PDA

View Full Version : Penutupan Sementara Bincang.net & Pelancaran Laman Web K.A.B


adrina
05-06-03, 09:53 AM
Assalammualaikum,

apa khabar semua?

di sini kami ingin memaklumkan bahawa bincang.net akan DITUTUP buat sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan. ini termasuklah masalah server yang sejak akhir-akhir ini mengalami beberapa gangguan termasuk beberapa perkara lain yang perlu dikemaskinikan.

penutupan ini berkuatkuasa pada 7hb Jun 2003 (sabtu)sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
mungkin seminggu, atau sebulan, mungkin setahun, tak mustahil selama-lamanya
hehehehe... naper? tak percaya ker?

kami juga ingin memaklumkan bahawa laman web Kelab Aktiviti Bincang.net akan dilancarkan dalam sehari dua ini. namun begitu laman tersebut belum siap sepenuhnya tapi anda bolehlah melayari untuk mengetahui dgn lebih lanjut tentang K.A.B terutama mengenai perlembagaan, aktivit, yuran dan sebagainya.

jangan lupa untuk berdaftar sebagai ahli kerana banyak faedah yang anda akan perolehi ;)

sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada sdr belatuk, sdr boyot7 atau saya sendiri melalui pm, email atau telefon.

sekian, harap maklum dan sebarang kesulitan amatlah dikesali dan didahului dengan seribu kemaafan.

ikhlas,

adrina adi
setiausaha K.A.B