PDA

View Full Version : tanda2 lailatul qodar...


supin_supian
01-11-04, 03:27 PM
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

supin_supian
01-11-04, 03:28 PM
moga2 tahun aku dapat malam lailatul qadar...amin

fosilmitra
01-11-04, 03:37 PM
:salam:

Terima kasih supin_supian atas info yg diberikan. Nie acik ada petua, bukan fatwa ek mengenai bagaimana nak mendapatkan Malam Lailatur Qadar... Samada sahih atau tidak, wallahu a'lam bisshawab.

PETUA MENGENAL MALAM LAILATULQADAR

Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahimatullah. Mudah2an kita semua dapat mengambil sedikit manfaat terhadap petua ini... Ingat ini hanyalah petua bukan fatwa... :)


1.Malam ganjil dalam 10 hari yang akhir.


2.Jika 1 Ramadhan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatulqadar


jatuh pada malam ke-29


3.Jika hari Isnin - malam ke 21


4.Selasa atau Jumaat - malam ke 27


5.Khamis - malam ke 25


6.Sabtu - malam ke 23


Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah
Terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baliah dengan mengikut kaedah ini.

Insyaallah sidang ahli forum yg saya hormati... mudah2an kita akan cuba menjangkau tangan kita menadah memohon dijumpakan kita di malam tersebut yg merupakan Malam seribu Rahmat... Insyaallah...

clash2
01-11-04, 04:46 PM
kaLO bleH jGn aa tuNggo mlM lailaTuL qaDaR jeKK naK waT aMaL soLeH. MalaM² yG laEN poN waT gaK aa.. kiTE haNye leH meNgaGaK tP yG paSti haNye AllaH s.w.t saJe yG taO...