PDA

View Full Version : Misteri Kehilangan Helikopter Di Bario


meknor
29-10-04, 08:47 AM
Dipetik dari buku : Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario SKYLAB September 2004 - Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.

---------------------------------------------------------
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin " Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab " Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata" - AnNaml: 38-39
-------------------------------------------------------------------
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?

Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak

- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1.Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua
>orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana ? di
alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS ? Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan ? kaum pribumi
Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya.

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!" ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan
>melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih
>menaiki
helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib. Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada RSAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba ? pemadam kebakaran ? yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ). Operasi itu dilakukan waktu siang terang ?benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam.

Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata ?kata ini di dinding helikopter yang ditemui " Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.

Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris ? Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.

Akhbar ?akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb ? pendespatch e-mail]

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi jin?"

Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin?Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini?

kadiology
29-10-04, 10:07 AM
tahyul. ntah ntah dakyah yahudi untuk lemahkan minda orang islam dengan berita tahyul. ini supaya orang islam lebih pecaya kisah tahyul dan tinggalkan sains serta strategi. apabila orang islam tinggalkan sains, maka makin mudah yahudi nak jajah orang islam. lagi pun sebagai orang islam, tak wajib pun percaya cerita di atas. kalau betul la cerita atas tu, dah lama george w bush, bill klentong, joj bush senior, ronald reagen, dan kerajaan amerika dan israel serta european union yang anti islam secara khususnya jatuh hanya kerana pertolongan jin? jin and tonik, satan and tonik, iblis and tonik. jin claude van damme. chit podah! kita perlu bomb nuclear, angkatan perang laut dan darat yang canggih. bala tentera yang besar dan kereta kebal. kalau setakat orang islam nak harapkan jin, jadiklah kita macam skarang ni, kena buli dek amerika dan israel. jin paling power pon boleh tolong carik helikopter hilang aje? apsal tak tolong perang kat afgan dengan iraq skali. boleh menang dengan 'sekelip mata'. atau mungkin jin yang di bela dek george bush lagi power? negara china pon ada jin lagi besar dan power. presiden Hu Jin Tau

Mitsui
29-10-04, 06:23 PM
Apo cito ko .. kalau stakat cakap kerja mahkluk halus leh trima.. ni siap detailnya..!

Lorong
30-10-04, 08:28 AM
...........aku dah agak dah mesti ada orang akan cerita macam ni. Lepas ni semua anggota skylab patut jadi pasukan SMART. Senang sikit kerja. Lepas tu heli yang kedua tu apa cerita pulak? Aku rasa setiap kemalangan akan disiasat seteliti mungkin dan hasil kajian tu sebahagiannya didedahkan sebahagianya disembunyikan oleh syarikat BELL ( dalam kes ini) sebagai data R&D untuk merekabentuk Helikopter yang lebih canggih. Orang kita ? Cukuplah dengan jawapan masaalah teknikal ataupun kalau mahu teori JIN ada sebagai alternatif. Manalah tahu lepas ni kalau nak gi mana-mana boleh naik tikar terbang takyah beli tiket tak risau minyak naik harga, takdapat dikesan oleh radar dsb.................................... :bongkang:

metals
30-10-04, 03:01 PM
heheheh relax Lorong kesian member taip panjang-2 tuh...:) .aku baca ajer..la..taknak komen apa-apa.....Allah bagi akal supaya berfikir dengan waras, so guna la sebaik-baik mungkin.

GudGal
31-10-04, 08:50 PM
hehe...aku kalo sikit2 tu mungkin aku bole caya jugak la (sikit)..kalo dah pjg berjela ni agak sukar sedikit lah kerana aku pun kurang faham bahasa yg digunakan...ehehe...

Adreen
01-11-04, 08:09 AM
hehe tu kopipes email jer tuh, aku pun dapat

red_line
01-11-04, 11:43 AM
...........aku dah agak dah mesti ada orang akan cerita macam ni. Lepas ni semua anggota skylab patut jadi pasukan SMART. Senang sikit kerja. Lepas tu heli yang kedua tu apa cerita pulak? Aku rasa setiap kemalangan akan disiasat seteliti mungkin dan hasil kajian tu sebahagiannya didedahkan sebahagianya disembunyikan oleh syarikat BELL ( dalam kes ini) sebagai data R&D untuk merekabentuk Helikopter yang lebih canggih. Orang kita ? Cukuplah dengan jawapan masaalah teknikal ataupun kalau mahu teori JIN ada sebagai alternatif. Manalah tahu lepas ni kalau nak gi mana-mana boleh naik tikar terbang takyah beli tiket tak risau minyak naik harga, takdapat dikesan oleh radar dsb.................................... :bongkang:

the truth is out there.. kate agent mulder dan scully... :D

kengkawan .. camginilah... kita tak seharusnya pertikaikan kecanggihan teknologi, tetapi kita tak seharusnya melupakan PARANORMAL ACTIVITIES yg tak boleh terurai dengan terknologi... waima US pun ader akui yg kekadang mereka tak leh solve beberapa kes misteri....

so... memang le citer citer camnih boleh dipertikai, tapi kita jangan lupa kisah Azazil dengan Nabi Sulaiman.. Kisah Istana Balqis.. ke aku over sgt.. ?? Ok la... kalau tgk stonehenge, pyramid, nascar Birds, Easter Shrine.. teknologi canggih masih belum berjaya mengupas tentang kisahkisah ini... O:O

fosilmitra
01-11-04, 12:00 PM
the truth is out there.. kate agent mulder dan scully... :D

kengkawan .. camginilah... kita tak seharusnya pertikaikan kecanggihan teknologi, tetapi kita tak seharusnya melupakan PARANORMAL ACTIVITIES yg tak boleh terurai dengan terknologi... waima US pun ader akui yg kekadang mereka tak leh solve beberapa kes misteri....

so... memang le citer citer camnih boleh dipertikai, tapi kita jangan lupa kisah Azazil dengan Nabi Sulaiman.. Kisah Istana Balqis.. ke aku over sgt.. ?? Ok la... kalau tgk stonehenge, pyramid, nascar Birds, Easter Shrine.. teknologi canggih masih belum berjaya mengupas tentang kisahkisah ini... O:O

:salam:

Tue diaa.... red_line... sahabat acik yg baru habis bertapa menuntut ilmu didada... Apa habaq??? Lama tak mai... :D

p/s: No futher comment on this topic.

red_line
01-11-04, 12:17 PM
Waalaikum salam Fosil...apa khabar ? moger sihat hendaknyer.. :)

baik Alhamdulillah.... banyak kerja dan komitmen membebani buatkan jarang -jarang masuk.. tapi sekali masuk... ha.. tulis le berkajang kajang... :D

fosilmitra
01-11-04, 12:30 PM
:salam:

Tulisan berkajang2 takpe red_line, jgn hang makan sate kajang cukup... batal lak posa hang nanti... :p

Selamat berposting kembali :_:

Lorong
01-11-04, 02:25 PM
the truth is out there.. kate agent mulder dan scully... :D


..............betul tuh. tak siapa pun tahu kebenarannya. Maka alasan ini mungkin betul. Tapi aku lebih memilih untuk mengatakan tidak kerana ianya tidak menepati deduksi logik :minumdulu ..............

red_line
01-11-04, 05:06 PM
hmm... jika merujuk pada logik, memang semuanya nampak tak logik ler...

tapi cuba kita rujuk sejenak... perlukah kita rujuk logik semata mata utk semua perkara..? O:O

sebab pada aku teknologi dah kalah bila scanner yg dikatakan mampu carik duit 10 sen gagal menjumpai bangkai helikopter ?

Lorong
01-11-04, 06:19 PM
hmm... jika merujuk pada logik, memang semuanya nampak tak logik ler...

tapi cuba kita rujuk sejenak... perlukah kita rujuk logik semata mata utk semua perkara..? O:O

sebab pada aku teknologi dah kalah bila scanner yg dikatakan mampu carik duit 10 sen gagal menjumpai bangkai helikopter ?


........maka pilihan ditangan anda, tiada siapa yang tahu kebenarannya. Macam dah aku cakap sebelum ini apabila teknologi gagal bagi bangsa yang maju mereka akan berusaha untuk memajukan lagi teknologi yang mereka ada. Ini mereka lakukan sejak dulu hingga kini kita cuma boleh meminjam apa yang mereka ada. Bagi bangsa yang masih ingin mencari jawapan yang mudah dan rasanya lebih muktamad maka mereka akan cepat merujuk istilah Jin, makhluk halus, misteri, hantu dsbg sebab takde sape nak persoalkan. Hanya orang-orang tertentu saja yang boleh nampak, atau hanya yang terpilih saja yang tahau malah tak nampak pun dapat merasai kehadirannya dengan hati. Tapi itulah, pilihlah mana-mana penjelasan yang sesuai dengan jalan fikiran kau tak siapa pun akan kata salah............. :cungile:

MojaMoja
01-11-04, 11:30 PM
oklah.. komen aku terhadap artikel tu...

bunyi artikel tu macam mengagung-agungkan jin jer....

apa nak kata... take it with a grain of salt ler..

meknor
02-11-04, 10:13 AM
Assalamualaikum

Minta maaf la.. kalau artikel yg saya forwardkan tu mengundang pelbagai tanggapan.. saja nak test power :D. tak penah pon join forum dalam BDN nie (penah kot tapi dolu dolu dan tak la aktif sangat). tetiba jek gatai tangan (copy paste jek).. takut la plak respon yg cenggini. tapi takpela.. terpulang la pada masing masing nak mengambilnya atau tidak.

Bagi saya penggunaan jin atau makhluk halus adalah sebagai alternatif saja dalam sesuatu usaha. Kebergantungan kejayaan ikhtiar tersebut semata mata hanyalah kepada ALLAH SWT. Nauzubillah kalau katakan sebab guna jin lah baru jumpa heli tu.. kalau tak jangan harap.

Samada betol atau tidak cerita nie, saya sekali lagi minta maaf banyak banyak sebab kalau betol pon, rasanya takde pape iktibar yang boleh diambil dari cerita nie selain mengakui akan kewujudan makhluk Allah dari alam ghaib ini. Tapi kalau tak betol.. lagi la nak minta maaf memang takde faedah langsung mengforward cerita nie.. :D. buang karan jek dok bincang pasal mende nie. orite..

ed_thix
02-11-04, 12:44 PM
heheh camana nak kasi tikar terbang hah ?? nak baca apa ? kehkehkeh

Lorong
02-11-04, 02:23 PM
heheh camana nak kasi tikar terbang hah ?? nak baca apa ? kehkehkeh
...........apa lak tikar boringla, bagile sofa ke, kerusi urut OSIM pulak yang terbang, bacalah zam-zam ala kazam bawalah aku ke pasir berdengungggggg :ngang: ...............

metals
02-11-04, 03:55 PM
laparrrrrr dah nie..............:)

red_line
02-11-04, 05:47 PM
hmm... dan aku terpikir sekali lagi apa yang membuatkan Al-Quran menceritakan bagaimana Nabi Sulaiman A.S. utk mengangkat istana Balqis di depan Istana baginda...
dan bagaiman takutnya jin jin tersebut sehinggakan nabi Sulaiman Wafat pun takde sekor pun jin yg tau... sehinggalah Jasad Nabi Sulaiman terjatuh bila anai anai memakan tongkat baginda...

apa agaknya nabi Sulaiman bace ekk..?? :D

fikir-fikirkan kawan...

Mitsui
02-11-04, 10:41 PM
Nabi Sulaiman Dengan Wakil Rakyat Yang Ntah HapeHape Agamanya tue..!
Bukannyer kiter tak leh nak terima ngan benda2 halus nih..
oang mesia mmg dah disogokkan dengan menda ni dari dulu lagi.. Bukannyer tak percaya.. tetap percaya..! tapi cukup la kalau Artikel tu mengatakan yang suma tu kerja jin... yang tak boleh untuk diterima.. cerita tu detail bagaikan nak membodoh bodoh kan oang lain..!

red_line
03-11-04, 10:10 AM
Nabi Sulaiman Dengan Wakil Rakyat Yang Ntah HapeHape Agamanya tue..! aku tak paham apa yg ko cuba cakap kat sini...

tapi cukup la kalau Artikel tu mengatakan yang suma tu kerja jin... yang tak boleh untuk diterima.. cerita tu detail bagaikan nak membodoh bodoh kan oang lain..! kalau dia membohong... so dia pun dah berdosa.. tak yah kite bising bising kalau kita tak percaya. sekurang kurangnya kita tahui ada orang lain yg punyai persepsi lain dari orang lain..

bila cita pasal kapal terbang atau kapal laut hilang dia segitiga Bermuda , takde plak orang kata tu citer bodo meskipun takde lagi teknologi yg mampu bagi jawapan tepat... O:O

kurma
23-11-04, 10:24 AM
aku rasa ada antara korang yg tak baca cerita "kopipes" tu betul2. Nak percaya atau tak itu terpulang.. tp bg aku tak mustahil perkara camtu berlaku. Kalau baca cerita tu.. Skylab bukannya meminta bantuan jin utk mencarik heli tu. Skylab, dengan bantuan dan kuasa Allah, mampu berkomunikasi dgn jin yg dikatakan menghilangkan heli tu. Bukan ke kita dilarang meminta bantuan dr mahkluk lain? Kita hanya boleh minta bantuan Allah.. dan dgn kuasa Allah.. Skylab tu negotiate ngan jin2 tu.

Dan macamana ada org tak percaya kerja2 jin menyorok2kan.. mcm kes baru2 ni.. kes 3 beradik hilang dlm kebun getah tu. Menurut cerita bebudak tu.. dorang ikot sorang nenek tua. Budak umor 6 tawon nak reka cerita ke? Kalau nak tau kebenaran.. tanyala pada budak kecik..dorang takkan menipu.

Aku sendiri percaya pd kuasa sains dan teknologi. Aku minat sains dari kecik.. amik jurusan sains.. masuk sekolah sains. Blajar sains komputer.. tp aku masih percaya pada satu bidang lain .. menda2 ghaib. Dan bagi aku.. kepercayaan pd mahkluk halus dan ghaib ni.. tak melemahkan daya fikiran aku utk menguasai sains. Kalau aku buat programming tak jadi2.. atau file hilang secara misteri di dalam server.. aku mmg kate ada "hantu" dlm server. Tp .. "hantu" dalam server bermaksud sesuatu error yg aku harus kaji.. bukannya memanggil pawang atau dukun..
Kalau dah tak dapat sgt nak hapuskan "hantu" tu.. paling2 sbg muslim.. aku bacala ayat2 suci.. meminta bantuan Allah utk kuatkan semangat aku bg mencarik dan menghapuskan "hantu" server tu.

Ingatlah.. org kita mampu menguasai teknologi berbeza dgn cara org2 barat.

metals
23-11-04, 03:23 PM
betul tuh kurma wa sokong cakap lu...hehehhe

Elvis
24-11-04, 11:11 PM
aku taktau dan kenal pun geng Skylab tuh...dan tatau pun
cerita dari fwd mail tuh sahih/sebaliknya..
tapi...macam nih..

1-Jangan pecaya-karut marut dan tolak 100%.
2-Kena pecaya-siap berpulut kuning dan potong ayam-Pecaya 100%.
3-Percaya sb gangguan kuasa jin tetapi dgn izin allah ta'ala.

Pilihan ditangan anda.Terpulanglah...

Berkenaan jin/hantu/setan nih,pd aku kita kena percaya sb dlm al-Quran kata
makhluk2 tuh wujud...tapi aku tak kata yg artikel emel tuh betul/tak betul..wallahuallam.

metals
25-11-04, 01:07 PM
skyjuice aku tau ler... heheheheh jangan mare... :)

meknor
30-11-04, 10:13 AM
saya faham maksud Mitsui tu.. bukannya tak percaya kewujudan makhluk halus nie.. cumanya betol la kata Mitsui.. masyarakat Melayu terutamanya terlampau disogok dengan cerita cerita makhluk halus nie.. sana keras sini keras.. sana momok sini mimik.. sana makar sini mekar.. sana nenek tua sini puteri rupawan.. ntahla.. bagi saya cerita cerita begini kita ambil sebagai bahan hiburan semata.. bahan berbual kosong. jangan lah disebab kan cerita cerita begini kita menjadi bangsa yang lemah. seperti kata Kurma segala yang berlaku adalah di bawah kuasa Allah.. bukan dengan kuasa jin usaha cari heli tak jumpa dan bukan dengan kuasa jin heli tu dijumpai.. keterlibatan dengan mahkluk halus nie adalah sebagai satu usaha atau ikhtiar alternatif. err rasanya tak salah kot? wallahualam

grimlock
30-11-04, 01:54 PM
berita terkini Skylab Team dh diupah oleh UN utk cari kapal hilang kat Bermuda..hehe

Aku rasa ni dakyah Arqam nk bg timbul rasa hebat kat Ashaari...Tu dlm tu ada terselit nama dia....

znoc
01-12-04, 12:03 AM
sebenarnya jin tu marah sebab manusia suka curi seluar jin..pas tu jual kat shopping complex

rizal
02-12-04, 10:27 AM
sebenarnya jin tu marah sebab manusia suka curi seluar jin..pas tu jual kat shopping complex herk... motif apa sebenarnya emel ni ha???? :tokjoget:

Afiat
02-12-04, 03:21 PM
Terpulanglah kpd individu utk nak percaya ke tidak....

tapi bagi aku........?????

sebelum citer ni keluar aku dah dengar citer ni dari org2 bertugas di sana...
org itu org yang boleh aku percayai....

citer lebih kurang macam ni jugak le....

ariffuddin
02-12-04, 03:58 PM
bila saya baca posting di atas...nak percaya...susah.
taknak percaya... lagi susah....

kita kira macam nie ajerlah...citer nie dah berlalu...takder gunanyer....main teori sana sini..

terkadang aku fikir..kita jer yang buat memandai-mandai berkonspirasi....
depa takder ape-ape pun...

okler...

ed_thix
04-12-04, 01:01 PM
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

TNI-AD ? Angkatan Darat ? biar betul, setau aku TNI takde bagi support AD personnel ? ada ke ?

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak

sorry bukan spy sat yang digunakan lagipun hutan tebal dengan pokok berbelas kaki tinggi tak jamin satelit boleh nampak ground level

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Direct aku cakap, toksah caya dakyah Al-Arqam, cukuplah tersungkur sekali dulu dah ni nak tersungkur lagi ?

lagi satu, ni bukan percaya ke tak pada alam ghaib tapi lebih kepada kekurangan malah hampir tak ada, diulangi TAK ADA kredibiliti langsung artikel ini. Anggap saja sebagai propaganda dengan subliminal message kepa pembaca bagi mengikuti penyelewengan Al-Arqam ...

Sekian, terima kasih daun keladi ... finish