bintang_hati
30-01-04, 04:41 PM
TIPS MEMILIH WARNA LIPSTIK
Memilih warna lipstik yang bersesuaian dengan anda bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan mudah terpengaruh dengan warna lipstik yang dipakai oleh model yang terpapar di dada-dada akhbar mahupun majalah. Jika anda tergesa-gesa membelinya dan mendapatinya tidak sesuai dengan diri anda, gincu itu sebenarnya benar-benar membazirkan wang anda. Untuk menghindari perkara ini berlaku, buat temujanji atau dapatkan nasihat daripada salun atau kedai kosmetik yang boleh membantu anda dalam membuat pilihan warna gincu. Biarkan mereka mencadangkan warna yang sesuai dengan diri anda. Cuba kesemuanya dan jika anda menyukainya barulah membeli. Ini lebih memudahkan dan menjimatkan anda.
LIPSTIK SESUAI UNTUK ANDA
Tips mudah :
1. Untuk mengelakkan daripada gincu terkeluar dari bibir, gunakan penggaris bibir (lip liner) atau sapukan bedak asas pada bibir.
2. Jika anda mempunyai bibir yang besar dan tebal, gunakan warna-warna ganjil seperti ungu, coklat dan gangsa.
3. Manakala jika anda berbibir kecil, hindarkan warna gelap.
4. Para profesional lebih gemar menggunakan berus untuk menggunakan gincu di bibir. Penggunaan berus ini akan mengurangkan penggunaan lipstik
Warna-warna anda :
1. Bagi yang berambut perang cerah bolehlah menggunakan gincu berwarna wines, berri, ungu pucat dan cappuccino
2. Rambut perang emas sepatutnya menggunakan warna seperti aprikot, merah, pink, putih atau pic
3. Perang dengan ton kulit berwarna gelap disarankan agar memakai gincu berwarna sejuk seperti pic, coklat atau coklat kemerahan (terracotta)
4. Rambut berwarna coklat gelap dan berkulit gelap sesuai dengan warna coklat kemerahan, coklat kekuningan (cinnamon) dan coklat kemerahan.
5. Rambut berwarna merah pula boleh mengenakan gincu berwarna coklat kemerahan, coklat kekuningan atau coklat pic.
Cara membaiki bibir :
1. Untuk menjadikan bibir yang kecil kelihatan besar, sapukan sedikit Vaseline atau gloss bibir ke bahagian tengah bawah bibir kerana ia boleh menyerlahkan bibir anda dan menjadikannya kelihatan lebih besar
2. Untuk menjadikan bibir besar kelihatan lebih kecil pula anda boleh menggunakan warna-warna gelap. Warna-warna seumpama ini akan membuatkan bibir anda ke dalam. Namun begitu, hindarkan penggunaan lipstik yang terlalu bersinar.
BIBIR YANG CANTIK
Sesetengah daripada kita mempunyai bibir yang tidak sempurna berbanding orang lain. Usah bimbang! Terdapat banyak teknik yang boleh membantu mencantikkan bibir anda. Antara teknik yang efektif ialah :-
1. Pemakaian lipstik yang terbaik? A thin layer of Chapstick. Formula ini mencantikkan bibir
2. Penggunaan bedak gincu menjadikan warna lipstik kelihatan lebih kekal lama dan lembut penggunaannya
3. Untuk penggunaan lebih lama, cuci bibir selepas menggunakan lipstik untuk diwarnai dengan satu warna lain dan menanggalkan lebihan warna terdahulu. Tambah lapisan nipis yang terpadam atau bedak alas sebelum memakai lipstik semula
4. Kurangkan sinar gloss yang melampau di bibir anda dengan menggunakan tisu. Tekankan sedikit bedak asas yang telah pudar melaluinya.
5. Serlahkan bibir dengan membuat lapisan nipis menggunakan gloss bibir di atas lipstik yang sedia ada di bibir .
6. Untuk ton cahaya dan warna yang terang, cuba gunakan lip lacquer di atas bibir.
7. Untuk kelihatan penuh, tonjolkan bibir ke depan, serlahkan gloss bibir di tengah mulut anda.
8. Kekalkan gloss pada bibir bagi mengelakkan bibir menjadi kering. Gunakan lipstik warna kekal sebelum memakai warna yang tidak bercahaya.
9. Untuk kesan khas pada waktu petang, gunakan gloss bibir berwarna perak, emas atau berwarna seperti berlian bagi membayangi warna bibir itu.
Menghilangkan garis bibir
Garis bibir boleh mencacatkan penampilan. Untuk membuatkan ia tidak begitu kelihatan, anda hendaklah mengenakan lipstik mengikut arah mendatar atau menegak.
Cara menggunakan lipstik berwarna merah
Adakah lipstik yang berwarna merah sesuai untuk kulit anda? Anda membeli lipstik merah... tapi mungkin kebanyakannya terlalu cerah untuk warna kulit anda. Bagi mengelakkannya kelihatan terlalu terang, cubalah tambahkan sedikit warna coklat dengan warna merah lipstik yang dipakai. Penggunaan warna coklat ini berupaya mengurangkan kecerahan lipstik merah. Cubalah. Anda akan seronok mencipta kombinasi warna hasil rekaan anda sendiri. Jika anda berjaya mencampurkan warna yang sesuai dan tepat dengan diri anda tetapi tidak mahu terus menerus mencampurkannya, bawalah sample tersebut ke kedai kosmetik dan cari warna terhampir dengan kombinasi warna yang anda hasilkan.
Cara untuk memakai penggaris bibir dan lipstik
A) Penggaris bibir
Penggaris bibir adalah pilihan. Jika anda memilih untuk menggunakannya, ia mesti digunakan sebelum mengenakan lipstik. Jangan gunakan penggaris bibir yang lebih gelap daripada warna lipstik anda kerana jika warna lipstik pudar dan penggaris bibir pula tidak pudar, anda hanya kelihatan mempunyai garis bibir sahaja. Ini boleh mencacatkan penampilan anda. Justeru gunakan penggaris bibir yang sesuai atau berwarna neutral.
lipstik
Sedikit bedak alas di bawah lapisan lipstik boleh memaksimumkan pengekalan lipstik. Untuk mengeringkan bibir pula, anda boleh menggunakan krim formula lipstik. Tegangkan bibir anda. Mulakan pada bahagian tengah, atas atau bawah dengan menggunakan lipstik berwarna lembut. Sapu dan ratakan dengan menggunakan berus bibir untuk mendapatkan warna yang tahan lama. Penggunaan berus bibir ini mampu menghasilkan bibir yang menarik.