PDA

View Full Version : Hotel Cameron Highlands.. tanya sikit...



azrida nani
12-06-09, 10:37 AM
:salam:

Nak tanya ni.. kalau nak pergi Cameron.. Hotel mana yer yang best? yang dekat dengan tempat2 menarik.. dan hotel pun nak best jugak..:sengih:

maz
12-06-09, 12:41 PM
2,3 minggu lepas ada aku gi sana
disebabkan aku tak survey b4 pegi
so aku main redah je lah hotel mane2 yg jumpe
tp sibek ok je hotel ni.. kat Brinchang ye..
rainbow name diberi.. not bad r... murah plak tuh..
berdekatan dengan pasar mlm... & food court..


http://www.hotelreservation.com.my/hotel/cameron/rainbow.htm

spider
12-06-09, 01:20 PM
OO yeke.. mana best duk kat brichang ke tanah rata? betul ke duk kat brichang mudah nak shopping dan dekat tempat2 menarik?

maz
12-06-09, 02:00 PM
mase pegi, aku ikut tapah
mase balik baru ikut ipoh
so kalo dari tapah... aku jumpe brincang dulu
tu yg aku trus benti kat brincang
tak penah rase duk tanah rata lagi
so tatau lah mane lebih bagus
tp kat brincang tu dah cukup bagus rase nye...
giler byk pilihan hotel....
sila lah ke blog aku.. byk aku tepek gmbr di cameron... :D

teruteru_bozu
12-06-09, 02:16 PM
tanah rata tu bwh sgt...duk brinchang lah best skit.
dkt ngan tpt2 menarik n byk tpt mkn.dkt ngan pasar mlm.

kt tanah rata tu...byk bank je...kedai mkn pun byk gak..
mcm pekanlah..

hotel yg gempak...equatorial lah...nuuuuuuuuun kt puncak sana.
dah xde apa dah kt atas sana...kena turun bwh lah klu mau beli2
or cari mkn...

MukH
12-06-09, 05:14 PM
errrr.....kalo naik ikut tapah....jumpe tanah rata dulu maz.....pastu dlm 15 minit baru jumpe brinchang...

kalo nk dekat ngan pasar malam...mmg duk kt area brinchang arr....sbb pasar mlm tu kt sana....tp anthurium apartment yg kiteorg duk ari tu pun not bad....dia terletak in between brinchang ngan tanah rata.....sejuk jer....tanah rata pun still sejuk laaaa....

bleh refer kt thread cameron kiteorg ari tuh....gambar2 pun banyak.....selamat bercuti....

maz
12-06-09, 05:19 PM
errrr.....kalo naik ikut tapah....jumpe tanah rata dulu maz.....pastu dlm 15 minit baru jumpe brinchang...



keh keh keh.. jumpe tanah rata dulu eh...
nmpk sgt aku main redah jerk drive...

SeTiA
12-06-09, 05:37 PM
sory 2 said
bukan nak mematahkan semangat anda bercuti, tapi elok2 la
paksedare saya penah check in kat hotel brincang.
tak engat namanya ape,tp 3bintang die cakap, atas bukit, tngah2 pekan brincang
hotel 2 keras ckit, die penah kene kacau
memang seramla dgr die cite
tapi kalau nak ikut, setan ade dimana2 kalau nak nyesatkan kite

morpheuzneo
13-06-09, 05:17 AM
jangan laa takut2 kan orang cik setia di atas ^^..

tapi ada betul nya..

2 hotel yg anda tak di galakkan check-in di Cameron highland -

1. Strawberry park.

2. Hotel depan padang golf tu.

2-2 hotel tu aku pernah stay dan kene kacau. ! memang menyeramkan.

Bajet berapa ni? kalau ada bajet lebih sikit.. pegi laa stay kat equatorial.. ok gak lah hotel nya.

Dekat brinchang tu ada hotel baru.. tak ingat aku apa nama.. cantik gak. Hotel baru ni.. bagusnya - semua benda bersih.

Jgn duduk yg dekat sgt dgn pasar brincang tu.. Bilik kuat berbau rokok.. (aku alahan pada asap rokok dalam bilik yg ada aircond) .. dan cadar / katil bertompok2.. (tau2 aje lah apa keje nya. )

selamat bercuti.

aien
14-06-09, 03:01 PM
yg dkt dgn anthurium tu

x silap name hotel tu de' la fern

baru bukak tu, nampak cantik

azrida nani
18-06-09, 07:05 PM
Terima kasih sebab bagi pendapat..

Hehe.. Yup... sonok sangat.. aku duk di Equatorial Hotel..
Tenang sangat duk hotel ni..
Aku duk 2 malam.. 1 malam di Rosa Passadena.. mlm kedua di Equatorial.. saja nak merasa duk di Pekan Brinchang.. cuma di Rosa Passadena rasa crowded sgt.. boring jugak la...

Di Brinchang, tempat makan cam terhad je.. bila time makan.. kami turun tanah rata..

ermm.... segar dan tenang je duk sini kan?.. la ni sejuk la jugak.. sonok petik buah strawberry..huhu.. cuma tak larat nak jalan je... asyik naik bukit je...:D

skrg ni aku masih di Equatorial...:D

apo
18-06-09, 11:34 PM
hotel titiwangsa kat brinchang, bilik family dia besar betul dgn 2 katil besar. bilik standard plak kecik giler. bleh include bfast yg agak hampeh, baik takyah amek...pi makan kat luar better kot. kat gfloor dia ada satu restoren melayu. area kedai2 makan melayu cuma sekentot perjalanan aje dari hotel. belah kanan hotel ni neighbour dia ialah kuil dan kanan-blakang sikit ada tokong. time tiba kat sana lak tokong tu ada buat rehearsal opera plak so mmg takleh tido, bising bangat. end up tido semalam aje sbb crowded ya amat kat CH ni masa cuti sekolah. dari kg raja nk turun ke brinchang dekat sejam! so so aje la hotel ni.

hanamichi
19-06-09, 08:03 AM
:salam:


apesal aku tak tahu ada tmpt nama Brinchang nii..

hari tu masa kolokium jab, thn 2007, aku pergi Cameron, alamak dah lupa laa nama hotel dia, tp mmg best..

spider
22-06-09, 06:26 PM
Hotel Equatorial tu tanpa breakfast pun dah 200++ :p Hotel Rosa Pasadena tu dalam 130
tu include dgn breakfast :D tapi hotel Rosa ni takde parking sbb betul2 tengah pekan
Brinchang, kiri kanan bank dan rumah kedai, sib baik mai masa dah habis cuti sekolah kalau
tak susah gak nak cari parking :D

Brinchang tu antara Kg. Raja dan Tanah Rata, Kea Farm dekat2 situ gakla ... best2 pi
masa org tak berapa ada nih, barang2 murah tu :D

EiM
24-06-09, 10:04 AM
Salam semua,

aku pun nak share gak experience ke cameron.
FYI, aku dah 2 kali ke sana, atas tiket urusan kerja.
so,semua perbelanjaan ditanggung beresss.. :sengih:

note; aku dari pahang.. hehe

1st time
~aku stay kat hotel rosa pasadena
~travel masuk dari tapah

2nd time
~aku stay kat century pines
~travel masuk dari lipis-gua musang

recommendation..
laluan tapah. ( gua musang ok, tp suasana sepi. xde petrol pump. sesuai utk konvoi beramai2,in case of emergency)
hotel rosa pasadena.. ok .
hotel century pines.. sangat baik. dari segi makan+bilik. dekat dgn masjid.

So, aku dalam perancangan utk ke sana lagi.
kali ini, bersama family + perbelanjaan sendirian berhad.. hehe

p/s : kepada topic owner.. selamat bercuti... hehe

Teletubbies
25-06-09, 06:56 PM
kalau nak buat satu bas rombongan cik kiah ke cameron highland nak syorkan menetap kat mana? ada banglo tak untuk disewa kat cameron

azrida nani
25-06-09, 07:21 PM
Banglo? rasanya ada.. tapi kat cameron banyak apartment.. yang 2 - 3 bilik tu... siap ada dapur..cukup lengkap.. boleh beli sayur2 segar masak sendiri... tapi kena bawak beras la.. ermm sedapnya kalau p ramai2...Iris appartment pun ok...

kami pergi berdua+2 org anak je.. makan di Fauzi Tomyam belakang hotel rosa passadena.. ermm mmg sedap Tomyam dia.. Tomyam asli... sedap...nyam2... makan malam2..campur dengan sejuk2..mmg laparlah!

Helmyzainal
22-07-09, 08:33 PM
nak hotel murah ke mahal , kalau nak mahal pi kat brincang ada strawbery park hotel 4 bintang harga mahal sikit , nak murah cari apartment kat tanah rata atau ringlet
murah sikit
kat sini (http://myvacationvirtual.blogspot.com/2009/07/malaysiacameron-highlands.html) ada info pasal cameron highland dalam bahasa inggeris

isma3l
23-07-09, 09:32 AM
http://www.cameronhighlandsresort.com/

hotel paling best di cameron highland

flash
23-07-09, 01:22 PM
heritage kat center, takyah jalan jauh2.

ch2009
28-07-09, 12:12 PM
Kat bandar brinchang memang banyak pilihan hotel budget. Antara hotel yang baru dibuka (dalam setahun lepas) ialah Hotel Titiwangsa, Della Fern dan Tudor In, Hotel Kavy.

Bagi sesapa nak mudah cari tempat makan, dekat pasar malam dan tak kesah pasal kebisingan, boleh menginap di brinchang sahaja. Sesapa nak honeymoon, ambiklah EQuatorial, Strawberry park resort.

Untuk maklumat mengenai CH, lawati blog saya

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com

EpeT
29-07-09, 12:03 AM
yup, EQ tu hotel paling ok. hotel kat brinchang kebaykannye sempit2.. or u can consider tanah rata. heritage hotel.. or country lodge.. byk choice.. one of the best place 2 shoot... hehe :hehe:

Nasliyana_Wafa
01-08-09, 11:46 AM
ish korg ni..mcm best je...kt ni tak pernah g lagi..nak try jugakla nanti...hehe

ch2009
03-08-09, 11:29 AM
Sejak 2 minggu kebelakangan nie, cuaca kat CH memang sejuk. Susahnya nak jumpa muka matahari. Hingga aku yang dah kebal dengan cuaca sejuk pun terpaksa pakai baju 2 lapis.

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com

MohDHafizuL
22-10-10, 11:26 PM
baru2 ni aku dgn bini n anak aku, aku pnah p ch..pas tu ada satu tmpat tu, kalo x silap bukit berinchang, ada byk hotel kt c tu..aku try usha2 hotel yg murah, tapi sempoi..usha punya usha, last2 aku dpt satu hotel..hotel ni atas bukit..dkt dgn strawbery farm..aku ingatkan dapat bilik hotel dgn satu katil..rupa2 nya aku dapat apartment dlm hotel tu!!sempoi gila r..hrga dia...RM 100/night..fuhh..mmg sempoi gila..hotel tu sblah masjid, depan balai bomba..nama hotel aku x ingat dah..(ada dua katil di dua bilik yg berbza, main room dgn biasa room..dua bilik..satu ruang tamu..dapur..)dalam apartment yg aku dapat tu..

rahalegacy
04-11-10, 08:56 PM
Kat bandar brinchang memang banyak pilihan hotel budget. Antara hotel yang baru dibuka (dalam setahun lepas) ialah Hotel Titiwangsa, Della Fern dan Tudor In, Hotel Kavy.

Bagi sesapa nak mudah cari tempat makan, dekat pasar malam dan tak kesah pasal kebisingan, boleh menginap di brinchang sahaja. Sesapa nak honeymoon, ambiklah EQuatorial, Strawberry park resort.

Untuk maklumat mengenai CH, lawati blog saya



http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com


owh..tuan blognye ade disini..saye ade kol hari tu..pompuan angkat..tapi tuk 12-14 ni full dah..nak tmph makan tuk 46pax.

huhu~terpakse cancel ke sane..sbb guess nak ke cameron wat family day..

bese la..wat biz travel kecil-kecilan..hehe..nak rase gak masakannye..hehe


http://rahatravelpackage.blogspot.com/

EiM
13-01-11, 10:45 AM
sekadar makluman,

skrg telah siap 1 jalan baru ke cameron highlands, melalui raub dan exit di ringlet. Sy sendiri blom lagi mencuba laluan ini dan belum pasti jalan ini sudah digazetkan atau belum. tp apa yang sy ketahui, laluan ini boleh dipakai.
nasihat sy, sekiranya ada yg ingin mencuba, sebaik˛ adalah berkonvoi..

trimas..

Oris
19-05-13, 06:12 PM
ada plan nak merendek kat cameron nieh... 3-2 malam.. 2 dewasa, 3 budok comel2. nak hotel utk tido, mandi (bilik mandi dlm bilik) dan salin baju shj, parking senang x kena bayau extra.. dekat dgn pekan, brinchang ka, tanah rata ai is okey jer..

ada sajestion ka??

ni tgh skodeng2 hotel Camelia.. tempah sekarang, boleh arrem120 semalam.. +cukai hotel 6% +cukai perkhidmatan 10%...

gbum
19-05-13, 08:55 PM
star regency or kavy hotel pon ok juga... cuma yang nie bangunan lama ar... bawah star regency ada parking sendrik... pehtu kuo pintu hotel trus bley pegi pasar malam ngan pasar pagi... strawberry park pon walking distance...

http://www.star-regency.net/index.html

rimau_kumbang
19-05-13, 09:13 PM
Kalau nak murah.....duduk la homestay kat taman sedia.....situ satu kawasan tu semua homestay....tourism malaysia punya projek....harga amat berpatutan.....boleh amik bilik..boleh jugak amik rumah...kalau pegi family sesuatu sangat la....xcaya tanya jijie.....aritu kitorang gi irau dok situ la...lagi satu yang best nya homestay˛ ni dikelilingi strawberry farm....taman sedia ni terletak antara brinchang dengan tanah rata

Sent from hati sanubari rimau using RimauTalk

Oris
20-05-13, 10:05 AM
Kalau nak murah.....duduk la homestay kat taman sedia.....situ satu kawasan tu semua homestay....tourism malaysia punya projek....harga amat berpatutan.....boleh amik bilik..boleh jugak amik rumah...kalau pegi family sesuatu sangat la....xcaya tanya jijie.....aritu kitorang gi irau dok situ la...lagi satu yang best nya homestay˛ ni dikelilingi strawberry farm....taman sedia ni terletak antara brinchang dengan tanah rata

Sent from hati sanubari rimau using RimauTalk


ai is pernah sewa home stay kat tmn sedia tu.. rumah papan nan sebuah.. arrem350 semalam.. tapi tu ari ramai.. ada 3 bilik.. so boleh tong2.. ni nk g satu femili ja.. agakler kalu nk sewa sebuah rumah kan.. :p

rimau_kumbang
20-05-13, 10:45 AM
ai is pernah sewa home stay kat tmn sedia tu.. rumah papan nan sebuah.. arrem350 semalam.. tapi tu ari ramai.. ada 3 bilik.. so boleh tong2.. ni nk g satu femili ja.. agakler kalu nk sewa sebuah rumah kan.. :p

kan ada banyak choice....bukan satu je homestay kat situ...pilih mana yang bersesuaian.....kalo rasa rumah mahal boleh sewa bilik..aritu kitorang dapat rm250 untuk 2 buah rumah...satu rumah 3 bilik...satu rumah 2 bilik...aku rasa sangat murah dah tu

Oris
20-05-13, 10:53 AM
kan ada banyak choice....bukan satu je homestay kat situ...pilih mana yang bersesuaian.....kalo rasa rumah mahal boleh sewa bilik..aritu kitorang dapat rm250 untuk 2 buah rumah...satu rumah 3 bilik...satu rumah 2 bilik...aku rasa sangat murah dah tu

tu harga utk satu malam kah?? :hohoho:

mai nombor kontek.. try deal harga...


rm250 untuk 2 buah rumah...satu rumah 3 bilik...satu rumah 2 bilik is tak faham apa yg cuba disampaikan..

rimau_kumbang
20-05-13, 11:36 AM
tu harga utk satu malam kah?? :hohoho:

mai nombor kontek.. try deal harga...

is tak faham apa yg cuba disampaikan..
apa yang xfaham.....250 satu malam...untuk kedua2 rumah tu....nombor nanti I mintakkan kat friend ai...sebab nombor dalam henpon ai dah ilang semua....dah cerita aritu kan

---------- kemaskini 20-05-13 11:55 AM ----------

Incik Oyis....UGPM

Oris
20-05-13, 01:12 PM
apa yang xfaham.....250 satu malam...untuk kedua2 rumah tu....nombor nanti I mintakkan kat friend ai...sebab nombor dalam henpon ai dah ilang semua....dah cerita aritu kan

---------- kemaskini 20-05-13 11:55 AM ----------

Incik Oyis....UGPM

arrem250 semalam utk 2 rumah?? sius murah.. :)