PDA

View Full Version : Kita lebih suka hiburan drpd membaca?



fosilmitra
01-07-04, 08:54 AM
:salam:

Mungkin boleh kiter perbincangkan mengenai permasalahan ini... Acik bersetuju dlm 80% kenyataan ini.




Oleh RAMLI ABDUL KARIM

DALAM kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 oleh Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) mendapati setiap orang secara purata hanya
membaca dua buku setahun. Kajian sama yang dijalankan oleh Frank
Small & Associates bagi pihak PNM itu juga menemukan perangkaan cuma
29 peratus yang menggunakan perpustakaan.

Pun begitu, hasil kajian PNM lapan tahun lalu itu sebenarnya sedikit
memberangsangkan berbanding penemuan Profesor Atan Long dari
Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1983. Ketika itu beliau
mengetuai sekumpulan ahli akademik UPM untuk menjalankan kajian umum
mengenai minat masyarakat membaca buku.

Penemuan kajian 21 tahun lalu itu ialah rakyat Malaysia ketika itu
secara purata hanya membaca dua halaman buku dalam setahun. Walaupun
mungkin kajian oleh PNM pada 1996 itu lebih terkini sebagai rujukan
semasa namun satu lagi penemuan Profesor Atan ini mungkin masih
relevan.

Kajian beliau itu mendapati 59 peratus rakyat Malaysia memberi
alasan tidak ada masa apabila ditanya kenapa tidak membaca buku.
Sebanyak 11 peratus responden pula memberitahu kerja lain lebih
penting daripada membaca buku.

Hasil kajian PNM dan Profesor Atan memang memeranjatkan, namun
itulah realitinya. Masyarakat di Malaysia masih belum melihat
kepentingan buku sebagai sumber ilmu untuk memajukan diri dan juga
menambahkan pengetahuan.

Sama ada sedar atau tidak, ia juga menjadi petunjuk bahawa
masyarakat kita sebenarnya tidak gemar belajar daripada pengalaman
orang lain menerusi pembacaan buku. Sebaliknya mereka gemar menjadi
lebih selesa dengan pengalaman jatuh bangun sendiri daripada
meluangkan sedikit masa untuk mengutip pengajaran daripada kegagalan
atau meneladani kejayaan orang lain yang tertulis dalam buku-buku.

Walaupun buku tidak menjadi pilihan utama dan rakan hidup, namun
tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya membaca pada
setiap hari.

Ada yang tidak ketinggalan membaca akhbar, tabloid, majalah hiburan,
novel cinta, buku kecil rahsia `kebahagiaan' suami isteri atau
cerita polong serta hantu raya dan juga buku-buku picisan termasuk
yang mengadu-domba pihak-pihak tertentu.

Ramai juga daripada kita berminat membaca `prospektus' untuk menjadi
cepat kaya ataupun membaca surat-surat layang bercorak politik.
Tanpa perlu disembunyikan, orang kita gemar membaca buku atau
tulisan-tulisan yang berunsurkan seks atau keghairahan naluri. Kalau
membaca sumber begitu, nampak tinggi peningkatannya.

Itulah wajah sebenar kita. Ia cerminan sikap dan penghargaan kita
terhadap ilmu. Majalah dan buku-buku ilmiah tidak mendapat tempat di
kalangan masyarakat, lebih ketara berlaku terhadap penerbitan
berbahasa Melayu.

Terbaru, percubaan Kumpulan Utusan untuk memupuk budaya membaca
bahan-bahan ilmiah menerusi majalah berita mingguan MASSA sembilan
tahun lalu berakhir dengan kematiannya, dua minggu lalu.

Ramai yang terkejut dengan kematiannya walaupun tiada apa yang
menggemparkan atas pemberhentian penerbitan MASSA. Ini kerana kita
semua dari dulu bersetuju bahawa sumber-sumber ilmiah kurang
diminati di Malaysia. Dan yang penting, sekali lagi diulangi,
fenomena itu hanya berlaku kepada sumber berbahasa Melayu.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Aziz Deraman
adalah antara orang yang tidak terkejut dengan berkuburnya majalah
MASSA.

