PDA

View Full Version : Hutan Lipur



mentarisenja
14-08-03, 10:46 AM
LOKASI :
Terletak 17km dari Bandar Mersing dan 22km dari Pekan Endau, Johor melalui Jalanraya Mersing-Endau, 141km dari Bandaraya Johor Baharu.

HUTAN LIPUR GUNUNG ARONG mempunyai keindahan semulajadi hutan Dipterokap Pamah dengan suasana yang segar dan nyaman. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berehat disamping dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air sungai yang mengalir. Terdapat berbagai kemudahan disediakan bagi memenuhi citarasa pengunjung di sini.

BAGI mereka yang gemar menerokai kawasan hutan, denai hutan telah disediakan di sekitar kawasan ini. Di samping menikmati keindahan alam semulajadi, pengunjung juga dapat mengenali pokok-pokok hutan tropika yang terdapat di sepanjang denai tersebut. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat kepelbagaian spesis burung di kawasan ini.

SEBUAH Galeri Informasi yang mengandungi pelbagai koleksi hasil hutan dan kegunaannya serta bahan-bahan sejarah yang berkaitan Jabatab Perhutanan turut dibina di sini. Bagi mereka yang gemar berkhemah, tapak perkhemahan telah sedia menanti. Terdapat juga sebuah medan perbincangan yang disediakan bagi menjalankan berbagai aktiviti berkumpulan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 6).

Katerina
14-08-03, 11:00 AM
hutan lipur mmg mendamaikan... tapi aku masih takut nk masuk utan kerana penduduk buminya yg begitu meriah skali:D (pacat)

mentarisenja
15-08-03, 10:47 AM
LOKASI:
Baling, Kedah. Terletak 45km dari Pekan Baling, 42km dari Bandar Kulim, 45km dari Bandar Sungai Petani dan 110km dari Bandar Alor Setar.

HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU terletak dalam Hutan Simpan Bukit Hijau berjenis Hutan Dipterokap Pamah mempunyai ketinggian 150-200 meter dari aras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan serta menambat hati pengunjung. Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau.

BEBERAPA kemudahan asas yang disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan serta surau juga disediakan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan "arboretum", selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung.

PELBAGAI flora dan fauna boleh ditemui dalam hutan di sini. Tumbuhan utama yang terdapat di sini adalan meranti seraya, meranti tembaga serta meranti melantai. Di antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesis burung dan unggas.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 15).

SriNurizra
15-08-03, 11:19 AM
Salam...

Dekat2 KL ni takde ker?

mentarisenja
15-08-03, 04:45 PM
LOKASI:
Rawang, Selangor. Terletak 7km dari Pekan Rawang, 23km dari Kuala Lumpur dengan melalui jalan Kuala Lumpur - Rawang.

HUTAN LIPUR KANCHING terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Diterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 2km dari Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.

KEMUDAHAN awam turut disediakan seperti tempat letak kereta, tandas awam dan surau. Di samping itu juga kawasan mandi yang disediakan sesuai untuk aktiviti perkhelahan secara berkumpulan. Plot demontrasi juga disediakan untuk tujuan pembelajaran.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengnkutan awam seperti bas dan teksi dari Pekan Rawang ke Kuala Lumpur.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 112).

Danial7
29-08-03, 07:49 PM
info yg diberi sungguh menarik..insyallah saya akan cieritakan info mengenai gunung kinabalu pulak nanti

mentarisenja
02-09-03, 11:58 AM
LOKASI:
Bentong, Pahang. Terletak 9 km dari Bandar Bentong di laluan utama Bentong - Raub menuju ke Kampung Perting. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Keunikan hutan lipur ini ialah deruan air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.

PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Bentong.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 79).

adi_KL
02-09-03, 11:04 PM
perghh..........lamer bebonar tak masuk hutan nii....bulan lepas member ofis hajak pi....tak dpt laks nak join....hehehe...
per2 pong info yg amat bagus....mekasih....:)

mentarisenja
03-09-03, 10:37 AM
LOKASI:
Machang, Kelantan. Terletak 7km dari Bandar Machang melalui Jalanraya Machang - Kota Bahru, 63km dari Kota Bahru.

HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR merupakan kawasan rekreasi di jajahan Machang yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pemandangan disekeliling sungai dan anak sungai yang mengalir ke kawasan ini menjadikan tempat ini sesuai untuk berehat dan menikmati alam semulajadi. Beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat gerai makan, kolam air tempat berkelah disamping tanah lapang yang dinaungi oleh pokok-pokok sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

PENGUNJUNG boleh menuju ke tempat ini dengan berbagai kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Machang, kerana ianya terletak di tepi jalan saya.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 40).

Danial7
18-09-03, 07:45 PM
Kiriman asal oleh adiey21
perghh..........lamer bebonar tak masuk hutan nii....bulan lepas member ofis hajak pi....tak dpt laks nak join....hehehe...
per2 pong info yg amat bagus....mekasih....:)


adiey jom masuk hutan di gua musang pada12-15/10 nak ker

adi_KL
19-09-03, 11:41 AM
Kiriman asal oleh Danial7
adiey jom masuk hutan di gua musang pada12-15/10 nak ker


haku takleh janjii danial7...kene tgk jadual kije haku dulu...kalu ok...haku on jerk....:D

mentarisenja
19-09-03, 12:54 PM
LOKASI:
Gopeng, Perak. Terletak 7km dari Pekan Gopeng melalui Jalanraya Ipoh ke Gopeng, 32km dari Bandaraya Ipoh.

HUTAN LIPUR SUNGAI SALU terletak dalam Hutan Simpan Bujang Melaka dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Tarikan utama di kawasan ini ialah keindahan kawasan hutan asli, sungai dan air terjun bertingkat. Air sungai yang sejuk dengan jeram-jeram yang kecil mengalir di celah batu-batuan amat sesuai untuk mandi dan berendam bagi menyegarkan badan.

KAWASAN ini telah dimajukan sebagai tempat perkelahan dan berehat terutamanya kepada penduduk-penduduk tempatan. Lorong kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan hutan serta merasai kesegaran udaranya. Di antara kemudahan asas lain yang disediakan ialah pondik rehat, tandas awam dan gerai makan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Gopeng atau Pekan Kampar ataupun Bandar Ipoh.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 98).

tulip_putih
22-09-03, 12:41 PM
Rindu nye kat kedamaian alam semulajadi....

mentarisenja
23-09-03, 05:10 PM
LOKASI
Jelebu/Kuala Kelawang, N. Sembilan. Terletak 10km dari Pekan Jelebu/K. Kelawang ke Serting, 28km dari Bandar Seremban.

HUTAN LIPUR JERAM TOI terletak di Hutan Simpan Berembun adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai fauna dan flora. Sungai Batang Toi yang mengalir melalui bongkahan-bongkahan batuan besar membentuk beberapa jeram dan kolam yang sesuai untuk mandi-manda. Beberapa kemudahan asas seperti chalet, surau dan pondok rehat disediakan untuk kemudahan pengunjung.

SUASANA berkabus di sebelah pagi dan awal senja merupakan satu ciri istimewa di Hutan Lipur ini. Air terjun yang bertingkat-tingkat turut mewujudkan suasana tiupan bayu yang dingin. Laluan merentas denai hutan menuju ke Gunung Telapak Buruk cukup mencabar bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Jelebu.

RUJUKAN
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 55).

Danial7
12-10-03, 09:47 AM
Kiriman asal oleh adiey21
haku takleh janjii danial7...kene tgk jadual kije haku dulu...kalu ok...haku on jerk....:D

akak u gie tau:cipan: :::

mentarisenja
13-10-03, 08:34 AM
LOKASI
Yan, Kedah. Terletak 5km dari Pekan Yan, 35km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR SERI PERIGI terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya boleh kelihatan dari jalan raya Guar Cempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

BERBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

PERJALANAN ke hutan lipur ini amat mempesonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong, meranti tembaga dan palma.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Yan.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 28).

Danial7
01-11-03, 10:11 AM
mentarisenja..ko tau tak adaker tpt peranginan sungai jagung di kedah..mereka kata ada air terjun kat situ...cunn

chunli
01-11-03, 10:29 AM
:salam:

warrghhh!!! Bentong paling best...!
paling suka jungle trekking... ^-^
ish skola dah nak abeh...
tokleh laa nak join kemping cenggitu dah... (-_-, )

nak kemping... nak kemping...

Danial7
01-11-03, 11:24 AM
taun depan ade...gie la nanti

mentarisenja
02-11-03, 11:50 AM
DANIAL7
Sg Jagung tuuuh... aku rasa pernah dapat gambarnya melalui emel... pada pemerhatian aku, gambar yang di forward tuuh jelas menunjukkan telah diedit dalam photoshope.

################################


LOKASI:
Kangar, Perlis. Taman Negeri Perlis terletak 1km dariPekan Wang Kelian, 30km dari Bandar Kangar.

TAMAN NEGERI PERLIS terletak di Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu. Ianya berada di sebelah Barat Negeri Perlis yang mana berkedudukan di atas benjaran bukit batu kapur yang terpanjang di Malaysia.

TAMAN negeri ini juga merupakan salah satu hutan separuh-luruh (semidecious) yang sangat sedikit jumlahnya, serta mempunyai spesis tumbuhan yang menyamai spesis tumbuhan yang terdapat di Thailand. Taman ini merupakan khazanah kepada kepelbagaian biologi di mana hutan batu kapurnya juga kaya dengan flora dan fauna seperti burung-burung, mamalia dan reptilia sesuai untuk aktiviti pembelajaran.

TERDAPAT satu trek hutan yang mencabar daripada kawasan perkhemahan melintasi sebuah air terjun hingga ke sebuah gua bernama Gua Wang Burma. Di sini juga pengunjung boleh mendaki Gunung Perlis yang menjadi sempadan Malaysia - Thailand. Beberapa kemudahan seperti chalet dan domitri turut disediakan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangsar.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 105).

cupid
03-11-03, 12:50 PM
Kiriman asal oleh Katerina
hutan lipur mmg mendamaikan... tapi aku masih takut nk masuk utan kerana penduduk buminya yg begitu meriah skali:D (pacat)

:salam:

apa lagi jom ler buat re-unite gi lepak kat utan lipur.. heheheh main ngan pacat ..heheh

chunli
03-11-03, 01:09 PM
:salam:


Kiriman asal oleh cupid
apa lagi jom ler buat re-unite gi lepak kat utan lipur.. heheheh main ngan pacat ..heheh

ada org... stujoo!!! ::: ngueh ngueh...

gue seriyus ...

cupid
03-11-03, 01:14 PM
:salam:

betul ke serius nie.. hmm.. bile? kite bab camping nie dah lama tinggal..hehehe

chunli
03-11-03, 01:18 PM
:salam:

tatau laa... skang tgh pekse... singgah komp kejaaaaaappp je ni pun...

buat aje la bebile buleh... kite pun dah hampir lupe dah 'kemping' tu ape... ngueh ngueh...

err... betul ke seriyus nih...

cupid
03-11-03, 03:05 PM
:salam:...

hheh entah.. sapa yang nak gi ?

mentarisenja
03-11-03, 03:28 PM
Aku nakkkkkkkk

###############3

LOKASI:
Kota Tinggi, Johor. Terletak 8km dari bandar Kota Tinggi melalui Jalanraya Kota Tinggi - Mersing.

HUTAN LIPUR PANTI terletak di Hutan Simpan Panti merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai spesis pokok. Keindahan hutan ini sesuai untuk beristirahat sambil menikmati keindahan suasana sambil menikmati keindahan. Bagi memenuhi citarasa pengunjung, beberapa kemudahan asas seperti pondok dan bangku telah disediakan.

HUTAN Lipur ini sesuai dikunjungi untuk aktiviti seperti berehat, berkhelah, bersiar-siar, treking, berkhemah dan menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan seperti mengenal pokok, memerhati burung, batu-batan dan lain-lain.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 8).

cupid
03-11-03, 03:33 PM
:salam:

kene cari time, tarikh.. and then sapa yang jadi organiser nie?

diavenxa
03-11-03, 03:36 PM
:salam:


mentarisenja

thank 4 info nie semua....

pepahal Hutan Lipur Taman Negeri Perlis, aku rasa paling best kot

cupid
03-11-03, 04:46 PM
:salam:

Kate, buleh ler organise buat gi camping lak nie kan.. info dah ada apa lagi...

CupidOfLuv
03-11-03, 08:41 PM
:salam:

setakat yang disebut dah sampai Hutan Lipur Bukit Hijau, Baling dengan Taman Negeri Perlis...

Hutan Lipur Bukit Hijau best yang amat.. selalunya pergi ngan pemeli.. tapi ramai yang meninggal dunia kat situ.. skrg musim ujan.. tak digalakkan langsung pergi.. sebab bahaya...

Yang dekat perlis tu me pergi masa join program Menggua di Wang Burma, wang Kelian & Wang Pinang... anjuran MRSM dengan kerjasama Perhilitan Negeri Perlis.. hukss... hutan lipur dia biasa je la.. tapi aktiviti menggua tu best.. tak nyesal kluar duit rm200++ sebab rasa puas ati... ngeh ngeh!!

mentarisenja
04-11-03, 09:59 AM
DIAVENXA
samasama... tempat tuh memang best aku dah pegi dahhh

CUPIDOFLUV
Wang Burma itulah taman negeri perlis... memang tak nyesal, aku pon dah masuk gua tuuh

CUPID
buatlaaah reunion


################


LOKASI:
Kuala Lipis, Pahang. Terletak 9km dari Pekan Kuala Lipis, 256km dari Bandar Kuantan. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR TERENGGUN mempunyai Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini mempunyai 3 buah tasik buatan yang merupakan kawasan takungan air utama bagi bekalan air. Di sekitar kawasan hutan lipur ini terdapat petak-petak contoh tanaman spesis pokok hutan seperti Damar Minyak, Jelutong, Petai, Chengal, Kepayang dan lain-lain.

PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkayak, bersiar-siar dab berkhemah. Selain itu aktiviti riadah di atas laluan dan pelantar yang diperbuat daripada kayu disediakan untuk pengunjung berjogging.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Lipis.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 82).

CupidOfLuv
04-11-03, 10:20 AM
:salam:

tuhla.. menggua tu best..
kalo sesapa interested... boleh kontek Jab. Perhilitan..
siap sedia asrama ngan masakan kat kantin situ...
cuma bayaran kena lebih sket la...
berbaloi beb!!!

cupid
04-11-03, 11:33 AM
:salam:

Cupid ada ke nombor nya?

mentarisenja
04-11-03, 11:37 AM
LOKASI:
Yan, Kedah. Terletak 3km dari Pekan Yan, 40km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR TITI HAYUN berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada aras ketinggian 200 - 300 meter aras laut. Hutan lipur ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut.

IANYA sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Antara tumbuhan utama yang terdapat di hutan ini adalah Meranti Melantai, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga.

BERBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah dan trekking. mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Terdapat denai hutan melalui hutan asli menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1km.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah. Pengunjung boleh menaiki kemudahan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 37).

Katerina
04-11-03, 11:38 AM
huhuhuhu aku tk minat looo kamping2 ni dah.. dhbersara.. aku tk tahan kene geget pacat.. WANG BURMA>.ayakkk kampungpacat tu tau:D kekekkeke aku kene sampai nangis2... wkakkakkaka takut seh..

**rajin yak korang ke sana.. tinggal perlis ker?

CupidOfLuv
04-11-03, 12:09 PM
Kiriman asal oleh cupid
Cupid ada ke nombor nya?

me dah lupa mana kontek nombor dia...
cuma me ingat org yang conduct dr Jab. Perhilitan tu nama dia Uncle King..
rasanya boleh cari kontek no. dr Jab.Perhilitan..
try la akak.. kalo interested..

kak Kate..
dah dok kat utara.. mana lagi nak pi kalo bukan kat kawasan utara jugak :D
me pon takot ngan pacat.. tapi sembur bygon kat stokin panjang.. hehe... safety first! :D

cupid
04-11-03, 12:15 PM
:salam:

cam teringin nak masuk utan balik. tapinya.. hmm cam Kate kata ler dah ama bersara.. hari tu masuk utan lipur (under pengangkap) jaga bebudak.. pastu termasuk lah plak tempat tinggal pacat.. hehe apa lagi menjerit ler bebudak tu..

keje kite lak tolong cabut pacat2 yang melekat.. heheh (terinagt balik masa sekolah dulu :cipan: )..

yang best tu ada yang kene gigit kat leher ler.. kat kening ler..ishh histeria bebudak tu sat.. hehhe

Katerina
04-11-03, 12:23 PM
hoh ko tk takut cupid?? waaaaa bestnya.. nnt kalau p aku heret je ko sebelah aku.. senang kalau emergency wkakakkakaa

aku penah kene kat wang burma tu dia naik kat tengkuk aku.. masa tu aku menjerit mcmhisteri:( gila babas betul..

CupidOfLuv
04-11-03, 12:25 PM
:salam:

erk!! beraninya akak cabut pacat....
heeee.. tak geli ker? lembik˛ pastu geletik˛ tambah tambah bila dia dah kenyang..

me pon dah lama gak tak masok utan... last awal tahun arituh..
masa gi daki gunung ayam kat Gua Musang, Kelantan...
rindu seh nak panjat gunung smula.. masok utan..

takde ker geng BDN nak buat aktiviti lasak camni??
kalo ade best gak kalo join..

Katerina
04-11-03, 12:27 PM
kita mengalu alukan sapa nk wat xtvt camni..

cupid bule incharge.. ajak kawan2 yg berminat.. atau try tanya akak Q kita..dia pun xtive tu..:)

CupidOfLuv
04-11-03, 12:32 PM
:salam:

aiyark.. seber me lagging...

bestnya kalo ada xtvt lasak camnih... panjat gunung.. masok utan.. kalo scuba diving boleh tanya *Mutant.. dia slalu gi xtvt scuba tuh..

kalo ade jgn lupa habaq la na.. :D

cupid
04-11-03, 01:52 PM
:salam:

wah mutant gi scuba ekk ambik lesen kat ne?