PDA

View Full Version : NEGORI 9 VS PERLIS...sapo yang monang..??


triple8
18-05-03, 12:36 PM
SAINGAN separuh akhir kedua, kejohanan bola sepak Piala FA antara Sabah dan Negeri Sembilan di Stadium Likas, malam tadi tercemar selepas ia dihentikan gara-gara rusuhan ratusan penonton ketika pelawat mendahului 1-0.

Insiden itu berlaku pada minit ke-82 apabila jaringan tuan rumah dibatalkan pengadil, Rosdi Shaharul.

Insiden sama turut berlaku di Kuching dalam perlawanan peringkat sama antara Sarawak menentang Perlis. Namun, kekecohan itu tidak seburuk berbanding di gelanggang tetangga mereka.

Perlis tewas 1-2 tapi layak ke final atas agregat 5-3 dan kini menunggu siapa bakal lawan mereka pada 31 Mei ini.

Pengadil perlawanan, Rosdi bersama dua pembantu pengadil, Azimi Abdullah dan Thiruch Selvan Vaithilingam terpaksa berkurung dalam bilik persalinan bagi mengelak kejadian buruk.

Ketika mengumumkan penangguhan itu Timbalan Presiden Sabah FA, Datuk Lawrence Gimbang berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sewajarnya membuat keputusan perlawanan itu kerana persatuan berkenaan tidak boleh dipersalahkan atas rusuhan penonton.

Beliau mendakwa penonton yang dianggarkan ratusan orang, merusuh akibat pengadilan yang tidak seimbang.

Insiden bermula apabila jaringan Robert Gaspar pada minit ke-82 dibatalkan pengadil. Pengurus Sabah, Hairul Benjamin kelihatan masuk ke padang membantah keputusan.

Selepas itu, penonton di bahagian belakang tempat duduk pasukan Sabah semakin hilang kawalan dan akhirnya sebahagian kecil pagar besi yang memisahkan mereka dengan padang roboh.

Penonton yang berada di situ kemudian masuk ke stadium dan mengejar pengadil perlawanan serta pemain Negeri Sembilan. Beberapa orang juga kelihatan melontar botol minuman kepada pemain.

Bagaimanapun pasukan keselamatan stadium sempat menyelamatkan pengadil dan pemain pelawat sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Pemain serta pengurusan pasukan pelawat dan kemudian diletakkan di bilik persalinan sehingga keadaan kembali tenang.

Sebelum perlawanan dihentikan, Negeri Sembilan mendahului 1-0 melalui jaringan Luciano Osmar Gonzale, sekaligus memastikan pelawat mendahului Sabah dengan agregat 2-0.

Sambil itu, jaringan Wong Sai Kong pada minit pertama dan Sapian Wahid (m-4) mengesahkan kemenangan Sarawak manakala Philimon Chipeta membalas satu untuk Perlis (m-77).

Madd
18-05-03, 01:05 PM
Apa la pi merusuh. Nanti persatuan korang jugak yang kena saman ...

Apa-apa pun tahniah kepada Negeri Sembilan kerana ke akhir. Jangan la diorang buat kat Kuching. Aku nak pi tengok final weiii ... buat la kat Bukit Jalil atau Shah Alam.

ayongsha
18-05-03, 04:31 PM
assalamualaikum...

uiks..madd.waghih!!hehe tula aku tekejut gak...sampai minit 82 ..berenti..pasal rusuhan lak..perghh..fanatik gile..pepon..aku arap n9 terus mara..janganla jadik mca kes2 lepas..dapat masuk final..tapi...endingnye..hurm..sedih btol!rasanya kalo final..antara due stadium je kene gune..sama ada bukit jalil atau shah alam..dont worryla madd..

Madd
18-05-03, 07:24 PM
Aku tersilap. Kedua-dua Sarawak dan Sabah terkeluar jadi perlawanan akhir mesti kat Semenanjung. Jangan dia buat kat Kangar dah la ...

Aku rasa Bukit Jalil tak masuk senarai sebab dorang tengah cuna pulihkan rumpur untuk kejohanan jemputan Asia Julai ni. Kalau diorang buat kat Shah Alam, kita buat rombongan penyokong Bincang N9 ke stadium nak?

carlos_jr
18-05-03, 08:49 PM
ish ish apa nak jadi ni....rusuhan..rusuhan...tak der semangat bola langsung...

