PDA

View Full Version : Bank guna nama Islam tindas pengguna



anaktimur84
01-10-10, 09:53 AM
Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mestilah berasaskan kesucian dan berpandukan ajaran Rasullullah melalui Al-Quran dan Hadis. Melabelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam atau sewaktu dengannya? Tidakkah Bank nama Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melabel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’!

Kecualilah, orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda perniagaan untuk mendominasi harta umat Melayu supaya melonggokkan wang mereka kepada institusi ’Islam’ ini kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauh manakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank ’islam’ ini benar-benar islamik? Apakah bezanya antara bank berjenama Islam dengan bank-bank konvensional yang lain?


Mungkinkah hanya dengan penukaran istilah dari perkataan ’faedah’ kepada ’keuntungan’ misalnya, terus menjadikannya suci?Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank ala Islam ini ada, menyebabkan ramai orang yang bukan Islam tidak tertarik dengan Bank Islam. Nampaknya mereka tidak segan silu boleh berkata..’ sama saja maaaa’.

Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud ‘riba’. Oleh sebab itu, Bank jenama Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari faedah kepada keuntungan. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan ikut suka hati. Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan ( al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, meminjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu bentuk penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam atau bank yang sewaktu dengannya pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh pakar-pakar ekonomi shariah kononnya yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana mereka menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka.

Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana ‘mark-up’ harga tahap maut itu? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya.

Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah apa yang berlaku apabila Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakah jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis?

Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000.

Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih disenaraihitamkan dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.


Ini amat berbeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amountfull settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh juga mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain. selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak

Kadang-kadang terfikir mana yang lebih zalim… Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu? Persoalannya juga adakah betul pelaksanaan shariah oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar shariah yang dilaksanakan itu selaras dengan intipati Islam. Jika kembali kepada ajaran Islam sekalipun, Islam tidak menggalakkan berhutang dan jika berhutang pun, kaedahnya mudah tetapi dijadikan kaedah yang rumit oleh pakar-pakar ini. Hanya kita boleh berharap, hanya Allah tahu siapa yang benar. Jika pakar-pakar ini salah mentafsir ilmu muamalat Islam, biarkanlah mereka dimasak dalam api neraka jahanam.

Selain itu, selalunya Bank Islam akan berhujah atas nama BLR yang diamalkan dalam bank konvensional. Ramai rakyat tidak tahu apa makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisis ekonomi hanya untuk melariskan penjualan produk mereka yang belum tentu lagi halal di mata ALLAH!

Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. Bank Negara Malaysia (BNM) pun tahu, kalau kadar BLR diletakkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan dan mereka akan menderita. Akhirnya, kerajaan juga mendapat padahnya kerana kerajaan akan disalahkan kerana gagal menguruskan negara. Maka, bila kita lihat sekarang apabila kerajaan BN semakin kurang penyokongnya, mungkin rakyat kecewa dengan kerajaan BN kerana dasar-dasar silap ini. Oleh itu, janganlah sahaja menyalahkan pembangkang jika mulai hilang sokongan rakyat. Bila masalah ini berlaku, kadar pinjaman tidak berbayar ( non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%.

Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini. Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan,

Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Pinjaman konvensional atau pinjaman yang didakwa islamik ala kepala pakar shariah Malaysia sendiri? Sekali lagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya.

Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebat( ibra’). Apakah itu ibra’? Ianya hanya sekadar gimik untuk sistem pinjaman Islam. Kita ambil contoh kaedah pengiraan ibra ini, berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk pinjaman konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345.

Inilah yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem faedah oleh bank konvensional, kononnya tidak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengetahuan tentang sistem pengiraan pinjaman.

Kalau anda pakai pinjaman islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra’ dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman.
Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari pinjaman konvensional dan pinjaman islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari pinjaman islamik lebih tinggi sedikit dari yang konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMIK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, pinjaman islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Al-Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka. Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya ditiru bulat-bulat dari produk konvensional.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR ( Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.

Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini. Mereka ini tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa? Bagi saya, mereka tahu orang awam sudah tidak kisah lagi asalkan namanya Islam. Maka, jual apa-apa pun guna nama Islam, orang Islam tidak perlu tahu semua itu. Malangnya, bank-bank Islam ini tidak berterus-terang dan memperdayakan pengguna Islam jika benar ini adalah niat mereka.


Pinjaman kereta pula satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah? Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka – pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati.

Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman. Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam.

Perkara yang perlu kita sedar dan tanya sekarang, ADAKAH PELAKSANAAN BANK ISLAM SEKARANG ADALAH SAMA DENGAN YANG DILAKSANAKAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM DI TIMUR TENGAH?Saya yakin anda tahu jawapannya. Jika benar kita amalkan yang benar-benar Islam, sudah lama cita-cita kerajaan mahu jadikan Malaysia hub perbankan Islam terbesar di dunia sudah tercapai. Malangnya, sampai sekarang sudah ketinggalan di belakang Singapura dan Dubai. Jangan terkejut jika Tokyo dan New York sendiri yang lebih baik dan maju dari kita dalam perbankan Islam. Oleh itu, bagi mereka yang sedap duduk di kerusi Lembaga Shariah Bank Negara dan bank-bank komersil, hitunglah balik diri sendiri semoga anda tidak membawa dosa kekejaman anda memanipulasikan operasi pinjaman dengan menggunakan nama Islam ini di hari akhirat.

Wallahualam.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian KL-Today.com. Maka pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan selepas yang berlaku akibat tulisan berkenaan.



sumber : http://www.kl-today.com/?p=3726



http://www.youtube.com/watch?v=95vui9vsZ2E

terkesima jap aku.... rasa nak refinancing l0an umah ke konvensional jer smula....

p/s : mod, klu dah ada delete jer..

Tok Janggut
01-10-10, 11:24 AM
Salam;

Saya tak katakan sistem perbankan Islam kita sempurna, tetapi penulis yang menulis artikel ini juga jelas tidak faham mengenai konsep Islamic finance Islam di Malaysia. Insya-Allah akan di jelaskan di bawah nanti.

Sya juga tak setuju dengan pendapat ust di dalam Youtube tersebut



tj

anaktimur84
01-10-10, 11:41 AM
bagaimana dengan pengiraan Bank Islam yang lebih menekan dan zalim berbanding bank konvensional? kalau tengok contoh2 pengiraan Loan Bank Islam berbanding bank konvensional saya hanya mampu menelan air liur.

zamreda
01-10-10, 11:47 AM
bkn dah ade bincang pasal bank guna islamik ker?....

anaktimur84
05-10-10, 08:38 AM
Sheikh Imran pon x mempunyai pandangan yang sama tentang ini...


http://www.facebook.com/video/video.php?v=144692228907908

avicenna
05-10-10, 11:13 AM
aku rase penulis tak paham ape itu Islamic Banking.
pastu penulis pun tak penah pinjam kat Bank Islam , tak tau baca agreement ke.

wo0p
05-10-10, 11:29 AM
apa gunanya department syariah dlm perbankan ? aku aku rasa kalau charge tinggi dikenakan tak setinggi konvesional bank atau tinggi melampau ...sebelum kena buat perbandingan dengan konvensional dengan bank islam . Sekarang ni kita tak mampu mana nak beli kereta dengan tunai ..




Summber "http://www.zaharuddin.net/content/view/587/101/"
Mahal & Murah Antara Bank Islam &

Konvensional : Satu Perbandingan Yang Silap

( Bahagian yang dikemaskini berwarna hijau pada 4 Sept 07)

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

( Sebahagian dari tulisan ini adalah petikan dari buku Perbankan dan Kewangan Islam saya yang sedang dalam proses percetakan, dijangka akan terbit sekitar bulan Oktober 2007)

mahal?Kerap kali kita mendengar hiruk pikuk orang Islam membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank-bank islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional.

Ikhlas saya katakan ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Seorang lelaki berkata :

"Saya rasa kepimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad dari sudut penguasaan ahlinya"

Apa perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w, seorang Rasul dan kekasih Allah dengan seorang manusia jahat seperti George Bush ?. Bagi yang sensitif perbandingan itu tidak wajar sama sekali dari sudut spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil.

Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank Konvesnional adalah ternyata silap. Iaitu dari sudut :-

1) Spiritual ; kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.

2) Fizikal ; kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional.

Selain itu, kadar harga juga berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman / pembiayaan yang dipohon (kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza dari pinjaman 50 peratus dan 70 peratus), tempoh jangka pembiayaan dan banyak lagi. Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan kelemahan diri dalam ilmu perbandingan.

Berikut adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan pinjaman perumahan bank konvensional lebih murah dari dalam perbankan Islam adalah silap dan tidak tepat sama sekali :-



Pertama: Perbandingan Kiraan Yang Silap



Orang ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.5 peratus (tahun ketiga sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu.



Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta ditolak dengan 0.25 peratus sebagai contoh.

BLR 1991 - 2006

Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006

Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.

Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.

Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.

Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat bagaimaan perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua buah bank berikut :-

Pembiayaan Rumah (Bank Islam Malaysia Berhad [1] )


Pinjaman Rumah ( Konvensional )

Public Bank [2]

Tahun Pertama : 2 %


Tahun Pertama : BLR - 2.00% p.a. = ( 4.75 % [3])

Tahun Kedua : 4 %


Tahun Kedua : BLR - 2.00% p.a.

Tahun Ke-3 ke 10 : 7 %


Tahun Ketiga : BLR - 2.00% p.a





Tahun seterusnya : BLR - 1.60% p.a.









Jika anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam menetapkan dari awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia adalah kewajiban dalam Syariah, kerana itu seseorang menyangka Bank Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130 000 dengan harga RM260 000. Sedangkan, pemberitahuan harga begini memang diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai. Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti :-



"Saya jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu pertama BLR - 4 peratus, minggu kedua BLR - 3 peratus dan lain-lain"



Transaksi jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan gharar.



Yang jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh Bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat.



Perbandingan ini menjadi salah kerana Bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda yang tiada dengan yang sudah ada. ? Kecuali jika individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan tentang kewangan. Malangnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek, mereka hanya melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan berbelas tahun lagi. Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam perbandingan yang silap. [4]



Saya tegaskan sekali lagi, jika anda ingin mengatakan kadar interest bagi Public Bank berhad ( berdasarkan contoh di atas) adalah sama untuk tahun kedua dan ketiga iaitu 4.75 peratus, anda telah tersilap kerana ia belum dapat dipastikan lagi sehingga tahun depan barulah ia akan diketahui kadarnya.



Kadar tetap di Bank Konvensional ?



Sebahagian individu yang tidak memahami konsep kiraan ini juga cuba mendabik dada sambil mendakwa kononnya terdapat bank-bank konvensional yang dapat menawarkan kadar tetap yang jauh lebih rendah dari bank-bank Islam kononnya.



Ia juga sebenarnya perbandingan yang tidak sah dan tidak betul. Sebagai contoh dikatakan CIMB Konvensioanl memberikan fixed rate 5.25 peratus untuk pinjaman perumahan. Bagaimanapun jika anda membuka web CIMB Bank berhad [5], ia tercatat seperti berikut :-



3 years Fixed Rate
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%

5 years Fixed Rate
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%



Bagaimana mungkin anda membandingkan antara carta kadar Bank Islam Malaysia berhad tadi dengan kadar CIMB ini . Ini kerana kadar fixed yang ditawarkan hanyalah antara 3 dan 5 tahun. Adapun, kadar yang ditawarkan oleh bank Islam mulai tahun ketiga hingga ke atas sehingga ke tahun ke-10 adalah hanya 7.0 peratus.



Demikian juga halnya dengan dakwaan CITIBANK menawarkan kadar tetap begitu rendah iaitu 5.70 %, jauh lebih murah dari Bank-bank Islam. Bagaimanapun, anda sekali lagi tertipu jika mengganggap ia adalah kadar tetap bagi 30 tahun. Cuba anda lihat apa yang dicatatkan di web CITIBANK berikut [6] :-



* Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is applicable for completed residential properties and for a limited time only. Preferred insurance Partner - ING



Jika anda faham, sudah tentu kadar yang ditawarkan oleh bank-bank islam lebih hebat.

Pinjaman riba kadar tetap oleh syarikat Insuran

Tadi individu itu sibuk ingin membandingkan dengan bank, kini mereka cuba pula membandingkan tawaran dua buah syarikat Insuran yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar tetap serendah 5.99 peratus selama 30 tahun dengan bank Islam ?. Ia juga bukan perbandingan yang betul kerana :-

1) Ia adalah sebuah syarikat insuran. Perbandingan sebuah bank dengan syarikat insuran adalah tidak tepat kerana kedua-dua jenis syarikat (bank dan syarikat insuran) mempunyai perbezaaan yang terlalu banyak dalam hal operasi, kiraan risiko, 'liquidity' dan 'liability'. Ini menyebabkan perbandingan anda tersasar jauh. ia ibarat membandingkan pinjaman bank konvensional dengan pinjaman oleh rakan anda (bukan sebuah bank). Ia adalah dari dua sektor yang berbeza. Sebagaimana juga membandingkan pinjaman PTPTN yang serendah 3 peratus dengan pinjaman pendidikan dan peribadi yang ditawar oleh bank pada kadar 8 peratus.

Malahan membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia kelas dan sektor yang berbeza.

2) Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya. Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba.

3) Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman.

4) Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'.

Di bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank, RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan beberapa yang lain.

Hasilnya, bank Islam masih tetap lebih hebat kerana halal dan terutamanya terdapat bank Islam yang menawarkan konsep fixed rate yang variable. Ia seperti penjelasan di bawah ini.

Kedua : Kadar Tetap Bank Islam Boleh Berubah Menjadi Murah

Satu fakta yang sering gagal difahami orang awam adalah terdapatnya beberapa buah bank Islam yang menawarkan kadar tetap pada 10 peratus, tetapi bayaran bulanannya anda bukannya 10 peratus, tetapi dilihat kepada Base Financing Rate (BFR) semasa, jika BFR adalah 6.0 peratus, maka pihak Bank Islam akan memberikan diskaun pada bulan tersebut sebanyak 4 peratus. Lihat gambar di bawah dan fahamkan. Bank konvensional tiada kemudahan seperti ini.

Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun. Kaedah ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking dan beberapa bank Islam yang lain.

Fahamkan ini Sebelum Bising

Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR : Contracted Profit Rate

Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional.



Selain itu, anda juga tidak boleh membandingkannya secara umum kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.



Isu Rebate



Jika terdapat individu yang mendakwa rebate yang ditawarkan oleh bank islam hanya gimik, ia bererti individu itu sememangnya tidak memahami langsung operasi bank islam dan tidak mempunyai ilmu Syariah.

Di dalam Islam tidak dibenarkan menjual sesuatu barangan dengan dua harga yang berbeza, sebagai contoh :-



"saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM150 000 atau RM 200 000"



Jika bank Islam menjadikan rebate clause ini sebagai obligatory statement atau kewajiban ke atas pelanggan, ia akan menjadi gharar dari sudut Islam dan diharamkan. Disebabkan hal itu, rebate yang ditawarkan oleh Bank Islam tidak boleh memasukkan rebate sebagai bank's obligation (kewajiban bank), ia ditegah oleh Majlis Penasihat Syariah bank-bank seluruh dunia. Ia bukan gimik tetapi adalah bagi menepati hukum Syariah.







Ketiga : Caj Penalti Menindas



Orang ramai juga kelihatan amat tidak faham perbezaan kesan caj penalti yang dikenakan oleh bank konvensional dan bank Islam.



Bank konvensional mengenakan caj penalti jika lewat membayar secara compounding atau terkumpul. Ertinya, sebagai contoh, pinjaman A kepada bank sebanyak RM10 000 dan dikenakan bunga atau interest riba sebanyak 5 peratus. Bermakna A perlu membayar sebanyak RM10 500 kepada bank itu jika anda membayar tepat pada waktunya. Bagaimanapun A tidak akan mampu pasti anda boleh membayar pada masanya secara yakin, kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.



Katalah setelah membayar beberapa lama, baki pinjaman kini hanya RM3 000 sahaja. Tiba-tiba, A mengalami kesusahan lalu gagal membayar pada waktunya. Ketika itu bank konvensional akan mengenakan 3 peratus caj penalti iaitu RM 90 sebulan. Ia sangat mahal berbanding Bank islam yang hanya mengenakan maksimum 1 peratus atau RM 30 sebulan.



Lebih dahsyat dari itu di bank konvensional jumlah pokok yang berbaki RM3 000 itu akan bertambah dicampur RM 90 sebulan bagi kelewatan bulan pertama. Tatkala itu, jumlah pokok menjadi RM3 090. Manakala jumlah pembayaran semula pula akan dikira adalah 5 peratus x (RM3 090 ) dan bukan lagi 5 peratus daripada RM3 000. Justeru ini akan menaikkan lagi hutang A, bayangkan jika anda terlewat beberapa bulan.



Hal seperti ini TIDAK AKAN berlaku di bank islam kerana tiada kadar compounding boleh dikenakan oleh bank islam, di mana jika terdapat kelewatan pembayaran, hanya caj 1 peratus dikenakan dan ia tidak dimasukkan di dalam jumlah pembiayaan, malah ia juga akan disalurkan terus oleh bank Islam kepada faqir miskin.



Ini perlu difahami oleh orang ramai sebelum tergesa-gesa memahami bank konvensional lebih murah. Faktor penalti ini boleh dianggap sebagai antara penyebab kebanyakan peniaga bukan Islam terutamanya dari kaum Tionghua suka memohon pembiayaan dari bank islam. Mereka tahu, adakalanya mereka memang terpaksa tidak membayar bayaran ansuran beberapa ketika disebabkan keperluan tunai untuk memperkembangkan bisnes dan sebab-sebab lain.

Malah apabila dilihat kepada kadar perbiayaan yang dikenakan oleh perbankan Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar pembiayaan syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting:

a) Kadar mengurus minima (cost of fund) bank Islam itu.

b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan.

c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.

Keadaan ini menyebabkan perbandingan tepat 'apple to apple' adalah tersangat sukar.

Ulama Bank Islam Menipu Jual Agama?

Sebagai akhirnya, jika anda masih mengatakan bank-bank Islam 'menipu', zalim dan semua ustaz dan ulama yang megesahkan adalah menipu, menjual agamanya dan apa-apa yang lain. Ia terpulang kepada anda jika anda rasa benar-benar berilmu tentang Fiqh Muamalat dan kewangan Islam.

Tetapi anda perlu sedar, siapakah individu yang bertanggung jawab mengesahkan tindakan dan operasi perbankan Islam di Malaysia dan seluruh dunia sekarang ini. Mereka adalah Majlis Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa Eropah, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Fatwa Brunei, Majlis Fatwa Saudi, para ulama timur tengah dan ramai lagi. Semua mereka tahu apa yang saya katakan di atas.

Jika benar-benar bank Islam di seluruh dunia tipu, sudah tentu kumpulan ulama ini akan bangkit menentang. Tapi itu tiada berlaku, malah semuanya menyokong penuh dan membantu perkembangan bank-bank Islam.

Secara spesifik pula antara ulama pakar kewangan Islam yang bertanggung jawab menyelia operasi bank-bank Islam di Malaysia (dahulu dan sekarang) seperti :-

Sila buka di sini untuk senarai ahli Majlis Syariah BNM

1) Prof. Dato' Dr Haron Din ( ex Majlis Syariah BNM & Suruhanjaya Sekuriti),

2) Prof Adjunt Dr Mohd Daud Bakar ( Pengerusi, Majlis Syariah Bank Negara Malaysia)

3) Prof. Madya Dr. Engku Rabiah ( Majlis Syariah BNM )

4) Dr Aznan Hasan ( Majlis Syariah BNM )

5) Dato' Ismail Kamus ( Ex Majlis Syariah EON Islamic banking )

6) Syeikh Nizam Ya'kubi (Ulama Bahrain, juga kelulusan ekonomi dari USA & keluaran pondok Mekah, antara guru Syeikh Yasin Fadani, Majlis Syariah CIMB Islamic Bank Malaysia)

7) Syeikh Dato Hashim Yahya ( Majlis Syariah BNM & Ex Mufti WP)

8) Dato Harussani Zakaria ( Majlis Syariah Maybank Islamic Banking & Mufti Perak)

9) Prof. Ust Saleh Ahmad ( YDP Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Syariah Bank Muamalat Malaysia)

10) Dato' Hasan Ahmad ( Mufti Penang, Majlis Syariah BNM)

11) Prof. Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid ( Majlis Syariah, Public Islamic Banking)

12) Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ( Majlis Syariah Asian Finance Bank Malaysia, ulama besar Syariah di dunia)

dan ramai lagi, termasuklah Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang redha dengan bank Islam di Malaysia. Jika tidak, mengapa beliau mengarahkan kerajaan Kelantan menyimpan di bank Islam.

Jika anda katakan bank Islam yang ada di depan mata anda hari ini adalah menipu atas nama 'Islam', zalim serta menindas. Ini bermakna anda juga mengatakan semua nama-nama dan ulama besar yang terlibat telah membiarkan penindasan, kezaliman dan penipuan dilakukan oleh perbankan Islam kepada orang ramai. Benarkah mereka semua pendokong dan pengesah penipuan oleh bank Islam dan menjual agama mereka. Sebenarnya siapa yang menipu?. dan siapa sebenarnya yang JAHIL?

Jika ada ahli parti PAS ingin mengatakan bank Islam yang ada ini adalah ala UMNO, maka Dr Haron Din (Timb Mursyidul 'Am PAS) adalah salah seorang yang mengesahkannya dan beliau merupakan ahli Syariah RHB Islamic Bank banking begitu lama sekali. Jika anda ingin mengatakan bank-bank Islam yang ada ini ala PAS, ia juga tidak benar kerana terlalu ramai ulama yang mempunyai jawatan rasmi kerajaan bersama-sama meluluskannya.

Sebenarnya, bank-bank Islam di dunia dan di Malaysia bukanlah agenda mana-mana politik kepartian, tetapi ia adalah agenda Islam. Malah model perbankan Islam di dunia hari ini adalah sama dalam banyak sudut.

Mereka adalah individu utama yang bertanggung jawab di Malaysia bagi memastikan operasi bank Islam adalah menurut hukum Syariah.