Katanya, bahan bacaan berbahasa Melayu sejak sekian lama dicicirkan
oleh bangsanya sendiri dan itu adalah manifestasi daripada jiwa
kecil orang Melayu sehingga membiarkan kematian MASSA.

``Bagaimana hendak mengatakan kita berjiwa besar kerana ketika orang
lain membaca empat buku seminggu, kita hanya dua naskhah setahun.
Itu termasuk novel atau buku picisan dan majalah hiburan.

``Tidak hairanlah kenapa MASSA kena tutup, jurnal Pemikir pula jadi
tanda tanya. Anak kita tidak dididik mencari sumber ilmu sedangkan
kita mahu membina tamadun yang mana ia mestilah berteraskan ilmu,''
katanya. (Wawancara Di Sebalik Nama di muka 35)

Ketua Pengarah PNM, Datuk Zawiyah Baba yang ditemui penulis baru-
baru ini pula terkejut kerana tiba-tiba langganan majalah MASSA ke
rumahnya terhenti.

``Saya ingat ada masalah lambat sampai tetapi kemudian barulah tahu
ia diberhentikan. Saya sedih sebab banyak yang menarik untuk dibaca
di dalam MASSA, saya enjoy baca MASSA, ia banyak maklumat.

``Saya sebenarnya boleh membaca MASSA di pejabat (perpustakaan)
tetapi kerana kandungannya yang menarik saya langgan sendiri di
rumah supaya lebih puas membacanya,'' katanya.

Tentang kurangnya minat masyarakat membaca sumber ilmiah sama ada
buku, majalah atau jurnal, Zawiyah memberitahu puncanya adalah
kerana tabiat yang lebih sukakan hiburan daripada ilmu.

``Ada yang membaca buku pun sekadar mencari hiburan, sama ada ia
bahan bacaan hiburan seperti majalah-majalah atau mungkin buku
rancangan televisyen.

``Buku-buku dan sumber bacaan ilmiah sebenarnya berhadapan dengan
saingan hebat daripada apa saja yang menjadi medium hiburan kerana
ia lebih mudah dan murah didapati malah dengan pelbagai cara,''
katanya.

Menyedari bahawa masyarakat masih tiada kesanggupan untuk
mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membeli buku-buku ilmiah,
Zawiyah menyarankan supaya orang ramai menggunakan perpustakaan
untuk mendapatkan pinjaman buku.

Menyertai 620,000 orang ahli PNM sehingga kini, tentu banyak
kemudahannya. Namun sejarah rakyat Malaysia ialah mereka juga selalu
tidak menghargai sumber pinjaman atau pemberian percuma terutama
daripada kerajaan.

p/s: Raser2nyer ada tak yg baca sampai habis artikel nie? Dah tau dah kat situ..:p

achique
01-07-04, 09:33 AM
mereka lebih suke ketinggalan berita daripada
ketinggalan hiburan......................no komen....

revomatrix
01-07-04, 10:27 AM
kalau baca e-book ...termasuk dalam golongan membaca ker ??

p/s macam soalan bodoh jer:D

thegreen04
01-07-04, 11:50 AM
aku rasa MASSA ditutup sebab ramai pembaca yg muak dan loya dgn kandungan one-sided. too much! lainlah kalau baca majalah TIME, walaupun kekadang sakitkan hati jugak. kandungannya diverse gak...

apa salah kalau baca majalah MINDA dan yg seumpamanya. informatif dan sedikit bebas!

majalah hiburan amatlah berlambak!!!!...inilah pemusnah pemikiran remaja. dibacanya majalah spt ini melampaui majalah/buku ilmiah. lesen sape kasi??? ntahlah.....

padahal baca adalah sumber ilmu.

skai
01-07-04, 12:01 PM
tak salah membaca majalah yg one-sided, majalah MASSA majalah yg berilmiah, ambikla yg perlu sahaja, yg ragu2 tu fikir sendirila...

MASSA berhenti sebab rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu, kurang membaca, kalau dekat kedai buku, orang Melayu kita banyak terdapat di bahagian majalah hiburan, sukan dsb....

sekarang ni ada TIMES warehouse sale kat PJ, aku tengok tak ramai orang Melayu kita yg datang membeli buku walaupun harga agak murah disitu...

kajian menunjukkan, secara purata rakyat Malaysia membaca hanya 10 mukasurat setahun....

piskly
01-07-04, 12:44 PM
amat setuju..MASSA tutup..magazine hiburan berlambak..
kenapa rakyat kita begitu..amat sedih...bukan lah seronok mana ketahui kehidupan artis..

amat sedih...anak-anak kita macam mana nanti...amat risau

Adreen
01-07-04, 01:13 PM
sayang betul massa dah tader..
tolak topik politik dalam tu, aku suka artikel yang lain..
skang tatau nak beli apa..
majalah times citer international jer, tader langsung in depth coverage isu local mcm massa..

apsal ler majalah mangga tu tak diharamkan..
benci betul aku tengok..

fosilmitra
01-07-04, 02:13 PM
Kiriman asal oleh Adreen

apsal ler majalah mangga tu tak diharamkan..
benci betul aku tengok..

:salam:

Jawapannyer boleh dilihat kat sini jer... cth yg cukup tepat mengambarkan pe sebab hal ini berlaku... Kenapa Bincang Hiburan tak dimansuhkan tapi Bincang Karya ke hapa ntah aritu dimansuhkan?...

p/s: Maaf, jgn mare... bukan nak perli tetapi mohon kiter semua berfikir sendiri...:p

JiBam98
01-07-04, 02:20 PM
Saya suka baca bincang semasa...menambahkan pengetahuan saya...

CupidOfLuv
01-07-04, 02:29 PM
:salam:

tak sempat abeh baca artikel fosil.. panjang sangat.. kol 2.30 ade kelas... nanti balek bilik baru baca.. heh :D

**********************
kak kuding.. me pon selalu baca pasal politik dalam Majalah Massa.. selain drpd tu.. banyak informasi pasal isu semasa dalam majalah tu.. rugi kan dah takder

thegreen04
01-07-04, 02:47 PM
mungkin sbb buku2 ilmiah nie tak murah harganya...
sbb tue x ramai yg nak beli...

mmm..tp x lah mahal sgt kalau nak bandingkan ngan knowledge yg kite dpt...betul tak?

mmm...belilah buku Nak Ke Tak Nak by dr.tuah...rm 10 jer...

jejakakejam
01-07-04, 03:22 PM
baca buku playboy ngan penthouse..ok gak kan.....

piskly
01-07-04, 03:26 PM
rasanya nak ikutkan harga..memang lah yang berilmiah tu mahal sebab berisi..isi yang berguna..

rasanya memang dah sifat alam..hiburan tu lebih best..kita bagi contoh paling senang..erra dan yusry kawin..buat cd n magazine gambar kahwin..pergh habis...sold out..

cuba buat etika pelajar untuk capai kecemerlangan akademik mesti yang beli...sekerat-kerat jer...

pelik kan...kenapa?

hanamichi
01-07-04, 05:22 PM
:salam:


hmm bukan aper maleh nak baca2 ni.. tak sampai 1/2 jam ngantuk :)

Humairah
01-07-04, 05:44 PM
Kiriman asal oleh hanamichi
:salam:


hmm bukan aper maleh nak baca2 ni.. tak sampai 1/2 jam ngantuk :)



lepas tu pening kepaler...berpinor2 biji mater....:D

CupidOfLuv
01-07-04, 06:02 PM
Kiriman asal oleh hanamichi


hmm bukan aper maleh nak baca2 ni.. tak sampai 1/2 jam ngantuk



:salam:

tolong sambung ayat michi... :D
especially sejarah.. huhu.. jangan kata setengah jam.. 5 minit lentok terus..

hmm.. tuh la.. mentality & mind setting... kita dah set benda tuh membosankan.. sebab tu la kita jadik camtuh.. termasokla Cupid.. uhuks...

Lorong
01-07-04, 06:07 PM
......yang musykilnya orang-orang barat suka hiburan gak. Macam-macam ada dari yang terdedah sampai yang terbelah. Malah mereka lebih advance dari kita dalam bab2 hiburan nih. Tapi masih lagi kuat membaca. Buku pasal Clinton je boleh buat penulisnya jadi kaya raya. Caerita katun pasal orng boleh melekat di dinding jadi labah-labah pun boleh buat orang jadi kaya.
Aku rasa andaian orang melayu malas membaca kerana hiburan tak boleh diterima. Ada sebab yang lain kenapa orang melayu malas membaca (walaupun ramai orang melayu itu Islam dan ayat Quran yang pertama pun disuruhnya kita membaca!!)
Perkara yang penting ialah budaya membaca. Masyarakat melayu jarang-jarang membudayakan buku dirumah kalau ada galakkan membaca pun sekadar membaca Al-Quran kemudian bila dah khatam maka tak lagi diberatkan. Berapa ramai agaknya dalam keluarga orang Melayu yang ibu-bapanya membaca pada waktu senggang? Keluarga aku sendiri pun tak pernah! Jadi bila tiada galakkan dari keluarga sendiri maka kita akan menoleh pula pada masyarakat dan jika masyarakat sekeliling lebih suka duduk kedai mamak 24 JAM yang ada astro berborak sambil minum dan makan, malah kekadang pelajar-pelajar IPT calon pemimpin masa hadapan pun sanggup melepak dari membaca jadi kita patut faham bahawa memang membaca bukan BUDAYA kita dan jika kita inginkan lebih ramai rakyat Malaysia amnya orang melayu khususnya membaca maka kita kena wujudkan BUDAYA membaca dahulu baik dalam keluarga mahupun masyarakat...............

Mila-Jovovich
01-07-04, 06:38 PM
me too cepat mengantuk kecuali baca komik...he he...
pedang setiawan

Adreen
01-07-04, 11:25 PM
Kiriman asal oleh fosilmitra
:salam:

Jawapannyer boleh dilihat kat sini jer... cth yg cukup tepat mengambarkan pe sebab hal ini berlaku... Kenapa Bincang Hiburan tak dimansuhkan tapi Bincang Karya ke hapa ntah aritu dimansuhkan?...

p/s: Maaf, jgn mare... bukan nak perli tetapi mohon kiter semua berfikir sendiri...:p

people have a choice really.
they can choose whether reading for fun or knowledge..
sama gak macam kat sini, we have a choice whather nak gi lepak bincang hiburan atau lepak bincang muslimah..
kalau mansuhkan salah satu yang berikut, it's more like people don't really have a choice right.

FIY acik yg kena mansuh tu bilik pengiklanan daa.. ehehe..

ChEf_N|3aM
02-07-04, 09:12 AM
[suka ati aaa nak baca apa....]


ok tak ayat tu? hihiii..........

charm_pheonix
02-07-04, 09:27 AM
Benda ni tau lama dah time skewl dulu , skrang dah masuk u dah.
Bila dah jadi budak u nie, selalulah baca buku dan majalah ilmiah. Itu pun baru dpt menaikan average rating kpd 2 buah buku setahun. Dulu kalau tak silap aku average dia 2 helai muka surat setahun setiap sorang. Sekarang dah ada bagus sikit, dua buah buku setahun.
Lima tahun lagi, rakyat malaysia baca 20 buah setahun utk seorg. Memang maju, tapi lembap sikit...:cipan:

fosilmitra
02-07-04, 05:21 PM
Kiriman asal oleh Adreen
people have a choice really.
they can choose whether reading for fun or knowledge..
sama gak macam kat sini, we have a choice whather nak gi lepak bincang hiburan atau lepak bincang muslimah..
kalau mansuhkan salah satu yang berikut, it's more like people don't really have a choice right.

FIY acik yg kena mansuh tu bilik pengiklanan daa.. ehehe..

:salam:

Haa... pandai pun akak adik... :p. Kamu dah menjawab soalan kamu sendiri... Maka persidangan kiter ditangguh. Kiter minum dulukkk...:D


Kiriman asal oleh Adreen

apsal ler majalah mangga tu tak diharamkan(dimansuhkan)..
benci betul aku tengok..

adikkeluangman
03-07-04, 10:37 AM
kite dua-dua suka. membaca dan hiburan. everyday kite pegi
library baca paper. paper kat library sumer ade tinggal takde
suratkabar cine ngan tamil jer. tapi kajian yg tu dah ketinggalan
zaman la. lagi satu, jenis buku bacaan ape yg dibuat kajian.
buku ilmiah or novel fiksyen. kite baca novel inggeris dan melayu.
kalau sebulan tu adelah dalam tiga-empat novel dibaca. kalau
beli novel lah sebulan dua novel inggeris. kat U kite ni ramai jer
yg suka baca novel melayu. teringin gak nak masuk kajian yg
dorang buat tu. rase cam tak adil plak. nak tuduh budak melayu
esp. tak baca buku. tak tau la buku ape yg dimaksudkan. ye lah
kan buku banyak jenis.

fosilmitra
04-07-04, 10:50 AM
:salam:

Pendapat acik dlm membaca buku ilmiah nie ada dua:

Satu kiter membaca hanya utk pengetahuan kiter, tidak sampai kiter mengkaji... cth cam acik jugak ler... (bukan nak takbur ek) acik mmg suka baca buku2 ilmiah serta persoalan2 melibatkan agama... tapi tak sampai ke tahap pakar dlm hal2 agama... acik sering merujuk org jika ada sesuatu yg tak difahami...

Kedua, kiter membaca sekadar nak release tension jer... iaitu bacalah majalah2 Ujang, Gila2, Komik Pedang Setiawan dsb... sekadar nak penuhi masa lapang jer gitu... so, baca2lah jugak... kena tengok matlamat atau apa yg kiter perolehi dari membaca tue...

p/s: Korang paham tak apo yg acik perkatakan ini?... Acik udah capek nie... mintak pencerahannyer...:D

ekzos_pipe
04-07-04, 03:32 PM
kalau hiburan berilmu?.. macam rancangan Beak's World kat tv3 pagi tadi-ahad.. budak2 mesti terhibur.. org tua pulak tak -rasa macam rancangan bodo jer.. tapi fakta dia budak form5 pun tak belajo lagi..

triple8
05-07-04, 01:46 AM
hiburan lah senang tak yah pening kepala tak caya tengok hit dalam bincang nie hit mane yg paling aktif?

piskly
07-07-04, 12:03 PM
huh......memang bila mempertikaikan kenapa malas baca buku...da kata mengantuk ar..apa ar...mungkin student penat nak baca buku..sebab ngantuk...takdinafikan...tapi kita kena belajar macam mana tak kasi mengantuk bila nak baca buku...first jgn sesekali baca buku baring, tertiarap..baca buku duduk, berdiri..baru tak ngantuk..pastu jgn belajar buat macam ni...tak leh tido so baca buku atas katil..tu yang punca kenapa kita mengantuk bila nak baca buku...ni sudah di buat kajian...

dan lagi...tak guna kita baca buku berhelai-helai banyak tapi tak masuk otak..ni terutama nya untuk student..baca dgn penuh kualiti..konsentrasi....jgn beborak semasa baca buku..tak kira apa buku...

ermm...selain itu kita kan jgn tolak hiburan seperti filem atau drama..dia penting untuk pembangunan minda..baru la ada idea...and sapa budak yang suka multi media..kena tgk iklan, filem ...belajar setiap effect tu macam mana.....

maka dgn itu...kita jgn tolah hiburan..tapi jgn pandang yang negatif..jgn pandang luaran sahaja..pandang dlaamannya..kaji diam-diam macam mana ia terjadi...

buku..apa-apa jenis buku memang bagus...tapi majalah hiburan yang bahasa pun tak betul tu..patut jauhkan lah...too much gossips. baca la...sentiasa ada buku dlm beg..tgh tunggu member baca kejap, tunggu bas ke...train ke...baca la...membaca hobi yang tak penat dan tidak pernah merugikan...


amboi..penatnya aku bebel

SunG
07-07-04, 12:34 PM
masyarakat kita memang takde budaya membaca ...

i tgk org Amerika tuh, membaca tu satu budaya ... kat sini kita tengok dekat Starbucks, org datang minum borak-borak jer .. kat sane cafe Starbucks tuh penuh dengan org minum-minum sambil baca buku ...
lecturer i pon sentiasa bawak buku untuk dibaca ... lunch time diorang baca ... tunggu bas pon baca lagi ... membaca tu nampak normal .. kat Mesia .. membaca kat tempat public tuh mcm nerd lah pulak org kata .. ish ish ish .. bila nak maju .. :(

Lorong
08-07-04, 01:59 PM
Kiriman asal oleh SunG
masyarakat kita memang takde budaya membaca ...

i tgk org Amerika tuh, membaca tu satu budaya ... kat sini kita tengok dekat Starbucks, org datang minum borak-borak jer .. kat sane cafe Starbucks tuh penuh dengan org minum-minum sambil baca buku ...
lecturer i pon sentiasa bawak buku untuk dibaca ... lunch time diorang baca ... tunggu bas pon baca lagi ... membaca tu nampak normal .. kat Mesia .. membaca kat tempat public tuh mcm nerd lah pulak org kata .. ish ish ish .. bila nak maju .. :(

..........setuju sangat. Takde kena-mengena langsung dengan suka hiburan ke apa ke. Kalau budaya membaca diterapkan dengan menyeluruh masaalah org suka hiburan ke apa ke tak timbul kerana membaca adalah suatu perkara yang berbeza dengan hiburan. Hiburan memang kehendak semua manusia caranya sahaja berbeza....................

spellbinded
08-07-04, 02:20 PM
yesterday, my bf gave me buku HP5 (HP adn Order of Phoenix). i told him that his gift means so much to me, more than any jewel a girl could ever want from a balax.

reading is fun!

piskly
08-07-04, 04:48 PM
yup...buku sebenarnya benda yang amat bermakna...aku selalu bagi reward kat diri aku beli kasut la..baju la...tapi satu hari tu tahun 2000 first time aku beli novel inggeris..tajuk dia the innocent....(selama ni pinjam library atau kawan je)...aku beli kat buku bundle..RM 10 jer..tapi bermakna sgt kat aku...aku jaga giler...aku jaga buku2 sehinggakan bilik aku takde katil tapi dah jadi library.....

namun aku masih perlukan hiburan...tapi yang nyata buku sentiasa ada di tgn aku....aku rasa semua org patut cuba..terapkan minat membaca...

xyhie
09-07-04, 04:00 PM
very sad msykat kita kurang menghargai ilmu...:(

but still not all..:R rilek jap nak gi baca buku

amino
09-07-04, 09:26 PM
elehhh... setakat bincang, pastu ulas skit2 sape pon boleh...
ini isu lapok dan akan terus berlaku selagi belanja kempen AF lebih besar dari diskusi ilmiah. tanggungjawab pada semua org.

korang seminggu baca berapa buku????
berapa magazine??/
berapa akhbar tabloid???
berapa akhbar berhaluan kiri???
Quran berapa kali seminggu???

sbb tu lah otak melayu ni sama level ngan kambing.

aku baca 1 buku seminggu.
sekarang tgh baca buku tajuk: kenapa saya bertudung