PDA

View Full Version : Ader sesiapa boleh terangkan dengan lebih mendalam mengenai Miftahul Jannah



Azriq_Rieqhael
02-12-09, 11:52 PM
Mintak tolong bagikan penerangan mengenai Miftahul Jannah(kunci syurga)...

mengikut sumber daripada yang saya baca Pope2 di vatican city amat takut jika kebenaran Miftahul Jannah diketahui oleh penganut2 agama nasrani itu...

boleh bagi penerangan?

revomatrix
03-12-09, 03:26 AM
terkesan bile aku baca doc nih

http://www.scribd.com/doc/7904601/Paderi-Dan-Kunci-Syurga

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 01:25 PM
so bermaksud Miftahul Jannah adalah 2 kalimah syahadah la yer...
Subhanallah... dalam x sedar kunci syurga itu selalu menjadi hiasan di bibir2 umat islam...
Lagi2 ketika menjalankan solat yang lima itu... ketika membaca tahiyyat awal dan tahiyyat akhir...

mohdaliffnajmi
03-12-09, 01:32 PM
bukan kalimah syahadah sebenarnya..
kisah tue pun..dr. yusuf qardawi pertikai sumbernya tiga tahun dulu kalo tak salah.
rasa saya tak boleh dedah benda nie dalam laman terbuka.
baik bincang dlm pm saja.
sebab...'barang' nie berkait dgn nama ALLAH yang ke-100 tue.
99 nama ALLAH yang umum + 1 nama DIA yang rahsia.
masa'alahnya...puak vatican tahu dan kita ummat ISLAM..ramai yang tak tahu.

cipher
03-12-09, 01:45 PM
np pope2 kat vatican tu takut klau dia didedahkan?
masuk syurga terus ke klau tau exactly miftahul jannah ni..?
maaf klau post aku ni mcm provocation je tapi aku sgt2 curious nk tau nape x boleh dibincangkan secara umum..
anyone can give me the answer plz...

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 01:50 PM
aku ade satu blog 2 yang menerangkan dengan lebih terperinci kenapa pope2 2 takut mendedahkan kebenaran ni...

biar aku gugel balik... nanti aku pastekan kat sini.

owh yeker?...
kenapa x leh bincang kat sini?...
tak salah membincangkan kebenaran ...
islam pun menggalakkan kebenaran disebarkan...
kite bincang dalam ni sahajala... ramai umat islam yang akan tahu kebenarannya...

ok.. nila blog yang aku maksudkan 2.. http://mistisfiles.blogspot.com/2009/05/keys-of-kingdom-of-heaven.html

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 03:11 PM
sebab...'barang' nie berkait dgn nama ALLAH yang ke-100 tue.
99 nama ALLAH yang umum + 1 nama DIA yang rahsia.
masa'alahnya...puak vatican tahu dan kita ummat ISLAM..ramai yang tak tahu.

erm sejak bila nama Allah ade seratus?...

nama Allah ade 99 jela.... lagipun Allah itu ganjil manakan nama2nya boleh menjadi genap?...

try bincang sket... kebenaran Islam tertegak berdasarkan hujah...


ok.. untuk bab kunci syurga ni... jawapannya memang dah ada dalam Al-Quran... surah Al-Mu minun ayat 2 hingga 12...

ni ayat terjemahan 2...

Terjemahan surah Al- Mu minun ayat 1-12

2. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:0-4)
3. (yaitu) orang-orang yang khusyu´ dalam sembahyangnya, (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:3-7)
4. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:4-8)
5. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:5-9)
6. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:6-10),
7. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:7-11)
8. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:8-12)
9. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:9-13)
10. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:10-14)
11. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:11-15)
12.(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (http://www.quranterjemah.com/index.php?mod=terjemah&opsi=Terjemah&syarat=23:12-16)

Kalimah Syahadah adalah 2 kunci asas untuk ke syurga... manakala amalan2 yang disebut dalam ayat2 dalam surah Al-Mu Minun merupakan geriji2(gigi2) kunci untuk membolehkan manusia masuk ke dalam syurga Allah S.W.T...

wallahualam...

klutch
03-12-09, 03:44 PM
aku x tau la sgt menda2 ni..
tp kan nape ulama2 sampai tulis kitab nk bincang hal2 agama..
tp psl hal ni x bole bincang? pelik la..

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 03:55 PM
itula... sedangkan kebenaran mesti disebarkan...
lagipun sekarang susah nak jumpe ulama yang benar2 nak menyampaikan islam..
kebanyakkannya adala kerana DUIT....

Tok Janggut
03-12-09, 04:30 PM
Mintak tolong bagikan penerangan mengenai Miftahul Jannah(kunci syurga)...

mengikut sumber daripada yang saya baca Pope2 di vatican city amat takut jika kebenaran Miftahul Jannah diketahui oleh penganut2 agama nasrani itu...

boleh bagi penerangan?





Kunci Allah adalah redha Allah. Itu dan itu sahaja

tj

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 05:43 PM
tapi ayat2 dalam surah Al- Mu minun dari ayat 2-12 menerangkan bagaimana cara amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah... bukankah begitu?

Tok Janggut
03-12-09, 10:12 PM
tapi ayat2 dalam surah Al- Mu minun dari ayat 2-12 menerangkan bagaimana cara amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah... bukankah begitu?

Bukan setakat surah al mukminun. Banyak lagi. Tetapi itu semua adalah tools kepada keredhaanNya. Apa yang penting adalah apa yang terletak di hati kita dan bagaimana ketundukan dan keimanan kita kepadaNya. Amalan adalah buah kepada iman kita.

tj

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 10:20 PM
Kira secara kesimpulannya patuh segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya akan membawa kita kepada keredhaan Allah kan... InsyaAllah..

Tok Janggut
03-12-09, 10:25 PM
Kira secara kesimpulannya patuh segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya akan membawa kita kepada keredhaan Allah kan... InsyaAllah..

Betul. Tetapi itu juga tidak cukup. Tetapi itu salah satu cara mendapatkan keredhan Allah. Sebab redha Allah adalah di atas discretion (Budi bicara) Allah. Kalau la masuk syurga kita kerana banyaknya amalan, atau banyaknya dugaan kita tinggalkan, maka sebenarnya tak layak kita masuk syurga. Sebab syurga itu terlalu mahal kalau nak di bandingkan dengan amalan kita yang terlalu sedikit.

Maksud saya macam nie. Kalau lah ibadah kita boleh di kuantitikan katakan seluruh 50 tahun ibadah kita - solat+ puasa+zakat,+haji+sedekah+dakwah dll = 10,000 nilaiannya maka kalau itulah amalan untuk "membeli syurga" maka tak layak kita "membeli" syurga. Sebab harga syurga 1 billion kuasa 1 billion. (ini ilustrasi sahaja. Syurga tidak ternilai dan terkuantiti harganya)

Tetapi, amalan itu Allah lihat sebagai tools untuk Dia redha dengan kita. Maka masuknya kita ke syurga adalah kerana RedhaNya dan bukan amalan kita semata-mata.

wallahualam
tj

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 10:37 PM
ok. terima kasih... tapi tj ader poster menyatakan bahawa nama Allah ada seratus?..
sedangkan nama Allah sememangnya 99....
bolehkah tj memberi ulasan mengenai perkara ni?...

Tok Janggut
03-12-09, 10:50 PM
ok. terima kasih... tapi tj ader poster menyatakan bahawa nama Allah ada seratus?..
sedangkan nama Allah sememangnya 99....
bolehkah tj memberi ulasan mengenai perkara ni?...

Allah kata 99, 99 la. Mana ada 100. Ada yang lebih hebat dari Allah ke kata nama Allah itu 100? 99 je...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.*" (Muslim)

* yg second part nie jgn salah faham pulak. tak buat amal ibadah, hafal nama sahaja ingat boleh masuk syurga... :)

wallahualam
tj

Azriq_Rieqhael
03-12-09, 10:53 PM
so betul la aku cakap kat mohdaliffnajmi (http://www.bincang.net/forum/member.php?u=17545) yang nama Allah hanya ada 99... sebab Allah itu ganjil, manakan sifatnya boleh menjadi genap....
lagipun macam tj cakap Allah dah bagitau nama die 99 kenapa mesti ada nak tambah2 jadi 100...
dan terus terang aku pertikaikan pernyataan mohdaliffnajmi (http://www.bincang.net/forum/member.php?u=17545)... sebab nama Allah memang hanya ada 99... bukan 100

Art1973
14-12-09, 12:20 AM
Ape nama tuhan yg ke-100? Kenapa nak rahsia2 kan pulak?

annezm
12-10-10, 01:45 PM
Miftahul Jannah=diri sendiri