengan saksama beberapa keadaan:

1. Seseorang yang sudah terpenjara oleh rokok, tiada upaya lagi ia berhenti daripada rokok; akan lemahlah sarafnya dan fikirannya amat terganggu jika tidak merokok. Maka dalam hal ini ia dima'afkan baginya sesuai dengan niat, upaya dan kelemahannya.

2. Haramnya rokok tidak sama tarafnya dengan haramnya arak, zina dan mencuri; dalam Islam haram ada tingkatannya; yang ringan dan ada yang berat; haram yang berat hanya dapat ditebus dengan taubat nasuha, manakala haram yang ringan dapat dihapuskan dengan solat lima waktu.

3. Haram sesuatu yang tidak ijmak (sepakat di kalangan fuqaha') tidak sama dengan haram sesuatu yang ijmak di kalangan fuqaha'; maka rokok tidak sampai lagi ke tahap ijma' di kalangan fuqaha'. Implikasinya para perokok tidak boleh dituduh fasik atau murtad lantaran mereka melakukan yang haram yakni merokok.


Bagaimana ada ulamak dan ustaz yang merokok?

Mereka adalah sama dengan para doktor yang tahu bahaya merokok tetapi masih ramai doktor yang merokok, bedzanya mereka ini tahu hukum makruh tanzih atau haram. Ini semua kerana mereka telah belajar merokok sejak kecil dan tidak dapat melepaskan diri daripada ketagihan kepada rokok. Mereka juga sama tidak terlepas daripada tiga keadaan yang kita sebutkan diatas.

Eii
11-06-02, 04:46 PM
:? :bagusweh: :bagusweh: :bagusweh:

:takbagus: :R :takbagus:

sub_zero
14-06-02, 12:16 PM
MEMBAZIR BELI ROKOK.. LEPAS TU BAKAR DUIT....APE YANG DAPAT.... DUIT HABIS PASTU DAPAT KANSER PARU PARU.... DATUK AKU KALAU KORANG NAK TAHU...MATI SEBAB KANSER PARU PARU...PUNCA UTAMA HISAP ROKOK...

emi
17-06-02, 10:49 PM
saya ada 2 situasi ... meh kita fikirkan ...

1. ada org minum racun, pas tu mati.
hukumnya = berdosa besar sebab bunuh diri.

2. ada org duduk atas pokok, main2, saja2 jer, suka2...
pas tu jatuh mati.
hukumnya = berdosa sebabtak tahu nak jaga diri ; bunuh diri
tapi

tetiba ada org kuat gila hisap rokok.. pas tu mati, doktor kata sakit jantung sebab kuat sgt hisap rokok.
apa hukumnya?

takut lah nak jawab.. sebab hukuman bunuh diri straight masuk neraka... mudah-mudahan ramai le org Islam yg tak merokok.. sebab bahaya utk kesihatan... dan hukumnya tak pasti bagi org yg merokok dan tidak merokok...

tapi bagi saya ianya haram...

kita puh dah tahu kan lebih byk keburukan drp kebaikan...

tak rugi kalau tak buat .. rugi kalau buat ..

menteras
18-06-02, 01:11 PM
:R "Isap rokok tu haram"kata bekas mufti Selangor,tapi ramai ulama yang berselisih pendapat. Jadi yang baru nak belajar tu tak yah le nak cuba-cuba, dan yang ketagih tu cuba-cuba le berenti...kerana merokok membahayakan diri sendiri dan orang lain..(secondhand smoker).

masripan
21-06-02, 12:43 AM
Dari segi hukum merokok makruh tapi ia boleh menjadi haram apabila keterlaluan ... boleh menyebabkan penyakit ....

Baunya yg busuk menganggu ketenteraman ....

Sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

Ma akala thauman au basolan fal ya'tazilna au fal ya'tazil masjidana, fal yak'ud fi baitihi .

maksudnya:

Barang siapa yang memakan bawang atau benda yang berbau busuk maka jauhilah kami atau jauhilah masjid kami, maka duduklah sahaja ia dirumahnya.

wallahu a'lam.