PDA

View Full Version : kisah misteri (Pelanggan nisan mati silih ganti)


triple8
22-08-04, 04:37 PM
TIGA generasinya sebelum itu sudah lama bergelumang dalam kerja
membuat batu nisan. Namun, Ah Kow (bukan nama sebenar) akhirnya
terpaksa melupakan wasiat nenek moyangnya yang mahu dia meneruskan
perniagaan itu.

Semua ini berlaku apabila Ah Kow berdepan satu kejadian pelik
beberapa tahun lalu sewaktu mengendalikan kedai menjual batu
nisannya. Kejadian itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental yang
lama.

Kisah Ah Kow menutup kedai menjual batu nisan tidak banyak diketahui
orang, terutama di kalangan pelanggan tetapnya di beberapa negeri
seperti Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Mereka hanya menyedarinya apabila premis Ah Kow diambil alih oleh
orang lain yang menjalankan perniagaan makanan.

Bagaimanapun, isteri Ah Kow yang dikenali sebagai Mary (bukan nama
sebenar) sanggup berkongsi cerita mengenai pengalaman buruk yang
menimpa suaminya sehingga terpaksa menutup perniagaan.

Kisahnya bermula apabila satu hari Ah Kow didatangi seorang lelaki
dari Sabak Bernam yang menempah batu nisan untuk anak saudaranya yang
mati dalam kemalangan jalan raya.

Batu nisan berukir dan bertulisan jawi itu disiapkan Ah Kow dalam
tempoh hanya beberapa hari dan diserahkan kepada pelanggan dikenali
sebagai Haji Yaakop.

Selang dua minggu, Ah Kow didatangi lagi seorang pelanggan lain, tapi
mengaku berasal dari Sabak Bernam.

Ah Kow yang memang bersifat mesra, mengajak pelanggannya berbual
sementara mereka memerhatikan bentuk dan jenis batu nisan yang
diinginkan.

"Dua minggu dulu, satu orang datang tempah nisan. Dia pun tinggal
Sabak Bernam. Haji Yaakop. Kenal tak?" Ah Kow seronok bertanyakan
soalan pertama.

Namun soalannya lambat sangat dijawap oleh pelanggan barunya. Ada
kerut tumbuh di dahi lelaki itu sambil memandang Ah Kow ke atas ke
bawah.

"Haji Yaakop dah meninggal seminggu. Saya sepupu dia. Batu nisan yang
saya tempah ni pun untuk dia!"

Ah Kow menggigit jari telunjuknya. Mulutnya terkacip kehilangan kata.

Tidak disangkanya, Haji Yaakop yang baru dua minggu datang lalu sudah
meninggal dunia.

"Maafkan saya haji!" Ah Kow menepuk bahu pelanggannya kerana tidak
menyangka orang yang ditanya itu rupanya sudah tiada.

Hari itu, sepupu Haji Yaakop yang memperkenalkan dirinya sebagai
Khalid memilih nisan besar berharga RM300.

"Dua hari lagi siap!" beritahu Ah Kow dan Khalid pulang semula ke
rumahnya.

Dua hari yang dinantikan, Khalid tidak datang seperti diberitahu oleh
Ah Kow. Mungkin Khalid terlupa, fikirnya. Lagi pun, ramai juga
pelanggannya tidak menepati janji. Ada kata dua hari, tapi datang
semula selepas seminggu. Namun, itu tidak merisaukan Ah Kow.

Cuma pada hari kelima, seorang pelanggan baru datang menemuinya.

Mesra

"Boleh saya tolong haji?" tanya Ah Kow kepada lelaki berkopiah putih
yang masuk ke kedainya.

"Saya nak ambil batu nisan untuk arwah Haji Yaakop. Dulu yang tempah,
namanya Khalid!" baru Ah Kow teringat.

"Dah siap!" jawap Ah Kow selamba. "Tapi Khalid tak datang ke?"
disoalnya lelaki tua itu penuh mesra.

Sekali lagi pertanyaan Ah Kow lambat benar dijawab. Ah Kow berasakan
ada sesuatu yang mahu dicakapkan lelaki berkopiah putih itu. Memang
benar.

"Saya datang ni pun nak tempah batu nisan untuk dia. Khalid
kemalangan masa balik dari kedai ni!"

Ah Kow menggaru-garu kepalanya. Biar betul, fikirnya, seolah-olah
sedang bermimpi. Dulu Haji Yaakop tempah nisan untuk anak saudara.
Kemudian dia meninggal, sepupunya Khalid yang tempah nisannya. Kini
Khalid pula meninggal dan orang tua ini pula yang menempah nisan
untuk Khalid pula.

"Betul ke apa yang haji cakap ni?"

Orang tua itu mengangguk. "Tak kan soal mati nak main-main. Saya ni
abang dia yang tua! Haji Ismail nama saya!" lelaki itu akhirnya
berterus-terang.

"Sekarang saya bawa dua hajat. Satu nak bawa nisan Haji Yaakop, satu
lagi nak tempah nisan untuk Khalid, adik saya!" beritahunya.

Ah Kow rasa itu antara pengalaman pelik pernah dilaluinya dan mungkin
jarang dilalui orang lain. Disangkanya akan berakhir begitu saja,
tetapi telahannya ternyata silap.

Tiga minggu selepas didatangi Haji Ismail, satu lagi kejadian pelik
berlaku. Anak Haji Ismail pula datang ke kedainya.

Ceritanya juga sama seperti cerita pelik sebelum ini. "Ayah saya baru
saja meninggal. Dia tu lelah, meninggal di Hospital Tanjung Karang!"

Kejadian pelik yang berterusan itu rupa-rupanya menyebabkan Ah Kow
terganggu. Menurut isterinya Mary, dua tiga hari selepas kejadian
itu, Ah Kow bercakap sendirian dan suka termenung.

Kedainya terpaksa ditutup sementara, namun keadaan Ah Kow tidak
berubah selepas beberapa bulan.

Ini menyebabkan dia dihantar berubat ke merata tempat dan akibatnya
kedai menjual batu nisannya terpaksa ditutup.

Kini seperti cerita Mary, suaminya gemar terperap dalam biliknya dan
sering menutup telinga jika terdengar sanak-saudara bercerita atau
menyampaikan berita mengenai kematian seseorang.

jejakakejam
23-08-04, 05:29 PM
huh?
betul ker? cam pernah dengo citer ni...wallahualam

red_line
23-08-04, 06:03 PM
cter betul ke aper nih..???? wa... terer cina tu buat nisan orang ISLAM.. mesti dia rapat ngan orang islam kan... :)

gogsard
23-08-04, 10:43 PM
fuhhh .. serammmmmmmmmmmmm

ChEf_N|3aM
24-08-04, 01:20 AM
lagi satu episod baru misteri nusantara ehehe... wah dah ade skrip dah....

farezwani
24-08-04, 02:25 AM
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...misteri...misteri

RajaUtara
24-08-04, 04:14 AM
Assalamualaikum,
Citer nie ada kat laman web Harian Metro Online. Tengok kat bahagian kisah2 pelik...

Wassalam.

visiOn
25-08-04, 04:41 PM
macam misteri nusantara plak..seram jugak

triple8
25-08-04, 10:48 PM
kisah misteri ni untuk hiburan jer bukan untuk seram seram :)

lonewarrior
26-08-04, 07:11 AM
ws up semua
perghhhh
seram baca sorg mlm2 cam nie
chauz

emy
26-08-04, 11:35 PM
iklan **
lonewarrior..happy besday...

Katerina
21-09-04, 03:13 PM
best juga layan baca..:)

ada lagi?

Sonic
21-09-04, 03:37 PM
Emow Emow Emow...
ader lagi tak ???

triple8
21-09-04, 11:37 PM
Emow Emow Emow...
ader lagi tak ???
ade lagi tapi dalam penelitian...

abe_gundam
22-09-04, 12:56 PM
:salam:

nak dengar lagi seram dengar siri radio kelolaan dj terkenal Ismahalil Hamzah tiap malam rabu kul 3 pagi-5 pagi....mmg seram....

wassalam

Mitsui
22-09-04, 09:43 PM
erks..........!!! meremang bulu dada ....!!