PDA

View Full Version : Apakah Sebenarnya Islam Hadhari ??


buildtem
09-11-04, 03:26 AM
Bertahun saya hidup, tidak pernah dengar tentang Islam Hadhari yang cuba disampaikan oleh PM kita. Minta sesiapa yang mahir ceritakan sedikit terus kpd point.

Mengapakah ada yang cakap ianya kurang baik ? Boleh tolong jelaskan.

supin_supian
09-11-04, 05:32 AM
yer...
yer...
minta jelaskan...

sunyi
09-11-04, 04:55 PM
buka tv 1 setiap hari ada rancangan khas 5 minit islam hadhari antar 10mlm ke 10:05mlm :D itulah dia islam hadhari, dan kalau nak bincang kat sinie pun takut nanti orang kata isu dah basi dan sengaja buat berat tangan nak guna search button pulak.

p/s: bergurau sikit kat bulan ramadhan, tiada salahnya :D

¥ -,-
09-11-04, 05:08 PM
Aku penah tanya uszh aku, dia pong tak dapat beri jawapan sebab tak penah dengar pon benda tu. Tapi kt TV1 ada jawapannya.

kurma
10-11-04, 02:46 PM
tak bukak tv1 pun.. gamba tak clear.
islam hadhari boleh bukak kilang arak ke? oopss

MakcikCleaner
10-11-04, 02:54 PM
pernah dengar tapi tak berapa nak paham...

mie_5580
10-11-04, 03:27 PM
Temuramah Bersama Prof. Dr. Nasr Fareed Wasel Bekas Mufti Kerajaan Negara Mesir

Temuramah Akhbar Afaaq Arabiah (4 Nov 2004 - Khamis) Antara Husain Abdul Zhohir Bersama Prof. Dr. Nasr Fareed Wasel Bekas Mufti Kerajaan Negara Mesir


"Islam adalah agama ilmu dan amal. Tidak ada di sana pemisahan antara agama dan negara. Slogan "Tiada politik dalam agama dan tiada agama dalam politik" adalah slogan yang salah yang dicetuskan oleh penjajah untuk diguna pakai oleh pemikiran kita semenjak sekian lama."


"Kadang-kadang mereka terkesan dengan sistem yang memerintah mereka. Kita melihat mereka mengulang-ulang : "Islam Siasi", "Islam Usuli", "Islam Maaddi", seolah-olah Islam ini pelbagai bentuk mengikut matlamat manusia. Islam adalah satu tidak berbilang sebagaimana kita tegaskan tentang aqidah."


Bagaimana dengan Islam Hadhari ? - Penterjemah

----------------------------------------------------------------------

S: Sebagai permulaan, kami berhasrat untuk mendengar kisah tuan semasa kanak-kanak dan faktor-faktor yang memberikan kesan di sepanjang tempoh pembesaran ?

Selalunya manusia dilahirkan dan dibesarkan terpengaruh dengan suasana kelahiran, pembesaran dan pendidikan yang diterimanya. Suasana sedemikian mempengaruhi saya, waktu itu saya dilahirkan di perkampungan "Mit Badr Halawah" (Markaz Samnud sekarang) di negeri Gharbiah. Perkampungan ini sehingga tahun 1932 berada di bawah Markaz Zifta yang pernah mendapat jolokan Republik Zifta hasil daripada pendirian politik mereka dan gerakan penentangan terhadap penjajah Inggeris pada waktu itu.
Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana yang berpegang dengan agama berpandukan kepada aqidah dan syariah. Menariknya, ayah saya hanyalah seorang petani tetapi mempunyai kemampuan menanam ilmu pengetahuan untuk dirinya hinggalah beliau mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama dan politik.
Beliau juga turut menanamkan ke dalam jiwa saya erti pegangan terhadap agama, akhlak, memelihara ibadat seperti sembahyang dan puasa. Saya masih teringat di kampung kami, pada musim sejuk, ayah saya sentiasa meminta saya menemaninya ke masjid khususnya pada waktu sembahyang Subuh. Perkiraan kami waktu itu (waktu itu kami masih kecil), pergi ke masjid untuk sembahyang Subuh merupakan sebahagian daripada sifat-sifat kelelakian sebenar.

