View Full Version : Silat ABjad #7
klauth_2
08-07-04, 09:56 AM
Assalamualaikum, klauth_2 tolong bukak yer dan kita sambung kat sini...
Perkara ghaib mmg mcm tak masuk. Mcm yg citer tok guru hang tuah tu. Klauth_2 pernah baca buku kisah-kisah wali tanah melayu yg menceritakan kehebatan wali2 tanah melayuy seperti tok kenali (kelantan), Tokku Paloh(Trengganu), Said Linggi (N9), Haji Ma'rof dan beberapa wali lain. Nama pengarang klauth_2 lupa.
Salah satu kisah ialah yg berlaku pada Tokku Paloh. Pada kebiasaannya, Tokku paloh akan menjadi imam subuh kepada org2 kampungnya. Tiba2, pada satu pagi, masjid mereka didatangi oleh seorang lelaki yg tak dikenali, berpakaian jubah berserban (kalau tak silap hijau). Lalu tokku paloh menyuruhnya mengimamkan solat subh. Tokku paloh dan org2 kg menjadi makmumnya. Selepas solat dan selesai membaca doa, lelaki tadi terus duduk disudut mesjid dan membaca Al-quran. Apabila matahari mula terbit, lelaki tadi sudah tiada.
Pada keesokannya, Tokku Paloh bertanyakan kepada org kgnya akan lelaki itu... :"adakan kamu tahu siapakan lelaki yg mengimamkan solat subuh kita?" org kg jawab .."kami tak tahu".. lalu tokku paloh berkata.." dia adalah nabi khidir a.s"
tokku paloh-> ulama' negeri ganu, salah seorang kahlifah dlm tarekat naqshabandi aliyah.
// kalau nak pikirkan logik, mmg tak masuk akal.. tapi inilah misteri
izafarid
08-07-04, 03:21 PM
nak dipertikaikan?
bleh....
nabi khidir tak wafat lg ker?
kalau dah wafat, saper plak yang datang?
boleh ker makhluk ghaib (ruh), mengimamkan manusia yang masih hidup (berjasad)?
-------------------------------------------
heh...
kita tak tau ilmu orang dan keimaman orang lain, eloklah kisah ini dijadikan teladan untuk meningkatkan pencarian kita terhadap rahmat illahi...
heh...
tp kan saya pernah tgk, syeikh abdul kadir al-jalani (betul ker ejaan), di jemput hadir...
(????
siapa? dimana? bila? macam mana? untuk apa?
no komen
????)
mmg suasa berubah betul, masa tu hampir subuh, suasa terus tenang dan damai, tak panas dan tak sejuk, cengkerik tak berbunyi, zikir tak lepas dijari....
beliau balik pun (???? balik??? no komen ????) lepas masa azan subuh, katanya nak gie solat (kat mana yek????)
nota:
pertikaian dan ketidak percayaan adalah hak individu.
sekian harap maklum
klauth_2
10-07-04, 09:33 AM
Kiriman asal oleh izafarid
heh...
tp kan saya pernah tgk, syeikh abdul kadir al-jalani (betul ker ejaan), di jemput hadir...
(????
siapa? dimana? bila? macam mana? untuk apa?
no komen
????)
klauth_2 rasa mcm tahu jer kisah ni.. he..he..
//sheikh abd qadir al-jalani adalah penghulu kepada semua awliya'. Beliau adalah pengasas kepada tarekat qadariah. Gurunya, maulana sheikh yusuf hamdani pernah berkata kepada sheikh abdul kadir jalani.."kelak, seluruh awliya' akan berada bawah kakimu (pimpinan mu)"
pernah terdedngar satu hadis tetapi tak tahu siapa perawi dan kesahihan hadis ini, sekadar jadi renungan... Rasullullah SAW pernah bersabda..."kelak apabila aku wafat, dan jika datang seoang yg bernama abd qadir ke makamku dan memberkan salam kepadaku.. nescaya aku akan melompat keluar dari makam ku dan menyambutnya ..."
sebab itu ada dalam cerita, sheikh abdul qadir al jalani tidak pernah menjejaki makam rasullulah. Penjaga2 makam rasullulah tidak membenarkan beliau masuk lataran takut terjadi apa2 yg pelik yg menyebabkan timbulnya fitnah.."
kisah lain yg klauth_2 dpt dari sumber lisan, ada jugak yg mengatakan hang tuah itu juga seorang wali. Nama asal hang tuah ialah abdul qadir. oleh itu, jika dibelakangnya abd qadir ada tambah perkataan jalani, maka itu adalah sheikh abdul qadir jalani jika hanya abd qadir, ada org kata itu hang tuah... sebab sumber lisan, kita boleh abaikan akan kisah ini.
sekali lagi nak ingatkan.. ABAIKAN JIKA HATI RASA SANGSI.
“Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (Al-quran) dan bertentangan dgn usul-usul islam, maka ketahui ia hadith yg palsu.” (As-Suyuti, Tadrib Al-Rawi)
wassalam.
RajaUtara
22-07-04, 12:27 PM
Assalamualaikum,
Saja nak naikkan topik nie. Sepi aje...
Semalam, saya ada chat dengan Bapak Yulius Eka. Orang Indonesia. Rata-rata, kalau sesiapa yang belajar reiki & gtummo, pasti kenal sama pak Yulius. Boleh dikatakan hari-hari jugak saya chatting dengan beliau. Banyak yang saya belajar.
Menerusi perbicaraan kami semalam, saya memberitahu padanya, bahawa ilmu orang2 Indonesia memang hebat. Malah , kata saya, tidak keterlaluan dikatakan bahawa, jauh mengatasi ilmu orang kita di malaysia. Cuba lihat, dari mana Ustaz Azam belajar ilmu Gayong Maarifat, Ustaz Syahril(mindgym), En Hanafi(menjaro), Amin maunah dan lain-lain... sumer nye menuntut dari Indonesia.
Tapi pendapat saya ini disangkal oleh beliau. Katanya, kita di Malaysia masih ada ilmu yg lebih hebat. Malah, ada beberapa ilmu di indonesia, cuba untuk menyamai kehebatan ilmu kita orang melayu Malaysia. So, apakah ilmu itu??
Itulah Ilmu Gayong !! Pada masa itu, adalah sikit rasa bangga. Kita juga tak kurang hebat berbanding depa. Tetapi kehebatnya jarang sekali dipertontonkan atau dihebohkan, menyebabkan kita tak nampak kelebihannya. Kita selalu nampak kehebatan ilmu orang di sana. Sebab depa selalu tunjuk.
Katanya lagi,ilmu gayong itu, merupakan satu jurus atau hayunan atau gerakkan tangan yang terisi dengan energi, mampu membunuh mangsanya. Pada satu tahap, ada satu ilmu yang boleh menghancurkan jantung mangsanya.
Di Indonesia, mereka banyak suku kaum seperti di Jawa, Sumatera, Irian Jaya dan lain2 lagi. Jadi , ada banyak ilmu di sana. Sebab itulah ramai orang kita pergi ke sana menuntut. Berbanding dengan kita, tak banyak suku kaum. So, keilmuannya yg kita miliki juga terhad. Tapi, itu tidaklah bermakna, ilmu kita tak sehebat mereka.
Rasanya, ilmu gayong yang terkenal seperti kipas senandong(gayong malaysia) dan semilir sakti(gayong maarifat). Ada lagi ke jurus gayong yang lain?
Oh, inilah warisan ku... ceewahh..
Wassalam.
izafarid
26-07-04, 05:05 PM
salam,
boleh define on details tak, apa itu ilmu gayong. Adakah itu ilmu yang diasaskan oleh Silat Gayong atau sejenis rahsia yang mungkin berada pada mana-mana perguruan
RajaUtara
27-07-04, 11:33 AM
Assalamualaikum,
Mengikut pemahaman saya menerusi perbincangan tersebut, ilmu gayong adalah ilmu kebatinan yg dihasilkan atau dimiliki oleh Silat Gayong. Tak kiralah silat gayong M'sia ke, maarifat ke.. sama shj.
So, bukannya rahsia mana2 perguruan. Hanya merujuk pada rahsia tertinggi silat jenis gayong. Contoh ilmu gayong, semilir sakti & kipas senandung.
Wassalam.
klauth_2
28-07-04, 12:55 PM
pasal ilmu gayoung ni, klauth_2 kena balik tanya member dulu. Tak confirm. Ada jugak yg klauth_2 pernah dengar ilmu/ibu gayong ni ada kat silat yg bukan gayong... kalau tak silat abjad pun ade.. apa pun kena balik konfirm balik
sungguh luas ilmu Allah.
izafarid
28-07-04, 05:10 PM
yeah,
itulah maksud saya, adakah ianya satu rahsia didalam perguruan gayong atau satu rahsia sebuah amalan
klauth_2
06-08-04, 09:44 PM
Kiriman asal oleh izafarid
yeah,
itulah maksud saya, adakah ianya satu rahsia didalam perguruan gayong atau satu rahsia sebuah amalan
Assalamualaikum, Saya dah confirm dgn member td... kalau rasa2mcm tak bernas, abaikan
Ibu gayong boleh didefininisikan sebagai sesuatu kebolehan yg luar biasa yg tak mampu dilakukan oleh anggota fizikal kita seperti pukulan jarak jauh, bersilat secara automaik dan ilmu gayong ini biasanya diperolehi melalui amalan2 tertentu. Mengikut member klauth_2, semua silat ada ilmu ini dan ia mmg rahsia bg perguruan tu... Silat harimau, silat abjad hatta silat pulut pun ada ilmu gayongnya tersendiri. Tetapi setiap ilmu dan amalan berbeza bg setiap perguruan...
ini membuktikan betapa luasnya ilmu Allah. Semua ilmu mempertahankan diri ada kelebihan dan kekurangannya.
maknanya ibu gayong tuh hanya nama saja la yer, tapi lain perguruan lain pulak panggilan dia betul tak? beza dari segi amalan la kot...aku pun kadang tuh confuse jugak nie...pasal amalan nie..sebab banyak sangat......
klauth_2
09-08-04, 12:01 PM
mcm dlm silat gayoung pusaka/malaysia... ada hikmat pukulan jarak jauh dan begitu jugak gayong makrifat... dlm silat tapak suci pun ada... bentuk dia lebih kurang sama cuma cara amalan sahaja berbeza. Tahap kekuatan jurus? he..he..he itu tak tahu, bergantung pada amalan dan kuat mana Allah nak bg...
ni mcm komik sikit... kdg2 tu Allah bg keistimewaan pada sesorang untuk dpt lihat perkara2 halus. Seorang member kepada member klauth_2.. dia dpt lihat aura yg keluar dari sesuatu perguruan... Masa mereka nak bertarung (berlatih, seorang dari silat lain, seorang dari silat lain).. kawan yg dpt lihat aura ni nampak aura kebiru-biruan menyelebungi kawan dia... kalu tak silat, member tu silat nasrul haq kot
izafarid
09-08-04, 03:38 PM
yg tuh, tidak dinafikan sebab ada juga rakan saya yang dapat tgk, aura tuh.
kata dia lah....
setahu aku yang boleh tengok aura tuh hanya binatang, budak kecik (bayi la) dan orang yang hilang akal.....aku pun tak sure lak...pasal tuh...
RajaUtara
13-08-04, 02:59 PM
Assalamualaikum,
Oh tidak... kebolehan tengok aura, bukan hanya tertakluk pada yg disebutkan itu. Malah, kita pun boleh buat.
Cuma, setakat yg saya tahu, hanya mereka yg pernah/ada/sedang belajar ilmu tenaga dalam, reiki(termasuk gtummo & shing chi) dan seangkatan nya, pun boleh tengok aura. Malah kalau ada sesiapa yg pernah trainning utk bukak mata ke-3(third eye) atau disebut cakra ajna , pun sudah tentu boleh tengok aura.
So, secara amnya, benda nie boleh dilatih.
Wassalam.
izafarid
16-08-04, 11:28 AM
dengan erti kata lain, ianya adalah sejenis ilmu yang boleh dituntut
maaf..
saya berminat nak tahu lebih lanjut dengan 'perguruan tapak suci'
klauth_2
17-08-04, 04:37 PM
Kiriman asal oleh EnD
maaf..
saya berminat nak tahu lebih lanjut dengan 'perguruan tapak suci'
Tahu sikit jer dgn perguruan ni... Seperti silat kebatinan lain, Ia mempunyai amalan-amalan untuk mengaktikan 'kebatinan' di dlm diri sesorang. Ada 10 jenis gaya jurus... Bg klauth_2, amalannya tak teralu byk kalau nak dicompare dengan silat abjad atau gayong makrifat. Kat kerian kelantan ada tok guru yg bg ijazah silat ini.
sekian
klauth_2 amalan apa yang paling lama masa beramal dia? gayung maarifat lama jugak kan?
klauth_2
18-08-04, 05:41 PM
ini apa yg klauth_2 rasa jer la, amalan yg paling pendek dan ringkas ialah silat nasrul haq. Yang Paling panjang ialah silat abjad abjad dan yg ke-2 ialah gayong makrifat. Tapi yg hairannya, silat abjad ni walaupun panjang, tak rasa letih bila beramal dan X rasa boring... timbul rasa best.
RajaUtara
18-08-04, 06:50 PM
Assalamualaikum,
Amalan yg panjang2 tuh yg maleh nak buat tue. :-)
izafarid
20-08-04, 11:36 AM
Kiriman asal oleh RajaUtara
Assalamualaikum,
Amalan yg panjang2 tuh yg maleh nak buat tue. :-)
eheks,
24434 pun miss
adeh....
rosak amalan
hehehe 24434 tuh..simbolik punya angka tuh......hehehehhehee :)
klauth_2
23-08-04, 12:13 AM
Walaupun amalan sesuatu pertubuhan tu panjang ataupun pendek, pokok pangkalnya bergantung pada minat dan semangat org yg nak beramal dengannya. Kalau amalan pendek, tapi kita tak ada minat atau semangat, amalan pendek pun kita leh rasa lama bila beramal...
NAk mula beramal tu senang tapi nak istiqamah ataupun konsisten tu yg payah bebenor.. he..he
//minggu ni, nombor ape naik.. kwang..kwang
:cipan:
klauth_2 cerita la sikit tentang amalan silat abjad nie.. nama-nama amalan dia dan apa saja berkaitan...
sekadar nak tahu.......
klauth_2
24-08-04, 11:42 AM
amalan abjad? tak tahu sgt. tahu sikit2 saja.. Apa yg klauth_2 tahu;
1. Amalan Pagar Diri (Kota Zat Muhammadiah)
2. Jabat
3. Amalan ikut peringkat (peringkat 1, 2, dan 3)
amalan jurus pun ada, tapi klauth_2 tak tahu sgt
//dlm abjad, ada satu gerak. Namanya gerak halilintar. Gerak ni member klauth_2 ckp lagi kuat dari gerak abjad..... tapi kena dpt ijazah dulu
RajaUtara
24-08-04, 01:13 PM
Assalamualaikum,
Silat abjat, dikira silat batin, kan? So, katakan kalau kita nak belajar silat nie, kena gi selalu latihan gelanggan ke atau just gi sekali utk pengijazahan, kendian buat latihan sendiri?
klauth_2
24-08-04, 02:22 PM
Kalau nak buat latihan sendiri pun tak pe. Tapi yg baiknya, turun berlatih bersama member2 yg lain disamping amalan yg kita buat. .. Untuk nak bg gerak kita hidup dengan cepat dan kemas, better turun latihan
silat batin ni ikut org jugak (dari apa yg klauth_2 lihat). Ada jugak dikalangan member klauth_2, lepas jer ijazah.. gerak terus hidup dan kemas.. ada jugak yg balik kena beramal dan buat latihan.. baru gerak nak hidup kemas. Apapun, terpulang pada rezeki masing2
RajaUtara
24-08-04, 04:07 PM
Assalamualaikum,
Terima kasih atas penjelasan itu.
Bukannya ape, terlanjur saya pulang bercuti bln 9 nie, ingatnye nak pi join Silat Abjat kat Kelantan sana nun. Tapi kalau, andaikata diwajibkan turun gelanggang pada tiap-tiap minggu, humm.. memang agak payah lah saya nak join. Yg ini, susah nak kasik komitment. Yelah, cuti satu bulan aje.. Camner nak turun gelanggang selalu.
klauth_2
24-08-04, 04:12 PM
tak payah turun gelangang pun tak per.. Terima ijazah dan main kat rumah jer...
segala KEKUATAN itu datang dari ALLAH..
ALLAHUAKBAR.........
assalamualaikum...
:) minat sangat dalam seni mempertahankan diri nih.. cuma tak pernah dapat mempelajarinya secara real.. cuma banyak buat rujukan dr buku, video dan lisan shj.. tapi semua tu tak memadai.. huhu~
seni persilatan yg amat menarik minat saya.. gerak langkahnya penuh makna.. entah bila baru dapat mendalaminya.. :(
heheheheh..kyo minat gak ker? sama la kiterrrrr
izafarid
26-08-04, 12:48 PM
kalau nak berjinak-jinak dengan seni nie, elok mulakan dengan z ahir dulu, amiklah gayong pesaka ker, karate-do ker atau yang sewaktu dengannya. Bagi tubuh badan tuh kental sket dan juga mental, dalam dua tahun barulah ceburkan diri ke seni batin
hukhuk... dulu haku blaja karate-do tapi x abis.. sebab dtg pi johor.. kat johor, ingat nak continue.. tapi sampai skang x jumpa dojo karate-do.. huhu~ sudahnya, belatih sendiri jek kat umah.. tumbuk dinding.. nyelam dlm baldi.. dan yg sewaktu dgnnya.. itu pun latih curi˛ kat bilek air.. karang kantoi ngan member rumah, mau kena kutuk habis haku... hwa..hwah...
hmm, dulu masa haku study... ada teman rapat budak pahang... byk juga berkongsi pengalaman dgn teman tu.. yg menarik tentang teman tuh, dia blaja silat dari dalam mimpi... huhu~ bestnya mcm tu... :)
aku tengah dok cari silat pancang 12 kat area utara nie, ada sesapa dengar tak kat mana?
izafarid
27-08-04, 05:12 PM
tak pernah dengar pun,
errr... ada apa2 yg menarik ker, sehingga tercari2
klauth_2
27-08-04, 11:40 PM
Kiriman asal oleh metals
aku tengah dok cari silat pancang 12 kat area utara nie, ada sesapa dengar tak kat mana?
mcm pernah dengar silat ni. Kalau tak silap pernah keluar majalah senibeladiri..
//pernah dengar nama silat harimau sang saka? tok guru dia cukup masyhur di utara dulu terutama masa 13 mei.. seni tekpi p-ramli dlm filem "6 jahanamm", tok guru ni yg ajar..
pancang 12 nie pengasas dia pelakon mokhtarruddin dathun 70-an dulu nie...aku tengok permainan dia masa berkalon tuh power gak sebab main kuda-kuda rendah ala-ala silat minangkabau....dan dari segi kebatinan aku tak sure la plak....
Assalamu'alaikum...
nampaknya panjnag juga perbincangan mengenai silat abjad nih...
klauth_2 dah jadi ahli abjad ke...?
perguruan seni silat abjad (asli) jabat kilat. aku penah jugak blajo.. tp basic sgt2.. blajo Jabat 14 jer.. pastu aku brenti sbb paneh. byk sgt blajo time tuh.. :hehe:
RajaUtara
21-12-04, 03:08 PM
Assalamualaikum,
nampaknya panjnag juga perbincangan mengenai silat abjad nih...
Memang panjang. Maka dengan itu lah jua, terpaksalah saya memanjangkannya ke siri #8 !!
Wassalam.
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.