PDA

View Full Version : Topik pengesahan taraf hadis.


fosilmitra
23-10-04, 12:00 PM
:salam:

Acik rasa patut dibuatkan satu topik bagi memastikan samada sesuatu artikel tersebut mempunyai hadis yg maudhu (palsu) atau sahih dsb... Kadangkala kerap benar org dok emailkan kat acik mengenai hadis2 yg mcm tak relevan jer dgn beberapa aspek yg ditetapkan oleh islam. Cth mcm artikel ini. Harap boleh sesiap confirmkan kesahihannyer... Terima kasih.

Untuk Renungan Bersama.
Bismillahirrahmanirrahim
Subject: FW: Sedekah
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)
oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu
telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas
gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu
dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP
SESAMA MANUSIA..."

Nota:
Betul ke pahala sedekah anak boleh di transferkan kepada ibu yang dah mati?

Kesimpulan
Mudah-mudahan jika ada lagi artikel2 yg diragukan maka letakkanlah kat topik ini, dgn cara ini boleh kiter sama2 hindari dari sikap mengforwardkan artikel2 ini (menyebar2kannyer lagi). Sekian, wallahu a'lam bisshawab.

trew
25-10-04, 08:17 AM
Hadis dari Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang manusia telah meninggal dunia, maka putuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara yaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang selalu mendoakannya.
(an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal 9 )

transfer pahala tu mcm takleh, tp doa anak yg soleh boleh la kalau ikut hadith ni...

wassalam.

trew
25-10-04, 09:29 AM
alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:
Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)

Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith

Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur'an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca #2 , yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

thtl - al-ahkam.net

wassalam.