PDA

View Full Version : Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah



k_a_a
18-10-10, 12:04 PM
Asmlkm kwn2..

Saya nak cadangkan (jika belum ada), segment atau forum bagi yg berminat berkenaan menanam sayur atau berladang. Tak semestinya yg serious berladang sahaja, tetapi bagi yg nak membuat tanaman sayuran di rumah dan sebagai hobi. Perbincangan seperti asas yg diperlukan serta teknologi yg digunakan dan yg praktikal. Contohnya saya memang tak reti bercucuk tanam ni, tapi ingin nak memulai tanaman sayuran2 di rumah dan ingin juga nak tahu teknik2 lain spt fertigasi / hidroponik etc.

Tq

Chuy4 4ng3L
18-10-10, 12:08 PM
masukkan la kat bincang hobi.. nice hobi tu...

k_a_a
18-10-10, 12:22 PM
Ya betul... baru nak mula.. ok saya akan letak dlm "bincang hobi"... tq

k_a_a
18-10-10, 12:30 PM
Asmlkm semua

Saya ni tak pernah bercucuk tanam, skrg ni teringin nak bercucuk tanam, terutamanya nak bangunkan sayur2an di kawasan rumah. Lagipun ianya boleh beri hasil yg baik terutamanya tanaman tidak ada racun yg merbahaya, dan juga dapat bakar lemak badan, lagi dapat jimatkan kos sara hidup yg makin naik je (inflasi).

Kepada yg dah terror tu, boleh lah upload gambar tanaman anda dan juga kongsi pengalaman anda dan bagi tips serta petunjuk kepada org2 yang baru spt saya ni.

Buat permulaan, saya ingin nak tahu :
1) sayuran apakah yg mudah ditanam, kurag perlu jagaan teruk
2) sayuran yg dapat dituai hasilnya dalam jangkamasa pendek
3) apakah perlu tapak yg luas, atau boleh cuma dalam pasu / polybag
4) benih, adakah beli dari hypermarket (giant/tesco) yg dlm sampul kertas tu ok atau bagaimana?

Sila beri tunjuk ajar..

Tq

morpheuzneo
18-10-10, 01:10 PM
bagus idea ni.. :)

dalam kita baru nak mula.. ada kawan kita telah maju jauh di hadapan.. :)

ingat tak geng bdn nama - gogsard? Dia dah jadi usahawan cendawan sekarang.. :)

tapi.. bagus laa kalau ada bilik khas utk minat bercucuk tanam ni..

kadang tu.. tanam pokok cili pun fail..! pokok tu kt kampung .. ok aje gemuk! bawak balik ke bandar.. terus senyap tak membesar dah.. berbuah pun idak.!

lama aku kaji.. baru tau.., kene letak bawah lindungan matahari rupanya..! manja pulak! walhal kt kampung.. elok aje..takde tutup..

itu belum pokok2 lain lagi.!

stakat ni.. pokok2 herba.. utk kegunaan harian tu aku berjaya lah tanam .. antaranya :

1. serai (besar merimbun dah..
2. Pokok kari..! (hahah.. , ini pokok wajib di mana2 pun aku pindah..! bila aku pindah dari rumah tu.. mesti pokok kari tu dah besar gila ! :D..
3. Pandan
4. Daun Kesum
5. Daun pudina.
6. Kunyit hidup.
7. Halia.

abis dah..

Gbum pun pekebun kecil-kecilan yg berjaya gak.. kalau nak segla jenis limau - pegi laa rumah dia.. banyak. :D.., limau kasturi, limau purut, limau nipis., dan apa lagi ntah pokok2 dia.. !

dia tanam dgn harapan.. anak dara orang sebelah akan tegur dia.. utk mintak sikit buah limau kasturi atau limau lain.. :D.. hahaha..

flash
18-10-10, 01:12 PM
jgn tanam pakalolo udahler

AbdullahCheng
18-10-10, 01:41 PM
bole start kat bincang hobi.

kalau ramai yang berminat, dan bole gather info byk2, bole dipertimbangkan untuk dapatkan sub-forum :)

P/S : aku sokong korang ni. aku tgh usahakan tanaman jagung :)

fa|thz|LeR
18-10-10, 02:25 PM
waah, aku pun suka nak membaca baca pasal bab tanaman nieh. hehe. menarik gak.

AbdullahCheng
18-10-10, 03:00 PM
aku try jawab

1) paling senang, serai. kekeke.
secara relatifnye, semua senang. melainkan ko nak tanam anggur , epal, stoberi etc.
tanaman pokok renek (cth : cili) lagi mudah dijaga dari sayur berdaun (cth : sawi)

2) aku tak berape sure. so aku skip ni. hehe.

3) takyah luas sgt. kalau tanam cili, satu pokok 1 pasu/bag. <<< mcm tak menjawap soalan je ni. haha.

