View Full Version : Turbo Kit...!
aku ader satu soalan..Aper yang akan di tambah/ubahsuai/upgrade pada kereta kiter (jika kiter pakai keter NA) bila kita install turbo kit? Adakah ia akan meningkatkan performance jika dibandingkan dengan menukar keseluruhan engine kepada engine turbo?..Apakah jenis turbo kit yang sesuai untuk engine 4G93 GTi?:confused:
Turbo kit mmg tak boleh kita compare dgn enjin turbo. Definitely enjin turbo akan bagi performance yg lebih banding dgn turbo kit. Ada byk sebab, antaranya:
-Enjin turbo internalnya lagi thn & kuat dpd enjin N/A, so turbo boleh pakai boost tinggi, no problem dgn knocking, internal failure etc2. Dgn enjin N/A yg pakai turbo kit, boost tak boleh tinggi, mmg kena strictly maintain rendah (cthnya 5-7psi banding dgn 15-20psi pd enjin turbo). Risk utk detonation mmg lagi tinggi.
-ECU enjin N/A tak diset utk air volume dgn turbo, so fuel map ta sama. Kalau boleh, tukar kpd adjustable ECU/aftermarket(tapi kos mmg tinggi) & set fuel map atas dyno.
-every effort should be make to reduce the risk of detonation, cthnya pastikan temp rendah, intercooler bagus etc2. Most likely kena retard ignition timing utk prevent dpd jadi detonation yg boleh rosakkan internal enjin(internal failure).
-risk utk enjin rosak adalah lebih tinggi dgn enjin N/A+kit kalau setting tak betul, spt fuel map, timing, etc2.
Dpd segi peningkatan performance, bergantung pd org, ada org dah puas hati dgn kit, so ikut citarasa & kemampuan(financial) masing2.
ekzos_pipe
29-05-03, 08:46 PM
tyco-kira 5-7psi tu kira sama macam light pressure turbo ke?
akum
ekzos_pipe:
Boleh kata mcm tu la, org kata bagi 'umph' skit ;)
IC.thanks tyco.Lagi satu, ko penah dengar/tengok tak electronic gadget ni nama S-AFC from ApeXi (owang selalu letak dalam keter kaler biru tu), menatang ni sama ke function nyer dengan adjustable ECU.Kalau pakai tu aje, tak payah tukar ECU boleh ke???
Ader owang kater pulak menda tu boleh buangkan speed cut kiter??ntah..aku pun tak paham
A'pexi punya S-AFC tu dia adjust signal dkt air flow meter/MAP sensor utk bagi fuel/air ratio yg optimum. Dia bagi functionality yg lebih kurang sama dgn adjustable ECU, tapi tak sebagus adjustable, sebab S-AFC masih guna ECU standard kereta tu, dia just piggyback system je(dia just 'hack' ECU asal, bagi data lain so ubah skit map2 dlm ECU tu je). Kalau adjustable ECU, dia independent, tak guna langsung dah ECU asal kereta tu, so byk lagi benda boleh ubah yg boleh kita dpt lebih tinggi performance enhancement banding dgn AFC tu. Dia mcm complete package. The catch is: harga..adjustable/aftermarket ECU mmg mahal banding dgn AFC, berbaloi dgn fungsinya la.
Kalau betul apa yang aku dengar dari member aku, ada sebijik satria GTi kat kuantan, pakai enjin asal, pastu dia bubuhnyer pulak Turbo. X tau la salah setting ker, pomen dia memang x reti ke, parak giler minyak dia.
patut, turbo kalau jalan jauh, lagi safe minyak. tapi satria ni, dari kuantan smp temerloh jek dah lebih RM40. banyak tu.... RM45 petrol boleh pegi dr kl smp KT kalau enjin sedia turbo.
bukannyer apa, kalau macamtu ceritanya, jalan kat town, kena gali blakang umah aa... cari emas...
pikir sblm kena razeef....
Chinozie
03-06-03, 05:25 PM
cadangan tyco tu mmg betul.........
sedikit tips....kalau nak wat keta yg ade thusss
tu.....modal nak kena besar....pastu kalau nak
best agi masa wat convertion tu kalau bole
wat sekali harung so takyah nak penin pale,
nak upah pomen . Cuz half-cut nie nasib2 je...
ade yg elok ade yg tak elok......pada
cadangan chinozie la......kalau enjin
4G93....gi hantar overhaul, port n polish,
reboo, upgrade piston n camsaft n perkara
sewaktu ngan nye..........haaaaa kalau
camnie baru aaa confiden kau nak lenjan keta tu........
PERT ada jual turbo kit untuk enjin 4G9xP. Harga dlm RM6000-7000. Diorang claim 30% power increase. Max boost 0.4 bar. Ada berani???
Advantage pakai turbo kit : Tak payah tukar enjin, boleh jual balik turbo kit tuh, risiko maintenance/reliability compare ngan transplant enjin lebih rendah. Disadvantage : power tak setanding ngan enjin turbo yg sewaktu dengannya.
senang citer.. ada duit banyak.. nafsu pon banyak.. tak puas kalu power keta sikit.. leh convert enjin.. kalu setakat nak merasa cam mana penangan turbo tu.. install turbo kit.. nanti kalu dah busan leh buang balik..
Turbo kit mahal bebenor, baik beli enjin turbo terus, dah bosan masuk balik enjin asal. Sebab tu aku akan convert kpd enjin turbo tak lama lagi :D
Suspension/gearbox/tayar mesti kena upgrade kalu pakai turbokit/masuk enjin turbo, sebab torque meningkat dgn banyak. Kalu tak hari2 la wheelspin sebab torque besar.
Turbokit ni, mmg manufacturer claim mcm2, power increase sampai 30%, la etc2, tapi sebelum kita jump to any conclusion, kita kena tgk baseline efficiency enjin N/A tersebut.
Kalau kita tgk enjin proton, baseline efficiency kurang skit, mmg in theory dgn forced induction akan tingkatkan combustion efficiency, tapi kalau baseline efficiency dah bagus, dgn turbo lagi bagus, so % peningkatan power mmg kita expect tinggi juga. Cthnya mcm enjin Honda+turbo kit, % peningkatan dpd power enjin N/A kpd enjin + turbo kit mmg drastic & impressive, tapi jgn expect mcm tu la pd enjin2 lain. Having said that, we need to be sceptical with any figures presented by any company/manufacturer unless backed by dyno figures. So, tak semua kereta pasang turbo kit kena upgrade gearbox, tak semestinya, mmglah sebaik2nya tukar tapi kena ingat jugak sekuat mana manufacturer buat gearbox tersebut, sebab sesetengah model mmg kuat, lebih kuat dpd yg kita expect, so dgn turbo kit, ni bukan golden rule. Kalau transpant enjin/masuk enjin turbo, yes, ni golden rules.. dpd gearbox, clutch, fuel pump, etc2. Jgn samakan turbo kit & transplant enjin turbo, dua2 tu sgt2 berbeza, tak kesemuanya lah tapi mmg ada perbezaan & tak boleh kita golongkan dlm kumpulan yg sama.
Saya cadangkan, fahamkan technical concept of forced induction, basics of engine & combustion, basics of EFI, basics of modern performance cars etc2 dulu. Dah faham semua ni, insya-allah, mcm mana nak modified kereta tu, model kereta apa sekalipun, kita tau nak buat apa dgn bijak, boleh bagi reason segala modification kita dan tau modification apa yg perlu & tak perlu. Byk sumber ada, dlm net ada, dalam buku ada, terpulang pd masing2 utk lengkapkan diri & berusaha sebelum buat apa2.
Dah faham semua ni, insya-allah, mcm mana nak modified kereta tu, model kereta apa sekalipun, kita tau nak buat apa dgn bijak, boleh bagi reason segala modification kita dan tau modification apa yg perlu & tak perlu.
ada kaitan ke dgn ...
Max boost 0.4 bar
btw, keter turbo Rm45 minyak boleh pegi dr KL-KT ke ...? dah dekat 500km dah tu ...???
