kopit
23-10-04, 02:22 PM
Hayatilah sedalam-dalamnya...semuga kita di redhai
Allah.
>
>
>Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
>Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
>Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
>
>Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
>Dengan kain kafan yang serba putih
>Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
>Walaupun orang yang hadir itu merintih
>
>Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
>Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
>Dengan empat kali takbir dan satu salam
>Berserta Fatihah, Selawat dan doa
>Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
>Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
>Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
>Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
>Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
>Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
>
>Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
>Usunglah dirimu ke tikar solat
>Sebelum kamu diusung ke liang lahad
>Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
>
>Iringilah dirimu ke masjid
>Sebelum kamu diiringi ke Pusara
>Tangisilah dosa-dosamu di dunia
>Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
>
>Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
>Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
>Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
>
>Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
>Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
>Bukan yang pergi
>
>Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
>Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
>Ingatlah di mana saja kamu berada
>Kamu tetap memijak bumi Tuhan
>Serta menikmati rezeki Tuhan
>
>Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
>Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
>Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
>Lalu menjadi segumpal darah
>Lalu menjadi seketul daging
>Lalu daging itu membaluti tulang
>Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
>Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
>Yang kalau jatuh ke tanah
>Ayam tak patok itik tak sudu
>Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
>Yang lebih agung dari malaikat
>
>Lahirmu bukan untuk dunia
>Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
>
>Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
>Dengan penuh rela dan bersedia
>Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
>Jalan kemenangan akhirat dan dunia
>Ingatlah yang kekal ialah amal
>Menjadi bekal sepanjang jalan
>Menjadi teman di perjalanan
>Guna kembali ke pangkuan Tuhan
>Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
>Isteri, kad kredit dan kereta
>Kondominium, saham dan niaga
>Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...........
" Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu "