View Full Version : Cinta kita pada Nabi (aka Muslims passion for Christ)
Al-Imran
07-11-04, 01:25 PM
Setiap Nabi dihantarkan ke dunia ini dengan 1 mesej: submit oneself to the Will of God (His decree and His Commands) atau dalam Bahasa Arab: Islam.
ءامَنَ الرَّسُولُ بِمَا اُنزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ ءامَنَ بِاللَّهِ وَمَلَْئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ احَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَاطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيرُ
The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and (so do) believers. Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers - We make no distinction between any of His messengers - and they say: We hear, and we obey. (Grant us) Thy forgiveness, our Lord. Unto Thee is the journeying. [2:285]
وَقَالُوا كُونُوا هُودًا اوْ نَصَرَى تَهْتَدُوا قُلْ بَلْ مِلَّةَ اِبْرَهِمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
Say ye: "We believe in Allah, and the revelation given to us, and to Abraham, Isma'il, Isaac, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses and Jesus, and that given to (all) prophets from their Lord: We make no difference between one and another of them: And we bow to Allah (in Islam)." [2:136]
Kita dapati yang Allah (swt) have made no distiction between any of His messengers
Allah (swt) juga nyatakan tentang orang2 yang menolak mesej yang dihantarkan oleh Nabi2:
وَتِلكَ عَادٌ جَحَدُوا بِءايَتِ ربِّهِمْ وَعَصَوْا رسُلهُ وَاتَّبَعُوا امْر كُل جَبَّار عَنِيدٍ
Such were the 'Ad People: they rejected the Signs of their Lord and Cherisher; disobeyed His messengers; And followed the command of every powerful, obstinate transgressor. [11:59]
dan:
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ
The people of Noah rejected the messengers. [26:105]
dan:
كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ
The Thamud (people) rejected the messengers. [26:141]
وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَهُمْ وَجَعَلْنَهُمْ لِلنَّاسِ ءايَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّلِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
And to the people of Noah, when they rejected the messengers, we drowned them, and we made them as a sign for mankind [25:37]
Kenapa agaknya Allah (swt) refer "messengers" dalam plural form? Sedangkan kita tau hanya 1 Nabi yang di hantarkan pada kaum Aad, Thamud, dan Noh?
Ini menunjukkan bahawa menolak mesej 1 Nabi adalah sama dengan menolak mesej kesemua Nabi2, sebab Nabi2 semua dihantarkan dengan mesej yang sama.
Kita di didik dari kecil dengan cerita2 para Nabi dari Quran. Setiap orang Islam tau serba sedikit tentang cerita2 Nabi2 dan Rasul2.
Insya' Allah serba sedikit saya akan cuba ceritakan balik supaya kita dapat menjadikan panduan. Dalam Sahih Muslim buku 34, hadith nombor 6448, Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan:
Allah's Messenger (may peace be
upon him) as saying: You would tread the same path as was trodden by those before you inch by inch and step by step so much so that if they had entered into the hole of the lizard, you would follow them in this also. We said: Allah's Messenger, do you mean Jews and Christians (by your words)" those before you"? He said: Who else (than those two religious groups)?
Cuba banding kan kaum Yahudi dan Nasara yang dalam kitab mereka sekarang jelas cuba memburukkan Nabi2 dan Rasul. Inna lillah, sanggup mereka menuduh, Nabi2 dan Rasul2 yang dipilih oleh Allah.
Contohnya:
Abraham (Ibrahim) used his wife Sarah as a bargaining chip as he negotiated for food with the Egyptians (Genesis 12 10-12). Astghfirallah
Also mention the same happened with Isaac (Ishaq) (Genesis 26 1-). Astghfirallah
David (Daud) had adulterous relationship with Bathsheba, wife of his general and have the general killed to cover-up (2 Samuel 11:1-). Astghfirallah
Jacob (Yaakob) stole livestocks from his father-in-law (Genesis 31:1-). Astghfirallah
Solomon (Sulaiman) becomes an idolator before he died (1 Kings 11:1-). Astghfirallah
Lot (Lut) had incestous relationship with his 2 daughters (Genesis 19 30-38). Astghfirallah
Insya' Allah, jika diizinkah Allah kita bersambung di lain kali.
Wallah hu 'alam,
Nota: Kalau ayat Quran tak keluar pada browser anda, sila pasang fon yang sesuai atau, jika tak dapat, rujukkan pada Quran.
mencelah sikit... percaya kepada rasul itu adalah rukun iman dan daripada semua rasul-2 Allah itu ada 25 yang disebut didalam al-quran yang perlu kita ingati yang sebahagiannya tidak disebutkan didalm kitab-2 yg terdahulu, dan diantara 25 itu ada 5 yg digelar ulul azmi kerana kekuatan hati mereka, dan terdapat banyak lagi nabi-2 yang yg tidak disebutkan didalam al-quran. setiap nabi diutusakan khas utk kaumnya sahaja tetapi muhamad saw diutuskan sebagai rahmat semesta alam [al-anbiaa' :107] yakni tidak khusus utk orang arab sahaja tetapi utk setiap manusia sejagat, makhluk dibumi dan dilangit, hatta kalau alien sekalipun merangkumi. wallahualam.
Al-Imran
10-11-04, 12:48 AM
Tafsir Ibn `Abbas mengenai Surat al-`Araf, Allah telah menghantar 124,000 Nabi, dan diantara Nabi2 tersebut, 313 Rasul. Apakah bezanya Nabi dan Rasul? Jawapan pendek: Rasul adalah Nabi yang di beri Syari'at (Divine Law) dan kitab. Nabi pula hanya mengikut Syari'at Rasul yang sebelumnya.
Terima kasih sunyi kerana memberi penerangan tentang 5 ulu-al-Azm minal Rusul (messengers with power or resolve). 1) Nuh (AlayhI Salaam), juga dikenali sebagai najiyullah, the confidant of Allah, dan bapa kepada manusia selepas banjir besar. 2) Ibrahim (AlayhI Salaam), khalilullah, kawan karib Allah (Qur'an An-Nisaa 4:125). 3) Musa (AlayhI Salaam), kaleemullah, berkata2 dengan Allah (Qur'an An-Nisaa 4:164). 4) Isa (AlayhI Salaam), ruhullah, ruh yang dicipta Allah. 5) Muhammad (saw) habibullah, kekasih Allah.
Just nak clarify point yang saya nyatakan diatas yang Allah tidak discriminate between Nabi2 dan Rasul2 dari segi mesej yang di hantar, tapi Nabi2 dan Rasul2 ada perbezaan antara darjah nya:
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَتٍ وَءاتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَتِ وَايَّدْنَهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمْ الْبَيِّنَتُ وَلَكِنْ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُمْ مَنْ ءامَنَ وَمِنْهُمْ مَنْ كَفَرَ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
Those messengers! We preferred some to others; to some of them Allah spoke (directly); others He raised to degrees (of honor). (2:253)
Sebab2 kenapa kita perlu dengar cerita2 anbia' (plural of Nabi):
1) Allah (swt) menyuruh Rasulullah (saw) menceritakan kisah2, dan mendengarnya menjadi ibadat.
2) supaya kita dapat yatafakkarun (takafur, contemplate, deep reflection):
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَا الَّذِي ءاتَيْنَهُ ءايَتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَاتْبَعَهُ الشَّيْطَنُ فَكَانَ مِنْ الْغَاوِينَ
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ اخْلَدَ الَى الْارْضِ وَاتَّبَعَ هَوَهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ انْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ اوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِءايَتِنَا فَاقْصُصْ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
And recite (O Muhammad SAW) to them the story of him to whom We gave Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.), but he threw them away, so Shaitân (Satan) followed him up, and he became of those who went astray.
And had We willed, We would surely have elevated him therewith but he clung to the earth and followed his own vain desire. So his description is the description of a dog: if you drive him away, he lolls his tongue out, or if you leave him alone, he (still) lolls his tongue out. Such is the description of the people who reject Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.). So relate the stories, perhaps they may reflect. (7:175-176).
Insya Allah bila kita membaca Quran setiap hari, cuba fikirkan dalam2 cerita2 anbia'. Cerita2 dalam Quran tiada tandingan berbanding dengan kitab2 orang nasrani dan yahud sekarang. Apabila Jaafar bin Abi Talib membaca surat Mariam kepada Raja Najashi, bercucuran airmata baginda dan padri2 mendengarnya sehinggakan janggut mereka basah. Subhanallah, begitulah efek Quran apabila ia menusuk di dalam hati kita.
3) Anbia' telah mendapat petunjuk dari Allah:
أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمْ اقْتَدِهِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ
They are those whom Allâh had guided. So follow their guidance. Say: "No reward I ask of you for this (the Qur'ân). It is only a reminder for the 'Alamîn (mankind and jinns)." (6:90)
Setiap manusia perlukan "role model". Sedih nya sekarang ni kita nampak ramai yang menjadikan filem star, pemain bola, penyanyi dan kekadang katun character sebagai role model. Insya allah dengan mendengar cerita2 Nabi2 ni kita dapat menjadikan mereka sebagai role model kita.
4) To know them is to love them. Kita selalu kata kita kasihkan Nabi2, tanpa mengenali mereka, tau kah kita nilai sebenar kasih kita?
Bersambung lagi... InsyaAllah.
Al-Imran
12-11-04, 10:28 AM
Saya nak pesankan diri saya dan pembaca sekalian, dalam mencari ilmu, kita mistilah berhati2 dengan sumbernya. Di zaman internet ni, senang sangat kita terpesung bila terbaca artikel2 yang berlambak2 di web, chatroom, buletin board dsb. Sebaiknya kita sentiasa berdasarkan dengan Quran dan Hadith dan jika tak berapa clear, sila rujuk kepada mu'alim yang lebih faham. Ramai musuh2 Islam suka memecah-belahkan ummat Islam dan mempermainkan Islam. Selalu nya tektik yang mereka gunakan adalah memdustakan mesej Nabi2 dan menyerang peribadi Nabi2. Bila mereka dapat discredit Nabi2, mereka fikir mereka akan berjaya memperkecilkan mesej tersebut. Begitu juga berlaku dengan perawi2 hadith, betapa banyak serangan diarahkan terhadap Abu Hurairah (rad), dan Abu Hurairah lah yang paling banyak meriwayatkan hadith2 sahih.
Balik kita pada kisah Anbia'. Dalam Sahih Bukhari Jilid 3, kitab 36, No 463:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah berkata, "Tidak ada Nabi yang dihantar Allah tidak pernah mengembala kambing (bebiri)." Sahabah bertanya, "Kamu juga begitu ya Rasulullah?" Rasulullah (saw) menjawab, "Ya, saya pernah mengembala kambing2 penduduk Mekah selama beberapa qirat."
Ibn Hajar Asqalani dalam komen nya tentang hadith ni dalam buku komentar Bukhari nya yang terkenal Fath Albari (beh kuang terjemahan):
"Sebab2 kenapa Nabi2 adalah gembala kambing sebelum menjadi Nabi adalah supaya mereka menjadi pakar dalam mengembala dan mereka akan bertanggungjawab atas umat2nya yang akan datang. Dalam mengembala, seseorang akan beroleh kesabaran, pengasih. Jika pengembala cuba menyatukan sekawan bebiri sekali gus, dia melindunginya dari musuh dari dalam dan luar dengan ini memperolehi skil yang diperlukan untuk mengetuai ummah. Dia juga belajar fitrah manusia, tunjukkan kelembutan kepada yang lemah dan mengatasi yang kasar. Sebab2 Allah (swt) memilih kambing, sebab kambing adalah lemah dan mereka perlukan lebih pertunjuk dan attention dari binatang lain macam lembu atau unta. Kambing lebih susah nak disatukan dan ia senang terpesung dan terkeluar dari kumpulan. Naluri manusia juga sama dalam kumpulan dan Allah mahu didik Anbia sebaiknya."
Sebab2 kenapa setiap Nabi adalah suatu ketika gembala kambing:
1) Tanggung jawab
Diriwayatkan oleh Ibn Umar (Bukhari 20:4496), Rasulullah (saw) berkata: Awas, setiap orang adalah gembala dan setiap orang akan disoal mengenai kambing mereka. Kalifah akan disoal tentang rakyat nya bagaimana dia menguruskan urusan mereka. Lelaki adalah penjaga keluarga dan akan di soal mengenai ahli keluarganya. Perempuan adalah penjaga urusan rumahtangga, suami dan anak2 dan akan di soal mengenai mereka.
Seorang hamba adalah penjaga hartabenda tuannya dan akan disoal mengenainya. Awas, setiap kamu adalah penjaga dan kamu akan disoal mengenai tanggungjawab tersebut.
Kalau kambing tu, mana boleh gembala senang2 paksa dia makan. Bebiri makan ikut hati, kekadang kambing suka bermain2 lebih dan tak nak makan, terutama yang kekecik tu. Kekandang pulak gembala terpaksa pukul bebiri sebab tak ikut perintah. Sama la jugak dengan manusia.
2) Kesabaran
Nabi Musa (alaihi salam) mengembala selama 10 tahun (Jibril memberitau ini kepada Rasulullah), kita akan tengok bagaimana pengalaman Nabi Musa lalui dalam menjaga umatnya. Nabi Noh pulak dia berdakwah selama 960 tahun, sampaikan umatnya tak tahan mendengar dakwahnya dan dengan sendiri meminta Nabi Noh turunkan bala Allah yang disebutkan oleh Nabi Noh.
3) Perlindungan
Ibn Umar meriwayat (Bukhari Jilid 4, kitab 55, no 553):
Suatu ketika Rasulullah berdiri di antara kita, selepas memberi puji2 kepada Allah (swt) memberitau tentang Dajal, "Saya memberi amaran tentang ia (Dajal) dan tiada nabi sebelum ini yang tidak memberi amaran umatnya tentang ia (Dajal). Nabi Noh juga memberi amaran kepada umatnya tentang ia (dajal), tapi saya akan memberitau sesuatau yang tiada nabi sebelum ini. Kamu perlu tau ia (Dajal) adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu.
4) Dapat melihat dengan jelas bahaya dan ancaman
Gembala dapat melihat dengan jelas. Bebiri cuma mempunyai pandangan dekat.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (Bukhari 30:5670) Rasulullah (saw) bersabda: Perumpamaan diriku dan ummatku adalah seperti nyalaan api, anai2 dan kupu2 tertarik padanya. Saya cuba menahan kamu tapi kamu terus cuba menjunam kearahnya.
Jika kita nampak orang buta yang menghampiri lubang, apa kita patut buat? Misti kita menjerit padanya, supaya dia tak masuk kelubang tersebut. Begitu juga Nabi2, mereka dihantar dengan mesej yang jelas dan terang dan memberi amaran tentang ancaman yang sedia ada dan juga ancaman yang akan datang.
5) Hidup yang simple dan bersederhana
Hidup pengembala simple, tak der ipod boleh dengau lagu, tak der satellite TV boleh tengok movie. Hidup yang simple tidak mengkorupkan minda.
6) Dekat dengan ciptaan Allah
Didalam Quran penuh yang ayat2 menceritakan tentang langit, bumi, gunung, laut. Semua mencerminkan keagungan Allah. Sebagai pengembala, Nabi2 dapat memikir (contemplate, reflect) secara mendalam tentang kebesaran Allah.
7) Bebiri adalah binatang lemah
Seperti yang dikatakan oleh Ibn Hajar. Dalam menjalankan tugas mengembala, Nabi2 dididik oleh Allah (swt) bagaimana nak menjaga insan yang lemah.
8) Kareer kita membentuk pemikiran kita
Kita patut berjaga2 dalam memilih kareer sebab ianya akan membentuk pemikiran dan peribadi kita. Contohnya, seorang komputer programmer akan hilang skil dalam pergaulan sosial. Dalam politik pula banyak corruption dan tipuhelah. Ini bukan bererti seorang muslim tak boleh terlibat dalam politik atau komputer tapi kita sebagai Muslim patut mengubah sterotype tersebut, Insya' Allah
Wallahhu 'alam
Humairah
10-12-04, 01:40 PM
Imran..bila nak sambung citer nih....baru beberapa episod nih......:)
Al-Imran
10-12-04, 11:00 PM
:salam:
Masyaallah (<- Jangan salah ertikan istilah ni, jika tak sure maknanya postkan satu soalan yang lain kat bilik BMM ni) ada juga orang yang baca cerita saya, saya ingatkan saya mengomel sesorang tadi. Sebenarnya saya masih berfikir macam mana nak pecah kan cerita Nabi yang panjang2 supaya satu2 posting saya tak terlalu panjang. Kalau kita suapkan makanan yang besar2 pada anak yang kecil, mampu tercekik nanti.
Saya nak mulakan cerita Al-Kaleem Nabi Musa. Cerita Nabi Musa adalah cerita yang paling panjang sekali dalam Quran. Nama Nabi Musa adalah nama nabi yang paling kerap sekali muncul dalam Al-Quran berbandingkan dengan nabi2 lain. Kenapa agaknya?
Membaca berita2 dalam perbagai media kita masa kini mungkin terfikir kita pasal orang yahudi sebab Nabi Musa adalah salah satu Nabi yang di hantarkan pada bani Israel. Memang pun benar salah satu dari sebabnya. Allah dengan sifat Maha mengetahui dan Maha bijaksana (Al-Aleem-ul-Hakeem), memberitahu kita yang ada satu masa nanti sekumpulan manusia yang akan menjadi musuh dari awal umat Islam (contoh: Al-Ahzab) sehingga ke akhir zaman nanti bila orang yahudi akan menjadi penyokong ad-dajjal.
Dalam hadith Rasulullah dari Adi bin Haatim berkata, “Saya bertanya Rasulullah (saw) tentang “mereka yang dimurkai” (“maghdu-bi-alaihim” Al-Fatihah ayah 7), dan baginda menjawab, “mereka adalah orang yahudi.” Kemudian saya bertanya, “mereka yang sesat” (“dhal-leen”) dan baginda menjawab, “orang nasara adalah mereka yang telah sesat” (at-Tirmidhi, Ahmad dan saheeh). Musuh Islam mengunakan ini untuk menunjukkan yang Islam adalah racist. Jangan kita menyalah ertikan maksud Rasulullah (saw), kita perlu fahamkan perbuatan apa yang telah orang yahudi dan nasara lakukan yang banyak dinyatakan dalam Quran, dan setiap manusia yang melakukan perbuatan yang sama mereka adalah tergolong pada golongan yang disebut dalam surat Al-Fatihah diatas.
Itukah saja pengajaran yang bakal kita dapat dari cerita Nabi Musa? Tidak, diatas hanya sebab minor kenapa cerita Nabi Musa banyak sekali kita jumpa dalam Quran. Saya tak susun kan mengikut priority. Kita dah tau yang sejarah manusia terbahagi kepada umat2. Umat bani Israel adalah umat terakhir sekali sebelum umat Nabi Muhammad (saw), jadi itu salah satu lagi sebab kenapa kita perlu mengambil pengajaran dari cerita2 umat sebelum kita.
Umat bani Israel adalah umat yang kaya dengan sejarah. Umat bani Israel bermula dengan 12 orang anak2 Nabi Yaakub dan nabi terakhir mereka adalah nabi Isa. Allah (swt) mahu umat nabi Muhammad supaya mengambil pengajaran dari sejarah umat ini. Bani Israel telah melalui cabaran-cabaran dan liku-liku yang kita umat Islam akan juga menempuhi. Dalam Sahih Muslim buku 34, hadith nombor 6448, Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan: Rasulullah (saw) bersabda: “Kamu akan mengikuti jalan yang diikuti oleh umat sebelum mu inci demi inci, langkah demi langkah, sehinggakan jika mereka masuk kelubang cicak, kamu akan turut mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Ya, Rasulullah, adakah kaum Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?” Baginda menjawab: “Siapa lagi?”
Allah (swt) ingin mempermudahkan umat nabi Muhammad dengan cerita-cerita umat bani Israel untuk kita membuat pengajaran. Umat bani Israel ini juga umat yang tertindas. Firaun adalah simbol kezaliman dalam Quran. Kalau kita bandingkan keaadan umat Islam sekarang, kita dapati bahawa umat Islam ini tak jauh beza. Kita ditindas dari semua arah. Kalau kita gunakan konsep saikology moden menganalisikan sifat2 orang2 yang tertindas, kita akan dapati umat Islam mempunyai semua sifat2 tersebut. Dari segi attitude, pemikiran, dan tindak-tanduk. Saya serahkan analysis ini kepada yang lebih arif dalam bidang saikology.
Satu lagi yang saya nak kaitkan cerita Nabi Musa ni adalah jihad. Kalaulah nak ikutkan minda kita yang lemah ini, kita inginkan semua orang faham pasal Islam, semua orang patuh pada ajaran Islam, jika ada yang tak berbuat demikian kita harapkan supaya mereka dihukum, dimusnahkan Allah (swt) di muka bumi ini. Al-Aleem-ul-Hakeem (swt), mengajar manusia secara berperingkat, mengikut kapasiti minda manusia. Ingat tak macam mana cerita Nabi Noh? Bagaimana umatnya dimusnahkan oleh Allah? Ingat tak kita bagaimana umat 'Aad dimusnahkan, sampaikan tak der bekas2 (ruins) tinggal? Umat Thamud? Kalau tak ingat saya akan ceritakan dilain kali, Insya'Allah. Allah sering mengingatkan kita tentang umat2 yang dimusnahkan sebelum kita, sebab kita selalu lupa. Kenapa agaknya pada umat Nabi Rasulullah tak berlaku demikian? Pernah dikatakan oleh scholar Islam yang “setelah Taurat diturunkan, jihad bermula”. Kebenaran yang tersibar dengan jihad umat Islam dan bukan lagi dengan Allah memusnahkan musuh Islam. Ada juga sekali-sekala Allah akan menolong orang2 mukmin untuk meneguhkan iman kita, tapi kejayaan akan dicapai melalui jihad, dari perang bani Israel memasuki Jerusalem dengan Nabi Usha' bin Noon, peperangan pertama sahabah di Badr, sehingga akhir zaman nanti kita akan bertempur dengan ad-dajjal.
Saya nak ingatkan diri saya yang cerita2 ini bukan untuk dibuat sebagai hiburan. Jangan kita ikut macam cerita2 movie, ada hero, heroine, kemudian they live happily ever after. Mengkagumi civilization yang Allah telah laknati, gi melawat pyramid kegemilangan architecture amek gambar architecture umat yang Allah musnahkan. Cerita2 ni untuk kita “yatafakkarun” (takafur, contemplate), yang saya nyatakan dulu. Pembuka mata kita yang semua yang berlaku sekarang ini didepan mata kita pernah berlaku dan diceritakan dalam Quran yet, sering kali kita gagal untuk menjadikan iktibar.
Wallah hu 'alam
fosilmitra
11-12-04, 12:21 AM
:salam:
Al-Imran... walaupun acik belum bersemuka lagi dgn kamu... namun acik yakin & percaya kamu mmg banyak ilmu didada... Teruskanlah usaha kamu ini... Ingatlah... Allah SWT sentiasa bersama org2 yg benar tulus ikhlas didlm menyampaikan dakwah (sunnah terbesar) bagi umat manusia... "Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap2 seratus tahun, bagi umat (islam) ini seorg Mujadid yg membaharui (menguatkan kembali) agama umatnya"Hadis riwayat al-Hakim & al-Baihaqi... Acik bukan nak maksudkan hadis ini dgn kehadiran diri kamu disini (BMM), cuma acik nak menegaskan bahawa pasti akan ada dikalangan kiter yg akan mengembalikan kegemilangan room BMM nie sentiasa... Mudah-mudahan kamulah orgnyer... :)
Insyaallah... bukan setakat baca, mohon acik copy pastekan artikel kamu ini. TQ
p/s: Tapi satu pertanyaan, kenapa kamu tak menjawab beberapa pertanyaan mengenai sesuatu hukum & persoalan yg dikemukakan kat sini oleh acik & para sahabat yg lain?...
Al-Imran
14-12-04, 12:56 PM
:salam:
Al-Imranp/s: Tapi satu pertanyaan, kenapa kamu tak menjawab beberapa pertanyaan mengenai sesuatu hukum & persoalan yg dikemukakan kat sini oleh acik & para sahabat yg lain?...
:salam:
Saya tak pasti posting yang mana En. Fosil maksudkan, tapi kebanyakan soalan alhamdulillah telah dijawab (oleh orang lain) dengan amat mendalam sekali dan saya tak mampu lagi menambah apa yang sedia ada.
Terlanjur menjawab posting En. Fosil, saya terus kan sikit lagi cerita Nabi Musa.
Ingat tak yang saya kata yang kaum bani Israel tertindas, dan umat Nabi Muhammad juga umat yang tertindas? Macam mana agak nya gara2 orang yang tertindas? Salah satu tandanya, mereka terikut2 dengan budaya yang mereka fikir lebih superior, dan merasakan diri mereka tidak cukup sempurna. Jika kita lihat sejarah, bangsa yang lemah selalu terikut2 dengan budaya bangsa2 lain. Ada satu masa dulu umat Islam dalam kegemilangan nya, menjadi ikutan orang Kristian sehinggakan mereka meniru dan memakai cara orang Islam, dan mempelajarai budaya dan bahasa Arab. Begitu lah teknologi Islam tersibar di Eropah, ilmu perubatan, ilmu falaq, ilmu kimia dan sebagainya.
Sekarang semua nya dah terbalik. Budaya2 kurang sihat dah meresapi jiwa kita sehinggakan kita lihat Islam yang sebenar seperti sesuatu yang ganjil dalam masyarakat kita sendiri.
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Islam bermula sebagai sesuatu yang ganjil dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang ganjil seperti mana ia bermula dan ia akan surut antara 2 masjid seperti ular merayap kembali ke lubang nya." [Saheeh Muslim, buku 1, nombor 271] Allahu-akbar, betapa benarnya kata2 Rasulullah.
Kalau kita umpamakan keadaan kita dengan pokok yang layu, lantas kita pun berfikir mengapa keadaan pokok tersebut kurang sihat. Kita usaha lah trim kan pokok tersebut, buang ulat2, bersihkan penyakit2 yang di daun dan dahan pokok. Tapi kita tak perasaan yang akarnya telah reput. Oleh kerana itu pokok tersebut tidak mendapat makanan yang diperlukan untuk mengeluarkan daun dan bunga yang sihat. Begitu lah keadaan kita, kita nampak kemerosotan akhlak, kita nampak kawan tak solat dan sebagainya. Kita perlu sedar problem tersebut dari puncanya (rohani) barulah kita boleh berusaha untuk mengatasinya, Insya 'Allah. Tiada apa yang boleh mengisi hati kita yang kosong melainkan Iman.
Balik kita pada zaman Firaun. Syaitan ni pandai sekali bermain saikologi. Dalam usahanya memesongkan manusia, digunakan tektik yang kelihatan baik kemudian oleh kerana kelemahan manusia, mereka terus terpesong. Pada mulanya ada di kalangan manusia orang mengEsakan Allah dan beribadat kepada Allah. Setelah masa berlalu, orang2 yang alim tersebut meninggal dunia lalu, syaitan membisik2kan kepada yang masih hidup, "kenapa tak buatkan satu patung supaya kamu dapat mengingati orang2 yang alim tersebut?" Nampak macam innocent jer bunyinya. Zaman pun berlalu, lalu kaum tersebut terlupa mengapa patung2 tersebut didirikan, lalu syaitan memperdayakan mereka dan mereka mula menyembah patung2 tersebut. Mereka menjadikan patung2 tersebut sebagai perantaraan antara manusia dan Allah. Walaupun mereka kufur mereka masih juga mempercayai Allah sebagai Tuhan.
Firaun pula, dengan kuasa yang diberikan Allah, dia mengaku dirinya tuhan. Membahagi2kan rakyat kepada kasta (divide and conquer), bani Israel adalah kasta yang terbawah sekali, iaitu hamba. Menggunakan seher untuk memerintah, dan memaksa sebahagian dari rakyat mempelajari ilmu seher untuk brain-wash rakyat. Sehinggakan kekufuran menyembah berhala tadi menjadi kekufuran menyembah manusia. Begitu sekali kuasa Firaun terhadap rakyat nya masa itu.
Kita sambung lagi di lain kali, Insya 'Allah
Wassalam
Al-Imran
19-12-04, 08:11 AM
:salam:
Kerja-rumah: Baca surah Qasas ayat 1-13 dan hayati maknanya sekali. Al-Qur’an adalah pengubat (Ash-Shafiyah) bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah (swt) yang bermaksud: "Dan kami turunkan Al-Qur’an didalamnya ada penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan tidaklah bertambah kepada orang-orang yang zalim kecuali kerugian semata-mata." (Al-Isra' 4)
Saya dah ceritakan sedikit bagaimana besarnya pengaruh Firaun diatas rakyatnya. Kita akan lihat bagaimana Allah memberi pertolongan kepada kaum yang tertindas, walau bagaimana hebat kuasa Firaun pada masa itu. Allah juga mengatakan cerita2 ini adalah cerita yang benar (bil-haqq).
“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi. Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.” [Qasas 5-6]
Ibn 'Abbas meriwayatkan: “Firaun bermimpi dan dalam mimpinya ada api yang datang dari Jerusalem dan membakar semua rumah2 orang2 Egypt kecuali rumah2 orang bani Israel. Bila dia terbangun, dia dalam ketakutan. Dia pun memanggil semua padri dan ahli seher nya untuk mengtafsirkan mimpinya. Mereka berkata: Ianya bermakna seorang anak lelaki akan dilahirkan dari bani Israel yang akan memusnahkan kerajaannya. Firaun pun mengarahkan semua anak lelaki yang lahir dari bani Israel di bunuh.”
Arahan tersebut dijalankan sehingga pakar ekonomi Firaun menasihatkan: “Kalangan tua bani Israel kebanyakan dah mati dan anak2 yang baru lahir mereka di bunuh. Ini akan menyebabkan kerajaan ini bekurangan tenaga kerja.” Lalu arahan itu ditukarkan supaya ekonomi kerajaan Firaun tidak terjejas. Mereka akan membunuh anak bani Israel ditahun yang berselang seli.
Ibu Nabi Musa (alaihis salam) mengandungkan Harun (alaihis salam) pada tahun dimana anak2 lelaki tidak dibunuh, manakala Nabi Musa (alaihis salam) dikandungkan pada tahun dimana anak2 lelaki dibunuh.
Bila Nabi Musa (alaihis salam) dilahirkan, ibunya diberi ilham oleh Allah (swt) “Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya, maka lepaskanlah dia ke sungai; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.” [Qasas ayat 7]
Setelah saja ibu Musa menerima ilham tersebut dia terus melaksanakan perintah tersebut. Dia menyusukan anak tersebut dan meletakkan anak itu didalam sebuah bakul dan mencampakkan nya didalam sungai Nile. Hati ibu Musa merasa kekosongan (farigha) setelah saja anaknya masuk kedalam sungai Nile, sehinggakan dia hampir memberitahu ceritanya, namun Allah menguatkan hatinya. (ayat 10).
Air sungai Nile yang deras arusnya menjadi tenang dan lembut membawa anak tersebut. Ibu Musa menyuruh kakak Musa untuk mengikuti bakul tersebut dan lihat dimana bakul itu pergi. Dalam banyak2 tempat dipinggir sungai Nile, bakul tersebut ditakdirkan berhenti di tempat yang paling dibimbangkan, istana Firaun.
Diistana Firaun, bakul tersebut dijumpai oleh inang2 dan dibawa ke isteri Firaun. Allah meletakkan perasaan cinta yang kuat kepada isteri Firaun pada anak yang dijumpai. Isteri Firaun ni berlainan dari Firaun, dia mempunyai hati yang lembut. Isteri Firaun tidak mempunyai anak dan memohon dari suaminya supaya jangan dibunuh anak tersebut dan supaya mengambil anak tersebut sebagai anak angkat mereka. [ayat 9]
Dalam riwayat yang lain menceritakan bagaimana Firaun mengadakan satu ujian dimana diletakkan madu disatu bekas dan arang yang menyala didalam satu bekas dan anak tersebut terus mengambil arang yang menyala dan memasukkan kedalam mulutnya. Begitulah bagaimana Nabi Musa mempunyai kesukaran untuk bertutur. Wallah hu 'alam, bagaimana pun, anak tersebut diterima untuk dipelihara dalam istana Firaun.
Pemaisuri Firaun memanggil ibu2 susu untuk menyusukan Musa, tapi Allah meletakkan perasaan pada hati Musa supaya enggan menyusu dari semua ibu2 susu tersebut. Kakak Musa datang ke istana dan memberitahu bahawa dia tau seorang yang mungkin sesuai untuk anak tersebut. Permaisuri itu mengarahkan ibu tersebut dibawa ke istana untuk menyusukan anak tersebut dengan segera. Ada riwayat mengatakan bahawa ibu Musa enggan pergi ke istana dan memohon yang anak tersebut dibawa kerumahnya untuk menyusu. Allah ingin mententeramkan hati ibu Musa dan hilangkan dukacitanya, ibu itu dapat anaknya kembali dan juga dia di bayar untuk menyusukan anaknya sendiri.
Dalam riwayat lain, ibu Nabi Musa mengikat bakul tersebut dengan tali dan meletakkan bakul itu didalam sungai apabila askar Firaun datang mencari anak lelaki yang baru lahir, dan satu hari tali tersebut putus dan bakul itu terus pergi ke istana Firaun. Walau bagaimana variasi cerita, kita boleh membuat kesimpulan bahawa adalah satu pengorbanan besar seorang ibu untuk meletakkan anaknya kedalam sungai yang berarus deras. Allah berjanji dalam surah At-Talaq (ayat 2-3):
“...sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya...” [At-Talaq 2-3]
Oleh kerana ketakwaan ibu Musa, anaknya selamat dan melalui anaknya dia dapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Begitulah kekuasaan Allah menolong seorang anak kecil yang amat lemah dan memberi sokongan dari dalam istana “musuhnya”. Begitu juga berlaku dizaman Rasulullah dimana umat Islam diboycott oleh musyrik Mekah. Allah membuatkan sekumpulan musyrik membantu umat Islam untuk memberi makanan.
Insya' Allah kita bersambung lagi.
Wallah hu 'alam
Al-Imran
05-01-05, 02:58 AM
:salam:
Kita berhenti sejenak mendoakan agar Allah teguhkan Iman pada semua umat2 Islam yang ditimpa musibah, yang terancam, yang teraniaya, dan yang tertindas. Rasulullah sering mengamalkan Qunut Naazilah apabila umat Islam ditimpa musibah. Rasulullah juga mengajar kita supaya membaca "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'iun. Allahumma ajjirni min musibati, wa akhlifli khairun minha" [Bukhari], apabila ditimpa bincana yang maknanya “Ya Allah, hindarkanlah diriku dari berbagai musibah dan gantilah dengan (keadaan) yang lebih baik.” Aisha (ra) meriwayatkan “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang muslim pun yang tertusuk duri atau tertimpa bencana yang lebih besar dari itu kecuali akan tercatat baginya dengan bencana itu satu peningkatan derajat serta akan dihapuskan dari dirinya satu dosa kesalahan” [Bukhari]. Satu lagi hadis riwayat Abu Said Al-Khudri (ra): “Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada satu kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan keluh-kesah yang menimpa seorang muslim kecuali akan dihapuskan dengan penderitaannya itu sebagian dari dosa kesalahannya” [Bukhari]
Kita sambung semula cerita nabi Musa, dalam surah Qasas ayat 14-28. Maka besar lah Musa di istana Firaun. Dia dikurniakan Allah kebijaksanaan dan ilmu (hukman wa ilma) [Qasas 14]. Rasulullah memberitahu bahawa Musa adalah tinggi orangnya dan berambut kerinting [Bukhari]. Musa mempunyai sifat bertanggung-jawap dan tidak boleh berdiam bila melihat kemungkaran tanpa menghadapinya dan menyelesaikannya. Kaum bani Israel yang tertindas berpaling padanya untuk perlindungan dan keadilan.
Satu hari Musa ternampak dua orang berkelahi. Seorang kaum firaun sedang memukul seorang lagi kaum bani Israel. Musa cuba meleraikan pergaduhan itu dan dalam proses itu dia menumbuk orang kaum firaun itu lalu terus jatuh dan mati. Bila Musa sedar yang dia telah membunuh seorang kaum firaun, dia merasa takut dan terus meminta keampunan dari Allah (swt), lalu Allah memberi keampunan kepada Musa [Qasas 16]. Namun demikian Musa bimbang firaun akan mengetahui siapa yang membunuh seorang kaumnya.
