PDA

View Full Version : apakah maksud ONO kat iklan jual kereta?


linuxlah
05-06-03, 04:32 PM
linuxlah suspect one owner... betul ker... linuxlah tegah bertekak pasal meaning benda nie.... ashmril cakap not negotiable.... mana satu nie...

taqu
05-06-03, 10:34 PM
AKu rasa ono tak on negotiation, ntah la

emy
05-06-03, 10:45 PM
aku pun rasa pasal negotiable..tp tak tau la makna penuh dia..

shazmi
06-06-03, 08:55 AM
On Nearest Offer. kot. ke Or Nearest Offer. atau ada. orak ono kata orang jawa.

Ezza
06-06-03, 12:01 PM
aku rasapun pasa negotiable..
pasal dia selalu letak kat harga
RM 34000(negotiable)
RM35000(ONO)

triple8
17-06-03, 06:23 PM
laa takde yg tau ke?aku pun nak tahu gak nie... :)

coolmonk78
18-06-03, 02:32 AM
hihik.. la.. mmg slalu dok nampak benda ni.. tapi bila tanya org.. sekor pun tak reti nak jawab.. hmm.. takkan sifu sifu dlm ni taktau kot ekk.. ONO ONO ONO.. Uno aku tau ler.. takpun ENO

tuahayam
18-06-03, 07:50 AM
satu aku nak tanya.. kalu harga on the road tu camne sebenarnya.. adakah tu harga bersih tanpa dicampur hal lain.. atau harga keta dan ada kos-kos lain yang perlu kita tanggung

emy
19-06-03, 10:10 AM
Kiriman asal oleh shazmi
On Nearest Offer. kot. ke Or Nearest Offer. atau ada. orak ono kata orang jawa.


haa..on nearest offer yg betul..aku dah tanya bapak aku...hehe

lubuk
20-06-03, 07:11 PM
nenek aku cakap

Or Near Offer(s)

triple8
21-06-03, 12:24 AM
oic baru aku tahu dari dulu gak aku konfius tapi tak taunak tanyer saper... :)

yusoff
24-06-03, 08:49 AM
Actually O.N.O. bermaksud or nearest offer.

Ini bermakna harga yang harga yang diletakkan dalam iklan tersbut bukan lah harga tetap tapi masih boleh ditawarkan lagi dgn syarat harga yang ditawarkan tidaklah terlalu jauh dari harga asal.

Mari kita tengok abbreviation2 yg lain

l/mileage - low mileage
otr - on the road
acc/free - accident free(tidak pernah kemalangan)
met - metallic paint
s/rims - with sport rims
f/spec - full specifications
d/payment - Down payment(duit muka)
d/p - Down payment(duit muka)
reg - registered(didaftarkan dgn Jpj)
int - interest rate(kadar faedah pinjaman)
ABS - Anti-lock braking system
cond -condition
l/seat -Leather seat/kerusi kulit
a/c -air conditioned/berhawa dingin
A/Auto -Automatic transmission/Transmisi Otomatik
M/Man -Manual transmission
a/bag -air bag
h/back -hatchback
ori -original
neg -negotiable/boleh dirunding

Ni saja yang pakcik tahu.Kalau ada yg lain2 kita kongsilah bersama.

ibnusina8791
28-06-03, 01:06 PM
ONO yer.... betul ler tu.. or nearest offer. Penah nampak tak kat sesetengah bas laaa ada tampal OMO.... kalau intrakota & cityliner takder laaa.. biasa bas bandaran kat tempat lain. Hari tu nampak kat mersing..... hah teka lak apa maknanya....??????

Matlie
30-06-03, 10:42 AM
OMO = one man operation. maksudnye bas tu takde konduktor lah..

Füdgé
30-06-03, 12:29 PM
Kiriman asal oleh tuahayam
satu aku nak tanya.. kalu harga on the road tu camne sebenarnya.. adakah tu harga bersih tanpa dicampur hal lain.. atau harga keta dan ada kos-kos lain yang perlu kita tanggung

Setahu fudge, harga on the road u maksudnya, harga termasuk sekali insuran dan road-tax. Jadi, bila beli, terus bleh pakai atas jalan sebab document da lengkap....

an0nymous
01-07-03, 09:14 AM
P.O.A = Price On Application

yusoff
01-07-03, 11:47 AM
Ni nak tanya korang lak walaupun x de kene mengena dgn automative..off topic..Sapa tahu cuba jawab..

1) SCUBA

2) Kugiran

3) Pawagam

ibnusina8791
01-07-03, 07:32 PM
scuba = self-contained underwater breathing apparatus
Kugiran = lagi ler senang, kumpulan gitar rancak
pawagam = panggung wayang gambar

yusoff
02-07-03, 11:58 AM
Yes!!

10 markah penuh untuk IbnuSina..

Ada laike idea2 or soalan2 yg menarik ni..

tongahtido
07-07-03, 09:32 PM
wokey.. aku ada satu.. pm / am .. apa maknanya? dah lama aku nak tau ni.. bila aku tanya orang semua jawapan yg dorang bagi tak memuaskan hati aku.

ibnusina8791
09-07-03, 09:13 PM
wokey.. aku ada satu.. pm / am .. apa maknanya? dah lama aku nak tau ni.. bila aku tanya orang semua jawapan yg dorang bagi tak memuaskan hati aku.

a.m. = ante meridiem ( latin ) yg membawa maksud before midday

p.m. = post meridiem (latin ) yg membawa maksud after midday

Harap dah tau selepas ini.

Hah apa pulaknyer R.S.V.P. kasi jawab ......