4. elok. even tanah kebun Tesco tu pun ok.

aku tak pro. tapi mungkin dalam minggu ni aku start tanam jagung.

hisyam
18-10-10, 03:27 PM
waalaikumsalam...aku pun cuba try jawab..bab penanaman ala ala kg ni aku dah lama dah menceburi..ok bab nak tanam sayur ni..rasa yang senang seperti kawan kita cakap cili dan serai..aku 1st masa pindah umah mesti nak tanam cili..x tau ler memang habbit..pastu sekarang sambung serai,ulam raja dan beli jugak pokok kat nuserry mcm limau kasturi ngan limau purut sbb senang nak guna petik jer..

1..yang senang cili,serai dan berkaitan dgn nya..kalu sayur mcm sawi bayam kangkung kene jaga skit sbb bnyak serangga minat...tp aku pokok mcm tu aku tanam kaedah hidroponik
2..kebangyakkan sayur akan hasil dalam 1bulan tengok sayur apa yang di tanam dan tahap baja kesuburan..dan kalau depan rumah pastikan tiada siput b**i..sbb pokok aku semai hritu habis di serang aku pelik gak..siang nengok ok jer bngun pg hilang dah pokoknya..sampai aku siasat kul 630 pg rupenyer siput ni makan benih pokok..so aku g nursery brli racun..sekarang dah selamat..
3..x yah tapak luas..kalu rajin dan nak jimat gali tanah jer..kalu nak cantik beli pasu rm5 tanah rm3(kat nusery tempat aku ler)..pakai pasu cantik skit boleh alih dan senang nak jaga..
4..benih beli ler kat mana pun kalau mcm cili aku amik jer sebiji dari bini aku beli kat pasar..keringkan dan tabur jer kat pasu..nanti tumbuh..kalau sawi dll aku beli kat pasaraya..cuma tanah dan pasu lbih baik beli kat nusery murah skit...hehe..nanti aku snap gambar aku ltak sini...

morpheuzneo
18-10-10, 04:05 PM
Buat permulaan, saya ingin nak tahu :
1) sayuran apakah yg mudah ditanam, kurag perlu jagaan teruk

sayuran ke? kalau pokok2 herba aku tau lah.! cili ke., limau ke.., kari ke., kunyit ke.... pandan ke.! ini semua senang jaga.

dlm polibag saja dah ok!


2) sayuran yg dapat dituai hasilnya dalam jangkamasa pendek

Ni aku tgk jiran aku - dia selang 2 rumah aje dari aku .

dia tanam pokok2 ni.. dan dah dapat hasil dah..

1. terung
2. Bendi
3. pokok turi - daun turi - india suka guna utk gulai.
4. kunyit - abis daun nya dia belasah! dan dah 2-3 kali cycle dah.
5. pokok lain tak tau nama.. ! ada yg aku tak pernah tgk..


3) apakah perlu tapak yg luas, atau boleh cuma dalam pasu / polybag

tapak kecik pun dah cukup..! even skang ni.. kaau takde tapak.. boleh buat projek atas gelegar - jadikan dia airoponik atau hidroponik..

atau vertical gardening! (konsep baru.. - pernah tgk kt midvalley / the garden saja)

yg bawah ni canggih sangat..
http://www.simplyhomeideas.com/media/current_issue/Vol_03_Issue_09/thumb/1.jpg

Tapi yg biasa kt rumah2 melayu - maybe macam bawah ni :
http://farm4.static.flickr.com/3018/2521934952_9148abf534.jpg

sempoi saja.. :)

nk yg pakai polibag -
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQXJeR6d3v8FijHQce2zV7qj6xT9plJ2_llu5W2qC_kCWbdKV8&t=1&usg=__LX6DLaGZhYdrE-JWX_0wS9w5IyQ=

Idea ni nampak pelik eh? tapi cuba korang pegi Cameron Highland.! macam mana diaorang maksima kan tanah yg kecil tu utk tanam pokok2 high value - mereka guna konsep vertical garden ni lah..! tgk pokok strawberry mereka- bertingkat-tingkat kan? :)

Ini utk orang yg punya tanah terhad..! di bandar2 besar ni manaa laa ada rumah yg punya tanah luas..


4) benih, adakah beli dari hypermarket (giant/tesco) yg dlm sampul kertas tu ok atau bagaimana?


ko nak tanam dari biji benih ke? er.. aku pun tak se advance ni.! sebab aku ni pemalas! semua projek penanaman aku yg bermula dari biji benih mesti out punya lah!

so.. aku sarankan utk elak bazir duit - kau beli kt nursery aje.... mesti ada.

cam aku - aku bawak balik benih yg best2 ni.. soh mak aku semai.., then dah elok segar sihat.., aku balik laa kampung utk angkut bawak balik..! cari ni lebih bagus.. :)

:)

gbum
18-10-10, 07:06 PM
bagus idea ni.. :)



Gbum pun pekebun kecil-kecilan yg berjaya gak.. kalau nak segla jenis limau - pegi laa rumah dia.. banyak. :D.., limau kasturi, limau purut, limau nipis., dan apa lagi ntah pokok2 dia.. !

dia tanam dgn harapan.. anak dara orang sebelah akan tegur dia.. utk mintak sikit buah limau kasturi atau limau lain.. :D.. hahaha..

ngahaha siot jer... dia tak mitak limau la.. cili jer...

aku mmg suka becucuk tanam..cuma bila datang malasnya..tuhan ajer yang tahu...

skang kat umah ada..
limau nipis
limau purut
limau kasturi
cili
serai
kari
pandan
buah naga
inai...

tak temasuk pokok hiasan yang aku tatau namanya ngehehe....

loking forward utk tanam lengkuas...halia... bunga kantan...dll.. kalu sayo..ingat nak layan hidroponik...tapi sapolak nak makan sayo bebanyak nih... limau ngan cili pon asik kasik jiran jer...

k_a_a
18-10-10, 08:39 PM
Feedback yang menggalakkan :-)

Er.. sori ye, aku ingat semua cili, terung tu semua dalam kategori sayur juga.. ianya herba ke?

Saya kira ada jugak kawasan tanah dibelakang dapur, boleh buat batas. Ingat nak tanam yg berikut, benda2 yang sekeluarga suka makan/guna:

1) cili
2) bendi
3) kacang panjang
4) terung
5) bayam

Macam cili ni aku tau le dia jenis pokok je, tak perlu "pancang" ke apa ke (support kayu ke seumpamanya kat batas tu)... kalau sayur2 yang lain yang di sebut diatas tu perlu apa2 penjagaan khas atau seumpamanya ?

Lagi satu soalan darjah 1 ialah, tanam ni main pakai benih dari sayur tu ke?

zamreda
18-10-10, 11:08 PM
untuk cili nie mudah sgt kena serang kutu...dan mudah kerinting...

klau senang ditanam adalah kacang botor ke panjang ker....

seeloknya tanah tu kasi gaul dgn tanah bakar dulu...baru ade zat...

Chinozie
18-10-10, 11:22 PM
mak aku tanam benda2 yg di gunakan harian tuk memasak...
baja takde sgt...just siram dgn air ikan sahaja... :D
alhamdulillah semua menjadi...
tanam biar penuh ikhlas dan niat baik...insyallah menjadi...

kaloo tanam sendiri...kurangkan aaa guna chemical...organic sudahhhh...
kaloo guna sgt chemical baik beli kat kedai...

k_a_a
19-10-10, 06:18 AM
untuk cili nie mudah sgt kena serang kutu...dan mudah kerinting...

klau senang ditanam adalah kacang botor ke panjang ker....

seeloknya tanah tu kasi gaul dgn tanah bakar dulu...baru ade zat...

Kena serangan kutu ? Ye ke... Apakah langkah diambil utk elak kutu ni .. aku tau, apa pun tak pakai shampoo kan? lawak je... seriously, apakah langkah penjagaan? penjagaan secara organik atau secara konvensional (guna racun etc).

morpheuzneo
19-10-10, 06:18 AM
Feedback yang menggalakkan :-)

Er.. sori ye, aku ingat semua cili, terung tu semua dalam kategori sayur juga.. ianya herba ke?

Saya kira ada jugak kawasan tanah dibelakang dapur, boleh buat batas. Ingat nak tanam yg berikut, benda2 yang sekeluarga suka makan/guna:

1) cili
2) bendi
3) kacang panjang
4) terung
5) bayam

Macam cili ni aku tau le dia jenis pokok je, tak perlu "pancang" ke apa ke (support kayu ke seumpamanya kat batas tu)... kalau sayur2 yang lain yang di sebut diatas tu perlu apa2 penjagaan khas atau seumpamanya ?

Lagi satu soalan darjah 1 ialah, tanam ni main pakai benih dari sayur tu ke?

amboi cheq.., siap nak buat batas bagai.. :D.., semangat waja ke atau semangat hangat-hangat T.... ayam? :D..

so far.., aku rasa.. utk kita yg tanah ada sekangkang kera ni., pakai pasu lagi senang.. , antara bahan asas yg perlu ada..

1. pasu bulat.. (beli yg baba ke. - plastik, atau yg pasu biasa dari tanah liat tu. )

2. pasu 4 segi panjang.. - ni utk tanam pokok2 menjalar.. atau jenis merimbun - contoh aku - aku tanam pokok pudina, daun kesum..

3. Tong siram air .. ini wajib ada..- kalau takde pun.. pakai baldi dgn gayung aje lah.., tapi masa siraman tu.. kalau pakai tong siram air tu.., dia lebih lembut kepada pokok2.. kalau main simbah aje.., (macam aku suruh anak aku siram.. - abis tercabut pokok2 aku! memang tak ikhlas betul budak ni.. bila di suruh! luku kepala baru tau!)

4. Penyodok kecik.. / Cangkul kecil - utk selalu menggembur tanah .. agar tak keras sangat dan lebih oksigen (kata mak aku lah tujuan nya..! dulu asik paksa aku buat keje ni kt tanah hampir 1 ekar sekeliling rumah aku! gila kuasa betul mak aku..! , tapi at least skang aku tau laa cam mana nk berkebun.. :p, time kasih mak.)

5. Baja - se-eloknya baja organik.. (tahi kambing atau tahi ayam ), tak pun.. pakai air cuci ikan atau air basuhan beras tu.! memang elok. (ini test sendiri..! macam chinozie tulis di atas.. gemuk pokok.. )


untuk cili nie mudah sgt kena serang kutu...dan mudah kerinting...


seeloknya tanah tu kasi gaul dgn tanah bakar dulu...baru ade zat...


ada cara dia utk mengelakkan cili kene kutu dan kerinting. kerinting tu salah satu penyebabnya - panas sangat.. , so di peringkat awal.., pokok cili memang kene di lindungi sikit.. dah besar.. baru boleh terdedah 100% kepada matahari..

k_a_a
19-10-10, 06:25 AM
Kalau kacang botol (ke kacang botor?) tu setahu aku tanam tepi pagar je, sebab dia menjalar. Kata orang ia mudah je, bagi kering , bijinya ditabur/tanam. Kalau kacang panjang/buncis macammana?

Tanah sy memang le sekakng kera, tapi luas sikit kekekekkee... selain tanam dalam pasu/polybag, sy ingat nak manfaat tanam yg ada... nak bykkan tanam sayur drp bunga, bunga boleh duk dlm pasu.

zamreda
19-10-10, 10:46 AM
Kalau kacang botol (ke kacang botor?) tu setahu aku tanam tepi pagar je, sebab dia menjalar. Kata orang ia mudah je, bagi kering , bijinya ditabur/tanam. Kalau kacang panjang/buncis macammana?

Tanah sy memang le sekakng kera, tapi luas sikit kekekekkee... selain tanam dalam pasu/polybag, sy ingat nak manfaat tanam yg ada... nak bykkan tanam sayur drp bunga, bunga boleh duk dlm pasu.

kacang botor sbnarnya...
klau ditanam mmg hidup bepa bulan sbb kacang nie pokok berubi...

klau kacang panjang tu cepat kering......

k_a_a
19-10-10, 11:02 AM
Saja nak share.. info pasal menanam kacang panjang:

http://teknologipertanian.com/2009/03/16/penanaman-kacang-panjang/
http://www.organikpro.com/files/Kacang_Panjang-Panduan_Menanam.pdf

Aku akan consider nak tanam kacang panjang juga.. cuba... cili , kacang botor tu juga akan ditanam

Chuy4 4ng3L
19-10-10, 11:43 AM
ngahaha siot jer... dia tak mitak limau la.. cili jer...

aku mmg suka becucuk tanam..cuma bila datang malasnya..tuhan ajer yang tahu...

skang kat umah ada..
limau nipis
limau purut
limau kasturi
cili
serai
kari
pandan
buah naga
inai...

tak temasuk pokok hiasan yang aku tatau namanya ngehehe....

loking forward utk tanam lengkuas...halia... bunga kantan...dll.. kalu sayo..ingat nak layan hidroponik...tapi sapolak nak makan sayo bebanyak nih... limau ngan cili pon asik kasik jiran jer...

gbum, nak inai sket.. leh laa plisss

*****************

ni yang untung kalo rumah bawah...
kalo rumah atas camne plak?
aku rasa cara vertical tu macam sesuai...
letak kat yard kan


ooo baru aku tau, cili leh kena kutu..
dedulu aku tanam pokok cili gak..
benih aku main tabur je cili kering punya biji..
hasil dia, cili aku panjang2, pastu kurus melidi..
tapi sedap buat ulam..

refleksi
19-10-10, 03:11 PM
topik ni best..
tanah belakang rumah aku tak berapa elok
tak subur dan banyak batu2 kecik dan besar kalau dicangkul

apa yg aku buat
tiru macam tukang kebun kat sekolah2 buat

susun batu bata jadi petak empat segi bujur-panjang
jadilah dia macam pasu atau batas kosong
bubuh tanah yang beli kat nursery
baru boleh tanam sayur kat belakang rumah

utk sayur biasanya tukar2 jenis utk ditanam
yang kekal lama sikit macam
limau purut, serai, kunyit, limau kasturi, kari, serai wangi, bunga kantan, misi kucing dan daun kesum

ERFi
19-10-10, 03:19 PM
Dulu pas SPM, wa tanam pokok vanila kat belakang rumah.

k_a_a
19-10-10, 03:24 PM
InsyaAllah lagi seminggu dua aku akan upload gambar dan laporan projek tanam sayur di rumah kekekeke...
Kalau boleh tanam tomato dgn timun lagi best.

---------- Post added at 03:21 PM ---------- Previous post was at 03:20 PM ----------


Dulu pas SPM, wa tanam pokok vanila kat belakang rumah.
Betul ke pokok vanila ? Boleh di tanam ke di Msia ni? Boleh le ambik "vanila beans" dia buat extract vanila.

---------- Post added at 03:24 PM ---------- Previous post was at 03:21 PM ----------


topik ni best..
tanah belakang rumah aku tak berapa elok
tak subur dan banyak batu2 kecik dan besar kalau dicangkul

apa yg aku buat
tiru macam tukang kebun kat sekolah2 buat

susun batu bata jadi petak empat segi bujur-panjang
jadilah dia macam pasu atau batas kosong
bubuh tanah yang beli kat nursery
baru boleh tanam sayur kat belakang rumah

utk sayur biasanya tukar2 jenis utk ditanam
yang kekal lama sikit macam
limau purut, serai, kunyit, limau kasturi, kari, serai wangi, bunga kantan, misi kucing dan daun kesum
Yang jenis berbuah/pokok tu memang tak perlu tukar, jadi dia duk situ sajalah. Misai kucing pun ditanam? Pak Arab jiran aku ni tanam basil, jenis basil mcm thai sweet basil.. antara fungsi katanya kalau daun basil ni (selain masak) dikoyak2 nyamuk tak nak dekat...sebab bau harum dia... herba rosemary aku dpt tau boleh ditanam di Msia ni...

ERFi
19-10-10, 03:26 PM
^
^
Boleh. Tapi kene tempat redup.

sawi
19-10-10, 03:38 PM
kadang tu.. tanam pokok cili pun fail..! pokok tu kt kampung .. ok aje gemuk! bawak balik ke bandar.. terus senyap tak membesar dah.. berbuah pun idak.!

lama aku kaji.. baru tau.., kene letak bawah lindungan matahari rupanya..! manja pulak! walhal kt kampung.. elok aje..takde tutup..

itu belum pokok2 lain lagi.!

kat bandar ni, air hujan pon tak sesegar air hujan di kampung
begitu juga terik panas + udaranya...
sebab tu pokok kat bandar kena manjakan skt, payungkan...

kat kampung, takyah payungkan, baja sgt pun takpe...

flash
19-10-10, 04:05 PM
yg paling senang tanam serai, cpt tumbuh n senang hidup

k_a_a
20-10-10, 10:14 AM
Serai tu dah ada, hehehe memang senang tapi tak makan selalu..

Info menarik cara menanam kobis (kawasan panas boleh ke?) . Website ni menarik sebab dia ada gambar2.
http://www.yousaytoo.com/jom-tanam-bunga-kobis/259299

Dari website yang sama, info berkenaan "baja fertegasi"
http://www.yousaytoo.com/baja-yang-bagus-untuk-sayur-sayuran-anda/283929

Yang paling menarik ialah menanam tomato ceri (cherry tomato). Saya suka tomato ceri ni, manis utk dibuat salad/ulaman.
http://www.yousaytoo.com/mudahnya-menanam-tomato-ceri/272740

Nampaknya dia gunakan baja "fertigasi". Dia kata dia beli di Cameron Highlands. Kat mana nak dapat baja ni ye?

AbdullahCheng
20-10-10, 02:21 PM
morph, tanah depan rumah (dalam pagar ) ko tu cukup luas nak buat kebun kecik. tinggal tambak je. takyah pasu.

err... baja tu, ko sendiri dah jawab. kat CH la. kekeke.
ekceli taktau baja tu camne.

k_a_a
20-10-10, 02:29 PM
Kat tempat lain tak dak jual ke baja "fertegasi" ni?
Dlm \blog dia ada tunjuk, cecair jer...
http://www.yousaytoo.com/baja-yang-bagus-untuk-sayur-sayuran-anda/283929
Ini daripada website itu:


Hari ni saya ingin berkongsikan jenis baja yang digunakan untuk sayur-sayuran di rumah ni.. Atas pertanyaan cik Shin~Ju (http://fiverobindas.blogspot.com/),
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/94/83/2/2980694/original/remote_image20100525-14662-1n0jw8y-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/3/92/11/2980703/original/remote_image20100525-14662-8zw0sb-0.jpg)

Inilah rupanya baja yang ayah & saya gunakan..
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/96/85/4/2980696/original/remote_image20100525-14662-1sblpa-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/4/93/12/2980704/original/remote_image20100525-14662-6y2l25-0.jpg)* Baja fertigasi dari Cameron Highlands*
*ada 2 jenis*
*1 berwarna kuning air*
*1 lagi jernih*



Cara membancuhnya..
Sediakan 1 baldi air...
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/97/86/5/2980697/original/remote_image20100525-14662-wyfoam-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/5/94/13/2980705/original/remote_image20100525-14662-ro5ylu-0.jpg)Isi air sampai penuh..
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/98/87/6/2980698/original/remote_image20100525-14662-2owqdc-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/6/95/14/2980706/original/remote_image20100525-14662-1nxefi1-0.jpg)

Baja: 1 penutup botol air mineral baja jernih & yang berwarna kuning air...
sikit tapi sangat berkesan.. kalau sebotol boleh tahan lama.. tak luak-luak..
Oppss..tapi jangan terlebih letak ya.. nanti overdose pula ya.. ingat 1 penutup sudah mencukupi.
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/99/88/7/2980699/original/remote_image20100525-14662-czt8fb-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/8/97/16/2980708/original/remote_image20100525-14662-12gci07-0.jpg)

Tuangkan kedua-dua baja dalam baldi yang berisi air tadi..
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/0/89/8/2980700/original/remote_image20100525-14662-1vnuo6r-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/9/98/17/2980709/original/remote_image20100525-14662-1iysot8-0.jpg)

Dan siram pada pangkal pokok.. 3 kali sehari..
Pagi, petang, malam..
agak rumit tapi berbaloi-baloi hasilnya..
http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/1/90/9/2980701/original/remote_image20100525-14662-18isd3y-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/10/99/18/2980710/original/remote_image20100525-14662-1fvpz75-0.jpg)
(http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/11/100/19/2980711/original/remote_image20100525-14662-kfg4ej-0.jpg)http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/2/91/10/2980702/original/remote_image20100525-14662-8ruyh3-0.jpg (http://c3.yousaytoo.com/rss_temp_image/pics/12/0/20/2980712/original/remote_image20100525-14662-1m9qyi8-0.jpg)Insyaallah.. nanti mesti pokok sayur anda menjadi-jadi lebar daunnya.. seperti pokok sawi pahit di atas ('',)

gbum
20-10-10, 02:39 PM
gbum, nak inai sket.. leh laa plisss

*****************

ni yang untung kalo rumah bawah...
kalo rumah atas camne plak?
aku rasa cara vertical tu macam sesuai...
letak kat yard kan


ooo baru aku tau, cili leh kena kutu..
dedulu aku tanam pokok cili gak..
benih aku main tabur je cili kering punya biji..
hasil dia, cili aku panjang2, pastu kurus melidi..
tapi sedap buat ulam..

nanti ada TT sila ingatkan aku...

pokok cili mmg senang kena kutu... kalu org kedah pangey bena wana putih,suka bertelur bawah daun... aku penah kena dulu.. solution...buang daun daun yang kena menatang tuh,pehtu bawak lari pokok g tempat lain... ekekeke

zamreda
20-10-10, 11:34 PM
Kat tempat lain tak dak jual ke baja "fertegasi" ni?
Dlm \blog dia ada tunjuk, cecair jer...
http://www.yousaytoo.com/baja-yang-bagus-untuk-sayur-sayuran-anda/283929
Ini daripada website itu:

baja fertigasi klau dlm serbuk adalah dlm Rm 130 utk A dan B
tapi aku suka beli yng dah siap...
yng dlm botol tu...


ade polak siraman malam ek?....

MohDHafizuL
20-10-10, 11:50 PM
mak aku kt kg, tanam mcm2.dia tanam sireh, lengkuas, serai, daun pandan, tebu, pokok pisang, byk lagi la ulam ulaman..hoho..teror mak aku ni..dia guna baja taik ayam atau sisa ikan yg dah diproses melalui kaedah dia sndiri..hehe..tabik mak!!makk..cek balik kg raya haji ni..huhu..rndunya kt dia...

k_a_a
21-10-10, 07:19 AM
baja fertigasi klau dlm serbuk adalah dlm Rm 130 utk A dan B
tapi aku suka beli yng dah siap...
yng dlm botol tu...


Zamreda... Yg dah siap dah tu ada di jual di mana ye ? kalau di sekitar lembah kelang ...

farcruise
21-10-10, 09:57 AM
Aku suka thread macam ni, berinformasi. Keep it up.
Aku tak tanam ape-ape pun kat rumah skrg ni since rumah aku kat tingkat 15.
Bukan sebab tinggi, tapi malas, haha. Kalo minat, mesti bersemangat waja :|

Parent aku mmg gila tanam pokok. Kalau boleh, semua jenis tanaman nak cuba.
Since kecik, parent aku ada tanam pokok anggur. Akar asal tu penting, leh hidup sangat lama.
Apepun, cuaca tanah rendah kat Malaysia ni kurang sesuai. Buahnya kecik2 je, masam lak tu.

Pastu ada tanam jambu air, jenis siam manis gumuk2 tu, byk jual kat highway. Pokok ni gile besar.
Walaupun satu pokok je (tanah kecik rumah teres), hasilnya sekali tu dpt 5-6 baldi. Lumayan.
Pokok buah lain seingat aku; betik, epal, amra (org KL sebut kedondong), limau purut, sengkuang.

Kalo pokok herba tu, banyak gak. Serai, pandan, pokok kari, cili, ulam raja, pudina, pegaga, sireh.
Serai, pandan, pokok ulam paling senang tanam & jaga. Cili yg leceh sket.
Pokok feveret mak aku, aloe vera. Ni pun senang tanam. Bagus pokok ni, luka je sapu lendirnya.

Rasa dah agak nak offtopik ni since soalan pasal menanam sayur.
Kat sekolah dulu, subjek KH aku amik pertanian. Kami pernah tanam sayur & bela arnab :peace:
Sawi tanam je ngan biji, buat batas la. Bubuh baja, siram. Hasilnya pun lumayan.
Paling mudah, kangkung. Bayam pun ok kut. Apepun, sayur berdaun ni mudah diserang serangga la.
Taknak cuba tanam pokok buah ke? tembikai mcm best gak, menjalar je. Lupa, ubi kayu pun mudah.

gbum
21-10-10, 10:05 AM
Parent aku mmg gila tanam pokok. Kalau boleh, semua jenis tanaman nak cuba.
Since kecik, parent aku ada tanam pokok anggur. Akar asal tu penting, leh hidup sangat lama.
Apepun, cuaca tanah rendah kat Malaysia ni kurang sesuai. Buahnya kecik2 je, masam lak tu.

Pastu ada tanam jambu air, jenis siam manis gumuk2 tu, byk jual kat highway. Pokok ni gile besar.
Walaupun satu pokok je (tanah kecik rumah teres), hasilnya sekali tu dpt 5-6 baldi. Lumayan.
Pokok buah lain seingat aku; betik, epal, amra (org KL sebut kedondong), limau purut, sengkuang.



kena tgk anggur tuh baka apa... jangan la amik baka yang duk tanam kat tanah tinggi...
skarang kat sik kedah pon org dah buat projek tanam anggur...

http://pucukhijau.kdhagro.com.my/wp-content/uploads/2009/08/dscn2242-1024x768.jpg

http://pucukhijau.kdhagro.com.my/wp-content/uploads/2009/08/dscn2250-1024x768.jpg

http://pucukhijau.kdhagro.com.my/?p=684

btw..tak terpikir plak aku nak tanam ulam ulaman.... menarik2

farcruise
21-10-10, 10:20 AM
^
^
Nice la pokok anggur gumuk2 macam tu. Parent aku tanam yg macam gambar no 2 tu, kaler ijau. Maybe silap baka gak kut.
Lupa ckp, parent aku pun ada tanam dokong kat kampung tok aku. Sana tanah besar, macam2 pokok buah ada.
Durian, manggis, rambutan, langsat, jambu batu, ciku, cempedak, nangka, ubi kayu, limau kasturi, kelapa, betik...

Parent aku pun ada cuba buat tanaman cendawan, siap dengan rumah cendawan tu. Hasilnya best gak, cuma tak cukup tenaga nak jaga.
Baru teringat, diorang pun ada cuba tanam strawberi, beli dari CH. Kena sentiasa letak dalam bilik tidur pasang aircond :D
Tak lama pun hidup, since tak sejuk sangat. Tanam suka-suka je tu :)

morpheuzneo
21-10-10, 10:30 AM
itu ler.., anggur kt negara kita ni .. baru lagi cuba-cuba..!

belah kedah ngan perelih (perlis) tu.. cuaca dah dekat2 dgn thailand sana., so senang benih2 anggur dari siam tu nak hidup segar..

cuma nya.. tanam anggur ni.. nak rajin.! kene rajin prune.

