PDA

View Full Version : Isu pelaburan emas yang tidak dibenarkan oleh BNM..



fosilmitra
17-10-12, 03:34 PM
:salam:

Musykil lak acik skrg nie... begitu byk pulak kes mengenai agensi/firma/sykt yang membuat pelaburan emas yg tidak sah dicekup oleh BNM...

Adakah perkara ini ada kaitannya dgn PRU-13 bilamana mana byk wang diperlukan bagi mengerakkan jentera PRU kerajaan nanti?.. Disebabkan itulah byk wang sykt pelaburan emas di"beku"kan?... Hmm.. hanya andaian acik semata˛...


Urus pelaburan, termasuk emas tanpa kebenaran Bank Negara

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sembilan lagi syarikat, termasuk lima yang terbabit dalam pelaburan emas, menjalankan kegiatan tanpa mengikut peraturan kewangan. Syarikat berkenaan ialah Azea Property Sdn Bhd, CGF Fine Metal Sdn Bhd, Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution Enterprise, Public Gold Sdn Bhd, Royal Gold Sdn Bhd, SGFM Trading Sdn Bhd dan Urustabil Sdn Bhd.

“CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen.
CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen...

Selanjutnya disini: Sembilan lagi firma dikenal pasti (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sembilanlagifirmadikenalpasti/Article/)

Ada pandangan?...

DatukM
17-10-12, 04:28 PM
Public gold dah buat clarification dah

Delisted from the list

anaktimur84
17-10-12, 06:18 PM
kenyataan media PG
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/22628_10151512986239572_355755058_n.jpg

fakir
18-10-12, 09:11 AM
la berita lama la yea maksudnya...erm

totti 10
18-10-12, 09:40 AM
http://www.bnm.gov.my/documents/2012/20121015_EN_FCA_list.pdf

tapi masih still ade dlm list nih
tak hapdet lagi kat website
ntah ape2

rimau_kumbang
18-10-12, 09:50 AM
^ memang list yg aku amik tu pon dari website bnm...memang xupdate la tu

Sent from my GT-N7000 using ICS Xparent SkyBlue Rimautalk 2

anaktimur84
18-10-12, 10:10 AM
kalau PG kene serbu sekalipun apa nak takut..? sebab kan emas dalam tangan. leh jual sebagai used gold or leburkan jadi barang kemas. lain la citenya kalau emas tu company yang pegang/simpan cam ganneva or emas Maya (digital) cam VGMC..

oh ya, sebut pasal VGMC. Bank nagara x kacau pun VGMC masalah sendiri. bg alasan semua urusniaga digantung sampai oktober tahun depan sebab nak senaraikan dalam IPO. nampak sangat menipu. upline-upline yang ternganga mulut sibuk pujuk downline2 yang x pulang modal lagi supaya jgn marah. normal la if syarikat nak senarai dalam IPO bila dah jadi makin besar. kikikikiii...

cikfen
18-10-12, 03:43 PM
Masa BNM sibuk serbu syarikat emas, bank2 di Malaysia sibuk jual emas kat orang ramai???

fosilmitra
30-10-12, 10:43 AM
:salam:


Berita terkini daripada KWSP.

Penggantungan Institusi Pengurusan Dana

Sila ambil maklum bahawa Public Mutual Berhad (Kod IPD 03) telah digantung perkhidmatann ya sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 29 Oktober 2012.Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Berhad (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli daripada KWSP mulai dari 29 Oktober 2012. Bagaimanapun, IPD berkenaan masih bertanggungjawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Oktober 2012.

Tarikh kemaskini: 29 Oktober 2012


Sumber dari Bernama Siba... :p

mr_naza
30-10-12, 11:58 AM
:salam:



Sumber dari Bernama Siba... :p

baru bercadang2 nak masuk unit trust...demmm...gov dah tau PM blh bagi dari dorang atau mungkinkah............jeng jeng jeng

rimau_kumbang
30-10-12, 12:05 PM
ayarkkk.....baru je planning

spider
30-10-12, 06:55 PM
kalau semua dah bawak melabur luar susahla depa :p

Gripen
30-10-12, 10:20 PM
cukup2 la tu...bila la Melayu ni nak sedar.

Do the maths:

you buy the "gold" at 30% above market price with supposedly income of 2% per month for 3 months so thats 6%.

Question: what happens to the 24%?

Geneva Gold ni dulu nama lain dan 3 tahun dulu BNM dah serbu, Chairman dulu sepupu PM kita. Lepas tu tukar nama, jadikan Islamic syariah base bagai and jemput Tun M and Chairman, Puteri Sultan Pahang.

Wake up wahai bangsa ku.

mnajem
30-10-12, 10:39 PM
cukup2 la tu...bila la Melayu ni nak sedar.

Do the maths:

you buy the "gold" at 30% above market price with supposedly income of 2% per month for 3 months so thats 6%.

Question: what happens to the 24%?

Geneva Gold ni dulu nama lain dan 3 tahun dulu BNM dah serbu, Chairman dulu sepupu PM kita. Lepas tu tukar nama, jadikan Islamic syariah base bagai and jemput Tun M and Chairman, Puteri Sultan Pahang.

Wake up wahai bangsa ku.

apehal tun tak buat homework ker

Sent from Huawei Ascend P1 U9200

spider
30-10-12, 10:52 PM
Akhirnya BNM keluarkan PG dari alert list.

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=d40f182115&view=att&th=13ab1441f15d82ae&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_HXirfdGibIJwQG6vtT0ci&sadet=1351608762932&sads=OieSqqlUeslBLBs6nifrcgOjWR4&sadssc=1

http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=4651

fosilmitra
01-11-12, 10:10 AM
:salam:

Punyalah kayo rakyat msia nie... berbillion˛ duit depa!



KUALA LUMPUR - Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion dan boleh mencecah RM10 bilion.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.
Sumber: Kosmo!

Gripen
02-11-12, 02:03 AM
pelik, ramai yg terlibat orang Melayu Islam sbb termakan perkataan Islamik: Syariah Compliant and pulak tu lecturer UIA mana la jadi Syariah Advisory Council Geneva Gold.

Majlis Fatwa Kebangsaan pulak boleh keluarkan Fatwa halal ;)

balakblues®
06-11-12, 08:42 AM
keluhan pelanggan geneva

kalo rajin baca.

Keluhan pelanggan emas

SAYA adalah seorang daripada puluhan ribu pelanggan Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Saya terpanggil menulis untuk memberitahu sebab-sebab kenapa saya dan mungkin ramai yang lain memilih untuk membeli emas daripada syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.


1. Saya beli emas, saya dapat emas, bukan dapat kertas.

2. Genneva memberi hadiah atau 'hibah' (berlandaskan syariah) atas nilai belian emas tadi mengikut tempoh akad yang dipersetujui bersama.

3. Tiada paksaan. Selepas tamat tempoh akad, saya boleh perbaharui akad atas kerelaan sendiri. Saya juga boleh menawarkan kepada Genneva untuk menjual semula emas itu kepadanya atas harga yang dipersetujui bersama, malah saya boleh menjual emas itu kepada sesiapa saja atau di mana saja yang saya suka kerana emas itu adalah milik saya.

4. Proses jual beli adalah telus, ada perjanjian jual beli (S&P) dan mengikut prinsip Al-Bai serta syariah.

Sebagai orang Islam, saya kagum dengan Genneva Malaysia Sdn. Bhd. kerana selain berusaha menerapkan nilai Islam dan prinsip syariah dalam urus niaganya, Genneva Malaysia telah membantu meningkatkan kualiti hidup kira-kira 70,000 keluarga di seluruh Malaysia! Bayangkan jika setiap keluarga ada lima ahli, ini bermakna jumlah isi rumah yang menikmati hidup berkualiti hasil daripada membeli emas dan memperolehi hibah daripada Genneva, adalah kira-kira 350,000 orang.

Sejak Genneva Malaysia Sdn. Bhd., mula beroperasi, Genneva Malaysia tidak pernah gagal memberi hibah kepada pelanggan-pelanggannya, walhal pemberian hibah itu hanyalah atas budi bicara dan ihsan syarikat itu semata-mata.

Hakikatnya, hibah inilah yang telah membantu kira-kira 70.000 orang menyara keluarga, membiayai kos perubatan, membiayai persekolahan anak-anak termasuklah yang belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik.

Ramai yang mampu melangsaikan hutang bank, kad kredit dan macam-macam lagi perbelanjaan yang disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup saban tahun.

Malangnya, apabila Bank Negara dan beberapa agensi kerajaan menyerbu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. dan merampas peralatan pejabat, rampas emas milik pembeli serta membekukan akaun bank Genneva pada 1 Oktober lalu, maka 70,000 pelanggannya yang menikmati hibah setiap bulan selama ini, menjadi bingung kerana hilang punca pendapatan menerusi hibah bulanan yang dinikmati selama ini.

Dalam kata lain, Bank Negara dan agensi-agensi berkaitan telah menyekat pemberian hibah oleh Genneva Malaysia Sdn. Bhd. kepada kira-kira 70,000 pelanggannya.

