PDA

View Full Version : .:: Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan ::.



bintang_hati
10-04-04, 12:05 PM
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi,fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan..

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh.

Jangan tidur di siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju.Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.

Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang
seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

MaszMelati
10-04-04, 12:22 PM
susahnyaaaaaa nk jadi ayuuu...:(

nana
10-04-04, 05:19 PM
Kiriman asal oleh melati biru
susahnyaaaaaa nk jadi ayuuu...:(

ngeh..ngeh..ngeh..
tu laa pasal..huhu..
tp kalo me ubah pastu ikot sume petua2 nih..
sure kene gelak goleng2...huhuh...:p

tudung biru
10-04-04, 05:59 PM
takleh nak titun awal laaa....

:(

norliza
10-04-04, 06:06 PM
TQ bintang.....saya akan cuba turuti amalan tu...disiplin perlu kuat..

nana
10-04-04, 10:49 PM
Kiriman asal oleh norliza
TQ bintang.....saya akan cuba turuti amalan tu...disiplin perlu kuat..

kak liza mmg dah tahap ayu...so takder laa problem kalo nak ikott petua nih..ehehehe..:p

Mitsui
10-04-04, 11:30 PM
Uiks.... kalau aku nak jadi ayu lak..? takder petua ker..?

MaszMelati
11-04-04, 10:10 PM
bole ...apa xbole nya...
ko kena bljar kt auwww....auwww
tak kose mak....:D

chunli
11-04-04, 10:17 PM
:salam:

yang lain ok... kot...

ni susah sket...
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar...

eh, jgn byk merunguutttt!!!

cyberalam
12-04-04, 11:25 AM
nak cakap sket je kat bintang ni... patut la.... :D

fl0raku
12-04-04, 04:04 PM
shamer la kite ngan adek chun ...

part lain no hal.. tapi yg tu jeks.. :D susah shikit...
he he he heeeeee

bintang_hati
12-04-04, 04:08 PM
Kiriman asal oleh bintang_hati


Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang
seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

bebudak la ni....bila kuar ngan mak pak tak chill la....ekekek

Humairah
18-04-04, 12:44 PM
Kiriman asal oleh fl0raku
shamer la kite ngan adek chun ...

part lain no hal.. tapi yg tu jeks.. :D susah shikit...
he he he heeeeee


bukan susah sikit..susah banyak...takder saper nak teman dah nak kemana2......sumer dah kawen..mak ayah lak jawuh......:D

ni kena cari abg bodyguard sowang ni........:_:

gab
19-08-06, 09:14 PM
susah nyer nak jadi ayu.....
ada yg boleh ikut..ada yg cam payah skit..
tp la ni umo dah lanjut kena cuba la...kang andartu plak aku..takde org nak..huhu...

sLumsCum
19-08-06, 09:38 PM
kalau org lelaki ikut tips tu boleh jadi ayu jugak ke?

pixie_gurl
19-08-06, 10:26 PM
owh byk pantang larang ...
tapi kalau ikut2 tue sure jadi ayi ker??
ermm ..takleh tido lewat erk ..alahai ..

annaMaria
22-08-06, 12:24 PM
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi,fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan..

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat Subuh.

Jangan tidur di siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju.Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.

Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan. Pulang
seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
susah gak nak jaga keayuan nie....

zaelavender
22-08-06, 09:41 PM
baru 50% jek...

JGC3871
27-08-06, 12:43 PM
kalo aku wat cengitu rasanya kaku kayu terus!!!mcmlah nak ayu kasar semata!!x siap laa sumer kerja jawapnya!!!hikkk

wee
31-08-06, 11:49 AM
Jangan banyak berangan.


ala... berangan tak bleh ke?
berangan kan freee :hehe:

nippon
31-08-06, 12:53 PM
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.


uuiii..lenguh...lenguh......
nak bg rmbut lawa punya pasal.....:hehe:

pixie_gurl
31-08-06, 03:48 PM
Sesuai utk perempuan melayu terakhir ...