PDA

View Full Version : Gog & Magog (yakjuj & makjuj)


ed_thix
21-04-03, 03:22 PM
sapa tau mana nak dapat e-book cam kat

http://cyberistan.org/islamic/ebook5.htm

ala, dulu ada artikel dia bagi free, baru hari ni aku nak chk balik pasal ni, dah kena bayar plak heheheh ................... sapa ada simpan lagik ??? hasil tulisan Dr. A. Zahoor kalau tak silap aku la ...........

Sonic
21-04-03, 08:25 PM
Gog & Magog tue istilah dalam Agama Kristian kah ????

sol_badguy
21-04-03, 10:49 PM
tak... istilah dlm bahasa inggeris......

Sonic
22-04-03, 12:08 AM
OooOoO begitu ingatkan istilah dalam kristian...

Garbiula
22-04-03, 09:18 AM
gog & magog istilah yaajuj & maajuj dalam kitab old testament....

Gog and Magog
Names, respectively, of a king and of his supposed kingdom, mentioned several times in chapters 38 and 39 of the Book of Ezechiel, and once in the Apocalypse (20:7). In the first passage of Ezechiel we read the command of Yahweh to the prophet: "Son of man, set thy face against Gog the land of Magog...and prophesy of him...Behold, I come against thee, O Gog, the chief prince of Mosoch and Thubal" (38:2-3). A similar command is found also at the beginning of chapter 39. These two chapters contain repeated reference to Gog and Magog, but they furnish only vague and uncertain indications as to the identity of the ruler or the location of the country. In chapter 39 Gog is represented (verses 5 and 6) as being accompanied in his invasion of the land of Israel by the Persians, Ethiopians, and Libyans, Gomer, and...the house of Thogorma; and in verse 15 we read: "And thou shalt come out of thy place from the northern parts." From the number and variety of the peoples mentioned in this connection some writers have inferred that the name Gog may be only a generic appellation, or figure, used in Ezechiel to designate the host of the enemies of Israel, and in the Apocalypse to denote the multitude of the foes of the Church. Others conjecture that it may be a local title expressing the royal dignity, such as the name Pharaoh in Egypt. But it seems more probable that both names are historical; and by some scholars Gog is identified with the Lydian king called by the Greeks Gyges, who appears as Gu-gu on the Assyrian inscriptions. If this be true, Magog should be identified with Lydia. On the other hand, as Mosoch and Thubal were nations belonging to Asia Minor, it would seem from the text of Ezechiel that Magog must be in that part of the world. Finally, Josephus and others identify Magog with Scythia, but in antiquity this name was used to designate vaguely any northern population.


Yajuj and Majuj were two powerful but barbarous tribes causing prejudice and chaos on the Earth , killed God-fearing men and devastated all their provisions and plantation. Their off-springs are believed to be still alive somewhere in the East behind lofty mountains where Sakandar also known as Dhulal-Qurnain , had erected a powerful barrier ( iron wall) protect the people. (QUR’AN 18:96-98)

ed_thix
22-04-03, 02:09 PM
ye ye ye ...... yajuj & makjuj ke gog & magog ke ....... korang ada reference yang kaitkan tribe ni ngan King David tak from an Islamic perspective laa.. ??? cam link yang aku bagi tu ........

Garbiula
22-04-03, 06:03 PM
King David... sapa tuuu... tak tahu pun.... sorry bab sejarah ni kurang sikit... and link, aku cuma tahu asas je...takde research atas tajuk nih....

ed_thix
22-04-03, 06:35 PM
takpe takpe .......... heheh

saja je .. dulu web tu ada tunjuk map wall of durban kalau tak silap kat chechnya (tempat Yajuj/Majuj ni kena lock dulu dulu) ... aku nak research balik aaaa ..........

WaJa^TiMuR
26-04-03, 12:33 AM
aku ader bacer dlm tander² kecill dan besar hari kiamat.... diorang kater yakjuj makjuj ni dari kalangan chinese... sbb antara kreteria diorang.. mater sepet ngan hidung pesek...

ed_thix
26-04-03, 01:41 AM
diorang kater yakjuj makjuj ni dari kalangan chinese

kalau tak silap aku, Gog & Magog ni dari salah satu 12 Jewish Tribes ......

hieroplant
26-04-03, 09:55 AM
yakjuj & makjuj ni bukan ke kaum tartar..
dan kaum tartar tu mungkin kaum barbar
barbar tu cam conan the barbarian ke?

Necro
26-04-03, 10:50 AM
yakjuj ngan makjuj ni bukan 2 makhluk gergasi yg Iskandar Dzulkarnain/ Alexander the Great pagarkan ngan membina tembok antara 2 gunung......aku tgh konpius nih

salmy
24-05-05, 11:19 PM
:salam:

ermm mi rasa...

gog & magog tuh ada dlm taurat..
david & goliath dlm Injil
dan yakyuj dan makjuj pula puak yg dikurung oleh Iskandar Zulkarnain...
rasanya ada dlm alquran surah..... (lupa le pulak...)

Mac Weng
25-05-05, 12:48 AM
14. Saya ingin meminta bantuan tuan untuk menerangkan permasaalahan berkenaan Imam Mahadi yang begitu diyakini oleh orang-orang Islam.

(Di sini dibincangkan juga mengenai kedatangan Nabi Isa kali kedua di dunia ini.)

Telah timbul berbagai-bagai versi pada cerita Imam Mahadi. Lain golongan manusia dan kepercayaan, lain pula ceritanya. Namun, Imam Mahadi tidak disebut di dalam al-Qur'an. Maka cerita mengenainya tidak harus diyakini. Renungkanlah ayat berikut:

"Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Adalah difahamkan bahawa Imam Mahadi merupakan kepercayaan golongan Syiah yang menunggu kedatangan Imamnya yang ke-12. Kepercayaan ini kemudiannya menyerap masuk ke dalam pegangan orang Suni, mungkin untuk "melawan" Mahadi orang Syiah.

Rujukan utama bagi kepercayaan kepada Mahadi adalah hadis. Akan tetapi, tidak semua kitab hadis mengajar kepercayaan tersebut. Hanya kitab Sunan Abu Dawud dan Mishkat al-Masabih menyebutnya. Masing-masing mencatatkan dua hadis.

Daripada hadis (Nabi) mereka, adalah difahamkan bahawa Mahadi itu berketurunan Nabi, daripada Fatimah, berdahi luas, dan hidungnya menonjol. Dia akan melimpahi bumi ini dengan kesaksamaan dan keadilan seperti ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Dia dikatakan akan memerintah selama tujuh tahun.

Itu bermakna Nabi telah menyatakan sesuatu yang akan datang, atau yang ghaib, baginya. Kami mendapati sukar untuk mempercayainya kerana Allah telah menyatakan bahawa Nabi tidak tahu barang yang ghaib. Firman-Nya,

"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak mengatakan kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, aku seorang malaikat; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku (al-Qur'an).'" (6:50)

Tidak juga baginda mengetahui bahawa Presiden Bush sedang cuba menjadi seperti seorang Mahadi kerana mengambil peranan sebagai ketua polis dunia untuk menghapuskan golongan teroris (termasuk daripada puak Islam) yang sedang mengancam keamanan dunia hari ini.

Selain Mahadi, hadis-hadis itu juga menyebut mengenai kedatangan al-Masih atau Nabi Isa. Kononnya, Nabi telah bersabda yang bermaksud bahawa baginda adalah yang pertama, Mahadi yang di tengah, dan al-Masih yang akhir (rujuk hadis #4 tadi).

Kepercayaan kepada kedatangan kali kedua Nabi Isa di dunia ini telah membuat orang Kristian merendahkan orang Islam, kerana Isa mereka akan kembali lagi tetapi Muhammad orang Islam tidak. Justeru itu, mereka mendakwa bahawa Isa mereka adalah lebih hebat daripada Muhammad orang Islam.

Lazimnya, seseorang Nabi Allah diutus untuk menyampaikan Kitab-Nya. Apakah Kitab yang akan dibawa oleh Nabi Isa nanti? Bukankah al-Qur'an itu sudah lengkap kata-Nya, dan agama-Nya sudah disempurnakan? Adakah lagi seorang Nabi selepas Nabi Muhammad setelah Dia menegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi yang terakhir?

Kemunculan semula Nabi Isa di dunia merupakan suatu peristiwa yang besar. Malangnya, peristiwa itu tidak disebut di dalam al-Qur'an. Tidak mungkin Allah telah terlupa untuk menyebutnya. Maka, cerita mengenai kedatangan Nabi Isa kali kedua di dunia tidak harus diyakini.

Kepercayaan kepada Mahadi dan kedatangan Nabi Isa di akhir zaman telah menimbulkan harapan di kalangan umat Islam. Mereka menunggu kedatangan seseorang yang akan membawa mereka kepada kemenangan. Janganlah menunggu orang yang tidak akan datang, tetapi percayalah kepada al-Qur'an yang sudah sampai, dan berpegangteguhlah padanya, nescaya kemenangan yang diimpikan menjadi kenyataan. Ambillah iktibar daripada ayat berikut:

"Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, dan mereka sebelum itu telah meminta kemenangan terhadap orang-orang yang tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka mengenali, mereka mengingkarinya; maka ****** Allah ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:89)

Saya jumpa ni dlm website ini...

http://www.e-bacaan.com/soalan_lazim03.htm#mahadi&nabi%20isa

assalammualaikum...mintak tolong sape2 yg lebih berilmu cuba bincangkan yg artikal atas ni....sbb bile try tgk kat web site tu meragukan jer...ustaz2 atau cerdik pandai agama dlm BDN ni tolong la peratikan ker..

Sri_Jogar
25-05-05, 12:29 PM
Assalammualaikum daripada yg saya survey dlm homepage yg diutarakan oleh demona_girl6 pengarang webpage tu spt golongan anti hadis yakni menolok terus hadis dan sunah nabi junjungan kita........Jadi kita kena berhati2 dlm dunia yg semakin sakit hari nie

Mac Weng
25-05-05, 12:38 PM
dah agak dah...sbb cam pelik...tapi hari ni dah tak leh bukak dah...so harap zass jer la artikel tu....

kerenggabesi
30-05-05, 04:00 PM
:salam:

dan yakyuj dan makjuj pula puak yg dikurung oleh Iskandar Zulkarnain...
rasanya ada dlm alquran surah..... (lupa le pulak...)

Surah Al-Kahfi..

gogsard
31-05-05, 10:13 AM
err .. umm .. ehem ehemm .. :hehe:

emy
26-01-07, 10:38 AM
semlm masa tgk tv..ada iklan channel national geographic pasal Gengkhis Khan..pastu adik aku ckp..dia ada dgr org ckp yg maybe yakjuj& makjuj ni dr keturunan org cam gengkhis khan ni..kan muka chinese & mata sepet?

pastu pagi ni..aku dpt email pasal artikel yakjuj makjuj kat paper

http://i7.photobucket.com/albums/y263/y_me3643/yakjuj.jpg

aku agak berminat nak tau lebih lanjut pasal kaum ni..
menakutkan..

TodakPaya
26-01-07, 11:14 AM
dah agak dah...sbb cam pelik...tapi hari ni dah tak leh bukak dah...so harap zass jer la artikel tu....
uiks, banyaknya benda yg confius... adakah ini S.I.Islam yang buat. Aku baca dan mengikut kefahaman aku, aku tak boleh terima 100%, tapi ada jugak yang aku setuju.

Yg penting rujukan ini menafikan hadis Bukhari dan hadis-hadis lain. REJECT

se7en
26-01-07, 02:58 PM
kite yakini mmg ade 2 golongan nie..sbagai salah satu tanda datang hari kemusnahan..kiamat...semua benua dalam dunia di dah dijajahi dilalui org tetapi kite masih tidak ketemu tembok yang dibina oleh Raja Agung...Izn Allah ia sedang menanti masa kluar dan membinasakan alam...

ade gak berdebatan mengenai sulur paur 2 golongan nie...ade yang kata dari anak Nabi Allah Nuh A.S ...allahualam

asura
26-01-07, 05:14 PM
sbb bile try tgk kat web site tu meragukan jer..
Kiriman asal oleh demona_girl6
Saya jumpa ni dlm website ini...

http://www.e-bacaan.com/soalan_lazim...adi&nabi%20isa (http://www.e-bacaan.com/soalan_lazim03.htm#mahadi&nabi%20isa)

Tu laman web Golongan Anti Hadis (http://www.geocities.com/dataagama/AntiHadis.htm) (GAH)

