PDA

View Full Version : Apa sebenarnya UFO...??


Elvis
29-05-04, 12:40 AM
:salam:

UFO-Unidentified Flying Object
-Ramai yang kata UFO itu hanya khayalan/fiksyen
-Ramai yg mendakwa UFO itu tidak wujud..
-Ramai juga yg lihat sendiri-(UFO Sighting).
-Malah ada juga negara2 kuasa besar yg menyediakan
para Saintist mereka dlm m'kaji UFO ini.

Dan hingga kini..berjuta2 org diseluruh dunia
pernah menyaksikan Fenomena UFO ini.

Apa yg pasti ia masih lagi menjadi suatu Misteri
yg tak terungkap hingga kini.

Pendapat anda..??

:tokmuda:

Elvis
29-05-04, 01:06 AM
Ishhh...
Jgn kata kat Malaysia UFO tak pernah
datang bertandang..

Klik Sini (http://www.ananova.com/news/story/sm_489085.html)

:R

gogsard
29-05-04, 11:24 PM
entah laaa .......................

Adreen
29-05-04, 11:37 PM
sama ler ngan jawapan di atas..
ntah ler..
wallahualam..

i want to believe. ;)

fosilmitra
29-05-04, 11:50 PM
:salam:

Susah kiter nak kaitkan makhluk asing atau UFO atau Unidentified Flying Object ini dari persepktif Islam... Acik lebih berkeyakinan bahawa UFO ini hanyalah suatu dakwaan dari pihak musuh Islam utk mengelirukan umat agar mereka menyangka ada hidupan lain yg Allah ciptakan selain manusia dimuka bumi ini. Dgn hal ini maka manusia akan berfirasat bahawa akan wujud kehidupan lain yg lebih baik lagi dari apa yg ada dipermukaan bumi.

Namun ini hanyalah pendapat acik semata2, tiada sumber & tiada link mengenainyer... Maaflah jika tersasar dari kenyataan yg sebenarnyer dari apa yg diilhamkan oleh Al-Qur'an & As-sunnah jugak ijma' para ulama' muktabar...

Wallahu a'lam bisshawab.

Elvis
29-05-04, 11:59 PM
Kiriman asal oleh fosilmitra
:salam:

blaa..bla..bla...
Namun ini hanyalah pendapat acik semata2, tiada sumber & tiada link mengenainyer...bla...blaa..blaa..


no problem..no problemm...apalah pulak
nak segan silu...feel free to express what you think...dont worry..nobody here will
goin to 'hang' you..

:D

Lagi...mungkin ada yg pernah nampak UFO kat
lalu belakang masjid kampung dia kut...anyone..??
Buleh share sini...no problem.


:R

fosilmitra
30-05-04, 12:18 AM
Kiriman asal oleh Elvis

Lagi...mungkin ada yg pernah nampak UFO kat
lalu belakang masjid kampung dia kut...anyone..??
Buleh share sini...no problem.


:R

:salam:

Kalau kat kampung2 sanun tue, depa tak panggil UFO... depa panggil tue piring terbang rumahtangga!! (pinggan mangkuk terbang-suami isteri tgh gado laa tuh!) :D

p/s: Terbuat lawak ler pulak memlm nie... sorry...:p

Elvis
30-05-04, 05:57 PM
baikla....cuba lihat gambar nih..

UFO-sila klik..!! (http://www.extroso.it/ufo14.jpg)

UFO2-Klik sini (http://www.science-explorer.de/bilder/ufo-09.jpg)

p/s-apa pendapat korang..??


:kening:

Hally
30-05-04, 06:34 PM
wallahua'lamm...

x pasti la....dr dulu ramai asyik kate nmpk UFO..n gambo UFO merate2 ader kuar majalah..paper...internet..

tp..x pernah lagi diorg tunjukkn macam maner rupe makhluk dlm UFO tuee.. kalo ikut crite2 barat..mcm2 bentuk makhluk tue...

x tau arr nk kate aper...

Elvis
30-05-04, 07:27 PM
Kiriman asal oleh hyper'sDeary

tp..x pernah lagi diorg tunjukkn macam maner rupe makhluk dlm UFO tuee.. kalo ikut crite2 barat..mcm2 bentuk makhluk tue...


Baiklah,
Ni cuba tengok... :uihhh:

Chile: An Alleged Non-Human Caught On Film
-Date: May 24, 2004

http://www.rense.com/1.imagesG/cap0029.jpg

Dekat..

http://www.rense.com/1.imagesG/cap0035.jpg

Source-Click Here..!! (http://www.rense.com/general53/chile.htm)

p/s-...adakah makhluk ini UFO/Alien..??

:tokmuda:

version02
30-05-04, 07:53 PM
wooo... aku tak tau nak komen apa le pasal ghambar nie.. macam real jek..

tapi aku ingat satu peristiwa masa aku form 5 dulu..

masa tu lepas sahur.. dah gosok gigi semua.. ingat nak sambung tido kejap le sebelum gi sekolah..then adik aku panggil.. aku gi bilik dia..lepas tu dia kata..."tengok tu..." sambil tangan dia tunjuk ke langit...

apa yang aku nampak.. ada dua biji benda macam bola terapung.. warna putih keputihan.. kecik je.. terbang laju sangat sambil bermain2 kat ruang angkasa.. aku terkejut betul masa tu.. nak aje aku call tv3 masa tu. tapi nombo dia aku takde.. then aku call member aku.. cite semua dia kata tak nampak apa2.. aku pelik.. yang herannye..aku dengan famili aku je yang nampak benda tuh.. dari sebelum masuk subuh sampai dekat pukul 7 pagi benda tu masih terbang bermain2 kat langit... aku rasa pelik sangat.. ufo ke nie..? cara dia terbang memang jauh gile bezanye dengan jet pejuang yang biasa kita nampak...

heh... UFO ke yang aku nampak tu...?
setiap kali aku pandang ke langit waktu malam aku musti teringat peristiwa tu.. Subhanallah...

Hally
30-05-04, 07:59 PM
Elvis..

nasib ko letak close-up kalo x...mati2 aku igt alien tue naik kude...ishh...

tp x clear sgt ek..cam toyol pun ader jugakk...ermmm...

GudGal
30-05-04, 09:47 PM
Ala elvis ni siap jemput2 pakai pm lak nak suruh aku masuk sini...ehehe
ermm..aku takkan percaya selagi aku tak nmpk sendiri and selagi aku tak kena abduct by the alien (so called..)...ehehe...

Elvis
31-05-04, 12:43 AM
version2
thanks sebab kongsi pengalaman sini..

gudgal
ko ni cakap bukan2,sebelum tuh aku
syorkan ko beli insuran nyawa dulu..manalah
tau kut masin mulut ko.
:D

Baiklah..Pasal UFO ni..

Sebelum Nabi Adam AS diturunkan ke bumi..
Allah perintahkan agar dibersihkan dulu segala
makhluk halus/jin/lain2 yg ada m'huni bumi.

Maka turunlah malaikat..dgn sapuan sebelah
sayapnya shj..berterabur makhluk2 lain keseluruh
cakrawala..

1-Makhluk lain itulah (mungkin spesis jin) yg
kita lihat/kenal sbg UFO hari ini.

2-Dari segi Teknologi-memanglah mereka jauh
lebeh maju sebab mereka dah hidup beberapa
tahun/kurun/abad sebelum Adam diturunkan ke
bumi.

...itu pendapat peribadi akulah.
Mungkin ada sesiapa nak tambah atau
mungkin ada pendapat lain yg lebih bagus...??
Come on...

:D

GudGal
31-05-04, 07:53 AM
betul la ni... ape lak bukan2... nak gak experience kena abduct by the alien mcm dlm cite x-file...ehehe...

sub_zero
01-06-04, 03:35 PM
hehe.. tentera dajjal (hellboy) yg berpusat kat bermuda triangle..

Eii
02-06-04, 10:11 AM
Makhluk Allah jugak tu.... mungkin asalnya ditempat lain...

Manusia dikatakan pentadbir (khalifah) dimuka bumi... bukan khalifah seluruh alam semesta ini...
jadi adakah kita boleh menolak kewujudan makhluk lain yg berakal yg berada di tempat lain...dlm alam ini yang amat luas yang tidak dpt digambarkan oleh akal/ilmu manusia ...

Morpheus
03-06-04, 09:20 AM
Kiriman asal oleh Elvis
Baiklah..Pasal UFO ni..

Sebelum Nabi Adam AS diturunkan ke bumi..
Allah perintahkan agar dibersihkan dulu segala
makhluk halus/jin/lain2 yg ada m'huni bumi.

Maka turunlah malaikat..dgn sapuan sebelah
sayapnya shj..berterabur makhluk2 lain keseluruh
cakrawala..



Elvis,

Leh tak aku tau kat mana ko dapat sumber ni? Ada tak tercatat dalam mana2 buku ker, laman web ker.. apa2 rujukan lah... aku nak kaji sikit...

Thanks.

mito7
03-06-04, 12:07 PM
gambar beruk melintas kot....

Elvis
03-06-04, 08:16 PM
Kiriman asal oleh Morpheus
Elvis,

Leh tak aku tau kat mana ko dapat sumber ni? Ada tak tercatat dalam mana2 buku ker, laman web ker.. apa2 rujukan lah... aku nak kaji sikit...

Thanks.

Terimakasih kerana bertanya... :tipon:
Yg ni teori aku sahaja...(merujuk ceramah agama
kat mesjid kg aku,yg aku dengar 1 tak lama dulu..)

Tapi kalau nak site banyak..ko taip je UFO/NASA
berlambak citer UFO keluar...

milo7
...pandai je ko.. :hahaha:

Baiklah geng..
Ni ada beberapa berita ringkas yg berjaya
aku sedut dari arkib berita....

BH
03/05/2004
UFO gemparkan rakyat Iran (266 wds)
TEHERAN: Kisah mengenai makhluk asing melanda Iran selepas berpuluh-puluh penduduknya melaporkan mereka melihat kehadiran Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) sejak beberapa hari lalu. "Adakah Iran hampir dikunjungi lelaki berkulit hijau atau adakah juruterbang Amerika Syarikat yang melakukan penerbangan pada malam hari dalam kapal angkasa bagi merisik perkembangan Republik Islam itu," kata agensi berita Reuters.

BH-EKO
17/05/2004
Penduduk dakwa nampak UFO (152 wds)
SEREMBAN: Penduduk di Teluk Kemang, Port Dickson dan Rantau, dekat sini mendakwa melihat dua objek bujur bercahaya kehijauan yang menyerupai Objek Tidak Dikenali (UFO) berlegar di udara awal minggu ini. Mereka mendakwa objek itu dapat dilihat selama tiga hari sejak Ahad lalu antara jam 8.30 malam hingga 2 pagi, sebelum hilang daripada pandangan.

BH
03/04/2004
UFO seperti 50,000 lampu kelihatan di Australia (290 wds)
QUEENSLAND (Australia): Penduduk di kawasan pedalaman pekan Winston mendakwa melihat pancaran cahaya `seperti 50,000 lampu limpah' (spotlight), ketika sebiji bebola api besar menjunam ke bumi dan hilang di kawasan tengah Queensland, lewat malam kelmarin. Pihak berkuasa kini cuba mengesan sumber bebola api yang kelihatan jelas di ruang angkasa di utara dan tengah negeri itu.

BH
23/01/2003
Orang ramai gempar lihat objek aneh (237 wds)
BUKIT KAYU HITAM: Penduduk sekitar kawasan ini gempar apabila melihat objek aneh di udara yang didakwa sebagai `Objek Terbang Tidak Dikenali' atau UFO di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, penduduk yang melihatnya mendakwa melihat objek putih seolah-olah tompokan awan putih yang sedang bergerak. Objek di antara 20 dan 30 tompokan itu dikesan berlegar di ruang udara sekitar kawasan ini sebelum beransur-ansur hilang menjelang jam 11.15 malam.

BH
21/01/2003
Bukti UFO akan dipamer (210 wds)
LEICESTER: Beratus-ratus objek yang dirakamkan Pemerhati Solar dan Heliospheric (Soho), pesawat angkasa yang terletak berjuta-juta batu dari Bumi akan dipamerkan kepada orang ramai di Pusat Angkasa Kebangsaan akhir bulan ini bagi membuktikan kewujudan UFO. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) baru-baru ini menyingkirkan imej itu (gambar kanan) yang disifatkan sebagai kesilapan kamera tetapi kini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkara itu.

HM
01/03/2002
UFO semakin banyak (139 wds)
WINNIPEG (Manitoba): Laporan mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) di Kanada meningkat sebanyak 42 peratus, sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, kata seorang penyelidik di Manitoba Universiti. Chris Rutkowski, seorang pengarang kaji selidik Kanada mengenai laporan UFO berkata, kumpulan penyelidik tidak dapat mengesan punca peningkatan kes UFO.

MM
02/01/2002
UFO sighted in Amman (113 wds)
AMMAN: An unidentified flying object (UFO) lit up the sky above the Jordanian capital a few hours before the New Year, an AFP correspondent and other witnesses reported. The rectangular luminous object flew in a circle over the western part of Amman on Monday for about one minute before disappearing.


p/s-phewwww...penat dah aku nanti sambung lagi...
Questions anyone...??

:tokminum:

sub_zero
03-06-04, 10:04 PM
Vote sms sekarang berpihak kpd..

Senjata/Projek Rahsia-canggih CIA/Pentagon/KGB dll ..

mungkin kot..

Elvis
03-06-04, 11:11 PM
Kiriman asal oleh sub_zero
Vote sms sekarang berpihak kpd..

Senjata/Projek Rahsia-canggih CIA/Pentagon/KGB dll ..

mungkin kot..

T'kasih subzero.
...mungkin juga ada benarnya.
:R

Baiklah...cuba anda perhatikan gambar yg diambil pada 26/6/1952 di bawah..

Gambar UFO atas bumbung Whitehouse-1952-SILA KLIK! (http://hem1.passagen.se/realfile/foowh.jpg)

Keterangan gambar ;
UFO's and Aliens in the Spotlight!
-kelihatan sekawan UFO melintas di atas bumbung Whitehouse.

SOURCE (http://hem1.passagen.se/realfile/ufo.htm)

...malangnya SOURCE tersebut adalah dlm bahasa
France...jadi aku nak eksplain lebih2 pun segan le kan....nanti aku carikan yg English punya..sabar ye.
:D

AbgBear
28-06-04, 11:05 PM
UFO...Unidentified Flying Object...mende ni sah ada...tak tipu, even korang leh buat sendiri...korang reka satu mende yg memang pelik, letak lampu, kasi terbang...jadilah mende terbang yang tak dikenali...hehehe

Dulu aku pernah buat assignment pasal UFO ni...actually UFO bentuk piring yang org selalu nampak tu di start oleh Hitler, masa zaman Nazi...diorang plan nak buat mende terbang yg leh naik straight dan nampak menakutkan...

http://www.qtm.net/~geibdan/newse/may/nazi2.jpg

Elvis
27-11-04, 03:15 AM
Ya....aku pernah juga terbaca artikel pasal tentera
Nazi cuba buat aircraft macam bentuk UFO... :D

limakosongsatu
17-12-04, 05:25 PM
aku pun penah nampak UFO ngan alien ni tp dulu aaaa.. kat tv.. siri X-Files tu.. tp skrg x lagi..

mastakilla
22-12-04, 12:49 AM
UFO = Unidentified Fantasy Object

Codename47
26-01-05, 12:54 AM
Misteri UFO ini ada kaitan dengan:-
1. Crop Circlre
2. Gambar `Piramid` dan `Mata Satu` pada Dollar Amerika.
3. Bermuda Triangle
4. Misteri ini sangat dilindungi oleh Amerika.
5. Rakusnya Amerika ingin menguasai muka bumi.

Semua ini mesti dirungkai satu persatu.

Mitsui
26-01-05, 01:55 PM
Unindentify Flying Object!
objek terbang yang tak dikenal pasti...
yang aku tau tu la UFO..

cikgu-bakax
27-01-05, 07:27 PM
Sebenarnya UFO adalah satu objek terbang yang tidak berfaedah.