Sejak bilakah persepsi tuan semakin kuat di dalam menguasai bidang keagamaan ?
Setelah saya berada di peringkat persekolahan asas (Ta'lim Asasi) di peringkat kelas wajib, saya mendapati guru-guru mempunyai suatu contoh ikutan dalam berpegang teguh dengan agama, akhlak dan pemeliharaan terhadap ibadah.
Guru sebenarnya mengambil tempat bapa untuk dikasihi dan disayangi. Mereka tidak boleh hanya melaksanakan kerja rutin bagi melayakkan mereka menerima gaji sahaja. Bahkan kami merasakan guru adalah pembawa risalah keagamaan dan asas agama. Kerana itu kami benar-benar menghormati mereka dan kami cium tangan mereka apabila berjumpa.

Adakah sekarang terdapat perbezaan ?

Perbezaan yang cukup banyak di peringkat guru atau nazir ataupun keprihatinan terhadap sistem pengajaran dan pendidikan (pembentukan keperibadian) seperti kebersihan individu, kebersihan tempat... Perhimpunan diwaktu pagi sebenarnya mempunyai bimbingan-bimbingan serta nasihat yang boleh membantu pendidikan generasi yang berpegang dengan agama.
Di sana juga perlu suatu usaha untuk mencungkil bakat dan mengembangkannya. Saya teringat pada matapelajaran khat (seni penulisan Arab) sebagai suatu contoh, ia banyak memberikan perhatian terhadap bakat dan kebolehan sehingga kami dapat menjadi penulis khat di waktu yang masih kecil. Tentunya kalau nak dibandingkan zaman dahulu dan sekarang, kami berpendapat ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Lihatlah (minta maaf), guru-guru pada hari ini melihat ilmu sebagai suatu bahan perniagaan untuk pelajar. Kelas-kelas persendirian tersebar luas dan tentu sekali kejayaan dan kecemerlangan hanya dimiliki oleh mereka yang berkemampuan sahaja !

Siapakah yang membimbing tuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama ?

Sebenarnya saya berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat persekolahan umum setelah saya tamat belajar di peringkat sekolah rendah Azhar. Khususnya minat saya yang kuat terhadap matapelajaran matematik dan kimia.
Saya bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa Inggeris sehingga saya layak ke peringkat persekolahan umum yang melaksanakan temuduga dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (bahasa penjajah waktu itu). Bahasa ini juga turut diajar dalam pelbagai bidang ilmu pada waktu itu (di sekitar 40-an). Ketika saya tekun mempelajari bahasa Inggeris, ibu saya menyedari tentang hal ini dan bertanyakan saya.
Saya menjelaskan hasrat saya untuk ke persekolahan umum. Waktu itu, ibu saya memberitahu ketika direzekikan saya (waktu itu saya masih dalam kandungan) untuk mendidik saya dalam bidang agama. Beliau juga bernazar kepada Allah tentang perkara ini. Saya merupakan anak pertama beliau. Seterusnya saya setuju ke peringkat persekolahan Al-Azhar bagi mentaati kehendak ibu kerana Islam telah menasihatkan kita untuk berbuat baik dengan kedua ibu bapa. Malangnya saya berdepan dengan masalah, ini kerana syarat penerimaan di peringkat Menengah Rendah Al-Azhar hendaklah menghafaz 30 juz al-Quran. Saya pula hanya menghafaz sebanyak tujuh juz sahaja. Tatkala itu datang juga hasrat saya untuk membatalkan hasrat ke persekolahan Al-Azhar dan kembali ke persekolahan umum. Waktu yang ada hanya lapan bulan sahaja untuk menghafaz al-Quran dan mengingatinya sebanyak 30 juz. Setelah difikirkan, saya menyahut cabaran untuk menghafaz al-Quran. Saya berulang alik dengan guru al-Quran di kampung. Saya menghafaz 1/4 hizib selepas sembahyang Isyak dan 1/4 lagi selepas sembahyang Subuh. Dengan anugerah Allah SWT, saya berjaya mengkhatamkan 30 juz al-Quran dalam masa lapan bulan. Kemudian saya ditemuduga oleh pihak Al-Azhar dan lulus. Ketika itu umur saya sebelas tahun.

Apakah sebab tuan memilih pengajian dalam bidang Syariah dan Undang-undang ?

Saya berhasrat untuk mempelajari persamaan dan perbezaan antara syariat Islam dan undang-undang ciptaan. Pengajian ini mempunyai suatu kedudukan yang sangat penting di mana syariah (alhamdulillah) selalunya mendahului di dalam memelihara kepentingan manusia dalam segenap aspek kehidupan.
Apakah perkara yang tuan perolehi dari pengajian ini mengikut pandangan realiti semasa ummah ?
Jelas kepada kita di sepanjang situasi semasa, jauhnya dunia Islam dari melaksanakan perundangan syariat Islam sebagai suatu pelaksanaan yang praktikal telah membawa seluruh ummat Islam ke arah kelemahan, kehinaan, perpecahan dan kelemahan di hadapan musuh. Islam apabila dilaksanakan diperingkat kekeluargaan, masyarakat, negara dan ummat Islam dengan pelaksanaan secara praktikal yang betul akan membawa kekuatan sebenar bagi individu muslim dan bagi ummat Islam di setiap lapangan kehidupan samada politik, ekonomi, kemasyarakatan dan keamanan. Tetapi malangnya (minta maaf), kita tinggalkan semuanya. Kita pisahkan pula antara agama dan negara yang merupakan suatu pegangan sekular dengan anggapan kita akan maju dan setanding dengan barat. Kita seumpama penanam benih yang tidak mempunyai sedikitpun tanah, kekal tidak berpegang dengan agama, tidak melaksanakan sebagaimana yang diperintahkan dan kita pula tidak mengambil kesungguhan barat dalam ilmu kebendaan.
Saya suka untuk menambah di sini bahawa Islam adalah agama ilmu dan amal. Tidak ada di sana pemisahan antara agama dan negara. Slogan "Tiada politik dalam agama dan tiada agama dalam politik" adalah slogan yang salah yang dicetuskan oleh penjajah untuk diguna pakai oleh pemikiran kita semenjak sekian lama. Penjajah membiarkan mereka yang menghafaz al-Quran daripada menyertai tentera Mesir, kita sangka ia merupakan suatu ganjaran bagi hafiz al-Quran.
Tetapi tujuan mereka adalah suatu usaha untuk memisahkan mereka dari kehidupan masyarakat umum dan mengelakkan penglibatan mereka dalam lapisan masyarakat serta menjauhkan mereka dari dunia ketenteraan. Ini merupakan suatu fenomena meruntuhkan agama Islam dan ilmu pengetahuan Islam. (Maaf) Kita sebenarnya mewarisi fahaman sekularisme dan kita masih melaksanakan fahaman tersebut dalam segenap aspek kehidupan kita khususnya dalam bidang pendidikan dan pembelajaran.

Adakah tuan berpendapat, ulama' dan pendakwah sebenarnya dizalimi oleh media massa ?

Tentu sekali.. Tidak ada syak lagi. Ulama' dizalimi melalui media massa. Selalunya pengubahsuaian ucapan ulama' berlaku untuk digunakan bagi kepentingan pihak lain. Kerana (minta maaf), kebanyakan golongan media massa terpengaruh dan terkesan dengan budaya barat. Mereka laksanakan apa yang mereka terima di barat.
(Mencelah) Kadang-kadang mereka juga terkesan dengan sistem pemerintah..
Ya, kadang-kadang mereka terkesan dengan sistem yang memerintah mereka. Kita melihat mereka mengulang-ulang : "Islam Siasi", "Islam Usuli", "Islam Maaddi", seolah-olah Islam ini pelbagai bentuk mengikut matlamat manusia. Islam adalah satu tidak berbilang sebagaimana kita tegaskan tentang aqidah. Tidak memahami agama dengan fahaman sebenar serta jauhnya ahli Islam (ulama') daripada memahaminya dan juga jauhnya ummat Islam tatkala perkara seperti ini dilaung-laungkan oleh barat.

Ruangan siaran televisyen, adakah dikembalikan bagi ulama' sesuatu daripada hak mereka ?

Tanpa ada sebarang keraguan tetapi masalah pada ruangan siaran televisyen ini meskipun sesekali kita mengakui kebaikannya, ia juga terdapat keburukan kerana memaparkan perselisihan antara pakar-pakar dalam bidang masing-masing dengan cara yang menyebabkan masyarakat tidak memberikan kepercayaan kepada ulama'. Dalam perkara yang sensitif kita mesti meraikannya dan meraikan untuk tidak menimbulkan perselisihan antara ulama' agar tidak berlaku kekeliruan di kalangan penonton.

