PDA

View Full Version : junub?


suri
26-10-04, 09:52 AM
a'kum...

suri nak mengutarakan satu persoalan yang pernah beberapa ketika kami bincangkan di pejebat...

andai kata...
a. situasi: seorang lelaki / perempuan mimpi melakukan hubungan seks (sama ada dengan pasangan yang sah / tidak) sehingga keluar air mani.

b. masa: selepas azan subuh di bulan ramadhan

c. yang pasti: dia kena mandi junub

d. yang tak pasti: adakah puasanya pada hari itu sah?

terima kasih

fosilmitra
26-10-04, 10:01 AM
:salam:

Patutnyer soalan sebegini diletakkan diatas topik penting kek atas nun… Tapi tak mengapalah.. :)

Seingat acik (makna kata kat sini, kena jugak rujuk pakar rujuk kiter saudara TJ) bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib. Jika bermimpi disiang bulan puasa sehingga keluar mani tidaklah membatalkan puasa. Dalam hukum ini tidak ada perselisihan pendapat para fuqaha.

Wallahu a’lam bisshawab.

trew
26-10-04, 10:14 AM
Soalan: Saya telah melakukan onani dalam bulan puasa pada lebih kurang 6 tahun lepas.Pada masa itu saya tidak tahu hukum yang apabila seseorang itu mengeluarkan air mani dengan sengaja dalam bulan puasa..dia mesti membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah. Pada masa itu saya hanya tahu syarat batal puasa iaitu salah satu darinya ialah mengeluarkan air mani dengan sengaja dan saya telah mengkhadakan puasa tersebut dan bertaubat. Beberapa lama selepas dari kejadian itu baru saya dapat tahu tentang hukum denda tersebut.

Jawapan: Mengeluarkan air mani pada siang Ramadhan membatalkan puasa tetapi tidak mewajibkan kaffarah (membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah). Namun ia wajib qadha'.

Menurut Syafi'i, perkara yang membatalkan puasa serta wajib qadha' dan kaffarah hanya satu sahaja, iaitu jimak dengan beberapa syarat. Manakala keluar air mani dengan menggunakan tangan, ciuman, geselan dsbnya hanya membatalkan puasa sahaja. Tidak dikenakan kaffarah. Dan keluar air mani dengan sebab mimpi, melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tidak membatalkan puasa.

Menurut Hanbali, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1 . Jimak pada siang ramadhan, samada pada faraj atau dubur.
2 . Mengadakan hubungan lesbian (musahaqah).

Menurut Malik pula, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah setiap perkara yang membatalkan puasa dengan syarat-syarat yang khusus.

Menurut Hanafi yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1 . Makan atau yang semakna dengannya, dengan beberapa syarat tertentu.
2 . Melepaskan syahwat kemaluan secara sempurna, juga dengan beberapa syaratnya.

Masalah: Apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ).

Jawab: Berdasarkan mazhab Syafi'i, saudara/ri tidak perlu membayar kaffarah. Cuma, jika saudara melewat-lewatkan qadha' puasa yang ditinggalkan secara sengaja (spt onani dsbnya), sehingga tiba Ramadhan berikutnya, maka saudara diwajibkan mengqadhak puasa berkenaan serta membayar fidyah. Sila lihat penjelasannya di sini:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab242.htm

Sekian. Wallahu a'lam.

zain y.s - al-ahkam.net

Rujukan:
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol1

wassalam.

fosilmitra
26-10-04, 11:32 AM
:salam:

Saudara Trew.. Berjunub ngan beronani tue cam jauh jer bezanyer... :p
Bermimpi tue bukan perkara sengaja... Puasa tetap sah jika bukan disengajakan..

Wallahu a'lam bisshawab.

trew
26-10-04, 11:46 AM
ha'ah, trew perasan gak, tp dlm soalan tu takde cerita junub pun cuma "mimpi berjunub", trew rasa hampir lg onani dgn junub daripada mimpi berjunub dgn junub, sekurang2nya onani berlaku di alam nyata :D

saja trew paste semua sekali, leh dpt ilmu bab onani gak :D

wassalam.

Tok Janggut
26-10-04, 11:51 AM
a'kum...

suri nak mengutarakan satu persoalan yang pernah beberapa ketika kami bincangkan di pejebat...

andai kata...
a. situasi: seorang lelaki / perempuan mimpi melakukan hubungan seks (sama ada dengan pasangan yang sah / tidak) sehingga keluar air mani.

b. masa: selepas azan subuh di bulan ramadhan

c. yang pasti: dia kena mandi junub

d. yang tak pasti: adakah puasanya pada hari itu sah?

terima kasih

Sah puasanya hari tersebut walaupun sudah terlepas waktu subuh kerana jima' atau mimpi pada malam harinya.

wallahualam
TJ

(Fiqh sunnah)

hanamichi
27-10-04, 11:53 AM
:salam:

Dan keluar air mani dengan sebab mimpi, melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tidak membatalkan puasa.



bleh sy minta penjelasan yg lebih mendalam ttg perkara ini.. bkn ker perbuatan mengkhayalkan/melihat sesuatu yg menaikkn shahwat ini adalah perbuatan yg disengajakn.. adakah melakukan perkara2 ini tidak membatalkan puasa..

trew
27-10-04, 12:02 PM
trew copy & paste je, tp try jwp jugak...

melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat - tak batal puasa (sengaja atau tak sengaja)

keluar air mani - batal puasa jika sengaja, tak batal jika tak sengaja

melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tu mmg sengaja, tp terkeluar air mani tu yg tak sengaja... sbb ni la yg tak batal tu...

ke yg trew paste tu merujuk kepada tak sengaja melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat... sapa2 leh jelaskan lg, please...

wassalam.

hanamichi
28-10-04, 09:15 AM
:salam:


tp kite sedia maklum yg kita mgkin terkeluar mani jika kita terus menerus melihat/mengkhayalkn sesuatu yg menaikkn shahwat.. mgkin boleh kategorikan kpd 2 kes..
1) berkhayal tp tak niat sampai nak air mani keluar..
2) berkhayal mmg nak air mani keluar..
hukumnya mgkin berbeza..

fosilmitra
28-10-04, 10:26 AM
:salam:


tp kite sedia maklum yg kita mgkin terkeluar mani jika kita terus menerus melihat/mengkhayalkn sesuatu yg menaikkn shahwat.. mgkin boleh kategorikan kpd 2 kes..
1) berkhayal tp tak niat sampai nak air mani keluar..
2) berkhayal mmg nak air mani keluar..
hukumnya mgkin berbeza..



:salam:

Hanamichi... maksud firman Allah "Janganlah kamu menghampiri zina" memberi pengertian bukan sahaja berbuat zina itu haram, tetapi nak hampir kearah zina pun mestilah dijauhi... Makna kata kat sini... nak melihat sesuatu yg merangsangkan otak kearah seksual (mcm yg kamu sebutkan tadi) maka itu termasuk juga dlm ungkapan ingin menghampiri zina... Correct me if i'm wrong.

wallahu a'lam bisshawab.

hanamichi
28-10-04, 01:04 PM
:salam:


masalahnyer skrg ni adakah batal puasa jika dlm keadaan camni.. baca yg atas tu :)

fosilmitra
28-10-04, 02:04 PM
:salam:

Yelah hanamichi... acik tak terbaca lak kenyataan saudara trew kat atas tadi... Dlm persoalan ini, adalah lebih baik kiter serahkan kpd pakar rujuk kiter semua... Saudara Tok Muda... ops! TJ... :p

trew
28-10-04, 02:27 PM
tp kite sedia maklum yg kita mgkin terkeluar mani jika kita terus menerus melihat/mengkhayalkn sesuatu yg menaikkn shahwat.. mgkin boleh kategorikan kpd 2 kes..
1) berkhayal tp tak niat sampai nak air mani keluar..
2) berkhayal mmg nak air mani keluar.. <--- masuk dlm kategori sengaja la ni :D lebih kurang onani la kot...

hukumnya mgkin berbeza..





wassalam.

Humairah
28-10-04, 02:31 PM
Senang citer..meh kita lebih fikirkan bab mati.....baru la tak banyak koyal kot....

kalau tak pun banyakkan mengaji.......sekali dgn tafsirnya sekali....

p/s; sajer kasi tips la ni.....untuk elak koyal yg bukan2.....:(

morpheuzneo
20-09-07, 08:51 AM
aku tengok ramai orang skodeng topic ni.., bagus soalan dgn jawapan nya..!

sekali baca posting atas..!! laaa.. mmg dari dulu ke macam ni? slalu menjawab tak ikut topik.. suka2 hati aje..
orang cerita bab junub.. dia cerita mati.. :p.. hmmm..

~~~~~~~~~~~~~~`
Baiklah ini utk panduan pasangan2 yg baru berkahwin..! selalu menjadi persoalan ni.. hingga menimbulkan perasaan was-was.. sah ke puasa aku? boleh ke puasa? aaah.. layan lagi seround laa.. alang-alang dah tak puasa.. haha.. itu salah tu.. !

semoga jadi panduan ya!

Puasa dan mandi junub setelah terbit fajar

Assalamualaikum wrm wrbt.

Adakah sah puasa seseorang yang berjimak dimalam hari di bulan puasa tetapi melakukan mandi junubnya setelah terbit fajar sebelum terbitnya matahari?


Jawapan

Sah puasanya, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.
"Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

Wallahu A'lam.

honey_luv_b
20-09-07, 09:37 AM
macih morph..

baru taw..betul tu..
buat panduan utk yg baru berkawen mcm saya..:D
seblom ni ingatkan kene atau wajib mandi seblom masuk waktu subuh..
atau lebey tepat lagi sebelom imsak (sempena ramadhan nih)....heheh...
ye la..abis kalo badan masih kotor camne nak pose kan?..
tp betul x kalo mandi wajib pas waktu subuh solat kira batal tp posa x batal?...

Gebang
20-09-07, 09:37 AM
Tak pernah laa pula sampai sekarang dapat mimpi mcm nie.
Saya ada soalan yang berkaitan dengan mandi junub juga.
Soalan asalnya datang dari ustaz yang saya dengar kuliahnya masa bulan Mei 2007.
Orang jatuh eksiden motor perlu atau tidak mandi junub?
Ustaz tuh kata perlu.Jadi mcm mana guys?Saya pun keliru juga.Sebab kalau sebut mandi junub nie mesti kita refer terus kepada topik utama.

Hairanaz
20-09-07, 01:34 PM
macih morph..

baru taw..betul tu..
buat panduan utk yg baru berkawen mcm saya..:D
seblom ni ingatkan kene atau wajib mandi seblom masuk waktu subuh..
atau lebey tepat lagi sebelom imsak (sempena ramadhan nih)....heheh...
ye la..abis kalo badan masih kotor camne nak pose kan?..
tp betul x kalo mandi wajib pas waktu subuh solat kira batal tp posa x batal?...

macam mana plak mandi wajib lepas subuh solat batal? nak solat subuh kena mandi wajib dulu....kalau tak manadi wajib...cemaner nak solat...tak sah solat....kalau dah mandi wajib...pastu solat subuh...sah la semayang tu....

wawaporeber
20-09-07, 01:39 PM
maksud dia mungkin lepas dah azan subuh kot..

bukan lepas semayang subuh baru nak mandi.

hehe

honey_luv_b
20-09-07, 02:02 PM
betoi la tu kak wawa..hehee...
tersasul laks....:D

Tok Janggut
20-09-07, 08:08 PM
macih morph..

baru taw..betul tu..
buat panduan utk yg baru berkawen mcm saya..:D
seblom ni ingatkan kene atau wajib mandi seblom masuk waktu subuh..
atau lebey tepat lagi sebelom imsak (sempena ramadhan nih)....heheh...
ye la..abis kalo badan masih kotor camne nak pose kan?..
tp betul x kalo mandi wajib pas waktu subuh solat kira batal tp posa x batal?...

Jawapannya sah puasa sebab mandi wajib bukan syarat sah puasa tapi syarat sah sembahyang.

Mengenai orang yang accident, kita tengok setakat mana dia boleh dibersihkan. Kalau dia sampai memudaratkan dirinya, maka tak perlu la dia mandi wajib. Kalau tak menyusahkan dia utk mandi wajib (ie setakat luka sikit2) maka kenalah mandi wajib.

wallahualam
TJ