Keesokannya, dia ternampak orang bani Israel yang sama bergaduh dengan seorang kaum firaun yang lain. Musa berlari untuk menolong sambil berkata kepada, “Engkau ini orang yang nyata sesatnya!”. Orang bani Israel itu kuatir yang Musa akan menumbuknya, lalu dia memecahkan rahsia kematian orang kaum firaun sehari sebelum itu dengan berkata, “Wahai Musa, adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam?” Berita pembunuhan itu tersebar meluas dan sampai ketelinga pihak pemerentah (firaun), lalu mereka mengadakan mesyuarat tergempar untuk menangkap dan membunuh Musa.
Dengan pertolongan Allah, seorang dari bani Israel mengetahui rancangan pihak berkuasa untuk menangkap dan membunuh Musa dan berlari memberitahu Musa tentang rancangan tersebut. Musa terpaksa bergegas untuk melarikan diri dengan keaadan cemas dari tanah Mesir tanpa apa2 persediaan serta berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" [Qasas 21]
Begitulah sikap orang yang tertindas, bak kata perpatah “seperti melepaskan anjing tersepit”. Orang bani Israel itu tidak mengenang budi hanya fikirkan keselamatan dirinya tanpa menghiraukan orang yang pernah menyelamatkannya. Orang yang hidup dalam keadaan tertindas sekian lama hanya mementingkan diri sendiri. Begitu lah juga keadaan umat Islam masa kini oleh kerana perpecahan, kita tidak berdaya untuk membangunkan negara Islam yang betul2 mengamalkan Islam mengikut landasan Islam yang sebenarnya. Kalau kita lihat dalam dunia sekarang, walaupun ada negara yang mengaku negara Islam, namun tidak ada satu pun yang mempraktikkan Islam secara menyeluruh. Kebanyakan negara2 tersebut dikuasai oleh anasir2 luar yang menganggap Islam sebagai mengongkong kebebasan dan melabelkan golongan yang ikhlas untuk mengamal Islam secara menyeluruh sebagai fundamentalist, terrorist dan sebagai nya. Hanya golongan yang mempraktikkan apa memberikan munafaat kepada golongan tertentu dibenarkan. Dalam surah Al-Baqarah, Allah menyeru “Wahai orang2 yang beriman, masukkilah Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. ” [Al-Baqarah 208]
Musa berjalan selama 8 hari hingga sampai ke tempat dikenali sebagai Midian (antara Syria dan Mesir). Di Midian, dia ternampak sekumpulan gembala kambing memberi minum kambing mereka dengan menggunakan tenaga mereka menceduk air dari telaga. Dalam kumpulan itu ada 2 orang wanita menunggu giliran mereka. Musa dengan sifat pemurah, bertanya mengapa kedua2 perempuan tersebut menunggu, lalu mereka menjawab bahawa mereka tidak ada kekuatan untuk menolak lelaki2 yang sedang menceduk air di telaga tersebut. Mereka juga menerangkan yang bapa mereka terlalu tua untuk mengembala kambing yang menyebabkan kedua2 mereka terpaksa berkerja untuknya.
Setelah menggunakan telaga tersebut, gembala2 lelaki meletakkan satu batu yang besar untuk menutup mulut telaga tersebut. Dikatakan bahawa batu tersebut memerlukan 10 orang untuk mengangkatnya. Musa pun pergi ke telaga tersebut dan dengan seluruh tenaganya, mengangkat batu yang besar itu dan mengambil air untuk kedua perempuan itu. Setelah itu Musa oleh kerana terlalu letih, berehat dibawah sepohon pokok lalu berdoa, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan" [Qasas 24].
Sebelum sempat Musa habis berdoa, pertolongan telah pun tiba. Seorang dari perempuan yang dia tolong datang dalam keadaan [b]tersipu-sipu (istiya') dan memberitahu bahawa bapanya ingin membalas budinya kerena menolong mereka mendapatkan air untuk kambing ternak. Lalu Musa pun pergi berjumpa bapa perempuan tersebut. Kebanyakan mufassirin mengatakan bapa perempuan itu adalah Nabi Suhaib. Setibanya dia ditempat bapa perempuan itu, dia menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku dan bagaimana dia melarikan diri dari firaun. Orang tua tersebut menyakinkan Musa supaya jangan bimbang dan bahawa dia sekarang jauh dari firaun yang zalim itu. [Qasas 25]
Haya' (malu, modesty) adalah salah satu sifat perlahan2 hilang dari kedua2 lelaki dan perempuan dikala ini. Cara hidup yang dipaparkan dikaca TV, menjadi cara hidup yang dianggap normal dan karakter2 dalam TV menjadi role model anak2 muda kita. Sunnah2 Rasulullah menjadi sesuatu yang pelik. Pelulah kita mengingati sesama kita bahawa hanya cara hidup Rasulullah adalah yang diredai Allah. Abdullah ibn Umar (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya haya' (malu) dan Iman adalah berkaitan. Jika salah satu darinya hilang, yang satu lagi pun akan lenyap." (Baihaqi)
Salah seorang dari perempuan yang Musa tolong berkata kepada bapanya, “Wahai bapaku, ambilah dia memjadi orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat dan amanah". Bapa perempuan itu juga meluahkan hajatnya untuk mengahwinkan Musa dengan salah seorang dari dua anak perempuan nya, dengan syarat Musa bekerja dengan nya selama 8 atau 10 tahun. Musa menerima cadangan tersebut dan dia mengahwini salah satu dari perempuan itu dan berkerja dengan bapa mertuanya sebagai mahar. Dalam sebuah hadith Ibn Abbas berkata bahawa Musa berkerja selama 10 tahun [Bukhari].
Soalan: Bagaimanakah perempuan yang menyuruh bapanya menjadikan Musa orang upahan tahu yang Musa ini amanah orangnya? Ceritakan peristiwa yang berlaku yang menunjukkan yang Musa adalah seorang yang amanah.
Kalau tau jawapan nya sila hantar MP kepada saya dengan alamat pos. Sesiapa yang pertama sekali dapat memberikan jawapan yang tepat akan mendapat hadiah (jika alamat pos diberi), Insya 'Allah.
Wallah hu 'alam
http://bincang.net/forum/images/smilies/salam.gif
nak mencelah jap..
seperti yg kita sume tahu,hampir kesemua kisah nabi yg kita dengar berasal dari tanah arab.dan kita juga sudah sedia maklum bahawa ditanah arab jugalah bermulanya peradaban manusia.
cuma apa yg ingin saya ketahui disini ialah,ade tak kisah2 nabi diluar tanah arab?misalnya dibahagian tanah besar china.atau dimana2 tamadun awal manusia.Ye la kot2 ade cerita2 yg kita terlepas pandang...
Al-Imran
17-04-05, 05:10 AM
http://bincang.net/forum/images/smilies/salam.gif
nak mencelah jap..
seperti yg kita sume tahu,hampir kesemua kisah nabi yg kita dengar berasal dari tanah arab.dan kita juga sudah sedia maklum bahawa ditanah arab jugalah bermulanya peradaban manusia.
cuma apa yg ingin saya ketahui disini ialah,ade tak kisah2 nabi diluar tanah arab?misalnya dibahagian tanah besar china.atau dimana2 tamadun awal manusia.Ye la kot2 ade cerita2 yg kita terlepas pandang...
:salam:
Lama betul cerita tak bersambung. Nampak gaya tak de siapa dapat menjawap soalan saya yang lepas. Menurut Ibn 'Abbas apabila perempuan itu berkata “sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat dan amanah”, bapanya bertanya “Bagaimanakah kamu tahu?”. Dia menjawab, “Dia mengangkat batu yang hanya boleh diangkat oleh 10 orang dan apabila dia menemani saya balik, pada mulanya saya berjalan didepannya, tapi dia menyuruh saya berjalan dibelakang, dan bila arah jalan tersebut tidak jelas, saya akan membaling anak batu untuk memberitau dia ke arah mana nak dituju.” Itulah jawapan untuk soalan yang lepas, Nabi Musa adalah seorang yang amanah dan cuba mengelak dari melihat bentuk badan perempuan itu dari belakang. Indah sungguh kisah cinta Nabi Musa.
Untuk menjawap soalan gmos, seperti yang dikatakan dulu, Ibn Abbas dalam tafsir Surah Al-'Araf mengatakan Allah (swt) menghantar sebanyak 124,000 Nabi dan diantaranya 313 Rasul. Jadi tidak menghairankan kalau ada antara Nabi2 dan Rasul2 itu diturunkan ditempat selain dari tanah arab. Oleh kerana tidak dinyatakan dalam Quran, kita tidak dapat memastikannya.
Menurut Syeikh Ibn Taymiyyah (728 H) setiap syirik yang dapat kita lihat berasal dari umat Nabi Nuh atau umat Nabi Ibrahim. Umat Nabi Nuh menyembah berhala dan mengagung-agungkan wali, yang alim, yang warak dan orang yang dekat dengan Allah, manakala umat Nabi Ibrahim menyembah bintang2, dan cerekawala yang dilangit. Jadi setiap agama yang menyembah berhala dan mengagung-agungkan wali dan nenek moyang mereka adalah berasal dari umat Nabi Nuh, dan setiap agama yang menyembah objek semulajadi adalah berasal dari amalan umat Nabi Ibrahim.
Terlanjur kita menyentuh bab akidah, mari kita semak semula kefahaman kita tentang bagaimana syirik bermula. Mana yang wujud dulu, tawhid atau syirik? Setiap orang Islam memang dah tahu jawapannya. Malangnya dalam kurikulum yang kita belajar dari sekolah rendah sampai ke peringkat universiti, terdapat konsep yang bertentangan dengan akidah kita. Apa yang kita belajar dan bagaimana ia bertentangan? Kebanyakan buku antropologi menyatakan bahawa manusia (primitif) pada mulanya menyembah angin, bintang, matahari dsb. Kemudian melalui evolusi, kepercayaan mereka melarat ke berhala2, dan berakhir dengan monotheisma (1 tuhan). Betul ke konsep ini? Bagaimana boleh kita sangkal konsep yang bertentangan ni?
Maaf jika OOT, tapi saya rasa bab akidah ini amat penting dan patut diutamakan supaya kita dapat memahami akidah kita dan berhati2 dalam mengatasi cabaran2 hidup yang kita hadapi hari2.
Mula2 kita kena tengok apa hujah2 yang diberikan oleh antropologist dan kita berikan hujah2 kita. Kita gunakan senjata mereka sendiri untuk menyangkal hujah2 mereka, sebab mereka tidak dapat menerima hujah2 dari Al-Quran dan Hadith. Pertama, mereka gunakan “bukti” archeology. Mereka cungkil punya cungkil, gali punya gali, fossil ke apa, kononnya dari tamadun lama, kemudian jumpa la berhala, kemudian mereka kata “ha, tengok ada berhala, jadi mereka ni semua menyembah berhala.” Kedua, mereka membuat perbandingan (qias) budaya puak primitif yang masih wujud sekarang di Afrika, Australia dsb dan cuba mengaitkan dengan manusia primitif dari zaman dulu. Kebetulan budaya manusia primitif yang mereka membuat kajian menyembah berhala. Dalam pendapat mereka, manusia primitif ini yang tidak bertamadun mempunyai pemikiran yang sama dengan manusia primitif dizaman dulu.
Bagaimanakah dapat kita menolak hujah2 mereka? Bukti archeology yang mereka gunakan tidak boleh digunakan. Kenapa? Pertama, bila mereka jumpa berhala di lembah Ur di Iraq yang dikarbon tarikhkan ke tahun 3000 BC, apakah itu membuktikan? Itu hanya membuktikan bahawa orang <b>pada zaman itu</b> mungkin menyembah berhala, tapi itu tidak bermakna zaman sebelum itu juga menyembah berhala! Kedua, bagaimana kita nak membuktikan sebaliknya (tawhid, mempercayakan keEsaan Allah)? Bukan kah definisi Tawhid itu menyembah hanya satu Tuhan? Dan definisi tawhid dalam Islam adalah lebih lengkap dari definisi mereka. Pada pandangan mereka Kristian dan Yahudi adalah kepercayaan monotheisma, tapi Islam tidak menerima pandangan tersebut. Mungkin kita boleh lanjutkan perbincangan tawhid ini dalam topik yang lain. Jadi kalau satu tamadun yang percayakan tawhid dalam definisi Islam, mereka tidak akan jumpa sesuatu apa pun yang disembah! Bila kita baca bagaimana logika mereka seperti ini rasanya amat lucu sekali.
