PDA

View Full Version : Petua LailatulQadar...

Humairah
09-11-04, 08:50 AM
:salam:

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 9 hb November 2004.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

P/s; ini hanya sekadar petua/panduan.....Allah yg lebih mengetahui....:)

Tok Janggut
09-11-04, 08:55 AM

Assalamualaikum

Petua-petua ini tidak ada asasnya. Lebih baik ditinggalkan dan tetapkan hnya pada riwayat berdalil dan sahih shj.

Wallahualam
TJ

Humairah
09-11-04, 09:28 AM
TJ apa riwayat berdalil dan sahih erk.....:)

p/s; Kena belajar dr kesilapan....

fosilmitra
09-11-04, 09:29 AM
:salam:

Acik tertanya2 jugak nie... apakah elok atau afdal kiranyer perbuatan membuat ramalan (target) bila akan tibanya mlm Lailatul Qadar nie?... Acik ada diforwardkan sms yg mengatakan bhw Imam2 masjid diMekah sedang target semlm (isnin) sebagai malam lailatul qadar sebab pada mlm itu adalah 27 Ramadhan ikut waktu diMekah.. Boleh ke kiter membuat targeting utk hal nie???

sunyi
09-11-04, 04:44 PM
lama tak posting kat sinie.. bz lately, banyak juga ilmu yg tertinggal nak follow di sembang muslim bincang.net nie. cakap pasal lailatur qadar, mmg kita disuruh(disuruh bukan bermakna wajib, nanti kena marah lagi dgn tj dok buat hukum sendiri :D ) mencarinya diantara 10 malam yg akhir seperti hadis rasulullah saw :-

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air [sahih muslim]

jadi tiada kiraan yg spesifik, mungkin ada sesetengah ulamak yg mempunyai kepandaian mrk sendiri dlm mengira jatuhnya malam lailatul qadar tapi still itu semua anugerah ilahi, dan tiadalah sesuatupun yang berat bagiNya (boleh rujuk ayat qursi yakni ayat yg ke 255 suratul al-baqarah). jadi petua nak cari malam lailatul qadar nie ikut sahaja seperti petua dlm hadis diatas, lipat gandakan ibadat dlm 10 mlam terakhir nie; jgn missed tahajud dan solat hajat kalau boleh, banyakkan doa, ikhlaskan hati bertawakkal kepadaNya, insyaAllah, Dia akan menganugerahkan kita dgn sedikit keistimewaan kepada kita mengetahui bila jadinya malam lailatul qadar itu dan saat bilanya kita paling dekat dgnNya.. wallahualam.