View Full Version : Nak cari bomoh
macam ni kisahnya, anak aku sakit (umur 3 tahun) dah nak masuk dua bulan terlantar kat hospital . Doktor cakap ada ketumbuhan barah dekat pelvis. Sekarang tengah menjalani kemoterapi kat hkl, nak bagi kecil dulu ketumbuhan tu sebelum bedah. Keadaan dia semakin hari semakin teruk, perut dah buncit macam kena bengkak hati, kaki tangan kurus melidi, siap kena buka usus kat tepi perut untuk buang air, kena masuk tiub kat buah pinggang untuk buang air kecil, kesan belahan bedah yang tak baik-baik. Sekarang ni doktor cakap buah pinggang dan usus dia pun mungkin bermasalah. Memang sedih keadaan dia. Aku nak tulis lebih pun tak sanggup rasanya.
Jadi kalau ada sesiapa yang BERPENGALAMAN dan kenal bomoh yang pandai mengubati penyakit sebegini, haraplah dapat beritahu aku. Lagi bagus kalau yang boleh buat bedah ghaib jarak jauh. Kalau boleh, area Johor.
p/s: Kalau ada yg tanya kenapala aku percaya bomoh2 ni. Aku cuma berusaha, Allah yang menentukan.
RajaUtara
19-07-04, 11:39 AM
Assalamualaikum,
Maybe saudara boleh cuba terapi reiki, aura & cvt.
Cuba hubungi En Hanafi 012-9642466 iaitu pengasas Menjaro. Saya tak pasti ada cawangan di Johor atau tidak. http://menjaro.tripod.com/
Dan untuk CVT iaitu colour vibration therapy, boleh rujuk kat http://www.harmonisers.net/vibration/rawatan/index.html. Ada cawangan Johor.
Untuk kaedah rawatan reiki, ada banyak orang yg saya kenali boleh memberikan rawatan jarak jauh secara percuma. Syarat cuma, berikan nama penuh, umur, jantina dan lokasi(alamat) sahaja. Kalau inginkan privacy, boleh berikan maklumat tersebut melalui msg peribadi saya. Insya-Allah, saya akan ajukan pada orang2 tersebut.
Harap membantu.
Wassalam.
vtecinside
19-07-04, 01:17 PM
cari lam www.bomoh.com
Rajautara,
Terima kasih atas maklumat yg diberikan. Buat masa ini anak saya didalam keadaan yg agak kritikal, so memang tak dibenarkan dibawa keluar dari hospital. Sebab tu saya tanyakan mengenai rawatan jarak jauh.
Apakah maksud reiki? Saya kurang faham.
Saya dah pun berikan msg kepada saudara mengenai maklumat yang dikehendaki.
Kami sekeluarga amat menghargai pertolongan saudara, hanya Allah yang dapat membalasnya.
shaliana
20-07-04, 03:02 PM
Yen,
Shaliana tak dapat membantu tapi Shaliana tumpang bersimpati atas apa yg menimpa anak Yen. Semoga Yen sekeluarga sabar dan tabah menghadapi dugaan ini......sampaikan salam pada isteri yee!!
RajaUtara
20-07-04, 05:15 PM
Assalamualaikum,
Saya telah pun mengajukan permohonan rawatan jarak jauh(Distant healing) kepada beberapa orang yang saya kenali dalam bidang reiki healing.
Mudah-mudahan ramai yang akan membantu anak saudara nanti. Dan Insya-Allah, saya juga akan turut membantu mana yang terdaya.
Kita doakan mudah-mudahan, Allah akan sembuhkan penyakit yang dideritai oleh anak saudara itu.
Sebarang perkembangan, nanti akan saya beritahu lagi.
Wassalam.
CupidOfLuv
20-07-04, 08:24 PM
:salam:
Yen.. Cupid tumpang simpati
-----------------------
umi Cupid dulu penah ada ketumbuhan dalam rahim.. makan ubat memacam tapi setiap kali scan kat spital swasta.. ketumbuhan tu tetap ada.. pihak spital nak operate, buang rahim terus..
So.. sebelum umi bersetuju ngn pendapat pihak spital tuh.. dia nak cuba cara tradisional.. berubat cara kampong..
ada sedara suruh berubat dekat Bandar Bharu, Kedah.. tok bomoh tu cuma suruh umi minum air tawar yang dibacakan ayat2 suci Al-Quran.. kalo ada lelain barang yang dia bagi pada umi, Cupid taktau la pulak.. setakat yang Cupid penah teman Cupid nampak dia cuma bagi air tawar je..
alhamdulillah dengan kuasa Allah.. menggunakan perantara bomoh tersebut.. lepas pegi scan kat spital ketumbuhan tu dah mengecut.. last Cupid teman dia scan.. dah tak nampak sebarang ketulan yang menunjukkan adanya ketumbuhan dalam rahim umi..
pasal tok bomoh tu dapat tak buat rawatan jarak jauh tu Cupid tak pasti.. sebelum ni umi pegi terus ke rumah tok bomoh tu.. nantilah Cupid tanyakan umi.. kalau? dia tau boleh buat ke tak cara rawatan tu..
lonewarrior
21-07-04, 08:01 AM
ws up semua
n jgn lupa berdoa beb
semoga anak ko sihat sejahtera
amin..........
chauz
RajaUtara
21-07-04, 11:41 AM
Assalamualaikum,
Setakat ini, sudah 7 orang pengamal/master reiki yang telah dan akan melakukan distant healing(DH) untuk anak saudara. Insya-Allah, yang lain bakal menyusul memberikan bantuan.
Walaubagaimanapun, kuasa penyembuhan tetap di tangan Allah. Kita hanya berusaha.
Wassalam.
turut simpati...mm semua ngan izin allah
RajaUtara
22-07-04, 11:50 AM
Assalamualaikum,
Saudara Yen
Sila laporkan perkembangan terbaru mengenai anak saudara agar senang dipantau oleh orang-orang yang memberikan rawatan distant healing.
Sekian.
salam....
saya kongsi simpati dengan kecelakaan yang sedang kamu hadapi...tak de pape yang banyak boleh dibantu.
tapi kalau ada usaha dan daya kamu, cuba telefon nombor ini
019-764 7202 PAK HABIB...into dia boleh bantu orang untuk rawatan kritikal...tapi dengan usaha Allah...
so kalau nak cuba, call him n make an appoinment...dia bukan orang Malaysia tapi dia stay kat Batu Pahat...
info lanjut try call me kalau nak at 012-760 6696 n i'll give u info...
cuz i stay in JB....
trust me, saya tak tipu....insyallah
Terima kasih atas sokong kawan-kawan sekelian. Maaf kerana lambat update. Aku baru je pergi jenguk anak aku kat HKL tu. FYI, aku stay kat Kota Tinggi, Johor, so memang makan masa lah berulang.
Buat masa sekarang anak aku agak stabil walaupun demamnya tak kebah-kebah. Temp antara 3.8 - 3.89 dah dekat seminggu dan kandungan potasium (betul kot ejaan ni) atau kandungan garam yg kadang-kadang terlalu rendah dalam darah. Tangan dan kaki yg hanya tinggal tulang. Daging pipi dan punggung pun dah tak ada. Perut jer yg berisi sekarang ni.
Alhamdulillah, luka bedah yg dibuat pada 5/7 sudah mula kering.
Dsyeza, insya'allah aku akan call nanti. Thanks.
Rajautara dan kawan-kawan yg lain, thanks sekali lagi. Insya'allah aku akan updatekan jika ada perkembangan terbaru.
Assalamualaikum,
Anak aku sudah menampakkan perkembangan positif dalam 2 3 hari ni. Perut sudah tidak buncit lagi, sudah agak normal. Pipi yg dulu cengkung sudah agak berisi, sama gak dgn pangkal peha. Dah tak demam. Tekanan darah sudah stabil, kandungan garam dlm darah juga agak stabil. Ketumbuhan juga nampak seakan-akan susut sedikit.
Petang tadi, pertama kali dalam dua bulan ini, dia mahu bermain alat mainan walaupun tangan dia masih mengigil-gigil masa pegang pistol mainan tu.
Dia ada minta makan dan minum susu, tapi doktor tak beri kerana usus dan perutnya tidak dapat memproses makanan dengan betul. Sedih tengok dia menangis mendayu-dayu mintak makan. Kadang-kadang tu, bagi juga sikit. Dah lapan hari dia tak makan atau minum.
Tapi at least, dia sudah mula menunjukkan perkembangan positif. Terima kasih kawan-kawan kerana mendoakan anak aku tu.
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.