Akibatnya mereka kehilangan sumber pendapatan yang membantu menyara keluarga mereka selama ini.

Memang benar Bank Negara bertanggung jawab untuk menjaga kepentingan orang ramai. Tapi bagaimana 70,000 pelanggan Genneva Malaysia?

Bukankah mereka juga orang ramai dan rakyat Malaysia?

Jika benar bentuk perniagaan jual beli emas Genneva ini menyalahi undang-undang, kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk bertindak, hingga pelanggannya di Malaysia saja sudah mencecah 70,000 orang, wujud cawangan di seluruh negara, malah model perniagaannya telah berkembang ke rantau Asia Tenggara.

Lebih menyedihkan, alasan tindakan Bank Negara dan agensi-agensi terbabit menyerbu Genneva Malaysia adalah sangat rapuh iaitu Genneva Malaysia hanya disyaki melanggar peraturan-peraturan di bawah kawal selia agensi-agensi berkaitan.

Jika hanya disyaki sahaja, memadailah membuat lawatan atau pemeriksaan mengejut dan jika ada asas, beri amaran keras dan beri tempoh kepada Genneva Malaysia untuk betulkan mana-mana bahagian yang tidak betul.

Setidak-tidaknya, kepentingan 70,000 pelanggan Genneva Malaysia tidak terjejas.

Memandangkan Genneva Malaysia telah beroperasi agak lama dengan jumlah pelanggan yang besar, ada baiknya Bank Negara dan agensi-agensi lain membantu para pelanggan Genneva daripada 'menghukum' mereka.

Benarkan Genneva kembali beroperasi dengan segera, pulangkan harta (emas) mereka (rakyat) yang dirampas, cairkan akaun bank Genneva Malaysia dengan kadar segera supaya syarikat itu boleh meneruskan ihsan pemberian hibah kepada para pelanggannya.

Kemudian regularize model perniagaan Genneva ini. Kenakan syarat tertentu dan rangka garis panduan supaya orang ramai lebih jelas. Ini lebih 'membantu' daripada mengambil tindakan 'menghukum' dan bersifat 'menganiaya', yang sebenarnya berpunca daripada kelemahan dan ketidakupayaan Bank Negara dan agensi-agensi terlibat untuk mengawal dan mengambil tindakan sejak awal.

SABRI MANSOR, Pelanggan Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Gripen
06-11-12, 11:37 PM
ye ke pelanggan? ke Consultant...sbb yg ramai panas buntut adalah consulatants

shrek
07-11-12, 06:15 AM
kalu tgk video clips youtube, masa press con adalah mamat melayu ni siap pekik2 mcm ungka dok marah2....tapi rase nya dia nak press tulis apa dia ckp je....

point dia sama la.....Hibah, bukan Riba, than kait la dgn system bank malaysia...haha

cina belakang siap tepuk baru - kagum la tu kot......

Gripen
07-11-12, 09:46 PM
kompeni milik bukan islam bagi hibah ... syariah compliant bagai ... tapi pelabur semua Melayu Islam ;)

tunggu pengumuman BNM, jumlah emas yang dibeli oleh "pelabur" tidak sama dengan jumlah emas dimiliki oleh Geneva dan jumlah emas dimiliki x match jumlah emas in the market.

Emas ghaib?

anaktimur84
07-11-12, 10:20 PM
kompeni milik bukan islam bagi hibah ... syariah compliant bagai ... tapi pelabur semua Melayu Islam ;)

tunggu pengumuman BNM, jumlah emas yang dibeli oleh "pelabur" tidak sama dengan jumlah emas dimiliki oleh Geneva dan jumlah emas dimiliki x match jumlah emas in the market.

Emas ghaib?

sama seperti BANK.. nilai wang dipinjam oleh Bank kepada peminjam x sama ngan jumlah edaran wang kertas di pasaran. ia dipanggil 'Fractional Reserver Banking' (FRB).

---------- kemaskini 07-11-12 10:21 PM ----------

mungkin genneva praktik FRB dalam jual beli emas dorang.

mnajem
07-11-12, 10:25 PM
yg buat market scheme depa ni pun bukan paham sangat kot or kosmetik shj.

panggil TDM launch then anggap tu lesen validity business depa.



Sent from Huawei Ascend P1 U9200

Gripen
08-11-12, 03:46 PM
sama seperti BANK.. nilai wang dipinjam oleh Bank kepada peminjam x sama ngan jumlah edaran wang kertas di pasaran. ia dipanggil 'Fractional Reserver Banking' (FRB).

---------- kemaskini 07-11-12 10:21 PM ----------

mungkin genneva praktik FRB dalam jual beli emas dorang.

jauh panggang dari api alasan mcm tu...say ada 30,000 pelanggan dan semua beli 1 gold bar. Tapi bila disiasat, ada cuma 15,000 gold bar or less.

Patut kalau dah berlaku jual beli, duit dah bayar akan dapat gold bar.

---------- Post added 08-11-12 at 03:53 PM ----------


yg buat market scheme depa ni pun bukan paham sangat kot or kosmetik shj.

panggil TDM launch then anggap tu lesen validity business depa.



Sent from Huawei Ascend P1 U9200

panggil TDM satu hal, then tipu penasihat Syariah mereka ... so tu keluar fatwa.

Orang Melayu ni ... kalau mula guna perkataan bunyik arab sikit ... "hibah" la " baitul ajil" apa semua ... terus hilang pertimbangan.

Tu sampai masjid la pegi "labur" ... duit waqaf anak yatim...now dah jadi "lebur". Hibah jadi hiba.

Few years back ada dalam forum ni backing mcm nak mati satu scheme. Scheme tu pun lebur. Noradz...yg lorat.

anaktimur84
08-11-12, 04:53 PM
nih bukan alasan, tp teknik yang diguna oleh genneva iaitu Fractional Reserved Banking (FRB). baca link nih, langkau terus pada sub tajk FRB untuk lbh memahami.
http://gajahemas.wordpress.com/2011/01/31/penciptaan-duit-kertas-moden-hukum-forex/

berbalik pada topik. Genneva praktikkan teknik FRB yang bank buat. caranya genneva jual emas bernombor siri 00004 (contoh) pada si A. tapi untuk dapatkan hibah bulanan si A bagi balik emas nombor siri 00004 tu pada genneva. then genneva gunakan emas no 0004 tu untuk dijual pada si B. then si B bagi emas no 0004 tu pada genneva semula untuk dapatkan hibah.

selain tu x semua yg mampu beli emas genneva. genneva peralatkan arrahnu. lebih dikenali ngan teknik belian emas teknik 30:70. teknik nih company Serambi Emas (sebelum nih dikenali sebagai Etika Emas) banyak guna.

Gripen
08-11-12, 07:52 PM
I do know what the acronym means, regardless GENEVA is a SCAM. Period!

Tak kira la acronym gajah apa supporters ke the so called consultants yg tgh sakit jiwa nak bayar balik ... its a SCAM.

LHDN, PDRM, KPPDN, BNM segala bapak agensi involve ... sampai BNM brief Singapore IAD ... each agensi akan charge GENEVA dan its accomplice with mutiple charges.

---------- Post added 08-11-12 at 07:55 PM ----------

tunggu the announcement from BNM ... theres not even enough monies by Geneva for the so called "hibah" let alone Gold.

tang mana halal mengikut syarak ni?

---------- Post added 08-11-12 at 07:58 PM ----------

dari zaman Pak Man Telor ... Buluh Emas ... Swiss Cash ... Noradz Jai Network Kambing etc ... its a scam.

Siap buat candle light vigil and amik gambar orang buat tahlil kat masjid mana .. and ngaku tu solat hajat mereka ... hmmm

Eric Tiong
09-11-12, 02:53 AM
elok la tu... buat la solat hajat tu 40 hari 40 malam...moga dibukakan pintu-pintu Bank Negara itu...

aku berani bet la...kau tanya la pelabor2 tu(disebut sbg pelebur) brp ramai yg melebur sbb betul2 tau psl pelaburan...ada buat analisis ape ke...klu attend briefing pun bukan psl paham pun..tp seronok nak kaya cepat ...ini sindrom cpat kaya ni aku rasa kalau mati balik idup tak bole abis punya....klu da nampak fishy pun, pelebur2 akan msuk juga sbb alasannya masuk cepat2 nti bila dpt return kita stop la ..seblm bank negara raid ! tp bila da masuk da tersedap tak sempat la pulak...da lebur!!

noradz dulu clearly aku nampak mengarutnya bila dia introduce skim car rentalnya...ada ke kos maintainance bole fixed 250 setiap bulan? something like that la, aku pun da tak ingat figure ...pastu pulak ROI mak ai berganda2 tak ingat,,,beratus2 peratus...pun org bole telan...yg buat mobile income dulu sama gak...buta2 jer kena tipu...lps tu salahkan nasib...salahkan peraturan kerajaan, salahkan bank...dan dia tak guna otak tak salah?