Bagaimana dengan hujah mereka kedua? Teka bagaimana hujah begini timbul? Betul, dari Darwinism tu. Satu soalan, bagaimana kita boleh gunakan teori evolusi kepada kepercayaan manusia? Lagipun apa kena mengena puak primitif sekarang dengan puak primitif dizaman dulu? Pelikkan? Bagaimana mereka yang bertahun2 belajar, bertahun2 membuat kajian hanya untuk menunjukkan bagaimana jahilnya mereka. Bagaimana dapat kita bandingkan satu ugama yang politheisma yang jauh berbeza dengan ugama politheisma yang lain, apakah yang dapat kita buktikan?? Allahu Akbar.
Sekarang mari kita bentangkan hujah2 dari Al-Quran dan Hadith mengenai tawhid wujud dahulu dari syirik. Saya ringkaskan kepada 3 tajuk:
a) Fitrah manusia
Allah (SWT) berfirman dalam Al-Quran:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [Al-A'raf 172]
Perjanjian (mithaq) kita dengan Allah (SWT) berlaku dilembah Nu'man (lembah diluar diluar kota Mekah). [Muslim, Muawatta Imam Malik, Ahmad]. Walaupun kita tidak ingat perjanjian ini, tapi oleh sebab perjanjian ini lah manusia dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Contohnya, setiap manusia tahu mencuri itu tak baik, menghormati ibu bapa adalah baik dsb. Oleh sebab mithaq ini lah ramai orang yang kembali kepada Islam. Bila kita baca cerita2 bagaimana orang tertarik kepada Islam, semua cerita mereka berbeza2, kekadang dengan sesuatu yang kita fikir amat kecil macam satu cerita mengenai seorang yang membaca ayat pertama surah Al-Baqarah, terus kembali kepada Islam, dan ada satu cerita yang seorang yang membaca surah terakhir (An-Nas) terus kembali kepada Islam. Apabila seorang itu dengan ikhas mencari kebenaran, Allah (SWT) membukakan hati2 mereka dengan ajaran2 Islam dan terus mereka tertarik dengan Islam sebab minda subconscious mereka “teringat” akan mithaq tersebut.
b) Umat Nabi Nuh
Dari hadith2 yang sahih [Shifa al-Alil, Hakim], menyatakan umat Nabi Nuh adalah umat yang pertama mempraktikkan syirik, dan Nabi Nuh adalah Rasul pertama diutuskan oleh Allah (SWT). Allah (SWT) memberi nama berhala2 yang mereka sembah:
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” [Surah Nuh 23]
Menurut Ibn Abbas kelima2 berhala tersebut adalah nama2 orang yang warak dizaman mereka. [al-Adhamah]
c)Adam adalah Nabi pertama
Hujah yang paling mudah, sebab Nabi Adam adalah Nabi yang pertama [Tafsir at-Tabari], dan dia mendidik anak2 dan keluarganya dengan ajaran tawhid.
Amat menyedihkan kita lihat ramai orang Islam sendiri yang tidak mengerti akan hakikat tawhid ini dan terikut2 apa yang diajar dalam buku2 teks yang berpunca dari mereka yang tidak mempercayai kewujudan Allah! Ideologi evolusi yang menolak kewujudan Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Hakikat yang manusia ini ciptaan Allah sudah memadai, sebab Allah mencipta ciptaannya yang begitu lengkap tidak akan membiarkan ciptaannya tanpa petunjuk rohaniah untuk kembali kepada Nya.
Wallah hu alam
ruslan05
24-08-05, 01:29 AM
Apa pun yang saudara imran cerita ni adalah betul tetapi dlm bentuk sejarah.Saya tak nafikan semua cerita tu memang betul.Tujuan allah menjadikan sejarah nabi2 tu untuk kita berpikir dan ambil ikhtibar dan praktikan dalam bentuk akidah dan kaedah(luar dan dalam).sejarah tu sendiri adalah dalam bentuk kaedah(nyata)Yang penting sejarah tu sendiri dimana nak letakan pada diri kita disudut akidah dan kaedah.
Cuba renungkan balik sejarah rasullullah,bagaimana beliau menegakan ugama islam dikalangan jahiliah keseluruhan nya,dengan jihadnya,kesabarannya,tawakal,redha,segala pengorbanan nya,sedikit demi sedikit hingga dapat menawan kota mekah dan dapat membersihkan kaabah dari segala bentuk berhala yang didalam dan diluarnya.Dengan kemenangan itu maka akhirnya tertegak lah islam dengan kesuciannya.maka baru lah allah sahkan keislaman itu,seperti firman allah dalam quran.
Allah bukan saja2 jadikan sejarah tu jadi macam tu.Kalau allah nak dengan kun fayakun je allah boleh jadikan segala2 nya mudah.Tapi allah nak hamba nya yang beriman berusaha keras menempuh segala ujian dan rintangan demi mengesakan allah dan menegak kan ugama allah semata mata kerana allah.
Apa yang saya cuba bawa disini,bagaimanakah keseluruhan sejarah itu termasuk sejarah lain2 nabi dapat kita bawa kedalam diri dan penghidupan kita untuk dipraktikan sebagaimana diperentahkan oleh allah semata2 untuk menegakan islam,mengesakan allah dantidak sekutukan Dia dgn yg lain.Jadi tidak lah sejarah itu hanya cerita dibibir saja sebagai bahan sejarah tanpa kita menghayati nya dan merasainya sendiri betapa beratnya pengobanan yang perlu ditempuh bagi menegakan islam dan untuk beriman dalam diri sendiri,belum lagi untuk menegakan keluarga dan masyarakat.
Ikhtibar dari sejarah itu ialah, kaabah itu sendiri adalah umpama hati kita yang penuh dengan segala macam berhala yang tak nyata.(Sejarah kaabah tu sendiri penuh dengan berhala. yang nyata macam patung2 berhala tu.)maksud saya hati kita penuh dengan nafsu,apa yang kita asyikan itu la berhala.Contoh nya segala apa yang kita terlalu ingat dan sayang dalam hati dan perasaan kita,samada harta benda,anak isteri,kaum kerabat,emas,rumah dan apa juga termasuk masaalah2,keriangan,kekecewaan dan lain2.kesemua itu adalah berhala.Hati dan perasaan kita hanya lah untuk allah semata2 tidak ada perkongsian nya,itu lah dikatakan mengesakan allah.Jangan sekutukan aku dengan yang lain,firman allah.maksudnya jangan ada yang lain dihati dan perasaan kita selain allah.Sebenarnya banyak nas2 nya dalam quran.tapi makan masa sikit kalu saya nak masukan surah dan ayatnya kerana sy tak ingat surah,kena semak balik.
Jadi bagaimana cara nya pula nak menghayati dan melaksanakan semua itu?Semuanya terkandung dalam quran.caranya untuk menawan kaabah(hati)dari kaum jahiliah(nafsu)dan membersihkan dari segala berhala(sifat2 yg saya nyatakan td)adalah dengan mengingati allah sebanyak2nya dalam hati,pagi2 dan petang2,ketika berdiri,duduk dan baring.Bab sucikan hati dengan mengigati allah ni byk dinyatakan dalam quran.Cara nya dengan menyebut(tasbih)allah dalam hati.bukan dimulut,sebanyak2nya dan berulang2 hingga hidup/lembut hati itu.sampaikan bila kita berckp pun,hati tetap bertasbih,tidur pun tak lalai bertasbih menyebut allah.(rujuk surah az-zumar 22-23)hadis pun ada byk bab hati ni.Proses untuk menghidupkan hati ini lah dikatan jihad besar(bukan ambil pedang atau letup diri sendiri)Untuk mencapai hingga hati itu hidup,memang bkn mudah(tgk balik sejarah betapa susahnya rasullullah hendak tegakan islam sampai tawan kaabah)banyak rintangan dan dugaan yang perlu ditempuh,suka,duka,susah,senang,kesakitan macam2.pelu pengorbanan yang tinggi.(nampak mudah,cuba baru tau susah senangnya ingat allah ni)Samada susah atau senang itu adalah perentah allah,terpulang pada diri masing2 nak buat ke tidak.Saya cuma memberi peringatan pada kaum yang mahu berfikir.
Amaran allah pun banyak pada mereka yang lalai(lalai dari mengingati allah dalam hati)Kebanyakan mengaku mereka mengingati allah,sebenarnya itu adalah pengakuan palsu.Ada yang mengatakan sembahyang tu ingat allah la,ada yg kata doa tu ingat allah la,ada kata berzikir tu ingat allah,sebenarnya allah perentah ingat allah dalam hati bukan lain pada tu.yang lain tu adalah rukun nya.
Firman allah " Ingat tuhan mu (allah) dalam hati mu.............."
Baca sejarah nabi Musa dalam quran,bagaimana Musa takut untuk bertemu firaun.Maka allah perentahkan nabi Musa untuk Ingat allah banyak2...Nasihat saya,baca lah Quran dalam bahasa ibunda,baru lah kita mudah faham,kita bukan orang arab.Firman allah "Sengaja kami permudahkan dalam bahasa engkau".Bila faham maka mudah lah kita meklaksanakan perentah allah.Jangan lah kita memperolok2kan quran dgn melagu2kan tp satu apa pun kita tak faham.Sedangkan ada masanya ayat itu ada lah ayat amaran yang cukup keras dari allah.Bila tak faham macam mana nak laksanakan perentah allah.Hanya berbangga dengan alunan lagu.Itu lah yg allah firman dalam quran "mereka yang memperolok2kan ayat2 Ku......." (mungkin ramai yang tak setuju dengan kenyataan saya)
Dari pengalaman mencari jalan kebenaran ini, saya telah belajar/berguru di byk tempat dan membuat berbagai2 cara,termasuk zikir nafas(semasa belajar tarikat dulu)ada yg hu allah,allah hu,jumpa guru lain tambah lagi ya allah hu dan setelah berjumpa dan bertemu guru murshid ini baru lah terbukti semua yang saya bawa dulu tidak menepati kehendak allah yang ada dalam quran.Dalam quran byk ditekankan ibadah hati.Dulu berbagai2 kitab dipelajari(jadi lah kita ahli kitab,yahudi)dah buang habis dah.. Firman allah dalam quran "mereka menulis ayat2ku dan menjual dgn wang yg sedikit....dan mengatakan ini daripada allah.amat jahatlah perbuatan mereka.." Sebenar nya hanya sebiji quran sudah cukup untuk kita beribadah,segala2nya ada bagi mereka yg berfikir.firman allah "Cukup lah dengan quran ini kamu beribadah" lagi "jika dengan quran ini mereka tidak percaya,dengan apa lagi mereka akan percaya"ini adalah petikan dari quran.Rujukan saya quran terjemahan Dr.Mahmud Yunus.
Terpulang lah pada masing2 untuk berfikir kerana dalam quran sendiri allah suruh kita berfikir.."Tidak kah kamu berfikir" Soal Akhidah ni soal individu kita tak dapat memaksa sesiapa untuk ingat allah dalam hati.Hanya allah yang mengetahui isi hati sesaorang.Mungkin tulisan saya tidak tersusun,tp sekadar itu lah kemampuan saya.Semoga allah merahmati kita di dunia dan akhirat.banyak2la kita mengingati allah dalam hati.
:salam:
Lama betul cerita tak bersambung. Nampak gaya tak de siapa dapat menjawap soalan saya yang lepas. Menurut Ibn 'Abbas apabila perempuan itu berkata “sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat dan amanah”, bapanya bertanya “Bagaimanakah kamu tahu?”. Dia menjawab, “Dia mengangkat batu yang hanya boleh diangkat oleh 10 orang dan apabila dia menemani saya balik, pada mulanya saya berjalan didepannya, tapi dia menyuruh saya berjalan dibelakang, dan bila arah jalan tersebut tidak jelas, saya akan membaling anak batu untuk memberitau dia ke arah mana nak dituju.” Itulah jawapan untuk soalan yang lepas, Nabi Musa adalah seorang yang amanah dan cuba mengelak dari melihat bentuk badan perempuan itu dari belakang. Indah sungguh kisah cinta Nabi Musa.
Untuk menjawap soalan gmos, seperti yang dikatakan dulu, Ibn Abbas dalam tafsir Surah Al-'Araf mengatakan Allah (swt) menghantar sebanyak 124,000 Nabi dan diantaranya 313 Rasul. Jadi tidak menghairankan kalau ada antara Nabi2 dan Rasul2 itu diturunkan ditempat selain dari tanah arab. Oleh kerana tidak dinyatakan dalam Quran, kita tidak dapat memastikannya.
Menurut Syeikh Ibn Taymiyyah (728 H) setiap syirik yang dapat kita lihat berasal dari umat Nabi Nuh atau umat Nabi Ibrahim. Umat Nabi Nuh menyembah berhala dan mengagung-agungkan wali, yang alim, yang warak dan orang yang dekat dengan Allah, manakala umat Nabi Ibrahim menyembah bintang2, dan cerekawala yang dilangit. Jadi setiap agama yang menyembah berhala dan mengagung-agungkan wali dan nenek moyang mereka adalah berasal dari umat Nabi Nuh, dan setiap agama yang menyembah objek semulajadi adalah berasal dari amalan umat Nabi Ibrahim.
Terlanjur kita menyentuh bab akidah, mari kita semak semula kefahaman kita tentang bagaimana syirik bermula. Mana yang wujud dulu, tawhid atau syirik? Setiap orang Islam memang dah tahu jawapannya. Malangnya dalam kurikulum yang kita belajar dari sekolah rendah sampai ke peringkat universiti, terdapat konsep yang bertentangan dengan akidah kita. Apa yang kita belajar dan bagaimana ia bertentangan? Kebanyakan buku antropologi menyatakan bahawa manusia (primitif) pada mulanya menyembah angin, bintang, matahari dsb. Kemudian melalui evolusi, kepercayaan mereka melarat ke berhala2, dan berakhir dengan monotheisma (1 tuhan). Betul ke konsep ini? Bagaimana boleh kita sangkal konsep yang bertentangan ni?
Maaf jika OOT, tapi saya rasa bab akidah ini amat penting dan patut diutamakan supaya kita dapat memahami akidah kita dan berhati2 dalam mengatasi cabaran2 hidup yang kita hadapi hari2.
Mula2 kita kena tengok apa hujah2 yang diberikan oleh antropologist dan kita berikan hujah2 kita. Kita gunakan senjata mereka sendiri untuk menyangkal hujah2 mereka, sebab mereka tidak dapat menerima hujah2 dari Al-Quran dan Hadith. Pertama, mereka gunakan “bukti” archeology. Mereka cungkil punya cungkil, gali punya gali, fossil ke apa, kononnya dari tamadun lama, kemudian jumpa la berhala, kemudian mereka kata “ha, tengok ada berhala, jadi mereka ni semua menyembah berhala.” Kedua, mereka membuat perbandingan (qias) budaya puak primitif yang masih wujud sekarang di Afrika, Australia dsb dan cuba mengaitkan dengan manusia primitif dari zaman dulu. Kebetulan budaya manusia primitif yang mereka membuat kajian menyembah berhala. Dalam pendapat mereka, manusia primitif ini yang tidak bertamadun mempunyai pemikiran yang sama dengan manusia primitif dizaman dulu.
Bagaimanakah dapat kita menolak hujah2 mereka? Bukti archeology yang mereka gunakan tidak boleh digunakan. Kenapa? Pertama, bila mereka jumpa berhala di lembah Ur di Iraq yang dikarbon tarikhkan ke tahun 3000 BC, apakah itu membuktikan? Itu hanya membuktikan bahawa orang <b>pada zaman itu</b> mungkin menyembah berhala, tapi itu tidak bermakna zaman sebelum itu juga menyembah berhala! Kedua, bagaimana kita nak membuktikan sebaliknya (tawhid, mempercayakan keEsaan Allah)? Bukan kah definisi Tawhid itu menyembah hanya satu Tuhan? Dan definisi tawhid dalam Islam adalah lebih lengkap dari definisi mereka. Pada pandangan mereka Kristian dan Yahudi adalah kepercayaan monotheisma, tapi Islam tidak menerima pandangan tersebut. Mungkin kita boleh lanjutkan perbincangan tawhid ini dalam topik yang lain. Jadi kalau satu tamadun yang percayakan tawhid dalam definisi Islam, mereka tidak akan jumpa sesuatu apa pun yang disembah! Bila kita baca bagaimana logika mereka seperti ini rasanya amat lucu sekali.
Bagaimana dengan hujah mereka kedua? Teka bagaimana hujah begini timbul? Betul, dari Darwinism tu. Satu soalan, bagaimana kita boleh gunakan teori evolusi kepada kepercayaan manusia? Lagipun apa kena mengena puak primitif sekarang dengan puak primitif dizaman dulu? Pelikkan? Bagaimana mereka yang bertahun2 belajar, bertahun2 membuat kajian hanya untuk menunjukkan bagaimana jahilnya mereka. Bagaimana dapat kita bandingkan satu ugama yang politheisma yang jauh berbeza dengan ugama politheisma yang lain, apakah yang dapat kita buktikan?? Allahu Akbar.
Sekarang mari kita bentangkan hujah2 dari Al-Quran dan Hadith mengenai tawhid wujud dahulu dari syirik. Saya ringkaskan kepada 3 tajuk:
a) Fitrah manusia
Allah (SWT) berfirman dalam Al-Quran:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [Al-A'raf 172]
Perjanjian (mithaq) kita dengan Allah (SWT) berlaku dilembah Nu'man (lembah diluar diluar kota Mekah). [Muslim, Muawatta Imam Malik, Ahmad]. Walaupun kita tidak ingat perjanjian ini, tapi oleh sebab perjanjian ini lah manusia dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Contohnya, setiap manusia tahu mencuri itu tak baik, menghormati ibu bapa adalah baik dsb. Oleh sebab mithaq ini lah ramai orang yang kembali kepada Islam. Bila kita baca cerita2 bagaimana orang tertarik kepada Islam, semua cerita mereka berbeza2, kekadang dengan sesuatu yang kita fikir amat kecil macam satu cerita mengenai seorang yang membaca ayat pertama surah Al-Baqarah, terus kembali kepada Islam, dan ada satu cerita yang seorang yang membaca surah terakhir (An-Nas) terus kembali kepada Islam. Apabila seorang itu dengan ikhas mencari kebenaran, Allah (SWT) membukakan hati2 mereka dengan ajaran2 Islam dan terus mereka tertarik dengan Islam sebab minda subconscious mereka “teringat” akan mithaq tersebut.
b) Umat Nabi Nuh
Dari hadith2 yang sahih [Shifa al-Alil, Hakim], menyatakan umat Nabi Nuh adalah umat yang pertama mempraktikkan syirik, dan Nabi Nuh adalah Rasul pertama diutuskan oleh Allah (SWT). Allah (SWT) memberi nama berhala2 yang mereka sembah:
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” [Surah Nuh 23]
Menurut Ibn Abbas kelima2 berhala tersebut adalah nama2 orang yang warak dizaman mereka. [al-Adhamah]
c)Adam adalah Nabi pertama
Hujah yang paling mudah, sebab Nabi Adam adalah Nabi yang pertama [Tafsir at-Tabari], dan dia mendidik anak2 dan keluarganya dengan ajaran tawhid.
Amat menyedihkan kita lihat ramai orang Islam sendiri yang tidak mengerti akan hakikat tawhid ini dan terikut2 apa yang diajar dalam buku2 teks yang berpunca dari mereka yang tidak mempercayai kewujudan Allah! Ideologi evolusi yang menolak kewujudan Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Hakikat yang manusia ini ciptaan Allah sudah memadai, sebab Allah mencipta ciptaannya yang begitu lengkap tidak akan membiarkan ciptaannya tanpa petunjuk rohaniah untuk kembali kepada Nya.
Wallah hu alam
Al-Imran
24-08-05, 02:07 AM
:salam:
Terima kasih atas teguran En. Ruslan. Insya' Allah saya akan mengikut goal mengapa kita perlu membaca cerita2 anbia' yang dinyatakan dalam Quran dan Hadith, yang saya telah senaraikan awal2 dulu:
2) supaya kita dapat yatafakkarun (takafur, contemplate, deep reflection):
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَا الَّذِي ءاتَيْنَهُ ءايَتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَاتْبَعَهُ الشَّيْطَنُ فَكَانَ مِنْ الْغَاوِينَ
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ اخْلَدَ الَى الْارْضِ وَاتَّبَعَ هَوَهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ انْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ اوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِءايَتِنَا فَاقْصُصْ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
And recite (O Muhammad SAW) to them the story of him to whom We gave Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.), but he threw them away, so Shaitân (Satan) followed him up, and he became of those who went astray.
And had We willed, We would surely have elevated him therewith but he clung to the earth and followed his own vain desire. So his description is the description of a dog: if you drive him away, he lolls his tongue out, or if you leave him alone, he (still) lolls his tongue out. Such is the description of the people who reject Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.). So relate the stories, perhaps they may reflect. (7:175-176).
Insya Allah bila kita membaca Quran setiap hari, cuba fikirkan dalam2 cerita2 anbia'. Cerita2 dalam Quran tiada tandingan berbanding dengan kitab2 orang nasrani dan yahud sekarang. Apabila Jaafar bin Abi Talib membaca surat Mariam kepada Raja Najashi, bercucuran airmata baginda dan padri2 mendengarnya sehinggakan janggut mereka basah. Subhanallah, begitulah efek Quran apabila ia menusuk di dalam hati kita.
Al Hamdullilah, En. Ruslan banyak pengalaman. Kalau tak keberatan, tolong kongsi ilmu En. Ruslan di forum ini. Kami (terutama saya) laparkan ilmu.
Wallah hu 'Alam.
wah..naik balik topik ni..
tak sangka ade juga yg sudi menjawab persoalan saye..
trimakhasih banyak2 la kat Al-Imran atas penerangan diatas..
walaupun ape yg saya nak tau blum betul2 terjawab sekurang2 nya ada juga la yg memberi penjelasan,mungkin sebab takde penceritaan bertulis@manuskrip perihal nabi2 yg beribu membuatkan tiada sape yg tau kisah2 mereka..
sebenarnya persoalan ni pernah timbul,dari mana sumbernya saya pun dah lupa..dia mempersoalkan..'ade ke kemungkinan yg budha tu asalnya seorang nabi?yg dihantar ke kawasan sebelah timur(belah tanah besar china/tibet)'..melihat asas ajarannya yg sederhana dan mementingkan kesederhannaan dlm hidup mmg tidak jauh dari konsep islam yg mementingkan keseimbangan dlm hidup.cuma mungkin ajaran budha sekarang telah mengalami evolusi merentasi masa sama seperti ajaran kristian yg menyimpang dari ajaran asalnya..minta maaf la kalau ade yg tersinggung..
trimakasih juga kpd En ruslan05 kerana membalas penerangan yg diberikan oleh Al-Imran..
nampaknya abg ruslan banyak juga menimba pengalaman dri guru2 agama ni ye..
saya mmg suka mendengar bila ade orang yg buleh mengupas intipati al-quran ni..
harap kalau ade peluang nak juga perdengar tentang 'ibadah hati' dari abg ruslan.
Al-Imran
25-08-05, 08:20 AM
wah..naik balik topik ni..
tak sangka ade juga yg sudi menjawab persoalan saye..
trimakhasih banyak2 la kat Al-Imran atas penerangan diatas..
walaupun ape yg saya nak tau blum betul2 terjawab sekurang2 nya ada juga la yg memberi penjelasan,mungkin sebab takde penceritaan bertulis@manuskrip perihal nabi2 yg beribu membuatkan tiada sape yg tau kisah2 mereka..
sebenarnya persoalan ni pernah timbul,dari mana sumbernya saya pun dah lupa..dia mempersoalkan..'ade ke kemungkinan yg budha tu asalnya seorang nabi?yg dihantar ke kawasan sebelah timur(belah tanah besar china/tibet)'..melihat asas ajarannya yg sederhana dan mementingkan kesederhannaan dlm hidup mmg tidak jauh dari konsep islam yg mementingkan keseimbangan dlm hidup.cuma mungkin ajaran budha sekarang telah mengalami evolusi merentasi masa sama seperti ajaran kristian yg menyimpang dari ajaran asalnya..minta maaf la kalau ade yg tersinggung..
trimakasih juga kpd En ruslan05 kerana membalas penerangan yg diberikan oleh Al-Imran..
nampaknya abg ruslan banyak juga menimba pengalaman dri guru2 agama ni ye..
saya mmg suka mendengar bila ade orang yg buleh mengupas intipati al-quran ni..
harap kalau ade peluang nak juga perdengar tentang 'ibadah hati' dari abg ruslan.
:salam:
Bukan saya tak sudi menjawab soalan gmos. Pengetahuan saya amat cetek dalam bidang ini. Saya harap ada orang yang lebih arif dalam bidang ini boleh kupas tentang apa yang gmos telah kemukakan. Saya percaya Allah memberi setiap manusia peluang untuk berusaha mencari kebenaran.
Dari zaman Nabi Adam (as) ke zaman Nabi Muhammad (saw). Manusia juga diciptakan dengan "fitrah" yang mendorong manusia mecari Penciptanya. "Fitrah" ini selalunya akan menunjulkan diri apabila manusia ditimpa kesusahan seperti dinyatakan didalam Quran:
"Maka apabila mereka naik kapal (dan ditimpa kesusahan) mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)," [Ankabut 65]
"Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar." [Luqman 32]
Wallah hu 'Alam
laguhati
25-08-05, 06:03 PM
:dongar:
Setiap Nabi dihantarkan ke dunia ini dengan 1 mesej: submit oneself to the Will of God (His decree and His Commands) atau dalam Bahasa Arab: Islam.
The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and (so do) believers. Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers - We make no distinction between any of His messengers- and they say: We hear, and we obey. (Grant us) Thy forgiveness, our Lord. Unto Thee is the journeying. [2:285]
Say ye: "We believe in Allah, and the revelation given to us, and to Abraham, Isma'il, Isaac, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses and Jesus, and that given to (all) prophets from their Lord: We make no difference between one and another of themAnd we bow to Allah (in Islam)." [2:136]
:dongar:
:salam:
Therein lays the essence of Islam. We shall submit not just to only believe. To alone believe makes no difference unless we do not submit to professed faith. The divine messengers ,chosen from man amongst man , were there to guide their people their communities to the proper interpretation of the revealed knowledge – the divine revelations. They were chosen men to be beacons of lights to lead them out of life’s darkness. From the beginning God ordained that “My path is straight”. Through the last prophet God’s legacy to men is the Quran. Thus The Quran is the only legitimate guide to the Truth to be adhered to by the various groups, communities and congregations who professed to be Muslims.
The Quran is God's final message to humanity. All of God's prophets have come to this world, and all the scriptures have been delivered. The time has come to purify and consolidate all the messages delivered by God's prophets into one message, and to proclaim that henceforth, there is only one religion acceptable to God - "Submission" (Quran 3:19, 85).
"Submission" is recognition of God's absolute authority, and reach an unshakable conviction that God ALONE possesses all power; no other entity possesses any power that is independent of Him. The natural result of such a realization is to devote our lives to God ALONE. This is the First Commandment in all the scriptures advocated by all of God’s messengers.
However man always were skeptical beings. They always demand concrete evidence of the existence of a universal creator. Those then who believe in the divine Creator do researches to intensify and cement their beliefs and then immersed themselves in total submission.Only a few will belong to this group. Those who were hard of believing began looking for evidence to disprove the existence of the divine Creator. To them mother nature creates all things.There are many of these people. They have conveniently forgotten that God “Created everything and determined it most exactly”
Today without the physical presence and guidance from a divine messenger, man tend to begin swaying slowly and steadily away from the correct path. Man is created to become viceroys (khalifahs) but most do not become one, few even become one. Most do not know how to become one.
The academics of this situation would probably be :-
i) have we achieved the desired understanding that the divine guide (The Quran) wanted us to have
ii) have we been misguided throughout the centuries by various means and well intentioned parties to such an extent that current the generation and future generations to come are being exposed constantly to distorted and corrupted views of the divine thoughts
iii) how do we ascertain the truths from the half-truths and the untruths when we ourselves are uncertain of what they are or willingly adopt and adapt knowledge through blind devotion to those we deemed ulama’ (taklid)
iv) maybe we the ummah is no longer interested by and large to be guided by the divine revelations but opt to sustain social legacies communal beliefs and heresays while wandering through the tribulations of life. We are satisfied to be Muslims by birth and believers by declaration.
I would concur with Bro Roslan that those who submit to God ALONE follow the instructions and teachings of God ALONE . God’s teachings are complete perfect and fully detailed in The Quran. Man need God for his survival but God can survive ALONE.
Whenever we are in doubt we always can take cognizance of the verse :-
"We did not leave anything out of this book, then all will be gathered before their Lord (for judgment). Those who do not believe our verses are deaf and dumb; in total darkness. God sends astray whomever He wills, and directs whomever He wills in the right path." (6:3839)
Al-Imran
25-08-05, 08:13 PM
Thanks for the reminder laguhati. Just one commment is that we always use Quran and Hadith/Sunnah to guide us to the right path, not just Quran alone. Just as you said the Prophets are sent to guide "to the proper interpretation of the revealed knowledge".
Wallah hu 'alam
ruslan05
05-09-05, 05:30 AM
Terima kasih pada saudara Imran dan gmos kerana sudi memberi komen yang positif kepada tulisan saya yang lalu.Sebenarnya kita ni sama2 mencari kebenaran.Untuk itu marilah kita sama2 rujuk kepada Alquran dan sunah dalam mencari apa yang kita cari.Segala2 nya ada didalamnya.Kali ini mari lah kita sama2 berbincang mengenai "ibadah hati" iaitu mengingati Allah dalam hati.(minta maaf,saya ni lemah sikit dalam mengingati surah)
Ibadah hati adalah pengamalan para2 nabi,ambiya,para2 wali,dan orang2 soleh.Ibadah ini memang dituntut oleh Allah dan menjadi kewajipan bagi orang2 mukmin.Sebenarnya bukan lah susah sangat apa yang Allah perentahkan ini tapi tak mudah juga sebagaimana yang disangka...Ia memerlukan ketekunan,kesabaran,pengorbanan dan kekuatan diri dan semangat yang tinggi,disamping sentiasa berdoa kepada Allah untuk dilembutkan dan dimudahkan hati untuk mengingati Nya.Orang yang sentiasa membuat ibadah hati ini,biasanya tak akan suka kalau saja2 nak pergi ketempat yang penuh sesak dengan orang ramai kecuali terpaksa.Contoh nya pasar2 malam,pesta,tempat2 hiburan,majlis2 keramaian dan sebagai nya.Kalu pergi pun jiwa nya tak akan tenteram.Ketawa diluar tetapi menangis didalam.Ini kebiasaan nya tak mesti terjadi pada semua orang.
Orang macam ni lebih suka kepada duduk bersendirian,membuat kebajikan dan ingin tempat yang tenang,atau lebih suka merenung kebesaran Allah dengan apa yang telah di jadikan sekeliling nya,iaitu melihat segala penciptaan Allah,sambil tidak lalai membuat ibadah hati(mengingati Allah dalam hati)
Tujuan mengingati Allah dalam hati ini adalah untuk menukar penghuni istana(hati)daripada istana Iblis kepada Istana Allah.Allah berfirman:Alam yang luas ini tak dapat menampung kebesaran Aku,tapi Aku dapat ditampung oleh hati2 orang yang mukmin.(Kalu tak silap saya dari hadis qudsi.Tolong perbetulkan kalu saya salah)
Hadis Rasullullah pun ada mengenai hati :Dalam diri manusia ada seketul daging,kalu baik daging itu baik lah semuanya,kalu busuk daging itu busuk lah keseluruhan nya,iaitu Hati.(mungkin tak tersusun saya tulis hadis ni,tapi yang penting maknanya tak lari.sesiapa yang tahu tlg tuliskan semula) Amaran Allah dalam quran pun ada "syaitan itu sentiasa menghalangi kamu dari mengingati Allah"(tak ingat surah apa)lagi satu allah memberi amaran" Sesiapa yang tidak mengambil quran sebagai teman,Kami kuasakan syaitan keatas diri nya"dan saitan itu menjadi teman nya.(Saudara Imran munkin boleh tlg semak surah mana tu)
Kalu Hati tu dah hidup atau dan diberi nor oleh allah baru lah segala2nya akan menjadi mudah,sambil bercakap,bekerja,berfikir,apa saja kita lakukan hati tetap ingat Allah secara automatik.Senang ke,susah ke atau apa ke,kita tetap tenang tak ada kegelisahan,kerisauan atau apa2 yang peningkan kepala.Segala nya serah pada Allah."Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali" ".Aku yang menyesatkan dan Aku yang menunjukan jalan"."Aku yang mengaturkan segala urusan"(ketiga tiga itu dari nas alquran)Jadi tak adalah lah lagi kita asik nak menyalahkan orang lain atau memerhatikan/mencari keburukan orang.Itu tak kena ini tak kena.Kerana kita sendiri pun sibuk mengingati Allah.Kita tegur sekadar memberi peringatan saja.Quran :"Berilah peringatan Alquran dengan berhemah"
Sebenarnya quran itu lengkap."Kamu tidak akan menjadi susah beribadah dgn quran ini."(maaf sy tak ingat surah,kena semak balik)Segala2nya Allah dah terangkan.
Dibawah ini saya turunkan beberapa petikan dari beberapa surah2 dalam quran mengenai Mengingati Allah untuk rujukan kita bersama.
Surah 7 :205. Ingat lah tuhan mu dalam hati mu,serta merendahkan diri dan takut,dan bukan dengan suara yang keras,waktu pagi dan petang hari,dan jangan lah engkau termasuk orang2 yang lalai.
Ingat lah tuhan mu(Allah) dalam hati mu(ingat/sebut dalam hatidan perasaan).Bukan dgn suara yang keras(seperti kita bercakap2 pada diri sendiri,atau sedang merindui kekasih,cam kena penyakit angau asik teringat je,kita sendiri yang tau)waktu pagi dan ptg hari(sentiasa ingat siang dan malam) jangan lah engkau termasuk orang2 yang lalai(lalai dari mengingati allah)
Surah 4 : 103. Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendak lah kamu ingat akan Allah wakti berdiri dan duduk dan berbaring......
Surah 13 : 28. (ya itu) Orang2 yang beriman dan tenteram hati nya mengingati Allah.Ingat lah,(bahawa) dengan mengingati Allah itu,tenteram lah segala hati.
Surah 29 : 45. .........Sesungguh nya mengingati Allah terlebih besar (faedahnya).Allah Mahamengetahui apa2 yang kamu usahakan.
Surah 39 : 22. Adakah orang yang dilapangkan dadanya untuk Islam,sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhan nya ,(sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka ****** lah bagi orang yang keras hati nya untuk mengingati Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
Surah 20 : 33-34. (33) Supaya kami tasbih(menyucikan Engkau) banyak2,
(34) Dan mengingati Engkau banyak2
Banyak lagi surah2 antara nya Surah 20:14,42,130 Surah 2:239 Surah 27:227
Ini mengenai kesah nabi Sulaiman.Surah 38:31,32,33 sehingga nabi Sulaiman membunuh kuda2nya kerana melalaikan nya dari mengingati Allah.Saya petik ayat 32 yg lain anda boleh rujuk dalam quran.
38:32.Lalu ia berkata : Sesungguhnya aku mengutamakan mengasihi kuda dari mengingat Tuhanku,sehingga tertutup mtahari dengan tutupan,
Dengan mengingati Allah ini lah bermakna kita menyembah Nya dan tidak menyengutukan Nya dgn yang lain.Hati dan perasaan kita hanyalah untuk Allah semata2.Barulah dikatakan kita sentiasa beserta Allah dan segala pekerjaan kita itu dikira suatu ibadah.Dan ini lah dikatakan Aqidah dan Kaedahnya adalah perlaksanaan kita bagi menuju tujuan.Dan ini lah juga dikatakan shahadah,Tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah(tiada yang lain dalam hati melainkan Allah) Muhammad itu pesuruh Allah(laksanakan apa yang Allah perentah dalam quran seperti buat kebajikan,sabar,tawakal,balas keburukan dgn kebaikan,bagi makan orang miskin,hidupkan malam dan banyak lagi)Kerana tiap jiwa yang suci itu adalah Muhammad.Barulah Allah terima dgn keadaan baik.Quran:"wahai jiwa yang tenang,kembali lah kamu kepada tuhan mu dengan redha meredhai"
Saya mengaharapkan komen dari saudara2 untuk kita sama2 menimba ilmu.
p/s: Tepat sekali apa yang dikatakan oleh KerNel ingat Allah itulah tidak akan menjadi kafir.(re: Kiamat dah hampir)Tapi jgn lah diumpamakan dengan anjing.Banyak lagi nas2 dalam quran yang boleh anda selitkan
Wallahualam.
Sumber rujukan :
Quran terjemahan oleh Prof.Dr. H.Mahmud Yunus
Ehem. Macam off-topik je bunyi :)
ooo ..cam tu rupenya ibadah hati yg Ruslan maksudkan..trima kasih bebanyak atas penerangan sekali lagi begitu panjang lebar..
salafi,takde la off topic sgt..
kalau baca betul2 ade diselitkan Hadis 'Rasullullah' mengenai hati..kesah nabi Sulaiman.ada kait rapat dengan tajuk tu..:)
bro Ruslan,
jadi 'ibadah hati' lebih kepada mengingati Allah setiap masa tak gitu?
sama seperti setiap perbuatan atau kerja yg baik atau alaman2 fardu kifayah yg kita lakukan didahului dengan niat kerena Allah..
tapi kan pernah ade kes dimana seorang hamba Allah ni,dia sudah terlalu yakin yg ilmu dan menganggap kedudukannye sudah tinggi disisi tuhan hinggakan cukup sekadar hanya mengingati Allah didalam hati,katanya tidak perlu dia melakukan solat fardu 5waktu,melakukan sunnah2 nabi dan lain2 fardu ain..katanya "sudah cukup dengan 'ibadah hati',aku sudah cukup dekat dengan Allah,maka dengan itu tidak perlu lagi aku melakukan perkara2 yg zahir seperti itu(solat dan lain2 perkara wajib&sunnah)"..
cuma kita takut,bila orang salah erti pengisian 'ibadah hati' didalam islam dengan menganggap 'ibadah hati'=islam,fullstop.tu yg jadi tinggalkan solat..tak perlu ikut apa yg disampaikan oleh rasul/nabi..lepas tu naik setingkat lagi dgn anggap dirinya la nabi utusan tuhan..sampai last sekali,mengangkat dirinya sendiri sebaris dengan tuhan..Nahuzubillah min zalik..
ruslan05
08-09-05, 02:10 AM
Ibadah hati tu memang la sentiasa mengingati allah dalam hati,itu yang allah perentahkan dalam quran.Nas2 nya rasa telah saya tuliskan dalam atikel yang lepas.
Soal niat ni teserah pada masing2,Apa yang dia niat itu yang dia dapat(kalu tak silap saya ada hadis mengenai niat ni)Kalu buat kebajikan nak pujian,nak sanjungan,itu la saja yang dia dapat,Tapi sebalik nya kalu dia tak dapat apa yang diniatkan,mula la ada yang sampai ungkit bangkit apa yang dia dah buat.tapi kalu pekerjaan tu niat kerana allah semata2,hal cam ni tak timbul,walau pun pepatah kata lembu punya susu,sapi punya nama.dia tetap redha,kerana setiap pekerjaan tu dibuat niat kerana allah semata2.Bukan kerana kepentingan diri.Kerana allah yang perentah buat kebaikan dan jangan diungkit kebaikan yang kita buat.Kalu pekerjaan tu kita buat nak kan manusia pandang,Allah tak akan pandang.Kalu kita nak allah pandang,kita tak perlulah nak hiraukan apa orang nak kata.Buat je lah dengan ikhlas.Ganjaran hanya daripada allah.Bab ni ramai yang faham,tapi nak laksanakan bukan nya mudah kalu hati selalu lalai.Tapi kalu hati sentiasa ingat allah,perkara ni mudah dilakukan.
Sebenarnya ibadah hati ini bukan lah satu ibadah atau amalan dari mana2 kumpulan agama.Tetapi ianya satu perentah dari allah pada tiap2 orang yang mengaku islam dan beriman kepada Allah dan Rasul.Ini jelas diterangkan dalam quran.(nas nya telah dituliskan dulu)
Apa yang saya cuba sampaikan ni semua nya hanya berlandaskan dari AlQuran dan sunnah,dan bukan dipetik dari mana2 buku atau kitab2 tasauf karangan manusia tapi terus dari al-quran,Bukan cerita atau amalan mana2 kumpulan agama.
Sebenarnya orang yang mengatakan tak perlu lagi buat syariat,tidak perlu lakukan lagi sunnah2 nabi tak perlu solat 5 waktu.tidak perlu lagi melakukan perkara2 yang zahir.Cukup dengan ibadah hati ,adalah mereka yang tidak memahami AlQuran itu sepenuh nya dan tak memahami apa itu syahadah,apa itu islam dan iman.
Dalam bahasa mudah kita leh tanya dia,Tak yah la makan,niat je leh kenyang ke?,niat je kerja, leh dapat upah ke?,nita je kawin,leh dapat pasangan ke dan leh rasa nikmat ke?Kalu bab kawin pandai lak nak yang zahir.Itu pertanyaan yang mudah.Tp bila kita kata,kita berpegang pada AlQuran dan Sunnah,biarlah jawapan pun mengikut AlQuran dan Sunnah,tak boleh pakai logic akal je.(Tapi kali ini saya tak sempat nak bagi, surah berapa dan ayat berapa,sal tak sempat nak semak)
Allah jadikan tiap sesuatu itu berpasang2an,ada malam ada siang,laki perempuan,zahir batin dan sebagainya.(dalam surah yasin ada tentang ini berpasang2an dan surah2 yang lain pun ada)termasuk la diri kita ni ada zahir dan batin,Roh dan Jasad.
Bila kita mengaku kita ni islam,pertama sekali kita kena angkat syahadah(pengakuan)Tiada Tuhan yg ku sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.(berbalik pada rukun Islam dan Rukun Iman)
Pengakuan yang pertama tadi kita mengaku kita ni Islam tidak sekutukan allah dengan yang lain(dalam hati dan perasaan kita tiada yang lain melainkan Allah semata2)Roh kita dah mengaku awal2 lagi sebelum kelahiran.(Quran : TIDAK KAH AKU INI TUHAN KAMU,ROH JAWAB YA,BAHKAN..)
Pengakuan ke2 adalah pengakuan keimanan kita.pada Allah mengikut apa yang telah ditunjukan oleh rasullullah.Bila kita mengaku kita beriman,kena la buat apa yang di perentahkan didalam quran. sebagaimana rasullulah ajarkan berlandaskan al-quran dan Sunnah(cara dan perlaksanaannya yang ditunjukan oleh nabi kita)Kita kena buktikan dan tunjukan keimanan kita melalui kehidupan yang berJASAD ini,pasangan bagi roh tadi.Lain cerita kalu dah masuk kubur dah tak berjasad lagi…
ikut dan praktikan apa yang rasul suruh,barulah tandanya kita cinta pada rasul.
Allah Firman:
1.TAAT LAH KAMU PADA ALLAH DAN RASUL.
2.BARANG SIAPA TAAT PADA RASUL SESUNGGUHNYA IA TELAH TAAT PADA ALLAH.
Apabila kita mengaku taat pada rasul,kena buat segala ibadah yang yang quran suruh melalui sunah rasul tadi.Kalu tak buat apa yang rasul ajarkan bermakna tak taat pada rasul,bila tak taat pada rasul bermakna tak taat pada Allah.Apa jadi?...Disitu baru kita dapat ukur keimanan kita.Baru tahu susah senangnya nak melawan godaan syaitan.Disitu juga ada nya perjuangan,jihad(melawan sifat2 yg tak baik dan menzahirkan sifat2 yang terpuji melalui perbuatan,perlakuan dan amalan kita)semua perjuangan tu memerlukan kesabaran,keredhaan.tawakal dan lain2,kena berhijrah dari tak baik kepada baik,daripada baik kepada lebih baik.Itu belum lagi diuji oleh Allah.(Quran : AKAN KAMI UJI KAMU SETAHUN SEKALI ATU DUA KALI)Kalu dah lulus ujian barulah sempurna Islam dan iman kita.Baru lah Allah akui ISLAM ITU AGAMA KAMU.(ada dalam Quran)
Ini lah dikatakan IBADAH BERKEMBAR ibadah dalaman dan ibadah luaran,ruh pun beribadah,jasad pun beribadah.Maknanya keseluhuran jiwa dan raga kita sentiasa beribadah kepada allah dengan cara nya yang tersendiri,berjalan serentak.Itu yg Allah firman TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA ITU,SEMATA2 UNTUK BERIBADAH KEPADA KU. Rasullullah sendiri sembahyang sampai bengkak2 kaki,kita ni sapa lak yang tak nak sembahyang.lebih hebat dari rasullah ke?
Mengenai Sunnah2 lain seperti cara berpakaian dan sebaginya saya tak mahu sentuh.Cuma yang kita bincangkan bab akhidah dan kaedah.
Kalu ada orang yang mengaku dirinya Tuhan,sama lah taraf dia dengan firaun zaman nabi Musa dulu.Kita minta lah dia buatkan sebatang jarum kalu boleh…Kalu tak leh buat,bagi penyepak je orang cam ni atau campakan dia masuk kandang harimau,tak kan harimau nak baham tuhan kot........
Mana leh sama Pencipta dgn yang dicipta.Khalid tetap Khalid,dan makhluk tetap makhluk.Dalam quran pun banyak diterangkan.Air masin dan air tawar tak akan bercampur(kesah Musa)Sebenarnya orang cam ni salah faham.Kita ni sebenar Cuma memegang amanah Allah dan akan memulangkan nya balik.DARI ALLAH KITA DATANG,KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.
(sebenarnya saya ni bukan penulis,jadi susah juga nak terangkan melalui tulisan.harap maaf kalu tak tersusun)
Walahualam
syahila
15-12-06, 01:32 PM
:salam:
Ada kawan kita menonton satu DVD oleh sheikh khaled yasin's, yang mengatakan...Nabi isa sallahualaihiwassalm ada abang namanya James (selepas Mariam berkahwin)
kita rasa tidak....tapi tak jumpa apa bukti.
ada siapa-siapa tahu mengenai perkara ini tak? erm...boleh tolong terangkan kepada kita sikit?
syahila
19-12-06, 01:14 PM
:salam:
MashaAllah...i just realised this a challenge for us...
and if anyone have the resources and time in their hands....i would love to hear from them.
thanks in advance.
wassallam
wah menarik nih .. :malaysia: sudi la klu dipanjangkan tulisan kalian utk bacaan umum bersama.
Umat bani Israel adalah umat yang kaya dengan sejarah. Umat bani Israel bermula dengan 12 orang anak2 Nabi Yaakub dan nabi terakhir mereka adalah nabi Isa. Allah (swt) mahu umat nabi Muhammad supaya mengambil pengajaran dari sejarah umat ini. Bani Israel telah melalui cabaran-cabaran dan liku-liku yang kita umat Islam akan juga menempuhi. Dalam Sahih Muslim buku 34, hadith nombor 6448, Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan: Rasulullah (saw) bersabda: “Kamu akan mengikuti jalan yang diikuti oleh umat sebelum mu inci demi inci, langkah demi langkah, sehinggakan jika mereka masuk kelubang cicak, kamu akan turut mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Ya, Rasulullah, adakah kaum Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?” Baginda menjawab: “Siapa lagi?”
tertarik dgn kesah YAHUDI ..camne bani israel berpecah kpd YAHUDI.
Aku cume tau secara ringkas ..klu ade mane2 link yg leh kasi rujukan penuh.
mekasih
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.