PDA

View Full Version : Bincang.net - Dibuka Kembali Pada 13 Jun 2003 - Perubahan Yg Dibuat


Tok Muda
13-06-03, 02:55 AM
Salam hormat,

Bincang.net telah dibuka semula setelah kerja2 menambah
skin RAVIO dan pertukaran carta pengendali dikemaskini.

adrina telah memberi mesej peribadi kepada kepada
para pengendali yang telah ditamatkan tugas.

Perubahan ini dibuat untuk memberikan muka2 baru dibahukan
dengan tugas sebagai pengendali disamping memberikan idea
dan sokongan dari segi idea,masa dan tenaga.

obelicks, hafnie, adreen & sherrina telah lama bersama
bincang.net dan jasa mereka moga tuhan saja membalasnya.
Ada diantara mereka telah meletak jawatan seperti obelicks
yang dibebani dengan tugas harian.


1. Tema baru RAVIO nih telah ditambah. Boleh dilihat pada
kepilan dibawah. Macam biasa leh ubah mengikut citarasa ahli.


2. Pengendali2 baru pula adalah seperti berikut:
- Rupert G (Bahasa, Bacaan)
- ajim_ronso (Hiburan)
- sol_badguy (Games)

Welkem guys ;) Kami juga akan menambah beberapa pengendali
yang baru dalam 2-3 hari ini. Ada juga pengendali telah diubah
bilik forum :)


======Lain-Lain=======
Satu peraturan didalam bilik sukan dan berkuatkuasa serta-merta
mengenai aktiviti ahli akan dibuka. Kenyataan rasmi ini adalah
mengenai pemansuhan & larangan kepada ahli2 bincang.net
daripada mengajak, menganjurkan secara sukarela atau pihak
ketiga. Tindakan ini dibuat kerana bincang.net telah dinaung
oleh KELAB AKTIVITI BINCANG.NET dan pihak AJK telah membuat
kata putus hanya melalui kebenaran secara bertulis yang dipohon
oleh mana-mana ahli akan dipertimbangkan.

Seperkara dengan itu topik2 dan mesej2 yang ada kaitan dengan
perkara diatas akan dibuang serta merta. Pihak AJK & JKK akan
membuat satu topik dibilik berkaitan mengenai hal ini dalam
sehari dua ini.

Terimakasih kepada membantu dan moga tuhan memberkati.