PDA

View Full Version : Bacaan al quran yang sangat merdu ...



zhulfa
20-08-10, 12:58 PM
Indahnya....subhanAllah..syahdu rasanya dgr bacaan sebegini..

http://www.youtube.com/watch?v=OjdWP5FZhkg

DatukM
20-08-10, 02:40 PM
syahdu gile
teringat aku petang2 masa sekolah dulu

http://www.youtube.com/watch?v=vEnqBUdIGc4&feature=fvw

5 reciters


http://www.youtube.com/watch?v=NJNzLfcpSZo

sheikh al basit on surah al-haqqah


http://www.youtube.com/watch?v=hXa2yqILWE4

DarkEmperor
20-08-10, 02:45 PM
ha ye lah...
pas meor mensen tetibe teringat kat asrama dedulu...
asal petang je nak masok maghrib mesti berkumandang...

no wonder cam penah dengar alunan dia... :D

perangai
20-08-10, 02:54 PM
qari aku suka khalil al-hussary

flash
20-08-10, 03:24 PM
insaflah aku...................... tq

eksp
20-08-10, 03:34 PM
haah la...

sama siyers macam zaman asrama sebelum masuk waktu maghrib..

nostalgia... nostalgia...

:)


sampai sekarang aku masih suka dengan bacaan sudais dengan ghamidi... mungkin sebab dulu pun belajar mengaji dengan orang yang guna qiraat yang sama kot...


qari muda nih muhammad taha al junaid, kan?



Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seseorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu" (Hadith riwayat Bukhari)

zhulfa
20-08-10, 03:37 PM
^^
ye ...
aku pun suka al-ghamidi......

annuraudhah
20-08-10, 04:17 PM
Lenggok bacaan macam imam ms kat U dulu..dulu sampai rs nk nangeh bile dgr..SubhanAllah

DatukM
20-08-10, 06:03 PM
siyes la syeikh albasit tu mmg menggamit nostalgia n syahdu
biasa dengar masa dekat2 nk maghrib tgh siap2 nk g surau, ada yg maseh kat dewan makan
kadang2 aku n memember lepak2 atas kerusi batu kat lereng buket tgk pemandangan maghrib sambil dengar ayat2 ni bergema
masa subuh pon sama jugak

part paling meremangkan bulu roma bile dia sambong2 ayat (trademark syeikh ni), tarik tinggi gile pastu yg lain2 sambut "Allah! Allah! Allah!"
pergh klimax

semoga Allah berkati qari2 tersebot

ahn, meh la dengar
tak paham pon xpe, hayati lenggok merdu suara dia
:)

lagi 2 (jangan pasang spiker kuat sgt)

http://www.youtube.com/watch?v=ovylbsLYcwc


http://www.youtube.com/watch?v=lsj9GPd5YTg

zhulfa
20-08-10, 06:32 PM
القارئ محمد طه الجنيد


http://www.youtube.com/watch?v=2B6zJEGuTNI


http://www.youtube.com/watch?v=pOewS_OkfnU&feature=related

eksp
21-08-10, 01:51 AM
mana nak donwload complete bacaan Muhammad Taha al Junayd nih eh?

L u F f Y
21-08-10, 02:46 AM
link ni http://abmp3.com/mp3/qari-muhammad-taha-al-junayd-yassin.html (qari muhammad taha al junayd)
tapi kena cari satu2 sampai cukup 114 la.. huhu. =.=
sapa lagi yg ada full download link.? torrent ka..

untuk qari2/imam2 lain.,
http://quranicaudio.com

eh., link download leh ke.? :|

Kuro-Obi
21-08-10, 06:03 PM
aku paling suke ialah sheikh sudais dan salah bukhatir...

yang qori cam abdul baset ni kurang sikit sebab suke baca main sambung2 ayat..takde waqaf pom.

sunnahnye kena baca ayat satu2.

zhulfa
22-08-10, 06:35 PM
Ahmad Saud

http://www.youtube.com/watch?v=SXzziqUWUws

Hassan Bin Abdullah...

http://www.youtube.com/watch?v=6CLOT7qsFAY&feature=related

eksp
23-08-10, 12:27 AM
link ni http://abmp3.com/mp3/qari-muhammad-taha-al-junayd-yassin.html (qari muhammad taha al junayd)
tapi kena cari satu2 sampai cukup 114 la.. huhu. =.=
sapa lagi yg ada full download link.? torrent ka..



nak download satu2 yang seksa tuh..

takpe, nanti nak try ushar2 kat kedai2 jual cd nasyid dan tilawah Quran...

wolwerine
30-08-10, 12:40 AM
Indahnya....subhanAllah..syahdu rasanya dgr bacaan sebegini..

http://www.youtube.com/watch?v=OjdWP5FZhkg

Salam....

ada pertanyaan sikit....

apa hukum sebenar menyanyikan Al-quran nie yek...........

eksp
30-08-10, 12:57 AM
Salam....

ada pertanyaan sikit....

apa hukum sebenar menyanyikan Al-quran nie yek...........

bila masa pulak ini adalah istilah menyanyi sedara oi... :)

tidak ada unsur menyanyi kat sini... bahkan inilah namanya bacaan dengan tarannum... tarannum ini adalah sebahagian daripada qiraat (cara pembacaan Al-Quran) yang melambangkan keindahan ayat al-Quran itu sendiri...

tarannum ini adalah nada arab, yang tidak ada dalam bahasa lain.. mungkin kita kurang faham pembandingannya kerana bahasa melayu macam kita tidak ada tajwid dan tarannum.. perbezaan perkataan tidak dibayangkan dengan bunyi dengung atau tidak dengung... dan kepanjangan harakat sesetengah perkataan..

misalnya perkataan "makan" kita takde beza dengan perkataan "maaaakan" atau "makaaaan" atau "maaaaakaaaaan" :D

tapi istilah arab, ianya membawa kesalahan tatabahasa kalau tersilap tajwidnya

ada satu hadith, bilamana ada seorang bertanya kepada Rasulullah saw, "siapakah pembaca al-Quran yang terbaik?"
Rasulullah saw jawab dengan mafhumnya, "seseorang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu dapat merasakan bahawa dia adalah seorang yang takut kepada Allah"

dalam hadith yang lain, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah tidak pernah memberi perhatian kepada seseorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu" (Bukhari)

tetapi harus diingatkan... pembacaan al-Quran yang lunak dan merdu itu bukanlah seperti nada menyanyi seperti kebanyakan lagu2 lain... cuba perhatikan, bacaan Imam Muhammad Taha al-Junayd di atas, bukankah jauh berbeza dengan lagu2 yang kita biasa dengar di corong radio?

Ulama berpegang kepada hadith yang melarang seseorang daripada membaca Quran dengan rentak pencipta... cukuplah dengan tajwid, tarannum dan kelunakan suara seseorang itu sahaja di dalam pembacaannya..

wallahualam

L u F f Y
30-08-10, 02:46 AM
^ mungkin tu la yg dimaksudkan nyanyi tu.. cuma taktau istilah sebenarnya.. :)
terimakasih pada incik popo kerna memberi penerangan yg cukup padat.. :peace:

wolwerine
30-08-10, 11:57 PM
bila masa pulak ini adalah istilah menyanyi sedara oi... :)

tidak ada unsur menyanyi kat sini... bahkan inilah namanya bacaan dengan tarannum... tarannum ini adalah sebahagian daripada qiraat (cara pembacaan Al-Quran) yang melambangkan keindahan ayat al-Quran itu sendiri...

tarannum ini adalah nada arab, yang tidak ada dalam bahasa lain.. mungkin kita kurang faham pembandingannya kerana bahasa melayu macam kita tidak ada tajwid dan tarannum.. perbezaan perkataan tidak dibayangkan dengan bunyi dengung atau tidak dengung... dan kepanjangan harakat sesetengah perkataan..

misalnya perkataan "makan" kita takde beza dengan perkataan "maaaakan" atau "makaaaan" atau "maaaaakaaaaan" :D

tapi istilah arab, ianya membawa kesalahan tatabahasa kalau tersilap tajwidnya

ada satu hadith, bilamana ada seorang bertanya kepada Rasulullah saw, "siapakah pembaca al-Quran yang terbaik?"
Rasulullah saw jawab dengan mafhumnya, "seseorang yang apabila kamu mendengar bacaannya, kamu dapat merasakan bahawa dia adalah seorang yang takut kepada Allah"

dalam hadith yang lain, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah tidak pernah memberi perhatian kepada seseorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu" (Bukhari)

tetapi harus diingatkan... pembacaan al-Quran yang lunak dan merdu itu bukanlah seperti nada menyanyi seperti kebanyakan lagu2 lain... cuba perhatikan, bacaan Imam Muhammad Taha al-Junayd di atas, bukankah jauh berbeza dengan lagu2 yang kita biasa dengar di corong radio?

Ulama berpegang kepada hadith yang melarang seseorang daripada membaca Quran dengan rentak pencipta... cukuplah dengan tajwid, tarannum dan kelunakan suara seseorang itu sahaja di dalam pembacaannya..

wallahualam

Salam.....

terima kasih di atas penjelasan saudara yang menenangkan hati nie...

saya pun berpendapat apa yang dilampirkan di atas adalah taranum.....

tapi saya geram dengan satu golongan yang mengatakan kita tak patut ikut ulamak yang menjadikan al-quran sebagai nyanyian@syair (ada ayat Al-quran tentang nie.... )

bila saya beri penjelasan ia sebenarnya adalah taranum...

memang benar kata saudara tok janggut....

bagaikan anjing menyalak bukit.....

eksp
31-08-10, 12:32 AM
saya rasa nyanyian yang mereka maksudkan adalah seperti yang berlaku dalam ajaran kristian..

mereka menyanyikan bible... siap ada piano.. koir.. dan nyanyi ramai dalam rentak perlahan, dan laju..

tapi pembacaan al-Quran dengan tartil, langsung tak sama dengan bentuk nyanyian sebegitu..

seperti yang saya perkatakan, ianya hanya nada arab... dan itulah keunikan bahasa arab, yang menjadi bahasa syurga

wallahualam