PDA

View Full Version : paip bocor



Cenkudu
18-01-11, 07:06 PM
saya ada buat extension porch kete. tiba2 bulan ni bil air naik. meter bila check gerak laju giler sehari sampai 5m3. saya suspect kontraktor saya ni dah terbantai paip air. pastu tadi dia tunjuk kat saya, dia korek tempat paling jauh kawasan porch yang dia buat. pastu dia disconnect saluran paip PVC tu. pastu on meter dia tunjuk meter x gerak laju or x gerak. pastu dia cakap meter tu gerak laju sbb bocor tu berlaku selepas tempat dia buat keje x de kaitan dgn dia. kalau x de bocor masa bila sebenarnya meter tu gerak. masa kita guna air dalam rumah ke; mcm mana

Eric Tiong
23-01-11, 11:02 PM
kurang paham sikit soklan awak ni...

rasanya kalau disconnect, meter still laju --> maknanya ada bocor di bhg lain(bhg lama)

kalau disconnect tp meter tak laju /biasa --> makna bocor kat tpt pemasangan baru

satu cara nak cek ...tengah2 mlm bila dah sunyi, cuba awak cek di kawasan paip sekitar porch, biasa akan dengar bunyi hiss..air keluar (bunyi kuat ikut kelajuan)...satu lg semasa keadaan betul2 kering, cuba lihat kaw.tanah di sekitar paip ...jika ada kawasan yg basah makna mungkin ada kebocoran kat situ..

btw, apa maksud disconnect? dia tutup valve ke atau putuskan paip? harap dpt membantu..

E.T

farcruise
24-01-11, 09:21 AM
^ Eric Tiong, sepupu-sepapat Eric Leong ke? anyway, good tips

Eric Tiong
08-02-11, 06:30 PM
^ Eric Tiong, sepupu-sepapat Eric Leong ke? anyway, good tips

kenyataan di atas adalah tidak benar, harap maklum:peace:

kampung_girl
16-02-11, 02:08 PM
saje nak berkongsi wpun ko mungkin dah setel citer paip bocor noi.

last year, dekat setahun aku mhadapi masalah paip bocor ni. kantoi gak rm5k lebih. repair dalam 3 kali(3 kontraktor)

masalh yg sama, bil air pernah mencecah RM700 untuk satu bulan. mana tak naik minyak aku.

last option, aku tel SYABAS, minta nasihat terbaik n nak identify pe masalah aku.

aku panggil plumber berdaftar (macam list SYABAS, senang nak ambil tindakan if fail mcm plumber yg lepas)

bila panggil plumber, nasihat yg terbaik dia bagi, buat je sistem piping luar tanah (piping aku waktu tu tanam

dalam tanah). coz kalau luar tanah, senang nak nampak bocor katne. if betul bocor, senang nampak.

dan alhamdulillah sekarang, dah 3 bulan masalah tu menghilang. cuma baru2 ni aku tengok atas siling, tempat

tangki tu macam ada garisan air.

takkan masalah tangki bocor plak?huhu

sekarang aku tengah tunggu bil air, yang tak sampai lagi ni.huhu

Cenkudu
04-08-11, 02:18 PM
dah settle, kontraktor repair sebenarnya tapi buat drama tu sebab tak nak bayar bil air. last2 saya potong gak upah dia....dekat RM500