PDA

View Full Version : budak mati ditinggal selama 6jam dalam kereta di parking sekolah



kala_lepek
22-06-12, 05:20 AM
http://4.bp.blogspot.com/-S3IdXdxekSA/T-Kh0J8TxcI/AAAAAAAAToM/i0xEWaCDcY0/s1600/kanak-kanak+mati+lemas+dikereta.jpg (http://4.bp.blogspot.com/-S3IdXdxekSA/T-Kh0J8TxcI/AAAAAAAAToM/i0xEWaCDcY0/s400/kanak-kanak+mati+lemas+dikereta.jpg)



JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik ibunya selepas ditinggalkan dalam kenderaan itu selama lebih enam jam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin dan kenderaan itu diletak berhampiran kantin di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi, di sini.

Mangsa, Sharnaath Kumar disahkan mati di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini selepas dihantar untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dikatakan tidur dalam kenderaan itu sebelum ibunya, guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah kira-kira jam 6.50 pagi untuk melakukan beberapa tugasan




-----------------------------------------------------------------







tak kusangka insan yg kukagumi
yang terkenal di daerah dan di negeri ini...
telah melakukan satu kecuaian yg tidak dapat diterima akal
hingga mengakibatkan kematian anak kecil....aduh....it's so embarassing....

fizah_tinggi
22-06-12, 07:01 AM
adakah ni berpunca daripada sikap tak ambil tahu atau tidak mahu tahu tentang kejadian2 yang sama sebelum ini?

rimau_kumbang
22-06-12, 07:33 AM
Masih ada lagi kes macam ni ingatkan semua dah sedar dah..dah byk kali berlaku pun ada lagi yang buat

Sent from my GT-N7000 using Xparent Blue Rimautalk 2

z_far
22-06-12, 07:52 AM
kalau kat US mak ayah yg cuai bole disaman.. kat sini takde orang nak saman ke? huhu sesuka hati nak saman orang...

dah ajal dah terpaksa terima maybe terlupa tu..

Adreen
22-06-12, 07:58 AM
kalalepek kenal ke mak dia?

mnajem
22-06-12, 08:04 AM
adakah ni berpunca daripada sikap tak ambil tahu atau tidak mahu tahu tentang kejadian2 yang sama sebelum ini?

Terlupa ni bukan Boleh dibuat2. Rasanya pre cautious act yg kena buat, never leave our kids alone in the car. X jadi mcm ni jadi kes culik ke kereta kena bwk Lari ke

Sent from my Galaxy Nexus using Tapatalk 2

cannondale
22-06-12, 08:17 AM
mungkin pada dia.. takpe la anak tido dalam kereta pasang aircond sejuk sket.. kalau bukak tingkap nanti panas pulak..

DatukM
22-06-12, 08:36 AM
xlarat nak komen lg dah
mcm baru je lagi tred sebelom ni tu tak silap acik kot bukak

geram pon ada

harap2 kta amek iktibar


mungkin pada dia.. takpe la anak tido dalam kereta pasang aircond sejuk sket.. kalau bukak tingkap nanti panas pulak..

tak silap aku kete tu enjin mati
tingkap tutop
panas

mak eh g punch card dulu
pastu lupe anak eh dlm kete sambong keje mcm bese
huhu

kalo ekon idop aku rase no hal pon



pasal saman cuai tu aku rasa dalam law kta mmg ada pon
tp xde org sampai hati nak amek tindakan kot
in the end makin berleluasa

mr_naza
22-06-12, 08:55 AM
mula2 igt kejap je pastu jumpe cikgu lain sembang2 terlupa...mungkin anak dia jarang ikut so bila jadi lupa anak dia ade dalam kereta

Chuy4 4ng3L
22-06-12, 09:01 AM
semoga dijauhkan aku dan keluarga aku dengan kecuaian yang macam ni

gbum
22-06-12, 09:24 AM
tapayah saman la... anak mati dah cukup sedey gilak.. silap silap bley minum racun wo ittew cheguuu... ammaa....

