PDA

View Full Version : Isu Pondan Fatine yg kahwin di UK..



morpheuzneo
03-12-09, 09:20 PM
Kalau korang perasan dalam 1-2 minggu ni . panas jugak kesah Fatine ni..

http://news.asiaone.com/a1media/news/12Dec09/others/20091203.064313_fatine.jpg

nama betul nya - Mohammed Fazdil Min Bahari. Kisah nya dia dah kawin secara civil di UK. Kahwin civil tu.. kawin ikut cara kristian di sana lah eh? aku pun tak faham.. tapi cara pakaian nya gitu lah

kawin civil satu hal. kwin lelaki dgn lelaki satu lagi hal.

dan jadi isu - bila pihak imegresen UK dah batalkan VISA fazdil (aka Fatine) ni.., dan dia patut dah kene 'deport' balik ke malaysia..

Dia ni (fazdil) ni tak nak.. katanya dah kene buang dgn keluarga.. dan takut akan tindakan kerajaan malaysia.

Pada pendapat korang - kalo pondan ni balik sini - apa bentuk tindakan yg nak di kenakan pada dia ni?

jadi pondan satu , kawin sesama jenis - dua.., memalukan negara..- 3.., memalukan melayu..?

haih.. hari ni.. ada pulak geng2 dia sokong dia! tapi tak berani post kt suratkhabar melayu..! sah2laa.. kalau soratkhabar melayu kena sula la di ani..

ini petikan dari suratkhabar the star -




Of Fatine and her right to marry
Posted by: Hafidz Baharom (http://blog.thestar.com.my/alluserposts.asp?id=27893)


There are many things I'm grateful for in lieu of our Immigration Department, one of which is how fast they can actually prepare a passport in comparison to the other services provided by our government.

However, for an official from that department to simply state that they would take action against a transsexual who is married civilly to a British citizen is irrevocably low, particularly due to the hypocrisy.

Allow me to ask, just how many students who overstayed overseas have been charged by the Immigration Department for overstaying perhaps a year or more in the UK?

And just how hyped up were their cases?

Or is it merely the fact that she's actually a he that sensationalises this story, thus having your department state that she 'may face action' if he violated laws here.

Let's be frank. Perhaps I'm biased because I'm part of the same community. However, why is that we live in a nation that can't mind it's own business as individuals with the liberty to do what they wish without causing harm to others?

The only reason that dishrag of a Malay tabloid called Kosmo published this story is due to sensationalism and the fact that Malaysians in general have not yet accepted the fact that there are among themselves members of society who are sexually inclined towards the same sex, have the personality of the opposite sex in juxtaposed to their physical gender or even those who can't even stand the idea of sex.

This is just being human, and until Malaysian society in general accepts this fact, we won't see an end to these issue becoming sensational simply because it's taboo.

So, in Fatine's case, and for the sake of her safety, I hope that the English government grants her safe haven in the UK because Malaysian society does not accept her. In fact, her actions are punishable by a biased and hypocritical Malaysian religious law establishment which will include a jail sentence and rehab due to the fact that her actions are deemed 'unnatural'.

Furthermore, her family has disowned her.

And to Fatine, congratulations on your wedding. Well wishes from the LGBT community of Malaysia. The more pious of us will be praying for your happy future. The lesser wishes you all the best, with hopes that you will finally have all your dreams come true.

And if you ever decide to come back for a visit, do it through Brisbane, then Thailand before arriving here. Seems to have worked for RPK to get out of the country (Berita Harian), so perhaps you could take a page from that book.

Regards,

Hafidz Baharom




wah ada ucapan tahniah lagi tu - dari komuniti LGBT

apa LGBT tu? - yg aku boleh translate -

L - Lesbian
G - Gay
B? - Bisex?
T - Transexual?

Ooh.. ada istilah dari WIKI (http://en.wikipedia.org/wiki/LGBT)

apa mau jadi lah malaysia.

mnajem
03-12-09, 10:04 PM
erm... kalau dia lahir 2 jantina then no problem.. problem kalo dia makan pil utk convert jantina...

what's the point of marriage but never be able to deliver kids (although science might conclude something else...)

|bnus|na
03-12-09, 10:31 PM
Komen Zulkifli Nordin:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/3/mstar_berita/20091203204827&sec=mstar_berita

emy
03-12-09, 10:36 PM
dia khunsa.. nape dia nak takut plak kan...

morpheuzneo
03-12-09, 10:48 PM
bohong laa.. pondan manjang ngaku dia khunsa..!

walhal lahir dulu elok aje.. ada kotey.. siap mak pak dia antar pegi sunat lagi..

dah besar.. dan berkawan dgn macam2 orang.. dan2 khunsa.. ! macam ada sorang arwah pengarah tu..! khunsa konon.., siap keluar album nama lelaki lagi.. , dan-dan bila dah tukar nama.. ngaku khunsa..

khunsa is a lame excuse utk pondan2 lah. khunsa bila lahir aje.. mmg terus ada 2.. dan kelakuannya mmg nampak beza dari kecik.

totti 10
03-12-09, 10:49 PM
civil union ni law yang mat saleh buat utk protect right for gay couple
yela kalau derang dah idop sesama bpuluh tahun,
tapi takde law n union, nnti kalau partner derang mati, derang mcm takde right kthadap late partner's property

kalau nak guna pkataan 'marriage' nmpak sgt tak betol nye, so pakai la nama civil union

kebanyakan negara mmg buat sistem mcm tu as a cover for 'gay partner'
kalau jepun derang pakai sistem 'adoption', yang mana seorang laki2 buleh adopt mana2 laki lain yang lebih muda dari dia, tak kesah la setahun je pon, sebagai 'anak angkat', so 'anak angkat' dia ade legal right.

government tanak legalize 'gay marriage', byk sangat heat
so derang create satu system so the gay partners can cheat the law system

spider
03-12-09, 10:53 PM
dia takut mungkin sbb kebanyakan orang kita tak berapa paham pasal khunsa dan
pondan nih. Tapi setau aku khunsa ni bleh kawin dgn sesame khunsa sahaja.

slique
04-12-09, 01:25 AM
ramai pulak khunsa kat dunia ni ek..
btw toti nice info..

TiQ
04-12-09, 09:21 AM
wah ada ucapan tahniah lagi tu - dari komuniti LGBT



gay komuniti ni kompemla dowang suka..huhu
A Community-Based Organization Dedicated to Improving the Quality of Life... fakkk u LGBT!!:loser:

aien
04-12-09, 09:36 AM
kalau benda ni jadi kat one of our relative
camne kita menerima benda ni eh?

hope that he/she fatine back for good lah
kasihan.

nonie
04-12-09, 10:20 AM
tula, hinaan2 & cakap2 tak best tu la antara sebab org2 camni terasa tersisih & cam kes fatin@fadzil ni takut nak balik mesia... rasanya boleh je buat approach cam kat sapa budak pandai tu? safiah ke hape namanya... ada group yg approach baik2... tarik dia kembali ke pangkal jalan... hukuman pun hukuman la gak... tapi 1st thing 1st bawak dia balik.... sebelum ada kumpulan lain yg sambar & terus hanyut... kesian... btul kata cik bintang, mungkin terjadi kat our relatives... Na'uzubillah! kita org luar boleh kata macam2... family dia? kesian....

ibanez_712
04-12-09, 10:22 AM
harap2 si fatine tu insaf la...hidup di dunia ni hny sementara....

Mitsui
04-12-09, 10:29 AM
sekali pandang selera gakk

amx
04-12-09, 10:40 AM
1- khunsa.... mean ada 2 jantina kan?

klau dia khunsa... so blh la dia kawin ngan laki (sbb dia ada 2 jantina dan memilih pompuan untuk jantina dia)... ye ke pendapat aku ni?

petikan artikel dari zulkifli noordin tu ada tulis:


Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di negara tersebut.

dia lahir didaftar sebagai lelaki.... dan tetiba nak pilih jadi pompuan plak sbb dah jatuh ati kat lelaki mat salleh. (senang eh blh sesuka ati switch mode:sengih:).

nak salahkan parent dia ka sebab dah daftar sbg lelaki masa kecik2 dolu? sedangkan bila besar ni naluri dia lebih pada pompuan?

susah gak tu.....

2- pondan....mean jantan yg pilih cara hidup pompuan...

sah2 tu dah salah dari hukum agama... ye tak?

3- kawin secara civil

tu kawin caro apo aku pom tak tau. cara kristian ka apa ambo tak tau. tp tgk pada pakaian dia (kat gambar morp posting tu... takdak ciri2 wanita islam.. cam baju gaun jek.... islam moden kot)

kalau kawin cara kristian (dah tukar agama ka? takut aku nak taip isu2 gini.... dah lain tu.... byk hal lain kena pertimbangkan)

tetapi.... kes dia ni dah jadi isu kan.... tunggu dan lihat kesudahannya nanti.... nak komen lebih2.... aku tak tau apa kat dlm lubuk ati dia. dan aku tak kenal pun dia ni.... :peace:

TiQ
04-12-09, 11:01 AM
kalau benda ni jadi kat one of our relative
camne kita menerima benda ni eh?

xtaule nak kata apa kan...maybe sebab xde support/nasihat dari family agaknyer untuk dia kembali ke landasan yang betul.
sebab tu dia bawak diri...maklumla...family dah x suka...ke mana lagi dia nak pegi...iman lak setipis bawang :tolongla:...huuu..(takut aku sembang bab ni)
pity him a.k.a her.

spider
04-12-09, 11:42 AM
dalam citer House M.D pun ada gak pasal khunsa nih, masa dia lahir ada dua jantina tapi
sbb parent dia nak anak laki maka diasuh cam lelaki, pakai cam lelaki main basket ball tapi
naluri dia sebenarnya perempuan sbb tu bila besar skit cam ada konflik dalaman :)
Aku tak berani nak tuduh dia pondan ke per, kalau khunsa kesian gakla kat dia nih.

Tapi bab kawin tu bagi aku mmg tak betul caranya.

cannondale
04-12-09, 11:42 AM
si fazdil ni dah POTONG ke..?

pelik la.. kawin jantan ngan jantan nak sontot kut mana

refleksi
04-12-09, 11:48 AM
JAKIM juga sudah menghulurkan tangan untuk membantu.. harap2 isu ini dapat diselesaikan dengan baik..


Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk membantu transeksual warga Malaysia, Fatine yang kini berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan imigresen sambil menegaskan, dia tidak seharusnya bimbang untuk pulang ke tanah air.

"Kami sedia membantu dia... dia sepatutnya balik (ke Malaysia), tiada sebab untuk dia tidak pulang," kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider hari ini.

baca lanjut di sini (http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/45416-jakim-sedia-bantu-mahu-fatine-pulang-ke-malaysia)

QifhayS
04-12-09, 01:52 PM
Ingat 2,3 minggu lps ader kes pasal khunsa gak kat paper....?
aku xbraper ingat tp lbh kurang masa dier kecik lg parent dier dh adukan masalah tu
kat jab. agama....
xsalah aku ader sebut khunsa nih xleh kawen sbb luperlah plak tp lebih kurang mnajem sebutkan tu...
lg satu dorg tentukan laki perempuan ikut sifat fizikal org tu maner lbh dominan..
bukan ikut naluri...(tu kdg2 dh bercampur ngan syaitan satu..)leh tukar2 camgitu..

morpheuzneo
04-12-09, 02:20 PM
JAKIM juga sudah menghulurkan tangan untuk membantu.. harap2 isu ini dapat diselesaikan dengan baik..

aku aci bet.. dia lagi tak berani nk balik.. bila jabatan agama dah cakap gitu.

reason?

as i said earlier lah.., dia bukan real khunsa.., just pondan. i.e - lelaki normal.. yg gatal2 pi buat pembedahan tukar jantina dan isytihar dia khunsa utk menarik simpati..

dah banyak kes pondan sebelum ni yg dakwa dia khunsa tapi bila di cabar buktikan dia khunsa terus diam.

yg betul2 khunsa dan ada bukti dia khunsa adalah pondan tua zaman 80's - Mama Juwie.

aku suka komen satu blog ni..




"FATINE": Khunsa @ Pondan? (http://duniacacamarba.blogspot.com/2009/12/fatine-khunsa-pondan.html)

http://2.bp.blogspot.com/_SREdd18ROJM/Sxhf6BMbzEI/AAAAAAAAA_I/p6WhBzruwK4/s320/fatinebride.jpg (http://2.bp.blogspot.com/_SREdd18ROJM/Sxhf6BMbzEI/AAAAAAAAA_I/p6WhBzruwK4/s1600-h/fatinebride.jpg) (foto: DC (http://www.dailychilli.com/news/1168-fatines-love-story-sparks-hate-back-home))

Persoalannya, apakah status jantina sebenar jejaka yang bernama Mohammed Fazdil Min Bahari? KHUNSA atau LELAKI? Jika lelaki, memanglah akan dilaknat oleh Allah SWT. Tiada kompromi, kecuali dia bertaubat, dan mudah-mudahan taubatnya diterima oleh Yang Maha Pencipta. Jika khunsa, status itu tidak mewajarkan dia bertindak sedemikian, membelakangi hukum agama dan nilai budaya masyarakat demi memenuhi rasa cinta mendalamnya kepada lelaki Inggeris kini yang dikatakan sebagai "suaminya". Bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi?

Semoga tuan empunya badan tidak berselindung di balik status khunsa untuk meraih simpati masyarakat. Hal ini sudah nampak jelas melalui komen-komen yang diberikan oleh Muslim yang berfikiran liberal yang boleh dibaca di laman-laman sesawang yang menyiarkan cerita ini. Mereka seolah-olah geram dengan sikap ahli agama dan masyarakat Islam yang marah akan tindakan Fazdil. Agak sedih apabila pemberi komen yang menggunakan nama Muslim menyokong tindakan Fazdil atas nama hak asasi manusia, kebebasan, dan cinta sejati. Mereka kini sudah mula menerima istilah gay dan lesbian sebagai suatu hak yang perlu dipertahankan. GILA!

Jika benar dia dilahirkan sebagai lelaki sejati, maka tindakan Fazdil wajar ditentang kerana sudah menjadi kewajipan kita untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan. Saya dengan tegas menyatakan: "Binatang pun tahu lubang yang betul" jika dia masih meneruskan perlakuan yang jauh-jauh menyimpang daripada norma manusia dan mewarisi tabiat kaum Nabi Luth yang ditimpa bala yang amat dashyat oleh Allah SWT. Hukuman perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada manusia yang lain, sebelum kita dihukum kerana membiarkan perkara ini berlaku di depan mata demi memenuhi kehendak hak asasi manusia walaupun tindakan itu melampaui norma manusia!

Dalam "usaha" mahu membantu si Fazdil seperti yang dicanangkan oleh YB Zul, selain jantina, persoalan lain yang perlu difikirkan termasuklah: Apakah agama si "suami"? Bagaimana pula dengan hukum kehidupan seks mereka sekarang? Halalkah mereka berbuat "tut"? Bagaimana dengan status perkahwinan mereka? Diandaikan si "suami" beragama Islam dan majlis mengikut akad yang ditetapkan, namun jika si "isteri" itu lelaki, bukankah terbatal perkahwinan mereka? dll....


[MSTAR (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/3/mstar_berita/20091203204827&sec=mstar_berita)]- Fatine Min Baharin, seorang khunsa yang mencetuskan kontroversi kerana menikahi
lelaki Inggeris melalui cara sivil di United Kingdom, telah mendapat sokongan moral daripada orang yang tidak mungkin terlintas pun di fikiran kita semua iaitu ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dari PKR.

Zulkifli, yang sentiasa dilihat sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam soal-soal dasar agama dan syariah berkata, adalah tidak wajar untuk sesiapa sahaja termasuklah pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen menuduh Fatine memalukan negara ini.

“Sebenarnya soal Fatine tidak perlu dijadikan isu kerana syariah memberi pengiktirafan kepada tiga jenis atau kategori seks dengan jelas.

"Jika benar dia seorang khunsa, Fatine tidak perlu takut untuk kembali ke Malaysia malah jika beliau hendak pulang, kita akan membantu dia,” kata Zulkifli dalam satu temuramah dengan laman portal Malaysian Insider di lobi Parlimen, Khamis.

Zulkifli menjelaskan seorang khunsa adalah berbeza dengan seorang pondan kerana seorang yang dilahirkan sebagai khunsa adalah merupakan kejadian semulajadi manakala pondan terjadi akibat perbuatan atau tindakan seseorang itu.

Beliau juga menyeru Majlis Fatwa menjelaskan kepada masyarakat mengenai perbezaan ini agar orang-ramai lebih memahami situasi seperti ini.

Malah beliau berkata, seseorang yang dilahirkan sebagai khunsa yang mempunyai dua alat kelamin perlu diberikan hak untuk memilih dia hendak menjadi wanita atau lelaki dan apabila mereka telah membuat pilihan, kita patut memberi pengiktirafan ke atas kewujudan mereka dan ini termasuklah dalam soal perkahwinan dan sebagainya.

Fatine, 36, mengaku dirinya khunsa dan dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Min Bahari.

Setelah berkenalan dengan seorang lelaki Inggeris di Kuala Lumpur, Fatine telah mengikut lelaki tersebut ke England dan baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan secara sivil di
negara tersebut.

Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas oleh media massa negara tersebut. Bagaimanapun, permohonan visanya untuk melanjutkan lawatannya telah ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Fatine kini berhadapan dengan kemungkinan didepot balik ke Malaysia dan dia kini bimbang
akan berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dikecam oleh masyarakat sendiri dan juga berkemungkinan berhadapan dengan tindakan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Jika dia didapati bersalah dan didepot balik ke Malaysia ada kemungkinan Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan mengharamkannya ke luar negara selama dua tahun.

Pada masa yang sama, Fatine juga khuatir dia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama kerana perkahwinan sesama seks adalah diharamkan di Malaysia.

treec00l
04-12-09, 03:38 PM
Lelaki yg "dinikahi" die tu, Islam ke?

dunie akhir jaman...... Na'uzubillah.

kaZam
04-12-09, 03:58 PM
Ingat 2,3 minggu lps ader kes pasal khunsa gak kat paper....?
aku xbraper ingat tp lbh kurang masa dier kecik lg parent dier dh adukan masalah tu
kat jab. agama....
xsalah aku ader sebut khunsa nih xleh kawen sbb luperlah plak tp lebih kurang mnajem sebutkan tu...
lg satu dorg tentukan laki perempuan ikut sifat fizikal org tu maner lbh dominan..
bukan ikut naluri...(tu kdg2 dh bercampur ngan syaitan satu..)leh tukar2 camgitu..

dia ada alat kemaluan laki, tp air mani x cukup sifat/sempurna (x boleh nak peranak anak dara org)
dia ada alat kemaluan pempuan, tp alat peranakkan dia x sempurna (x boleh nak beranak)

org jabatan agama tu cakap, tujuan berkahwin nak menambahkan zuriat n dia x mampu buat benda duaČ tu

totti 10
04-12-09, 07:53 PM
kalau benda ni jadi kat one of our relative
camne kita menerima benda ni eh?

hope that he/she fatine back for good lah
kasihan.

some ppl do accept gay in their society
but accepting gay in ur own bloodline is whole another lvl

kalau kat america tu pon, dlm drama smangat je konon2
derang mcm open minded la terima gay ape sume tuh, padahal
in real life nye jadik gay kat sana lagi la dahsyat, siap buleh kne
lanyak smpai lunyai sume.

aku dpt tau pasal civil union tu pon dari kawan amereka aku
dia ade kawan la, gays yang tggl bsama2 btahun2
then salah sorang tu commit suicide. dahla pasangan baru bunuh diri
kluarga yang mati tu plak dtg rumah derang, halau yg masih idup tu dari rumah
siap charge grand theft lagi sbb amik few items dari umah tuh

zamreda
04-12-09, 09:16 PM
doakan yng agar dia jadi jantan balik.....sbnarnya boleh..

ade satu kes p####n kat segamat.....bapaknya berdoa kpd ilahi depan kaabah agar anak jadi jantan balik...
dah mamat nie rase panas badan....fikirannya dah mula emosi kearah kejantanan..

dan akhirnya.....dah anak 3 skg nie kot...
aku baca dalam mastika..perghh memang best gak...

addasara
06-12-09, 01:09 PM
kita doakoan supaya dibuka kan pintu hatinye...
supaya kembali ke fitrah asal...

amx
07-12-09, 11:00 AM
petikan dari kosmo (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm) hari ni fadil@fatine ni ckp:


"Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam."


dan ada lagi petikan kata2nya harap golongan camni diterima dan diberi hak layanan sama rata (selanjut dlm paper)...

emmm susah sunggoh nak bagi pendapat.......

just.
07-12-09, 11:08 AM
dia takut mungkin sbb kebanyakan orang kita tak berapa paham pasal khunsa dan
pondan nih. Tapi setau aku khunsa ni bleh kawin dgn sesame khunsa sahaja.

salam.
betol ke macam ni?
then macamane si kunsa nak cari kunsa yang lain?
most obvious,kunsa kene kawin dengan "kunsa" @pondan lah?

omg aku xpaham.

:p tapi aku boleh dgr.

morpheuzneo
07-12-09, 11:20 AM
susah ke ?

tak susah.. kalau masyarakat kita sepakat tak memberi sokongan dan galakan pada golongan ini.. maka.. tempat mereka menjadi sangat hina di sisi masyarakat..

kita jgn promote2 atau guna pun perkhidmatan golongan pondan ni.

Ini kadang tu.. kita sendiri tanpa sedar mempromosi cara hidup pondan ni..

mereka nampak.. mereka mula di terima dalam masyarakat.. jadi mereka mencuba nak lebih jauh lagi.. utk terima geng2 pondan ni berkahwin dgn lelaki2 yg ada di luar sana.

kalau ini di terima.. abis laa anak2 dara dan mak jan yg juga bersaing utk mencari lelaki2 utk jadi pasangan hidup..

kan lagi parah penyakit masyarakat tu?

di india .. golongan ni sangat di pandang rendah dalam masyarakat.. mereka tak boleh turut serta pun dalam apa saja acara kemasyarakatan..

aku pernah baca nk dalam times ke.. atau Asiaweek.. ada artikel mengenai golongan pondan / 2 alam ni.

jadi - kunci nya adalah kita . Kita hidup bukan kita saja., kita kena involve laa dgn masyarakat .. baru lah ada persepakatan di situ.

pondan pun tak mau sewa rumah di kawasan2 yg masyarakat nya kuat dan tidak menerima mereka.. cepat aje mereka pindah.

amx
07-12-09, 02:35 PM
klau pekara begini berlaku kat relative aku (mintak dijauhkan)... semestinya kita bantu utk elakkan.

ajar dia untuk jadi lelaki.
elak dia buat pekara yg bertentangan.
buat aktiviti yg agak lasak atau apa2 je la...