Kiriman asal oleh zaidi
btw, keter turbo Rm45 minyak boleh pegi dr KL-KT ke ...? dah dekat 500km dah tu ...???
aku rasa bole kot.. senior aku dulu pakai R32.. dia kata 10 L leh pi dlm 100 km..
akum
zaidi:
Saya kurang pasti dgn soalan anda diatas berkaitan statement saya & boost 0.4 bar, boleh terangkan tak? ;)
Anyway, 0.4 bar tak tinggi mana, just 5.8 psi, yg mana lagi rendah dpd standard boost kereta turbo(average 7psi keatas) & utk turbo kit pd enjin N/A, secara kasarnya adalah dlm range yg sesuai. Nak tau boost level yg plg optimum utk enjin tersebut of courselah kena buat dyno-run & adjust fuel-air mixture, bagi boost level sesuai supaya tak jadi detonation.
maestro
17-06-03, 09:30 AM
[b]tyco[\b]
Apakah perbezaan ketika sebelum dan selepas pemasangan turbo... secara amnya semua orang akan kata peningkatan kuasa... bagi saya kita mesti tengok secara keseluruhan.. bagaimana dengan jangka hayat enjin, penggunaan minyak dan lain-lain... boleh ceritakan sikit tak?
salmonella
20-06-03, 01:10 AM
akom bro TYCO....
nak tanyer sket, enjin 4G93-T (Turbo) yang keta mitsu pakai tu keta mitsu model aper ekk?? (bukan 4G93P untuk putra or 4G93X untuk Satria GTi=both were N/A spec right?) kalo bleh ako nak carik tapi nak tau gak keta tu release tahun baper coz enjin dier sure dah tua nyer... tapi kalo dapat yang baik, kene nasib, silap2x tinggal bubuh sayap jer kat Putra aku :D teros terbang!!!
kepada saper2x dalam bin automotif kalo terbaca, ade lobang untuk enjin 4G93T nih, leh tak balas, perhatian ahli2x bincang sekalian amat dihargai... :) tima kacih bebanyok....
Akum
Maestro:
Secaram amnya, peningkatan kuasalah. Tapi dari aspek lain, cthnya penggunaan petrol, bergantung juga, ini mengikut behaviour dan cara pemanduan juga. Kalau sentiasa full throttle(100% open) all the time, mmg mkn kuat minyak dpd biasa.
dari segi ketahanan enjin, ni bergantung. Kalau kita set betul2, jaga betul2 dari segi air-fuel ratio, pastikan fuel supply cukup, pastikan injectors boleh berfungsi dgn optimum, pastikan boost pd tahap minima(especially kalau enjin n/A), maintenance ikut jadual, insya-allah takda masalah. Selalu yg jadi masalah ni, yg perangai org yg jenis plug-and-play ni, yg nak instant energy, tapi konsep & mechanism enjin tu sendiri dia tak faham, tau lenjan je, hantar kedai yg mmg kerja tau tangkap muat je, ha ni yg ada masalah nanti. Org2 ni la yg akan kata enjin turbo tak bagus la, turbo kit tak bagus la, padahal mostly salah dia sendiri. Kalau setting tak betul, mmg boleh cepat rosak enjin, tapi kalau jaga semua betul2, tak ambil ringan walau sekecil mana sekalipun aspek tu, takda masalah.
salmonella:
4G93 turbo dpd enjin GSR lancer, 1.8L turbo.
minggu lepas baru je nengok member pasang enjin vr4 2.2 kat kete proton dia..pastu terus test..macam nak meletup kete dia..hehe:)
triple8
21-06-03, 12:36 AM
alaaa engine NA pasang surbo jerr power gak macam turbo tapi selamat dan jimat tak gitu tyco?
ARe-BeaR
22-06-03, 07:22 AM
a'kum...
triple8 : tak jugak.. turbo lagik tinggi dia punyer pressure...
Bored: bukan ker vr4 tuh 2000 cc ker..??? dan vr4 ada bebrapa model 200, 220 dan 240 bhp....
Kiriman asal oleh ARe-BeaR
Bored: bukan ker vr4 tuh 2000 cc ker..??? dan vr4 ada bebrapa model 200, 220 dan 240 bhp....
kalu x silap aku.. 2000cc tu model lama.. VR4 sekarang nie lagi besar cc dia.. kalu x silap 2500cc..
PutraWanz
30-06-03, 08:59 PM
apasal tak main gsr punya enjin mesti kaw kan
hmm....engine NA...
pakai jer surbo or stomberg...mesti ade peningktan daa
takyah laa turbo kit.. silap setting mapuih RM ko ler
percaya la kata2 aku nis.....
kalp nak betul2 power tukar terus enjin daa
taruk GSR ka... evo kaa... last choice VR4 ler akekee.....
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.