PDA

View Full Version : Komen utusan Malaysia mengenai peranan ulama



Tok Janggut
28-01-04, 09:40 AM
Artikel penuh di:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Dipetik dari perbincangan di sebuah laman



petikan dari utusan malaysia 26/1.. any komen??


Secara dasarnya komen saya ialah artikel ini benar sebahgian tetapi pandangannya dilihat dari 'kaca mata' yang salah. Saya petik beberapa potongan artikel dan saya komen sedikit.




SEKITAR tahun 70-an penerapan nilai-nilai Islam mula bertapak di Malaysia. Di waktu itulah kita mula melihat ceramah-ceramah agama diadakan di sana sini dan wanita Melayu mula memakai tudung. Orang Melayu mula sensitif dengan segala sesuatu yang berlaku dan dengan setiap perbuatan mereka, yang mana pasti akan dikaitkan dengan agama. Perlahan-lahan juga budaya parti hari jadi dan konsert sekolah di hujung tahun terhapus dengan sendirinya.


Kita mesti faham bahawa siapakah yang berkuasa di dalam sebuah negara? Siapakah yang mempunyai resources dan juga mempunyai kelebihan dan kekuasaan memerintahkan sesuatu? Sudah tentu jawapannya kerajaan yang memerintah.

Saya ingat lagi pada era 70an, 80an dan awal 90an bertudung adalah satu trend yang diangap pelik. Satu fenomena yang janggal sehingga lahir gelaran hantu kum kum (sebab ada dikalangan ahli arqam menutup muka pada era tersebut). Tidak ada gesaan dari kerajaan. Malah pemimpin serta ahli keluarga mereka sendiri tidak bertudung.

Namun usaha datang dari badan bukan kerajaan dan badan dakwah. Di antara yang ketara ialah ABIM, Arqam dan IRC (Di UK). Pada masa tersebut (70an) Pas di bawah Dato Asri masih lagi memperjuangkan semangat nasionalisma melayu dengan nama Islam. Pas tidak lagi dikenali sebagai sebuah harakah atau gerakan dakwah. Kemudian pada awal/pertengahan 80an setelah kekalahan dato asri dan Pas siambil alih oleh Yusuf rawa barulah Pas memperkenalkan dirinya sebagai sebuah gerakan dakwah dan harakah Islam. Tetapi rata-ratanya perjuangan Islam pada 60an, 70an dan 80an dipelopori oleh gerakan bkan kerajaan atau non partisian ini.

Istilah islamisasi juga bukan daripada orang dalam kerajaan tetapi oleh orang bekas Abim yakni dato seri Anwar Ibrahim. Beliaulah yang mengilhamkan universiti Islam Antarabagsa (UIA) dan mempereratkan hubungan dengan badan2 Islam luar. Kalau perasan sewaktu menjadi menteri isterinya wan azizah jarang ditonjolkan kerana beliau memakai tudung.




Hari ini, anak-anak yang lahir dalam tahun 70-an sudah mencapai umur dua puluhan dan awal tiga puluhan. Anak-anak yang lahir di tahun 80-an iaitu semasa penerapan nilai-nilai Islam telah kuat bertapak pula, sudah pun mencapai umur remaja dan dewasa.

Penulis mengimbas kembali semua ini untuk mencari jawapan atau punca berleluasanya kejadian-kejadian yang menimpa masyarakat Melayu kita kini seperti samseng sekolah, dadah, rogol dan bunuh. Apa yang menarik ialah mereka yang terlibat dalam kes-kes sebegini adalah remaja lelaki belasan tahun dan lelaki dewasa yang berumur sekitar 20-an hingga 30-an. Sekali gus menunjukkan bahawa mereka lahir di ketika penerapan nilai-nilai Islam sedang giat dilaksanakan di Malaysia. Manakala penjenayah yang berumur 40-an pula adalah mereka yang sudah pun melalui proses kedewasaan semasa era yang sama.



Apakah peristiwa kekecohan yang berlaku dewasa ini kerana kegagalan ahli dakwah ini ataupun kerana faktor lain? Bagi saya faktor yang ketara adalah tarik menarik di antara Islam dan jahilliyah. Dalam pada kita membina masjid yang besar2 kita juga mengadakan konsert yg besar2. Dalam pada kita membina bangunan Islam yang hebat2, kita juga membina kilang carslberg yang terbesar di asia tenggara. Dalam pada kita mengislamiasikan bank dan istitusi kewangan, kita juga mempertingkatkan riba2 di bank2 yg lain.

Bermaksud di sini, sebelah tangan kita membina sebelah lagi tangan kita meruntuh. kadar pembinaan kita tidak selari dengan kadar keruntuhan.

Maka kesannya kita rasai sekarang. Kita lihat pada msykt. Jgn lihat pada si perogol atau pembunuh. Kerana itu satu dua eksterm case. Lihat pada msykt as a whole. Yg bertudung nampak macam tidak bertudung, yang berbaju macam 'telanjang'. Yang berjanggut rangkul pinggang awek. Tudung dan janggut tinggal jadi fesyen.

Dimana kesan2 dakwah semua? jawapannya dakwah tidak lagi diperjuangkan dalam konteks yang sebenar.Kenapa? di sini saya bersetuju dgn pandangan penulis:

"Hari ini, semua umat Melayu perlu mengaku bahawa Islam yang diamalkan di Malaysia semenjak penerapan nilai-nilai Islam bermula secara amnya, hanyalah kosmetik manakala asasnya pula hampir tiada langsung.

Bukalah minda, muhasabahlah diri, dan lihatlah bangsa-bangsa lain di sekeliling kita dan berterus teranglah pada diri sendiri. Anak-anak bangsa lain sibuk mengulang kaji pelajaran dan jauh lebih berdisiplin. Sedangkan anak-anak kita yang dibungkus litup sejak sekolah rendah, diajar mengaji al-Quran, diajar bersembahyang tetapi akhirnya berpeleseran dan melepak di pusat membeli-belah. Anak-anak bukan Islam berlumba-lumba di universiti, di tempat kerja dan di bidang perniagaan. Sedangkan anak-anak Melayu Islam dari era penerapan nilai-nilai Islam pula berlumba haram. Lebih buruk, segelintir daripadanya menjadi penjenayah kejam."

Bagi saya saya tidak setuju bahawa beban mentarbiyah (mendidik) rakyat letaknya pada ulama sahaja. Ulama hanya akan memaikan kurang dari 1% tugas mendidik. Tugasan mendidik rakyat adalah tugasan kerajaan yang memerintah. Kerana mereka mempunyai resources dan kekuasaan polisi menentukan sesuatu keadaan.

Mereka jugalah yang menentukan sistem yang kita bakal ambil. Bagaimana kita hendak hidup didalam 'susu' kalau yang dituang di dalam botol ialah 'cuka'. walaupun kita menjerit susu, susu, susu cuka tidak akan bertukar menjadi susu. Di sini kerajaan mempunyai kekuasaan utk mengubah cuka tersebut kepada susu. Sedangkan ulama hanya boleh setakat menyatakan, kita sudah tersalah memasukkan cuka ke dalam botol. The end effectnya mereka tidak mempunyai kuasa melaksana atau mengubah polisi.

Kedua, walaupun si ulama berkata A, kalau si kerajaan berkata B ia tidak akan menjadi. Malah kalau si ulama mengatakan si kerajaan salah, maka berlaku lah ulama dikatakan cuba menetang kerajaan, cuba mengambil alih kuasa. Maka di gam, dipenjara (ISA) dan sebagainya. Jadi bagaimana mahu bergerak?

Mengenai Ulama menjadi pembangkang cuba mengambil alih tugas kerajaan pada saya tidak salah. Silakan. Kerana kita perlukan juga check and balance di dalam negara ini. Itulah demokrasi namanya.

Tapi tidak semua ulama mengambil langkah sedemikian. Saya kenal ramai lagi ulama mengambil kaedah lain utk menegakkan Islam. Itu pun tidak salah. Malah terdapat juga ulama di dalam kerajaan. Bagi saya kalau penulis mengatakan ulama telah gagal, maka penulis sepatutnya menyatakan bahwa yg benar-benar gagal adalah ulama dalam kerajaan sama ada dalam JAKIM, JAIS, YADIM dll. Juga mufti2 setiap negeri dan imam2 masjid setiap kawasan. Di mana peranan mereka ini semua? Sepatutnya resourses mereka di dalam kerajaan di gunakan sebaik2nya membentuk rakyat. Apa kesan yg berjaya mereka lakukan?

Akhir kalam, peranan membentuk rakyat bagi saya terpulang kepada sistem dan polisi negara. kita kajilah sistem dan polisis tersebut. Sebab sistem dan polisis tersebutlah yg akan membentuk rakyatnya 10 20 atau 100 tahun akan datang.

wallahualam
TJ

(UNTUk DIBACA DAN BUKAN UTK DIKOMEN)