AG
18-05-03, 09:52 PM
assalamuaLaikum w.b.t...


sonok pLak tgk org merusuh nih..ahahaha....
cam drama jer...
mesti kena fined la FAS nanti...

ayongsha
18-05-03, 10:53 PM
assalamualaikum...

ye ke madd??hehe..aku dah lama gak tak masuk stadium nonton bola..haha..kalo tak slalu gi ngan abah aku..tapi sakrang takda lagi pi pon..nonton tb jela..hehe..rombongan??haha..ramai ke waghih ni madd??

triple8
18-05-03, 11:30 PM
Kiriman asal oleh Madd
Aku tersilap. Kedua-dua Sarawak dan Sabah terkeluar jadi perlawanan akhir mesti kat Semenanjung. Jangan dia buat kat Kangar dah la ...

Aku rasa Bukit Jalil tak masuk senarai sebab dorang tengah cuna pulihkan rumpur untuk kejohanan jemputan Asia Julai ni. Kalau diorang buat kat Shah Alam, kita buat rombongan penyokong Bincang N9 ke stadium nak?

ari tu aku bacer dah konfim final kat bukit jalil tapi ader renovate rumput tu taktau lah may be kat shah alam kot tapi ok gak kat shah alam boleh kiter berombongan :D

p/s hoben jang hoben!

RD_ypvs
19-05-03, 07:01 AM
NEGERI Sembilan berpendirian keras, semalam apabila menyuarakan tidak akan menerima sebarang keputusan untuk mengadakan perlawanan ulangan menentang Sabah berikutan insiden rusuhan penonton dalam separuh akhir kedua, Piala FA di Stadium Likas, malam kelmarin.

Justeru, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yakin Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengiktiraf kemenangan 1-0 Negeri Sembilan bagi agregat 2-0 sekali gus layak ke final pada 31 Mei ini.

Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pasukan mereka tidak boleh dihukum berikutan rusuhan penyokong.

“Kami yakin Jawatankuasa Pertandingann FAM akan membuat keputusan yang bijak dan memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan, apatah lagi ketika itu kami sedang mendahului 1-0.

"Negeri Sembilan pasti tidak akan menerima sebarang keputusan lain, khasnya jika diarah mengadakan perlawanan ulangan,” katanya.

Sambil itu, pengurusan skuad Negeri Sembilan bersuara lantang, semalam mendakwa bahawa wujud gelagat kurang profesional di kalangan segelintir pegawai Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) yang dikatakan punca kepada rusuhan penyokong.

Pengurus Negeri Sembilan, Datuk Jamalludin Ahmad yang sependapat dengan semua anggota pasukan menjelaskan pihaknya akan berkeras menolak sebarang cadangan mengadakan semula perlawanan yang hentikan pada minit ke-82 itu.

“Pasukan kami menjadi mangsa dalam pergolakan ini. Kegagalan pihak berkuasa menghalang penonton yang merempuh masuk menyebabkan kami terpaksa meninggalkan padang demi keselamatan pasukan.

"Saya ditendang seorang pegawai Sabah FA ketika mahu masuk ke bilik persalinan. Pemain kami, K Rajan ditumbuk, manakala Mohd Aiman Wong dan Azman Adnan terkena lontaran objek keras daripada kumpulan perusuh.

"Kami bermain baik dan berhak menang dalam perlawanan itu untuk layak ke final Piala FA,” katanya.

Menurutnya, persatuan itu akan mengemukakan laporan penuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sambil itu, Setiausaha Eksekutif Sabah FA, Harry Baking berkata pihaknya menyerahkan kepada budibicara FAM mengadili perkara ini.

“Kita sudah hantar laporan melalui faks kepada FAM pagi tadi (semalam) dan akan menunggu sebarang keputusan. Dalam hal ini, kami berharap FAM memberi keutamaan menilai pengadil dan pegawai perlawanan ini.

“Kami sedia menerima apa juga keputusan FAM. Andai badan induk mahu perlawanan ulangan kami berharap ia akan diadakan di Stadium Likas dan Negeri Sembilan perlu datang ke sini," katanya di Kota Kinabalu, semalam.

Dalam pada itu, Baking enggan mengulas lanjut berhubung keengganan persatuan itu membuat laporan polis berhubung kejadian rusuhan malam kelmarin.

Katerina
19-05-03, 09:14 AM
HIDUP PERLIS!

HIDUP PERLIS!

HIDUP PERLIS!

aku tk sabar nk p stadium.. jumpa sahabat2 lama yg akan menentang negeri 9 kekkekekeke kompom time tu ako tk mau duduk ngan boyout n madd:D kekekkekk ako nk carik team perlis jerk muahahhahaaa

perlis confirm menang tahun ni:D

boyot7
19-05-03, 10:06 AM
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Negeri Sembilan tetap lah JUARA... Perlis pasti tersungkur....masuk dlm gua kelam..lahhh..

B nanti Ticket beli sendiri2...he he he he......

ayoi
19-05-03, 11:53 AM
HOBEN JANG HOBEN....

yahooo.....dapat gak masuk final...
tp kali ni kompom bawak balik pialoo....
boyott...final 31 hb ni kan..
sompek ko kito nak gi tengok...
potang ader gath..ekekke
apo² pon mesti gi tengok gakk.....
sapo lagi nak join...sonang nak sewo bas kito gi reramai...ehehheheh

ayoi
19-05-03, 11:53 AM
HOBEN JANG HOBEN....

yahooo.....dapat gak masuk final...
tp kali ni kompom bawak balik pialoo....
boyott...final 31 hb ni kan..
sompek ko kito nak gi tengok...
potang ader gath..ekekke
apo² pon mesti gi tengok gakk.....
sapo lagi nak join...sonang nak sewo bas kito gi reramai...ehehheheh

Madd
19-05-03, 12:28 PM
Apo nak buek, kampung Tok tak masuk final kan? ahahaha ... Kampung kita yang masuk final. Petang tu kena tolak awal la dari Cheras, kita gerak pi stadium sama-sama. Apo-apo pun, kito kono pi sokong. Den prast final Piala Malaysia dulu, kalah dengan Perak.

Kate, aku cakap awal-awal ... kalau Perlis kalah, ko tetap adik aku aaa? Takmo gado-gado ahahhaahha ...

Katerina
19-05-03, 12:34 PM
woooo takpe tkpe... ako declare war start skarang ngan korang suma!!!!!!!!!!

B... u punya baju gosok sendirik.. basuh sendiri... makan sendiri.. declare war sampai perlis menang. yehahhahahahaha

err tapi tiket belikan la...:D kekekkekeke

Madd
19-05-03, 12:44 PM
Ek eh, camtuh lak yo? Baju kono gosok sendiri ko boyout? Takpo, aku ado kona awek Pilah yang leh tolong gosokkan baju ko ahahaha ...

Hidup N9!

siti_syella
19-05-03, 12:50 PM
HIDUP PERLISSSSSS gak...
:::
Kate..
nanti kite dok sebelah2 ekk...

Madd
19-05-03, 12:53 PM
Huih, semakin berbunyik aaa penyokong Perlis ... mano wagheh-wagheh den ni ...

Katerina
19-05-03, 12:55 PM
ya cantekkkkkkk kita bawa bendera.. pakai baju biru/kuning.. pastu jgn layan org N9.. sekeh je :D

kita bawa nasi goreng ayam.. piza.. kentucky... blasah geng2 kita yor...

PERLIS PASTI JUARA

SINGA UTARAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

ayoi
19-05-03, 01:17 PM
ishhhh....boyott tikett bior dio boli sendiri....
lagi pon kaunter lenlain manoleh campoo....
aper² pon stadium akan dipenuhi oleh waghih² den...
orang n9....orang perlis tak ramai punyerr...
maklomlah ramai yang tak minat bola....ekekkek

HIDUP NEGORI 9..
HOBEN JANG HOBEN...

ishh aper dioo...saperr juara.....saperr...NEGORI 9..
ahh tu dah semestinyer....ekau tak tau lagi koo...
pogi kobakan dokek orang perlis berito ni yo....

NEGORI 9 JUARA.....jangan lupo yoo...ehehhehehe

::: ::: :::

siti_syella
19-05-03, 01:52 PM
orait Kate.....
kiter wat ala2 picnic kat stadium ekkk....
orang N9 leh amik bau je...ekekek...

bawak bendera?? emm.. orait gak.. wat ala2 Survivor gitu...
emm.. baju nak pakai cam survivor gak ke??... :D

leen
19-05-03, 01:56 PM
nak join boleh tak????

Hidup Negeri!!!!

boyot7
19-05-03, 02:21 PM
Boleh Leen....ekau org Nogori gakk kan....Haa elok lahh...
kito piknik skali...he he he

Katerina
19-05-03, 02:48 PM
ako nk balik dhni.. nk p carik kain kaler biru kuning.. ako nk jahit sendiri:D hehheheh org n9 leh tengok jer.. tkleh pegang.. n9 apa kelas ayoi:D kekkekekekekek

sapa kata org perlis tk tengok bola???? ako dari kocik tengok bola tk ponah miss kekekkee

ayoi
19-05-03, 04:00 PM
aper kate....cakap sekali lagi...
ko nak join kita orang semua sokong negori 9...
ishhhh apo ni kate....sampai hati ko tak sokong perlis....
den taulah negori 9 monang...tp janganlah sampai camtu sekali..
perlis tu kan kg kooo....ekekkkkee....

