Elvis
31-05-04, 12:59 AM
Utusan Malaysia-30/5/04
Tiga nenek ditemui mati berlumuran darah cetus misteri
Oleh Siti Mariam Md. Zain
PADANG TERAP 29 Mei - Tiga nenek berusia antara 75 dan 86 tahun dari Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Kuala Nerang, dekat sini ditemui mati berlumuran darah di bilik berasingan dipercayai dihentak dengan objek tumpul di kepala dan muka, awal pagi ini.
Begitupun, kematian mereka mencetuskan misteri kerana pihak polis menghadapi kesukaran mengenal pasti motif kejadian kerana tiada sebarang tanda pencerobohan atau rumpakan harta benda.
Ketiga-tiganya, Law Ah Tai, 83, Yap Lo Mooi, 86, dan Poh Saw Gin, 75, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan terlentang di lantai dalam dua daripada lapan bilik di rumah orang tua yang dikendalikan oleh sebuah gereja beribu pejabat di Alor Star.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Zundin Mahmud ketika ditemui di tempat kejadian berkata, siasatan awal polis percaya pembunuhan berlaku selepas pukul 12 tengah malam tadi.
``Maklumat awal diterima pukul 10 pagi ini. Apabila sampai ke tempat kejadian, kita dapati ada tiga mayat perempuan Cina iaitu satu di sebuah bilik dan dua lagi di bilik berhampiran,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zundin memberitahu, Lo Mooi dan Ah Gin yang berasal dari Alor Star adalah penghuni rumah itu manakala seorang lagi mangsa iaitu Ah Tai, tiba semalam dari Butterworth untuk meninjau keadaan rumah tersebut selain melawat kawan-kawannya.
``Dimaklumkan Ah Tai yang ditemui mati di bilik pertama, bukan penghuni rumah orang tua itu tetapi berminat untuk menetap di situ,'' katanya.
Menurut Zundin, pihaknya sukar menentukan motif kejadian kerana tiada sebarang tanda pencerobohan atau tanda lain termasuk unsur-unsur rompakan.
Sehingga petang ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Kuala Nerang yang didirikan pada tahun 1965 ketika ini dihuni oleh enam penghuni termasuk dua yang menjadi mangsa pembunuhan kejam tersebut.
Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati keadaan rumah kayu itu tidak dijaga dengan baik, tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan selain tiada penjaga atau pengawal keselamatan.
Salah seorang penghuni rumah berkenaan, Teh Ah Booi, 67, mendakwa, pada kira-kira pukul 12 malam tadi, dia terdengar suara dua orang lelaki iaitu seorang bercakap dalam bahasa Hokkien dan seorang lagi menggunakan bahasa Melayu daripada salah sebuah bilik mangsa.
``Saya dengar suara lelaki beri amaran dalam bahasa Hokkien, jangan menjerit! Kemudian ada suara perempuan merayu, jangan bunuh... jangan bunuh... kalau nak duit ambil. Selepas itu terdengar seperti ada benda keras kena pukul,'' katanya.
Ah Booi penghuni pertama yang menemui mayat ketiga-tiga mangsa tersebut. Dia terpaksa menaiki bas ke Alor Star untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan kerana telefon di rumah di situ tidak berfungsi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Lim Hoe Lin berkata, rumah perlindungan tersebut akan ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
:tipon: