PDA

View Full Version : Tips nak hilangkan bekas jerawat? Tolong aku kawan-kawan.



AnakMalaysia
09-02-11, 11:15 PM
Salam kawan-kawan bincang.net.

Nak tanya & mintak pendapat korang sikit ni pasal bekas jerawat. :peace:
Untuk makluman, aku lelaki kulit muka ada sikit bekas/ kesan jerawat. Tapi takdelah sampai berparut, cuma kesan-kesan hitam kat muka je.
Masalahnya aku ni putih sikit. So, senanglah nak nampak kesan-kesan hitam jerawat ni.

So, pada pendapat korang apa patut aku buat untuk at least kurangkan sikit bekas-bekas jerawat ni. Mungkin ada produk mcm krim ke atau pun apa-apa vitamin ke?
Harap korang dapat bantu & bagi cadangan. Terima kasih. :cinte:

emy
09-02-11, 11:18 PM
ada 2 jenis bekas jerawat..
satu yg tompok2 cam kau ckp tu..
satu lagi jenis macam permukaan bulan..

kalau jenis cam kau ckp tu..tompok2..
senang skit nak ilang kan..berbanding yg mempunyai parut cam permukaan bulan..takes time..

vitamin E ok kot.. vitamin C..
hehehe....

tomyam
09-02-11, 11:21 PM
vitamin E definitely

AnakMalaysia
10-02-11, 12:22 AM
ok thanks guys! =)

DatukM
10-02-11, 12:31 AM
cube try bio-oil
general purpose utk ilangkan parot

stretchmark bersalin pon bole ilang pakai bio oil

ibanez_712
10-02-11, 12:46 AM
kalau lubang2 mcm bulan mmg tak dapat la nk ilang...amik masa bertahun2....senang, laser + surgery...

kalau bintik2 itam tu, ko sapu bio oil je...

emy
10-02-11, 12:52 AM
^ kita hampir serupa kan fazli?
rupamu bak purnama merindu <---- betul2 kena batag idung =))

dulu teruk.. kedalamannya..
skang kurang skit..
dulu taik lalat aku tak nampak beb..tenggelam ngan jerawat dan lubang yg dalam..
skang dah nampak dah taik lalat kat pipi kanan aku ni...

aku.. selalu facial muka..

yg penting jaga la.. pemakanan pun..
semiggu sekali scrub..
mlm2 sblm tido sapu la bio oil tu ke.. vitamin E ke.. vitamin C ke..

HaZLyN
10-02-11, 11:58 AM
Don't put too much make up on you face. Ini akan menyebabkan jerawat maybe bertambah & make your skin punya condition lebih teruk.

Atmi_Raniya
10-02-11, 02:53 PM
selalu la scrub muka tu. boleh buang sel2 kulit mati termasuk la parut2 itam tu. banyak produk scrub di pasaran tapi yg utk lightening tu lagi bagus.

Laki nak pakai krim2 ni mungkin rimas kot melainkan anda pakai waktu malam, nak tepek tebal2 pun takpa

AnakMalaysia
10-02-11, 06:21 PM
cube try bio-oil
general purpose utk ilangkan parot

stretchmark bersalin pon bole ilang pakai bio oil

erm muka aku takde le sampai ada parut sebab jerawat. cuma ada bintik2 hitam je.
sesuai jugak ke guna bio-oil tu?

Atmi_Raniya
10-02-11, 06:56 PM
^^ bio oil sangat bagus utk parut2 yg agak serius terutama kesan 'strech mark' di bdn, dan tentunya amat berkesan utk bintik2 bekas jerawat. try ler

tak rugi, selain dari itu ianya juga melembutkan kulit.

ibanez_712
10-02-11, 07:01 PM
bio oil kecik punye rm35 tak silap...
try la...
aku pun pakai bio oil...
elok utk parut...
badan aku byk parut eksiden...
skrg ni dah kurang la kesan parut tu...
try la...

Atmi_Raniya
10-02-11, 11:01 PM
tetiba je teringat satu kaedah tradisional turun temurun utk menghilangkan parut di badan dan muka iaitu guna bedak serbuk kulit rambai.

boleh didapati di kioks jamu/ubat tradisional di kompleks beli belah. memang murah sangat harga dia tapi kesan amat memberansangkan,

silap2 kulit anda mengalahkan kulit pompuan tau. cth produk spt dibawah; (tapi kalau muka tengah berjerawat, jgn la scrub/gosok muka tu, karang lagi serius)

18055

AnakMalaysia
16-02-11, 08:11 PM
cube try bio-oil
general purpose utk ilangkan parot

stretchmark bersalin pon bole ilang pakai bio oil

jap nak tanya. bio oil tu boleh guna kat muka ke?
tak berminyak ke muka nanti?

emy
16-02-11, 08:37 PM
^

pakai sblm tido kot..

juzemail2me
11-05-11, 11:25 AM
AnakMalaysia,

cuma nak share pengalaman, kalau2 berminat nak cuba. saya pun baru je dapat masalah parut pimples ni lebih kurang 4 bulan lepas (hitam-hiitam sikit, bila kulit agak cerah, uihh... nampak sgt la kalau orang yang memandang tu tak rabun) . dulu alhamdulillah ok je. pegi jumpa doctor, dia cakap kulit saya sensitif. dah dekat 27 tahun kot hidup, tiba2 dok tak berapa bulan jadi sensitif. tapi takde la saya argue lebih2. then, saya decide buat fractional CO2 laser bagi hilang scar tu. sungguh saya cakap, treatment ni agak costly, tapi after a few hours buat, memang boleh nampak kulit muka dah mula tegang (tapi kena tahan sakit sikit sepanjang hari tu, but not so bad la). lepas 2 hari, alhamdulillah memang nampak scars tu dah lighten, jadi merah instead of hitam. saya nak tunggu tgk seminggu lagi macamana InsyaAllah, tapi saya recommend awak try lah.

---------- kemaskini 11-05-11 11:29 AM ----------


jap nak tanya. bio oil tu boleh guna kat muka ke?
tak berminyak ke muka nanti?


lagi satu, bio oil ni memang sangat baik untuk parut. adik saya sapu pada parut terkena ekzos motor memang pudar. parut terkena ekzos kan degil, payah nak hilang. tapi bio oil ni bergantung pada individu kalau nak sapu pada muka. kalau tak sesuai, mungkin akan dapat pimples pulak. bila sapu sampai rata, tak oily sangat.

pontianak
11-05-11, 11:31 AM
ako x pakai pepepun, makan bebanyak ulam, sayurrrr buahbuah an dah kira knya,
kau x kan x penah nengok muka aku....keh.....keh....keh.....:setan:

grafiquee
11-05-11, 11:38 AM
kalau nak murah pakai la yang ni..penah try n berjaya..:)

http://ez.store247.my/media/catalog/product/cache/7/image/5e06319eda06f020e43594a9c230972d/_/M/_MG_7833.jpg

pablo_the_don
11-05-11, 11:41 AM
besenye jerawat macam ko ni disebabkan amalan hidup yang x sihat

fakhril
11-05-11, 11:49 AM
Coba kau bagi kat pontianak prodak ni.... kopom cunnya ...........but kau kkena hatihati nanti dia ngamuk xleh tido malam kau......

juzemail2me
11-05-11, 12:08 PM
memang betul macam2 petua dan amalan boleh kita buat. tapi pendapat saya, mungkin tak semua orang bertuah bila amal pemakanan

atau amalan hidup yang sihat, dapat kulit yang sihat. kalau kes yang berkaitan biologi pulak, perubahan hormone dalam badan kita tak dapat nak kawal.

tapi nasihat pemakanan & amalan hidup sihat tu memang baik. cuma saya berpendapat macam saya cakap tadi bila

macam contoh pengalaman saya sendiri, dah 27 tahun, alhamdulillah dulu kulit ok, tup2 baru beberapa bulan lepas kulit jadi sensitif.

sekarang kena makan ubat doxycloride (kalau tak silap saya) hari2 supaya pimples tak keluar.

msEnchz
01-06-11, 11:43 PM
untuk parut hitam kecik2..tepek je la krim safi tutup hijau tu malam2 sebelum tido..nnti lama2 pudar..
guna krim temulawak hijau pun boleh tp kena tepek kat bhgian parut je la, sbb krim tu sedikit menghakis kulit.
kalau untuk parut jerawat yang dah berlubang-lubang, baik pegi klinik kulit dan estetik untuk buat rawatan laser.

Penakluk
15-03-12, 06:35 AM
Pekena air masak 8, 9 gelas sehari, pergh memang menjadi maa..

mixo
24-03-12, 06:35 PM
sentiasa dalam keadaan berwudhu...insyaallah

yunjane
28-03-12, 07:44 PM
so far yang me tau kalau parut dalam memang kena laser.tapi kalau parut yg hitam tu boleh jugak la guna krim or whatsoever

kalau dari segi dalaman boleh ambik collagen.tapi kalau ade resdung kena cari collagen yang bukan dari sumber laut ok.klau tak nanti lain plak jdnya

kalau luaran bleh guna dermafal or norefal both dari sheep placenta.atau boleh jugak guna hiruscar gel.semua ni bleh cari kt pharmacy.

cikjatt
14-04-12, 08:21 AM
saya dulu pun banyak parut2 hitam kat muka jugak.
tapi sekarang Alhamdulillah dah hilang lepas guna produk susu dan beras.
dah setahun lebih guna

lagi satu, petua tradisional. tempek tomato+susu kat muka, biar kering, then bilas.
yang ni pun boleh pudarkan and cerahkan kulit. memang berhasil. try la

ArwenLOTR
31-05-12, 11:43 AM
1. scrub twice a week 2. drinks lots of water 3. facial at least once a month *insyaallah berkesan