sebut pasal akar asal tu.., mmg betul tu.. aku ada tgk satu movie perancis ni - pasal akar asal ni.! best betul... dah beratus tahun chateau tu.., tapi akar asli tu masih lagi di jaga macam satu shrine kt puncak bukit chateau keluarga tu. Bila berlaku kebakaran..., satu ladang terbakar.., tapi akar asal survive.. still boleh start balik.. :)

eh.. apa aku merepek ni lah! sorry..

~~~~

anggur sendayan ni.. nampak lagi maju ladang nya.. :) .. kita yang baru nak mencuba2 ni.. beli satu dua utk tanam tepi rumah dah laa : )

http://berita-harian-online.com/wp-content/uploads/2009/09/ANGGUR-2.jpeg

farcruise
21-10-10, 10:34 AM
^
^
Morph, movie tu aku pun tengok. Teruja gak bile diorang jumpe balik akar asal tu. Ladang diorang terbakar dashyat.
Sedapnye dapat anggur hitam macam tu, nyum2.
Rasa aku, baka anggur tu sesuai tanam di cuaca panas & lembab kut. Tak macam yang perlu 4 musim tu.

eksp
21-10-10, 10:37 AM
^
aku baru tau yang kat malaysia nih ada anggur jugak...
anggur sendayan eh?


oleh morph
http://www.simplyhomeideas.com/media/current_issue/Vol_03_Issue_09/thumb/1.jpg

konsep vertical garden nih pun bagus selain daripada untuk penanaman makanan.... konsep nih jugak elok untuk kurangkan haba dalam bangunan..
so mana2 rumah yang selalu panas tuh... nak kurangkan bil api sebab aircond, boleh la try tanam keliling rumah :D

sambil tuh harvest buat makan sayur2 yang korang tanam tuh! barulah namanya killing 2 birds with a stone

http://www.buildingdiy.com/images/photos/vertical-gardens/vertical-garden-singapore4.jpg

k_a_a
21-10-10, 10:47 AM
Bagus lah korang yg dapat belajar bertani melalui subjek KH di sekolah... Aku ni zaman dulu, tak de benda2 tu semua..

Ishk.. persoalan aku masih belum terjawab ni.. kat mana nak beli baja fertigasi (yg cecair) tu .. zamreda or anybody?

Aku ingat la, ni saranan je,.. mungkin yg pakar2 nak try tanam pokok zaitun.. minyak zaiton bagus tu, buah dia pun bagus, banyak vitamin A.

---------- kemaskini 21-10-10 10:49 AM ----------


itu ler.., anggur kt negara kita ni .. baru lagi cuba-cuba..!
sebut pasal akar asal tu.., mmg betul tu.. aku ada tgk satu movie perancis ni - pasal akar asal ni.! best betul... dah beratus tahun chateau tu.., tapi akar asli tu masih lagi di jaga macam satu shrine kt puncak bukit chateau keluarga tu. Bila berlaku kebakaran..., satu ladang terbakar.., tapi akar asal survive.. still boleh start balik.. :)

Aku tau cerita tu, Keanu Reeves berlakon.. "A Walk on a Cloud" (kalau tak silap aku)...

gbum
21-10-10, 11:11 AM
susah sangat ke nak google:damn:

http://my-fertigasi.com/
KEBUN PERTANIAN FERTIGASI
Jalan Dahlia off Jalan Mawar, Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
019-3000818
marzuki@my-fertigasi.com

http://riverorchagro.blogspot.com/2010/02/baja-fertigasi-cili-europe-material.html
Tel : 019-371-1069
E-mail :riverorchagro@gmail.com
Lokasi : Shah Alam,Selangor

http://www.my1stop.com.my/v2/mall/index.php?lot=6&item=519
Tajudin: 010-2908093.

flash
21-10-10, 02:05 PM
jiran aku tanam cili dlm pasu siap tejuntai kat dalam pagar kawasan rumah aku. baru2 ni dia tanam limau nipis plak. rajin btol, save budget katanya

zamreda
21-10-10, 07:14 PM
K garis A garis A.
lokasi ko kat mana?...cuba riky2 kat pasar tani kat kwsan ko kot2 ade yng jual cili fertigasi nie...klau ade tu mesti jual baja cecair fertigasi tu sekali...

Oris
21-10-10, 07:32 PM
jgn patahkan semangat aku nk folo ini tread ya.. aku folo satu persatu nieh.. dah kulos sok, aku nak print sekerin.. ahha....

tanam secara melintang, nais, tapi meybie aku tukar dari pengunaan supik ke botol.. nampak mantap sikit, sebab plan nk ikat kat pagar.. nais tak?? ahha..

btw, bangga kejab org sebut sendayan kat sini.. terharu u.. huk2.. kalo nk tahu, area tu gila panas masa siang, mlm lak boleh beku wo.. pengusaha yg tnm anggur tu kira dasat lah.. salute!! malaysia boley!!!!!!!

CupidOfLuv
21-10-10, 08:09 PM
korang tolong la diskas secara matang
jgn cepat melatah, jgn mudah terasa

btw, ni thread yg bagus..
sesama la share maklumat utk kebaikan bersama

kalo yg tergigit lidah tu sama-sama minta maaf


thread ni dah penoh ya
korang bukak siri II ya utk diskas lebih lanjut

--konci--