Chuy4 4ng3L
22-06-12, 09:26 AM
saman?
rasanya amma tu da dihantui kesebersalah sampai mati kot... tayah dah la nak saman2...

kazhared
22-06-12, 09:28 AM
macamana la anak sendiri pun boleh lupa.tak paham betul aku!menyesal tak sudah la jawabnya

DatukM
22-06-12, 09:36 AM
saman?
rasanya amma tu da dihantui kesebersalah sampai mati kot... tayah dah la nak saman2...

ini bukan utk dia

tp pengajaran utk orang lain




rule of thumb:
never leave ur child alone
tak kira dimana2 esp dalam kete

dah usaha
jadi jugak
tu lain cite

amx
22-06-12, 09:48 AM
macam ulang balik berita

aku rasa cam baru je lagi kes tinggal anak dalam kereta, pastu mak/pak pi ngajar dalam kelas
didik anak orang, anak sendiri dah putus nafas dalam kereta

terlupa kah?

kalau pasang ekon pun, just bukak sket tingkap bagi angin keluar masuk.

hmm...takziah pada famili ni...

parent lain, please lah....jangan lupa kat anak2... sesibuk mana sekalipun, jgn la lupa kat mana anak2 kita berada...
peringatan utk diri sendiri jugak...

hanamichi
22-06-12, 09:50 AM
smlm bc dlm kosmo

yg aku faham

cikgu ni terlupa

biasanya mmg dia htr anak dia ke nursery/tadika sblm gi sekolah

tp entah camne dia terlupa anak dia kat belakang sedang nyenyak tido

terlupa tak leh nak cakap beb

padahal itu rutin, Allah punya kuasa

mgkin kepala otak dok fikir dok serabut benda lain

pastu sepjg hari cam terbayang 'apa yg aku terlupa hari ni'

tup2 benda yg terlupa tu malapetaka

sedar2 masa balik tghari, anak dah mati dlm kreta

kesian kat budak tu

aku terbayang2 kalau budak tu terjaga menjerit minta tolong

tp takde org dgr, last2 pengsan dan mati

*biasakan buka sikit cermin pas parking kete, aku rasa org pomp jarang buat benda ni

DatukM
22-06-12, 09:51 AM
aku salu pesan kat wife
kalo isik minyak tu
jangan biarkan enjin kete on
keluar kete, lock
tingkap turun sket la to be extra cautious

sebelom nak undur keta tu make sure anak ada depan mata dulu



na'uzubillah!

kta hanya berusaha

Chuy4 4ng3L
22-06-12, 09:57 AM
hmm gigih pagi tadi aku angkut ayyan utk pegi tapau nasik lemak..
padahal kalo tinggal kejab pun takpe jer.. nasik lemak siap bungkus pun..

kun fa ya kun pun ye gak.. apapun, slalu doa la as ibu bapa ni.. doa agar anak2 kita dilindungi..

xamel2001
22-06-12, 10:13 AM
Aku dgr news pasal ni tadi otw to work. Katanya mak dia tgh stress pasal keje.

Anyway, si ibu akan didakwa atas child negligence. Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM20K ATAU dipenjara (aku tak ingat tempohnya) ATAU kedua2nya sekali.

fosilmitra
22-06-12, 11:17 AM
:salam:

Mudah-mudahan kiter semua terhindar dari kecuaian yg boleh membawak maut... InsyaAllah...

p/s: Simpati buat mangsa dan keluarga...

Neo5
22-06-12, 11:29 AM
:salam:

Minta dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.

Beringat selalu.

kala_lepek
22-06-12, 01:59 PM
malunya kes tu berlaku di satu tempat berprofil tinggal..dah la sebut nama...satu jb tau ktner..
adeh....' nak tutup pun x leh nak ditutup sebabb pejabat NSTP mmg ada dkt2 situ...tambah2 metro..
aritu kes ayah chong wei dia boleh umum...nikan plak nama sekolah...
dgr khabarnya, budak tu mcm kena masak, dh x nampak biji mata..dan bila wat autopsi
air diletakkan pada kulitnya berasap....maklumla berada lama dalam suhu tinggi, walaupun park tpi kantin..
stress...a'ah...x dinafikan mmg stressful kalau kat situ.

.tapi alasan LUPA, mmg x leh terima...

mr_naza
22-06-12, 02:21 PM
^^ kira cam masuk dalam oven la ni...ish2 teruk giler kalau camtu

hanamichi
22-06-12, 02:51 PM
pen pun boleh bengkok beb duduk dalam kete tgh panas + tutup cermin

Lang
22-06-12, 03:26 PM
Moralnye jangan tinggalkan anak didalam kenderaan.

Nanti lupe terpanggang anak sendiri

ChEf_N|3aM
22-06-12, 03:30 PM
korang pernah "terubahkan" rutin harian korang tak? sekali tertinggal henpon ke, wallet ke, pen drive ke? aku anggap kejadian macam nie... lebih kurang macam tu laaa... (bersangka baik jer)

Atmi_Raniya
22-06-12, 06:38 PM
sedih juga la cerita ni, manusia normal mana yg nak org tersayang jadi apa2 inikan pulak sampai maut,

tapi tak payah citer org lain, saya ni yg punya la hati2 kalau bawak anak2 gi shopping,

siap tak lepas pandang, tetiba 1 hari, tah macam mana nk berlaku, lepas beli brg, saya 'terlupa' pada anak saya no. 3 masa tu (umo 3 1/2 thn) tertinggal kt dlm supermarket.

elok je dh nk sampai parking, husband tanya " eh, anak mana?", masyaallah, bayangkn keadaan saya masa tu, panik+ sedih.. macam mana boleh terlupa anak? padahal..

cumanya kejadian cikgu ni lupa anak dia sampai bawa padah..

Eric Tiong
22-06-12, 06:51 PM
kenapa perlu ada tindakan/ saman ..implement negligent act??

pernahkah kita terfikir bagaimana kalau ada berlaku mereka yg sengaja melakukan pekara begini (dalam bahasa sadis bekeinginan utk membunuh secara meng'oven' mangsa dalam kereta...adakah itu mustahil utk berlaku..??

bukan utk penalise si ibu mangsa tu...tp selain dari as a lesson, juga utk mengelak perkara yg tak terjangkau dek akal spt di atas..Dan aku mmg susah nak hadam benda2 mcm ni termasuk la yg reverse trlanggar anak semua tu...kalau terlanggar anak kucing pun da kacau jiwa inikan pulak...

OT : dulu ada satu company nak introduce satu product berkonsep mggunakan panel solar yg diletak atas bumbung kereta...so tenaga suria yg terkumpul akan activate car system supaya engine boleh running then auto start the air-cond...so kalau kita parking kat tgh panas, tak perlu bekipas bila masuk keta coz air-cond da auto on before hand...dan yg pasti kes2 tragis dapat dielakkan juga. But somehow the investment quite high dan i assume x jln la kot x nampak pun in market..

ATAU : Car manufacturer bole intro satu sistem infra red yg bole sensor kalau ada 'living object' tertinggal dalam kereta then sensor/alarm akan berbunyi ...boleh kah??

Axl
22-06-12, 07:06 PM
a tragedy can trigger a better solution for avoidance

bila nak dijadikan "sebab"..

gbum
22-06-12, 09:37 PM
ATAU : Car manufacturer bole intro satu sistem infra red yg bole sensor kalau ada 'living object' tertinggal dalam kereta then sensor/alarm akan berbunyi ...boleh kah??

dah ada... kat keta mahai jelah... lepas keta kena lock dengan remote.. kalu ada movement dalam keta.. alarm akan bunyik..

DatukM
22-06-12, 10:14 PM
pelek jugak orang lalu-lalang tak pasan

z_far
22-06-12, 10:29 PM
memang takde orang normal yg nak anak kejadian seperti ini berlaku..

tapi takdir dah menentukan terjadi jugak...

imagine apa yang mak budak ni lalui, selain kehilangan anak sebab kecuaian sendiri which is hard to forgive herself orang sekeliling macam husband dia mungkin juga tak dapat terima or salahkan dia.. sangat hebat ujian emosi

spider
22-06-12, 10:35 PM
korang pernah "terubahkan" rutin harian korang tak? sekali tertinggal henpon ke, wallet ke, pen drive ke? aku anggap kejadian macam nie... lebih kurang macam tu laaa... (bersangka baik jer)

Aku pun terfikir macam tu, kadang2 dompet yg ada lesen pun aku bleh terlupa bawak masa drive, bukan sengaja tapi nak buat camner terlupa. Takde orang yg sempurna pun, kalau nama manusia mmg takkan terlepas dari sifat lupa nih. Kita bolehla cakap perkara yg mmg tak terjadi pada kita dan harap2 mmg tak terjadi tapi janganla ada sifat seolah2 kita takkan terlupa sbb bila2 pun kita bleh diuji dengan ujian lupa nih.

miebegoga
23-06-12, 12:08 AM
terlupa bukan disengajakan.. cuma situasinya yg boleh membawa kpd maut..
semua orang mengalami kes camni.. cuma pada situasi yg berbeza.
sebab terlupa itu adalah sifat semulajadi manusia.
tiada ibu yg berfikiran normal akan membiarkan anaknya dipanggang dlm kereta..
bagi seseorang yang tidak solat, tertidur dan terlupa adalah suasana yang dimaafkan ..
ini menunjukkan terlupa itu satu perkara diluar kawalan ataupun kemampuan kita..

Chuy4 4ng3L
23-06-12, 08:08 AM
Lain org lain pendapat.. Tp aku ttp rs tak perlu saman si ibu... Sakit yg dia tanggung dah cukup pedih...

Kita boleh tgk if ibu tu buat mmg purposely nak "bunuh" anak, or dia mmg dalam ketaksengajaan...
Utk org luar plak, bila kjadian mcm ni blaku, amik iktibar.....

Apapun berbalik pada kun fa ya kun...

Magenta
23-06-12, 11:32 AM
Dalam kes ni ada 2 faktor.....

1. Cuai - Masa park keter dia tahu dan tengok anak dia sedang tidur & ditinggalkan sbb nak buat tugasan
2. Terlupa - Masa park keter, langsung tak ingat anak dalam keter dan terus blah nak buat tugasan

jika faktor 2 bolehlah dimaafkan....

yunjane
23-06-12, 07:15 PM
dalam dunia ni semua pinjaman semata-mata
sebab tu kena jaga baik-baik
kalau Allah nak ambik balik..bila-bila masa jer boleh

DatukM
23-06-12, 07:30 PM
Dalam kes ni ada 2 faktor.....

1. Cuai - Masa park keter dia tahu dan tengok anak dia sedang tidur & ditinggalkan sbb nak buat tugasan
2. Terlupa - Masa park keter, langsung tak ingat anak dalam keter dan terus blah nak buat tugasan

jika faktor 2 bolehlah dimaafkan....

bukan yg 1st?

berita yg memula aku baca

Budak 5 tahun mati dalam kereta ibu
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Jun 2012
JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.

Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.

“Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.

“Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.

Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.

Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

sinar harian

Tok Janggut
23-06-12, 09:09 PM
salam

Sengaja atau tidak, this news really disturb my emotion

tj

Magenta
25-06-12, 01:54 PM
kalau faktor cuai....so sad....
masa park keter dan enjin off, kalau dah tahu anak sedang tido....tingkap patut dibuka.

kala_lepek
25-06-12, 10:57 PM
xsilap aku la, dia dtg lmabt sikit..aku rasa kat sek lain,
masih sempat lagi, la...tapi bagi sebuah sekolah elit, 7.01am dah kira lewat, erk..dia dtg lagi 5mnt nak merah..(bos garang laks tue...)
dan dgr citer dia perlu dipantau oleh org dr pej.pelajaran..tu yg takut, sampai terlupa..

dan dia hanya menyedarinya setelah habis kerja dan bukak kunci keter..
bayangkan kalau lepas sek. ada mesyuarat atau ada kegiatan koko...edeh...

apapun, keterlupaan beliau dah pun terbalas dengan bayaran yg amat memilukan..
aku hrp sebagai insan yg bergelar ibu, aku juga perlu menjadikannya sebgai pengajaran...tertinggal wallet atau henpon leh hidup..terteinggal anak?

refleksi
25-06-12, 11:58 PM
Akta 611 - Akta Kanak-Kanak 2011
tapi aku bukan orang undang2..
taklah berminat nak baca akta ni sampai habis..

visz
28-06-12, 12:58 AM
aku rasa patut saman..sebab benda ni dr dlu lg sepatutnya org malaysia alert..kecuaian sebegini xpatut!