buat sedaya yg blh lah......

bg kes fadil@fatine ni.... family dia tak sedarkah dari awal masa dia duk auwww auwww? mesti dia pandai sorok kot...

skang dah kawin ngan laki....
taknak blk mesia....
yg menanggung segala beban.... dah tentu famili gak kan....

dan si empunya diri pun tak berpikir gak tindakan dia ni (or dah berpikir dan sedia hadapi kemungkinan)....

di mesia skang ni dah ada persatuan golongan2 camni... dan mintak diiktiraf.... emmm blh dikategori sbg penyakit sosial ke?

atau.... mungkin ada pertubuhan bukan kerajaan yg akan menyokong pihak ni?

bagi aku.... aku tak suka golongan begini... bila tak tegah... maka makin byk yg jadi camni. tgk je la kes pengkid, gay, les dll.....

ntah bila nak kembali jadi manusia.......

cam sorang mamat lembut yg keja blok sebelah opis aku.... pada awal jumpa dulu....

mulanya aku sekadar perasan dia sorang laki lembut

dah lama sket rambut panjang diikat cam pompuan

laaaaama lagi aku perasan muka dia ada makeup

laaaaaaaaagi lama.... dia dah bergaul ngan pompuan2 dan berjalan, mkn, minum, sembang..... dah tak macam laki

laaaagi laaamaaa laaaaagi lama bertahun-tahun aku duk keja sini, duk jumpa selalu mamat ni..... wahhhh!!! dah pakai baju kurung, kening halus, gincu tebal merah saga!

uwekkkkk!!! bos tempat dia keja ok jer eh? (blh pecat ke klau dah gitu? ada undang2 ke? mungkin awalnya pekara camnih tak dipeduli sangat? lama nnti jadi barah dlm masyarakat kita?)

klau kita nak sisihkan golongan gini....camne cara? siapa nak mulakan dulu?

anaktimur84
07-12-09, 03:44 PM
kalau kat arab saudi dh lama mamat nie kena penggal agaknyer...

knape pengarah filem mukhsin kawin dulu xde org heboh2 pun.. mmg real khunsa ker?

xamel2001
07-12-09, 03:56 PM
uwekkkkk!!! bos tempat dia keja ok jer eh? (blh pecat ke klau dah gitu? ada undang2 ke? mungkin awalnya pekara camnih tak dipeduli sangat? lama nnti jadi barah dlm masyarakat kita?)


Pihak majikan selalunya takut mengambil tindakan memecat pekerja begini kerana takut tindakan undang2. Diorg boleh je file suit menggunakan alasan 'sexual discrimination'.

Mmg ada a few cases di pejabat wife aku. Siap went under knife tu. Skrg dah kena berhenti (department close; bukan dia sorg je kena), susah nak cari kerja lain. Ye la...nak interview mcm mana? Resume nama lelaki; alih2 yg datang 'pompuan'.

Humairah
07-12-09, 07:30 PM
Kalau suntik hormon dorang tak leh jadi lelaki semula ke?.......

amx
09-12-09, 11:47 AM
petikan dari kosmo (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm)..

mungkin kat negara kita kena buat camni gak kot??

kejam ke?

Neo5
09-12-09, 12:03 PM
Dulu senior2 aku kt hostel guna basebol bat je untuk transform diorg jd jantan semula.

sweethoney
09-12-09, 12:13 PM
teringat kawan satu kolej dulu..masa belajar ada lah skit2 jantan..bila jumpa baru2 ni..ya allah...lain terus...makin teruk..marah kalo panggil nama lelaki dia..suruh gak panggil nama pompuan dia..adehhhh

anaktimur84
09-12-09, 12:33 PM
x mustahil.. sebab golongan mak nyah nie boleh guna perkataan 'diskriminasi' untuk dapatkan hak dioarang.. mana2 org yang x terima mereka, meraka boleh gunakan perkataan diskriminasi... diskriminasi dalam mindset kita adalah satu label yg negatif.

secara halus, org kita mesti akan takut bila di'label' sebagai diskriminasi dan nak x nak kita akan terima mereka. ni la dipanggil senjata yang halus.

adakah ni mustahil..?

cuba tgk perkataan 'racist'.. dalam mindset org kita, racist ni label yang negatif. dan akan cuba untuk elak dilabel negatif iaitu dipanggil racist.. skg nie, bila org melayu cuba bercakap sesuatu untuk mempertahankan bangsa (x kira la UMNO ke, PAS ke, PKR) orang lain akan cakap org tu racist.. sebab tu skang nie, bila org bukan melayu mula persoal org melayu... ramai yang diam je sebab takut di label sebagai racist...

bila org bukan melayu xnak sekolah kebangsaan, bayar gaji lebih rendah kat pekerja melayu berbanding pekerja sebangsa dan lain2 lg.. xde plak orang nak panggil racist.

aku bukan melalut dan off topic... aku cuma bg contoh dan kesedaran ttg kelemahan org kita nie supaya jangan terjerat dengan mindset kita sendiri... secara tak langsung kita menggalak golongan ni oleh kerana takut dilabel negatif. keratan berita yg amx bg tu dah buktikan segala2nya... kat malaysia pun dah berlaku, perhatikan la sendiri.

moral of story, x perlu takut diri dilabel dengan label negatif seperti seorang diskriminasi. peduli hapa dituduh macam tu sebab benda ni trang-tang dah jauh songsang. menerima mereka bererti menggalakkan mereka...

kalau ikut hukum islam (apa yg aku blajar time skolah dulu), golongan ini wajib di dipisahkan dari masyarakat dan dikurung dalam rumah sehingga org itu menyesal. (kalau salah betulkan, aku pun ingat2 lupa syarahan ustazah time aku kecik dulu)

Neo5
09-12-09, 01:17 PM
Ada satu artikel tak ingat baca kt mana menyatakan Pergerakan Hak Asasi Manusia telah menyalahgunakan Pergerakan itu untuk membela kes-kes seperti ini.

Hak-hak asasi manusia yg patut diperjuangkan ditolak tepi. Hak-hak yang bersifat nak memuaskan nafsu pula diutamakan.

The world is going crazy, yes it is!

anaktimur84
09-12-09, 02:42 PM
hak memang adalah hak.. islam juga membela hak seseorang. tp kalau dah melibatkan org lain dan moral itu bukan HAK lagi...

first... mulakan dengan diri kita sendiri. x usah takut dilabel mengamalkan diskrimisi. jangan berkawan ngan golongan nie, layan pun jangan.. once kita still layan dan berkawan. golongan nie akan merasa penerimaan dalam masyarakat dan merasakan diri x salah. lebih2 lagi bila org laki layan dengan lembut dan x berkasar seperti mana org laki layan pompuan sejati. lagi la golongan ni makin suka nak jadi macam pompuan. suka dapat layanan yg baik...

Ahn
26-01-11, 07:37 PM
cantik fatin neh.
Dah ada anak blom?

gbum
26-01-11, 07:48 PM
rajinnya ko korek biter nie.. musti tengah sangap ahahaha

flash
27-01-11, 01:17 AM
sure rabak kena keja ngan mat selekeh ni

buildtem
27-01-11, 02:25 AM
"Nama betul nya - Mohammed Fazdil Min Bahari. Kisah nya dia dah kawin secara civil di UK. Kahwin civil tu.. kawin ikut cara kristian di sana lah eh? aku pun tak faham.. tapi cara pakaian nya gitu lah"

She or he, dia jauh dimata....cantik la juga. Tetapi bagaimana yang ramai-ramai di Malaysia, ramai juga abang-abang Melayu (belum dan sudah kahwin) tolong "Menjaga" dari segi
kewangan dan Batin. Adakah salah kita menghindarkan mereka dari masyarakat?