PDA

View Full Version : Rahsia Memotong Kuku


kopit
23-10-04, 11:57 AM
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

trew
23-10-04, 12:04 PM
ish... ish... ish... ye ke ni? :D

wassalam.

fosilmitra
23-10-04, 12:12 PM
:salam:

Selamat datang kopit ke BMM... :_:. Nie hadis sahih ke maudhu nie kopit.. Perawi tarak, periwayat takdak... hati2 yer... :)

Assalamu'alaikum wbt.

Ramai di antara kita amat takjub apabila diforwardkan atau dibacakan atau terdengar suatu hadis. Tetapi tidak ramai dari kita sedar akan disiplin mengambil hadis dan kaedah yang sebetulnya dalam mengambil dan mengamalkan hadis. Ada pula terjadi dikalangan pemuda/i yang baru berjinak-jinak dengan Islam, berjumpa dengan satu hadis, kemudian terus menghukum dengan hadis tersebut. Inilah bahayanya.

Disiplin mengambil hadis;

Di dalam kita mendengar sesuatu hadis, kita harus sedar satu perkara: Apakah status hadis tersebut? Kebanyakan penceamah-penceramah yang berceramah di masjid atau di mana-mana media masa gagal dalam menyatakan periwayat hadis tersebut. Hadis yang boleh di ambil kira ialah hadis yang diriwayatlan dalam kutub as sitah atau salah satu dari kitab yang enam, yakni Bukhari, Muslim, Ibn Marjah, Tarmizi, Abu Daud dan An Nasai. Walaupun ada sedikit hadis sahih yang tidak terdapat dalam kitab yang enam ini, dalam kita tidak pasti apakah status hadis tersebut, maka adalah lebih sejahtera kita mengambil dari salah satu periwayat di atas.

Ini kerana kita harus berhati-hati dalam meyampaikan sesuatu hadis yang kita dengar melainkan kita sudah pasti kedudukan hadis tersebut. Ini kerana sabda Rasullulah saw:

"Barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka" (Riwayat Jamaah) dari Abu Hurairah. Menurut imam nawawi hadis ini diriwayatkan oleh 200 orang sahabat. Taraf hadis Mutawatir (peringkat tertinggi hadis)

Contoh hadis maudu' (palsu)

Banyak contoh hadis palsu yang banyak disebarkan sama ada oleh golongan sufi, yahudi ataupun golongan syiah pada zaman awal kebangkitan Islam. Contoh yang ketara ialah seperti berikut:

1. Fadhilat solat tarawih mengikut malam - hadis ini maudu'
2. Kelebihan puasa sunat bulan syaaban (umpamanya).

dan lain-lain.

Bahaya lain:

Di antara bahaya lain di dalam orang yang mengambil hadis tetapi tidak tahu ulum hadis ialah dengan mengambil hadis hukum tanpa mengetahui cara dan kaedah syarak mengambil hadis tersebut.

Kita harus sedar ada hadis yang dimansuhkan oleh hadis yang lain. Ada hadis yang di kuatkan dan ada hadis yang bertujuan menjelaskan mengikut keadaan pada masa tersebut sahaja serta untuk maksud yang terperinci dan bukannya bermaksud umum. Umpama hadis yang selalu menjadi kontoversi ialah melabuhkan pakaian. Ada yang mengambil hadis ini sebagai hadis hukum sehingga sesiapa yang melabuhkan pakaian dikata hukumnya haram malah ada yang mengkafirkan orang yang melabuhkan pakaian sewaktu solat. Mereka yang bertindak sebegini jelas tidak faham maqosid atau tujuan hadis tersebut. Hadis lain yang menyampingi hadis tersebut yang menjelaskan apakah maksud hadis tersebut.

Hadis Daif:

Ada yang berhujah bahawa hadis daif boleh digunakan untuk beramal diri sendiri. ini adalah pandangan Imam Nawawi. Tidak salah, asalkan hadis tersebut tidak terlalu daif dan dikuatkan oleh hadis sahih yang lain dan tidak digunakan untuk menguatkan hujah dan menjadi perkara hukumatau akidah.

Contoh hadis daif:
1. Tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negeri china
2. Para sahabatku adalah umpama bintang di langit...

Dan lain-lain..

Sebagai umat Islam yang bertakwa, seharusnya kita berhati-hati dalam mengambil hadis dan menyampaikannya. Ini kerana amaran Rasullulah saw pd hadis yang dinyatakan sebelum ini.

Ini juga sebagai langkah membersihkan Islam dari sebarang kepalsuan ciptaan perosak2 Islam.
"from - TJ"

Wallahu a'lam bisshawab.

kopit
23-10-04, 12:25 PM
thanx fosilmitra kerana menegur..
yg ini saya dapat dr kawan saya...saya forwardkan sekadar utk renungan semua.kalau yg ada salah, saya mohon seribu kemaafan.
sesamala kita membetulkan kesilapan yg berlaku.

saiful merah
23-10-04, 02:14 PM
thanx fosilmitra kerana menegur..
yg ini saya dapat dr kawan saya...saya forwardkan sekadar utk renungan semua.kalau yg ada salah, saya mohon seribu kemaafan.
sesamala kita membetulkan kesilapan yg berlaku.

Begitulah sifatnya orang2 yang beriman, sedia mengaku kesilapan dan bersedia menerima teguran orang lain.... Kita sama-sama nak belajar kat sini kan Kopit....

http://www.myquran.com/bnrloop/bnrlooph1.gif

Wassalam.

fosilmitra
19-11-04, 03:42 PM
:salam:

Ada sebenarnyer hadis mengenai kelebihan mengetip kuku nie... "Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai" (Sahih Muslim)

Selanjutnyer baca forwarded email ini:

Menyimpan Kuku Panjang...... ( Bacalah.........)
Assalamualaikum..............

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya
sama
seperti memelihara sekandang khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan
kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
ke
semua haiwan tersebut... jadi, potonglah kuku anda.

Di Sebalik Kebenaran!!

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan
sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya
kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau
pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di
kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan
kelapa,
buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak
akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu
mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak
anak
yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa
berkuku pendek. Insya-Allah.

Info Tambahan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. / E.Coli 0157

Hakikatnya, mungkin ramai yang faham bahaya E.Coli , iaitu sejenis
kuman
yang mengeluarkan toksin dan boleh mengundang gejala keracunan apabila
berlaku pemindahannya daripada proses pembuangan najis. E. Coli
dikaitkan
sebagai bakteria penunjuk najis, manakala E.Coli 0157 adalah EHEC
(Entero
Heamoragic E.Coli).

Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan
sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan
kebersihan
diri sendiri.

Selain itu, memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang
dituntut
oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis
Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari
tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku,
mencabut bulu ketiak dan menggunting misai" (Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau
perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan
kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari
setiap
aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau
persekitaran. Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Wallahu'alam bissawab.

Any comment?... :uing:

zinni
19-11-04, 04:29 PM
cara potong kuku ikut sunnah:

tangan kanan / kaki kanan : mulakan dari ibu jari diikuti dengan jari kelingking, manis, hantu & telunjuk

tangan kiri / kaki kiri : mulakan dari jari kelingking, manis , hantu, telunjuk dan last sekali ibu jari

PianKoon
19-11-04, 08:45 PM
Setahu saya (menerusi pembacaan, maaf tetapi tidak ingat sumber), hari yg dianjurkan utk memotong kuku adalah pd hari Isnin, Khamis & Jumaat. Harap kengkawan dpt memberi komen.

Tok Janggut
20-11-04, 06:51 AM
Setahu saya (menerusi pembacaan, maaf tetapi tidak ingat sumber), hari yg dianjurkan utk memotong kuku adalah pd hari Isnin, Khamis & Jumaat. Harap kengkawan dpt memberi komen.

Tidak ada cara atau hari yang specific mengenai memotong kuku. Yang sunnahnya memotong kuku. Tatacaranya tak kiralah nak buat bila atau bagaimana. Asalkan terpotong.

Wallahualam
TJ

PianKoon
22-11-04, 08:55 AM
Terima kasih TJ atas penjelasan. Ttg masa utk memotong kuku tu, agak sukar saya nak meyakinkan org2 tua, yg melarang memotong kuku pd waktu malam, bhw tiada larangan spt itu dlm Islam.

Tok Janggut
22-11-04, 10:12 AM
Terima kasih TJ atas penjelasan. Ttg masa utk memotong kuku tu, agak sukar saya nak meyakinkan org2 tua, yg melarang memotong kuku pd waktu malam, bhw tiada larangan spt itu dlm Islam.

MEmang tak ada larangan dalam agama. cuma org tua dulu melarang sebab zaman dulu tak ada lampu. nak potong kuku pun bukan maca skrg ada alat yg sesuai. dulu pakai pisau jer. jadi bahaya.. itu yg cikgu saya cakap dulu la.

TJ

sabiluna
31-12-04, 10:12 AM
MEmang tak ada larangan dalam agama. cuma org tua dulu melarang sebab zaman dulu tak ada lampu. nak potong kuku pun bukan maca skrg ada alat yg sesuai. dulu pakai pisau jer. jadi bahaya.. itu yg cikgu saya cakap dulu la.

TJ


ooohhh, baru tau. camtulah orang2 dulu menjaga anak2. kalau nak cakap direct mesti tak nak dengar. kena berhemah baru boleh...

limakosongsatu
31-12-04, 10:20 AM
apa yang kita baca tadi haruslah kita ambil iktibar, kita amal dan kita sampaikan kepada saudara2 kita yg lain..

arin
31-12-04, 12:56 PM
cara potong kuku ikut sunnah:

tangan kanan / kaki kanan : mulakan dari ibu jari diikuti dengan jari kelingking, manis, hantu & telunjuk

tangan kiri / kaki kiri : mulakan dari jari kelingking, manis , hantu, telunjuk dan last sekali ibu jari

:hehe:sori..tapi apa yang saya tau cara potong kuku ikut sunnah mcm ni:
*mulakan potong kuku tangan sebelum kaki
kuku tangan
1. mula dari kuku jari tangan kanan dari jari [telunjuk-tengah-manis-kelingking]
2. pindah ke kuku jari tangan kiri dari jari [kelingking-manis-tengah-telunjuk]
3. akhir sekali baru potong kuku dari jari ibu [kiri-kanan]

kuku kaki
1. mula dari kuku kaki kelingking kanan terus hingga kuku kaki kelingking kiri.

*digalakkan buang lebihan kuku yg dah potong tadi kat tanah.

Hally
31-12-04, 02:03 PM
ermm...yg aku dgr pulak camnie..

mule ngan tangan..k same la kn..
1. mule dr ibu jari kanan...kendian ke ibu jari kiri..telunjuk kiri..tgh..manis n ******..pastu blk semule ke kelingking kanan..manis..tgh n telunjuk..

mcm satu putaran yg bermule dr ibu jari kanan n akhir telunjuk kanan..

kalo kaki..same cam arin ckp la..

x tau la...mungkin mane2 pun same ajer..yg penting..niat nk menjage kebersihan seperti yg dituntut dlm Islam....

Nagas
31-12-04, 03:16 PM
Tidak ada cara atau hari yang specific mengenai memotong kuku. Yang sunnahnya memotong kuku. Tatacaranya tak kiralah nak buat bila atau bagaimana. Asalkan terpotong.

yeker.......... saya mula2 ingat mcm kopit juga.... byk juga yg dah menyimpang skang ni... byk juga sunah2 yg x berasas.... takutlah rasanya.... kalau kita buat salah.... takut juga rasanya kawan2 bercerita dan mengajar tentang sunnah... sedangkan kita tidak mengetahui kebenaran dan kesahihannya.... mcm mana nak percaya.... huuuu susahnya.... rasa.....

sabiluna
03-01-05, 09:15 AM
mane satu yang betul nih.... ke ade khilaf???

ekzos_pipe
03-01-05, 11:43 AM
Tiada kaedah yg specific mcm TJ cakap, cuma apa yg disarankan dalam islam ialah kebersihan melambangkan sebahagian keiman, sunnah nabi menjaga kebersihan termasuk memotong kuku.

Cuma berhati dalam beramal, jgn beramal dgn benda yg sia2, benda yg Nabi tak pernah suruh buat, tapi kita buat, benda yg betul2 suruh buat kita tak buat.. sbg contoh solat berjemaah dan qiam, itukan nabi buat dan salah satu sumber kekuatan umat, tetapi ramai org dok cari benda pelik2 punya ilmu pastu senang je ikut.. pastikan amalan anda dari sumber yg shoheh.. inysaAllah

jangan biarkan diri anda.. dibelengu.... amalan sia-sia..

WA

chunli
30-07-06, 11:51 PM
:salam:

Tersebut didalam hadis yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh imam Muslim dan ashabus sunan bahawa nabi s.a.w menetapkan masa utk memotong kuku, menggunting misa,mencukur bulu kemaluan dan ketiak agar tidak melebihi dari 40 hari.

Berkata imam Nawawi r.h:Makna hadis ini ialah tidak meninggalkan perbuatan tersebut lebih dari 40 hari.Dan yang menjadi pilihan ialah bergantung kepada hajat dan panjang,apabila telah panjang hendaklah dicukur.


http://img.photobucket.com/albums/v87/faizahs/kuku.jpg



tentang ni caner plak TJ?

HellBiter
31-07-06, 07:43 AM
wah... aku nie btoi-2 tak tau..... sll nyer main belasah jer... tq... bebyk ler....

tudung biru
31-07-06, 09:50 AM
:salam:




http://img.photobucket.com/albums/v87/faizahs/kuku.jpg



tentang ni caner plak TJ?


yeahh...dpt yg ni gaks
sila perjelaskan!

syahila
31-07-06, 10:49 AM
jangan gigit kuku dah ler...

*ada kawan...dia tak pernah potong kuku pakai pengetip kuku...dia pakai manual jer...hmm...

flamingo145
31-07-06, 02:57 PM
MEmang tak ada larangan dalam agama. cuma org tua dulu melarang sebab zaman dulu tak ada lampu. nak potong kuku pun bukan maca skrg ada alat yg sesuai. dulu pakai pisau jer. jadi bahaya.. itu yg cikgu saya cakap dulu la.

TJ

TJ, saye pon slalu guna penerangan nie bila nak explain ngan org yg bertanye pasal larangan tuh.. :hehe: