PDA

View Full Version : Mesia layak ke akhir Piala Thomas..


nokai
17-05-02, 12:41 AM
weh.. korang dah tak layan ke badminton.. aku pon bukan layan sangat tapi tadi tengok kat TV1.. mesia layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan China 3 -1.. tahniah diucapkan utk pasukan mesia.. & perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 19 Mei nie pukul 1.30 ptg.. lawan diaorg akan ditentukan esok samada Indonesia atau Denmark.. harapē mesia boleh menang Piala Thomas kali nie..

Cercare
17-05-02, 01:18 AM
Posting Asal oleh nokai
weh.. korang dah tak layan ke badminton.. aku pon bukan layan sangat tapi tadi tengok kat TV1.. mesia layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan China 3 -1.. tahniah diucapkan utk pasukan mesia.. & perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 19 Mei nie pukul 1.30 ptg.. lawan diaorg akan ditentukan esok samada Indonesia atau Denmark.. harapē mesia boleh menang Piala Thomas kali nie..


Ako pun harap-harap malaysia menang piala thomas kali ni ....Ako cuma tengok live news kat net aje ..tapi berdebar-debar gak gak ......

MAlAYSIA BOLEH

Ciao

yaahaya
17-05-02, 08:31 AM
:R Hello kawan jangan ghairah sangat, belum tentu lagi, kemenangan msia malam tadi menumpaskan cina, hanya satu strategi, perlawanan denmark dan indon pun gitu juga, untuk membolehkan msia bertemu dng indon, strategi yang telah diatur, untuk indon membawa pulang piala pak tomas.
bila indon bertemu dng msia dah tentu msia kecundang, kita tengok jer perlawanan yang lepas2 tu bagaimana...,
aku nie bukan lah nak mengecilkan kebolihan pemain msia, tapi dah dapat agak dahhh.

ira_aida
17-05-02, 08:35 AM
A'kum.........

setinggi-tinggi tahniah untuk pasukan M'sia kerana layak ke perlawanan akhir.

apa-apa pun teruskan semangat juang anda........bersama kita berdoa agar M'sia berjaya..........

Cayalahhhhhhh........

mito7
17-05-02, 08:54 AM
tak sanggup aku nak tengok malaysia main semalam. masa tan fook/wan wah main, seram aku nak tengok bila 2 set kalah.

BeckhamTrengganu
17-05-02, 09:26 AM
rasa cam jumpe indon je...

beckhamjr
17-05-02, 10:13 AM
aku pun cuak gak mlm tadi..ingatkan msia dah tak layak ke akhir but :

malaysia boleh...

player msia power giler..semangat juang yang tinggi..biler bola sepak kiter nak jadik cam tu ah..power cam badminton, hoki ker...

fikir-fikirkan...

mito7
17-05-02, 11:10 AM
Posting Asal oleh Beckham Terengganu
rasa cam jumpe indon je...
lawan indon masa final memang ada susah sikit. kecuali bermain bermati-matian.

UNDERTAKER
17-05-02, 06:30 PM
http://www.msn.com.my/pidl/2676029/ap_HashimMuhdHafiz_170502.jpgPerghhh!!!Letih aku...seram bulu aroma tengok bergu ke-2 main semalam.....setelah 2 set kecundang dan ak-C salah seorg pemain bergu cina yg buat muka2 tu(menyakitkan hati jerrr)......aku rasa macam dah tarak harapan jer...tapi bila menengokkan diorang di set yg ke-3 boleh capai kemenangan 7-1...terus aku tersenyum...dan tertunggu2 perlawanan i2..sehingga habis...Eiii...gumbiranya rasa hati......Pasukan Malaysia kita layak ke akhir......Isyhh...dah lama gak x tengok permainan mantap pemain2 badminton kita....Wang Choon Han walaupun tewas..tapi dia punya semangat melawan memang gua salute beb.....Adiosss....:bagusweh: :bagusweh:

Semoga berjaya pasukan badminton Malaysia utk bawa piala thomas pulang ke Kuala Lumpur.....:_:

BeckhamTrengganu
17-05-02, 10:51 PM
Posting Asal oleh mito7

lawan indon masa final memang ada susah sikit. kecuali bermain bermati-matian. kalau mati lagilah susah nak main....
heheheh...

Srikandi
17-05-02, 11:49 PM
::: ::: ::: :::

Yi ahhhhhh!!!!...Malaysia dapat masuk finallll

BeckhamTrengganu
18-05-02, 09:33 AM
indon lawan m'sia...

UNDERTAKER
18-05-02, 11:56 AM
http://images.launch.yahoo.com/000/003/499/3499865.jpg

SEMOGA mampu memberikan persembahan terbaik ketika bertemu dengan Indon besok .:bagusweh: MALAYSIA BOLEHHHHHHHH!!!!!!AribbbaaaYeppa....:D :bunga: ::: ::: ::: ::: :bagusweh: :bagusweh:

UNDERTAKER
18-05-02, 11:59 AM
http://www.utusan.com.my/pix/2002/0518/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpgGUANGZHOU - Pasukan negara berjanji akan memberikan tentangan terbaik untuk membawa pulang Piala Thomas sejak 10 tahun, walaupun sasaran awal hanya melepasi separuh akhir.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd. Nazdmi Salleh berkata, misi Malaysia sudah berubah sebaik menjejakkan kaki ke perlawanan akhir dengan tumpuan kini adalah merampas semula piala kebanggaan itu yang kali terakhir dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.

Bumble B
18-05-02, 11:19 PM
Team kita lawan Indon. Single petama kira orait, buleh sumbang mata. Regu petama pun kira buleh walaupon akan ditentang hebat oleh regu terbaik Indon. Single kedua nie yang tak tau sapa yang boleh di harapkan. kalo nengok prestasi Ewe Hock cam yo yo. Kejap turun kejap naik. Roslin, Hafis, Tsuen... mungkin sapa yang turun sebagai single ketiga. Regu kedua pun tak menentu laa..

Apa apa hal pun tengok la sama ada kita leh bawak Thomas Cup balik ke idak.

Tapi tak kira la menang atau kalah pada Indon esok, syabas team Malaysia. Kot kalah pun.. tentang habis habisan...

FARID ASHRAF
18-05-02, 11:45 PM
kalau ada semangat macam mana lawan china tak mustahil piala thomas balik ke malaysia semula selepas 10 tahun terlepas

BeckhamTrengganu
19-05-02, 07:18 AM
jom kite nengok siaran langsungnnya nati...

iji onnanoko
19-05-02, 10:40 AM
lecehh laa endon nih.. bukannya korang tak tau macam2 citer.. depa nanti main kat aner aaa?

BeckhamTrengganu
19-05-02, 12:58 PM
Aku rasa malaysia turunkan...
1-wong chon han
2-lee tsuen seng
3-roslin

bergu macam biasa...
tu ramalan je...

target malaysia menang..

nokai
19-05-02, 05:28 PM
hmmm.. mesia tewas juga akhirnya :(.. apepun tahniah kerana berjaya mara sampai ke final.. sumer pemain dah berusaha utk menang.. cuma kecewa sikit ngan persembahan Roslin tadi.. banyak sangat bagi bola lambung.. kan dah kena smash baik nyer ngan Hendrawan tu..

BeckhamTrengganu
20-05-02, 11:06 AM
kalah juga akhirnya...

mito7
20-05-02, 11:57 AM
Posting Asal oleh Beckham Terengganu
kalah juga akhirnya...
kalau bagi hafiz boleh memang kot.

ira_aida
20-05-02, 01:32 PM
Tahniah untuk Pasukan Malaysia.......
walaupun matlamat hanya ke separuh akhir........tetapi berjaya ke akhir.....Malaysia Boleh......

taqu
20-05-02, 02:19 PM
Aku tengok semifinal & final.

Masa semi, 1st single, sebenarnya Choon Hann boleh beat Xuanxe, tapi linesman berat sebelah. 1st double, cemerlang, takde tandingan langsung. 2nd single, terkejut bila Hafiz yg turun, bila tengok 1st set dia kalah mudah, rasa malas dah nak tengok tapi Hafiz bermatian2 menentang dengan tenang dlm 4 set seterusnya. 2nd double, mula2 nampak tak serius, lepas 2nd set, baru diorang main sungguh2 pada tahap sebenar. Untuk semi, semua player boleh dipuji.

Dlm perlawanan akhir menentang Indonesia, aku rasa cuma 2 pemain saja yg patut dipuji, Wong Choon Hann & Lee Tsuan Sen. Choon Hann takde masalah menang straight set, bermain pada tahap maksimum. Tsuan Sen, walaupun keupayaan jauh di belakang Taufik, masih menentang sampai bernasib baik menang. Tapi aku tak puas hati betul ngan umpire masa 3rd set tuh, kesian Taufik. Double kita, masa semi main bagus, masa final ni plak, tak melawan langsung, especially Tan Fook - Wan Wah, macam tak main sungguh2. Tensen je tengok. Bila sampai turn Roslin, dia crack under pressure. Last2 kalah mudah. Untuk final, cuma nak ucapkan tahniah pada Choon Hann & Tsuan Sen.

Aku rasa mutu pengadilan kali nie banyak kelemahan, especially linesman. Sebagai tuan rumah, China kena ambil pengajaran kalau nak jadi tuan rumah lagi in the future.

UNDERTAKER
21-05-02, 08:53 PM
Malaysia tumpas 3-2 sekali lagi kepada musuh seteru badminton kita indonesia....Apaleh buat..kalau daya i2 saja yg termampu pemain2 kita sudah cuba sehabis mungkin.
-Puas hati tgk perseorgn pertama dan ke-2 negara......bermain...:bagusweh: