PDA

View Full Version : silat Abjad #6


klauth_2
09-06-04, 11:30 PM
Askum, izinkan klauth_2 sambung kat sini

aku pernah alami semua ni,aku pernah ditipu,aku pernah kene sakit angkara amalan yg aku tak sedar ada unsur menduakan Allah..sebab korang memang takkan sedar,sebab yg mengajarnye memang nampak alim..kerana tulah aku pesankan kat korang...tak kira korang ni pangkat pengajar silat ke apa...nak bersilat boleh,nak berkarate boleh,nak bertaichi boleh,nak bersilambam pun boleh,TAPI andai kata TERASA sedikit keraguan dalam latihan atau amalan yg ada dalam sesuatu adat tu(aku kategorikan senibeladiri ni adat,sebab ianya dipelihara oleh sesuatu bangsa)...baik hindarkan...jauhkan...kita kaji dahulu amalan yg kita bawa tu ada susur galur ke Nabi Muhammad s.a.w atau tak...kalau tak...baik hindarkan...tolonglah..ni pesan aku..walaupun aku masih muda


Setuju 100% dgn kenyataan ini.. Jika terasa sangsi akan sesuatu amalan, carilah org yg layak untuk mengutarakan soalan. Buatlah keputusan setalah kajian dibuat... sebab mmg ada pertubuhan yang sesat dan berselindung disebalik perwatakan yg baik sebab syaitan sentiasa akan cuba sesatkan manusia... Apa yg perlu dipegang, bukan semua ilmu persilatan itu sesat dan ada yg juga benar. Cuma kita kena kerja keras sikit untuk nak kaji sesuatu persilatan itu sebelum kita nak memasukinya.


// Jika kita baca kitab2 agama yg lama, Apabila akhir zaman kelak iaitu saat munculnya Imam Mahdi a.s, semua kecanggihan teknologi dan ilmu kebatinan akan menjadi tawar.

RajaUtara
12-06-04, 11:02 AM
Assalamualaikum,
Ikut pesan guru saya,

"kalau rasa ragu dengan ilmu ini, mintalah petunjuk dari Allah. Lakukanlah solat istikharah. Kalau salah, tinggalkan aja"

Begitulah pesan beliau pada anak2 muridnya. Dan begitu jugalah pesan saya pd yang lain.

Wassalam.

metals
14-06-04, 04:46 PM
betul tuh... aku setuju dengan pendapat klauth2 dan rajautara tuh.....

RajaUtara
14-06-04, 05:45 PM
Assalamualaikum,
BTW kalau citer pasal gerak silat batin atau gerak ilham, takde ke org kita khususnya, yg buat kajian saintifik mengenainya?

Ada orang dakwa, semasa silat, kita sedar apa kita buat. Tak macam rasukan, dimana kita totally tak sedar.

Kalau kes rasukkan atau ada "benda" masuk , lalu boleh mengubat org(contohnya) dimana org itu tak sedar sepanjang proses itu berlaku, kat Jepun depa ada buat satu kajian saintifik dah! Ada kuar kat tv dulu.

Depa cuba buat kajian berkaitan gelombang otak semasa "benda" tuh masuk shj. Perubahan ketara dapat dilihat HANYA pada bahagian kepala depan atau di bahagian ubun-ubun. Graf yg diplotkan, menunjukkan perubahan mendadak, menjunam kebawah.

Fenomena ini juga boleh dilihat pada org yg mabuk. Tapi grafnya, turun secara perlahan2. Ini amat berbeza sekali dgn kes "benda" masuk tuh.

Setakat ini(yg saya tau), depa masih tak boleh nak jelaskan fenomena itu dari aspek sains.

So, sapa2 ada info pasal kajian yg seumpama ini di negara2 lain?

Wassalam.

metals
14-06-04, 08:39 PM
tuh la sebab benda tu dikira tak wujud dalam kamus sains tu yang susah depa nak buat kajian tu....lagi pun jenis benda ghaib nie tak kira la tenaga ke atau apa pun memang susah nak dilihat dengan mata kasar, kira tak nampak dengan pandangan zahir la...aku pernah search kat internet ada terjumpa camera yang boleh ambik gambar aura, tu tak sure la pulak macam mana fungsi benda tuh.....macam mana dia boleh scan ....

RajaUtara
15-06-04, 11:47 AM
Assalamualaikum,
Tak payah guna Aura Camera pun takpe, tau cara & kaedah pun bisa lihat aura diri mahupun orang lain.

Wassalam.

metals
15-06-04, 01:29 PM
macam mana tu rajautara? ada kaedah dia ke nak lihat aura tuh...tolong bagitau.....

klauth_2
21-06-04, 12:20 PM
Kiriman asal oleh RajaUtara
Assalamualaikum,
tau cara & kaedah pun bisa lihat aura diri mahupun orang lain.


ws, setuju dgn pendapat raja utara.

Kalau ikut teknik tenaga dlm, benda2 halus ini kita dpt rasakan kehadirannya seperti terasa haba atau leh nampak aura atau wajah dia terus (tapi ni bukan calang2 org). Dlm satu perguruan tenaga dlm, kalau nak berubat pesakit.. mereka akan bukak tingkap bilik merawat.. mybe untuk nak kasik benda atau aura tu kuar kot.. biasanya, kalau mereka yg power.. Allah bukak hijab untuk lihat semua benda2 halus..

kalau nak rasa gelombang aura mcm mana, cuba ambik batu cincin yg asli.. an rasa kat tapak tgn.. (kena ikut org gak)

ada satu cerita lain, dah lama dah.. pernah ikut member pergi ke satu perguruan kat gerik, perak. ada cerita semasa member nak terima ijazah silat, bab2 aura... tapi nak cerita kat sini takut tak leh terima akal lak.. sekali pikir mcm tak logik. Tapi inilah misteri nusantara

izafarid
21-06-04, 01:40 PM
klauth_2
citer arr sket, sajer nak tau, nak citer private payah kat sini :D
kalau diaorang tak bleh nak terima tuh, diaorang punya pasal lah, saper suruh click & baca topic nie

ermm....
korang pernah dapat soklan cepumas tak dr guru?
member aku pernah dan kalau aku kena pun, musti terkesima gak
soklan dr guru!
apa yang kamu semua rasa, bila kat akhirnya, ilmu yang saya ajar nie sesat?
heh... saper berani jawab soklan tuh depan guru?

metals
21-06-04, 03:09 PM
hheh..hehe kelu gak lidah bila nak jawab tuh..kan....

klauth_2
22-06-04, 12:32 PM
Kiriman asal oleh izafarid
klauth_2
citer arr sket, sajer nak tau, nak citer private payah kat sini :D
kalau diaorang tak bleh nak terima tuh, diaorang punya pasal lah, saper suruh click & baca topic nie


klauth_2 citer ringkas2 jer lah yer.. masa nak terima ijazah dulu.. tok guru tu bg tahu kat pembantu dia, rasanya anak murid sulung kot (berumur lingkungan 60 tahun, klauth_2 panggil pak cik jer) "malam ni ada org nak dtg, hebat jugak depa ni... sampai dia sendiri nak dtg". lepas beberapa ketika.. tok guru tu tiba2 jawab salam dan suruh pak cik itu buka pintu...

klauth_2 tgk tak dak sapa2 kat dpn pintu. Selepas tamat semua ijazah, pak cik tu bg tahu.. panglima adi putra (tok guru hang tuah) dtg.. klauth_2 tanya member klauth_2 yg lagi 3 org tu.. nampak ker? dia org ckp.. tak jelas sgt tapi mcm aura, kabus, dan kabur.. member ckp.. subhanallah, tubuhnya tegap, sasa, rambut mcm paras bahu...

//silat tu, adi putra yg punya.. abaikan kisah ni kalau nampak tak masuk akal. sebab misteri nusantara

metals
22-06-04, 02:29 PM
hehe ada macam misteri nusantara jugak...

izafarid
23-06-04, 12:55 PM
Kiriman asal oleh klauth_2
klauth_2 tgk tak dak sapa2 kat dpn pintu. Selepas tamat semua ijazah, pak cik tu bg tahu.. panglima adi putra (tok guru hang tuah) dtg.. klauth_2 tanya member klauth_2 yg lagi 3 org tu.. nampak ker? dia org ckp.. tak jelas sgt tapi mcm aura, kabus, dan kabur.. member ckp.. subhanallah, tubuhnya tegap, sasa, rambut mcm paras bahu...

//silat tu, adi putra yg punya.. abaikan kisah ni kalau nampak tak masuk akal. sebab misteri nusantara

heh...
masuk... apa yg tak masuk plak, cuma yang datang tuh tak surelah yang hak atau batil. umo tetamu tuh pun tak kurang seratus, mmg hebat yg datang tuh :D :D
ok, end of case,

RajaUtara
23-06-04, 02:48 PM
Assalamualaikum,
Bukan hanya org tenaga dalam shj yg boleh lihat aura, malah org Reiki juga boleh.

Seperti yg saya beritahu sebelum ini, ianya perlukan teknik.

Sekian.

p/s Belum try tengok aura w'pun dah banyak kali disuruh. :-)

metals
23-06-04, 05:52 PM
aku teringin jugak nak tengok camna rupenye aura tuh...

klauth_2
24-06-04, 10:24 AM
Kiriman asal oleh metals
aku teringin jugak nak tengok camna rupenye aura tuh...

nak tgk mcm yg raja utara kata, kita kena tahu teknik... org yg berkebolehan bukan sekadar boleh lihst mslsh boleh memanipulasi aura diri dan musuhnya... Rasanya aura tuh mcm komik pedang setiawan kot.

Nak lihat susah... tapi kalau nak rasa gelombang atau aura, cuba ambil batu cincin. Kalau boleh yg asli.... rasa pada tapak tgk. ada gelombang yg akan kita rasa pada tapak tgn. Perasan tak, kalau kita ikat batu cincin, kat pemegang bawahnya ada lubang... ada fungsi lubang tu. .. batu cincin yg hidup kita leh rasa aura dgn jelas..

klauth_2
24-06-04, 10:25 AM
raja utara, org rekki tu ape

RajaUtara
24-06-04, 11:38 AM
Assalamualaikum,
klauth_2
Tak pernah dengar pasal Reiki? Iaitu satu teknik penyembuhan dengan menggunakan energi alam. Macam reiki sufi, HPI, NurIllahi , usui dll lagi. Teknik Gtummo juga boleh dimasukkan juga dlm kategori ini(hampir sama dgn reiki).

Saya hanya tahu teknik Gtummo shj. Teknik reiki lain, tak berapa tahu. Tapi asasnya hampir sama utk lihat aura. Iaitu dgn "mengarahkan" energi itu ke cakra ajna, kasik buang sumer blocking kat situ, nanti boleh tengok. Malah ada jugak yg kreatif mengolah energi ini sampai boleh tengok menda lain...

Wassalam.

Morpheus
24-06-04, 09:10 PM
A'kum,

Menyampuk sket. Batu cincin tu ada aura yer? Adakah batu tu leh hasil sesuatu jenis tenaga? Hmmm.... mungki boleh kita cipta janakuasa elektrik dari batu-batu permata. Dah lama aku fikir benda ni... Sorry... off topic.

RajaUtara
25-06-04, 11:38 AM
Assalamualaikum,
Rasanya lebih tepat kalau dikatakan bahawa batu bukan memiliki tenaga tapi memiliki frekuansi tertentu. Boleh rujuk pada artikel yang ditulis oleh Dr Norhisham Wahab pengasas Colour Vibration Therapy(CVT) yg pernah disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik. Rujuk link dibawah;
http://harmonisers.net/vibration/artikel/dkapr01.html

So, kalau nak jadikan batu tuh boleh menjanakan elektrik, humm.. macam susah aje. Bukan tak boleh(saya rasa). Sebab ianya hanya ada frekuansi shj. Maybe kita boleh lakukan sesuatu pd frekuansi itu supaya ianya berubah kepada energy lain, eg. elektrik.

Ada yg "berani" nak buat research?

Morpheus
25-06-04, 01:03 PM
Dulu saya memang selalu buat reserch tentang tenaga tetapi sekarang dah sibuk dengan kerja.

Saya juga tak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik sebab SPM yang teruk. Namun saya masih sedikit-sedikit buat research sendiri. Bagi saya bidang fizik suatu yang menarik.

Takper... kalau ada maklumat lain kita kongsi bersama yer...

Humairah
25-06-04, 04:46 PM
Best pulak baca ttg aura ni...sbb cek pernah buat rawatan reiki ni...pastu mak pun pernah buat rawatan gunakn Teknik Colour Vibration tu....entah lah dulu cam tak percaya sgt tp selepas jumpa artikel2 terkini barulah nak percaya ...tambahan pula selepas baca buku Dr Tuah ttg gelombang serta energy ni.....

rasanya lg satu aura ni berkait gak ngan otak bawah sedar......subconcious mind.....

dah berkait2 dan merapu dah cek ni...tp duk pusing ke sana ke mari..alam ghaib dan sains..bersatu dlm satu rumpun dgn diikat oleh agama.....

suka pulak dgr citer metafizik ni....:)

izafarid
27-06-04, 11:40 AM
heh,
kalau tak ada perkataan/ayat barat/moden tuh musti dah cop sesat aka pakai jin kan...

heh,
tuh lah susah org kita nie, kalau dah ada ayat moden sket baru bleh terima sebab memtaliti orang kita dah cam tuh, saya skang nie pun terpaksa cari basic knowledge tentang aura nie gak, kang payah nak cerita kat orang

ilmu kurang yang bercerita plak tahap budak lagi, terpaksalah guna ayat moden...

satu istilah yg saya reka, mandi bunga = aromaterapi :)

metals
27-06-04, 09:46 PM
tu la selepas peristiwa 13 mei kebanyakan pertubuhan silat yang terlibat dengan ilmu tenaga dalam / kebatinan / kerohanian nie selalu mendapat pantauan dari pihak kerajaan, sebab takut mengugat keselamatan negara kononnya, tapi bagi pendapat aku la kalau ilmu sedemikian tidak di pelihara atau di warisi oleh kita sebagai bangsa melayu, adalah amat rugi sebab kira tiada pewaris la....maksud aku bukan semua ilmu kita perlu waris/ ambil tak kira buruk atau baik, tapi sebagai insan yang dikurniakan akal oleh allah kita boleh menentukan sesuatu ilmu itu benar atau salah.....itu sekadar pandangan aku sahaja.....sebab kadang tuh tak puas hati la sebab setiap kali ada acara sukan yang melibatkan ilmu beladiri saja, terus higlightkan teakwondo la karate la wushu la..tetapi dimana letaknya silat melayu, sedangkan para menteri semua melayu.....itu sekadar pandangan .....sorry kalau aku komen banyak sangat....

trew
02-07-04, 09:50 AM
Kiriman asal oleh klauth_2
klauth_2 citer ringkas2 jer lah yer.. masa nak terima ijazah dulu.. tok guru tu bg tahu kat pembantu dia, rasanya anak murid sulung kot (berumur lingkungan 60 tahun, klauth_2 panggil pak cik jer) "malam ni ada org nak dtg, hebat jugak depa ni... sampai dia sendiri nak dtg". lepas beberapa ketika.. tok guru tu tiba2 jawab salam dan suruh pak cik itu buka pintu...

klauth_2 tgk tak dak sapa2 kat dpn pintu. Selepas tamat semua ijazah, pak cik tu bg tahu.. panglima adi putra (tok guru hang tuah) dtg.. klauth_2 tanya member klauth_2 yg lagi 3 org tu.. nampak ker? dia org ckp.. tak jelas sgt tapi mcm aura, kabus, dan kabur.. member ckp.. subhanallah, tubuhnya tegap, sasa, rambut mcm paras bahu...

//silat tu, adi putra yg punya.. abaikan kisah ni kalau nampak tak masuk akal. sebab misteri nusantara

bukan tak masuk akal, akal boleh bg alasan kalau nak bg masuk apa2 pun... tp ada org tu siap buat sticker kete lg "Islam Cara Hidup", silat ni kira termasuk dlm cara hidup la kan, utk sihat tubuh badan, mempertahankan diri. kalau ikut dlm Islam la... lps sesorg tu mati, roh dia akan dibawa berjumpa dgn Allah (dibawa naik ke langit) kalau org tu org beriman la... yg tak beriman, separuh jln akan dilempar kembali ke bumi utk jlni seksa kubur dan yg beriman turun juga ke bumi utk menjalani seksa kubur. lps habis seksa kubur tu, roh tu tinggal la dlm kubur tu tunggu hari kiamat, keluasan kubur tu bergantung kepada amalan semasa hidup tu la... semua manusia mcm tu, tak kira la belajar silat apa pun roh dia tinggal dlm kubur sampai kiamat. mcm mana tok guru hang tuah yg trew assume dah mati boleh dtg tgk org amik ijazah lak?

metals, sbb karut marut mcm ni la silat tak popular... sbb melibatkan aqidah, walaupun ada 4 mazhab utama, tapi aqidah keempat-empat mazhab ni sama. tae kwan do takde karut marut mcm ni, sbb tu boleh maju, jgn salahkan kerajaan semata2, salahkan jugak pembawa karut marut dlm silat ni.

pendapat trew, mana2 silap tu tegur la...

wassalam.

klauth_2
02-07-04, 11:45 AM
semua manusia mcm tu, tak kira la belajar silat apa pun roh dia tinggal dlm kubur sampai kiamat. mcm mana tok guru hang tuah yg trew assume dah mati boleh dtg tgk org amik ijazah lak?

sebab tu dekat bahagian bawah tu klauth_2 kata... "abaikan kisah ni kalau nampak tak masuk akal. sebab misteri nusantara"
Sebab Misteri alam ghaib terlalu luas. Kdg2 mmg tak masuk akal tambah jika kita fikir dari sudut logik akal. Persoalan khadam, jin, rijallulghaib..

Kepada yg terkena sihir biasanya akan cari org2 yg boleh berubat (secara Kampng) yg secara tak langsungnya ada hubungan dgn alam ghaib...

metals
02-07-04, 09:13 PM
betul tu klauth2, gua sokong......

klauth_2
04-07-04, 10:46 AM
Kiriman asal oleh trew
sbb karut marut mcm ni la silat tak popular... sbb melibatkan aqidah, walaupun ada 4 mazhab utama, tapi aqidah keempat-empat mazhab ni sama. tae kwan do takde karut marut mcm ni, sbb tu boleh maju, jgn salahkan kerajaan semata2, salahkan jugak pembawa karut marut dlm silat ni.


Pendapat klauth_2 pulak, percayaan karut marut ni bukan sebab utama yg menyebabkan ilmu persilatan makin kurang porpular. Disebabkan minda manusia terutanya org melayu telah dilatih bahawa semua yg mistik dan pelik mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk sesat. Belum lagi dibuat kajian, keputusan telah dibuat.

Sebagai contoh, filem kunfgu. Bila pelakon mennggunakan hikmat2 yg diluar batas kemampuan manusia seperti pukul jarak jauh, pulikan tenaga dalam, pindahkan tenaga dan aura… minda kita dapat terima semua tu. Tetapi jika itu yg dilakukan oleh filem dan drama silat melayu, minda kita selalunya akan kata.. guna jin dan sesat… Sebab minda kita telah dilatih begitu.

Mereka yg faham dan minat ttg ilmu mempertahankan diri pasti akan faham. Sebab itu pandangan dan cara penerimaan sesuatu berita ttg sesuatu perguruan itu berbeza. Mereka lebih posotif terhadap apa2 berita ttg ilmu mempertahankan diri…

Bayangkan 13 Mei tanpa silat melayu…

trew
05-07-04, 07:38 AM
Kiriman asal oleh klauth_2
Pendapat klauth_2 pulak, percayaan karut marut ni bukan sebab utama yg menyebabkan ilmu persilatan makin kurang porpular. Disebabkan minda manusia terutanya org melayu telah dilatih bahawa semua yg mistik dan pelik mempunyai kebarangkalian yg tinggi untuk sesat. Belum lagi dibuat kajian, keputusan telah dibuat.

Sebagai contoh, filem kunfgu. Bila pelakon mennggunakan hikmat2 yg diluar batas kemampuan manusia seperti pukul jarak jauh, pulikan tenaga dalam, pindahkan tenaga dan aura… minda kita dapat terima semua tu. Tetapi jika itu yg dilakukan oleh filem dan drama silat melayu, minda kita selalunya akan kata.. guna jin dan sesat… Sebab minda kita telah dilatih begitu.

Mereka yg faham dan minat ttg ilmu mempertahankan diri pasti akan faham. Sebab itu pandangan dan cara penerimaan sesuatu berita ttg sesuatu perguruan itu berbeza. Mereka lebih posotif terhadap apa2 berita ttg ilmu mempertahankan diri…

pendapat trew lak sbb apa org melayu boleh terima hikmat2 di luar batas dlm kungfu drpd hikmat2 di luar batas dlm silat sama la mcm org melayu boleh terima kungfu mabuk atau org yg kungfu tu mkn khinzir, sbb org2 kungfu ni mmg dah kafir, kalau dlm agama yg org2 kungfu ni anuti benarkan sihir, kita nak kata diorg sesat gak ke? manakala org2 silat ni yg sinonim dgn agama Islam, org2 melayu tau yg Islam mengharamkan sihir, sbb tu ramai org melayu tolak karut marut dlm silat.

Kiriman asal oleh klauth_2

Bayangkan 13 Mei tanpa silat melayu…

:D ada silat melayu ke bom atom ke kalau tanpa pertolongan dr Allah, tak ke mana juga... hati2 la dgn kenyataan berbau syirik mcm ni... mcm org lps baik dr pening kepala ckp la... "nasib baik ada panadol td, baik sakit kepala aku..."

pendapat trew je...

trew nak tanya, klauth_2 percaya ke yg tok guru hang tuah dtg tu?

wassalam.

klauth_2
05-07-04, 09:55 AM
ada silat melayu ke bom atom ke kalau tanpa pertolongan dr Allah, tak ke mana juga... hati2 la dgn kenyataan berbau syirik mcm ni... mcm org lps baik dr pening kepala ckp la... "nasib baik ada panadol td, baik sakit kepala aku..."

pendapat trew je...

trew nak tanya, klauth_2 percaya ke yg tok guru hang tuah dtg tu?

wassalam.

saudara trew, klauth_2 hormati pandangan trew kerana apa yg trew kata pasti datang dari apa yg trew pelajari. Maafkan klauth_2 atas kekurangan klauth_2

semua yg berlaku pastinya dtg dari Allah. Apa jua pertolongan mmg dtg dari Allah yg bersifat pemurah. Klauth_2 tak maksudkan peristiwa 13 mei tu mesti dgn silat melayu... Klauth_2 tak maksudkan semasa 13 mei, semua persilatan hanya bergantung kepada silat tanpa harapkan pertolongan dari Allah... Mungkin kenyataan itu terlalu umum. Apa yg klauth_2 maksudkan, org2 melayu dulu bersedia menghadapi mesuh. Kan ada ayat Al-quran yg suruh kita bersiap sedia untuk menghadapi segala musuh

Kalau kita dpt dengar cerita semasa 13 mei dulu dari org2 yg turut serta dalam 13 mei... kita akan dapat tahu bagaimana pengharapan mereka terhadap bantuan Allah. Kalau ada masa, klauth_2 boleh bawakan anda jumpa org2 yg pernah turut serta dalam 13 mei. Dari cerita mereka, klauth_2 lihat mereka berjuang bukan hanya dgn kemahiran dan kelincahan bersilat tetapi harapan yg begitu tinggi pada Allah.

Mereka yg faham dan minat ttg ilmu mempertahankan diri pasti akan faham. Sebab itu pandangan dan cara penerimaan sesuatu berita ttg sesuatu perguruan itu berbeza. Mereka lebih positif terhadap apa2 berita ttg ilmu mempertahankan diri…

trew
05-07-04, 10:42 AM
so klauth_2 percaya la yg guru hang tuah dtg tu?

hati2... iblis pun boleh baca al-Quran. jgn terpedaya dgn sesetengah guru silat yg mempergunakan ayat al-Quran utk menghalalkan perbuatan sihir mereka.

tak pernah pula trew terbaca nabi SAW semasa perang menggunakan hikmat2 yg tak masuk akal melainkan mukjizat2 yg hanya dikurniakan kepada nabi dan rasul Allah.

apa tujuan sesetengah guru silat mencipta cerita karut marut (i.e.: menjawap salam kepada pintu yg tiada org)? supaya anak muridnya kagum dgn diri nya... anak murid nya taksub kepada diri nya... seterusnya dgn harapan anak murid nya akan bertaklid buta dgn apa saja perbuatan dan percakapan nya tanpa usul periksa...

trew pernah belajar tae kwan do (sekolah rendah), silat (sekolah agama) dan aikido (MRSM)... mungkin sbb silat tu diajar di sekolah agama... karut marut tu takde... tp bila trew masuk U... tgk cara majlis tauliah tu pun dah karut...

boleh la kiranya sapa2 yg tau tu cerita kat trew mcm mana step2 utk menuntut tenaga batin dan cara nak keluarkan tenaga batin tu... mungkin trew salah paham ke...

wassalam.

klauth_2
05-07-04, 11:18 AM
Klauth_2 tak berani kata benar ataupun tidak ttg kebenaran tok guru hang tuah itu... sebab perkara ghaib adalah sesuatu yg misteri... apa2 pun, klauth_2 setuju dgn trew.

sebelum trew nak belajar silat batin, kena tanya dan dptkan kepastian dulu.. trew yakin ker kebatinan ni wujud dan adakan ia syirik? Jika sekarang sudah mengatakan kebatinan itu sesat atau x wujud... usahlah dipelajari. Kerana Jika sudah ada pandangan negetif terhadap sesuatu, amat sukar nak cari jawapan..

trew
05-07-04, 11:27 AM
Kiriman asal oleh klauth_2
Klauth_2 tak berani kata benar ataupun tidak ttg kebenaran tok guru hang tuah itu... sebab perkara ghaib adalah sesuatu yg misteri... apa2 pun, klauth_2 setuju dgn trew.

sebelum trew nak belajar silat batin, kena tanya dan dptkan kepastian dulu.. trew yakin ker kebatinan ni wujud dan adakan ia syirik? Jika sekarang sudah mengatakan kebatinan itu sesat atau x wujud... usahlah dipelajari. Kerana Jika sudah ada pandangan negetif terhadap sesuatu, amat sukar nak cari jawapan..

semestinya wujud... adakah syirik? tu yg nak kena siasat... bkn trew nak belajar (byk benda lain lg tak habis belajar) trew nak tau cara2 je... leh klauth_2 terangkan...

wassalam.

izafarid
06-07-04, 05:59 PM
apa itu batin?
adakah penggunaan tenaga dalam itu satu kebatinan?
adakah aura itu satu kebatinan?
adalah solat itu sesuatu yang batin?
adalah gerak naluri seorang ibu terhadap anaknya juga batin?

untuk memperolehi kemampuan yang dikatakan mustahil itu ada 3 cara
1. berserah kepada Allah (setelah berusaha dan beramal)
2. menyekutukan Allah
3. melalui latihan fizikal dan mental, penafasan, penjagaan pemakanan dll
(Majalah SeniBela Diri 3/4 tahun yang lalu)

dan apabila kita bertemu dengan salah satu ilmu yang berkemampuan seperti ini, adakah kita tahu yang mana satu ianya berasal? TIDAK!

adalah wujud satu peraturan atau documentation yang menyatakan sesuatu ilmu itu tergolong didalam kumpulan yang mana (1,2 atau 3), TIDAK!

yang benar hanyalah diri kita, diri kita sendiri penuh dengan kebatinan, roh itu satu batin, semangat dan jiwa adalah batin. Tiada satu pekara pun yang mampu mengatasi batin yang hak dan yang benar. Batin drpd Allah juga.

Adakah pandangan makrifat kita mampu menembusi alam ghaib?

Adakah kita mempuyai kasyaf yang cukup tajam dan dalam untuk mengetahui yang hak dengan yang mana yang batin?

Adakah kita tergolong didalam orang-orang yang berilmu yang mempertikaikan kebatinan orang/perguruan lain?

Adakah hati,jiwa dan ilmu serta iman kita sudah cukup mantap untuk menerima kebatinan tersebut apabila diterangkan seandainya kita bertanya?

Sedangkan Nabi Musa gagal berguru dengan saidina Khidir, adalah kita lebih berilmu daripada baginda????

Saya percaya ada orang yang datang semasa pengijazahan guru klauth_2, tetapi maaf, tidak dapat dipastikan siapa, untuk apa dan mengapa. Adakah tetamu itu yang benar atau menyamar, hanya Allah yang tahu. Akan tetapi ini bukanlah satu PETANDA yang perguruan tersebut adalah SESAT.

klauth_2
06-07-04, 10:47 PM
terima kasih izafarid.. Yg pastinya, semua ILMU dtg darinya.

trew
07-07-04, 08:07 AM
Kiriman asal oleh izafarid

untuk memperolehi kemampuan yang dikatakan mustahil itu ada 3 cara
1. berserah kepada Allah (setelah berusaha dan beramal)
2. menyekutukan Allah
3. melalui latihan fizikal dan mental, penafasan, penjagaan pemakanan dll
(Majalah SeniBela Diri 3/4 tahun yang lalu)

dan apabila kita bertemu dengan salah satu ilmu yang berkemampuan seperti ini, adakah kita tahu yang mana satu ianya berasal? TIDAK!

adalah wujud satu peraturan atau documentation yang menyatakan sesuatu ilmu itu tergolong didalam kumpulan yang mana (1,2 atau 3), TIDAK!


emmm... sebab kedua-dua jawapan tu TIDAK... tak takut ke ilmu tu tergolong dlm yg no. 2 tu?

wassalam.

izafarid
07-07-04, 09:25 AM
takut?
untuk apa?
kepada siapa?
dan mengapa?

jadi bagaimana untuk menjadikannya sebagai YA???
heh,
dari perlis ke johor banyak laluan ada, darat, laut, udara. ikut darat pun banyak jenis kenderaan ada, banyak jenis laluan ada. Highway, jalan besar, jalan kampung, ketapi, persisiran pantai, ikut pantai timur..., kapal laut, kapal layar, kapa selam, sampan, rakit, helikoper, kapal terbang...
macam-macam ada....
heh
? :confused: ? :confused: ? :confused: ? :confused: ?

klauth_2
07-07-04, 09:36 AM
assalamualaikum,

untuk bacaan tambahan, boleh melawat ke sini. Temuramah Majalah senibela diri dgn Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia (silat kebatinan)

http://www.geocities.com/pgssajkm/beladiri.htm

trew
07-07-04, 10:46 AM
Kiriman asal oleh izafarid
takut?
untuk apa?
kepada siapa?
dan mengapa?

jadi bagaimana untuk menjadikannya sebagai YA???
heh,
dari perlis ke johor banyak laluan ada, darat, laut, udara. ikut darat pun banyak jenis kenderaan ada, banyak jenis laluan ada. Highway, jalan besar, jalan kampung, ketapi, persisiran pantai, ikut pantai timur..., kapal laut, kapal layar, kapa selam, sampan, rakit, helikoper, kapal terbang...
macam-macam ada....
heh
? :confused: ? :confused: ? :confused: ? :confused: ?

tak takut menyekutukan Allah?

trew tak paham cerita kapal selam apa semua tu... mintak maaf.

emmm, dlm artikel tu ada sebut Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili, apa kata sapa2 yg dekat dgn UIA gi tanya anak dia Sheikh Muhammad bin Abdul Kadir Al-Mandili yg berceramah di masjid UIA lps isyak isnin hingga jumaat dlm 3 minggu ni... dia ada di malaysia 3 minggu... selama trew dok belajar dgn dia, dia cukup anti dgn perkara2 yg tak datang dr al-Quran dan sunnah nabi... dr sekecil2 perkara hingga lah yg paling besar.

bukan trew kata semua silat yg mengamalkan tenaga batin ni sesat, tp berhati2 la dgn benda yg tak pasti... secara peribadi trew rasa trew tak cukup ilmu lagi nak bezakan silat batin yg mana yg tak salah dari kaca mata Islam dgn yg salah, mungkin rakan2 kat sini yg belajar silat tu dah tinggi ilmu dan dpt bezakan baik-buruk, alhamdulillah...

wassalam.

wassalam.

klauth_2
07-07-04, 11:13 AM
Kiriman asal oleh trew


selama trew dok belajar dgn dia, dia cukup anti dgn perkara2 yg tak datang dr al-Quran dan sunnah nabi... dr sekecil2 perkara hingga lah yg paling besar.



anak Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili kat UIA? tak leh nak poie sebab jauh... Agak2 apa pandangan dia terhadap silat ni yer...

izafarid
07-07-04, 11:19 AM
belajar silat tinggi-tinggi pun bukannya boleh membantu,
elok pergi jumpa anak Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili tuh, banyak nikmatnya

trew
07-07-04, 11:22 AM
Kiriman asal oleh klauth_2
anak Sheikh Abdul Kadir Al-Mandili kat UIA? tak leh nak poie sebab jauh... Agak2 apa pandangan dia terhadap silat ni yer...

nnt kalau trew berkesempatan jumpa dia lg trew tanya... insyaAllah...

wassalam.

RajaUtara
07-07-04, 11:30 AM
Assalamualaikum,
Makin rancak dan hangat. Oleh sebab itu, kita tutup seketika. Sila bersambung ke bahagian seterusnya iaitu #7.

Sekian, wassalam.