PDA

View Full Version : Pengarangan Multimedia



Man_United
21-11-02, 03:59 PM
Assalamualaikum ..

boleh beritahu takk .. atau terangkan apedia yang dikatakan
dengan alat pengarangan multimedia .. serta apedia contoh2
nyerr .. dan kegunaanya .. dalam multimedia

matnet
21-11-02, 04:32 PM
Alat Pengarangan Multimedia atau 'Multimedia Authoring Tools"

aku tahu contohnya ialah :
1. Macromedia Director

Guna dia sila rujuk http:\\www.macromedia.com

Man_United
22-11-02, 05:07 PM
Assalamualaikum ..

Macromedia Flash tuu .. sama gaks kerr .. macam director ..
flash masing2 berbzakan .. jadi ape kegunaannya ...

- Power Point sama gaks kann ..

ChEf_N|3aM
23-11-02, 06:16 PM
flash lebih kepada web

director lebih kepada cd title, kiosk, dll....

powerpoint..... terhad....

aiyDa
24-11-02, 05:07 PM
macromedia paling senang guna authorware.. tapi terhad sket la berbanding director..toolbook paling senang..tapi boring!

alat pengarangan multimedia tuh seingat aku laa, adalah software yg mana kita bley masukkan sumer elemen2 multimedia (teks, animasi,video, grafik,etc) dan kita bley buat sumer elemen2 tuh interaktif.. contoh perisian belajar matematik ker.. aku ada buku dia dulu tapi aku dah terhilangkan plaks..so maklumat aku kasin ni tak lengkap ler..;)

Man_United
24-11-02, 07:58 PM
Assalamualaikum ..

sekarang nie .. aku nak tahu apa contoh2 alat2 pengarangan multimedia nie .. serta kegunaanya ....

aiyDa
25-11-02, 12:24 AM
Posting asal oleh Man_United
Assalamualaikum ..
sekarang nie .. aku nak tahu apa contoh2 alat2 pengarangan multimedia nie .. serta kegunaanya ....

w'salam..
contoh alat2 pengarangan spt yg ku habaq di atas tadik...:D

1)macromedia authorware
--ia dinamakan "Pengarangan berdasarkan ikon
--guna flowchart dengan ‘drag & drop’ ikon dari perpustakaan (library) yang telah disediakan.
--Apabila flowchart dibina, pembangun perlu menambah kandungan dengan teks, grafik, animasi, bunyi dan video.
Kemudian aplikasi boleh dihalusi dengan edit ‘flowchart’.
Edit dapat dilakukan dengan menukar ikon dan sebagainya.
--Authorware dapat digunakan untuk membina aplikasi interaktif tanpa ‘scripting’ – tiada aturcara diperlukan.
Ia amat berguna sebagai alat untuk ‘storyboarding’.

2)macromedia director
--dinamakan "Pengarangan berdasarkan masa"
--menggunakan ‘timeline’ (sama macam flash)
--Menggunakan ‘scripting’ – perlu bahasa pengaturcaraan untuk aplikasi yang lebih dinamik. Contoh bahasa pengaturcaraan : Lingo.
--Director sesuai untuk membina aplikasi seperti :
i)Persembahan multimedia
ii)Animasi
iii)Aplikasi multimedia interaktif

3)toolbook
--dinamakan "Pengarangan berdasarkan kad"
--Elemen disusun sebagai "halaman" spt buku.
--Ia berasaskan objek (object oriented).
--aku kurang maklumat mengenai toolbook..mahap lee..tapi bley try search kat internet... :)

4)hypercard
--juga satu contoh "Pengarangan berdasarkan kad"
--Elemen disusun sebagai ‘Stack of cards’ .
--Ia berasaskan objek (object oriented).
--HyperCard membina projek yang dipanggil ‘stacks’ yang dibina dari kad. Maklumat disimpan sebagai set kad indeks. Elemen yang digunakan ialah seperti ‘stacks’, kad, medan dan butang.

ko nak wat assignment ker??harap2 betul ler apa aku kasik tadi tuh. lecturer tempat aku blajo punyer tuh aku copy..

yg lelain pun banyak lagik..flash, powerpoint,etc. pepandai ler tambah yee..

Man_United
25-11-02, 10:53 AM
Assalamualaikum ..

*lil_girl
thanks .. sebab tolong aku .. serta maklumat yang ada ..

Kal-El
26-11-02, 08:33 PM
flash dan director kalau dilihat secara umum mempunyai keupayaan yg tak jauh bezanya.. apa yang ketara perbezaan antara 2 s/w nih ialah :
flash - berasaskan grafik vektor.. saiz yg lebih kecil bila menggunakan grafik vektor.. dan kebanyakan animasi perlu dibuat secara manual..
director - bitmap (kot?) .. animasi banyak dilakukan secara 'drag n drop' tak payah susah susah nak buat cam flash..

powerpoint ? very limited animation... u can't do whatever you want.. you just can do what they have..

azehri
28-11-02, 01:31 PM
tapi, aku lebih suka guna flash dr guna direktor. cos maybe interface dia kot, dan aku rasa cam susah aje nak edit gambar dan guna timeline dalam director ni. Ke sebab, aku ni memang tak tau director.
Wassalam

ChEf_N|3aM
29-11-02, 12:17 PM
director mx tengah dalam previu.... hehehhe tak sabar nak beli....