Madd
19-05-03, 04:06 PM
Leen nak ikut abang Madd tak? Kita dok grandstand ... bior orang lain dok bawah embun :D

triple8
19-05-03, 11:47 PM
laaa dah paneh lak kat sini ni sapo yang buek paneh nie ayoi ko hishh walau cam no pun n9 ke final
potang tu melantak satey malam melalak ke stadium huiii best eh jangan takut n9 monang ompek satu :D


p/s jersey maso final 2000 dulu dah basuh dah!:cipan:

ayongsha
19-05-03, 11:53 PM
assalamualaikum...

wah...kejap je nak penuh post nie..hahaha..bagus.ramai gak wagih2 kek sini..yeahh..idop nogori!!!!

lan bye
20-05-03, 12:46 AM
aku rase la kan..perlis yang akan menang
pasal team diorang mmg btol2 gagah taun nis

nokai
20-05-03, 02:12 AM
ehh sat.. mmg dah kompem ke N9 masuk final.. bukan ke FAM x buat keputusan lagi??

TonDu
20-05-03, 03:36 AM
nasik baek aku tak de kat Sabah..kalau tak, aku pun ikut merusuh...chisss!V::

UNDERTAKER
20-05-03, 05:05 PM
Uisykhh..kat Sabah ari 2 bikin panasla....
Hek-hek....macamni tahun depan ada liga super ka??
PERLIS vs N9...
Gua pilih PERLIS,boleh??Boleh aa....

Bender
20-05-03, 05:53 PM
salam....

perghh...tak den sangko2....N9 leh masuk final .....dari divisyen 2 tu...hehe......

triple8
20-05-03, 11:06 PM
alaaa korang ni burak kek sini leh lah sampai maso nanti perasan puntak ado final tu :) dah posting kek sini baru tau
walau camno pun n9 memang best :D :D :D

ayongsha
20-05-03, 11:14 PM
assalamualaikum...

tadi berite..FAm tanak lagi buat lawan ulangan..ntahla..harap2 betollaa..hurm..pepon..negri pasti mara...

ayoi
21-05-03, 08:10 AM
agak² stadium mano dio guno buat final nanti....
perlis dah mintak kat FAM utk buat kat stadium utamo ,kangar..
ishhhh mano bolehhh....nak buat kat tompek dio pulakkk....
tak adillah camtuu....harap² buat kat stadium Shah Alam....

HIDUP NEGORI9.....

idrase
21-05-03, 09:58 AM
TAKER ..10 sbb sokong team negeri aku :D

siti ngan kate orang PERLIGH gak keee....saje je sokong team PERLIGH ni.. :D

ape-ape pon dengar ni

"Perligh ....perligh..perligh ...buat buleh ;) "

Taun ni musti pegang punya lah piala FA :D

ayoi
21-05-03, 10:11 AM
yolah tuu...
takpolahh kito orang bagi perlis pegang ajoo...
tp NEGORI 9 yang akan bawak balik pialo tuu....ekekkeke

NEGORI 9 BOLEHHH....

HIDOP NEGORI 9....

KLue
21-05-03, 10:11 AM
Kiriman asal oleh idrase
TAKER ..10 sbb sokong team negeri aku :D

siti ngan kate orang PERLIGH gak keee....saje je sokong team PERLIGH ni.. :D

ape-ape pon dengar ni

"Perligh ....perligh..perligh ...buat buleh ;) "

Taun ni musti pegang punya lah piala FA :D

pergleh buat buleh
jangan kata tak buleh
ghempoh... ghempoh... :D

Madd
21-05-03, 10:58 AM
Apo lak buek kek Kangar? Itu tak adil, buek kat stadium neutral la ... lagipon orang Peghlih kek KL lagi ramai dari orang Peghlih kek Peghlih heheheh ...

Hidup Negeri Sembilan!
Hidup Negeri Sembilan!
Hidup Negeri Sembilan!

boyot7
21-05-03, 11:25 AM
Yarrr betui tuhh Madd.....
Skrg org perlis tuhh dah lari ke Kelantan....tgh cari bomoh siam kott..... he he he......

Kemungkinan besar main kat Stadium Shah ALam......