Sebenarnya, individu yang cuba mempertikaikan bank islam ini adalah sebahagian dari gerakan pihak Islam Liberal di Malaysia, mereka sentiasa cuba menjatuhkan kredibiliti ulama di seluruh dunia dengan harapan termasuk Malaysia, perjuangan mereka adalah supaya manusia akan menjadi lebih bebas seperti beruk di hutan tanpa ikatan dari hukum itu dan ini. Malangnya kerana ketidakfahaman umat Islam, penyokong-penyokongnya lahir bukan sekadar dari orang awam, tetapi juga penyokong gerakan islam di Malaysia. Saya cukup simpati dengan mereka, di permainkan dengan begitu mudah oleh puak Islam Liberal. Padahal gerakan Islam inilah yang membantah habis-habisan penubuhan IFC dan Islam Liberal, kali ini kelihatan ahli-ahli mereka pula ghairah menyokong idea Islam Liberal sehingga menyiarkan tulisan pihak Islam Liberal ini di web popular ahli-ahli mereka dengan bangganya.

Adakah anda lebih percaya permainan kata-kata seorang ejen insuran Riba (yang menyebarkan artikel kononnya bank islam menipu, ia juga adalah dari pihak gerakan Islam Liberal) dari senarai ulama di atas?

Terpulang kepada anda siapa yang ingin anda jadikan rujukan untuk urusan akhirat anda.



Sekian, wallahul musta'an.


http://bincang.net/forum/showthread.php?97207-Benarkah-pinjaman-loan-menerusi-sistem-perbankan-islam-lebih-mahal-berbanding-konvensional&p=2307948&viewfull=1

insan
06-10-10, 10:18 AM
ini hanya pandangan peribadi saya,

jikalau kita merasakan sesuatu pinjaman itu akan memudaratkan kita..atau dalam erti kata lain pinjaman itu akan menganiaya seseorang yang membuat pinjaman tak kira nak sebut ianya dgn cara halal atau tidak...baik jangan buat pinjaman..hehehehe...
saya nie tak reti bab2 hukum, tapi kalau nak pinjam rm10,000.00 last2 kene bayar rm40,000.00 pada saya secara peribadi ianya sesuatu penganiayaan..taktahulah kalau tuan/puan setuju ianya bukan satu penganiayaan....

pendek kata, pinjaman ni bukan wajib pun...eloklah sewa je rumahtu lau tak mampu beli rumah... eloklah beli motor kapcai jer dari nak bergaya beli kereta mahal2 ... duit takder nak buat pinjaman jer.... errr.....nak tanya sapa2 yang arif bijak pandai di sini.... contohnye..kiter berpuasa di bulan ramadhan....adakah puasa kita itu diterima oleh Allah sedangkan kita masih berhutang (beli rumah..beli kereta dan sebagainya..tak kirelah kita buat pinjaman dgn bank manapun..ada unsur riba ke takderke.. le sape2 bagi komen? ape kata saudara zaharuddin.net pula ye?

jangan marah..bincang2.....

wallahua'lam....

avicenna
06-10-10, 11:40 AM
dalam akad perbankan islam , tiada istilah pinjam dan faedah. harga pun telah ditetapkan , tidak berubah.
so , dimana riba nye ?
ia lebih kepada jual beli.
contoh rumah harga RM10,000 , bank beli , kite beli dari bank dgn harga RM40,000 tapi dgn kadar bayaran bulanan.

kalau bank islam , bayar takaful ni wajib. kalau si pembeli meninggal dunia dipertengahan , semua nya ditanggung. tiada lagi ansuran bulanan, tiada lagi "hutang". harta dapat , hutang langsai. ok tak ?

pasal dosa pahala , kite serah je la kepada Allah.
niat beli rumah ape ? (utk anak bini duduk)
niat beli kereta ape ? (utk mencari nafkah)

tapi ape ape pon , saye setuju dgn insan jika ia memudaratkan ditambah jika niat tak elok.
lain org , lain rezeki. kalau ia tidak memudaratkan si pembeli ditambah dengan niat yg elok , kenapa tidak ?

wallahua'lam

flash
06-10-10, 01:16 PM
kalo kay indon dah kena baling taik dah ni

insan
06-10-10, 03:50 PM
ini hanya pandangan peribadi saya,
maafkan saya jika ada kesalahan secara sengaja atau tidak...

sekarang nie umat ISLAM seolah2 sudah menerima pinjaman atau istilah lain 'berhutang' sebagai perkara biasa dan tidak ada peliknya.... tidak kiralah dianggap sebagai melalui jalan yang halal atau tidak...ada akad jual beli atau tidak...memangla..saya pun kalau diikutkan kehendak dan kepentingan peribadi, saya juga buat pinjaman.... untuk beli rumah...beli kereta dan sebagainya. Cuma terpikir banyak kali..adakah ISLAM mengajar umatnya berhutang? membuat pinjaman? kadang sehingga membebankan individu itu sendiri untuk membayar balik pinjaman..... alhamdulillah... masih ader dikalangan umat ISLAM sehingga hari ini sanggup menyewa rumah sahaja untuk kediaman family dan anak-anak...alasannya tidak ada cash money untuk beli rumah dan tidak mahu membuat pinjaman....dan alhamdulillah family mereka juga memahami dan sanggup berkorban susah senang bersama suami... mungkin tuan / puan boleh berkongsi kisah-kisah nabi atau para sahabat nabi di zaman mereka....adakah pinjaman atau konsep menjual beli seperti demikian rupa wujud di zaman mereka?..... maaflah..saya tidak reti berkata-kata..hukum pun tak reti..... tapi yg saya takutkan..dah mati...hutang tak langsai-langsai hinggalah hari kiamat... apa akibatnya? yang ditakuti ada unsur riba...kalau tak mati pulak...pinjam rm10,000 kene bayar rm40,000... dgn kadar bayaran bulanan yang ditetapkan dan dipersetujui...persoalannya..adakah bayaran rm40,000.00 itu tidak membebankan si peminjam(yg masih hidup)??? Adakah rm40,000.00 itu bukan satu penganiayaan dalam ISLAM? apapun....mohon pencerahan...... bincang2.... maaf ye....ini pandangan peribadi saya sahaja.. wallahua'lam...

avicenna
06-10-10, 08:05 PM
pernah bace kisah Nabi S.A.W. berhutang ? sila lah cari dalam kitab .....
kalau dah bace , sile bace hikmah dan pesanannye skali.

antara kisah yg ade. byk lagi kisah kisah yg bole dicari dan dipelajari.

[/URL][URL="http://ikatanwargaislaminalum.com/index.php?option=com_content&view=article&id=81:etika-berhutang&catid=37:etika-dalam-islam&Itemid=58"]Etika Berhutang (sila click)
(http://ikatanwargaislaminalum.com/index.php?option=com_content&view=article&id=81:etika-berhutang&catid=37:etika-dalam-islam&Itemid=58)

mnajem
06-10-10, 08:19 PM
setakat saya survey housing loan, islamic financing (bukan loan) ada;

fixed
floating, ikut BLR(dipanggil BFR), tapi ada cap level,dalam 10% gitu. conventional ade tak?

cthnye ambik financing bank X, tenure byrn 40thn, BFR -2.2% ... dalam tempoh 40thn tu jika ade economic crisis sehingga blr naik ke 13%,peminjam byr sehingga blr 10% saja sebab ada cap.

masih ade unsur ketidakpastian,tapi dia ada max cap, tu je.maksudnye peminjam kene bersedia utk mampu bayar jika bfr melonjak ke 10% blr.
dalam kes ni saya tak pasti ade tak penalti jika tak mampu bayar.

harap jelaskan

insan
07-10-10, 08:58 AM
point saya mudah ajer....

