View Full Version : Bincang Novel Klasik
bIs^sUjI^
23-12-02, 11:03 AM
Bis rasa bis pernah buka topik ni dulu kat bahagian Bincang-bincang tapi tak ingat topik tu ada lagi ker tidak.
Mungkin kita boleh bincangkan novel-novel klasik Inggeris atau Melayu yg pernah kita baca dan mempunyai nilai estetika yg tinggi dan unsur moral yg boleh dijadikan panduan. Mungkin kita juga boleh bagi pandangan tentang penulis novel tersebut dan pandangan kita tentang jalan ceritanya.
Sebagai permulaan, bis akan bagi review kan sebuah novel Inggeris bertajuk " A Little Princess" esok. Ari ni tak sempat ma...maaf yek.
pentamaya
25-12-02, 04:46 AM
Novel klasik kalau alih bahasa dari Jerman boleh tak???
My favourite is Mark Twain. He has a nice satirical way of writing... Huck Finn is one of my favourites... gaya penulisan dari perspektif Huck Finn sendiri. Very skillful writing.
-= Obi-Wan =-
aku suka buku yg Edgar Alan Poe tulis.... tak tau ler nie kira klasik ker tak... tapi cite dia semua nyer misteri belaka..... masa kecik dulu ngeri gak baca.... cam cite red dragon lak.... hehehehe
bIs^sUjI^
26-12-02, 06:25 PM
Penta...ko pandai cakap Jerman ker? kebanyakan novel klasik dr Eropah ada pd era sebelum dan semasa era zaman Revolusi. Jadi latar cerita ni ada kaitan dgn peradaban manusia zaman tersebut serta bagaimana pandangan mereka di dalam cerita tersebut.
Sebagai contoh, ada satu novel klasik bertajuk ' A Green Gable' karya seorang wanita Inggeris (nama tak ingat but I will tell u later) yang berasal dr sebuah tempat bernama Rhode Island. Jalan ceritanya berkisar tentang latar sekitar penduduknya dan sosio ekonomi mereka . Kita boleh belajar bagaimana masyarakat di sana hidup serta respon mereka terhadap perkembangan politik, pendidikan serta beberapa dasar-dasar terhadap pemerintahan.
Karya J.R.R.Tolkien apa lagi kalo bukan Lord of The Ring telah dihasilkan secara berperingkat-peringkat dan pada tahun 1949 Draft pertama Lord of the Ring berjaya dihasilkan mengandungi 22 chapter, 1000 muka surat. Oleh kerana beliau menghasilkan secara berperingkat jadi secara tidak langsung beliau melalui beberapa zaman terpenting dan antaranya Perang Zaman Dunia Pertama. Ini secara tidak lansung mempengaruhinya utk turut menyelitkan keadaan pd zaman tersebut. Anda boleh kaji teks tersebut di muka surat 614. Di situ beliau menerangkan secara terperinci keadaan 'swamp' yg dimaksudkan merujuk kpd zaman peperangan dan mangsa perang yg dilihat dgn mata kepalanya sendiri.
Review utk novel A little Princess pula, menceritakan tentang latar zaman Revolusi. Zaman di mana bangsa Eropah berpusu-pusu mencari sumber bahan asli dan galian penting. Dlm Chapter 6 & 7 bertajuk The Diamond Mines & The Diamond Mines Again menceritakan bagaimana ayah Sara Crewe, Capt Ralph Crewe melaburkan semua wangnya utk mendapatkan pulangan wang yg banyak sedangkan beliau memang sedia mewah namun akhirnya beliau mati krn menyangkakan telah ditipu oleh rakan baiknya sendiri. Apa yg menarik ialah semangat ketabahan watak tersebut, Sara Crewe walaupun kecil tetapi bersemangat jitu mungkin berkat didikan ayahnya, seorang bekas tentera dan beliau dewasa sebelum masanya. W/pun beliau mewah hingga di sindir krn bergaya mengalahkan seorang puteri yg akhirnya papa kedana tetapi beliau tidak pernah patah semangat dan yakin beliau masih boleh bergelar Puteri di hati sekiranya beliau merasakan dirinya seorang puteri. Mungkin ada benarnya pandangan beliau, sejarah ada mencatit, Princess Diana w/pun h tidak menyandang gelaran tersebut setelah berpisah ngan Putera Charles tapi masih dianggap seorang puteri krn personalitinya dan cara dia menambat hati masyarakat.
Itu pandangan bis, tentu seronok kan selain kita membaca kita turut mengkajinya...:bagusweh:
bIs^sUjI^
27-12-02, 06:30 PM
Pembetulan utk ayat di atas :
Novel klasik 'A green Gable' yg sebenar adalah " Anne of Green Gable" karya L.M. Montgomery (1874-1942) dan penulis tersebut bukan berasal dr Rhode Island tetapi Prince Edward Island, Canada. Kesulitan amat dikesali. Al maklum ler memori kureng skit...:D
Paling suka A Tale of Two Cities oleh Dickens. Mayor of Casterbridge pun best... cite sadis oleh Thomas Hardy.
Powered by vBulletin™ Version 4.0.1 Copyright © 2010 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.