PDA

View Full Version : Lumba haram: Motosikal mungkin dilarang masuk Kuala Lumpur



kotaku
09-01-04, 03:41 PM
PUTRAJAYA 8 Jan. - Kerajaan mungkin melarang motosikal daripada memasuki pusat perdagangan dan pelancongan di Kuala Lumpur sebagai langkah terakhir membanteras kejadian ragut dan lumba haram yang semakin berleluasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Kabinet yang bimbang dengan peningkatan kadar jenayah itu di Kuala Lumpur sebelum ini mengarahkan pihak berkuasa mengemukakan langkah yang sesuai bagi menangani kegiatan tersebut.

``Setelah menimbang pelbagai langkah, pihak berkuasa mencadangkan diambil tindakan drastik menghalang penggunaan motosikal di kawasan-kawasan terlibat jika langkah sebelum ini menemui kegagalan,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet melibatkan agensi-agensi di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, di sini hari ini.

Menurut beliau, cadangan oleh pihak berkuasa itu akan dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan dan kawasan yang telah dikenal pasti terlibat ialah Bintang Walk, Jalan Sultan Ismail, Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling.

``Kita mungkin mencegah mereka memasuki Kuala Lumpur. Tiada lagi motosikal. Mereka perlu menggunakan kenderaan awam.

``Kita sedar langkah ini akan menyusahkan orang ramai tetapi jika terpaksa kita akan laksanakannya,'' katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan statistik polis, kira-kira 80 peratus mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba haram datang dari luar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak berkuasa juga percaya bahawa kebanyakan daripada kejadian ragut dilakukan oleh mereka yang berlumba di jalan-jalan raya di ibu kota.

Menurut Tengku Adnan, dalam usaha menarik penggemar motosikal daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram, mereka digalakkan menyertai aktiviti sosial seperti gotong-royong mengecat rumah dan membersihkan kawasan-kawasan ibadat melalui program Kembara Wilayah Persekutuan Bersama Rakyat.

Katanya, melalui program tersebut, para peserta akan terlibat dalam aktiviti sosial itu di 11 lokasi yang dipilih di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

http://www.msn.com.my/news/melayu/utusandn1/default.asp


kotaku sokong 100%

semarak
09-01-04, 03:45 PM
tak patut....tak patut...

haidil
09-01-04, 03:51 PM
memang tak patut....
memang tak patut....
memang tak patut....

::: ::: :::

memang tak patut....
memang tak patut....
memang tak patut....

marques
09-01-04, 04:08 PM
sokong kalau dah takde jalan penyelesaian lain. buat tu tak berubah.. buat ni pn tak berubah.. sokong cara tu sebagai langkah terakhir je.
tp kang semua orang datang kl naik kete lak.. jem lagi teruk.. camne?

sebol
09-01-04, 04:18 PM
Perkara biasa di Malaysia
bila ada sesuatu isu sering diperkatakan dalam media, maka ada 1001 penyelesaian termasuk yg merepek akan keluar di media.

skai
09-01-04, 04:29 PM
Banning motorcycle on KL street is not the solution.
I think one way to solve this problem is to ban 2-strokes engine motorcycle in Malaysia, other third world country is doing this such as India & Bangladesh, why cant Malaysia do it?

http://www.ecoplan.org/NewMobility/today-save/today-27april.htm

Another factor that contributes to this problem is Government's decision to slash the road-tax on 150cc & lower motorcycles, I think this move have backslashed the Government's decision.

Araphats
09-01-04, 07:28 PM
cube tgk bandar2 maju kat seluruh dunia.... mane ade moto kapchai lalu lalang, berenti kat traffic light.. weng weng sana sini...??? cume ade kat m'sia je...


tibe mase pakai kemudahan awam... seiring dgn bandar maju yg lain... less accident, no traffic jam... kurang pencemaran...

aku mmg sokong kalo motor tak dibenarkan masuk KL... tapi camane nak implement ekk?? susah tuh.....

ekzos_pipe
09-01-04, 07:41 PM
frankly speaking la apa, kekadang ada idea2 yang kuar nak benteras isu2 semasa ini apa yg ekzos nampak ialah idea2 spontan/melatah suatu pihak.. nak ikutkan masalah motor nih lama dah.. "dah lamaa daaaah".. dari tahun ke tahun, sampai ade polis yang mati la itu la ini la, tpai bila NTV7 buat liputan dan komentar yg panas2 baru la ade pihak yang bertanggung jawab melatah bagi bermacam2 idea, ada idea ynag bernas malah tidak kurang juga idea berdasar melatah mereka serta melepas btuk ditangga menunjukkan mereka seolah mereka beriya2 membanteras walhal sebelum2 nih hentah dok buat ape.. same juga dengan kes bas eksiden musim raya, isu tuh panas bila musim cuti je, lepas tuh takde dah.. buat dono je, cth : perlaksanaan seperti kotak hitam hentah kemana...

cuma kena ingat, kesian laa kat org2 yg tak mampu beli keta dan kena pakai motor je, so jika penguatkuasaan ini dijalankan dan diperluaskan kesian la kat dia org, walhal yang buat hal tuh tak sampai pun separuh dari bilangan pengguna motor termasuk ekzos... takde dah ke cara lain?..

Adreen
09-01-04, 08:08 PM
TAK PATUT!!

dah la public transport slalu penuh, ambik bas pun jem giler..
takkan pasal nila setitik yang tak bersalah kene tempias jugak..
why polis tak buat penguatkuasaan secara meluas?
naper orang awam yang kene jadi mangsa?
aku rasa kalau polis terus-terusan buat road block kat tempat² yang disyaki banyak berlaku perlumbaan haram, maybe benda tu akan berkurangan..

pusing² balik pun aku salahkan polis gak..
kalau penguatkuasaan ketat, takkan ada banyak aktiviti camtuh..
V::

aiyDa
09-01-04, 08:25 PM
aku rase tak berapa patut laa.. ntah laa..

orang kat KL tuh bukan semua kaya pun nak pakai keta.

takkan nak wajibkan sumer naik bas, lrt, teksi?

Lorong
09-01-04, 08:51 PM
Kiriman asal oleh aiyDa
.................
takkan nak wajibkan sumer naik bas, lrt, teksi? .............

...........begitulah yang sepatutnya nanti. Mula-mula motor lumba haram diorang ban Motor masuk KL, Lepas tu pulak muncul org-org gila yang nak lumba haram kereta kat KL. Diaorang ban kereta pulak masuk KL. Lepas tu, lepas tu ...................

sebol
09-01-04, 09:06 PM
Kiriman asal oleh Lorong
...........begitulah yang sepatutnya nanti. Mula-mula motor lumba haram diorang ban Motor masuk KL, Lepas tu pulak muncul org-org gila yang nak lumba haram kereta kat KL. Diaorang ban kereta pulak masuk KL. Lepas tu, lepas tu ...................

race teksi

Araphats
09-01-04, 10:13 PM
mungkin ni bkn sebab lumba haram je... tapi nak bagi KL nampak lawo.... takde moto kapchai... ala2 nu york la konon...

fosilmitra
10-01-04, 12:23 AM
Pada pendapat acik... memang patut.... memang patut tindakan tersebut.... tapi dgn syarat.... Kerajaan kasi subsidi org naik motor bayar tambang kenderaan awam... amacam???? :D

exshahianz
10-01-04, 12:51 AM
apara.... dah tue yg ddk kat kl tue camne pulak..kalu die keje kat pj... tolok motor lu pass kl baru leh start enjin....penat wei

Adreen
10-01-04, 01:24 AM
haa... macammana orang yang dok tengah area KL, esp kawasan yang diharamkan masuk motor tu lak?
haa...
pk logik ke tak logik..

abih yang pakai kete tu tak racing la..
baru tadi aku tengok orang race kete kat highway ampang tuh..
haramkan la pulak kete yang ekzos paip besar masuk kl, amacam?
:D

Mutant
10-01-04, 02:32 AM
:R
salam-z-

pada ako memang tak patut...aku setuju ngan apa yg ekzos_pipe...melatah la tu..heh

cik Adreen...bagi mereka yang duduk ditgh² KL...sila la tempah satu frame yg beso utk masukkan mota anda dan dijadikan perhiasan...heh heh heh
tak pun buat tukun jer...heh


Banning motorcycle on KL street is not the solution.
I think one way to solve this problem is to ban 2-strokes engine motorcycle in Malaysia, other third world country is doing this such as India & Bangladesh, why cant Malaysia do it?
yang lebih sesuai...:)

afross...
V::

Kal-El
10-01-04, 07:52 AM
nak haramkan motorsikal...? bagus sangat ke pengangkutan awam kat Malaysia ni sampai nak suruh semua yang naik moto naik pengangkutan awam? yang ada sekarang nih pun berhimpit sana sini.. cakap je pandai.. yang cakap tuh dok dalam keta ada driver bole lah citer.. cuba diorang pun berebut naik lrt... sanggup? naikkan taraf kemudahan pengangkutan awam nih dulu baru leh citer haram mengharamkan moto nih...

fosilmitra
10-01-04, 08:27 AM
Kiriman asal oleh Kal-El
nak haramkan motorsikal...? bagus sangat ke pengangkutan awam kat Malaysia ni sampai nak suruh semua yang naik moto naik pengangkutan awam? yang ada sekarang nih pun berhimpit sana sini.. cakap je pandai.. yang cakap tuh dok dalam keta ada driver bole lah citer.. cuba diorang pun berebut naik lrt... sanggup? naikkan taraf kemudahan pengangkutan awam nih dulu baru leh citer haram mengharamkan moto nih...

Haa.. pendapat sahabat kiter nie acik bersetuju bonar... Sebenarnya ada gak org kaya (officer) naik motor... cam acik nie... nak naik keta dgn traffic jamnyer, dgn tolnyer... memang tension!!!... Disebabkan itu laie baik naik moto... Kalau dah nak diharamkan penggunaan moto kat Jalan2 tertentu di KL, kena pulak jalan tue lalauan utk kiter ke tempat kerja, acik raser2lah semua pengguna jln rayer akan boikot dari dtg KL... lepak kat umah laie baik daa.... Apo taknyer?! menyusahkan org nak poie keja sajer!.... alamak aiii... terover acting pulak saya tuan director... sorry yer...:D

aiyDa
10-01-04, 09:49 AM
Kiriman asal oleh Lorong
...........begitulah yang sepatutnya nanti. Mula-mula motor lumba haram diorang ban Motor masuk KL, Lepas tu pulak muncul org-org gila yang nak lumba haram kereta kat KL. Diaorang ban kereta pulak masuk KL. Lepas tu, lepas tu ...................

lepas tu.. kita reramai la naik beskal.. bleh la lomba beskal plak.. kalo beskal pun kena ban, lomba jalan kaki plak lah kita...


Kiriman asal oleh Araphats
cube tgk bandar2 maju kat seluruh dunia.... mane ade moto kapchai lalu lalang, cume ade kat m'sia je...

tengok jugak taraf penduduk nyer camner. kalo nak bandingkan KL ngan NEW YORK tuh aku rase tak patut la kot..

mito7
10-01-04, 09:52 AM
Kiriman asal oleh haidil
memang tak patut....
memang tak patut....
memang tak patut....

::: ::: :::

memang tak patut....
memang tak patut....
memang tak patut....

kerana nila setitik rosak susu sebelanga....... cari le kaedah lain.... yg merempit tak baper kerat je, yg lain jadi mangsa.....

ekzos_pipe
10-01-04, 10:55 AM
senang ceta bagi ekzos ini adalah idea melatah.. rasanya bnyak lagi jalan/cara lain boleh diimplemen..

satu cadangan kalau nak kawal mat rempit ini ialah: bagi mereka yang tertangkap itu kalau jailkan pun nanti menyebabkan dibuang kerja dan penganguran, bila takde kerja plak bila dah keluar penjara pun timbul masalah lain pulak.

so cadangan ekzos ialah, bagi mereka yang tertangkap ini selain dari jail, bagi dia orang denda dan kena lapor diri tiap2 hari dibalai polis berdekatan selama 6 bulan ke, setahun ke. Masa lapor diri check motor biar jadi standard, denda lak kena bayar jugak bulanan, kalau tambah kesalan samada tambah denda atau kalau tidak mampu baru la kena jail.

Cumanya at least dia org nih still ada keje(kilang ke, opis ke) takde mengangur, pastu polis ble kawal dia org dgn dia org kena lapor diri tiap2 hari pagi petang balik keje ke(walaupun ni nampak menyusahkan tapi lagi baik dari masuk jail), pastu polis/kerajaan tak kuarkan kos tambahan(sebab kalau masuk jail nanti kos penjara makan minum dan mahkamah dsb).. sekadar cadangan nak kawal dia org.

WA

DiYaNa
10-01-04, 11:06 AM
tak patut arr diorang buat camtu.. kalu nak pun buat la 10 mlm keatas.. maknenye 10 mlm moto tak leh lalu.. sebab biasenye race ni diorang buat tgh mlm kan??

jazzy
10-01-04, 11:19 AM
Naik komuter, naik putra, naik LRT.
Tapi sediakan banyak tempat parking kat stesyen tue.

red_line
10-01-04, 11:52 AM
eiii.... satu usul yg cukup menjengkelkan.....

korang tengok kronologi aku ekk.....

usul: haramkna moto kat KL

alasan: ragut dan lumba haram

impact +ve : kurang eksiden(ye ker..???), kes ragut... lumba haram....??? nope.. sebab diorang bukan akan stop.. cuma beralih arah ke tempat lain....

impact _ve: terlalu banyak.... silap silap mau xtvt penting yg by hand tergantung di tengah lautan kenderan 4 tayar dan keatas.... kos sara hidup meningkat.. orang kena beli keta kalau nak ke Kl.... ye la tergamak ke beli beras bali sardin beli karpet masuk duk dlm LRT..???

penggunaan masa yang kurang wajar... pakai moto pun ngam ngam aje mase tue... kalau pakai keta sumer atau pengangkutan awam... kompom makin ramai yg lambat..... kalau sekarang nih kul 7.15 dah mula jem.... tak mustahil nanti kalau usul nih jadi.. kul 6 pagi jalan dah jem.....

nota kurang ajar dari red: kekadang diorang nih aku rasa kurang akal laa.... tak fikir panjang... selfish, prejudis, hipokrit dan macam macam lagi.....

diorang tak naik moto diorang senang je buat usul camtue... kalau VIP nak g memane eskort..... jem sket dah bising.....

seriyess...usul nih aku rasakan antara usul yang paling tak releven, paling tak efektif, paling tak fikir panjang, paling naif, paling kolot aku rasa....

lumab haram= ban moto dari Kl... agaknya lah kan... kalau lelaki banyak buat masalah kat Kl.. ban lelaki dari masuk KL kot...???? alahai.....:(

xyhie
10-01-04, 12:33 PM
...ekeleh......dah abis sangat idea nak banteras ker???
.....not agreee at all...memula cadangan tak membenarkan caruman kwsp dikelaurkan before age reach 55...yang nyata2 memikirkan "orang2 pencarum " kwsp tu tak "cukup tua" untuk mengeluarkan duit yg nyata2 hak sendiri.....
....la..ni nak larang orang guna motor masuk kl....iskk...tak faham ako...yang naik moto tu ada yang tahap bapak orang...nak dengar jugak la aper kater ORANG2 KAYA yang ada moto pasal benda nie.....nampak macam membudakkan para penunggang moto....

..pasal polis yang kena rempuh ngan moto tu...alah yang polis ribut2 tu....
....ako payah nak rasa simpati ngan polis tu....kesian tu...kesian gak...tapi dia yang bangag pegi tahan moto tu ngan badan...dah tau moto tengah lumba...dan nyata2 laju...kalau brek pon memang cedera....apa lagi kalau tak brek....yang dia pegi hadang moto tu apasal....
....tak agree kalau budak yang langgar dia tu dicharge atas sebab menyebabkan kematian polis tu...bukan dia nak langgar...dah polis tu yang hadang....

...memang budak tu salah tapi...kesalahan dia lumba haram jek....nak tangkap sangat ambik nombor plat dia...pegi tangkap esok ke...lusa ke...yang polis tu pegi buat macam tu sapa suruh....

....tv3 kan buat slow motion adegan tu kat tv...nampak sangant polis tu buat tindakan bodoh....
bukan nak menangkan budak tu...tapi....payah2 cakap akau tak puas hati dengan cara polis tu bertindak...

LIVE TO RIDE...............opps.....bukan lumba haram yek........

grimlock
10-01-04, 12:55 PM
elok la sangat la cadangan dr kepala lutut menteri nih...ntah napa la menteri malaysia pk pakai kepala lutut..cadangan nk merompak duit kwsp la..pastu dg menteri low mentality la..pastu bas xleh jalan malam dg nk letak enforcement officer atas bas la....

tp nasib baik la ada menteri cerdik skit cam chan kong choy dh kata xde cadangan pun lg...

fosilmitra
10-01-04, 06:09 PM
Kiriman asal oleh grimlock
elok la sangat la cadangan dr kepala lutut menteri nih...ntah napa la menteri malaysia pk pakai kepala lutut..cadangan nk merompak duit kwsp la..pastu dg menteri low mentality la..pastu bas xleh jalan malam dg nk letak enforcement officer atas bas la....

tp nasib baik la ada menteri cerdik skit cam chan kong choy dh kata xde cadangan pun lg...

Alah.... ini cadangan hangat2 tahi ayam jelah korang nie... takut bebenor sebab korang naik moto ek...:D...

Laie satu, kalau diorg berani jugak buat larangan camni, apolah susah sgt... maso meng"afundi" nanti... kito pangkah ler tempat yang 'biar betul biar betul betul!!!'...:D

p/s: sekadar mengelakkan unsur2 politik... jgn maree...

crystalynna
10-01-04, 10:11 PM
:salam:

jgn kerana mat rempit & mat ragut baper kerat tue, pakcik2 & kiter sumer yg mematuhi peraturan jln rayer x dpt bwk moto masuk town...!

aper kejadahnyer ni sumer?! (ala2 ntv 7.... muahahaha...)

C-Fumofufu
12-01-04, 01:41 AM
...memang budak tu salah tapi...kesalahan dia lumba haram jek....nak tangkap sangat ambik nombor plat dia...pegi tangkap esok ke...lusa ke...yang polis tu pegi buat macam tu sapa suruh....


mungkin ko tak ikut perkembangan lumba motor ni atau tak pikir panjang, tapi kalo diorang tukar plet nombor ko rase esok nye polis leh cegah ke?




....tak agree kalau budak yang langgar dia tu dicharge atas sebab menyebabkan kematian polis tu...bukan dia nak langgar...dah polis tu yang hadang....

dengan logik ko, pemandu lori yang langgar moto sume tu tak bersalah la, pasal 1. sape suruh moto tu duduk bawah jambatan tak bawak baju hujan, skarang kan musim hujan dan 2. salah kereta yang "terkejutkan" pemandu tu la yang buat die terbabas kan?


polis yang halang pelumba takde brek. moto ade brek. sape yang sondol sape? lori sondol mat2 moto ke, atau mat2 moto tunggu lori sondol diorang? mat moto sondol polis ke, polis tunggu nak mati? cube la carik memane manusia yang nak mati kene langgar orang yang tak reti bawak moto bebetul.


agak2 logik kot, kalo pas ni mat moto brani lumba time siang2 ala cerita Taxi dari Perancis, maka kereta semua kene bagi jalan macam raja lalu kot? -_-


jika mat moto sanggup habiskan nyawa orang, maka dia patut sanggup untuk dihabiskan nyawa diorang. ko rase kalo ko bawak keta, mat moto lalu and terlanggar keta ko maka ko takde hak nak mintak diorang bayo ke?


ako tabik hormat kat polis2 camni pasal tak macam ako, diorang berani gadai nyawa pertahan undang2. bile polis buat jahat sket korang marah, bile polis nak jage keamanan negare korang marah gak. ko rase die lumbe haram je ke? takkan tak bace berape ramai yang isap dadah jugak, berape ramai yang kene aids, berape ramai yang ade masalah sosial ngan keluarga, berape ramai yang jatuh terus mati, berape ramai yang balik tido ngan awek? hek enen buat macam taktau lak, ko patut selalu tengok mat motor kan so takkan tak tau?


that said, ako sokong diorang haramkan moto. tapi hanya moto kapchai, dan hanya pada waktu malam di bandar. because waktu keje ape gune moto pade waktu malam? mesti pegi lepak, haa sape yang dok bising2 gejala remaja ni pasal disko patut la suke kalo diorang susah nak gi disko skarang, tak pikir?





Laie satu, kalau diorg berani jugak buat larangan camni, apolah susah sgt... maso meng"afundi" nanti... kito pangkah ler tempat yang 'biar betul biar betul betul!!!'...

p/s: sekadar mengelakkan unsur2 politik... jgn maree...
so ape PAS nak buat? bagi ceramah agama kot? sori la kalo nak cakap sangat cakap je la terang2, main elak2 pondan lak.

Adreen
12-01-04, 02:53 AM
Kiriman asal oleh C-Fu


dengan logik ko, pemandu lori yang langgar moto sume tu tak bersalah la, pasal 1. sape suruh moto tu duduk bawah jambatan tak bawak baju hujan, skarang kan musim hujan dan 2. salah kereta yang "terkejutkan" pemandu tu la yang buat die terbabas kan?


ihik nak lari topik sikit..
aku tak stuju part ni la 'cfu..
tak semestinya yang bawak moto ni bawak baju hujan, dan mungkin ada yang bawak tapi hujan lebat sangat sampai visiblity terhad jadi dorang terpaksa tunggu sampai hujan reda sikit baru jalan..

:D

nokai
12-01-04, 03:27 AM
ok.. soalan mudah.. sape yg dengar sendiri ape yg menteri di jabatan perdana menteri tu ngan ketua trafik persekutuan tu cakap di berita baru2 nie? ataupun korang mengkritik nie hanya berpandukan kepada laporan akhbar aje? nie siap ada yg kata cadangan drpd kepala lutut menteri la.. heheh..

dan apa plak cadangan korang utk mengatasi masalah nie.. takkan mengkritik aje kot?

jaabil
12-01-04, 03:34 AM
masuk selangor... :::

CupidOfLuv
12-01-04, 06:25 AM
bro`nokai.. kesahihan orang dgr hal ni taktau la betul ke tak..
oleh sebab tu.. kita bincangkan andaikata... oke??
yg forumnist jangan la plak dok pi entam menteri sbb berita bukannya sahih lagik....

nih jawapan Cupid pasal isu nih kat porem lain..
paste kat sinih..


keta pOn bleh sebabkan kesesakan
try suma pakai mOtO.. hehe.. laju ja.... huhuhu....
laki bini pOn nampak rOmantik apa naik mOtO berdua
anak² tinggai kat umah pasai tak muat nak naik mOtO skalik.. best + bangang gak idea nih..

yang pakat pi bOdO dOk lumba haram tuh pasaipa
huhuhu... Otak ada takmO pakai.. akai sekepiang
pi tauk buang la Otak budak² luba haram nih masOk laut

teringat iklan dalam tb....
bak kata shahrul yuzi "race kat trek"

:rolleyes:

nak belumba, pi belumba kat litar.. kaco life orang lain jer mat rempit nih
sebab spesis b*ngang nih orang lain jadik mangsa keadaan....
bukannya semua orang mampu nak ada keta... kesianla..
plak tuh kenderaan awam kalo puntual ikut taim macam kat oz takpela.. nih tak ikut taim.. susah la orang nak guna kenderaan awam..
ramai prefer moto utk senangkan perjalanan/elak jem/jimat tol/etc...

so??

C-Fumofufu
12-01-04, 08:25 AM
Kiriman asal oleh Adreen
ihik nak lari topik sikit..
aku tak stuju part ni la 'cfu..
tak semestinya yang bawak moto ni bawak baju hujan, dan mungkin ada yang bawak tapi hujan lebat sangat sampai visiblity terhad jadi dorang terpaksa tunggu sampai hujan reda sikit baru jalan..

:D

la cube bace bebetul.

dengan logik die. bukan logik ako, bukan logik ko, dan semestinya bukan logik orang yang pikir jauh sikit. alahai makcik ni :gelaks: lariiiiiiiii




plak tuh kenderaan awam kalo puntual ikut taim macam kat oz takpela.. nih tak ikut taim.. susah la orang nak guna kenderaan awam..
ako kire kalo die ban time malam je, public transport patut boleh improve kualiti diorang pasal
1. malam2 orang tak gune moto masuk bandar
2. orang kene gune public transport
3. public transport dapat lebih duit, leh buat lagi banyak bas, dll

malam2/pepagi buta ako pasti takde mamat yang naik moto pizza ke, moto posmen ke yang berani nak gune moto tu dengan sarung2 pos untuk racing. kalo skuter takleh laju sangat (kot?), polis leh kejar. handling skuter pon bukan bagus sangat so tak susah kalo polis nak kejar.



kalao ako jadi polis, bile ako yang statik yang dok kat jalan je ni ade ancaman dari orang yang datang dari depan, yang semestinye diorang nampak ako kat depan die tu, maka ako akan terus tembak je, pastu ako cakap sebagai menjaga nyawa ako. orang gila je yang kalo ade polis kat depan die terus leh langgar, ni kot jenis manusia mulia yang ade orang kat sini respek?


kalo polis buat roadblock pastu pencurik/pembunuh nak langgar polis then takpe kot kalo polis tembak diorang?

xyhie
12-01-04, 08:35 AM
...u didnt get me cfu....bila polis tu pegi hadang dengan BADAN dia...dah sah2 dia boleh mati.....nak hadang pon pakai la otak....go and see the clear picture of that tragedy c-fu....how that stupid action of that poice has done.....

orang bodo je yang berani pegi bediri depan keta/moto yg tengah bergerak laju

...in the first place dia dah bahayakan nyawa dia sendiri....for sure dekat rumah dia ada anak bini....kalau dia mati sapa nak tanggug anak bini dia?..."POLIS"....jangan harap, takat mana la kebajikan mrk tu polis nak jaga....kalau polis tu cacat....tak ke menyusahkan diri dia sendiri dan keluarga dia....
....kalau polis tu kaya takpe....tapi tak mungkin ada anak menteri yang jadi polis dgn gaji ciput......

...in the 2nd place dia dah bahayakan nyawa budak bawak moto tu......
beside amik nombor plet moto tu...poliskan ada moto besar pegi la kejar ngan moto besar dorang tu....yang pegi ambik badan buat kaber tu sapa suru.......dia berani tak ngam tempat la c-fu.......i,m very sure police ada banyak cara nak detect pesalah2 jlnraya

...penunggang moto berteduh masa hujan...tak same ngan buat road blok nak hadang lumba haram c-fu...its different cases....

i do know...lumba haram kat mesia ni kira teruk dlm certain negeri....negeri lain lum teruk lagi.....i know lumba haram ada bad impact....

and i do know....i,m not expert in this lumba haram punya perkembangan.........i,m not a motorist anymore..............

C-Fumofufu
12-01-04, 08:45 AM
ako dah tengok 3 4 kali dah, takyah nak suruh orang2 kat sini tengok dan "buka" mata diorang la.


first off, gambar diambil dari sisi. unless ko ade mate bionik, ko takkan dapat agak berape banyak beza jarak sisi antara polis dengan mat moto dari mase die jauh dan mase die dekat. ko pernah sipi2 kene eksiden? kalo tak pernah, cube try pegi kat highway dan tetibe masuk tengah2 highway. ako cabar ko duduk depan incoming kereta, dan lari sebelum kereta tu langgar. 9/10 of the time ko akan tercegat kat situ cam kaki ko kene beku, ko rase senang ke?

lagi satu ko fail nak perati bebetul:
- the fastest way to go is straight line
- cube perati bebetul samada polis tu yang duduk depan moto ke, ATAU
moto tu yang belok ke polis, dengan harapan polis lari dan jalan kosong terbuka untuk diorang lari.


ako ulang sekali lagi, manusia mana yang kalo ade roadblock diorang lagi pecut? tak kire kalo polis ade kat depan ke, or polis kat tepi ke, manusia jenis mane? ko respek manusia camni?

ako rase before posting kali ni cube pikir jejauh sket la. ko rase kereta leh masuk kat mane tempat moto leh masuk ke? ko rase mane lagi senang nak lari - moto kapchai ke moto besar?


fyi: ako baru je tengok tadik before masuk thread ni. ako masih tak paham camner ko leh kate polis "bahayakan" nyawa mat moto sedangkan mat moto snirik yang tak kisah jalan laju tepi kereta or jatuh? cube cite sket kenape ko rase mat moto tu sayang nyawa die dengan race haram ni, nak gak kite semua dengar.




ps. by your logic gak, since polis halang dengan badan hanya macam mintak mati, maka askar pon bodo la kot pasal 90% askar akan mati?

Lorong
12-01-04, 08:52 AM
.........kalau aku jadi polis tu aku tembak je hahahahah.
dah tu penonton siap baling batu lagi kat polis samaada geng diorang atau peminat fanatik entahla memang hidup nyusahkan orng ramai tul la mat rempit ni............................

C-Fumofufu
12-01-04, 08:56 AM
ako leh bet 100% yang mamat benci/kutuk polis ni tak berani nak pegi balai polis dan cakap "jangan jaga rumah/famili ako" pasal bile diorang kene tragedi, dan sedar betapa "baik"nye jiran diorang or manusia2 sama bangsa, sama negara yang dok tercegat tengok je eksiden maka orang yang diorang mintak tolong mesti polis nye. keje bodo kot, pestol diorang ade lock pasal kalo pencurik nak tembak diroang susah diorang nak keluarkan pestol tu, mati katak je kot?

cat
12-01-04, 09:36 AM
Kiriman asal oleh Araphats
cube tgk bandar2 maju kat seluruh dunia.... mane ade moto kapchai lalu lalang, berenti kat traffic light.. weng weng sana sini...??? cume ade kat m'sia je...


tibe mase pakai kemudahan awam... seiring dgn bandar maju yg lain... less accident, no traffic jam... kurang pencemaran...

aku mmg sokong kalo motor tak dibenarkan masuk KL... tapi camane nak implement ekk?? susah tuh.....

kalu semua orang kaya, jangan kata motor I rasa kapal terbang pun dia orang bawak...Untuk membankan semua pekara bukan hanya tengok pada keadaan buruk perkara tersebut....tapi perlu tengok keseluruhan....dari segi kebaikan dan keburukan.....keburukan memang dah ketara wujud sekarang....tapi apa macam kebaikannya tak kan lah nak abaikan sahaja.....jasa besi buruk tulah yang menolong saudara2 kita kat seluruh Malaysia ni cari makan...lebih2 lagi kat Kuala Lumpur yang serbe penuh ngan terrible trafik jam...Negara Malaysia masih dalam title "Development Country" dan bukannya "developed country"...... V:: ...

Ko tau tak public transport kat negera ini bukannya boleh harap sangat....tiap2 pagi I tunggu bas bagai nak rak ...pun tak sampai2....kadang2 awal kadang lambat....kalu macam Singapore itu developed country...bas depo sampai setiap 5 minit...kat UK bas depo pun sama...mana lagi....???? Bawak pandang kat timur pulak Jepun bas dan train tepat pada masa.....kekerapan sangat tinggi...bila sampai kat town tokyo hanya nampak ramai orang jalan kaki.....

Manakala ke US pulak....eh ...tak pernah ambik tau pasal US....sorry...

Dahlah penat dah.....menaip...nak pi minum pulak lah...nanti I sambung... :kontrol:

cat
12-01-04, 10:11 AM
Kiriman asal oleh grimlock
elok la sangat la cadangan dr kepala lutut menteri nih...ntah napa la menteri malaysia pk pakai kepala lutut..cadangan nk merompak duit kwsp la..pastu dg menteri low mentality la..pastu bas xleh jalan malam dg nk letak enforcement officer atas bas la....

tp nasib baik la ada menteri cerdik skit cam chan kong choy dh kata xde cadangan pun lg...

V:: amboi mulut main sedap lepas aje....pikir sebelum lepas kat mulut....ini merupakan salah satu cadangan .....kalu u ada idea yang lg bernas lafazkanlah....jangan dok mengata orang tu bodoh..... cuba u pikir menteri2 tu dapo hanya ada satu otak setiap seorang...kalu sepuluh orang keluar lah sepuluh idea...mungkin lebih...meeting2 dapat lah kot 2 idea penyelesaian yang ok...so diaorang sampaikanlah idea mereka....baru warwarkan....belum tentu lagi....dah marah orang pikir ngan kepala lutut....jika u ada apa2 idea yang boleh menuju ke jalan penyelesaian inform kat depolah...sms ke...email ke..surat ke..faks ke...tepon ke....apa guna kalu hanya ada teknologi tapi tak pakai...:bengang: :bengang:

red_line
12-01-04, 11:27 AM
ahaks.. its time ti argue with C-Fu... .... :D


Kiriman asal oleh C-Fu
ako dah tengok 3 4 kali dah, takyah nak suruh orang2 kat sini tengok dan "buka" mata diorang la. aku tak tengok pun siaran tu.. tapi aku memang tau yg polis tu sengaja menyusah kan diri dia.. dan dia boleh dikonsider berlagak terer.... sebabnyer... dia tak pernah di tugaskan pun duk tetengah tue dan halang orang yg tengah langgar road block....



first off, gambar diambil dari sisi. unless ko ade mate bionik, ko takkan dapat agak berape banyak beza jarak sisi antara polis dengan mat moto dari mase die jauh dan mase die dekat. ko pernah sipi2 kene eksiden? kalo tak pernah, cube try pegi kat highway dan tetibe masuk tengah2 highway. ako cabar ko duduk depan incoming kereta, dan lari sebelum kereta tu langgar. 9/10 of the time ko akan tercegat kat situ cam kaki ko kene beku, ko rase senang ke? then stop berlagak macam superman... dau tau moto tu datang dengan kuasa pecutan tinggi... nak halang jugak.... banyak cara lain lagi la c-fu wei....


lagi satu ko fail nak perati bebetul:
- the fastest way to go is straight line
- cube perati bebetul samada polis tu yang duduk depan moto ke, ATAU
moto tu yang belok ke polis, dengan harapan polis lari dan jalan kosong terbuka untuk diorang lari.[QUOTE]ko percaya tak kalau budak tu lari ke hala lain pun polis tu akan ikut gak..??? tok sah laa.. aku dah masak sangat perangi polis trafik kat Kl nih....


[QUOTE]ako ulang sekali lagi, manusia mana yang kalo ade roadblock diorang lagi pecut? tak kire kalo polis ade kat depan ke, or polis kat tepi ke, manusia jenis mane? ko respek manusia camni? dan kalau ko tau ko ade masalah... heh... aku rasa pertimbangan ko pun mungkin jadi cam diorang.... :gelaks:


ako rase before posting kali ni cube pikir jejauh sket la. ko rase kereta leh masuk kat mane tempat moto leh masuk ke? ko rase mane lagi senang nak lari - moto kapchai ke moto besar? [QUOTE] nih ape yg sebenarnyer ko cuba nak jelaskan nih C-fu... kabur la ku bacer... :D


[QUOTE]fyi: ako baru je tengok tadik before masuk thread ni. ako masih tak paham camner ko leh kate polis "bahayakan" nyawa mat moto sedangkan mat moto snirik yang tak kisah jalan laju tepi kereta or jatuh? cube cite sket kenape ko rase mat moto tu sayang nyawa die dengan race haram ni, nak gak kite semua dengar. cuba ko bezakan mane satu lumba haram, mane satu lari dari roadblock, mane satu bawak melulu......





ps. by your logic gak, since polis halang dengan badan hanya macam mintak mati, maka askar pon bodo la kot pasal 90% askar akan mati? sebab askar diminta utk bertempur dengan musuh dan itu aje carenyer.... polis... banyak lagi cara lain.... toksah la nak menggatai nak tangkap bebudak nih cara tersendiri..... :)

cat
12-01-04, 11:44 AM
[QUOTE]Kiriman asal oleh red_line
[B]ahaks.. its time ti argue with C-Fu... .... :D

aku tak tengok pun siaran tu.. tapi aku memang tau yg polis tu sengaja menyusah kan diri dia.. dan dia boleh dikonsider berlagak terer.... sebabnyer... dia tak pernah di tugaskan pun duk tetengah tue dan halang orang yg tengah langgar road block.... [QUOTE]

Pada pendapat saya pulak, polis tu dah geram ngan si pelumba ni. Bila seseorang dah geram tahap maximum, dia akan cuba sedaya upaya untuk dapat budak lumba tu. I rasalah polis tu pun tak sangka dia kena langgar.....

actually pihak polis pun menghadapi tekanan yang amat sangat ngan kes2 macam ni....so bila tertekan teramat sangat...:bomm: ..letupan akan berlaku....inner site reflect.....buat apa2 saje untuk menamatkan gejala lumba haram.....sampai mati kena langgar pun dah tak kisah sangat lagi......:kontrol:

xyhie
12-01-04, 12:32 PM
....kejap ako kira brape kali xcden ye cfu...
...xcden moto....ada dalam.....4-5times....bruise ada lagi kat badan...tamau ilang......

....xcden kete....ada dlm 3 kali....

....nak kene langgar ada dlm...3 kali gak....

xcden kapal terbang, kapal laut ngan kete api tak penah lagi....

askar memang gadaikan nyawa.....tak dia gadai nyawa bukan bodo2 pegi ngadap peluru musuh...paling teruk pun dorang nak sembuyik ...pegi sembunyik balik pokok....tadak dia pegi tunjuk badan dia dekat depan peluru musuh....mereka berhati2 dlm pergerakan...no matter pgerakan kecik atau besar....i know this cfu....hubby ako army punyer orang....tak penah ako bodo2 gi ckp dkt hubby "berjuang lah hingga titisan darah terakhir dengan BODO2 pegi tunjuk diri depan peluru"...........

u should know the risk of your job...so don't ever do the stupid risk......

...bila budak moto tu lepas laru takda sapa cedera...tapi bila dah di hadang.....2 nyawa jadi taruhan cfu.....

pepatah omputeh kata "a bird in your hand is much better than 10 birds in the bush"...

pepatah ako cakap "mati sorang lagi baik dari mati 2 orang"

....have u ever see how an ex police hidup bila dah tak mampu nak bekerja..???...i've seen so many of them cfu.....
i make it clear here cfu...i never want that police to be like that...doing stupid thing....endingnyer menyusahkan diri sendiri dan orang lain...

by the way naper ko angin cfu?

fosilmitra
12-01-04, 12:49 PM
:salam:

Minta bertenang para hadirin semua... Kojap laie topik nie akan dikunci... maka sebab itu, marilah kiter berdamai.... :D

cat
12-01-04, 12:49 PM
Kiriman asal oleh xyhie
....kejap ako kira brape kali xcden ye cfu...
...xcden moto....ada dalam.....4-5times....bruise ada lagi kat badan...tamau ilang......

....xcden kete....ada dlm 3 kali....

....nak kene langgar ada dlm...3 kali gak....

xcden kapal terbang, kapal laut ngan kete api tak penah lagi....

askar memang gadaikan nyawa.....tak dia gadai nyawa bukan bodo2 pegi ngadap peluru musuh...paling teruk pun dorang nak sembuyik ...pegi sembunyik balik pokok....tadak dia pegi tunjuk badan dia dekat depan peluru musuh....mereka berhati2 dlm pergerakan...no matter pgerakan kecik atau besar....i know this cfu....hubby ako army punyer orang....tak penah ako bodo2 gi ckp dkt hubby "berjuang lah hingga titisan darah terakhir dengan BODO2 pegi tunjuk diri depan peluru"...........


u should know the risk of your job...so don't ever do the stupid risk......

...bila budak moto tu lepas laru takda sapa cedera...tapi bila dah di hadang.....2 nyawa jadi taruhan cfu.....

pepatah omputeh kata "a bird in your hand is much better than 10 birds in the bush"...

pepatah ako cakap "mati sorang lagi baik dari mati 2 orang"

....have u ever see how an ex police hidup bila dah tak mampu nak bekerja..???...i've seen so many of them cfu.....
i make it clear here cfu...i never want that police to be like that...doing stupid thing....endingnyer menyusahkan diri sendiri dan orang lain...

by the way naper ko angin cfu?

cayalah ngan kata2 mu yang terakhir....kehidupan ex polis yang hilang upaya....aku sokong kata2 adalah sangat dahsyat punya susah....bukan dia sorang yang susah, anak bini dia pun dap saham sekali gus......pengajaran ari ni....jangan buat kerja ikutkan hati nanti mati...kalu shahid tak pa.....Kalu tak kira shahid maka mati kataklah.....atau hilang upaya.....susah hidup famili depo...kesian...:kontrol:

cat
12-01-04, 12:55 PM
Kiriman asal oleh fosilmitra
:salam:

Minta bertenang para hadirin semua... Kojap laie topik nie akan dikunci... maka sebab itu, marilah kiter berdamai.... :D
:D ::: Jomlah bukak fail baru lak....Sekarang sidangan tengah memuncak jangan bagi dia stop....tak bestlah kalu tak bukak fail baru....::: nak bukak jugak jomlah.....