View Full Version : skim beli kete waja tanpa down payment...apa pendapat korang?
ok ok...aku nak tanye ni plak...pernah dengar kita leh beli kete waja 1.6 tanpa downpayment..persolan aku ialah camni ade skim camni?solan lain yang sapa sapa terlibat tu leh la jawab ek...
1.aku dah survey tempat aku dan dah ade skim camni.aku siap dah test kete waja 1.6 automatik dan memang best.tapi persoalan dia kete yang aku test tu dah berapa lama ade dalam stor dia.adakah kemungkinan begini kete waja 1.6 auto tu dikuar kat kilang dalam tahun 2002 tapi dealer cakap kete tu baru jek kuar dari kilang.OK CAMNE AKU NAK TAHU BILA KETE TU KUAR DARI KILANG?.silap silap tu kete second hand tapi cakap baru..
2.masa aku test tu.kete tu kerusi dia sampul plastik dah takde.memang semua kete proton baru sampul plastik kat kerusi tu dia tanggalke?aku takut kete yang aku test dan dia suruh ambil tu adalah kete untuk test tapi dia jual kat aku?
3.biasa kete proton ni dihantar gan lori ke atau dealer akan amik dari branch masing masing.cam aku dari kontan.CAmne nak pastikan kete tu diangkut gan lori ke atau dah dilenjan dari kl ke kontan.?
em...sapa ekpert tolong jawab ek....
tambah skit lagi..orang cakap waja 1.6 tak best..tapi aku punya pengalaman naik teksi waja 1.6 premium..cam best jek...auto..tapi power gak..masa corner kat karak rileks jek...berbeza gla gan wira
tuahayam
17-05-03, 09:29 PM
Sorry nura aku tak tau... :D
//nanti leh la aku gi tumpang keta waja ko kalu aku gi umah mu..:D
leh leh..tapi aku daf confius la tuah...aku tadi cek forum waja..ramai cakap waja 1.6 tak best ..tapi aku naik best dari wira..ke selera lain lain.....em..tapi yang pasti interior design kurengaa...cam plastik..tu aku tak puas ati..nak banding honda city...dalam dia lagi cam elegan....tapi nak pakai honda city..kucing bertanduk la..mana nak kumpul downpayment 10k atau 8k....isk isk ...pastu kete second hand wira pun mahal gak...dowpayment dekat 4k dah..tu kete 98 dan 2000..so no choice kan..lain la gaji 10k
akum
Bila kita baca review/comment pasal kereta ni, satu perkara yg utama, kalau dia buat perbandingan, kita kena tanya balik, dia bandingkan dgn kereta/model apa & apa objektif org yg bagi comment tu, cthnya utk performance, keselesaan dsb? Baru kita ada benchmark, kalau tak.. susah nak bandingkan. Mcm katakan Waja vs Perdana, susah la pulak kita nak bandingkan, tul tak?
full loan buat org susah mau jual balik...
tambahan pulak aku denga dr org lain bahawa harga seken utk waja tahun 2004 akan jatuh menjunam... no komen...
kalo nak pakai, pakai la... duit kamu yg bayo, bukan duit org lain punnnnnnn... hihihi... :)
waja 1.6... aku pun teringin nak beli... tapi tu kete manager, aku kerani cabuk... hehehe... :)
an0nymous
20-05-03, 08:56 AM
mangsa full loan..he heh
OK nih pendapat aku ttg Waja. Waja nih untuk orang yg suka driving, macam BMW, Waja nih handling amongst the best sebab Lotus tuned, tetapi yg menyebabkan harga Waja nih jatuh teruk adalah sebab berikut :
1. Kualiti SC yang teruk,kalau kereta rosak jangan haraplaa boleh settle on the spot, ada waiting list dan diorang buat kerja macam nak tak nak..yerlaa makan gaji. Sebab tuh banyak owner waja lepas aja gurantee period terus lari pomen lain.
2. Kualiti interior yang tidak memuaskan,menggunakan plastik murahan untuk dashboard,fabrik kerusi yg teruk kualiti ( sebab tuh rasa keras ),dan identiti proton yang amat terkenal, bunyi tikus dalam kereta itu pun masih wujud dalam Waja.
3. Kerosakan yang tidak disangka. Pernah dengar pasal Waja 1.6 mati masa cruising ? Nih sebab QC control yg teruk, kereta first batch yg banyak masalah nih, cuba bayangkan anda tengah overtake lori balak dan enjin tetiba mati. Berani amik risiko ?
