PDA

View Full Version : Riwayat hadis yang sesuai..


MaszMelati
30-10-04, 09:19 AM
:salam:

Soalan sy ini mungkin bole dijawap oleh org yg benar² tau..
Mintak tolong sgt pd Tok Janggut
@ ahli yg lain ....

Saya ingin meminta beberapa cth riwayat hadis yg berkaitan dgn
sifat bertanggungjwb/amanah/jujur cth perbuatan spt :-

~apabila dah menggunakan telefon ..perlulah
membayar bil bg panggilan yg telah dibuat.
~menjaga kebersihan


Saya benar² mgharapkan bantuan....
wasalam...

MaszMelati
02-11-04, 08:37 AM
alaaa...xda sapa ke nak tolong aku ni....??:uwaa: :uwaa:

Tok Janggut
02-11-04, 10:59 AM
:salam:

Soalan sy ini mungkin bole dijawap oleh org yg benar² tau..
Mintak tolong sgt pd Tok Janggut
@ ahli yg lain ....

Saya ingin meminta beberapa cth riwayat hadis yg berkaitan dgn
sifat bertanggungjwb/amanah/jujur cth perbuatan spt :-

~apabila dah menggunakan telefon ..perlulah
membayar bil bg panggilan yg telah dibuat.
~menjaga kebersihan


Saya benar² mgharapkan bantuan....
wasalam...

Assalamualaikum

Harap boleh perjelaskan lagi soalan. Ini utk assignment ke atau utk menilai manusia?

Pernah sekali imam bukhari pergi ke satu tempat yang dikatakan terdapat seorang lelaki yang mendengar satu hadis yang tidak pernah didengar oleh orang lain. Selesai sahaja mendengar hadis tersebut, imam bukhari mendapati lelaki tadi memberi makan kudanya dengan cara menipu kuda tersebut (adalah cara yg kita tak tahu macam mana). Maka imam bukhari menolak hadis riwayat lelaki tadi sebagai sahih. Ini sekadar satu contoh.

Salah satu syarat periwayatan hadis ialah perawi hendaklah bersikap adil, tidak pernah dusta, kuat ingatan dan lain-lain. Adil di sini bermakna tidak berlaku zalim, tidak melakukan dosa2 besar atau dosa-dosa kecil yang berterusan.

Saya tak pasti ini ke yg dikehendaki.

wallahualam
TJ

saiful merah
03-11-04, 09:04 PM
:salam:

Soalan sy ini mungkin bole dijawap oleh org yg benar² tau..
Mintak tolong sgt pd Tok Janggut
@ ahli yg lain ....

Saya ingin meminta beberapa cth riwayat hadis yg berkaitan dgn
sifat bertanggungjwb/amanah/jujur cth perbuatan spt :-

~apabila dah menggunakan telefon ..perlulah
membayar bil bg panggilan yg telah dibuat.
~menjaga kebersihan


Saya benar² mgharapkan bantuan....
wasalam...


***~apabila dah menggunakan telefon ..perlulah
membayar bil bg panggilan yg telah dibuat.***

kamu inginkan hadis tentang bab 'bertanggung jawab atau bertolak ansur' dalam urusan di atas ya?

***~menjaga kebersihan***

dan hadis tentang menjaga kebersihan ?

Wassalam.

hanamichi
04-11-04, 09:29 AM
:salam:


hmm nak tahu jgk ni.. rasanya melati mau hadis2 pasal sikap bertanggungjawab (pandai tepon pandai lah bayar) dan ttg kebersihan (utk mereka yg malas tu)..

saiful merah
05-11-04, 04:42 PM
Assalamu'alaikum,

err.. sedare TJ, aku tolong jawab yer.. Kecian Melati tu, dia tunggu lama dah.. sebelum aku teruskan, mohon di perbetulkan apa-apa yang silap dan salah dalam setiap ulasan aku di bawah ini;

Di bawah ini ada beberapa hadis untuk renungan kita bersama,

Telah berkata Abdullah bin Amru ra,
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah saw bersabda, Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.
Hadis Riwayat Muslim.

ulasan :
Hadis di atas menganjurkan kita agar berlaku baik terhadap orang lain dan juga mengajak kita bersama2 membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti Firman Allah swt, 'tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan yang baik dan bertaqwa'.


Dari Uqbah bin Amir ra. katanya,
Wahai Rasulullah! Engkau mengutuskan kami, lalu kami pergi kepada suatu kaum, tetapi mereka tidak melayani kami, apa pendapat mu? Rasulullah saw. menjawab dengan bersabda kepada kami, Sekiranya kamu pergi kepada suatu kaum, lalu mereka melayan kamu sebagaimana yang sepatutnya dilakukan terhadap tetamu, maka terimalah. Sekiranya mereka tidak melakukannya, maka kamu berhak menuntut daripada mereka hak tetamu yang diwajibkan ke atas mereka.
Hadis Riwayat Muslim.

ulasan :
Kita wajib melayani tetamu selama 3 hari, selebihnya menjadi amalan sedekah. Ini adalah antara adab dan kemuliaan dalam agama Islam. Islam telah mengajarkan umatnya agar berkasih sayang sesama manusia dan kita umat Islam ini antara satu sama lain adalah bersaudara. Kiranya saudara kita dalam kesusahan maka menjadi tanggung jawab kitalah untuk membantunya. Umpama mencubit peha kiri, peha kanan menanggung sakit juga.
Firman Allah dalam ayat 10 surah Al-Hujurat, 'Sesungguhnya orang2 mukmin itu sebagai satu saudara'

Abu Ruqaiyah (Tamim) ibnu Aus Addary ra. berkata, telah bersabda Rasulullah saw., Agama itu Nasihat. Kami bertanya, untuk siapa ya Rasulullah? Jawab nabi, Untuk Allah, dan kitabNya, dan RasulNya, dan pemimpin2 serta kaum muslimin'. Riwayat Muslim.

ulasan :
Nasihat untuk Allah bermaksud Mempercayai keEsaan Allah dengan sifat2 kesempurnaanNya. Mempercayai kitab Allah yang sebenarnya dengan tiada keraguan walau sedikitpun. dan ta'at pada Rasulullah saw. sebagai utusan yang menyampaikan ajaran Allah. dan terhadap pemimpin2 Islam kita membantu usaha2 kebaikan mereka dalam mengsyiarkan Islam. dan juga membantu muslimin sebagai saudara yang telah di jamin oleh Iman kepada Allah swt.

Ini pula adalah hadis dalam bab kebersihan, aku hanya dapat satu saja, (sdg mengulangkaji, kot jumpa yang lain fasal bab ini);

Abu Malik (AlHarits) ibnu Ashim Al Asya'ari berkata, telah bersabda Rasulullah saw., Kebersihan itu setengah dari Iman. dan ucapan Alhamdulillah , memenuhi timbangan. dan Subhanallah serta Alhamdulillah, memenuhi apa-apa yang ada antara langit dan bumi. Sembahyang sebagai pelita (cahaya). dan Qur'an sebagai bukti yang membenarkan kamu atau yang akan menetang kamu. Semua manusia pada waktu pagi menjualkan dirinya, ada yang membebaskan dan ada yang membinasakan dirinya.
Riwayat Muslim.

ulasan :
Aku ulas fasal 'kebersihan' aja yer. Dalam hadis di atas jelas sekali Iman itu bukan satu kepercayaan yang kosong belaka, tetapi kebersihan itu adalah separuh dari iman. dan kebersihan yang di maksudkan ini bukan setakat kebersihan pakaian, rumah, tubuh badan jer, tetapi meliputi kebersihan jiwa dari kepercayaan karut marut, tahyul (cam misteri nusantara tu ler..) dan bersih dari syirik pada Allah swt.

camner Melati, kalau nak hadis yang betul2 mengena dengan masa'alah yang ko ajukan tu, kena tanya yang lebih arif lagi ler... cam TJ tu... juga Acik yang baru dapat pangkat ustaz.. Aku ni baru nak start je...


Sekian jer.. Wassalam.