PDA

View Full Version : Isu Roti Gardenia dan kronism.. apa isu sebenarnya?



morpheuzneo
31-12-11, 08:48 AM
Salam semua..,

aku tak pernah dengar isu ni.. alih2.. smalam beli suratkhabar.. tgk ada 2 iklan dari gardenia dan ffm..

http://img443.imageshack.us/img443/418/img1019gybtp.jpg

dan mfm..

http://img4.imageshack.us/img4/1910/img1020us.jpg

Aku tertanya-tanya.. apa isu sebenarnya?

setelah di selidik sikit.. dan di baca-baca.. , rupanya ianya adalah online kempen utk memboikot roti gardenia.., atas alasan kilang gardenia ni di miliki 30% oleh Bernas.. dan bernas di kuasai oleh Syek mokhtar bukhari.. dan di link kan dgn UMNO..

para pengkempen ni - mostly budak2 cina lah.., dan mereka berkempen pun dalam bahasa cina.. dan begitu berdegah-degah skali kt lyn - mintak semua orang cina stop beli roti gardenia.. dan pilihlah roti massimo keluaran kilang milik robert kuok..!

apa pendapat korang? dulu.. kita pakat boikot ramai2 roti high-5 sebab isu dgn halal haram .. kali ni isu berbeza.. kt mana kita sebagai pengguna islam? dan melayu.

baca artikel bawah oleh the star..




Gardenia takes out ads to deny crony, racist claims


UPDATED @ 06:37:40 PM 30-12-2011
By Yow Hong Chieh
December 30, 2011
http://www.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/december2011/30/gardenia-bread-dec30.jpg

Gardenia is the market leader in bread. — Picture courtesy of famouschris.com

KUALA LUMPUR, Dec 30 — Faced with an unrelenting online campaign calling for the boycott of its products, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd today took out advertorials in English dailies refuting claims that it is a “crony company”. The breadmaker also denied charges it had been directed by Padiberas Nasional Bhd (Bernas), which has a 30 per cent stake in Gardenia, to stop buying flour from Federal Flour Mills Bhd (FFM) for allegedly racist reasons.
Bernas is owned by Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary, while FFM is controlled by Hong Kong-based Malaysian tycoon Tan Sri Robert Kuok.

“We buy flour from Malayan Flour Mills Bhd and Prestasi Flour Mills Sdn Bhd purely due to commercial reasons,” Gardenia said in its full-page advertorial.

“In fact, Bernas has a stake in Y flour mill and yet we have never been directed or coerced to buy flour from it. This speaks volumes on the professionalism of the Bernas management.”
The market leader in bread said it was “everything a good Malaysian company should be”, stressing that it employed highly professional and ethical people regardless of race or religion.
Gardenia pointed out it has supported many community projects and activities since 1992 and was currently providing over 60 shelter homes with free fresh bread products daily, again without care for race or religion.

The company claimed the campaign was the result of its success in providing high-quality products every day “come rain or shine”, an achievement which has stirred envy in competitors.

“This envy has resulted in the circulation of many malicious rumours and falsehoods. However, now, underhanded tactics with racial and political overtones have been used.

“We all should not be party to this exploitation and manipulation to serve some narrow agenda,” it said.

A spokesman for Gardenia said a Malay version of the advertorial would appear in Malay-language papers tomorrow.

The anti-Gardenia campaign, conducted online and mainly in Chinese, began a month ago, calling for a boycott of the breadmaker for allegedly discriminating against Kuok’s FFM on racial grounds.

The campaign also urged consumers to support rival bread brand Massimo, produced by FFM, which entered the market recently.

One email read: “Let’s support the new Massimo bread by Robert Kuok and boycott Gardenia bread owned by Umno crony, Syed Mokhtar Albukhary’s Tradewind group.”

FFM, however, denied it was behind the Gardenia boycott campaign in a full-page advertorial in The Star today.

“It has come to our notice that there are articles circulating in various media that have urged consumers to prefer our product against that of our competitor,” it read.

“FFM Berhad wishes to categorically distance itself from these articles and would like to stress that we are in no way responsible for these articles nor do we endorse the articles nor the attendant publicity.”

Gardenia had earlier sought help from DAP organising secretary Teresa Kok, who called the campaign “extremely racist and not acceptable”.

The Seputeh MP said the public should not forward messages without first verifying the information contained within them first.




atau .. ada konspirasi kah?

antara yg aku boleh fikir - massimo ni nak cepat dapat market share roti mereka.. , 1st mereka dah tawarkan roti mereka pada harga lagi murah.. dan roti yg lebih tebal.. patut biarlah market slowly accept them., tapi maybe pada businessman ni.. tak cukup laju.. so - kene ada something.. utk stir the market.. so keluarlah cerita2 macam ni... original cerita ni kita tak tau dari sapa., siap main race card pulak dah.

pada aku ..kalau later on terbukti .. massimo sendiri di belakang isu ni.. aku yang akan 1st jadi orang yg stop beli roti ni. buat masa ni.. aku sendiri jual 2-2 jenis roti ni... kalau roti sandwich. mmg massimo menang dari segi harga dan ketebalan, tapi segi rasa masih gardenia.. sbb lebih susu kot?
Tapi kalau roti krim.. gardenia jauh lagi sedap dan kurang manis berbanding massimi punya roti krim yg keras dan manissss sangat2.

anaktimur84
31-12-11, 09:11 AM
aku letak dalam spoiler jer lah sbb kang x pasal2 kne hentam ngan majoriti HARDCORE PR dalam nih sbb artikel nih berunsur racist.. (merujuk kepada yg slalu kata "BLACK IS WHITE".


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/381024_2584354842246_1055756325_2803499_2003638757_n.jpg

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary.
IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA


Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka!Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman,ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU ****”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

http://thestar.com.my/archives/2011/9/27/central/m_pg12jimmy.jpg

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS8lxBWQ9bfcrFFfKBcLs4EGMLqEeMWhAiDwCGEORLbFmCsKUnwvRl0eH NXoQ


kenyataan dalam facebook mereka.
http://3.bp.blogspot.com/-csXqu7jJycI/TvQ86uT1u_I/AAAAAAAABks/FX5I1tcbsiw/s400/Komen-Biadap.jpg

Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?


24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU ****! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA ****-**** INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU **** GEMUK MAK DIA!!

-------------------------------------------------

BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!


MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

........................................................................... ...........................................

INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM

probro said...

Dalam hal ini, nampak sangat orang cina berpakat mencari pasal dengan org melayu. Mereka mungkin tidak berani melakukan serangan secara terbuka. Tetapi mereka secara berpakat melancarkan serangan halus dengan memboikot dan memburuk-burukkan perniagaan milik melayu,

Perkara ni saya rasa memang dah berlaku sekian lama dan mungkin kita saja yang tidak sedar atau mengambil pot memandangkan ianya tidak secara direct ditujukan kepada keluarga kita. Namun jika kita tanya kawan-kawan yang berniaga, mereka dengan mudah boleh cerita betapa mereka sekian lama menghadapi boikot secara pakat oleh bangsa cina.

Kalau beli bahan mentah untuk diproses jadi produk keluaran melayu seperti makanan ayam, telur, beras,tepung, susu, kopi, ikan, sayur, buah-buahan atau bahan keperluan pembinaan seperti simen, kayu, paku, skru, besi, atau apa saja yang kita beli daripada mereka. Mereka akan mengenakan harga lebih tinggi daripada bangsa lain.

Ini menjadikan kos pengeluaran dan pembinaan kita lebih tinggi. Para pengguna melayu pula macam tak ada hati langsung untuk menolong sesama kita usahawan melayu sebaliknya hanya mencari yang lebih murah dan mudah.

Akhirnya perniagaan melayu menjadi malap dan bungkus. Akibatnya amat kuranglah institusi perniagaan melayu dan anak-anak kita terpaksa bekerja jadi kuli batak bangsa lain. Salah melayu tidak sokong melayu dan akibatnya anak-anak kita yang tanggung jadi bahan maki hamun cina sampai mati.

Malah ada kes yang dilapurkan anak-anak melayu jadi habuan seks bos-bos cina mereka. Diajaknya anak kita yang kerja sebagai marketing atau pembantu pejabat ke luar negara untuk urusan perniagaan dan diperdaya untuk ditiduri dan dijadikan habuan seks sampai puas dikerjakan mereka.

Dendam mereka kini makin membara kerana mereka melihat melayu semakin lemah dan berpecah, tiada siapa nak pertahankan nasib anak2 melayu.

Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin ****.

Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan ****. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia.

Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin **** supaya menepati spesifikasi.

Impot makanan ****, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun.

Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan ****. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti ****.

Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia. Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun.

Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna ****, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia.

Sebagai seorang journalist melayu, saya memiliki network besar untuk mengorek aktiviti robert kuok. Saya kira, segala kekayaan dia dengan harta berbillion dengan bot bernilai 20 billion adalah memang betul dia ni tycoon.

Saya amat sakit hati ketika wawancara dengan robert pengimpot tepung **** ini. Adakah patut dia kata kekayaannya bukan berasas dari malaysia sahaja kerana dia memiliki harta perniagaan berbillion di china dan seluruh asia.

Apa yang benar dan pasti, robert memang memulakan perniagaannya dari malaysia dengan bantuan tun mahathir. Kalau tun tidak membuka peluang untuknya nescaya dia masih duduk jual hand phone di petaling street.

Dalam career saya tidak boleh melepaskan geram saya. Tetapi di bog ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang terpendam selama ini tanpa perlu bahasa persuratan sangat.

Saya kira kerajaan dah terlebih bagi muka.

Robert dah kaya vincent tan dah kaya, ananda pun dah kaya, apa lagi mau bagi special ap. Bagilah pada orang lain pulak.

Melayu punya ap bukan macam mereka special ap, ertinya tiada orang lain boleh impot. Melayu punya ap boleh impot kalau mampu dan orang lain juga boleh dapat ap yang sama.

Mereka punya ap lain, exclusive ap. Tiada siapa boleh import melainkan mereka.

Kalau beginilah caranya, lebih baik kerajaan cari satu daerah dan bagi mereka jadi raja, malah kuasa mereka lebih dari raja kerana raja melayu pun tidak dapat special ap.

Produk roti massimo pula sudah sah menjadi senjata mereka menyerang kepentingan dan perniagaan melayu.

Dalam senario lain, robert kuok yang menguasai golden screen cinema dengan rakusnya menghalau semua stall outlets jenama 1901 milik melayu dan menciplak konsep yang sama diletakkan dalam rangkaian panggung wayang gsc. Produk makanan diambil dari sumber yang kita tak tau halal ke haram.

Jelas mereka ini benci dan anti melayu.

Puas hati saya dapat menulis seperti ini, tidak dalam akhbar yang saya bekerja sekarang. Namun atas rasa cintakan agama dan bangsa saya luahkan jua perasaan ini. Maaf kalau saya terkasar bahasa.

Soalnya, apakah tindakan kita? Fikirkanlah bersama.



Boikot tetap boikot massimo.

Sumber Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Apa komen Melayu PAS dan PKR dalam pekara ini? Emmmm Percayalah mereka akan kata yang sealiran dengan Cina cina tu.. BOIKOT!!!

Psssttt... Lu orang ingat benda ni baru ke? Nak duduk diam lagi? Lancar Boikot Habis Habisan le...





sumber pon aku letak dalam spoiler untuk jaga hati hardcore PR :P
http://www.papagomo.com/2011/12/kaum-cina-mula-kempen-boikot-produk.html

se7en
31-12-11, 09:16 AM
Salam semua..,

aku tak pernah dengar isu ni.. alih2.. smalam beli suratkhabar.. tgk ada 2 iklan dari gardenia dan ffm..

http://img443.imageshack.us/img443/418/img1019gybtp.jpg

dan mfm..

http://img4.imageshack.us/img4/1910/img1020us.jpg

Aku tertanya-tanya.. apa isu sebenarnya?

setelah di selidik sikit.. dan di baca-baca.. , rupanya ianya adalah online kempen utk memboikot roti gardenia.., atas alasan kilang gardenia ni di miliki 30% oleh Bernas.. dan bernas di kuasai oleh Syek mokhtar bukhari.. dan di link kan dgn UMNO..

para pengkempen ni - mostly budak2 cina lah.., dan mereka berkempen pun dalam bahasa cina.. dan begitu berdegah-degah skali kt lyn - mintak semua orang cina stop beli roti gardenia.. dan pilihlah roti massimo keluaran kilang milik robert kuok..!

apa pendapat korang? dulu.. kita pakat boikot ramai2 roti high-5 sebab isu dgn halal haram .. kali ni isu berbeza.. kt mana kita sebagai pengguna islam? dan melayu.

baca artikel bawah oleh the star..




atau .. ada konspirasi kah?

antara yg aku boleh fikir - massimo ni nak cepat dapat market share roti mereka.. , 1st mereka dah tawarkan roti mereka pada harga lagi murah.. dan roti yg lebih tebal.. patut biarlah market slowly accept them., tapi maybe pada businessman ni.. tak cukup laju.. so - kene ada something.. utk stir the market.. so keluarlah cerita2 macam ni... original cerita ni kita tak tau dari sapa., siap main race card pulak dah.

pada aku ..kalau later on terbukti .. massimo sendiri di belakang isu ni.. aku yang akan 1st jadi orang yg stop beli roti ni. buat masa ni.. aku sendiri jual 2-2 jenis roti ni... kalau roti sandwich. mmg massimo menang dari segi harga dan ketebalan, tapi segi rasa masih gardenia.. sbb lebih susu kot?
Tapi kalau roti krim.. gardenia jauh lagi sedap dan kurang manis berbanding massimi punya roti krim yg keras dan manissss sangat2.

Kalo kuasa pembeli diambik kira dan racist mcm diwar-warkan..aku rase malay still kuat kuasa membeli...

Sent from my GT-N7000 using Tapatalk

visz
31-12-11, 09:32 AM
whatever it is..gardenia still the first choice.. mmg sodap..roti sampai ke akhir hayat

DatukM
31-12-11, 10:17 AM
kuasa beli org melayu kat malaysia mmg terbesar ape

tengok wayang time raya, sunyi sepi
colgate siap buat full page advert

dats why dari duluu lg aku sapot produk orang kite
kalo xde alternatif barula terpakse amek brand 'orang luar'
selagi halaaaaaaaaalll

pasni dorang nk boikot ke ep si pizahat plak kot :D

ibanez_712
31-12-11, 12:25 PM
Aku tau massimo tu ahpek mari..so ttp pilih gardenia..bukan sbb rasis tp kena la cari yg halalan toyiban..

Ade sesetengah cina ni sengaja je bikin kacau..mainkan isu rasis..padahal puak2 tu asalnya xde masalah pun dgn melayu..

Cina2 mcm ni patot buang negara..mengganggu keamanan je..


Sent from my GT-I9100G using Tapatalk

Chuy4 4ng3L
31-12-11, 12:34 PM
walau roti2 lain murah, aku tetap pilih gardenia..
lebih enak dimakan begitu sajer..

ketepikan politik, angkat bangsa melayu..
politik is politik...
tapi bila tang bangsa, walau apa pegangan politik, kita harus bersatu...
tambah2 dalam hal halalan toyyiba

Penakluk
31-12-11, 01:05 PM
Belilah barangan jenama orang melayu beragama islam walaupun mahal sedikit sepuluh sen dua..asalkan berkualiti, dan halal lagi bersih..

Atmi_Raniya
31-12-11, 01:45 PM
sebelum ni memang Gardenia la yg paling bertahan, then try Hi-5 tapi tak jalan sbb tak sesedap rasa gardenia

pastu dlm awal bulan lepas, try beli massimo sbb kedai runci AAA tu offer RM2.60, try beli la. last2 gardenia gak dipili balik.

baru tau la pasal saham ke ape tu, jadi kalau dgn beli Gardenia, cam tolong bernas/syed bukhari yg muslim tu, kita mesti pilih! :)

memang semuanya ada cop halal tapi tetap dulukn yg ada syer dgn org muslim lah..

mr_naza
31-12-11, 03:08 PM
tak rugi beli gardenia yang sah2 ade pegangan melayu dalam tu.pastu jaminan halal.plus setahu aku syed bukhari ni banyak menolong dalam kebajikan orang melayu so tak salah kalau kita "kayakan" syed bukhari yang kemudian dia tolong orang2 melayu yang lain.mudah2an kita pun dapat syer sikit tolong bangsa sendiri.kalau takde syed bukhari ni xtau la ekonomi melayu kat malaysia ni camne.

spider
31-12-11, 03:52 PM
saper yg bagi muka kat Robert Kuok nih awal2? AP eksklusif tu :D Apa2pun aku tak pernah beli roti massimo dan rasanya takde sbb nak tukar roti. Kalau terjadi macam High 5 dulu baru aku tukar .. :D

morpheuzneo
31-12-11, 03:56 PM
sebenor-benornya.., isu ni nampak macam sengaja di ada-adakan .. kan? sbb.. bernas bukan baru beli pegangan dalam gardenia tu..! dari 2001 lagi.. apsal pulak timbul isu kata bernas bagi arahan soh gardenia berhenti beli tepung dari ffm?

nampak nor nipunya., sbb... .mmg selama ni gardenia beli tepung ikut mana supplier yg boleh menjamin kualiti bekalan dan harga.. ianya mmg normal market forces punya equation lah..

agaknya. massimo ni.. mmg dah nampak taktik online cyber smear campaign ni berjaya melingkup kan roti High-5 dulu., tapi nak main isu halal haram.. payah.. sbb gardenia mmg dah di sahkan mematuhi segala standard piawai yg di tetapkan oleh JAKIM.. , apa lagi taktik eh?.. haa.. main taktik race card laa! dia ingat pembeli utama negara ni adalah cina kot? dia lupa.. high 5 dulu mati sebab pengguna islam pakat ramai2 boikot roti ni..!

now.. kita tgk berapa lama kempen ni bleh bertahan! aku sakit hati sebenarnya tgk komen2 cina2 bodo tu...., tapi kita tgk kemana kempen ni nak pegi.. apa pendirian 2-2 syarikat ni... , kalau ternyata benar massimo sendiri yg cuba2 nak buat kempen ni., maka tak salah utk kita boikot kompeni ni.

tapi pada gardenia pun - kene take note jugak - kualiti roti massimo terutama pada roti sandwich dia mmg lebih baik dan harga lagi murah dari gardenia! pulak tu.. massimo punya margin lagi bagus dari gardenia! (aku tau sbb aku jual 2-2 jenis ni..! ) dan supplier massimo tak malas macam supplier gardenia.. dia masuk hari2.. tukar roti baru.! kalau gardenia.. berkira nak datang hantar roti..

CupidOfLuv
31-12-11, 04:08 PM
aku beli dan makan gardenia bukan sebab tolong melayu ke
sebab roti lain tu bangsa lain jual ke
tapi sebab SEDAP dan HALAL

nyum nyum~~~

Adreen
31-12-11, 04:44 PM
huk ala roti pon buleh depa nak politikkan ke?
kalo nak ckp pasai roti je, awat depa tak ajak boikot produk2 yahudi laknat skali yg kita dok mentekedarah hari2 tu sedap onomnomnomnomnom

ERFi
31-12-11, 04:55 PM
Nampaknya, modus operandi Freemason kali ni adalah mengunakan roti. Sungguh licik mereka ni.

morpheuzneo
31-12-11, 07:08 PM
Nampaknya, modus operandi Freemason kali ni adalah mengunakan roti. Sungguh licik mereka ni.

Itu ler., aku pun rasa ini semua agenda freenmanson.. :p.

Gripen
31-12-11, 07:14 PM
dua2 korang jangan beli...beli roti buatan muslim bakery yg fresh lagi bagus.

Both Gardenia and Massimo or even Hi-5. All 3 have high borate or some food stabilizers. Go check Penang Consumer Asaociation reports yg sadly Utusan ke The Star ke NST takan publish.

Hi-5 ialah hasil "bail-out" Tabung Haji keatas Silverbird tanpa mendapat persetujuan dari pencarum. PPIM sendiri menganjurkan boikot Hi-5, dah la kotor...kilang hancus and at last minute TH ambil alih alasan nak menyelamatkan umat Islam. Punyalah banyak bakery Muslim, tak pulak dibantu. Ini zaman Mahathir dulu.

So, stick with the mom&pop bakery bread.

As for the chinese launching a campaign, they are the biggest tax payer this country...but the Malays are the biggest consumer of everything.

Cant stop them from launching a boycott campaign but you can start supporting muslim owner bussiness especially those who are a member of PPIM.

Both Tan Sri Bukhari and Robert Kuok are big business and cronies, no prize for guessing that. Dah kaya dah.

We should look out for the small businesses.

DatukM
31-12-11, 07:31 PM
ekceli aku xpenah lg jumpe roti massimo ni
tp awal taon aritu ade la penah dengar member aku beriye nk carik roti ni sbb sedap katanye
susah nk jumpe kat putrajaya ni kot

bagi aku
samada betol atao tak rumors ni kta boikot jangan tak boikot!
dah boikot jangan taik2 ayam plak
hehe

murguzz
31-12-11, 07:34 PM
Roti massimo yang 0.70 sen tu bukan saje manis melecaih krim die, tapi rotinye liat. Kononnya nak bagi lagi kenyang la. tapi makin lama saya makan, makin muak.. Nak kembali kepada roti 0.70 sen gardenia, krimnya tersembunyi, misteri dan enak untuk dihadamkan ketika baru bangun dari tido petang.

Sokong usahawan bumiputera!!!

Gripen
31-12-11, 08:37 PM
Massimo ada jual kat most Petro Station yg bukan Petronas - Caltex, Shell etc.

Tagline Massimo - The Italian Baker

Jdai83
31-12-11, 10:19 PM
Asalkan HALAL, SEDAP dan KUALITI BAGUS, hanpa kluarkan la jenama SUDU BENGKOK, gua tetap beli...Hangpa (tokei2 company tu) nak jadi kroni penyamun ka politician korup ka, hangpa jwb la kat Padang Mahsyar...

xamel2001
01-01-12, 01:38 PM
pasni dorang nk boikot ke ep si pizahat plak kot :D

Possibility utk benda tu terjadi mmg tinggi sbb Kepsi/Pizahat owner mmg berkeras takkan letgo saham Bumi mereka. Diorg insist that Kepsi/Pizahat dipegang oleh Bumi sampai bila2.

morpheuzneo
01-01-12, 03:08 PM
Possibility utk benda tu terjadi mmg tinggi sbb Kepsi/Pizahat owner mmg berkeras takkan letgo saham Bumi mereka. Diorg insist that Kepsi/Pizahat dipegang oleh Bumi sampai bila2.

itu pasal tussle utk memiliki saham majoriti dalam QSR group.. masih lagi berlaku..! tarik menarik berlaku..! *(tarik tali laa) ..,

tapi.. dari sudut kepentingan umat islam yg lebih besar - eloklah kfc.. / pizza hut ni . terus di pegang oleh orang melayu..! sebab hal halal haram makanan utama 2 restoran ni - ayam! dulu asik di curigai aje kfc ni kan.. status halal ayam sembelihan nya..! kini tak lagi..

apa yg diaorang ni dengki sangat dgn kfc dan pizza hut ni pun aku tak tau..! takpe.. kita tgk aje laa.. kemana haluan nya lepas ni. :) sama dgn isu roti.

aku tak kesah pun mana2 syarikat .. tapi asalkan mereka patuhi syarat ketat halal haram.. then it should be ok.

ekzos_pipe
01-01-12, 03:12 PM
pelik gak isu ni tetiba je ada keluar iklan kat paper itu hari..



dua2 korang jangan beli...beli roti buatan muslim bakery yg fresh lagi bagus.

Both Gardenia and Massimo or even Hi-5. All 3 have high borate or some food stabilizers. Go check Penang Consumer Asaociation reports yg sadly Utusan ke The Star ke NST takan publish.

Hi-5 ialah hasil "bail-out" Tabung Haji keatas Silverbird tanpa mendapat persetujuan dari pencarum. PPIM sendiri menganjurkan boikot Hi-5, dah la kotor...kilang hancus and at last minute TH ambil alih alasan nak menyelamatkan umat Islam. Punyalah banyak bakery Muslim, tak pulak dibantu. Ini zaman Mahathir dulu.

So, stick with the mom&pop bakery bread.

As for the chinese launching a campaign, they are the biggest tax payer this country...but the Malays are the biggest consumer of everything.

Cant stop them from launching a boycott campaign but you can start supporting muslim owner bussiness especially those who are a member of PPIM.

Both Tan Sri Bukhari and Robert Kuok are big business and cronies, no prize for guessing that. Dah kaya dah.