1) sebagai contoh: kenapa pinjam rm10,000 mesti dibayar sehingga 40,000 atau bahkan berlipat ganda dari itu? sebagai individu yang ingin meminjam..sudah tentu kerana desakan hidup dan berbagai tujuan termasuk ingin meminjam dgn cara yang halal seperti diwar2kan...terpaksa membuat pinjaman tak kira berapa bayaran dikenakan selepas itu...(walaupun ada akad dan persetujuan kedua belah pihak) persoalannya....bank islam diwujudkan untuk membantu meringankan beban si peminjam atau menambahkan lagi bebanan si peminjam? tidak adakah cara lain yang boleh mengurangkan bebanan si peminjam???? atau berlakunye keadilan dari segi pengiraan bayaran yang boleh dianggap munasabah dengan kewarasan fikiran kita.. apapun..terima kasih diatas jawapan2 yang diberikan.

p/s: saya bukan penyokong bank konvensional...

anaktimur84
08-10-10, 07:46 AM
dalam akad perbankan islam , tiada istilah pinjam dan faedah. harga pun telah ditetapkan , tidak berubah.
so , dimana riba nye ?
ia lebih kepada jual beli.
contoh rumah harga RM10,000 , bank beli , kite beli dari bank dgn harga RM40,000 tapi dgn kadar bayaran bulanan.
ni la yang dikatakan riba ikut pintu belakang.. menghalalkan riba dengan menggunakan istilah jual beli.. kalau tak KENAPA harga jual berbeza ikut tempoh pinjaman? patutnya bukankah harga perlu tetap tanpa ikut berapa tahun jumlah bayaran balik pinjaman....

saya bagi case.. saya beli motor dengan harga RM3k, then jual balik kat kamu ngan harga 3.5k. tapi kamu nak hutang dulu, saya tanya berapa lama kamu nk utang? kalau utang 3 taun saya jual ngan harga 5k, kalau nak utang 5 thn saya jual ngan harga 7k.. haaa.. tgk, nie la riba dari pintu belakang yang berselindung di sebalik istilah jual beli.. jangan lupa, ada hadis yang menyebut tentang akhir zaman dimana riba yang tidak dipanggil riba. adakah benda ini yang dimaksudkan?
jangan lupa, selain fixed ada juga yg flexi iaitu ikut BFR... BFR ngan BLR xde bezanya. cuma istilah dia je yg beza.. jangan lupa dalam etika jual beli, unsur penginayaan dan menzalimi adalah dilarang iaitu jual dengan harga yang berganda tinggi dari harga asal.


kalau bank islam , bayar takaful ni wajib. kalau si pembeli meninggal dunia dipertengahan , semua nya ditanggung. tiada lagi ansuran bulanan, tiada lagi "hutang". harta dapat , hutang langsai. ok tak ?.

insuran konvensional p0n bg faedah dan kemudahan yg sama.. malah ada yg cover skali kebakaran.

ekzos_pipe
08-10-10, 11:16 AM
try baca dulu ust zaharudin punya artikel tuh..

takkan la majlis fatwa kebangsaan or even semua majlis ulama dalam dunia ni bersengkongkol dengan halalkan riba...

jgn main pukul rata je, perbandingan kena buat dengan ilmu.

Tok Janggut
09-10-10, 06:22 AM
ni la yang dikatakan riba ikut pintu belakang.. menghalalkan riba dengan menggunakan istilah jual beli.. kalau tak KENAPA harga jual berbeza ikut tempoh pinjaman? patutnya bukankah harga perlu tetap tanpa ikut berapa tahun jumlah bayaran balik pinjaman....

saya bagi case.. saya beli motor dengan harga RM3k, then jual balik kat kamu ngan harga 3.5k. tapi kamu nak hutang dulu, saya tanya berapa lama kamu nk utang? kalau utang 3 taun saya jual ngan harga 5k, kalau nak utang 5 thn saya jual ngan harga 7k.. haaa.. tgk, nie la riba dari pintu belakang yang berselindung di sebalik istilah jual beli.. jangan lupa, ada hadis yang menyebut tentang akhir zaman dimana riba yang tidak dipanggil riba. adakah benda ini yang dimaksudkan?
jangan lupa, selain fixed ada juga yg flexi iaitu ikut BFR... BFR ngan BLR xde bezanya. cuma istilah dia je yg beza.. jangan lupa dalam etika jual beli, unsur penginayaan dan menzalimi adalah dilarang iaitu jual dengan harga yang berganda tinggi dari harga asal.



insuran konvensional p0n bg faedah dan kemudahan yg sama.. malah ada yg cover skali kebakaran.

Pendahuluan

Assalamualaikum;

Bagi saya jangan dengan mudah kita menuduh satu usaha untuk menegakkan syiar Islam itu sebagai pendokong riba kerana Allah telah mengistiharkan perang dengan riba. Sepatutnya kita berusaha memahami dan memperbaiki apa yang telah ada.

Keduanya, kita perlu faham bahawa jual beli dan riba' itu di sebut oleh Allah sendiri secara "hand in hand" dan ramai orang terkeliru riba' itu sebagai jual beli dan begitulah sebaliknya. Firman Allah swt:


Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Al Baqarah: 275

Jadi dari sini kita perlu fahami bahawa riba dan jual beli itu hampir-hampir sahaja sama. Tetapi jika di teliti, ia sebenarnya jauh berbeza.

Ketiga, kita perlu juga fahami bahawa evolusi perbankan dan kewangan Islam kita masih baru. Malah kewangan Islam ini tidak kurang dari 20 tahun baru di bincang dan di perhalusi oleh ulama kontemporeri walaupun usul fiqh dan dalilnya sudah ada beribu tahun. Sebab sistem kewangan Islam ini bukanlah suatu yang statik tetapi sebaliknya ia sentiasa berkembang dan memerlukan pandangan dan fatwa yang baru.

Keempat, kita harus juga faham bahawa ayat-ayat Allah itu sempurna tetapi fatwa dan intrepetasi manusia (ulama) itu ada kelemahannya. Tetapi, setiap mereka berusaha untuk menggali hukum demi menyelamatkan kita umat Islam yang awam ini dari terjerumus lebih jauh di lembah riba'.

Asas pinjaman Kewangan Islam berbanding dengan konvensional

Secara asasnya, Islam tidak berjual beli dengan pinjaman. Dengan kata lain, Islam tidak membenarkan seseorang yang memberi pinjam mendapat untung dari pinjaman yang di berikan. Kerana lebihan dari itulah yang di namakan riba' Jadi ayat di atas memaksudkan bahawa sekiranya saya memberi pinjam RM1000 dan berkata bahawa saya tidak charge riba' tetapi charge "admin fees" atau yang sewaktu dengannya; maka itulah riba' dalam bentuk lain.

Tetapi, perhatikan ayat di atas, Islam membenarkan Jual beli. Maka perbankan Islam kita sebenarnya bukannya membenarkan riba'. Sebaliknya ia adalah jual beli.

Apa perbezaannya?

Perbezaannya adalah pada aqad. Aqad permulaan kepada satu transaksi itu lah yang membezakan di antara riba atau pun jual beli. Avicenna sudah pun menyebut di atas mengenai perkara ini.

Mari kita lihat perbezaan tersebut dengan contoh di bawah.


Saya hendak membeli rumah dari Pemaju A berharga RM 100,000. Maka Bank Islam membeli rumah itu dengan harga RM400,000 dan menjual kepada kita dengan harga RM400,000 dan memberi kita peluang membayar harga beli itu secara ansuran bulanan selama 20 tahun. Setelah di kira, beza RM300,000 tadi ialah kadar untung bank sebanyak x% setahun

Ini pula pinjaman konvensional


Saya hendak membeli rumah dari pemaju A dengan harga RM100,000. Bank konvensional memberi pinjaman RM100,000 dengan kadar faedah sebanyak x% setahun sehingga 20 tahun. Katakan bahawa setelah 20 tahun itu, seluruh jumlah bayaran balik saya ialah RM400,000

Maka apakah beza di antara keduanya? Jumlahnya sama tetapi bezanya pada aqad tersebut. Aqad pertama adalah jual beli sedangkan aqad kedua adalah pinjaman dengan riba'. Ia membawa implikasi yang berbeza.

Keduanya pada implikasi pinjaman tersebut selama 20 tahun. Katakan saya setelah 20 tahun BLR tidak naik maka jumlah bayaran balik total saya ialah RM400,000. Tetapi katakan BLR dinaikkan tinggi. Maka jumlahnya mungkin lebih tinggi dari kadar yang telah ditetapan oleh bank Islam.

Adakah pinjaman Islamic lebih menindas berbanding dengan konvensional?

Kalau ditanyakan soalan ini dalam 3 - 4 tahun lepas, jawapan saya ialah YA secara jangka pendek kerana kadar untung bagi setiap bank mencecah 7-8 peratus. Secara jangka panjangnya, ia lebih selamt berbanding dengan kaedah konvensional kerana ditakuti bahawa kadar faedah mungkin boleh naik lebih dari kadar keuntungan yang telah ditetapkan oleh Bank Islam. Tetapi dengan Bank Islam, kalau BLR naik sekalipun, ia tidak memberi effect kepada pinjaman kita.

Tetapi sekarang keadaan berbeza. Seperti yang saya sebut tadi, fiqh ini berevolusi mengikut keperluan dan perkembagan minda semasa. Sekarang ini, pinjaman Islamic sudah seiring dengan pinjaman konvensional MALAH lebih baik lagi.

Pinjaman yang ada sekarang ini memberikan cap atau harga silling (seperti yang disebutkan oleh mnjem) kepada pengguna dalam bentuk keuntungan. Contoh seperti di atas. RUmah berharga RM100,000 dan di beli oleh bank pada kadar RM400,000 dan dijual pada kita dengan kadar itu. Kadar ini ialah keuntungan (katakan) 10% setahun. Tetapi yang menariknya, bank memberikan kita diskaun dengan mengikut kadar BLR - + x% setahun dengan tidak melebihi 10% (atau harga cap) tersebut. Jadi, penghujungnya kita tidak membayar RM 400,000 sebaliknya sama ada RM400,000 atau kurang lagi.

Contoh yang saya boleh berikah ialah rumah saya sekarang.

Pinjaman lama:

kadar keuntungan MBSB islamic: 8%
Harga pemaju: RM340,000
Bayaran bulanan: RM2000
Tempoh: 30 tahun
harga dibeli oleh bank: RM800,000


Setelah saya refinance dengan RHB Islamic:

kadar keuntungan RHB islamic: BLR -1%
CAP: 10%
Harga pemaju: RM340,000
Bayaran bulanan: RM1100
Tempoh: 30 tahun
harga dibeli oleh bank dengan cap 10%: RM1 juta

Pada mulanya kita lihat bahawa kadar bayaran selama 30 tahun nampak lebih tinggi. Tetapi, sekiranya tidak berlaku sebarang economic crisis atapun berlaku tetapi pada masa yang singkat (mungkin 4-5 tahun) ia tetap lebih seiring dengan konvensional. Malah bayaran balik saya pun sama malah lebih murah dari konvensional.

Kenapa lebih murah? Sebenarnya kadar keuntungan di sini telah diberikan diskuan oleh RHB Islamic. Jadi sekarang ini BLR - 1% adalah 5%. Maka Bank RHB pada tahun 2010 telah memberikan saya diskaun 5% dari kadar keuntungan 10% tadi. Jadi ia bukan riba, sebaliknya diskaun pada harga bayaran balik belian kita tadi. Maka pada penghujung 30 tahun, saya membayar kurang dari RM1 juta seperti yang telah di tetapkan. Ini adalah baik utk kita sbg pengguna.

Betul ia secara seimbas lalunya nampak seperti kiraan interest/riba' tetapi ia amat jauh berbeza.

Wallahualam
tj

mnajem
09-10-10, 01:20 PM
soalan ni maybe off topic.

waktu bila yg bagus utk refinance, adakah sewaktu BLR rendah atau selepas "lock" oleh pihak bank yg lama dilepaskan.(jika ada lock).

Tok Janggut
09-10-10, 02:02 PM
soalan ni maybe off topic.

waktu bila yg bagus utk refinance, adakah sewaktu BLR rendah atau selepas "lock" oleh pihak bank yg lama dilepaskan.(jika ada lock).

Salam;

Normally bank akan ikat kita selama 5 tahun utk elakkan kita refinance awal. Kalau kita refiannce awal mungkin kena penalty. Tetapi, bank yang lain pun nak buat biz. saya bagi contoh RHB sekarang boleh "beli" penalty kita tu dan masukkan ke dalam loan (normally penaltyu dalam 3-5k mengikut harga rumah).

The best is of course masa dapat offer terbaik atau BLR terendah. Contoh offer terbaik skrg nie macam fleksi home yg ditawrkan oleh maybank dan CIMB. Boleh ada OD campur term loan dalam loan rumah.

try tanya org bank sendiri utk lebih detail.

wallahualam
tj

insan
11-10-10, 09:10 AM
salam..

nak tanya..siapa yang menentukan kadar bayaran balik pinjaman atau urusan jual beli nie.... sekian2 tahun...bayar byk nie...bank negara? bank islam? individu tertentu?majlis fatwa? mufti? ustaz? ustazah? ulama?dan lain-lain? boleh beri pencerahan? tq....

sebagai contoh untuk kita mudah paham...sekiranya ader 3 buah bank islam di negara kiter..contohla yerr... :-

1) Bank A : pinjam rm10,000.00 bayar balik rm10,000.00 dalam tempoh 9 tahun

2) Bank b : pinjam rm10,000.00 bayar balik 12,500.00 dalam tempoh 9 tahun

3) Bank c : pinjam rm10,000 bayar balik sehingga 20,000.00 atau berganda dari itu dalam tempoh 9 tahun

mana satu anda pilih???

atau

hanya satuje bank islam di negara kiter, contoh: bank A : pinjam rm10,000.00 bayar balik sehingga rm20,000.00, rm30,000.00 atau lebih dari itu mengikut tempoh tahun kita pinjam. ( dah takder bank lain, nak pinjam cara halal kiter pun pinjam dari bank A ini). anda setuju atau tidak?

p/s: saya bukan nak 'kondem' sape2 apatah lagi melibatkan Islam... cume takut2 kiter semua diperbodoh2kan dalam urusan jual beli nie... takut2 urusan itu hanya urusan yng mengaut keuntungan semata2.... apepun terima kasih di atas jawapan diberikan.... maafkan saya jika ada kesalahan.....kesimpulan: jangan berhutang :)

mnajem
11-10-10, 09:21 AM
sebenarnya tiada istilah islamic LOAN. yang ada islamic finance.
sebab kalau LOAN kena bayar balik apa yg dipinjam. sebab tu ada konsep bank beli dulu,lepas tu jual balik dengan marked up price. so,sukati la bank nak jual berapa kat kita(ambik utk berapa).

cuma kalo ade issue mcm rumah tak siap tu yg saya kurang pasti. kalo rumah tak siap, sah ke jual beli tu. ade ke orang nak beli rumah terbengkalai(maksudnya nak tak nak pembeli kena "beli" rumah yang tak siap dari penjual (bank))

Tok Janggut
11-10-10, 09:38 AM
sebenarnya tiada istilah islamic LOAN. yang ada islamic finance.
sebab kalau LOAN kena bayar balik apa yg dipinjam. sebab tu ada konsep bank beli dulu,lepas tu jual balik dengan marked up price. so,sukati la bank nak jual berapa kat kita(ambik utk berapa).

Tepat sekali mnjem. Dlam konsep Islamic Finance istilah tersebut memaksudkan "Willing buyer willing seller" yakni kaedah jual beli. kalau pembeli nak membeli, teruskan. Kalau tak nak, boleh pergi ke bank atau institusi lain.




cuma kalo ade issue mcm rumah tak siap tu yg saya kurang pasti. kalo rumah tak siap, sah ke jual beli tu. ade ke orang nak beli rumah terbengkalai(maksudnya nak tak nak pembeli kena "beli" rumah yang tak siap dari penjual (bank))

Sebenarnya 90% perbankan ISlam dulu menggunakan kaedah ini atau yang dinamakan sebagai BBA (Bai Bithaman Ajil). Tetapi, ulama menyedari bahawa konsep ini adalah dari pendapat minoiti ulama. Lantas ada satu kes Bank Islam di mana Bank Islam telah kalah dalam satu Order for sale ( di mana owner buat belian dari Bank Islam guna kaedah ini dan bank Islam menjual dengan harga "rumah siap". Tetapi sebenanya rumah belum siap. Bila projek terbengkalai,, owner tak nak bayar sebab rumah tak siap. Bank Islam tuntut bayaran tersebut dan lawyer owner guna argument bahawa konsep BBA tidak valid dan apply dalam situasi ini. Owner menang.)

Maka sekarang ini, bank mula beransur2 tidak menggunakan kaedah BBA ini sebaliknya menggunakan konsep Musharakah Mutanaqisah atau partnership dalam pembelian. Utk detail konsep tersebut, pergi rujuk kepada perunding Islamic finance di bank masing-masing. (nak explain di sini panjang ceritanya)

wallahualam
tj

---------- Post added at 01:38 AM ---------- Previous post was at 01:33 AM ----------


salam..

nak tanya..siapa yang menentukan kadar bayaran balik pinjaman atau urusan jual beli nie.... sekian2 tahun...bayar byk nie...bank negara? bank islam? individu tertentu?majlis fatwa? mufti? ustaz? ustazah? ulama?dan lain-lain? boleh beri pencerahan? tq....

sebagai contoh untuk kita mudah paham...sekiranya ader 3 buah bank islam di negara kiter..contohla yerr... :-

1) Bank A : pinjam rm10,000.00 bayar balik rm10,000.00 dalam tempoh 9 tahun

2) Bank b : pinjam rm10,000.00 bayar balik 12,500.00 dalam tempoh 9 tahun

3) Bank c : pinjam rm10,000 bayar balik sehingga 20,000.00 atau berganda dari itu dalam tempoh 9 tahun



Yang menentukan ialah bank tersebut dan seperti yang disebutkan bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi pembelian kepada pengguna. Macam kita pergi ke kedai runcit A dan B yang membeli dari pemborong X. A dan B membeli barang dengan harga kos mereka katakan RM1000.

Si A menjual kepada anda dengan harga RM 1500
Si B menjual kepada anda dengan harga RM 2000

Keduanya memberi kemudahan term bayaran balik selama 5 bulan ansuran (si A= 300 sebulan dan si B = 400 sebulan)

Samala dengan konsep bank Islam ini.





hanya satuje bank islam di negara kiter, contoh: bank A : pinjam rm10,000.00 bayar balik sehingga rm20,000.00, rm30,000.00 atau lebih dari itu mengikut tempoh tahun kita pinjam. ( dah takder bank lain, nak pinjam cara halal kiter pun pinjam dari bank A ini). anda setuju atau tidak?

p/s: saya bukan nak 'kondem' sape2 apatah lagi melibatkan Islam... cume takut2 kiter semua diperbodoh2kan dalam urusan jual beli nie... takut2 urusan itu hanya urusan yng mengaut keuntungan semata2.... apepun terima kasih di atas jawapan diberikan.... maafkan saya jika ada kesalahan.....kesimpulan: jangan berhutang :)

Kalau kita mampu membeli semua dengan cash, teruskan la. Tetapi berhutang tidak salah. malah ayat yang paling panjang dalam Al Quran adalah ayat menyebut tentang menulis hutang.

Again, bukan pinjaman seperti yang saya sebut sebelum ini. Baca balik tulisan saya.


tj

mnajem
11-10-10, 10:30 PM
alhamdulillah isu BLR pernah dijawab oleh UZAR;

http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/778-bolehkah-bank-islam-guna-kadar-riba-blr.html

hsbc
11-10-10, 10:49 PM
orang2 kat bincang.net ni berilmu sgt ke?
baik amik pendapat 2 3 org ustaz dr dengar pendapat forumer2 kt sini(yg sah2 pukul rata jugak)...hahahahaha

mnajem
11-10-10, 11:05 PM
tak semua ustaz faham pasal banking,money mechanics ni.

morpheuzneo
11-10-10, 11:28 PM
orang2 kat bincang.net ni berilmu sgt ke?
baik amik pendapat 2 3 org ustaz dr dengar pendapat forumer2 kt sini(yg sah2 pukul rata jugak)...hahahahaha

Bukan kira beilmu ke tidak..

Kata orang berguru kepalang ajar.. Kalau nak berguru.. Cari yg boleh mengajar. Siapa pun boleh jadi guru kita..asalkan apa yg kita bincangkan dan yg cuba di ajar tu berdasarkan fakta yang betul.

Dlm kes penerangan dlm topik sini, dgn membaca persoalan dan jawapan dari beberapa forumer sini (especially tj dan mnajem), saya yaking mereka memberikan jawapan berdasarkan pemahaman mereka yg betul. Ini kerana sbgai ahli forum ni yang lama... Saya kenal tj yg memberikan jawapannya dari sudut perundangan yg kukuh kerana beliau adalah pempraktis undang-undang yg sah... Dn juga mnajem berdasarkan dia mmg mendalami ilmu agama dari pelbagai sumber...

Juga kalau ada sorang lagi sahabat saya (katakan ) saudara trew memberikan pendapatnya dari sudut agama di sini - saya xkan terus menafikannya.. Kerana saya sendiri pernah lihat program2 agama yg di kendalikan beliau di surau tempat kerja saya.

Berguru disini.. Bukan perlu berdasarkan umur - kerana rata2 yg saya sebutkan di atas adalah lebih muda dari saya.. Tapi saya tidak memperlekehkan mereka..malah menerima-pakai pendapat rakan2 saya di atas ni.. Atas fakta2 yg mereka berikan.

Maafkan saya, saya x menjawab persoalan, namun saya sikit sebanyak kini lebih faham tentang perbezaan loan konvensional berbanding loan islamik yg berasaskan bba (bai-bithaman-ajil) dan juga konsep loan partnership.. Yg di sebut tj.

Saya juga mengambil loan rumah saya secara islamik. Walaupun saya x faham kenapa harga rumah saya yg sekadar berapa ratus ribu.. Tiba2 end-up menjadi total hutang 1juta 1ratus ribu.., serius saya x faham, namun saya harap langkah saya membuat loan dlm konsep islam ini betul dan bukan membebankan saya di kemudian hari.

Bincang.net ni adalah medan utk kita bertukar2 pendapat.. Sapa pun boleh bagi pendapat.. Terpulang kita utk menapis jawapan yg di baca.. Samada..bulls.hit kah atau bernas.! Yang kita dah tau jawapan2nya sebelum ni banyak BS (bulls.hit) kenapa perlu kita nak bagi perhatian..ambil jawapan dari yg bijak sajalah.. :)

Tok Janggut
12-10-10, 01:27 AM
orang2 kat bincang.net ni berilmu sgt ke?
baik amik pendapat 2 3 org ustaz dr dengar pendapat forumer2 kt sini(yg sah2 pukul rata jugak)...hahahahaha

salam Hsbc;

Lama tak nampak. Biasala. Kita pun masih belajar. sama-samala kita belajar dan membetulkan di antar satu sama lain. Kalau ada yang salah, tunjukkan.

tj

avicenna
12-10-10, 10:34 AM
ilmu yg ada boleh la dicurahkan.
kalau ada salah dan silap boleh dibetulkan
barulah bincang.net namenye :)

mnajem
12-10-10, 11:16 AM
http://www.scribd.com/doc/27259519/Refinance-House-Bijak-Wang
http://www.scribd.com/doc/27416563/Rumah-Idaman-Bijak-Wang

hsbc
13-10-10, 09:21 AM
salam Hsbc;

Lama tak nampak. Biasala. Kita pun masih belajar. sama-samala kita belajar dan membetulkan di antar satu sama lain. Kalau ada yang salah, tunjukkan.

tj

salam..entahlah....aku pon penah approach bank islam memang mahal compare dgn bank lain....tp blh bayar 10kali je instead 12 kali setahun

aku pon baru lg beli rumah--cukup2 12 kali je dh bayar
skarang loan rumah aku under CIMB islamic(sebab evaluator property ckp ini yg paling murah)...dh makin increase sikit demi sedikit BFR aku(org CIMB ckp BFR akan follow BLR jugak in the end)

ape kata korang delete je post2 yg BS pastu post2 yg membantu je dibiarkan.......lebih afdal

Tok Janggut
13-10-10, 11:54 AM
salam..entahlah....aku pon penah approach bank islam memang mahal compare dgn bank lain....tp blh bayar 10kali je instead 12 kali setahun

aku pon baru lg beli rumah--cukup2 12 kali je dh bayar
skarang loan rumah aku under CIMB islamic(sebab evaluator property ckp ini yg paling murah)...dh makin increase sikit demi sedikit BFR aku(org CIMB ckp BFR akan follow BLR jugak in the end)

ape kata korang delete je post2 yg BS pastu post2 yg membantu je dibiarkan.......lebih afdal

Salam

Kalau ikut RHB, BFR dia dalam lingkungan 6.3% sama seperti BLR dia. selalunya BLR dan BFR tak jauh beza.

Sekarang nie pun Islamic banking dah offer as low as BLR -2.3%. Jadi cheaper in such a way. tapi kebaikannya, dia dah capped kan rate kepada 10%. So as opposed to conventional practice, Islamic financing lebih selamat kalau BLR naik.

wallahualam
tj

hsbc
13-10-10, 09:56 PM
korang rasa bank apa yg bagus overall nk buat home financing nih?(bank islam dh tolak tepi)

mula2 memanglah mcm CIMB, tapi dh lama2 bayar makin sikit2 naik...ke terpaksa akui hakikat semua tu kena ikut BNM nyer kadar?

Eric Tiong
14-10-10, 01:08 AM
Kalau rumah 100K tp jual 400K sbb byr 30 thn...mark-up tu tak cekik darah ker? Secara mudah, kelihatan mcm kita membeli barang dari pihak yang bakhil/pemeras berlandaskan sistem Islam...

Opss..mungkin ada yg tersinggung dgn kenyataan saya tp cuba kita lihat dari perspektif org bukan Islam, agak2 bagaimana tanggapan mereka terhadap sistem perbankan Islam? adakah bank Islam hanya utk org Islam ?

Saya tidaklah pula menafikan tahap pengetahuan ustaz2 mahu pun pakar2, panel syariah dll tp dapatkah mereka melihat 'beban' kewangan seorang rakyat biasa? Dan adakah sistem perbankan islam yg ada mampu membantu golongan yg memerlukan rumah sbg keperluan asas bukan pelaburan...

btw, saya guma 'rimau' islamic loan...

mnajem
14-10-10, 01:15 AM
kalau mcm tu nampaknye better ambik fixed rate je. tapi senak perut gak since mmg agak tinggi bulanan dia berbanding BFR/BLR.

Tok Janggut
14-10-10, 09:37 AM
korang rasa bank apa yg bagus overall nk buat home financing nih?(bank islam dh tolak tepi)

mula2 memanglah mcm CIMB, tapi dh lama2 bayar makin sikit2 naik...ke terpaksa akui hakikat semua tu kena ikut BNM nyer kadar?

Wallahualam. Saya skrg pakai RHB je. tapi saya tak survey rate terbaru dan pakej terbaru. Kena rajin2 pergi ke bank-bank yang ada. Pakej mereka sentiasa berubah-rubah.

---------- Post added at 01:37 AM ---------- Previous post was at 01:31 AM ----------


Kalau rumah 100K tp jual 400K sbb byr 30 thn...mark-up tu tak cekik darah ker? Secara mudah, kelihatan mcm kita membeli barang dari pihak yang bakhil/pemeras berlandaskan sistem Islam...

Opss..mungkin ada yg tersinggung dgn kenyataan saya tp cuba kita lihat dari perspektif org bukan Islam, agak2 bagaimana tanggapan mereka terhadap sistem perbankan Islam? adakah bank Islam hanya utk org Islam ?

Saya tidaklah pula menafikan tahap pengetahuan ustaz2 mahu pun pakar2, panel syariah dll tp dapatkah mereka melihat 'beban' kewangan seorang rakyat biasa? Dan adakah sistem perbankan islam yg ada mampu membantu golongan yg memerlukan rumah sbg keperluan asas bukan pelaburan...

btw, saya guma 'rimau' islamic loan...

Cekik darah atau tidak, itulah hakikat dunia yang ada skrg. Memang betul property kita terlalu mahal di sebabkan oleh nilai wang kita yang rendah. Ini semua berkadar dengan kadar inflasi yang meningkat di negara kita. Purchasing power (PP) kita semakin rendah. PP ni senang kira berapa banyak barnag kita boleh beli dengan RM10. Itulah PP kita.

For me kadar barang2 keperluan kita terllau mahal kerana "pihak-pihak" tertentu dan yang berkuasa inginkan keuntungan yang cepat. Contohnya kereta kita terlalu mahal sehinggakan orang miskin berhutang terlalu lama utk menyelesaikan kereta yang tak sampai 5 tahun pakai dah rosak. Malah ada kereta dah tak boleh jalan, tapi hutang masih di bayar. Yang menariknya, walaupun barang mahal dan nampak macam kita tak mampu, nak dapatkan hutang amat senang di bank-bank. Jadi kadang orang berhutang dinegara ktia menjadi semakin tinggi.

Dalam kereta kita berhutang, rumah berhutang, malah nak belajar pun kita dah start berhutang. Ada yang nak beranak pun berhutang. Nak sihat pun berhutang (kredit kad dll). Perkara ini tidak sekadar boleh salahkan property market, tapi economy kita secara menyeluruh. Living in Malaysia (KL/sel la) is expensive. Kita kena terima hakikat tu.

For me pertama government kena ubah financial policy. Terutama dalam perkara2 yang penting utk rakyat. Contohnya pengangkutan. I've mentioned benda nie dalam posting yang lain. nanti jadi politik pulak kat sini kan.

BLR kita pun ditentukan oleh OR (Overnite rate) yang ditentukan oleh BNM ie policy gomen. So, terimala hakikat tersebut.

wallahualam
tj

basikal
16-10-10, 02:09 AM
Salam....

tegakkan Islam....

flash
16-10-10, 02:40 AM
aku suggest amik loan ngan bank rakyat sure selamat

anaktimur84
16-10-10, 09:46 AM
aku suggest amik loan ngan bank rakyat sure selamat

bank rakyat dia nyer caj langsung x masuk akal.. perah2....