Apa pandangan tuan dengan kemunculan pendakwah di kaca televisyen ?

Menurut ukuran diri sendiri dan kesan yang berlaku selepasnya, adakah ia boleh menghancurkan dakwah dan agama ataupun tidak ? Adakah betul-betul sampai maklumat kepada pemikiran manusia dengan suatu gambaran ringkas dan dalam masa yang sama tidak terkeluar daripada asas-asas dan tujuan-tujuan yang diperintahkan agama.

Kalau tuan dijemput untuk mengisi salah satu ruangan tersebut, adakah tuan setuju ?

Lihat keadaan dulu. Tiap-tiap tempat (maqam) ada ucapannya (maqalnya). Adakah sesuai atau tidak ? Tentu sekali saya akan menilai dan meraikan tempat, kedudukan. Firman Allah SWT : "Tiada seorangpun di antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu" (As-Soffaat-164). Mengikut rancangan yang ingin disiarkan, cara penerbitan dan persembahan ......

Waktu lapang .. Bagaimana tuan melunasinya ?

(Ketawa) Tidak ada waktu lapang. Ilmu telah mengambil seluruh waktu saya dengan menulis kitab atau perbahasan.

Sempat mengikuti perkembangan televisyen ?

Dalam beberapa rancangan penting khususnya siaran dialog dan perkembangan politik.

Kesasteraan dan syair.. Adakah keduanya mempunyai tempat dalam waktu tuan ?

Maaf.. Hikayat tidak ada ruang waktu untuknya. Kalau dahulu saya baca juga riwayat, kisah dan syair. Saya juga tidak mengarang syair walaupun dulu pernah mengarang beberapa syair ringkas tapi bakat tersebut tidak berkembang. Menjadi asas sekarang ini adalah pengetahuan agama, kemayarakatan, ekonomi khususnya dalam aspek pendidikan dan ekonomi ummah serta cara pelaksanaan pasaran ekonomi secara bersama. Saya benar-benar memberikan tumpuan terhadap perkara tersebut dan saya juga mempunyai perbahasan yang banyak tentangnya.

Mungkinkah tuan memberikan satu hari atau lebih untuk keluarga bercuti ?

Untuk keluar rumah agak sukar sekarang ini.. Kadang-kadang pergi juga ke Iskandariah atau tempat-tempat lain. Tapi terlalu jarang.

Adakah keluarga tuan memahami suasana kerja yang dilalui oleh tuan ?

Keluarga saya memahami suasana sebenarnya.

Bagaimana tuan melihat tempoh keberadaan tuan di atas kerusi Mufti Mesir ?

Dalam tempoh perjuangan yang saya lalui sekitar lima tahun, perjuangan dengan jiwa raga dan (segala puji bagi Allah) kekadangnya dengan harta juga. Sebenarnya terdapat di sana faedah yang baik dan besar. Saya bertemu dari yang umum hingga yang khusus, yang kaya dan miskin, yang beragama dan yang tidak beragama, boleh dikatakan semua lapisan masyarakat. Dari golongan atasan hingga golongan bawahan.
Perkara yang banyak memberi kesan kepada saya adalah ketika membuat kajian dan perbincangan. Terdapat juga faedah yang banyak daripada suasana yang realiti dan keadaan yang berada di hadapan saya. Alhamdulillah, segala fatwa yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut menepati kitab dan as-sunnah serta sesuai dengan suasana masyarakat.
Sebagaimana di sana juga terdapat program-program penting. Yang utamanya adalah program Memartabatkan Islam. Kami berhasrat di sepanjang program tersebut ummah akan dapat disatukan dari timur hingga ke barat, pada perayaannya dan keraiannya, dan bulan hijrahnya. Program ini telah berjaya direncanakan dan telah bersedia untuk dilaksanakan serta telah diakui secara ilmiah dan menurut syarak. Malangnya ia tertangguh dengan sebab kewangan.
Begitu juga program menghimpunkan zakat dan pengagihannya yang akan membawa ke arah pembangunan ekonomi. Di sepanjang empat tahun jika dari awal pelaksanaannya kami fikir akan dapat menyelesaikan sedikit masalah kefakiran. Malangnya tidak dilaksanakan hingga ke hari ini.

Terjemahan oleh :
Hj. Hishamuddin Abdul Karim
(ustazhisham@yahoo.com)

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1698&mode=&order=0&thold=0