PDA

View Full Version : Latihan Separa Perubatan Gred U29



gomen
16-04-12, 11:18 PM
Latihan Separa Perubatan adalah latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Calon perlu melepasi peperiksaan / temuduga bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan.
Setiap tahun, pengambilan dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Latihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada warganegara Malaysia yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
Berdasarkan maklumat dari pihak SPA, jadual peperiksaan Latihan Separa Perubatan Gred U29 akan dijalankan pada 22.04.2012 11.05.2012.
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota) (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2072)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2073)
Latihan Jururawat (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/4310)
Latihan Jururawat Masyarakat (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/4641)
Latihan Jururawat Pergigian (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/3314)
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2613)
Latihan Juruteknologi Pergigian (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/3306)
Latihan Juru X-Ray (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2970)
Latihan Pembantu Kesihatan Awam (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/4651)
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/3325)
Latihan Penolong Pegawai Farmasi (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/4533)
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2751)
Latihan Penolong Pegawai Perubatan (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/LatihanSeparaPerubatan/2354)

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Biasiswa & Kemudahan Semasa Menjalani Latihan Separa Perubatan
Biasiswa Bulanan (program bertaraf diploma) RM 621.21
Elaun Buku (setiap tahun) RM 250.00
Elaun Alat Perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
Elaun Kertas Projek (setiap tahun) RM90.00
Penginapan & Pakaian Seragam.

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Untuk melayakkan calon berjaya mendapat latihan separa perubatan ini, ada 2 sessi penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan kedua, sessi temuduga individu.

gomen
17-04-12, 04:01 AM
member2 yg ada pengalaman exam / interview latihan separa perubatan bleh share

gomen
18-04-12, 01:41 AM
antara contoh soalan temuduga untuk latihan separa perubatan :

1-Sila perkenalkan diri anda.
2-Anda memohon Latihan Juruteknologi Pergigian. Terangkan apa tugas Juruteknologi Pergigian?
3-Apakah risiko Juruteknologi Pergigian?
4-Dimanakah Juruteknologi Pergigian bertugas?
5-Pakaian Juruteknologi Pergigian semasa bertugas?
6-Perbezaan antara Jurupulih Perubatan (anggota) dan Jurupulih Perubatan (cara kerja)?
7-Apakah tugas pembantu kesihatan awam?
8-Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia?
9-Bilakah Hari Jururawat Sedunia?
10-Sebutkan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia.