View Full Version : Perdana 'Mata Belalang' V6
ekzos_pipe
21-05-03, 08:07 PM
Amacam geng ini hari punya paper, perdana mahu kuar 'mata belalang' punya model pastu proton kuar lak disember nihh 1.5 Dohc-Campro-yang performance sama 1.8 punya enjin...so amacam komen?
Versi baru Proton Perdana V6 Julai
PERUSAHAAN Otomobil Nasional Bhd (Proton), akan melancarkan versi baru Perdana V6, memaparkan antara lain lampu depan berciri ‘mata belalang’ Julai ini, dan sebuah model baru sepenuhnya menjelang Disember.
Sumber-sumber berkata versi baru Perdana V6 itu akan dijual pada harga antara RM90,000 dan RM100,000 seunit, lebih rendah daripada kira-kira RM106,000 bagi Perdana V6 yang ada di pasaran sekarang. “Ia menampilkan beberapa perubahan kosmetik luar dan dalam. Antaranya bahagian bumper depan dan belakang yang menampilkan gaya baru di samping lampu depan bercirikan ‘mata belalang’.
“Ini akan meningkatkan statusnya sebagai kereta mewah pada harga paling berdaya saing di pasaran. Ia dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,” katanya. Model Perdana yang ada dilancarkan pada 1995, manakala versi V6 pula pada 1998.
Sementara itu, seorang sumber lain memberitahu Bernama, Proton akan melancarkan sebuah model baru sepenuhnya pada Disember ini. Pelancaran model baru itu adalah sebahagian langkah berterusan Proton mengekalkan daya saingnya dalam industri automotif tempatan, yang kini menyaksikan penyusunan semula khasnya dari segi penetapan harga.
Sumber itu berkata, model baru itu akan menggantikan Wira dan ia menggunakan enjin Campro 1.5 liter dimajukan oleh Lotus Engineering Ltd. Proton menguasai kepentingan majoriti dalam Lotus Engineering, syarikat automotif Britain yang terkenal dengan kereta sport dan kepakaran kejuruteraannya.
Sumber itu berkata, enjin Campro yang menggunakan aci sesondol berkembar itu, boleh menghasilkan kuasa dan tork melebihi apa yang sepatutnya dimiliki sebuah enjin 1.5 liter. Ia menyamai enjin berkuasa 1.8 liter, katanya. Sumber itu berkata model baru Proton juga akan mempunyai pengendalian jalan dan daya tahan yang lebih baik berbanding model yang ada ketika ini, hasil kepakaran jurutera di Lotus.
Proton ketika ini sedang menguji 50 kereta yang menggunakan enjin Campro di kilangnya di Shah Alam, katanya. Sumber itu berkata, pembangunan model baru itu ketika ini berada di peringkat terakhir selepas penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun ke atas kerangka dan enjinnya.
Pembangunan enjin Campro oleh Proton dan model baru itu adalah sejajar dengan strategi syarikat untuk kekal bersaing apabila sektor automotif tempatan dibuka di bawah Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta) bermula 1 Januari, 2006. Ia juga sejajar dengan matlamat Proton untuk menggunakan 100 peratus komponen dan bahagian tempatan dalam produknya.
Sumber berita (http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Ekonomi/20030520223959/Article/).
tak ada gambar ke.... kalau ada lagi menarik.
Nemesis
23-05-03, 04:12 PM
Aku pun puas dah cari pic tapi takde rezeki.bunyi cam menarik sangat, so bagi sape-sape yang dapat pic tu please berkongsi bersama-sama key?nak sangat tengok....
a`ah yg kete disember tu brape lak harganye??
I.R.DZUL
23-05-03, 08:44 PM
harga lagi murah dari wira ke?
Apa yg lagi murah dari wira? V6? tak kan lah.... cuma mungkin yg pakai enjin campro tu mmg murah dr wira. Dengar citer... wira akan stop production.
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.