PDA

View Full Version : Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat



el-lail
20-03-10, 12:06 PM
:salam:

Kerosakan akidah tak disedari dan terus ada dalam masyarakat, setuju atau tidak?

Mari kita listkan..kalau ada yang tak setuju dengan senarainya, minta hujjahkan.
Nak kerja kerajaan kerana pendapatan terjamin.
Penyakit sembuh kerana ubat ini.
Nama anak panjang sangat, dia berat bawa nama tu, sebab tu sakit saja, kena bagi gelaran pendek baru dia sihat selalu.
Masa kenduri kahwin kena pastikan ada pinggan pecah walaupun satu, kalau tak, pengantin yang akan pecah bercerai.
Kedai makan ini tak laku sebab tak gantung ayat seribu dinar.
Jika parti yang itu menang, negara akan jatuh miskin.
Meh bergambar dengan pengantin atas pelamin supaya dapat berkat cepat kamu kawin nanti.
Anak kamu masuk sekolah tahfiz ye? Besar nanti dia nak makan ape?
Pelaku maksiat: Tak guna aku bertaubat, dosa banyak sangat, biarlah aku terus macam ni. (Menidakkan sifat Allah Maha Pengampun)
Orang yang memandang: Jangan pedulikan 'anak-anak ayam' tu, mereka dah confirm ahli neraka. (Menidakkan sifat Allah Maha Pengampun)
SMS ke 10 orang, akan ada keajaiban berlaku
Jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
Campak baju pengantin atas bumbung supaya masa kenduri hujan tak turun.
Isteri lagi tinggi dari suami, murah rezeki.
Ada ular melintas jalan, akan ada musibah di depan.
kalau pensel ko lagi pendek dari jari kelingking ko, tak lama lagi mak ko mati.
Gatal di telapak tangan kanan tanda nak dapat duit dan gatal di telapak kiri tanda duit nak keluar.
Tersedak bila makan dan minum tanda sesorang tengah mengata.
bila meniarap tak boleh goyang kaki, nanti mak ayah mati cepat.
Kupu-kupu masuk rumah, ada tetamu akan datang berkunjung.
Jalan lalu bawah tetap sidai baju nanti hafalan hilang.
Tengah mengandung, jangan bunuh binatang walaupun seekor nyamuk nanti bayi akan cacat.
Orang bertunang darah tengah manis, jangan buat itu-ini, kena hati-hati selalu.


Lagi? Sila sambung dan fikir-fikirkan..

Awang Goneng
20-03-10, 12:14 PM
24. Bunyi burung hantu, ada orang nak mati.
25. Kalao anak dara blajar tinggi duit hantaran kena up, baru kena ngan class.

nak komen no 8...
adek aku 4 orang blajar kat pondok (tahfiz)...tu atas kehendak diorang sendiri, kami tak paksa...
pastu mak2 sedare datang la kat umah tanya soalan macam no 8...
aku tolong la jawab...dunia lening senang je nok kaya...aku sendiri buleh ajo adik2 aku berniaga...
kadang2 fedap jugak bila ada yang sound gitu...

sp3d2
20-03-10, 12:24 PM
inilah ajaran tahyul masyarakat melayu.

DatukM
21-03-10, 03:02 PM
yg numbo satu tu mmg aku sangat lah saspek
x kene ada kat situ

chunli
21-03-10, 03:14 PM
"login facebook sehari dpt RM100"


:D

.

DatukM
21-03-10, 03:32 PM
"login facebook sehari dpt RM100"


:D

.

hehe
tp ekceli mende ni valid
member wife aku penah join, n dapat
tp hukum? sendiri mao ingat

eksp
21-03-10, 10:57 PM
24. kalau langit senja warna merah... tanda ada anak haram lahir hari tuh...
25. jangan tunjuk jari kat pelangi... nanti tangan kudung...

AbdullahCheng
22-03-10, 12:48 AM
yg numbo satu tu mmg aku sangat lah saspek
x kene ada kat situ


ini berdasarkan pemahaman aku la. maksud el-lail kat sini pendapatan as in context of rezeki.

kita dok percaya keja gomen, pendapatan dah terjamin. keja swasta tak terjamin, bila-bila masa kena tendang.
seolah-olah KERAJAAN yang tentukan rezeki kita.
padahal Allah SWT yang tentukan rezeki kita. hatta kalau kita kerja gomen sekalipun, kalau Dia nak sempitkan rezeki kita, tetap gak kita susah nak idup.

begitulah pemahaman saya tentang ini.

eksp
22-03-10, 08:23 AM
ini berdasarkan pemahaman aku la. maksud el-lail kat sini pendapatan as in context of rezeki.

kita dok percaya keja gomen, pendapatan dah terjamin. keja swasta tak terjamin, bila-bila masa kena tendang.
seolah-olah KERAJAAN yang tentukan rezeki kita.
padahal Allah SWT yang tentukan rezeki kita. hatta kalau kita kerja gomen sekalipun, kalau Dia nak sempitkan rezeki kita, tetap gak kita susah nak idup.

begitulah pemahaman saya tentang ini.


yup... aku pun bersetuju sangat dengan pendapat ko tuh...

tapi realitinya skang aku selalu sangat dengar perkataan tuh...

kerja la dengan kerajaan.... lebih terjamin dan secure...

Oris
22-03-10, 08:57 AM
26. kalau hujan panas pada hari jumaat.. ada org bujang mati..

DatukM
22-03-10, 08:59 AM
aku rase statement tu macam dah melebih2 la kot (exaggeration)
mmg betol rezeki tu ditentukan oleh Allah

tp sebab gomen susah nk buang staf, so pendapatan sentiasa tetap (kalo tak nak guna perkataan terjamin)
bank pon kompiden, kalo tak, takkan senang2 approve loan gomen staf

ada pola / pattern nya - cause n effect
ini bukan kes meramal nasib

sama macam makan ubat lah
aku makan ubat ni hanyalah sebagai usaha, tp Allah yg menyembuhkan
yg jadi salah bila yakin ubat tu yg menyembuhkan

n dalam konteks ni, keje dgn kerajaan sebagai usaha
in the end, Allah yg menentukan

kalo macam tu janganlah cakap, aku masok bdn tiap2 hari utk hilangkan boring
seolah2 bdn yg hilangkan boring, bukan Allah
(tapi boring jugak :D kahkah)

kalo nk ikot logik yg sama,
ayat ni adalah salah "utk elakkan kemalangan, pandulah berhati2"

so aku tak berapa nmpk kaitan nya dalam "kerosakan akidah"

tp numbor2 lain tu aku setuju 100% lah

fosilmitra
22-03-10, 10:11 AM
:salam:

Mungkin ada baiknyer jugak kiter bincangkan bagaimana nak menangani permasalahan yg disenaraikan... Antara cadangan acik, banyakkan menghadiri ceramah˛ disurau˛ sekitar anda...

Wallahu a'lam bisshawab.

Oris
22-03-10, 10:17 AM
27, jika sedang berkasih.. diberi hadiah baju ke, kain ke.. jodoh putus ditengah jln..

DatukM
22-03-10, 10:44 AM
28. kantoi SPM, kantoi masa depan.
29. kita beribadat kerana ganjaran, fadhilat, pahala dan syurga.

Oris
22-03-10, 10:49 AM
30, keje kilang, bakal mertua kurang yakin dgn kita..
31, anak peneroka felda=jahat..isap dadah..

DatukM
22-03-10, 10:55 AM
32. pakai kereta besar (siap custom number), dok umah besar, nk menunjuk2 (very lah sangat lah ter common nye)

Oris
22-03-10, 11:02 AM
33, jadi YB..kaya dgn kadar segera..
34, rezeki secupak.. takkan jadi segantang..

eksp
22-03-10, 05:11 PM
32. pakai kereta besar (siap custom number), dok umah besar, nk menunjuk2 (very lah sangat lah ter common nye)

aku terkonpius jap... apa yang salah dari sudut aqidah dengan pakai keter besar dengan plate customized?

memang la membazir... tapi.... rosak aqidah ke?

kalau dia bertuhankan kereta tuh... logik la kot..

maybe ayat tak cukup lengkap kot... :D

DatukM
22-03-10, 05:46 PM
aku terkonpius jap... apa yang salah dari sudut aqidah dengan pakai keter besar dengan plate customized?

memang la membazir... tapi.... rosak aqidah ke?

kalau dia bertuhankan kereta tuh... logik la kot..

maybe ayat tak cukup lengkap kot... :D

riya' adalah syirik paling kecil

wassalam

edit: numbor 33 n 34 pon aku saspek gak
numbor 30, 31 = dat is wat we call stereotyping

el-lail
23-03-10, 01:44 AM
:salam:

Copy paste daripada blog saya:

Terdapat perkara-perkara lain yang juga merosakkan akidah, namun jarang dilihat wujud dalam masyarakat kita contohnya tidak mentaati syariat Islam dengan berserta memperlekeh hukum-hukumnya atau mempermain-mainkan hukum-hukumnya, menafikan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah dan diutus sebagai nabi terakhir serta beberapa ciri lain.

Untuk permulaan ini, adalah lebih baik saya berbicara mengenai apa yang ada dalam masyarakat kita. Di kesempatan lain, insyaAllah kita akan sentuh pula ciri-ciri yang lain itu.

Melakukan amalan yang termasuk menyembah/ mengabdikan diri/ menghambakan diri kepada selain Allah

Tentu ramai yang faham apa yang dimaksudkan menyembah selain Allah. Tetapi, ramai juga yang tak tahu, sebenarnya ada perbuatan yang menghampiri kepada menyembah iaitu apabila kita menyeru sesuatu mahkluk kerana inginkan sesuatu daripadanya atau takut kepadanya. Contoh yang masih ada dalam masyarakat kita ialah: bila masuk dalam hutan, disebut “Tok, cucu tumpang lalu.” Selain itu perbuatan memuja pantai apabila ingin menurunkan perahu baru, memuja keris dan sebagainya boleh mengundang perbuatan “menyeru” yang tidak sepatutnya.

Menafikan sifat tersendiri bagi Allah

Perbuatan menafikan sifat tersendiri bagi Allah ialah menidakkan sifat agong bagi Allah yang tiada pada mahkluk. Contohnya: Pelaku maksiat mengatakan “Tak guna aku bertaubat, dosa banyak sangat, biarlah aku terus macam ni.” Orang yang memandang perlakuan pelacur mengatakan “Jangan pedulikan ‘anak-anak ayam’ tu, mereka dah confirm ahli neraka.” Dua contoh ini telah menidakkan sifat maha pengampunnya Allah.

Mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah

Perbuatan ini adalah antara yang paling banyak terdapat di dalam masyarakat kita. Contohnya ialah:

Nak kerja kerajaan kerana pendapatan terjamin. (Jaminan rezki hanya di tangan Allah)
Saya sembuh penyakit kerana ubat ini. (Sifat penyembuh adalah sifat Allah, sepatutnya dikatakan “Allah telah sembuhkan penyakit saya melalui ubat ini.” )
Nak murah rezki, kena gantung ayat seribu dinar. (Ayat itu tidak memberi sebarang rezki, rezki datang dari Allah jua)
Isteri dia lebih tinggi daripada dia, murahlah rezkinya. (Ketinggian isterinya tak mempengaruhi rezki yang telah ditetapkan Allah sejak mereka di dalam rahim lagi.)

Menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk

Perbuatan ini juga ada dilakukan di dalam masyarakat kita. Contoh perbuatan menurunkan sifat Allah hingga menyamai sifat mahkluk ialah:

Membuat maksiat di luar pengetahuan manusia, dan menganggap Allah tidak nampak perbuatannya. (Sedangkan Allah maha melihat dan maha mendengar)


Banyak lagi sebenarnya perkara yang kita perlu perhatikan di dalam diri kita, sama ada kita mensyirikkan Allah ataupun tidak. Jadi, janganlah jemu untuk menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu untuk mengenali akidah tauhid dan mengenali apa itu syirik.
____________________________________________

Bila berdepan dengan sesuatu pernyataan yang boleh menyentuh akidah, kita sepatutnya buat analisa. Contoh perkara: Pernyataan "Isteri lebih tinggi dari suami, murah rezeki."

Analisa:

rezeki adalah ketentuan Allah semata-mata.
rezeki tidak ditentukan oleh keadaan tinggi-rendahnya suami-isteri itu.
tiada halangan bagi Allah memurahkan rezeki kepada pasangan suami-isteri yang mana suami lebih tinggi daripada isteri.
Pernyataan yang benar ialah: orang yang berkahwin akan dimurahkan rezeki (ada sokongan dari ayat Al-Quran)


Pasal perkara no.1 dalam senarai tu, cuba yang rasa tak sepatutnya tersenarai buat analisa. Kerja kerajaan bukan 100% terjamin, mungkin boleh kata 80% atau 90%. Ada kerajaan sebuah negara (tak ingat negara apa) tak dapat bayar gaji kakitangan kerajaan beberapa bulan, mungkin ada juga yang terpaksa membuat pemotongan gaji besar-besaran terhadap kakitangan kerajaannya waktu krisis ekonomi baru-baru ini. Selain tu perlu ingat, ada staf yang terpaksa diberhentikan akibat masalah disiplin, terperangkap dengan gejala rasuah, skandal bersekedudukan dan macam-macam lagi.

DatukM
23-03-10, 10:57 AM
ok pendek cite camni la

keje kerajaan pendapatan terjamin tapi rezeki belom tentu lagi
sbb gaji *dengan izin Allah* akan masok setiap bulan wpn ada bulan gaji 2 kali
segala2nya dgn izin Allah as we may already know

it is based on observation - a fact / kalo nk buat statistical analysis pon boleh
dalam keadaan normal, dalam masa beberapa puluh tahun ni, berapa kali kerajaan gagal bayar gaji?
n "kerja kerajaan terjamin" datangnye dari dat statistical deduction

masa depan, aku tak bole jamin tp based on backward trend, that is the fact

one or two faults wont render the fact invalid
kalo kita tgk kertas putih tu ada tompok hitam kecik, adakah kita akan panggil kertas putih tu kertas hitam?

flash
23-03-10, 12:33 PM
bomoh ajaib................... sakti

chunli
05-04-10, 04:42 PM
akademi fantasia..

oiam..

ajl..

abpbh...

aim..

wahwah...

sory kalau mcm takde kaitan :p

.