PDA

View Full Version : Misteri Malam Al-qadar


dragonshooter
05-11-04, 07:47 PM
Assalamualaikum

Aku tahu sapa yang melalui malam ni, better rahsiakan. Itu adalah kurniaan Allah pada hamba2nya yg terpilih.

Tapi aku rasa mesti ada juga la cerita2 pasal malam ni yg di alami dan diceritakn menjadikan nye cerita first hand, second hand, third hand (cth, mak aku punya kawan punya adik ada cerita, dia jumpa malam tu.. bla bla bla)

Atau pun kalau tak alami al-Qadar, alami tanda2nya pun jadilah.


So kalau ada cerita2 macam tu boleh share tak? Untuk sama2 kita berazam untuk mencari malam tuh.

meknor
10-11-04, 09:35 AM
kawan kite kata malam al-qadar berlaku pada malam 26 Ramadhan lepas. dia kata housemate dia terjaga pukul 3 pagi pehtu rasa macam takut sangat.. rasa berdebar debar sangat.. yela sebab muka bumi nie dipenuhi dengan malaikat malaikat yang turun dari langit kan. pastu dia sendiri pula pukul 3 pagi tu terjaga gak.. tapi dia rasa sejuk sangat sampai susah dia nak bangun.. mungkin ini juga tanda tanda lailatulqadar. kite lak.. tido lena :(

ekod
10-11-04, 01:12 PM
nak tau tanda mlm tuh mlm laitul qadar..pagi esoknye amat tenang...tp x sure la skrg ni musim hujan...wallahualam

cerita2 pasal air jadi beku, pokok sujud, anjing menyalak aku baca sekadar hoax...tak terbukti kebenaranya...sekadar cerita shj...

ariffuddin
16-11-04, 01:44 PM
TG saya pun sebut kemungkinan besar..malam 26 ramadhan adalah malam al-qadar kerana masa tue...ramai orang terleka dengan sepuluh malam terakhir...masing-masing sibuk dengan dunia....

Hanya segelintir sahaja yang sempat menikmatinya dapat merasai itulah al-qadar. ia bermula pada 9.00 malam hingga masuk waktu solat subuh...

Saya cuba tanya...apa kriteria TG untuk menyatakan al-qadar bermula tepat pada 9.00 malam?

Dia senyum sambil memandang ke arah tempat imam sujud!

Allahu'alam.

Daren
27-10-05, 09:51 AM
klu jumpa mlm al-qadar apa yg perlu kita buat..

DreamLord
27-10-05, 10:55 AM
sepatutnya ko doakan yang baik baik.... tapi selalunya mereka yang ketemu ni tergamam yang lebih... kata orang yang pernah ketemu lailatul qadarlah...

lolypop
27-10-05, 12:20 PM
buat la mcm m.rajoli masa lailatul qadar dalm cite quran buruk yang kat astro turk.

AmyBlack
27-10-05, 02:16 PM
CARA MENCARI MALAM QADAR (LAILATUL-QADAR)

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.


PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 2 hb November 2005.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

wallahualam

svarsgaard
27-10-05, 02:52 PM
hehehe aku dapat risalah tentang ni gak last week... sesama lah kiter mencari cinta pada tuhan... lupakan dunia buat sementara...

;)

dragonshooter
31-10-05, 10:23 AM
Ada ustaz tempat aku cakap. Boleh rasa cahaya menerangi kita masa malam tu. Then selalunya mudah ditemui kalau baca Al-Quran. Sembahyang ni susah sikit (bukan maknanya bgn jgn sembahyang, baca Quran je, tapi perbykkan baca AlQuran, still kene sembahyang gak- Tahajjud, sebab bukan mudah nak khusyuk nie)
Orang yg alaminya, masa tgh Ibadah tu contoh masa dalam jam 3-15 sedar2 dah AllahuAkbar-AllahUAkbar (azan suboh). Kira cepat je masa berlalu. Wallahualam

PianKoon
13-11-05, 10:54 AM
Wahai penembak naga hehe... utk simptom mlm lailatul qadr ni agak subjektif la... walaupon dah ade guideline yg diberi oleh kawan2 kite kat atas.
sbb lain org lain tingkat amalannya, lain sensitiviti kerohanian terhadap kebesaran Allah Ta'ala.
Kita pon tak pasti adakah ia mmg Lailatul Qadr ataupon tidak, sbb ilmu & amalan kita pon setakat mane. Tapi ni bukanlah bermakna kita kena berputus harap, cuma kita lakukanlah amalan kita yg terbaik & tingkatkan untuk mencari kelebihan yg Allah kurniakan kpd umat Muhammad s.a.w.
Moga2 ketemulah kita hendaknya dgn mlm 1000 bulan itu, insya Allah.