4.Waja 1.8 pulak sekarang dihentikan pengeluaran. Kenapa ? Sebab masalah yg sama dialami oleh Waja 1.6, enjin mati tak tentu pasal dan ECU box waja 1.8 kat engine bay, bukan kat dalam kabin. Apa akan jadi kalau Waja 1.8 nih redah banjir ? Hal ini terjadi sebab Proton amik enjin Renault bulat-bulat tanpa buat research yg Malaysia nih negara hujan dan selalu banjir.Habis kalau redah banjir tuh, rosaklaa ECU tuh dan the whole car hancur...
5. Harga sekenhen yg menjunam, first batch Waja skrg dah lingkungan harga 45k..depreciation yg teruk disebabkan oleh pelancaran Honda City @78k dan Toyota Vios @ 75k. Most of the new owner of these cars are previously Waja owner, diorang tensen ngan Waja dan letgo dengan harga yg rendah. So kemungkinan Waja akan jadi macam Tiara, cuba tengok apa jadi dengan Tiara, 6-7k dah boleh beli cash..harga baru dulu 30k++ tahun 96/97
Aku pernah berkira-kira nak amik Waja nih dulu tapi setelah research kat Autoworld forum, terus aku lupakan niat tuh.
http://www.autoworld.com.my/forum/summary.asp?summary=1&forum=ap190914736&page=1
Ok fikir panjang-panjang dulu sebelum buat keputusan, bukan takmo sokong kereta proton tapi kalau diorang buat camnih kat pengguna, sapa yg nak sokong ??
ooo...em menakutkan plak.....tapi tawakal
an0nymous
20-05-03, 09:18 AM
Kebaikan :
Waja nih ada sumber mengatakan ciplak dari Audi A4 96 model, ada similarities i.e meter,handling,body,radiator....yerlaa sebab yg cipta Waja nih satu kompeni Design Automotif dari Jerman..sebab tuh sama kot.
Kalau nak beli 1.6, beli yg premium version..kalau 1.8x ..beli yg 2nd batch......
Kiriman asal oleh an0nymous
mangsa full loan..he heh
heh... :):uwaa:
apa maksud mangsa full loan..ala terangkan la pada yang jahil ni..rase tu je cara nak pakai kete untuk orang takde duit nak buat downpayment tapi berkemampuan nak bayar bulan bulan..+urgent nak kete pasal nak g keje?so camne ek
an0nymous
21-05-03, 10:06 AM
ok mangsa full loan punya pasal :
Susahnya kat 1 tempat aja, selepas pakai 1-2 tahun nak tukar kereta lain jadi susah, mungkin time tuh kereta tuh harga 40k kt market price , tapi kita masih hutang kat finance dalam 44k...so kedai amik pun 38k...so anda kena bayar finance 6k..untuk clearkan hutang dan kena keluarkan pulak 5k untuk downpayment kereta baru.
Kalau kita beli kereta dengan downpayment besar..at least 8k, senang sikit untuk trade in kereta. Just in my case, full settlement my previous wira dalam 24k..kedai amik 30k...untuk 6k..so untung 6k nih boleh wat downpayment kereta seterusnya..just swap aja..tak perlu keluar duit.
Kalau pendapatan lumayan, cuba amik loan 4-5 tahun...jangan drag sampai 7 tahun...my chinese collegue paling max pun 4 tahun loan..sebab takmo rugi kat interesr dan rata-rata kereta punya life span dalam 5 tahun aja...kalau kat Singapore, lepas 5 tahun kena hantar scrap kereta tuh atau bersedia untuk bayar premium insuran yg tinggi.
Tapi kalau jenis nak pakai kereta tanpa trade in kereta lain, takder masalah nak guna 100% loan nih, cuma monthly tinggi laa..Make sure ada buffer 300-400 monthly untuk standby maintenance kereta.
tenno01
21-05-03, 10:14 AM
macam mana kita nak tau keta waja yg first badge or 2nd badge, or premium version?
aha camne nak tau kete tu bactch bila?ari tu salesmen ade tunjuk birth cetificate kete ..ade lah tarikh kuar dari kilang bila dan tahun berapa..yang tu ke?
an0nymous
26-05-03, 05:19 PM
kena tanya selesman.....:) tengoklaa kalau dia honest nak bagitau
nak tanye..dalam proses beli kete baru..selepas loan dilulus oleh bank..apa langkah seterusnye...cam kedai aku g..first aku kena bayar booking 500..duit ni leh dapat balik kan...aku confius salesman tu cakap aku kena g jpj untuk uruskan pasal geran dan roadtax dan kena spend half day....pastu dia cakap kalu nak diorang urus kena bayar 100...ni aku confius..kalu tgk dalam agremnent semua dah termasuk dalam finance...so apa pendapat korang..aku ni jahil first time beli kete...
aku ni takut kalau org sebut pasal skim...... perkataan skim tu banyak bahayanya.....
la..takde sapa jawab soalan aku ek..
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.