PDA

View Full Version : Wujudkah hantu?


yusri_ever
23-10-04, 05:49 AM
Asslamualaikum?

Benarkah hantu wujud di dunia ini?
Banyak orang mempersoalkan hal ini termasuklah saya. Banyak yang berpendapat hantu wujud tetapi sesetengah golongan tidak mempercayai kewujudannya. Apakah kewujudan hantu hanyalah ilusi kita ataupun ianya benar-benar wujud. Jika ditanya ada yang berkata “terpulanglah pada anda sama ada hendak mempercayainya ataupun tidak” kerana hendak membuktikan kewujudan hantu memanglah susah.

Saya bukanlah hendak bercakap besar tetapi saya hanya mahu anda tahu bukti kenapa saya tidak begitu percaya (saya tidak mengatakan tidak percaya) akan kewujudan hantu.

berbalik tentang hal diatas, golongan manakah yang selalu melihat hantu?

Ada yang berkata golongan ‘lemah’ mudah terlihat hantu. Apakah yang anda maksudkan dengan golongan lemah itu?
- Adakah mereka golongan penakut yang mudah terpengaruh tentang kewujudan hantu?
- Adakah mereka golongan yang sememangnya golongan yang lemah semangat?
- Adakah mereka golongan yang begitu taksub akan kewujudan hantu?

Kenapa mereka sering dikatakan mudah untuk melihat hantu? Ramai yang berpendapat golongan ‘lemah’ ini mudah terlihat hantu kerana ketakutan mereka itulah penyebabnya.

Saya bersetuju dengan pendapat golongan 'lemah ' sering melihat hantu kerana kelemahan mereka (lemah semangat) Tetapi pada fikiran saya antara sebab seseorang itu dikatakan ‘terlihat’ hantu kerana : seperti yang anda faham golongan ini sering dihantui dengan pelbagai misteri dan mepercayai kewujudan hantu. Maka apabila berada berada di tempat yang sunyi lebih-lebih lagi berseorangan fikiran mereka akan mula berserabut ,mereka akan mula ‘terasa’ akan kewujudan hantu. Kerana ketakutan telah menghantui diri mereka,benda-benda yang berada di sesuatu tempat itu akan mereka anggap hantu. Untuk memahami apa yang saya maksudkan disini, saya ambil contoh tentang dakwaan terlihat kain putih terbang. Apabila golongan ini terlihat tuala yang sedang berkibar ditiup angin dalam keadaan dimana cahaya tidak begitu terang,mereka akan mula memikirkan tentang hantu, Dan apabila terlihat tuala yang sedang berkibar itu mereka akan mengatakan mereka terlihat kain putih yang sedang terbang sedangkan apa yang mereka lihat itu hanyalah tuala!.

Saya pernah melihat rancangan di Discovery Channel. Rancangan itu adalah bagi menguji diri kita. Didalam rancangan itu satu kumpulan orang telah di jemput untuk menghadiri party. Mereka diberitahu minuman yang dihidangkan di dalam majlis itu mengandungi alcohol tetapi sebenarnya minuman yang dihidangkan itu tidak mengandungi alcohol..Tetapi apa yang apa yang mengejutkan ramai hadirin yang nenghadiri majlis itu mabuk.Sedangkan mereka tidak meminum mahupun memakan benda yang boleh memabukkan di majlis itu.

Apa yang anda boleh dapat dari kajian diatas itu ialah apabila seseorang itu sudah dipengaruhi tentang sesuatu (dalam kes ini minuman beralkohol), mereka akan mula terasa kesan dari sesuatu itu (terasa mabuk). Apa yang boleh kita kaitkan dengan kajian diatas dengan kewujudan hantu ialah, bayangkanlah orang mabuk itu ialah golongan yang mempercayai hantu (orang yang sangat-sangat mempercayai kewujudan hantu) dan kesan (menjadi mabuk) itu ialah kesan yang akan dihadapi oleh golongan yang mempercayai kewujudan hantu ini. (Baca berkali-kali jika anda masih tidak faham apa yang saya maksudkan disini)

Cuba anda fikirkan kenapa golongan yang berani tidak terlihat hantu? (adakah disebabkan hantu takut kepada mereka?)

Conclusion yang anda dapat disini ialah:

-Golongan ‘lemah mudah terlihat ‘hantu’ disebabkan keadaan diri mereka yang penakut itu. (benda yang mereka dakwa hantu itu bukanlah hantu sebenarnya.


P/s: masih ingat apa yang dikatakan oleh cikgu physics saya:

“ I really don’t know why people feel worry to ghost,but they don’t worry to human."

Maksud cikgu saya ini ialah manusia lebih takutkan hantu dari manusia (sedangkan banyak kes pembunuhan sudah berlaku di dunia ini---------siapa penyebab penjenayah ini? Manusia bukan? Tetapi kenapa kita terlalu takutkan hantu sedangkan kes tentang orang mati akibat perbuatan hantu tidak pernah berlaku (Mungki ada yang beranggapan ada)

Tetapi tepulanglah pada anda. JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI KETAKUTAN.
Kalau dilihat tajuk-tajuk yang ada dalam forum ini ,tajuk yang berkaitan dengan hantu(atau misteri) paling banyak di post dan dikunjungi!

http://s03.imagehost.org/0147/misteri.JPG


Dicipta oleh

Yusri_ever
yusri_ever@hotmail.com

naga_jahat
23-10-04, 06:54 AM
terpulang sama ada nak percaya atau tidak.. hantu nie sebenarnya jelmaan syaitan. kadang kala, ada yg jumpa makhluk halus (jin dll), tapi dikatakan hantu juga ... perkara2 spiritual nie mmg susah nak dibuktikan dgn mata kasar.

aku tak brape setuju hanya org penakut je ternampak hantu. aku dah tengok VCD Entiti, ntah keluaran mana ntah (ada pelakon VCD), dimana diorang begitu berani pergi ke rumah kosong/tempat berhantu semata2 nak jumpa hantu! ada la skit kelibat hantu yg dpt dirakam. tapi seram gak tengok.

bagi aku, mrk yg telah menjumpai makhluk2 halus nie adalah org yg 'istimewa' dan terpilih. tak kiralah diorang (yg terjumpa benda2 nie la) nie org jahat atau pun org baik, dan setiap kejadian yg berlaku mempunyai hikmah nya tersendiri dan membawa sesuatu makna kepada si pejumpa. mrk2 nie akan sedar dimana dunia nie bukan manusia je yg tinggal. diorang nie kira untunglah pasal dpt jumpa benda2 nie. pasal bukan suma org dpt jumpa di masa skang nie. berbanding dgn dulu yg terdapat di mana2.

p/s: suka dengar cerita2 cam nie dari mulut ayah aku sendiri. :)