We should look out for the small businesses.

ini betul, tak payah pikir2 boikot2 la.. dari pikir cerita boikot ni, better kita support bakery muslim first. cuma muslim punya bakery ni kena mantapkan qualiti, kaedah marketing serta pakaging.. salah satu contoh brand yg loko(tp bukan muslim setahu saya) tp tetiba jadi mcm gempak ialah mighty white - tp rasa dia masih belum ble challange main stream punya roti - gardenia.

morpheuzneo
01-01-12, 03:51 PM
kalau betul nak support roti muslim.. kilang muslim - itu federal bakery..~ betul2 original roti muslim.. ! mamak mari.

103 tahun ' roti cerut '



Peminat roti sandwic keluaran Federal Bakery yang telah berusia lebih 100 tahun bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan bahkan kerabat diraja.



http://img585.imageshack.us/img585/3293/thefederalbakery01.jpg

http://img718.imageshack.us/img718/7045/sejarahrotifederal01.jpg

SEMASA Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery menjadi salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur.



SEJARAH Kuala Lumpur bermula pada tahun 1857 apabila bijih timah ditemui Raja Abdullah di kawasan Ampang. Hasil penemuan sumber alam itu menarik minat peniaga untuk menjual barangan keperluan kepada pelombong-pelombong bijih.

Mereka mendirikan kedai-kedai di pertemuan Sungai Klang dan Gombak sehinggalah pada tahun 1880 apabila Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor.

Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak bangunan dibina manakala jumlah penduduk semakin bertambah. Situasi itu mendorong seorang lelaki membuka sebuah kilang roti.

Kilang itu ialah The Federal Bakery yang dibuka pada tahun 1906 dan masih kukuh bertapak di ibu negara walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Diasaskan oleh Mohd. Yusof Ahmad Shah, kisah perniagaan Federal Bakery bukan mudah.

Bersama 11 orang rakan, Yusof menjual roti menggunakan sampan dan basikal.

Potong kepala

“ Keuntungan yang diperoleh seharian digunakan bagi membeli bahan mentah untuk jualan keesokan harinya dan proses itu berterusan.

“ Terdapat 11 orang lagi yang turut menjual roti namun hanya datuk saya yang mengambil keputusan membina kilang roti.

“ Tidak lama kemudian kilang ini diwariskan kepada bapa saya, Abdul Wahab, ketika dia berusia 18 tahun.



http://img853.imageshack.us/img853/9581/sejarahrotifederal02.jpg

MASHOOD ABDUL WAHAB


“ Saya pula mengambil alih daripada bapa pada tahun 1976 walaupun pada mulanya berasa kekok untuk menceburi bidang pembuatan roti.

“ Malah hanya saya seorang daripada lapan adik-beradik yang meneruskan perniagaan ini, ” kata pemilik Federal Bakery kini, Mashood Abdul Wahab ketika ditemui di pejabatnya di Bulatan Loke Yew, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Federal Bakery sebenarnya telah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka untuk terus bertahan.

“ Semasa British menjajah negara, kebanyakan kilang roti yang beroperasi menamatkan perniagaan mereka kerana kesukaran mendapatkan bekalan.

“ Bagaimanapun, bapa saya mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dengan menawarkan sumber makanan kepada mereka dan pihak British pula menyalurkan bahan mentah kepadanya, ” katanya.

Semasa pemerintahan Jepun dan Darurat, kesukaran lain pula melanda.

“ Pihak tentera Jepun pernah mengugut untuk memotong kepala bapa saya jika dia memberikan makanan kepada British. Tetapi bapa saya membuat perkara yang serupa seperti datuk dengan membekalkan makanan kepada pihak Jepun pula.

“ Semasa Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery merupakan salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

“ Malah kawasan kilang dikawal tentera 24 jam sehari dan segala urusan keluar masuk perlu melalui proses yang ketat, ” katanya yang tidak dapat melupakan peristiwa itu.


Resipi rahsia


http://img21.imageshack.us/img21/9179/sejarahrotifederal03.jpg

PENGGUNAAN teknologi moden membolehkan penghasilan roti keluaran Federal Bakery lebih pantas berbanding dahulu.


Walaupun terpaksa bersaing dengan kilang-kilang roti yang lebih besar, Federal Bakery tidak pernah gentar.

Rahsianya, kata Mashood ialah resipi asal milik datuknya yang masih digunakan sehingga kini.

“ Bukan kaum wanita sahaja suka mengumpul dan menyimpan resipi masakan, saya juga menyimpan dan mereka cipta resipi-resipi baru khususnya dalam pembuatan roti.

“ Buku yang berusia lebih 100 tahun ini masih elok dalam simpanan saya dan akan menjadi rujukan anak-anak saya kelak apabila mereka mewarisi perniagaan turun-temurun ini.

“ Malah pelanggan yang sudah biasa dengan resipi lama sering memberi ingatan supaya tidak menukar kepada ramuan baru sehingga ada yang sanggup datang ke kilang, ” katanya ketawa.

Mashood memberitahu, pembuatan roti pada masa dahulu lebih sukar berbanding sekarang yang menggunakan teknologi moden.

“ Bapa sering menceritakan kepada saya betapa susahnya untuk membuat sebuku roti berbanding sekarang yang mempunyai pelbagai peralatan canggih yang mempercepatkan prosesnya.

“ Ini kerana pada zaman dahulu proses membuat roti mengambil masa selama sembilan jam berbanding tiga jam sahaja kini kerana pada waktu itu yis yang membolehkan tepung cepat kembang belum digunakan.

“ Sebaliknya mereka pakai sejenis bunga yang membolehkan tepung kembang tetapi ia tidak secepat yis. Tambahan pula, mereka membakar roti menggunakan arang dan kayu api sahaja, ” katanya lagi.


15 jam


Uniknya, bagi mengetahui sama ada roti itu sudah masak atau belum, mereka mengukurnya dengan menghisap cerut.

Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, roti yang dibakar sudah boleh dikeluarkan daripada ketuhar. Masa yang diambil ialah sembilan jam dan keseluruhan masa proses sebelum roti siap diedar ialah 15 jam.

Kini, pekerja hanya memutar tombol penentu masa pada ketuhar dan hanya menunggu roti tersebut masak dalam jangka masa kurang dua jam.

Federal Bakery merupakan syarikat pemilik beragama Islam tertua di Malaysia dan kini mempunyai 40 orang pekerja.

“ Kami turut menghasilkan roti sandwic berharga RM1.60 sebanyak 40,000 sehari dan bagi roti berkrim pula sebanyak 100,000 biji.

“ Pasaran pula ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang yang mewakili lima peratus industri roti di negara ini dengan kekuatan 45 buah lori dan 250 orang vendor yang dilantik, ” katanya yakin.

Bicaranya, antara pelanggan roti keluaran syarikatnya ialah keluarga diraja Kelantan dan Perlis. Malah bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak adalah antara pelanggan utamanya dahulu.

“ Bagi keluarga diraja, pemandu mereka akan datang ke kilang di Sungai Besi seminggu sekali untuk mengambil stok. Mungkin kerana roti sandwic yang Federal Bakery hasilkan lebih lembut berbanding pengeluar roti lain.

“ Federal Bakery juga menghasilkan roti Perancis yang jarang syarikat roti buat kerana prosesnya yang sukar dan kini kilang ini telah menghasilkan 30 jenis roti seperti roti sandwic, ban berperisa ban kelapa, ” ujarnya.



- Kosmo -

Tok Janggut
01-01-12, 04:47 PM
salam

Ini bukan Isu UMNO dan sekiranya UMNO nak beli gardenia guna duit UMNO pun silakan la. Tak ada masalah. Rasanya orang yang membangkitkan isu gardenia = kroni UMNO nie macam pelik sikit. Melainkan la Gardenia nie milik kerajaan Malaysia dan dia kena beli tepung dari company X yang milik orang UMNO. Itu baru di katakan kronisme. Kalau ini dikira kronisme, banyak lagila syarikat2 yang linked to UMNO atau orang UMNO termasukla media prima, berjaya dan sebagainya.

I think ini antara hujah yang tak berapa cerdik.

tj

hanamichi
02-01-12, 10:21 AM
tak pernah nmpk plak roti missimo (tul je eje ni) ni kat area rumah aku

baru ku tahu gardenia tu org Islam yg pegang

makin lah aku beli gardenia hehe

tak kisah lah ada link dgn umno pun

bukan link dgn yahudi

roti high-5 mmg dah jadi pantang

*tp kalu ada roti setanding gardenia yg ada link dgn pas, pasti ku beli

Gripen
02-01-12, 10:43 AM
true TJ, kalau mcm
tu patut boycott A&W sebab milik KUB.Com another crony or boycott Starbucks sebab milik Berjaya another bigger UMNO crony or even boycott beli Proton since the part suppliers are at one time all UMNO heads like the one that belongs to my college mate ...

buy from mom and pop muslim businesses better ... mcm Taman Nirwana sederet dengan Dr Zainol's Azzain ada... in JB old school muslim bakery siap pakai wood oven lagi.

Tapi kalau rasa kaya and nak healthy try Ezekiel ... but only sold in Cold Storage ;)

totti 10
02-01-12, 11:50 AM
and robert kuok, one of the richest men in Malaysia,
is not a chroni and does not have politicians in his pocket?
owh pls......................

Tok Janggut
02-01-12, 11:53 AM
salam

tak perlu la nak boikot2. Selagi halal, makan la.

tj

Gripen
02-01-12, 12:17 PM
tak pernah nmpk plak roti missimo (tul je eje ni) ni kat area rumah aku

baru ku tahu gardenia tu org Islam yg pegang

makin lah aku beli gardenia hehe

tak kisah lah ada link dgn umno pun

bukan link dgn yahudi

roti high-5 mmg dah jadi pantang

*tp kalu ada roti setanding gardenia yg ada link dgn pas, pasti ku beli

orang ada ekuiti berbeza dengan run by orang Islam. ;)

AMMB owned by Melayu run by Chinese. So Gardenia ni...owned by
Melayu but run by? from top management...distribution channel semua orang Islam ke?

Tengok ubat gigi Mukmin...no secret it has been sold to non-muslim, tinggal nama je bunyik2 Arab ... dan mesti Melayu beli sebab bunyik Arab pasti halal.

Hi-5...memang lepas pendedahan dan bail-out by Tabung Haji aku beli. Until now TH x transparent on the DD how the decision came to buy Silverbird.

*DD - due dilligence

DatukM
02-01-12, 01:02 PM
i did not boycott because of this issue
its too shallow

but its not boycott per se
its just my own long term motivation to support our own product u know what i mean
dan bukan sekadar hangat2 taik ayam bila keluar isu israel itu ini baru nak boikot
tp xde la sampai berkerat jari, kalo tak kene dok dalam gua la kan :D

its personal choice

perangai
02-01-12, 01:42 PM
applebee's ada bah

Oris
02-01-12, 01:55 PM
Roti gardinea susah dah nk dpt kat kedai2 runcit... dorank target lambakkan stok kat pasaraya besar agaknya....

Massimo ke?? kilang kat pulau indah jer ni ha... x sedapp.. keras, takde urmphhhh!!! gardinea jugak yg ok....

(kalau kat batu caves dulu, pakat beli roti imam jer... kedai kat tmn batu caves depan padan bola... kok ando lagi la..)

hilmi79
02-01-12, 03:14 PM
Kita kena faham, boikot tu maknanya tidak menyokong, boikot dengan sabotaj tu berbeza sangat. Jadi rasanya tak ada masalah kalau nak boikot Roti Massimo ni atas kerja propaganda yang diorang buat for the past 4 months on Gardenia, dalam blog2 cina banyak yang minta beli Massimo sebab milik robert kuok(raja gula) & jangan beli Gardenia sebab sebahagian share milik Tan Sri Syed Mokhtar.. Sebarkan makluman ni.

mnajem
02-01-12, 04:51 PM
Anvar bakery tu ker? Sedap?

Sent from my GT-I9100G using Tapatalk

Gripen
02-01-12, 05:11 PM
macam takan berjaya sebab orang cina biasanya kira bab harga dari sentimen, kalau tak dah lama boikot A&W ke KIA ... Chevrolet sebab tu semua kroni UMNO ;)

Tapi yg pasti...cina yg pegi posting hentam melayu kat FB mesti dah cuak dan hide profile sebab ramai dah cari ;)

Penakluk
02-01-12, 11:35 PM
orang ada ekuiti berbeza dengan run by orang Islam. ;)

AMMB owned by Melayu run by Chinese. So Gardenia ni...owned by
Melayu but run by? from top management...distribution channel semua orang Islam ke?

Tengok ubat gigi Mukmin...no secret it has been sold to non-muslim, tinggal nama je bunyik2 Arab ... dan mesti Melayu beli sebab bunyik Arab pasti halal.

Hi-5...memang lepas pendedahan dan bail-out by Tabung Haji aku beli. Until now TH x transparent on the DD how the decision came to buy Silverbird.

*DD - due dilligence
Bro, ubat gigi mu'min tu orang islam ke tak tokey dia? sumber bro? saya sekarang pakai mu'min, kalau betol la bukan orang islam memang nak pakai jenama zaitun (jenama ni amacam pulak bro?) la kot, tak pon halagel..

Gripen
03-01-12, 12:26 AM
Bro, ubat gigi mu'min tu orang islam ke tak tokey dia? sumber bro? saya sekarang pakai mu'min, kalau betol la bukan orang islam memang nak pakai jenama zaitun (jenama ni amacam pulak bro?) la kot, tak pon halagel..

nanti aku scan document from ROC kasi ko tgk - sumber ... terbitan PPIM. Join la PPIM...byk info PPIM x dedahkan in public sebab well ... our Law ...

yang orang Islam punya...manufacture pun sendiri ... Halalgel.

Zaitun pun bukan Islam punya...nama sahaja.

banyak kompeni2 yg dulu milik Islam, pemilik original dah exit the business...

xamel2001
03-01-12, 09:23 AM
Zaitun pada zaman kegemilangan mmg milik Muslim Chinese. Teh family. Skrg tak sure pulak.

Their youngest daughter practice law kat Bangsar.

amx
03-01-12, 11:05 AM
ceh pasal roti pun nak bersuku sakat kaum?

link ngan umno then boikot? cina bukit sunggoh. ko telan saja lah

yg islam dah tentu carik yg bersih halal

link dengan umno, pas or etc who care? selagi halal boleh di makan

nuhhh, pasaraya bilal kat kelantan, tokeii besar kat atas tu bekas taikun cina kongsi gelap. ada orang kesah? ramai gak org islam gi shoping

taikun tu bekas pelajar bapak aku. kenal lah sangat.

avicenna
03-01-12, 12:00 PM
aku beli roti gerdenia sbb org Islam owner dia.
tu je tujuan nya :)