> Hujah2 Golongan GAH dan Cara Mematahkannya (http://www.al-firdaus.com/20hujah/rujukan.htm)
> Ajaran Sesat Di Malaysia (http://pmr.penerangan.gov.my/index.cfm?action=ajaran%20sesat.htm)

balloon
04-03-07, 10:55 PM
nampaknya tu bukan shj website golongan anti hadis, malah website ajaran sesat..

kita sebagai orang Islam, adakah patut kita bina website mcm tu? dah tentu tidak

kemungkinan besar yang bertanggungjawab membina website tu adalah orang melayu yang asalnya Islam yang telah murtad, atau orang kafir yang duduk di malaysia dan menguasai bahasa melayu.

berhati2.

kalau org yg tak kuat pegangan agama boleh jadi percaya dgn statement dia. statement dia bercampur aduk.

cara dia memecahbelahkan Islam saling tak tumpah macam cara org kristian memurtadkan org Islam..

balloon
04-03-07, 11:04 PM
lagi satu, cuba perhatikan perkataann2 yang digunakan.
kalau ya'juj dan ma'juj tu eja la betul2, jgn eja yagog dan magog

ini sedikit sebanyak boleh memesongkan fakta

~~

nampak gayanya juga, org yg mmbina website tu gunakan lesen kerajaan untuk menegakkan perjuangan kotor mereka

hal ini hampir sama dengan perjuangan sesat Astora Jabat, yang menggunakan lesen kerajaan (berada di pihak kerajaan) lalu memutarbelitkan ajaran Islam

svarsgaard
04-03-07, 11:28 PM
hmmm.... what so worry? tegakkan tiang yg lima, tawakkal pabila tiada daya...

balloon
06-03-07, 12:59 PM
semlm masa tgk tv..ada iklan channel national geographic pasal Gengkhis Khan..pastu adik aku ckp..dia ada dgr org ckp yg maybe yakjuj& makjuj ni dr keturunan org cam gengkhis khan ni..kan muka chinese & mata sepet?
Gengkhis Khan?.. sy ada video dia
pelik je bangsa apa ntah gengkhis khan ni.

TodakPaya
15-03-07, 03:08 PM
SRK dgn geng geng bollywood sana kan ramai khan ni

chi loco
09-04-07, 12:02 PM
nampaknya tu bukan shj website golongan anti hadis, malah website ajaran sesat..

kita sebagai orang Islam, adakah patut kita bina website mcm tu? dah tentu tidak

kemungkinan besar yang bertanggungjawab membina website tu adalah orang melayu yang asalnya Islam yang telah murtad, atau orang kafir yang duduk di malaysia dan menguasai bahasa melayu.

berhati2.

kalau org yg tak kuat pegangan agama boleh jadi percaya dgn statement dia. statement dia bercampur aduk.

cara dia memecahbelahkan Islam saling tak tumpah macam cara org kristian memurtadkan org Islam..

Daripada apa yang aku tau, GAH ni mcm kite gak.. orang islam.. diorang tak mengaku murtad, diorang beribadat mcm kite gak.. cume diorang mmg menolak terus hadis nabi..
diorang cume berpandukan Al-Quaran and interpret alQuran as the see fit..
golongan ni mmg bahaya, sbb kita kadang2 tak boleh nak bezakan dgn ahli sunnah..

satu lagi pasal yakjuj & makjuj, pada aku, tak kisah ah nama apa pun, kita membincangkan benda yang sama, kalau tak silap aku, diorang ni dekat eastern europe, tapi benda ni semua as interpret by masing2 ahh.. cume kalau nak dikaji susur galur nye, kalau tak silap aku mmg menghala ke arah sana, WAllahualam

mnajem
09-04-07, 06:55 PM
tak perlu tunggu nabi Isa dan Imam Mahdi.
dan ada hujah dari ilmuwan yang beranggapan Isa/Mahdi tak akan turun.

bagi aku kita tak perlu fikir perkara ni la. usahakan saja apa yang ada..

aku ada dengar/baca somewhere Syed Qutb pun ada ulas isu "the awaited Messiah" ni. harap korang boleh check kan perkara ni .tq.

mohdaliffnajmi
12-04-07, 11:06 AM
boleh saya tahu...akhbar tue berita harian tarikh bila??
makin berminat pulak saya nak joint dalam diskusi yakjuj makjuj nie.